• Tidak ada hasil yang ditemukan

GERAKAN ISLAM DAN PENGLIBATANNYA DALAM POLITIK DI MALAYSIA, 1981-2014: KAJIAN TERHADAP PENDEKATAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) DAN JEMAAH ISLAMIYAH MALAYSIA (JIM).

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "GERAKAN ISLAM DAN PENGLIBATANNYA DALAM POLITIK DI MALAYSIA, 1981-2014: KAJIAN TERHADAP PENDEKATAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) DAN JEMAAH ISLAMIYAH MALAYSIA (JIM)."

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

9

th

International Conference on

Malaysia-Indonesia Relations (PAHMI 9)

Faculty Of Social Sciences

Yogyakarta State University, 15-16 September 2015

GERAKAN ISLAM DAN PENGLIBATANNYA DALAM POLITIK DI MALAYSIA, 1981-2014: KAJIAN TERHADAP PENDEKATAN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) DAN JEMAAH ISLAMIYAH MALAYSIA (JIM)

Norazlan Hadi Yaacob

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia norazlanhadi@gmail.com

Islam seringkali menjadi faktor penggerak dalam membentuk perubahan sosial masyarakat Melayu Malaysia. Kebangkitan Islam era 1970-an di Malaysia telah ditandai dengan penyertaan dan pewarnaan dakwah Islamiah oleh beberapa gerakan dakwah Bukan Kerajaan (NonGovernmental Organization -NGO) mahupun gerakan yang bersifat politik. Setiap gerakan ini mempunyai pendekatan tersendiri tentang bagaimana usaha dalam menyedarkan masyarakat Islam khususnya dapat digerakkan dengan cara yang berkesan. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membuat perbandingan tentang pendekatan politik yang digunakan oleh gerakan Islam seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan JIM (Jemaah Islamiyah Islam) dalam politik demokrasi di Malaysia dalam usaha untuk mendekati sasaran dakwah mereka. Selain itu, peranan dan usaha-usaha penyebaran dakwah oleh gerakan-gerakan ini terutama dalam pendekatan politik mereka dalam berdakwah turut dikaji bagi melihat sumbangannya dalam konteks dakwah kontemporari. Tinjauan mendapati wujud kedinamikan dalam pendekatan politik dalam gerakan Islam Bukan Pemerentah dari segi manhaj dan uslubnya yang tidak jauh berbeza. Walaupun mereka merupakan sebuah pertubuhan Islam, tetapi mereka turut serta dalam arus politik nasional. Ini disebabkan kejayaan dakwah bagi sebuah gerakan Islam bergantung kepada suasana politik semasa. ABIM dan JIM sebagai gerakan Islam utama di Malaysia mempunyai pelbagai pendekatan politik bergantung pada suasana politik ketika itu. Tinjauan mendapati wujud kedinamikan dalam pendekatan politik dalam gerakan Islam Bukan Kerajaan dari segi manhaj dan uslubnya yang tidak jauh berbeza. Kedua-dua pertubuhan juga mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu, menyeru umat manusia untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Keyword : ABIM, JIM, Politik Malaysia, Demokrasi, Gerakan Islam.

PENGENALAN

(2)

kemunculan partai politik yang akan menjadi wadah kepada kumpulan politik Islam. Ia telah memberi impak besar terutamanya di peringkat awal kemerdekaan apabila proses politik Islam membawa kepada pertentangan antara partai nasionalis dan partai Islam. Walaubagaimanapun, ia mula berubah bermula tahun 1970-an ekoran daripada fenomena kebangkitan semula Islam yang memunculkan elemen baru pembentukan organisasi – NGO dan gerakan Islam berbanding dengan sebelumnya.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DI MALAYSIA

Chandra Muzaffar(1987) menjelaskan bahawa kebangkitan Islam ialah suatu proses untuk bangkit kembali dengan mengandungi beberapa tahap tertentu1 Manakala sejarawan terkenal Malaysia, Mohammad Abu Bakar (1992) pula melihat kebangkitan Islam sebagai penguatan orang Islam untuk kembali menghayati Islam sebagai ad-din. Walaupun begitu, beliau menyenaraikan dua persoalan yang harus dilihat dalam proses kebangkitan Islam. Pertama, sejauh mana realiti yang terkandung dalam kebangkitan tersebut merupakan pengulangan realiti dalam sejarah Islam. Kedua, sejauh mana realiti tersebut mampu untuk bertahan bagi mendepani arus masa hadapan.2

Kebangkitan Semula Islam di peringkat awal tahun 1970-an sinonim dengan berkembangnya fahaman radikalisme. Keadaan ini disebabkan dua faktor. Pertama, kekecewaan generasi muda terhadap sikap elit pemerintah yang bergelumang dengan sekularisme. Kedua,

pengaruh kebangkitan Islam terutamanya di Timur Tengah yang telah melahirkan semangat baharu bagi generasi terpelajar Melayu. Faktor luaran dan dalaman inilah yang merancakkan proses kebangkitan Islam di Malaysia.3 Menurut Muhammad Kamal Hassan (1987), perkembangan dakwah pada dekad 1970-an ialah penerusan kepada perkembangan ajaran Islam di Alam Melayu bermula dengan fasa penjajahan yang memberi perhatian kepada ibadat asas, diikuti dengan fasa kedua, iaitu fasa peningkatan ilmu pengetahuan Islam melalui institusi pondok. Fasa ketiga ialah fasa selepas penjajahan politik iaitu kemunculan golongan dakwah sebagai satu cara hidup. Fasa ini dikenali sebagai fasa penghayatan Islam secara meluas dan bersepadu. Ini merupakan perkembangan tabii daripada agama itu sendiri dan bukan suatu yang diimport dari luar.4 Walaupun begitu, ramai pengkaji terutamanya pengkaji dari Barat terlalu menumpukan faktor luaran yang banyak mempengaruhi kebangkitan semula Islam dari dalam.5

Tahun 1970-an di Malaysia dapatlah dikatakan sebagai era kebangkitan semula Islam. Ia adalah satu fenomena dunia dimana faktor paling utama kebangkitannya boleh dilihat oleh beberapa faktor.Dalam konteks Malaysia faktor kebangkitan Islam diterajui oleh beberapa kelompok. Antaranya ialah dari kelompok yang berlatarbelakangkan pendidikan agama iaitu mereka yang telah mendapat pendidikan di Arab. Manakala yang keduanya ialah golongan pemuda yang berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris dan Melayu samada yang menuntut di dalam atau luar negeri. Kelompok kedua ini mendalami Islam secara tidak formal iaitu melalui usrah dan sebagainya. Kelompok kedua ini menitikberatkan peranan organisasi dalam mengislamkan masyarakat.6

(3)

gerakan islah dan tajdid dalam bentuk organisasi. Faktor kefahaman baharu yang mentafsir Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh, sempurna, dan dinamik juga telah menarik minat ramai penuntut Melayu dan berjaya merubah pemikiran mereka yang sekular sebelum ini.8 Di samping itu, sebilangan penuntut Melayu yang belajar di luar negara dan juga dalam negara juga berasa kecewa dengan krisis nilai yang berlaku di Barat dan kegagalan kaum elit pemerintah yang mengikuti cara hidup Barat, selain mengatasi masalah-masalah masyarakat dan negara melalui ideologi kapitalis dan sosialis.9 Oleh itu, penyertaan mereka dalam kegiatan dakwah ketika itu bertujuan membentuk idealisme baharu dalam perjuangan belia bagi menangani kegagalan ideologi manusia dan menawarkan Islam sebagai alternatif kepada penyelesaian hidup bermasyarakat dan negara. Penyertaan generasi muda terpelajar secara menyeluruh dalam gerakan dakwah pada dekad 1970-an mempunyai hubungan dengan pelbagai faktor dalaman dan luaran yang saling berkaitan antara satu sama lain seperti faktor kegagalan Barat dengan kefahaman Islam sebagai cara hidup.10

Pada sekitar awal tahun 1970-an semasa ABIM ditubuhkan secara rasmi, struktur sosial masyarakat Malaysia berada keadaan yang rapuh. Negara baru sahaja mengalami pergolakan kaum yang diingati sebagai `Tragedi Berdarah 13 Mei’.11 Ia adalah antara kesan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat dari dasar-dasar penjajahan yang diamalkan oleh British. Sebagai sebuah gerakan Islam, ABIM merasakan bahawa kerajaan telah gagal untuk menyelesaikan ketidakharmonian dari segi kaum.12 Antara kesan lain yang ditinggalkan penjajah ialah pemikiran dualisme yang membentuk kerangka berfikir masyarakat Malaysia. Pemikiran ini yang diasaskan dari faham sekularisasi telah memberi impak yang besar terutama kepada umat Melayu dalam menanggapi agama Islam yang dianutinya.13 Pemikiran ini tidak sekadar dihayati oleh rakyat terbanyak malah beberapa tokoh dan pemimpin utama negara pada waktu itu. Oleh kerana itu, idea-idea dan citra kehidupan Barat berkembang dengan amat pesat di negara ini di mana manifestasinya dapat dilihat dalam kurikulum pengajian, fesyen dan hiburan. Dalam kata lain, walaupun sebahagian besar umat Melayu di negara ini beragama Islam, namun kebudayaan Barat menjadi satu amalan yang dominan dalam kehidupan mereka.14

Dalam berdepan dengan latar sosial yang diwarisi dari penjajah ini, ABIM memulakan langkah dalam rangka memperjuangkan cita-cita Islamiyyahnya menerusi proses yang dikenal sebagai `agenda pembudayaan Islam’. Ia digubal atas kesedaran bahawa cita-cita bagi merealisasikan Islam dalam segenap sistem kehidupan memerlukan suatu pembudayaan baru masyarakat berteraskan dasar, prinsip dan nilai ajaran kerohanian Islam yang bersifat syumul, dinamik dan sejagat.15 Agenda pembudayaan Islam tertumpu kepada usaha pemurnian pandangan hidup, perubahan sikap, keyakinan dan jatidiri, dan pembinaan akhlak umat Islam serta penciptaan dan pengukuhan model-model Islam dalam pelbagai bidang dan sistem kehidupan yang praktik meliputi seluruh dimensi ketamadunan. Sistem budaya ini diterjemahkan dalam bentuk pakaian menutup aurat dan juga ucapan salam sesama orang Islam.16

(4)

Kebangkitan dakwah Islamiyah boleh juga dilihat dari peranan pelajar-pelajar luar negeri terutamanya dari Britain, Autralia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Namun kesan besar datangnya dari penuntut di Britain yang mendapat pengaruh besar dari Mesir dan Pakistan iaitu dari Ikhwan Muslimin hasil pemikiran Hasan Al Banna dan Jamaat Islami melalui ideolognya Maududi. Pelajar-pelajar Malaysia pada ketika itu banyak didedahkan dengan program anjuran Federation of the Students Islamic Societies atau FOSIS.18 Untuk memenuhi keperluan pelajar Melayu, dua pertubuhan dakwah telah muncul iaitu Suara Islam dan Majlis Syura Muslimin (atau Islamic Representative Council atau IRC) yang ditubuhkan pada tahun 1975.19 Kedua-dua gerakan ini mempunyai pendekatan yang berbeza. Bagi Suara Islam mereka menyediakan asas di Britain untuk membentuk Parti Revolusi Islam apabila pulang di Malaysia. Mereka percaya di dalam perubahan sosial yang lebih menyeluruh dan merasakan bahawa pendekatan moderat yang berdasarkan kepada tolak ansur hanya akan diakhiri dengan kegagalan.Suara Islam menekankan kepada pendekatan parti politik Islam. Manakala bagi IRC pula, pendekatan konfrontasi secara terbuka adalah tidak bijak. Pendekatan terbaik adalah melalui pergerakan secara rahsia yang lebih menekankan kepada tarbiyyah dan menjalankan Islah di kalangan masyarakat dan penekanan utamanya ialah kepada para pelajar.20

PERKEMBANGAN AWAL GERAKAN ISLAM TAHUN 1970-AN

Dalam berdepan dengan latar sosial yang diwarisi dari penjajah ini, ABIM memulakan langkah dalam rangka memperjuangkan cita-cita Islamiyyahnya menerusi proses yang dikenal sebagai `agenda pembudayaan Islam’. Agenda pembudayaan Islam tertumpu kepada usaha pemurnian pandangan hidup, perubahan sikap, keyakinan dan jatidiri, dan pembinaan akhlak umat Islam serta penciptaan dan pengukuhan model-model Islam dalam pelbagai bidang dan sistem kehidupan yang praktik meliputi seluruh dimensi ketamadunan. ABIM menyedari bahawa tanpa agenda pembudayaan ini, Islam tidak akan mampu difungsikan secara realistik dalam latar sosial yang kompleks. Untuk itu, agenda pembudayaan Islam memerlukan usaha pembaharuan pemikiran dan pengislaman semula ilmu-ilmu yang diwarisi. Dalam bulan September 1977 sebagai misalanya melalui deklarasi 6 Dzulhijjah 1395, ABIM telah mendesak kerajaan Malaysia supaya melaksanakan Syariah sepenuhnya. Selain dari menekankan soal ukhwah, umat Islam harus mengadakan kerjasama dengan umat Islam yang lain terutama di kalangan yang tertindas.ABIM di bawah pimpinan Anwar Ibrahim menjadi organisasi dakwah yang berpengaruh dan berani mengkritik pemerintah. Walaubagaimanapun, mulai 1982, beliau mula memasuki partai pemerentah iaitu UMNO dan cuba membuat islamisasi dari dalam.

(5)

JIM (Jemaah Islamiyah Malaysia) diwjudkan dalam iklim dan suasana yang sebegini. Kalau dakwah boleh berkembang secara aman, apakah keperluannya menggerakkan islah secara konfrontasional.23 JIM telah ditubuhkan pada 27 Julai 1990 dengan beberapa objektif untuk mengislahkan masyarakat di Malaysia. JIM yang mengambil pendekatan Islah mempunyai pandangan yang tersendiri tentang peranan mereka dalam masyarakat. Dalam proses mengislahkan masyarakat, suasana aman di Malaysia hendaklah dimanafaatkan oleh organisasi Islam dalam meningkatkan kesedaran dan kecintaan umat Islam terhadap Islam. Suasana aman ini hendaklah digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan dakwah, pendidikan dan penerangan kepada masyarakat bukan Islam.24 Bagi mengukuhkan usaha-usaha mendaulatkan syariat Islam, sudah pasti kepimpinan Islam serta golongan yang mendukung cita-cita Islam mestilah ditonjolkan. Imej pendokong-pendokong organisasi Islam sebagai golongan yang kompeten, produktif, berkemampuan tinggi, professional, berprestasi cemerlang dan berwibawa mestilah diperkenalkan kepada seluruh masyarakat.25

Dari segi politik pula, asas dan dasar pendirian politik JIM adalah berasaskan kepada beberapa prinsip asas. JIM akan terus berusaha agar syariat dan undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.26 JIM juga memberikan justifikasi yang kukuh kenapa dalam hal yang tertentu mereka menunjukkan sokongan kepada kerajaan Perseketuan. Sokongan JIM pada dasar-dasar kerajaan nampak terserlah terutamanya dalam konteks sokongan mereka kepada Wawasan 2020.27 Apabila Dr. Mahathir Mohammad menggagaskan konsep Melayu Baru, JIM juga turut memberikan formula terbaik dalam menggariskan konsep Melayu Baru.28 Bagi JIM teras Melayu Baru adalah Islam yang sebenar. Melayu Baru bukan ditegakkan atas dasar ras atau bangsa, tetapi dimantapkan dengan asas Islam.29

PENDEKATAN TAHUN, 1980-AN-1990-AN

Dalam tahun 1980, ABIM dilihat sebagai sebuah organisasi yang digeruni oleh kerajaan. Ianya adalah hasil dari persaingan politik UMNO dan PAS dan kekuatiran pemimpin ABIM akan terlibat aktif dalam PAS. Menambahkan kepada kerisauan tersebut adalah kekerapan mesyuarat antara DAP dan ABIM dalam menangani isu Akta Pertubuhan menimbulkan jangkaan akan berlaku satu kerjasama politik.30 Diantara tahun 1979 sehingga 1981, ABIM dikatakan mendapat sokongan besar di kawasan luar bandar atas dasar perjuangan kemiskinan yang dicetuskan oleh ABIM di akhir 1970-an selain daripada isu-isu keagamaan yang melanda umat Islam. Di kawasan bandar pula pengaruh ABIM telah menjangkau ke kampus-kampus universiti. Untuk membendung fenomena ini, kerajaan telah meletakkan peraturan yang ketat terutamanya mengekang pengaruh gerakan Islam di universiti dengan menghadkan kempen politik di kampus terutamanya sewaktu pilihan raya kampus, menghukum pemimpin dan penyokong ABIM di Jabatan-Jabatan kerajaan dan juga meminda Akta Pertubuhan.31

(6)

telah masuk PAS. Di universiti pula ABIM telah dilihat sebagai kumpulan pendesak yang diterima oleh kerajaan dan dengan sendirinya kehilangan momentum sebagai pergerakan protes di kalangan pelajar.33

Untuk beberapa ketika ABIM telah dilanda keributan dan kegawatan akibat daripada ketidakpuashatian mereka kepada pendirian Anwar yang menyokong parti pemerintah tersebut yang dikatakan bertentangan degan prinsip syariah. Walaupun kemasukan Anwar Ibrahim itu dikatakan diputuskan oleh Syura Tertinggi ABIM, tetapi kritik banyak merujuk kepada hasilnya yang dikatakan sebagai tidak mengikut syarak.34 Pada ketika itulah Dr. Siddiq Fadhil muncul mententeramkan keadaan yang gawat dengan tuduhan bahawa ABIM adalah sebuah gerakan yang tidak tetap pendirian dengan cuba menarik perhatian kepada asas gerakannya yang berlandaskan dakwah Islamiah.35 Gagasan-gagasan pemikiran dan halatuju pimpinan ABIM selepas Anwar Ibrahim secara tidak langsung boleh dianggap sebagai percubaan untuk merombak pendekatannya yang dikatakan lebih terbuka dan pragmatik. Sikap baru yang disifatkan sebagai era kematangan ABIM yang berpaksi kepada dasar non-partisan yang kemudiannya melahirkan beberapa pendekatan lain seperti corrective participation,36Atas dasar pendekatan dakwah bercorak Malaysia, ABIM terpaksa mengambil pendekatan sederhana. Kemenangan Revolusi Iran dan tersingkirnya PAS dari Barisan Nasional telah memberikan impak baru dalam pendekatan politik di negara ini.37

Konsep Manhaj Maliziy (kaedah Ke Malaysian) menjadi dasar utama dalam fasa partner in nation building. Menurut pencetus konsep ini iaitu Dr. Siddiq Fadil, idea al-Manhaju ‘l-Maliziy ialah bahawa ABIM mempertahankan model gerakan Islam yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang beroperasi dalam linkungannya yang tersendiri tanpa menjadi

carbon copy kepada mana-mana gerakan Islam sedunia. Oleh kerana ABIM beroperasi dalam linkungan alam Melayu, maka model yang dikemukakan mestilah berteraskan kepada alam tersebut.38 ABIM memilih kaedah terbaru ini dengan alasan bahawa zaman retorikanya telah berakhir dan ia mesti berjuang atas dasar realiti semasa. Masuknya Anwar Ibrahim ke dalam UMNO adalah satu strategi dan berubahnya sifat radikalisme ABIM kepada sifat menyokong pemerintah juga adalah satu strategi.39

Satu lagi konsep yang menjadi asas kepada manhaj Maliziy ialah konsep Partner in Nation Building ataupun Rakan Dalam Pembinaan Negara Bangsa iaitu berperanan berganding bahu dengan kerajaan dalam proses pembinaan Negara bangsa. Keadaan ini tidak bermakna ABIM sudah menjadi sebahagian dari kerajaan, tetapi kerjasamanya lebih bersifat selektif dalam perkara yang menyentuh Islamisasi yang lebih bermakna dan berkesan. 40

(7)

merasakan ABIM mampu menjadi juru bicara ummah dan mampu memainkan peranan untuk menyedarkan masyarakat.43Namun penglibatan mereka di dalam ABIM dihentikan apabila Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan pada ketika itu IRC mengkritik tindakan ABIM yang membenarkan Anwar Ibrahim memasuki UMNO44 Sudah tentu kritikan bekas ahli IRC in menyebabkan ABIM memandang serong akan keikhlasan mereka menyertai ABIM sebelum ini dan menyebabkan ABIM hilang kepercayaan kepada kelompok ini.45

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO telah memberi peluang beberapa kelompok Islam yang lain untuk mendiskredit imej ABIM. Bagi kelompok IRC kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dikatakan sebagai bertentangan dengan prinsip syariah. Bagi mereka apa sahaja percubaan untuk merubah daripada dalam kerajaan dianggap selari dengan perbuatan taghut yang sudah tentu mengorbankan prinsip Islam itu sendiri.46 Perkembangan baru ini telah diambil peluang oleh IRC untuk menonjolkan pergerakan mereka sebagai alternatif kepada pergerakan Islam terutama di universiti tempatan dan luar negara.47

Pada ketika itu berlaku satu perubahan kepimpinan dalam PAS dimana Dato Asri Muda telah tersingkir dan digantikan dengan kepimpinan ulama di dalam PAS. Beberapa aktivis dalam IRC telah merintis kemasukan mereka dalam PAS, antaranya ialah Mustafa Abdul Kadir.48 Namun penglibatan IRC dalam PAS telah menimbulkan kecurigaan di kalangan PAS apabila terdapat percubaan Mustapha Kadir untuk menjadi Naib Ketua Pemuda PAS.49 50Strategi penyusupan ke dalam kepimpinan PAS sebenarnya adalah sebagai satu usaha untuk merubah PAS dari dalam.51 Kehadiran IRC dipersoalkan, terutamanya di musim pemilihan dalam parti PAS. Keadaan boleh menjadi tidak baik bagi PAS dan IRC lalu IRC pada ketika itu telah memutuskan untuk tidak menimbulkan pertentangan dalam PAS.52 Bermulanya saat itu tokoh-tokoh PAS yang mempunyai kaitan dengan IRC telah berjaya disingkirkan terutamanya daripada Pemuda PAS dan Jawatankuasa Tarbiyyah.53 Perkembangan yang berlaku di dalam ABIM dan PAS telah menyebabkan kebanyakan ahli IRC memikirkan untuk menubuhkan pertubuhan baru yang boleh digunakan oleh mereka. Suasana ini berterusan sehinggalah kelompok IRC ini memutuskan hubungan dengan PAS apabila mereka menubuhkan jamaahnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Jamaah Islah Malaysia pada tahun 1990.54

(8)

mengislah dan menggembeling masyarakat kea rah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat.57

ERA 1990-AN

Dalam polemik politik Islam yang berlaku dalam awal 1990-an apabila wjudnya tuntutan untuk melaksanakan undang-undang syariah di Malaysia, ABIM mempunyai pandangan tersendiri dalam menangani perdebatan tersebut.58 Dalam konteks siyasah syariah, gerakan ABIM juga melihat amalan demokrasi ala Malaysia adalah satu realiti yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Bagi ABIM sistem demokrasi ala Malaysia adalah satu mekanisma yang terbaik hingga setakat ini dimana umat Islam bersama-sama dengan bukan Islam berkongsi kuasa.59 ABIM telah mencadangkan supaya perpecahan politik umat terutamanya antara UMNO dan PAS dapat dikurangkan dan kedua-dua parti memikirkan awlawiyyat dalam siyasah daripada hanya memikirkan kepentingan politik kepartaian dan mula bersatu tenaga bukan sahaja dalam bidang pendidikan, perniagaan dan social, malah yang lebih penting ialah politik. Bagi ABIM kedua-dua parti harus mengambil iktibar dari parti-parti bukan Melayu samada dalam kerajaan ataupun pembangkang dimana mereka bersatu dan bertindak secara bijaksana terutaman dalam musim-musim pilihan raya umum dalam mengatur strategi untuk mempastikan kepentingan kaum-kaum bukan Melayu tercapai.60

Kepimpinan ABIM yang diterajui oleh Ahmad Azam Abdul Rahman bagi sesi 1997-1999 mempunyai satu sikap terutamanya pada tahun 1998, iaitu jika Anwar menjadi Perdana Menteri, maka ABIM akan benar-benar menjadi kumpulan pendesak agar segala cita-cita Islamisasi dapat dilaksanakan dengan berkesan.61 Namun segalanya tidak kesampaian kerana pergolakan politik nasional di pertengahan tahun 1998 benar-benar mengheret ABIM kekancah pergolakan tersebut.62 Penubuhan gerakan reformasi rakyat adalah antara program pertama dimana ABIM dan JIM dapat bekerjasama dengan pendekatan politik yang sama. Penangkapan empat pemimpin tertinggi ABIM telah menyebabkan gerakan yang dimulakan oleh ABIM tidak dapat diselesaikan oleh ABIM sendiri.63 Sikap agresif ABIM selepas Black September 1998 dari segi politiknya boleh dijustifikasikan sepertimana yang disebutkan oleh Ahmad Azam iaitu tindakan terhadap Anwar telah menimbulkan masalah political succession yang sangat besar yang boleh menggugat kestabilan negara.64

(9)

mempunyai natijahnya yang tersendiri.68 Ia telah menjadikan faktor Islam semakin penting, kerana ia terkumpul dalam satu barisan dan Islam sendiri pada ketika itu menjadi isu sentral.

JIM mengambil pendekatan yang seakan-akan sama dengan ABIM apabila berhadapan dengan pemerintah. Antara dasar yang menyerlah pada ketika itu ialah Dasar Partner in Nation Building JIM yang mempunyai teras dan sikap huznuz-zan terhadap BN. Dasar dan amalan huznuz-zan telah menjadikan JIM sentiasa bersedia menerima dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan tujuannya adalah untuk membawa pengislahan kepada masyarakat samada di peringkat individu, institusi mahupun sistem.69 Alasan yang dikemukakan oleh JIM ialah bahawa dalam realiti sosio-ekonomi dan politik Malaysia masakini,70 Ini menjadi alasan kuat JIM kenapa ia tidak lagi cenderung kepada sifat radikalisme, atau setidak-tidaknya lebih berminat menyembunyikan sifat radikalisme berkenaan untuk mula bergerak melalui arus perdana.71

Kerajaan BN yang diterajui UMNO dilihat mempunyai sikap dan pendirian positif terhadap Islam. Perubahan dasar yang dikukuhkan dengan usaha untuk membawa reformasi dalam UMNO oleh aktivis Islam sendiri dianggap amat positif oleh JIM.72 Sikap huznuz-zan JIM ini telah membantu untuk menganjakkan sikap permusuhan gerakan Islam terhadap rejim dan pemerintah kepada sikap non-konfrontasional.73

Melihat betapa berkesannya peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim di dalam UMNO dalam menyemarakkan institusi Islam, JIM mengambil langkah untuk bereksperimen dengan mengajukan suatu ijtihad baru dengan mengemukakan kertas kerja “Usul Pendekatan Terhadap UMNO” yang telah menyarankan dua objektif utama iaitu membolehkan ahli melibat dalam UMNO dengan pendekatan yang ditentukan oleh Jamaah, sebagai satu daripada langkah penglibatan politik kepartian dalam strategi dakwah yang bersepadu. Keduanya, ialah menubuhkan Jawatankuasa Khas (Majlis Syura Jamaah) yang diberi kuasa meluluskan dan mengawasi tindakan-tindakan yang berkaitan dengan keputusan tersebut.74

Pertimbangan yang dilakukan ialah atas dasar pengaruh Anwar Ibrahim yang semakin dominan dalam UMNO dan potensinya yang boleh menjadi Perdana Menteri pada ketika itu. Walaupun begitu anjuran ini gagal untuk mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli JIM. Sebahagian mereka yang menentang mendesak supaya JIM menjadi suatu wadah tersendiri yang berteraskan tarbiyyah dan dakwah, sebagaimana yang dianjurkan oleh Ikhwan Muslimun di Mesir.75

(10)

Dalam era reformasi, pertama kali dalam sejarah, JIM telah membuat pernyataan sokongan kepada parti politik.80 Sokongan JIM pada Barisan Alternatif tergambar jelas dalam Ucapan dasar Presidennya ketika itu.81 Penglibatan terus JIM dalam politik terlihat dengan jelas apabila JIM membuat tafsirannya yang tersendiri dalam mengungkap slogan Barisan Alternatif dalam menghadapi PRU ke 10.82 Ia bukan saja penting dalam mewujudkan semak dan imbag (check and balance), tetapi ia amat penting kearah wujudnya sistem dua parti. Sistem dua parti ini akan lebih menguntungkan rakyat dan negara. BA akan menjadi wacana untuk memahami budaya dan agama di Malaysia. Dalam mengungkap kerjasama erat itu, JIM turut mencadangkan supaya BA bergerak dengan satu nama dan simbol.83

Demi memastikan struktur dan proses demokrasi terus berjalan dengan baik, pilihan raya hendaklah dilaksanakan dengan bebas, adil dan jujur. Atas kapasiti inilah JIM telah berusaha untuk menggerakkan Badan NGO Pemantauan Pilihan raya seperti Pemantau dan MAFREL. JIM akan menggerakkan usaha untuk memastikan daftar pengundi yang betul-betul bersih disediakan, para pengundi baru didaftarkan secara sistematik dan undi pos dihapuskan.84Dalam berhadapan dengan PRU ke 10 juga, JIM telah membuat arahan kepada ahlinya untuk memilih calon dan parti politik yang akan dimenangkan.85Penglibatan terus JIM dan ahlinya dalam Pilihan raya Umum ke 10 dapat diperjelaskan lagi dalam ucapan pemimpinnya dalam Perhimpunan Nasional tahunannya. JIM pula, setidak-tidaknya dalam pilihanraya umum 1999, bukan sahaja telah membuat pernyataan dan pendirian politik yang jelas, tetapi juga secara terbuka telah menggerakkan ahli-ahlinya terlibat aktif dalam politik kepartian. Bagi JIM, proses pilihanraya merupakan satu wahana utama dalam program pengislahan masyarakat dan satu proses penting dalam menentukan dinamika kuasa negara.86

GERAKAN ISLAM PASCA 2000

Dalam memasuki alaf baru, pandangan dan tindakan ABIM dalam konteks politik banyak ditentukan oleh suasana yang melatari politik Islam di seluruh dunia.87 Daripada sebuah gerakan Islam yang mempunyai pandangan keras kepada pemerintah, ABIM mulai kembali kepada jalan tengah untuk mengelakkan konflik umat daripada menjadi lebih parah lagi.88 Tragedi Twin Towers di New York memberikan implikasi tersendiri dalam aksi politik gerakan Islam terutamanya di Malaysia. ABIM sebagai sebuah gerakan Islam tidak mempunyai pilihan melainkan kembali ke tengah.89Usaha-usaha untuk menjadi paksi tengah telah mula digagaskan.90

Strategi Paksi Tengah ini telah membawa kepada pertemuan pimpinan kanan ABIM bertemu dengan Presiden Parti-parti politik seperti Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad, Presiden PAS, Ust. Fadhil Noor, Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PRM iaitu Dr. Syed Husin Ali. Peranan paksi tengah ini menjadi bertambah mudah apabila berlaku pengnyahan ahli-ahli ABIM dari Keadilan.91Walaupun ABIM berada di luar gelanggang parti politik, ABIM akan bertindak sebagai satu suara sebagai kekuatan ketiga (third force) yang boleh dilakukan kepada parti pemerintah atau pembangkang.

(11)

first and last. 93 Presiden JIM juga menegaskan sebagai sebuah gerakan Islam, JIM tidak boleh politically naïve, walaupun dari segi realiti sebenarnya ia tidak membawa pendekatan politik.94Dalam tahun 2001 menerusi pemberitaan akhbar nasional, JIM telah dituduh militan dan juga dituduh menjadi dalang di dalam kancah politik dalaman Parti Keadilan Nasional.95 Dalam proses menjawab isu ini, JIM telah menegaskan bahawa cara militan bukanlah cara dakwah JIM dan JIM juga tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam suasana politik intra party politics yang berlaku dalam mana-mana pertubuhan politik di negara ini.96 Semua ahli JIM mestilah celik politik supaya mereka tahu parti mana yang menjadi pilihan mereka dalam Pilihan raya umum. Para penggerak politik JIM mestilah cerdik sewaktu berhempas pulas untuk mencapai aspirasi politik dan tidak bergantung kepada JIM secara rasmi. Sikap JIM yang tidak menjadi dalang di dalam percaturan politik dalaman mana-mana parti politik telah mendatangkan kesan positif dan perasaan berbaik sangka terhadap JIM di pihak para pemimpin politik negara khususnya Barisan Alternatif.97

Manakala ABIM di bawah kepimpinan baru berusaha untuk mengembalikan semula imejnya daripada terjebak dalam politik reformasi. Melalui pendekatan baru yang berdasarkan kepada Agenda 3 P iaiatu Pembela, Prihatin dan Pendidik, strategi ini adalah semata-mata untuk mengembalikan ABIM di landasan yang sebenarnya.98 Penjenamaan semula ABIM melibatkan kaedah untuk mengembalikan peranan ABIM sebagai gerakan utama dalam membela hak Melayu Islam di Malaysia. ABIM telah mengistiharkan penentangannya kepada beberapa gerakan yang melemahkan umat Islam seperti Islam Liberal, Pluralisma Keagamaan dan juga pejuang hak asasi manusia yang berteraskan kepada sekularisma.99 ABIM telah menjadi penggerak utama kepada PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam) dan juga ACCIN (Allied Coordinating Committee on Islamic Non Gobernmental Organization) PEMBELA adalah gabungan 70 pertubuhan NGO Islam dimana ianya tertubuh daripada mesyuarat ACCIN yang merupakan gabungan 14 NGO Islam yang pada peringkat awalnya ditubuhkan untuk menentang penubuhan Interfaith Commission (IFC).

Mulai tahun 2004, gerakan Islam mula mendapat kekuatan baru apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Sebagai tokoh karismatik, beliau berjaya mengabungkan semua gerakan Islam di Malaysia dan juga partai-partai politik oposisi dalam satu gabungan baru yang di beri nama Pakatan Rakyat. Anggota ABIM dan JIM secara terbuka mendokong gagasan Pakatan Rakyat ini. Hasilnya pada Pemilihan Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan pertama kali dalam sejarah, partai pemerentah Malaysia iaitu Barisan Nasional kalah di lima Negara Bahagian iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur. Ini menunjukkan kekuatan gabungan gerakan Islam ini memberi cabaran baru pada pemerentah Barisan Nasional di Malaysia.

(12)

dan JIM seolah-olah di lihat memberi sokongan sepenuhnya kepada partai oposisi iaiatu Pakatan Rakyat.

KESIMPULAN

Sebagai sebuah pertubuhan Sukarela Islam, ABIM telah melalui beberapa fasa yang mencabar dari segi politik. Sikap pemerintah yang lebih terbuka dari segi Islam telah menyebabkan pendekatan ABIM turut berubah. Para pemimpin ABIM ataupun bekas pemimpinnya yang dikategorikan sebagai golongan idealis yang praktikal, memprojekkan idealisma mereka melalui arena politik tanpa berkompromi dengan dakwah dan idealisma mereka

Dalam waktu yang sama ABIM menjadi saluran kepada dakwah dan penyebaran idealisma Islam dan juga aspirasi sosio-politik kepada golongan birokrasi dalam perkhidmatan awam. Dengan naiknya Anwar Ibrahim dalam UMNO, ahli ABIM dan penyokongnya telah mula menyerap dalam Jabatan kerajaan samada di peringkat Pusat atau negeri. Proses ini disebut juga sebagai proses pengABIMan birokrasi Malaysia

Perubahan aksi politik JIM dari bersifat bawah tanah kepada politik secara terbuka telah membawa perubahan yang banyak dari segi pendekatan. Pada peringkat awal kesesuaian untuk mengukuhkan parti politik tertentu telah diubah kepada penglibatan politik secara langsung apabila berlakunya era reformasi dalam tahun 1998. Penglibatan beberapa pimpinan JIM dalam Pilihan Raya Umum ke 10 telah mengheret JIM kepada gerakan politik secara langsung. Penglibatan politik bangkangan secara aktif telah menyebabkan batang tubuh JIM terpaksa mencari pendekatan yang berbeza dengan terlibat dalam proses demokrasi tanpa mengheret JIM kedalam kancah parti politik. Penglibatan mereka dalam gerakan demokrasi seperti perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan penglibatan dalam MAFREL adalah merupakan pendekatan baru yang boleh memberikan impak tersendiri dalam proses politik Islam di Malaysia.

BIBILIOGRAFI

Ahmad Azam Abdul Rahman, Pemerkasaan Masyarakat Islami : Awlawiyat Gerakan Islam. Dalam Ahmad Azam Abdul Rahman, Memimpin Belia Islam, 2008.

Ahmad Azam, Cabaran dan Keutamaan Gerakan Dakwah Pasca 11 September 2001 dalam Politik Malaysia dan Penyatuan Ummah, ABIM, Kuala Lumpur, 2002.

Ahmad Azam Abdul Rahman. Meniti Era Transisi Menjana Hikmah Nabawi, Selangor : Angkatan Belia Islam Malaysia, 2003.

Angkatan Belia Islam Malaysia Politik Melayu dan Penyatuan Ummah. Kuala Lumpur : ABIM, 2002.

Angkatan Belia Islam Malaysia. Model Dakwah ABIM, Meniti Sejarah Membangun Ummah. Kuala Lumpur : Biro Dakwah dan Tarbiyah ABIM, 2003.

Khairul Arifin Mohd Munir. PRU 12 : Pendirian politik ABIM, Demi Masa, ABIM, Mei 2008.

Mohamed Hatta Shaharom, Menerajui Inovasi Perjuangan, Kuala Lumpur: JIM : Kuala Lumpur ,2000.

(13)

Zaid Kamaruddin, Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah, Ucapan Dasar Presiden Perhimpunan Perwakilan Nasional ke 16, 2009 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), JIM : Kuala Lumpur, 2009

Usul Pendekatan Terhadap UMNO, kertas kerja JIM bertarikh 28 Februari 1990. Esposito, J.L. Islam : The Straight Path. New York : Oxford University Press, 1991.

Faaland, Just; Parkinson,J.R; and Rais Saniman, Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New Economic Policy, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka in association with Chr. Michelson

Institute, Norway, 1990.

Fan Yew Teng. Anwar Saga : Malaysia on Trial. Selangor : Genting Raya, 1999.

Fan Yew Teng. The UMNO Drama: Power Struggles in Malaysia, Kuala Lumpur: Egret Publications, 1989.

Farish A. Noor, Islam Embedded, The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS (1951-2003) Vol. 2, Malaysian Sociological Research Institute : Kuala Lumpur, 2004.

Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics Its Origins and Early Development, Petaling Jaya, Pelanduk Publication, 1985

Gale, Bruce. Readings in Malaysian Politics. Petaling Jaya: Pelanduk, 1986.

Hilley, J., Malaysia: Mahathirism, Hegemony and the New Opposition. London: Zed Books, 2001.

Husin Mutalib, Islam and Ethnicity in Malay Politics, Singapore University Press: Singapore, 1990._______________, Islam in Malaysia : From Revivalism to Islamic State, Singapore: Singapore University Press, 1993.

(14)
(15)

1 Chandra Muzaffar, 1987. Kebangkitan Islam di Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, hlm. 27. Lihat juga Chandra Muzaffar, 1993. “Kebangkitan Islam di Asia Tenggara: Satu Pandangan Global” dlm. Saiful Muzani (ed.). Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Jakarta: LP3ES, hlm. 60-101.

2 Mohamad Abu Bakar, 1993. ”Selepas Kebangkitan Semula Islam, Pengislaman dan Pendakwahan Masa Kini: Satu Overview” dlm.

Ahmad Azam Abdul Rahman (ed.). Gerakan Dakwah dan Orde Baru Di Malaysia. Petaling Jaya: ABIM, hlm. 12.

3 Muhammad Abu Bakar, 1987. Penghayatan Sebuah Ideal, hlm. 73-115; Ahmad Zaki Haji Abd. Latiff, 2006. Transformasi Gerakan Islah dan Dakwah di Timur Tengah dan di Malaysia. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi MARA, hlm. 112-116.

4 Muhammad Kamal Hassan, 1986. “Pendekatan Dakwah Islam di Malaysia.” Kertas kerja Seminar Islam dan Kebudayaan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia, 13-15 Februari 1986, hlm. 79.

5 Ahmad Zaki Haji Abd. Latiff, 2006. Transformasi Gerakan Islah, hlm. 113.

6 Mohamad Abu Bakar, Islamic Revivalism and the Political Process in Malaysia, Asian Survey, Vol. XXI, No. 10. October, 1981. 7 Ibid., hlm. 114.

8 Mohammad Abu Bakar, 1987. “Islam Sebagai Addin Sebagai Slogan Dalam Penulisan Islam Semasa”. Kertas kerja Pemikiran Islam Semasa. Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 9 Oktober, hlm. 2.

9 Ahmad Zaki Haji Abd. Latiff, 2006. Transformasi Gerakan Islah, hlm. 114.

10 Ghazali Basri, 1995. “Malaysia Responses to Islamic Resurgence: A Socio Religion Political Analysis”. Kertas kerja Post Graduates Seminar. Department of Religious Studies, University of Aberdeen, 22 Oktober 1995, hlm. 2.

11 Leon Comber, 13 May 1969: A Historical Survey of Sino-Malay Relations. Kuala Lumpur: Heinemann, 1983.

12 Sila lihat Mohamad Abu Bakar, Islam, Civil Society and Ethnic Relations in Malaysia, dalam Nakamura Mitsuo, Sharon Siddique dan Omar Farouk, Islam and Civil Society in South East Asia, Singapore: ISEAS, 2001.

13 Chandra Muzaffar, Islamic Resurgence: A Global View, dalam Taufik Abdullah and Sharon Siddique, Islam and Society in Southeast Asia, Singapore, Institute of Southeast Asian Studies, 1986, hlm. 12-17.

14 Ibid.

15 Judith Nagata ,The Reflowering of Malaysian Islam, Vancouver: University of British Columbia Press, 1984. 16 Chandra Muzaffar, Malaysia: Islamic Resurgence and the Question of Development, SOJOURN 1, 1: 55-75.

17 Mohamad Abu Bakar, Generasi Muda dan Kesedaran Islam: Konflik dan Integrasi Dalam Masyarakat Melayu, Ilmu Masyarakat :

3, 1983.

18 Sila lihat Mohamad Abu Bakar, 1981, Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987. 19 Zainah Anwar, Islamic Revivalism in Malaysia Dakwah Among Students, Petaling Jaya: Pelanduk, 1987.hlm. 27.

20 Untuk perbincangan lanjut sila lihat Nagata, The Reflowering of Malaysian Islam; Zainah Anwar, Islamic Revivalism in Malaysia; Chandra Muzaffar, Islamic Resurgence in Malaysia; Husin Mutalib, Islam and Ethnicity in Malay Politics; Jomo anad Cheek, “Malaysia’s Islamic Movements.

21 Badlihisham Mohd Nasir, Ketokohan dan Pemikiran Dakwah. hlm. 63

22 Saari Sungib, Bersama Menggarap Erti Perjuangan , Jamaah Islah Malaysia, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 44

23 Ibid,. hlm. 45.

24 Saari Sungib, JIM 1991-1993, Menentukan Agenda Pemikiran, JIM, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 9 25 Ibid. hlm. 15.

26 Ibid,.

27 Saari Sungib, Bersama Menggarap Erti Perjuangan, hlm. 72-73. 28 Ibid

29 Ibid,. hlm.113-114.

30 Fred R. Von der Mehden, Malaysia in 1980: Signals to Watch, Asian Survey, Vol. XXI, No. 2, Februari 1981, hlm. 246.

31 David Camroux, State Responses to Islamic Resurgence in Malaysia, Accommodation, Co-Option and Confrontation, Asian Survey, Vol. XXXVI, September 1996, hlm. 859.

32 Sila lihat Zulkifli Daud, ABIM dan Polimik Politik di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia 1971-1996, ABIM, Petaling Jaya, 1996, hlm. 61.

33 David Camroux, State Responses to Islamic Resurgence in Malaysia, hlm. 859.

34 Sila lihat tesis PhD Mohammad Nor Manutty, Perception of Social Change in Contemporary Malaysia : A Critical Analysis of ABIM’s Role and its impact Among Muslim Youth. Temple University, U.S.A. 1991.

35 Badlihisham Mohd Nasir, Ketokohan dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, hlm. 67. 36 Badlihisyam Mohd Nasir, Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa, hlm. 51.

37 Siddiq Fadhil, Da’I Pembina Aqidah Pembangun Ummah, dalam Koleksi Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM, Mengangkat Martabat Umat, hlm. 75-79.

38 Ahmad Azam Abdul Rahman, Manhaj Maliziy Dan Lain-lain, Angkatan Belia Islam Malaysia 1971-1996, ABIM, Petaling Jaya, 1996 , hlm. 79.

39 Muhammad Syukri Salleh, Reformasi, reradikalisasi dan kebangkitan Islam di Malaysia. www.geocities.com/muhammadsyukri/PEMIKIRReradikal.html

(16)

41 Siti Hamisah Binti Manan, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar di United Kingdom : Peranan Islamic Representive Council

(1975-199), Tesis Ijazah Sarjana Sastera, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 2003, hlm 102.

42 Ibid,. hlm. 103

43 Siti Hamisah, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar di United Kingdom, hlm. 103.

44 Zaid Kamaruddin, Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah, hlm. 9.

45 Siti Hamisah, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar di United Kingdom, hlm. 104.

46 Sila lihat Majlis Shura Muslimun (IRC) (1983), Isu-Isu Semasa – Satu Analisa Gerakan Islam 1981-1983, IRC, London. 47 Mohd Nor Manuty telah disingkirkan dari kepimpinan MISG di Amerika Syarikat di pertengahan tahun 1980-an. 48 Siti Hamisah Binti Manan, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar di United Kingdom. hlm 104.

49 Riduan M. Nor, Mengenggam Bara : Menelusuri Perjuangan 50 Tahun Dewan Pemuda PAS Pusat dan Kezaliman ISA, Kuala Lumpur: Penerbitan Ahnaf. 2003, hlm. 15.

50

51 Askiah Adam, Islam and Civil Society, Islamic NGOs and Electoral Politics dalam Mavis Puthucheary and Norani Othman, Elections and Democracy in Malaysia, Bangi: UKM, 2005, hlm. 233.

52 Zaid Kamaruddin, Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah, hlm. 10.

53 Jomo, K.S dan Ahmad Shabery Cheek, Malaysia’s Islamic Movements’ in Kahn, J.S and Loh Kok Wah, F (eds.), Fragmented Vision. 1992, hlm. 101.

54 Riduan M. Nor, Mengenggam Bara, hlm. 20.

55 Dzulkifli Ahmad, Furqan, January-March 1991, lidah rasmi IRC di Britain. Dzulkifli Ahmad adalah bekas Yang Dipertua JIM di Kelantan.

56 Zaid Kamaruddin, Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah, hlm. 10. 57 Ibid,. hlm. 11.

58 Siddiq Fadhil dan Muhammad Nur Manuty Keprihatinan Umat dan Transformasi Sosial, ABIM : Petaling Jaya, 2003, hlm. 100. 59 Ibid, hlm. 101

60 Ibid.

61 Gagasan Madinah diputuskan sewaktu pimpinan ABIM mengerjakan haji pada tahun 1998. 62 Arba’iyah Mohd. Noor, ABIM dalam gelombang politik Negara, Risalah Bil. 5, Oktober 2001. 63 Sila lihat Ahmad Azam Abdul Rahman, 2008, hlm. 39-40

64 Ahmad Azam, Risalah Bil. 5/Oktober 2001.

65 Ahmad Zaki Abd. Latiff, Pengaruh Gerakan Islam Timur Tengah.

66 ABIM Pusat sendiri telah memberikan nama calon-calon ABIM kepada Ust. Fadhil Noor terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mohammad Sulong (kini ADUN di Trengganu) masuk bertanding atas nama PAS dimasukkan sebagai calon mewakili Gerak di Trengganu dan ABIM.

67 Ibid

68 Sila lihat Ahmad Azam Abdul Rahman, Memimpin Belia Islam. hlm. 64-65. 69 Huznuz-zan adalah sikap berbaik sangka.

70 Muhammad Syukri Salleh, Reformasi, reradikalisasi dan kebangkitan Islam di Malaysia. www.geocities.com/muhammadsyukri/PEMIKIRReradikal.html.

71 Ibid.,

72 Askiah Adam, Islam and Civil Society, Islamic NGOs and Electoral Politics, hlm. 233 73 Lihat Zaid Kamaruddin, Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah, hlm. 11. 74 Usul Pendekatan Terhadap UMNO, kertas kerja JIM bertarikh 28 Februari 1990.

75 Badlihisham Mohd Nasir. Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa. hlm. 53

76 Saari Sungib, Bersama Menggarap Erti Perjuangan , hlm. 15-16.

77 Ibid

78 Ibid., hlm. 15-16 79 Ibid.

80 Ibid. hlm. 97.

81 Ibid.

82 Saari Sungib, Bersama Menggarap Erti Perjuangan . hlm. 32-34. 83 Ibid.

84 Ibid 85 Ibid.

86 Muhammad Syukri Salleh, R eformasi, Reradikalisasi dan kebangkitan Islam.

87 Siddiq Fadzil. Perspektif Qur’ani : Siri Wacana Tematik. Selangor : Biro Dakwah dan Tarbiyah ABIM Pusat, 2003.

(17)

90 Ahmad Azam Abdul Rahman, Memadamkan perseteruan, menyuburkan perdamaian, Risalah, Julai 2001. 91 Ibid.

92 Mohamed Hatta Shaharom, Menerajui Inovasi Perjuangan, hlm. 6.

93 Ibid,. hlm. 8 94 Ibid. hlm. 14.

95 Zachary Abuza, Tentacles of Terror: Al Qaeda’s Southeast Asian Network, Contemporary Southeast Asia 24, no. 3, 2002, hlm. 453.

96 Mohamed Hatta Shaharom Meneguh Misi Islah : Merealisasi Potensi Ummah, JIM: Kuala Lumpur. 2001, hlm. 21.

97 Ibid,.

98 Sila lihat Ucapan Dasar Yusri Mohamad , Jatidiri Gerakan Mendepani Cabaran Zaman. Muktamar Sanawi ABIM, 2007. J

99 Isu ini diulas oleh Muhammad Uthman el-Muhammady. Pascamodenism dan Islam : Satu Pandangan Awal, Selangor: Akademi

Referensi

Dokumen terkait

Akta Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan lain-lain arahan daripada KKM dan MKN dari semasa ke semasa.. Peraturan-peraturan Pihak

Jadi dapat disimpulkan bahwa sistem pengupahan yang dilakukan di Industri Tahu belum sesuai dengan kriteria penetapan upah dalam Islam, karenapenetapan upah dalam

Dari pengertian tersebut dapat disimpulkan bahwa tes formatif adalah tes hasil belajar untuk mengetahui keberhasilan proses belajar mengajar yang dilakukan oleh guru,

Hajah Nurcahyani selaku waka humas, Dalam membina hubungan keluar berkaitan dengan Customer Relation, Bisa dilihat bahwa di MTs Negeri 2 Bandar Lampung, memiliki pelanggan yang

Oleh karena hasil analisis varian menunjukkan pengaruh yang nyata maka selanjutnya dilakukan analisis BNT untuk mengetahui signifikansi masing masing perlakuan pH maupun

Hal ini disebabkan karena pembelajaran dengan menggunakan model problem based learning dengan metode eksperimen pada kelas eksperimen tinggi mampu membuat siswa

Berdasarkan pada hasil penelitian, disimpulkan beberapa hal sebagai berikut; (1) Partisipasi perempuan Jawa Tengah dalam politik khususnya dalam pelaksanaan

Metode pembiasaan perlu diterapkan oleh guru dalam proses pembentukan karakter, untuk membiasakan peserta didik dengan sifat-sifat terpuji dan baik, sehingga aktivitas yang