• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Institusi Messo Dalam Menjamin Kecemerlangan Akademik Pelajar.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Peranan Institusi Messo Dalam Menjamin Kecemerlangan Akademik Pelajar."

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

PERANAN INSTITUSI MESSO DALAM MENJAMIN

KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR

Mohd Haizzan Yahaya, Muhamad Fadhil Nurdin

Paramjit Singh Jamir Singh

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian penerokaan awal mengenai persepsi pelajar terhadap institusi messo ke arah kecemerlangan akademik mereka. Kajian ini mengambil tempat di sebuah sekolah di Pulau Pinang, Malaysia. Kajian kualitatif ini khususnya adalah untuk menyelidik persepsi pelajar terhadap sokongan institusi messo ke arah kecemerlangan akademik mereka. Responden terdiri daripada pelajar tingkatan empat (4) yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang (7A dan 8A) dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Seramai 10 orang pelajar telah dipilih untuk pembangunan kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat dan mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar ini dalam memperoleh kecemerlangan pencapaian akademik mereka. Aspek institusi messo telah diterokai dalam usaha untuk memahami pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Aspek messo menekankan kepada peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya yang mendorong ke arah kecemerlangan akademik pelajar. Penemuan kajian telah menunjukkan bahawa ibu bapa, guru dan rakan sebaya memainkan peranan yang penting ke arah kecemerlangan akademik para pelajar tersebut.

Kata Kunci: kecemerlangan akademik; pencapaian akademik pelajar; peranan institusi messo

PENDAHULUAN

Standard akademik adalah penanda aras kualiti dan kecemerlangan dalam pendidikan seperti ketegasan kurikulum dan kesukaran dalam menghadapi peperiksaan. Peperiksaan adalah salah satu cara pelajar diuji dan juga cara untuk memastikan bahawa pengetahuan yang disampaikan oleh guru diperolehi oleh pelajar. Ia bukanlah cara terbaik untuk mencapai objektif peperiksaan, tetapi ia tidak dapat dielakkan. Tempoh peperiksaan sering menyebabkan rasa tertekan dan ditakuti oleh pelajar dalam penyediaan diri dan cenderung untuk menunggu hingga ke akhir minggu sebelum menghadapinya.

(2)

2 Oleh hal yang demikian, untuk menangani kepantasan perubahan pengetahuan, pelajar hari ini seharusnya berusaha untuk mencapai kecemerlangan akademik.Dalam hal ini, kecemerlangan akademik boleh ditakrifkan sebagai keupayaan yang ditunjukkan oleh pelajar untuk melaksanakan, mencapai, dan/atau cemerlang dalam aktiviti akademik. Di samping itu, kecemerlangan akademik adalah lebih daripada hanya memperoleh gred yang baik, tetapi ia juga merupakan pembangunan maksimum daripada kapasiti kemahiran dan intelektual dalam perkhidmatan sosial.

Menduduki peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah satu proses pembelajaran di Malaysia. Akan tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran? Berdasarkan teori kognitif, pembelajaran ditakrifkan sebagai perubahan dalam membentuk pelajar untuk berkelakuan dalam tatacara tertentu sebagai hasil daripada pengalaman mereka. Sesetengah ahli psikologi kurang menggemari pandangan yang mana ianya cenderung kepada proses menghadkan tingkah laku, akan tetapi sebaliknya melihat pembelajaran dari perspektif kognitif yang bukan sahaja cenderung kepada proses tingkah laku tetapi juga proses mental.Mereka mentakrifkan pembelajaran sebenarnya adalah perubahan dalam diri seseorang pelajar itu sendiri yang disebabkan oleh pengalaman mereka.

Menurut Bower and Hilgard (1981), pembelajaran boleh mengambil tempat dalam tiga caranya. Pertama, pembelajaran dengan pendedahan realiti kepada sesuatu acara. Kedua, menghubungkaitkan pembelajaran dengan kaedah melihat individu atau kelompok yang mengalami sesuatu keadaan atau situasi. Ketiga, pembelajaran melalui penggunaan bahasa samada secara diajar atau melalui pembacaan.

Permasalahan Kajian

(3)

3 Seseorang pelajar berkebolehan untuk menjadi cemerlang di dalam akademik, tetapi gagal untuk menghadapi masalah praktikal kehidupan. Pelajar-pelajar ini tidak mempunyai pengetahuan praktikal dan rasa erti kehidupan. Persepsi mereka terhadap kecemerlangan akademik perlu dilihat ke dalam sebagai sebuah progres kemajuan. Oleh itu, tindakan perlu dilakukan segera terutama oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk meminimakan pembaziran modal insan.

Selain itu, pelajar yang memperoleh kecemerlangan akademik boleh dikendalikan dengan cara yang efektif di dalam kelas biasa. Berusaha untuk 'kecukupan' dalam mendidik anak-anak tidak boleh diterima. Setiap pelajar, tanpa mengira kebolehan intelektualnya, layak untuk dididik dengan sewajarnya. Sebagai contoh, pelajar yang mahir dalam matematik telah menunjukkan penguasaan di kebanyakan topik yang diajar di tahap gred semasa mereka. Tugas mereka adalah untuk menentukan di mana jurangnya dan mengisinya sebelum mereka bergerak ke hadapan. Ini boleh dicapai dengan menggunakan ujian yang disediakan oleh guru, ujian yang disediakan oleh penerbit buku teks atau ujian standard. Pengenal pastian di peringkat awal dan campur tangan institusi messo adalah penting untuk pertumbuhan dan pembangunan kecemerlangan akademik mereka. Dilengkapi dengan strategi pengajaran praktikal dan sumber kreatif, guru berada dalam kedudukan yang unik untuk memajukan bakat dalam persekitaran yang mampu merangsang pemikiran mereka.

Tambahan pula, pelajar yang dilihat "matang" dan mempunyai kemahiran, pengetahuan, atau kebolehan luar biasa secara tidak langsung akan menarik minat para pengkaji-pengkaji. Pendidik, ahli psikologi dan lain-lain yang bekerja dengan pelajar telah mengkaji tentang pembangunan kumpulan pelajar-pelajar yang luar biasa ini dalam usaha untuk memahami keadaan yang memudahkan atau menghalang pertumbuhan mereka menjadi dewasa yang produktif. Perdebatan mengenai pendidikan dan asuhan pelajar-pelajar ini berterusan, dengan keadaan semasa perbincangan dan penyelidikan kadang kala mengaburkan dan bukannya mendedahkan amalan yang sesuai. Tambahan pula, walaupun kebanyakan para profesional bersetuju ke atas sesuatu cadangan tertentu, terdapat kepelbagaian yang luas dalam pelaksanaannya di kedua-dua sekolah dan di rumah.

(4)

4 peluang yang optimal untuk mengasah kemahiran mereka. Atas sebab ini, ia adalah penting untuk institusi sistem yang relevan memastikan para pelajar ini mampu untuk menghabiskan masa dan bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran secara tetap (berfikiran setaraf). Oleh yang demikian, dalam memastikan pelajar yang cemerlang akademik akan menikmati dan keselesaan dalam pergaulan mereka, satu kajian adalah amat berguna.

Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada pelajar tingkatan empat (4) Sekolah Menengah Penang Free (PFS) yang memperoleh ‘straight A’ dalam keputusan PMR mereka sebelum ini. Keputusan PMR bagi tahun 2011 adalah ukuran terbaik dalam pembagunan kajian ini kerana ianya adalah data terkini. Salah satu aspek utama yang mempengaruhi pememilihan PFS sebagai lokasi penyelidikan adalah kerana sekolah ini dinobatkan sebagai antara sekolah terbaik di Pulau Pinang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

TINJAUAN LITERATUR

Kajian ini melihat ke dalam salah satu aspek utama kehidupan manusia. Sasaran utama kajian adalah untuk memastikan bahawa penemuanya kelak akan memperoleh hasil yang dapat mengembangkan informasi berkaitan peranan institusi messo dalam menjamin kecemerlangan akademik pelajar. Keseluruhannya, maklumat yang berkaitan kajian ke atas institusi messo yang merangkumi ibu bapa, guru dan rakan sebaya dicungkil untuk memahami situasi dan peranan institusi messo dengan sewajarnya.

Pelajar dan Pendidikan Asas

(5)

5

Freeman (1985) menegaskan bahawa:

“Schools which have a name for being ‘the best’ are often those which have the most examination passes, and which have chosen to emphasize what of their teaching the tests assess.

The effect on education of this routine and these predetermined goals are often to diminish the sparkle and excitement of discovery in learning, which is so vital

to creative endeavor. However, students may well do either more than the teacher expects, or something quite different, and thus put paid

to the best laid educational plans” (Muka surat 19).

Ia adalah mustahil untuk menyediakan kanak-kanak sekolah hari ini untuk menangani dengan semua tuntutan yang mereka akan hadapi dalam kehidupan mereka (Torrance, 1965). Dalam pandangan ini, masa depan tradisional bagi keperluan dan permintaan pendidikan yang dasarnya kuantitatif dan berasaskan pengetahuan tidak lagi sesuai. Ia tidak cukup untuk membekalkan setiap kanak-kanak (di awal kehidupan mereka) dengan kapasiti pengetahuan yang melangkaui batas pemikiran mereka. Setiap individu mesti bersedia untuk merebut peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat, kedua-duanya (kuantitatif dan kualitatif) adalah untuk meluaskan pengetahuan, kemahiran, dan sikap; dan untuk menyesuaikan diri dengan dunia yang berubah-ubah, kompleks, dan saling bergantungan antara satu dan lain (UNESCO, 1996).

Jika untuk berjaya dalam tugasan, pendidikan mesti dianjurkan dalam sekitar 4 jenis asas pembelajaran sepanjang hayat seseorang yang akan menjadi tunggak pengetahuan: belajar untuk mengetahui, yang memperolehi instrumen persefahaman; pembelajaran untuk melakukan, mampu untuk bertindak secara kreatif terhadap alam sekitar; belajar untuk hidup dan bekerjasama dengan orang lain dan belajar untuk menjadi sesuatu. Sudah tentunya, empat laluan pengetahuan ini semuanya berbentuk menyeluruh, kerana terdapat banyak yang berkaitan, persimpangan, dan pertukaran di kalangan mereka (UNESCO, 1996).

Messo

(6)

6 diperlukan untuk meningkatkan saling bergantungan diantara sekolah dan unsur-unsur dalam persekitarannya untuk menjelmakan penglibatan komuniti.

Sebaliknya, menurut McNeal (1999), terdapat sekurang-kurangnya empat jenis modal sosial ibu bapa, termasuk perbincangan ibu bapa dan anak berkaitan dengan pelajaran, ibu bapa dalam organisasi ibu bapa dan guru (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), pemantauan ibu bapa akan tingkah laku anak-anak, dan penglibatan secara langsung ibu bapa dalam amalan pendidikan anak-anak. Daripada keempat-empat modal sosial tersebut, McNeal (1999) mendapati dengan mengamalkan perbincangan ibu bapa dan anak (sejauh mana ibu bapa dan anak-anak kerap membincangkan isu-isu pendidikan) menghasilkan impak yang besar ke atas pencapaian pendidikan mereka. Sokongan ibu bapa juga dapat membantu untuk mengarahkan anak-anak ke arah tingkah laku positif disertai dengan pememantau penglibatan mereka mampu mengukuhkan tanggapan bahawa pendidikan sebagai berharga (McNeal, 1999; Pong, 1997).

Selain itu, hasil kajian McNeal (1999) menunjukkan bahawa pengaruh perbincangan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar mungkin berbeza-beza, ianya bergantung kepada sesuatu kumpulan kaum atau etnik. Dalam kajian McNeal, perbincangan itu adalah ketara berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar Afrika di Amerika dan pelajar kulit putih, tetapi tidak untuk pelajar di Latin atau di Asia. Walau bagaimanapun, Ginorio dan Huston (2001) melaporkan bahawa keluarga Latin melaksanakan pengaruh yang kuat kepada pelajar untuk mengejar matlamat pendidikan mereka. Walaupun kekurangnya pengetahuan berbahasa Inggeris, ianya mampu dikendalikan oleh sesetengah ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka dengan kerja sekolah.

Sekolah sering memberi bantuan yang minimum kepada ibu bapa berkaitan cara-cara di mana mereka boleh menglibatkan diri secara aktif dengan pendidikan anak-anak mereka. Penyelidikan semasa menyokong penemuan ini termasuk tanggapan bahawa ibu bapa adalah kurang berkemungkinan untuk terlibat dengan sekolah jika mereka bekerja atau jika ibu bekerja sepenuh masa (Muller & Kerbow, 1993). Tambahan pula, tahap pendidikan ibu bapa mempunyai hubungan dua hala dengan penglibatan mereka (Stevenson & Baker, 1987).

(7)

7 menegaskan bahawa sokongan guru dan orang dewasa yang lain di sekolah menjadi lebih penting untuk kejayaan akademik pelajar minoriti kaum dan etnik, kerana sokongan itu dianggap sukar untuk diperolehi. Ini berlaku berkemungkinan kerana kebanyakan guru adalah guru berkulit putih. Pada masa ini, hanya 4 peratus daripada guru-guru di sekolah awam adalah berbangsa Latin (NCES, 1998), manakala sekitar 15 peratus daripada pelajar sekolah awam adalah berbangsa Latin (NCES, 2000). Sokongan guru juga menjadi lebih penting kepada pelajar yang berbangsa Latin jika dibandingkan dengan dari latar belakang kaum atau etnik yang lain, kerana guru berkulit putih mungkin mempunyai pemahaman yang kurang tentang budaya Latin (Ginorio & Huston, 2001).

Sokongan guru juga mempengaruhi dalam komponen hubungan baik dengan sekolah. Dalam satu kajian, Rosenfeld, Richman, dan Bowen (2000) melaporkan hubungan antara guru dan sokongan tiga langkah berkesan berkaitan dengan sekolah, seperti "Saya mendapati sekolah menyeronokkan dan menarik." Di samping itu, Valenzuela (1999) mendapati bahawa tanggapan sokongan sosial daripada guru dikaitkan dengan kesan positif terhadap sekolah oleh sampel belia Mexico.

METODOLOGI KAJIAN

Sampel

Responden untuk kajian ini adalah pelajar tingkatan empat (4) yang telah lulus dengan cemerlang (7A dan 8A) dalam peperiksaan PMR mereka, pada tahun 2011. Seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Menengah Penang Free telah dipilih dalam melengkapkan temuduga tersebut. Persampelan kuota digunakan dengan kriteria berikut: PMR Straight A, pelajar tahun 2011.

Kajian ini mengaplikasikan penyelidikan kualitatif yang menyiasat mengenai persepsi pelajar ke arah kecemerlangan akademik oleh institusi messo mereka. Oleh itu, sampel lebih kecil tetapi fokus lebih kerap diperlukan, bukannya sampel besar (Denzin & Lincoln, 2005).

PENEMUAN

(8)

8 rakan sebaya dan pendapat responden mengenai ibu bapa mereka hal yang berkaitan pendidikan mereka juga telah disoal di sini.

Ringkasan Penemuan

STPM: Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

S1. Kelulusan pendidikan tertinggi ibu bapa? S2. Pekerjaan ibu bapa?

S3. Keputusan PMR rakan karib/rakan sebaya?

S4. Pendapat terhadap ibu bapa berkenaan pelajaran anda?

S5. Menghadiri program pendidikan di sekolah? S6. Pengaruh guru terhadap kecemerlangan PMR? S7. Sekolah membantu kejayaan anda?

S8. Sokongan sekolah

S9. Adakah program khas perlu dibangunkan untuk pelajar yang cemerlang (akademik)?

(9)

9 kajian ini telah diterjemahkan ke dalam jadual. Jadual 1 mewakili hasil penyelidikan secara menyeluruh dalam format jadual.

PERBINCANGAN

Penemuan kajian telah menjerumus kepada konteks dan hasil tertentu. Hasil yang dijana oleh pengkaji dijelaskan di dalam penemuan kajian. Beberapa perkara melalui proses penimbangan dan perlu diperiksa serta dianalisis untuk memastikan bahawa keputusan adalah relevan. Bahagian ini akan membawa kepada pandangan yang jelas dari aspek responden yang mempengaruhi prestasi dalam kecemerlangan akademik mereka dari pandangan institusi messo.

Messo

Berdasarkan penemuan, tiada hubungan yang kuat antara latar belakang pendidikan ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran para pelajar dalam akademik. Malah, jika ibu bapa tidak menamatkan pengajian sekolah mereka, anak-anak mereka masih mampu mencapai kecemerlangan akademik terutamanya dalam peperiksaan PMR. Di dalam parameter ini, seramai 40% daripada responden telah ditemubual berkongsi pendapat yang sama. Motivasi dan perubahan gaya hidup keluarga adalah antara faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik mereka

.

Pencapaian pendidikan ibu bapa didapati menjadi salah satu pembolehubah yang paling kritikal kepada seseorang kanak-kanak di seluruh dunia (Desai & Alva, 1998) dan seolah-olah menjadi salah satu pemboleh ubah utama kepada mereka secara umumnya (Chen, Matthews, & Boyce, 2002).

(10)

10 Kajian ini telah menambah kepada tinjauan literatur pada pengaruh pembolehubah latar belakang ahli keluarga dengan cara yang penting. Penemuan menunjukkan bahawa taraf persekolahan (pelajaran) ibu bapa berpengaruh dengan bagaimana cara mereka mengstrukturkan persekitaran perumahan mereka serta bagaimana mereka berinteraksi dengan anak-anak mereka dalam mempromosikan kecemerlangan akademik. Ini menunjukkan bahawa masalah ekonomi tidak semestinya mengekang pembangunan akademik. Ia adalah mustahil bahawa ibu bapa sebagai "rakan guru" di rumah berkebolehan untuk mencari keseimbangan yang lebih baik dari segi psikologi rangsangan dan permintaan untuk anak-anak mereka apabila mereka telah berjaya dalam akademik. Jika ibu bapa yang berjaya dalam menyediakan persekitaran emosi yang stabil dan merangsang, kesan negatif atau sekatan kewangan dapat dikurangkan. Penemuan ini didapati konsisten dengan keterangan bahawa pengaruh pendapatan keluarga menurun apabila umur kanak-kanak meningkat dalam prestasi pelajaran (Duncan & Brooks-Gunn, 1997).

Berdasarkan penemuan, ia menunjukkan bahawa rakan sebaya mempengaruhi ke arah pencapaian pelajar. Penyelidik mendapati bahawa 90 peratus daripada rakan sebaya responden juga memperoleh keputusan minimum iaitu 6A, 7A dan 8A. Di samping itu, rakan sebaya membantu dari segi pendidikan juga seperti melaksanakan dalam kumpulan kajian.

Menurut Black (2002), rakan sebaya menyediakan satu forum di mana remaja merancang dan membina semula identiti mereka. Castrogiovanni (2002) menyatakan bahawa pada peringkat pembangunan, seseorang akan merasai identiti mereka tidak begitu stabil. Satu proses pelabelan rakan sebaya boleh menyumbang kepada pembinaan identiti yang positif bagi sesetengah remaja, akan tetapi identiti negatif untuk orang lain (Downs & Rose, 1991). Malangnya, ahli-ahli kumpulan boleh menerima label negatif, menggabungkan mereka ke dalam identiti mereka melalui proses penyelewengan.

(11)

11 tanggapan orang lain (Burns & Darling, 2002). Umumnya, kebanyakan remaja mematuhi kepada tekanan rakan sebaya tentang perkara-perkara yang agak tidak penting seperti muzik, pakaian atau gaya rambut. Akan tetapi, apabila ia berkaitan dengan isu-isu yang lebih penting seperti nilai-nilai moral, ibu bapa masih kekal lebih berpengaruh daripada kumpulan rakan sebaya (Black, 2002).

Dalam hal ini, penyelidik percaya bahawa bagi pelajar-pelajar yang ingin cemerlang dalam pengajian mereka seharusnya bersikap memilih dalam memilih rakan untuk bergaul. Tiada keraguan bahawa rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik pelajar. Rakan-rakan sama ada boleh memberi manfaat dalam akademik atau semangat atau kelalaian dalam akademik kepada pelajar. Ini adalah sebab utama mengapa ramai ibu bapa cenderung untuk bimbang akan jenis rakan anak-anak mereka bergaul. Persepsi responden terhadap kecemerlangan akademik kepada ibu bapa mereka hanya dan semata-mata tetapi mampu menggalakkan, sokongan motivasi kewangan, dan bertindak sebagai penjaga yang setia kepada mereka. Dalam hal ini, ibu bapa dinobatkankan sebagai salah satu faktor yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar. Ia adalah kerana penemuan menunjukan bahawa responden lebih bergantung kepada ibu bapa mereka demi keperluan pendidikan.

Guru dan sekolah mempunyai peranan penting untuk dimainkan ke arah keupayaan pembelajaran para pelajar. Peranan mereka termasuk menggalakkan pembelajaran aktif, membangunkan kemahiran berfikir, mewujudkan zon pembelajaran yang berkesan, menggalakkan kejayaan, menyediakan maklum balas yang berkesan, mengiktiraf dan mewujudkan ruang pembelajaran yang selesa, membangunkan hubungan baik, membangunkan pedagogi pembelajaran, meningkatkan motivasi dan menerima perbezaan setiap individu.

(12)

12 markah berharga yang membawa kepada keberhasilan keputusan peperiksaan yang baik. Tanpa teknik yang baik dalam menyampaikan jawapan mereka, pelajar mungkin kehilangan markah beharga mereka, sekali gus mendorong mereka ke dalam keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Selain itu, program pendidikan juga membolehkan pelajar menguruskan masa mereka dengan baik (pengurusan masa) dalam menjawab peperiksaan PMR mereka.

Komitmen guru dalam menyalurkan pengetahuan dalam dunia pembelajaran tidak dapat diragui sepenuhnya. Dalam hal ini, penyelidik mendapati bahawa guru-guru meletakkan keringat dan usaha yang tinggi kepada para pelajar mereka. Memastikan sehingga pelajar benar-benar faham dengan jelas, kreatif dalam kemahiran pengajaran, dan menyediakan latihan adalah antara usaha-usaha mereka terhadap para pelajar. Motivasi yang disampaikan oleh guru memberi kesan positif kepada pencapaian kecemerlangan responden dalam PMR mereka.

Dari sudut lain, sumbangan sekolah kepada kecemerlangan akademik pelajar masih bergantung tinggi kepada guru. Ini termasuklah usaha guru, mengajar kemahiran dan juga kaedah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa pelajar masih bergantung tinggi juga kepada guru. Oleh yang demikian, guru perlu tahu dan sedar bahawa mereka adalah salah satu kompenen yang mampu membentuk kejayaan pelajar.

Sebagai tambahan, sokongan dari segi membantu pelajar dalam pendidikan sekolah membawa kepada kecemerlangan akademik pelajar. Terdapat pelbagai cara dalam menyokong pelajar oleh pihak sekolah. Dalam hal ini, guru masih mencul sebagai watak utama dalam menyokong pelajar ke arah kecemerlangan akademik mereka. Selain persekitaran sekolah termasuk kemudahan asas, program pendidikan sekolah juga memberi kesan positif.

(13)

13 pintar boleh bergaul dengan mentaliti yang hampir sama seperti mereka yang seterusnya menghasilkan manfaat.

Pelajar cemerlang selalunya akan mencari orang lain dengan minat yang sama, yang ketawa pada jenaka mereka dan menghargai permainan kompleks mereka. Ini tidak bermakna bahawa setiap pelajar cemerlang akan sempurna. Pelajar-pelajar yang cemerlang di sekolah khasnya, masih perlu memiliki pelan pendidikan individu dalam pelbagai corak yang kreatif kerana sesetengah pelajar cemerlang dalam matematik, dan selainya dalam bidang kesusasteraan. Oleh yang demikian, sekolah khas diperlukan untuk menyediakan tahap pengajaran dalam setiap kawasan subjek-subjek tersebut. Kelebihan program kecemerlangan terhadap para pelajar tersebut membawa kepada penjurusan rangka kerja yang lebih efektif dan efisyen daripada rangka kerja yang sedia ada untuk program pembelajaran mereka.

KESIMPULAN dan CADANGAN

Persepsi pelajar cemerlang ke arah kecemerlangan akademik boleh dikategorikan kepada tiga pendorong utama iaitu ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Ianya berkaitan antara satu sama lain dengan cara yang unik. Sebagai contoh, aktiviti individu masih dipantau oleh dan diberitahu kepada ibu bapa. Dalam hal ini, dua aspek messo muncul di kelakuan yang sama. Ianya juga di aplikasi oleh tanggungjawab pelajar di sekolah.

(14)

14 Selain itu, untuk pengurusan yang teratur dan positif ke atas pelajar yang cemerlang akademik di sekolah, penyelidik percaya bahawa peranan sistem sosial messo harus diketengahkan untuk mengurangkan kecenderungan ke arah masalah-masalah pendidikan dan pembangunan sosial yang dihadapi oleh para pelajar ke arah kecemerlangan akademik. Dalam hal ini, institusi sosial beroperasi sebagai pautan di kalangan sekolah, pelajar, keluarga mereka, dalam perkhidmatan sosial masyarakat. Mereka berfungsi dengan pelajar dikedua-dua rumah dan di sekolah mereka, manakala memberi tumpuan kepada keluarga dan masyarakat terutamanya faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik para pelajar di sekolah. Tambahan pula, institusi sosial dilihat dapat memberi impak yang besar kearah kecemerlangan akademik para pelajar.

Sebagai tambahan, ibu bapa yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dan acara-acara di sekolah akan mempunyai peluang tambahan untuk berkomunikasi dengan guru. Di samping itu, ibu bapa juga akan mempunyai input kearah pembangunan keputusan yang boleh membantu dalam pendidikan anak-anak mereka. Satu lagi pelaburan yang bermanfaat dalam pendidikan para pelajar oleh institusi messo adalah tindakan atau reaksi secara sukarela. Bergantung kepada ketersediaan, kepentingan ibu bapa, dan keperluan sekolah, ianya adalah peluang yang tiada kesudahan terutamanya dalam peranan proses pembagunan pendidikan.

Rujukan

Black, S. (2002). When students push past peer influence. The Education Digest, 68, 31- 36. Bower, G. H. (1981). Learning, Psychology of. Prentice-Hall (Englewood Cliffs, N.J.).

Bulach, C. R., Malone, B., & Castleman, C. (1995), “An investigation of variables related to student

achievement”, Mid-Western Educational Researcher, Vol. 8 No. 2, pp. 23-9.

Burns, A., & Darling, N. (2002). Peer pressure is not peer influence. The Education Digest, 68, 4-6. Castrogiovanni, D. (2002). Adolescence: Peer groups. Retrieved from: http://inside.bard.edu/

/academic/specialproj/darling/adolesce.html.

Chen, E., Matthews, K. A., & Boyce, W. T. (2002). Socioeconomic differences in children’s health: How

and why do these relationships change with age? Psychological Bulletin, 128, 295–329. Denzin, N. K., & Lincoln, Y.S. (2005). The sage handbook of qualitative research. Thousand Oaks, CA:

Sage.

Desai, S., & Alva, S. (1998). Maternal education and child health: Is there a strong causal relationship? Demograpy, 35 (1), 71– 81.

(15)

15 Duncan, G. J., & Brooks-Gunn, J. (1997). Consequences of Growing Up Poor. New York: Russell Sage

Foundation.

Epstein, J. L. & Sheldon, S. B. (2002). “Present and accounted for: Improving student attendance through

family and community involvement”, Journal of Educational Research, Vol. 95, pp. 308-18.

Freeman, J. (1985). A pedagogy for the gifted. In J. Freeman (Ed.), The psychology of gifted children: Perspectives on development and education (pp. 1–19). New York: John Wiley & Sons.

Ginorio, A., & Huston, M. (2001). Si, se puede! Yes, we can. Latinas in school. Washington, DC: AAUW Foundation.

McNeal, R. B. (1999). Parental involvement as social capital: Differential effectiveness on science achievement, truancy, and dropping out. Social Forces, 78, 117– 144.

Muller, C. & Kerbow, D. (1993), “Parent involvement in the home, school, and community”, in Schneider, B. and Coleman, J.S. (Eds), Parents, Their Children and Schools. Westview Press, Boulder, CO, pp. 13-42.

National Center for Education Statistics (NCES). (1998). Schools and staffing survey, 1993–94. Table 68. Washington. DC: U.S. Government Printing Office.

Pong, S. (1997). Family structure, school context, and eighth grade math and reading achievement. Journal of Marriage and the Family, 59, 734–746.

Rosenfeld, L. B., Richman, J. M., & Bowen, G. L. (2000). Social support networks and school outcomes: The centrality of the teacher. Child and Adolescent Social Work Journal, 17, 205–226.

Ryan, A.M. (2000). Peer groups as a context for the socialization of adolescents ‘motivation, engagement, and achievement in school. Educational Psychologist, 35, 101-112.

Stanton-Salazar, R. D. (1997). A social capital framework for understanding the socialization of racial minority children and youths. Harvard Educational Review, 67, 1–40.

Stevenson, D. L. & Baker, D. P. (1987). “The family-school relation and the child’s school performance”, Child Development, Vol. 58, pp. 1348-57.

Torrance, E. P. (1962a). Developing creative thinking through school experiences. In S. J. Parnes & H. F. Harding (Eds.), A source book for creative thinking (pp. 31–47). New York: Charles Scribner’s Sons.

Torrance, E. P. (1965). Rewarding creative behaviour experiments in classroom creativity. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization. (1996). Learning: The treasure within Report to UNESCO of the International commission on education for the twenty-first century. Paris: UNESCO Publishing.

United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization. (1998). World education report: Teachers and teaching in a changing world. Paris: UNESCO Publishing.

Referensi

Dokumen terkait

Dari penjelasan di atas jelaslah bahwa taman hiburan yang di dalamnya termasuk taman rekreasi tlogomas Kota Malang juga turut merupakan penyuplai pendapatan asli

[r]

Telah dilakukan penelitian “Bioaktivitas Senyawa Asam Heksadekanoat dan β- sitosterol Hasil Isolasi Aglaophenia cupressina Lamoureoux Sebagai Bahan Antijamur Terhadap

Tingkat pengetahuan anak usia Sekolah Dasar tentang pencegahan diare sebelum diberikan pendidikan kesehatan di nyatakan kurang pengetahuan dan sesudah di berikan

Menurut Sabatier (1986) memodifikasi model mereka pada tahun (1973), mengidentifikasi tiga faktor bebas (independen faktor) yang mempengaruhi keberhasilan

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah dipaparkan sebelumnya, maka dapat disampaikan simpulan bahwa kinerja finansial program penanggulangan kemiskinan

perencanaan mesin ini adalah berupa desain atau rancangan mesin peniris minyak pada keripik nangka dengan kapasitas 2,5 kg/menit menggunakan motor listrik 0,25

Salah satu nilai dalam dimensi budaya yang perlu dikembangkan dalam kurikulum pendidikan agama Islâm adalah nilai-nilai ajaran Islâm dalam aspek kemasyarakatan, yakni