1. Tujuan
Garis panduan ini adalah sebagai panduan aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja kepada kakitangan, pelajar dan pelawat di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) bagi pencegahan penularan wabak COVID-19.
2. Latar Belakang
Selaras dengan arahan dan garis panduan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan lain-lain yang amat menitik berat mengenai aspek keselamatan dan kesihatan kakitangan, maka garis panduan ini dihasilkan bagi memastikan perkhidmatan di UMBI dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif. Bagi menterjemahkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kementerian/ jabatan /agensi di atas, maka garis panduan ini dihasilkan bersesuaian dengan keperluan setiap bahagian di UMBI.
3. Amalan Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja (UMUM)
Perkara Tindakan
1. Memastikan kakitangan membuat pengakuan kesihatan kendiri (self- declaration) mengenai status kesihatan dengan mengisi dan
menghantar Borang Pengisytiharan Kesihatan (Health Declaration Form) sehari sebelum untuk kebenaran hadir bertugas.
Semua kakitangan
2. Sepanjang berada di UMBI diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung berganda (double fask mask) mengikut garis panduan yang disarankan oleh KKM.
Semua kakitangan
3. Melaksanakan pengimbasan suhu badan kepada semua kakitangan dengan menyediakan alat pengesan suhu di pintu masuk utama serta merekodkan suhu tersebut dan rekod ini disimpan selama 30 hari.
Pengawal Keselamatan dan Pentadbiran UMBI
4. Pengudaraan Di Ruang Kerja
Perkara Tindakan
1. Suhu penghawa dingin ditetapkan kepada suhu yang bersesuaian (20oC - 24oC).
Penyelaras Bangunan/Penolong
Jurutera UMBI 2. Memastikan pengudaraan ruang kerja berfungsi dengan baik.
Membuka tingkap bagi pengudaraan keluar-masuk dan kemasukan cahaya matahari (jika perlu).
Semua kakitangan
Perkara Tindakan
4. Kakitangan yang menunjukkan suhu 37.5°C atau lebih dan/ atau mempunyai gejala respiratori (demam, batuk, selsema, sakit tekak) atau hilang deria bau, hilang deria rasa, cirit birit, loya, muntah dan sakit kepala, dan/atau mempunyai sejarah pendedahan kepada pesakit COVID-19 di rumah atau komuniti adalah dilarang memasuki UMBI dan hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan segera di Klinik Warga/ Klinik Panel.
Individu yang tidak sihat
5. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk utama dan di tempat- tempat tumpuan kakitangan seperti surau, kafeteria, kaunter dan lain-lain (jika berkaitan).
Pentadbiran UMBI dan JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
UMBI (JKKP)
6. Melakukan sanitasi meja/kubikel masing-masing dengan menggunakan cecair pencuci (surface sanitizer) sebelum memulakan kerja dan sebelum pulang.
Semua kakitangan
7. Sanitasi dan disinfeksi perlu dilakukan setiap kali di awal waktu kerja dan 2 atau 3 kali sehari di kawasan umum yang terdapat penggunaan oleh ramai orang (contoh: lif, tandas, ruang rehat, kafeteria, tangga, eskalator, tombol pintu).
Pekerja pembersihan
8. Mengamalkan polisi tidak bersalaman. Bersalam boleh diganti
dengan memberi salam/meletakkan tangan di dada kiri. Semua kakitangan
9. Menyediakan tong sampah dalam kuantiti bersesuaian di setiap tempat kerja termasuk pejabat-pejabat untuk pembuangan surgical mask yang telah digunakan.
Pentadbiran UMBI
5. Mesyuarat
Perkara Tindakan
1. Menangguhkan mesyuarat yang kurang penting atau melaksanakan mesyuarat secara edaran.
Pentadbiran UMBI Urus setia Mesyuarat 2. Melaksanakan kaedah komunikasi alternatif (mesyuarat secara maya
atau secara atas talian).
Urus setia mesyuarat 3. Sekiranya mesyuarat perlu diadakan, pastikan semua prosedur dan
langkah kawalan dipatuhi serta pengudaraan bilik mesyuarat berfungsi dengan baik.
Urus setia mesyuarat 4. Ruang bilik mesyuarat mestilah mematuhi penjarakan sosial (jarak 1
meter antara satu sama lain) bersesuaian dengan bilangan ahli mesyuarat bergantung kepada kapasiti ruang (termasuk urus setia).
Urus setia mesyuarat
5. Urus setia mesyuarat perlu memastikan kerja-kerja disinfeksi bilik mesyuarat dilaksanakan sebelum dan selepas mesyuarat dijalankan.
Urus setia mesyuarat
6. Urus setia mesyuarat perlu mengambil kehadiran dan melaksanakan pengimbasan suhu badan ahli mesyuarat bagi tujuan rekod.
Urus setia mesyuarat
7. Urus setia mesyuarat perlu menyediakan hand sanitizer di pintu masuk bilik mesyuarat.
Urus setia mesyuarat
8. Ahli mesyuarat yang bergejala tidak dibenarkan menyertai mesyuarat secara bersemuka.
Urus setia mesyuarat 9. Maklumat ahli luar yang hadir mesyuarat (nama dan nombor telefon)
perlu disimpan sekiranya terdapat keperluan untuk menghubungi mereka (jika perlu).
Urus setia mesyuarat
10. Ahli mesyuarat adalah diwajibkan untuk sentiasa memakai surgical mask
semasa berada di dalam bilik mesyuarat. Ahli mesyuarat
11. Sebarang jamuan makan tidak dibenarkan semasa mesyuarat.
Bungkusan makanan boleh disediakan untuk dibawa pulang.
Urus setia mesyuarat
6. Pengurusan Ruang/Fasiliti Guna Sama
Ruang/Fasiliti Perkara Tindakan
Lif
1. Menghadkan bilangan orang pada satu- satu masa mengikut saiz lif bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter. Pengguna berada dalam petak yang
Pengguna lif
muka di antara satu sama lain.
2. Keutamaan menggunakan lif kepada warga emas, OKU dan ibu mengandung.
3. Jika bergerak ke aras yang berdekatan, penggunaan tangga adalah digalakkan.
4. Ruang lif perlu didisinfeksi dengan kerap (sekurang-kurangnya 3 kali sehari).
Pekerja pembersihan
Surau di Aras 1 dan 8
1. Penjarakan sosial mesti diamalkan setiap masa semasa berwuduk dan solat.
2. Sejadah dan telekung tidak boleh dikongsi.
3. Jika ruang tidak mencukupi, penggiliran solat adalah digalakkan.
4. Mengenal pasti kapasiti maksimum penggunaan ruang solat bagi penjarakan sosial dan maklumat ini dipamerkan di pintu- pintu masuk.
(Aras 1: 5 orang, Aras 8: 2 orang)
5. Tidak dibenarkan bersalaman, bersentuhan dan bersembang dengan jemaah lain
sebelum atau selepas solat. Bersalam boleh diganti dengan memberi salam/meletakkan tangan di dada kiri.
Semua kakitangan Penyelaras Aras 1 dan 8
Pantri
1. Penggunaan pantri dihadkan bagi
menyesuaikan penjarakan sosial pada setiap masa.
(Aras 4: 1 orang, Aras 8: 2 orang, Aras 9: 2 orang)
2. Mempamerkan kapasiti/had maksima kakitangan yang boleh memasuki ruang pantri pada satu-satu masa.
3. Tidak dibenarkan untuk makan dan minum di ruangan pantri buat sementara waktu.
4. Hanya dibenarkan makan dan minum di meja/ workstation masing-masing sahaja.
5. Penggunaan pantri hanya untuk mencuci tangan atau bekas makanan sahaja.
Penyelaras Aras 4, 7 dan 9 Semua kakitangan
Kaunter
1. Petugas kaunter mesti mengamalkan penjarakkan sosial 1 meter pada setiap masa.
2. Petugas kaunter mesti memakai surgical mask.
3. Mengelakkan dari bersentuhan dengan pelanggan/dokumen/wang dan lain-lain.
4. Menggunakan hand sanitizer secara kerap.
Petugas kaunter di lobi, aras 7
dan Pengawal UMBI
Tandas
1. Membasuh menggunakan air dan sabun mangkuk tandas (tandas duduk), tombol paip selepas menggunakan tandas.
2. Pembersihan dan disinfeksi tandas dilakukan secara kerap.
Pengguna tandas dan
Pekerja Pembersihan
Tangga 1. Pemegang tangga perlu didisinfeksi secara
kerap sekurang- kurangnya 2 kali sehari. Pekerja Pembersihan
Ruang menunggu
1. Mempamerkan kapasiti/had maksima kakitangan/ pelanggan suatu ruang pada satu-satu masa bagi membolehkan penjarakan sosial dipatuhi.
2. Menandakan label “X” pada kerusi menunggu bagi memastikan penjarakan sosial.
3. Membuat penanda berjarak 1 meter antara satu sama lain di kaunter/ruang menunggu yang memerlukan barisan.
Penyelaras setiap aras yang mempunyai
ruang menunggu
Mesin pencetak 1. Hand sanitizer disediakan dan digunakan sebelum menggunakan mesin.
Penyelaras aras 7 dan 9
Auditorium/Bilik Seminar/Bilik Mesyuarat
1. Menandakan label “X” pada kerusi bagi memastikan penjarakan sosial.
2. Menyedia dan menghebahkan jadual penggunaan/penggiliran Auditorium/ Bilik Seminar/ Bilik Mesyuarat kepada pengguna.
3. Penggunaan adalah terhad kepada bilangan pengguna yang mematuhi penjarakan sosial pada satu-satu masa (mengikut kapasiti Auditorium/ Bilik Seminar/Bilik Mesyuarat).
4. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk.
5. Menyusun atur laluan keluar masuk dan kedudukan pengguna di dalam Auditorium/
Bilik Seminar/ Bilik Mesyuarat mengikut pintu yang ditetapkan (contoh: duduk di kerusi yang berhampiran pintu masuk jika terdapat lebih daripada 1 pintu).
6. Memastikan laluan keluar masuk pengguna hanya di pintu yang ditetapkan sahaja.
7. Menyediakan buku catatan rekod/daftar nama pengguna Auditorium/Bilik Seminar/
Bilik Mesyuarat/penggunaan Smart Attendance.
8. Memastikan pengguna memakai surgical mask (diwajibkan untuk sentiasa memakai surgical mask semasa berada di dalam Auditorium/Bilik Seminar/Bilik Mesyuarat.
Penyelaras aras G, 1,5,7 dan 9 Pentadbiran UMBI Urusetia mesyuarat
Urusetia mesyuarat
Perkara Tindakan
1. Akses dihadkan kepada satu laluan sahaja kepada pelanggan untuk masuk dan jumlah pelanggan perlu dikawal pada satu-satu masa.
2. Menyediakan hand sanitizer dan pengesan suhu badan di pintu masuk.
3. Operator dan pelanggan wajib memakai surgical mask semasa berada di kafeteria.
4. Operator mesti kerap mencuci tangan dan melakukan penjarakan sosial 1 meter (semasa mengambil makanan dan membuat bayaran).
5. Penyediaan makanan secara buffet adalah tidak dibenarkan.
(Operator perlu menyenduk makanan).
6. Pelanggan digalakkan untukmembeli makanan secara bungkus dan/atau membawa bekas sendiri dan tidak makan di kafeteria.
7. Menanda label “X” pada meja/kerusi bagi memastikan penjarakan sosial untuk pelanggan yang akan makan di kafeteria.
Pengusaha kafeteria Operator Pelanggan
8. Lain-Lain Kemudahan
Ruang/Fasiliti Perkara Tindakan
Gimnasium dan Ruang Rehat Petugas COVID
1. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk utama sebelum menggunakan peralatan.
2. Menyelaras dan menghadkan jumlah maksimum pengguna pada satu-satu masa.
3. Elakkan makan secara berkumpulan atau beramai-ramai di ruang makan. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan bagi sebuah meja kecil dengan jarak meja yang selamat.
4. Menanda label “X” pada meja/kerusi bagi memastikan penjarakan sosial untuk petugas yang akan makan di ruang rehat.
5. Pastikan kebersihan ruang makan dan
persekitarannya sentiasa dijaga dengan kerap menjalankan sanitasi dan pembersihan
6. Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial sejauh 1 meter antara satu sama lain.
7. Disinfeksi peralatan selepas digunakan.
Penyelaras Aras 2 Petugas COVID
Pekerja pembersihan
Pengguna Gimnasium
Kawasan Saringan Ujian Calitan
1. Kakitangan yang bertugas perlu menghantar borang pengikhtirafan kesihatan (Health Declaration Form) untuk diberikan kebenaran bekerja.
2. Tidak dibenarkan bertugas sekiranya suhu badan melebih 37.5°C dan mengalami gejala seperti demam, batuk dan sesak nafas.
3. Jika didapati demam dan mempunyai simptom semasa menjalankan tugas, sila tinggalkan
Petugas kawasan saringan calit
COVID-19
kawasan dengan segera dan melaporkan kepada penyelia, dan penyelia perlu melaporkan kepada Pegawai Risiko untuk tindakan seterusnya.
4. Laluan untuk menjalankan ujian calitan hendaklah mudah dan terkawal untuk masuk dan keluar atau kebarangkalian pesakit bermasalah untuk
berpatah balik tanpa mengganggu lalu lintas.
5. Laluan pesakit ke kawasan saringan perlu ditandakan sejelas-jelasnya dan tiada
pencampuran antara pesakit yang belum dan yang selesai membuat ujian calitan.
6. Wakil daripada petugas kesihatan mestilah hadir semasa pengumpulan sampel dijalankan.
7. Logistik untuk pengumpulan sampel di kawasan saringan perlu disediakan dan dipaparkan seperti stesen sanitasi tangan, laluan alternatif kepada petugas dan peti ais untuk penyimpanan sampel.
8. Tempat pembuangan sampah domestik dan bekas sisa klinikal mengikut kategori disediakan.
9. Kebenaran bertugas hanya diberikan kepada petugas mengikut jadual.
10. Petugas memakai PPE (Personal Protective Equipment) yang bersesuaian untuk menjalankan tugas (seperti surgical fask mask, gown, face shields dan glove).
11. Pertukaran glove dan PPE yang berkaitan (seperti sleeve) di setiap kali saringan. Face shields perlulah ditukar jika terdapat kerosakan di akhir tugasan atau jika terdapat sebarangan
pencemaran (contamination) berlaku (seperti batuk atau bersin).
12. Petugas pengumpulan sampel dan petugas pendaftaran perlu mempunyai shif bertugas.
Penyelia dan Pegawai Risiko Petugas kawasan
saringan calit COVID-19
9. Makmal Penyelidikan Dan Ruang Pentadbiran UMBI
Perkara Tindakan
1. Bertanggungjawab atas keselamatan dan kesihatan diri sendiri, rakan sekerja dan orang lain yang mungkin terjejas semasa menjalankan kerja.
2. Mematuhi prosedur kerja selamat dan memakai PPE yang ditetapkan semasa bekerja.
3. Kakitangan yang mengendalikan saringan kesihatan atau menjalankan kerja-kerja penyelidikan di makmal diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung berganda (double face mask) mengikut garis panduan yang ditetapkan.
4. Mematuhi prosedur kerja selamat dan arahan kerja yang ditetapkan di tempat kerja.
5. Mematuhi jadual kerja yang disediakan oleh pentadbiran UMBI bagi meminimumkan jumlah bilangan kakitangan yang hadir.
Semua Kakitangan dan Pelajar
Pencegahan dan kawalan jangkitan di makmal ujian saringan COVID-19 1. Mematuhi Standard Precautions semasa pengendalian sampel.
2. Mengamalkan amalan mencuci tangan yang kerap dan betul mengikut 7 langkah mencuci tangan (7 steps hand hygiene) dengan menggunakan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).
3. Kakitangan yang mengendalikan ujian saringan di makmal diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung berganda (double face mask) mengikut garis panduan yang ditetapkan.
4. Digalakkan memakai alat pelindung mata/muka untuk melindungi muka, mulut, hidung dan mata.
5. Memakai kot makmal/gaun/apron yang bersih dan kalis air untuk melindungi kulit dan pakaian.
6. PPE (Personal Protective Equipment) yang telah tercemar tidak boleh dibawa keluar dari makmal.
7. PPE yang telah tercemar/digunakan hendaklah dibuang ke dalam bekas sisa klinikal mengikut kategori.
8. PPE tidak boleh dikongsi dengan orang lain.
9. Tukar PPE dan cuci tangan setiap kali selesai menjalankan ujian saringan.
10. Mandi dan salin pakaian yang baru dan bersih selepas selesai bertugas di makmal ujian saringan.
11. Jika terdapat kerosakan lif COVID-19 (lif barang), penggunaan lif biasa dibenarkan, namun perlu mematuhi garis panduan dibawah:
a. Sampel perlu dibawa di dalam kotak yang bertutup rapat.
b. Menggunakan troli semasa membawa sampel.
c. Memastikan tiada pengguna lain di dalam lif pada masa yang sama.
d. Hendaklah disinfeksi butang dan ruang di dalam lif.
12. Kakitangan yang mempunyai bergejala,hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Pegawai Risiko bagi tindakan lanjut.
Semua Kakitangan, Petugas Makmal COVID dan Pelajar
10. Rujukan
a. Garis Panduan Pengoperasian Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi Tempoh Semasa dan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2020, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
b. Prosedur Kerja Selamat Pencegahan COVID-19 Di Tempat Kerja, April 2020. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia
c. Annex 25, COVID-19: Management Guidelines For Workplaces, Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No. 5 (Kemaskini:25 Mac 2020), Kementerian Kesihatan Malaysia.
d. Annex 26, COVID-19: Social Distancing Guidelines For Workplace, Homes And Individuals, Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No. 5 (Kemaskini:25 Mac 2020), Kementerian Kesihatan Malaysia.
e. Prosedur Kerja Selamat : Pematuhan Tempat Kerja Bagi Pencegahan Penularan Wabak COVID
-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian & Kesihatan Pekerjaan (ROSH) UKM.
f. Senarai Semak Kendiri Pematuhan Tempat Kerja Bagi Pencegahan Penularan Wabak COVID - 19 Di Universiti Kebangsaan Malaysia (13 Mei 2020), Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian &
Kesihatan Pekerjaan (ROSH) UKM.
g. Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Akademik Di Universiti Kebangsaan Malaysia Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) h. SOP Panduan Bekerja Pasca PKP Universiti Teknologi Malaysia (13 Mei 2020), Pejabat Hal
Ehwal Korporat UTM.
i. Garis panduan Kawalan Infeksi Di Fasiliti Kesihatan Primer, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013
j. Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020 (Kemaskini Terkini pada 15 JULAI 2021)
k. Template standard operating procedure for community-based COVID-19 specimen collection sites in Wisconsin (April 2020)
Nota:
1. Semua kakitangan dan pelajar tertakluk kepada peraturan atau SOP lain yang dikeluarkan oleh Unit Kawalan Infeksi/ Bilik Gerakan COVID HCTM, Pengurusan Tertinggi UKM dan KKM.
2. Garis panduan ini perlu dibaca bersekali dengan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh pihak UKM dari semasa ke semasa.
3. Kakitangan dan pelajar digalakkan untuk membawa hand sanitizer ke mana-mana untuk kegunaan sendiri.