NAMA : DINAMANI A/P NAGALINGAM
UNIT : KDPM-KDC ( PT/PSV/KH )
ambilan Jan 2007
NO. KP : 810708-02-6228
NAMA PENSYARAH : EN.ADNAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN 1
2. PERATURAN BOLA BALING 2-9
3. PADANG BOLA BALING 10
4. HURAIAN TENTANG SATU
PERATURAN BOLA BALING 11-12
5. BIBLIOGRAFI 13
Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuaikaan daripada permainan- permainan yang berasal seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, handbold di Denmark dan Karball serta Raffbold di Jerman.
Permainan bola baling bolehlah dianggap sebagai satu permainan baru di Malaysia. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Encik Lim Hock Han, ketika itu belia bertugas sebagai Pengarah Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudiannya di Universiti Malaysia kepada sekumpulan guru dan pelajar dari negeri Selangor.
Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah pun diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan diperingkat kebangsaan dibawah kelolaah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Ini bererti, dalam Jangka masa beberapa tahun sahaja permainan bola baling telah berjaya diterima sebagai satu permainan yang popular di peringkat sekolah seluruh negara.
Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru-guru dari semua negeri dalam aspek pengadilan dan juga kejurulatihan. Di maktab-maktab perguruan pula, permainan bola baling telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah sau permainan yang dipertandingkan di antara maktab-maktab perguruan dalam pestarama maktab mulai tahun 1985.
Salah Satu Peraturan Bola Baling Dan Huraiannya
TEMPOH PERMAINAN
Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh pemainan yang pertama adalah untuk lelaki dan perempuan dewasa atau mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun. Tempoh permainannya adalah 30 minit tiap- tiap satu tempoh atau separuh masa dengan 10 minit masa rehat diberikan antara dua tempoh tersebut. Sebarang gangguan atau masa kecederaan akan ditambah selepas setiap tempoh berakhir. Tempoh permainan yang kedua adalah untuk lelaki dan perempuan dari peringkat umur atau kategori lain.
Tempoh permainannya adalah 20 minit tiap-tiap separuh masa permainan dengan 10 minit masa berehat diberikan antara kedua-dua tempoh.
Tempoh permainan bagi pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah- sekolah Malaysia (MSSM). Secara liga, 10 minit diberikan untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat. Secara kalah mati, 20 minit diberikan untuk tiap-tiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat diberikan antara kedua-dua tempoh.
Kedua-dua pasukan akan menukar kawasan permainan semasa separuh masa kedua bermula, dan pasukan yang tidak membuat lontaran mula pada separuh masa pertama akan melakukan pada separuh masa kedua ini.
Permainan akan berakhir sama ada dengan kemenangan dan kekalahan kepada salah satu pasukan ataupun seri. Jika peraturan permainan memerlukan satu pasukan pemenang, dan jika permainan berakhir dengan keputusan seri, maka masa tambahan selama lima minit tiap-tiap separuh masa tanpa masa rehat diberikan.
Permainan dalam masa tambahan ini dimulakan dengan undian sekali lagi, iaitu dengan lambungan duit syiling oleh pengadil. Jika keputusan masih lagi seri, tambahan masa seperti yang dinyatakan diberikan dan dimulakan setelah lima minit masa rehat diberikan kepada kedua-dua pasukan. Jika keputasan masih lagi seri, undang-undang pertandingan boleh diamalkan dan biasanya lontaran penalty diadakan untuk menentukan pasukan pemenang.
Dengan ini, kita dapati bahawa peraturan permainan dapat ditukar mengikut kesesuaian masa asalkan tidak melanggar undang-undang permainan ini.
1. BUKU BOLA BALING,
PENULIS : AHMAD WAFI
KELUARAN : GOODMARK ENTERPRISE.
2. BUKU BOLA BALING,
PENULIS : LEE CHIN CHOY
KELUARAN : PENERBIT FAJAR BAKTI SDN.BHD.