• Tidak ada hasil yang ditemukan

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN FUTSAL INDUSTRI SELANGOR 2013 (PIALA YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR). Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN FUTSAL INDUSTRI SELANGOR 2013 (PIALA YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR). Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas."

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Rujukan kami : (51) dlm. SSIC/PIDC/(G)/26 Jilid 3 Rujukan Tuan :

Tarikh : 27hb Ogos, 2013

Y.Bhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI “KEJOHANAN FUTSAL INDUSTRI SELANGOR 2013” (PIALA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR).

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan Kerajaan Negeri Selangor melalui SSIC Berhad akan menganjurkan Kejohanan Futsal Industri Selangor 2013 (Piala YAB Dato’ Menteri Besar Selangor) yang akan diadakan pada 19hb Oktober 2013 (sabtu), bertempat di Ferro Futsal , Lot 36545 , Jalan TS 6/1, Taman Perindustrian Subang , 47510 Subang Jaya , Selangor Darul Ehsan.

3. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah bagi menjalinkan hubungan erat antara warga industri dan pihak Kerajaan Negeri. Program ini adalah merupakan salah satu program yang sering dijalankan dalam usaha menghargai sumbangan para pelabur di negeri ini.

4. Kejohanan Futsal pada kali ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Yuran penyertaan bagi kejohanan Futsal Industri Selangor ini ialah sebanyak RM 500 bagi setiap pasukan. Hadiah-hadiah yang lumayan akan diberikan kepada pemenang bgi setiap kategori kejohanan Futsal Industri Selangor, hadiah bagi kejohanan ini adalah seperti berikut :-

Tempat pertama : Wang tunai berjumlah RM 5000.00 Trofi Kejohonan & medal

Tempat Kedua : Wang tunai berjumlah RM 3000.00 & Medal Tempat Ketiga : Wang tunai berjumlah RM 2000.00 & Medal Tempat Keempat : Wang Tunai berjumlah RM 1000.00 & Medal

(2)

-2-

Selain daripada itu juga, sijil penyertaan dan “doorgift” akan turut diberikan kepada setiap peserta kejohanan ini, pihak SSIC Berhad juga akan turut menyediakan makanan pada waktu tengahari kepada setiap peserta.

5. Sehubungan dengan itu, SSIC Berhad menjemput syarikat Y.Bhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan menyertai Kejohanan Futsal Industri Selangor 2013 ini. Bersama-sama ini turut dilampirkan “Borang Penyertaan & Peraturan Pertandingan Kejohanan Futsal Industri Selangor 2013”. Sebarang maklumat lanjut Y.Bhg Dato’ / Tuan / Puan boleh menghubungi En. Farid / En. Hanif / En. Luqman di talian 03-5510 2005/2006.

Terima kasih dan salam hormat.

Yang benar, SSIC BERHAD

……… (HASAN AZHARI HJ IDRIS) KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

(3)

KEJOHANAN FUTSAL INDUSTRI SELANGOR 2013 PIALA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN

Nama Pasukan :……….

Nama Syarikat :..………

Pengurus Pasukan

BIL. NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. H/P

1 2.

Senarai Pemain

BIL. NAMA NO. KAD

PENGENALAN STAFF No. 1 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

* Setiap pemain dan pengurus pasukan perlu menyertakan 2 keping gambar terbaru salinan kad pengenalan / passport dan juga salinan EPF /SOCSO yang disahkan oleh pihak syarikat.

Disahkan oleh pengurus : ……… Disahkan oleh pihak syarikat:………

(4)

KEJOHANAN  FUTSAL  

INDUSTRI  SELANGOR  2013  

(PIALA  YAB  DATO’  MENTERI  BESAR  SELANGOR)  

PERATURAN

PERTANDINGAN

(5)

KEJOHANAN FUTSAL INDUSTRI SELANGOR 2013 (PIALA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR) ANJURAN SSIC BERHAD DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 PEMATUHAN PERATURAN

a. Kejujuran dan keikhlasan dalam mematuhi semua peraturan undung-undang, syarat, prosedur, pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam penyertaan pertandingan ini akan menjadi tanggung jawab dan ditanggung oleh pasukan, pegawai dan pemain yang bermain dalam kejohanan ini.

b. Mana-mana pasukan, pegawai atau pemain yang tidak mematuhi mana-mana perkara didalam peraturan kejohanan ini boleh dikenakan tindakkan oleh SSIC Berhad dan Persatuan Bolasepak Selangor.

1.2 NAMA PERTANDINGAN DAN PIALA

a. Pertandingan tahunan ini dinamakan ‘KEJOHANAN FUTSAL INDUSTRI SELANGOR 2013 (PIALA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR)’ 2.0 PERATURAN TEKNIKAL

2.1 PENYERTAAN

a. Semua penyertaan adalah terbuka kepada Syarikat-syarikat Industri di Negeri Selangor dan firma-firma tempatan di Negeri Selangor.

b. Hanya 64 pasukan lelaki dan 24 pasukan wanita yang pertama yang membuat pendaftaran dan pembayaran yuran sebanyak RM500.00 akan disahkan penyertaan mereka.

c. Semua pemain yang didaftar mestilah warganegara Malaysia kecuali dua pemain warga asing yang dibenarkan.

d. Semua Pegawai dan Pemain perlu membawa kad pengenalan pada hari perlawanan. Sekiranya pemain tersebut tidak memiliki kad pengenalan maka pemain tersebut perlu mendapat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

e. Semua pemain mestilah berkhidmat/bekerja dengan firma-firma Industri di Negeri Selangor dan Pihak urusetia akan menyediakan gambar, nama dan nombor kad pengenalan pemain dan hanya pemain yang didaftarkan dan membawa kad pengenalan sahaja disahkan untuk bermain.

f. Semua pemain dan pegawai perlu mendaftarkan pengesahan sebagai pekerja daripada bahagian Sumber Manusia Syarikat.

(6)

g. Pemain yang bekerja di syarikat yang pernah bermain sebagai pemain professional atau mewakili peringkat Negara/negeri TIDAK dibenarkan untuk menyertai kejohanan ini. Pihak penganjur berhak mengambil tindakan kepada pasukan yang tidak mengikut peraturan.

h. Hanya seorang pengurus, seorang pegawai dan 8 pemain sahaja yang boleh berdaftar.

i. Setiap pemain juga perlulah mengemukakan salinan EPF / SOCSO yang telah disahkan oleh pihak pengurusan syarikat sebagai pengesahan pemain tersebut adalah merupakan kakitangan syarikat berkenaan.

j. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan pasukan sekiranya didapati terdapat keraguan yang dilakukan sewaktu pendaftaran pemain.

2.2 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

a. Undang-undang permainan adalah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa yang diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia. Setiap keputusan pengadil, Jawatankuasa Teknikal / Pertandingan adalah muktamad.

2.3 MASA PERLAWANAN 2.3.1 LELAKI

a. Perlawanan akan diadakan secara liga dan setiap pasukan akan bermain selama 5 minit setiap separuh masa dan akan diberi rehat selama 1 minit.

b. Pusingan kedua akan diadakan secara kalah mati dan setiap pasukan akan bermain selama 5minit setiap separuh masa dan diberi rehat selama 1 minit. Sekiranya seri di dalam pusingan kedua ini, masa tambahan selama 3 minit setiap separuh masa dengan pemenang ditentukan dengan jaringan ‘golden goal’. Sekiranya seri pada masa tambahan, 3 tendangan penalty dari tanda penalty akan diberikan bagi setiap pasukan. Tendanga penalty secara ‘sudden death’ akan diberi sekiranya keputusan masih lagi seri.

c. Bagi perlawanan akhir, perlawanan akan diadakan selama 10 minit bagi setiap separuh masa dengan 2 minit masa rehat. Sekiranya seri di dalam perlawanan akhir, masa tambahan selama 5 minit setiap separuh masa dengan pemenang ditentukan dengan jaringan ‘golden goal’. Sekiranya seri pada masa tambahan, 5 tendangan penalty dari tanda penalty akan diberikan bagi setiap

(7)

pasukan. Tendanga penalty secara ‘sudden death’ akan diberi sekiranya keputusan masih lagi seri.

2.3.2 WANITA

a. Perlawanan akan diadakan secara liga dan setiap pasukan akan bermain selama 5 minit setiap separuh masa dan akan diberi rehat selama 1 minit.

b. Pusingan kedua akan diadakan secara kalah mati dan setiap pasukan akan bermain selama 5 minit setiap separuh masa dan diberi rehat selama 1 mint. Sekiranya seri di dalam pusingan kedua ini, masa tambahan selama 3 minit setiap separuh masa dengan pemenang ditentukan dengan jaringan ‘ golden goal’. Sekiranya seri pada masa tambahan, 3 tendangan penalty dari tanda penalty akan diberikan bagi setiap pasukan. Tendangan penalty secara ‘sudden death’ akan diberik sekiranya keputusan masih lagi seri.

c. Bagi perlawanan akhir, perlawanan akan diadakan selama 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 2 minit masa rehat. Sekiranya seri di dalam perlawanan akhir, masa tambahan selama 3 minit setiap separuh masa dengan pemenang ditentukan dengan jaringan ‘golden goal’. Sekiranya seri pada masa tambahan, 5 tendangan penalty dari tanda penalty akan diberikan bagi setiap pasukan. Tendangan penalty secara ‘sudden death’ akan diberi sekiranya keputusan masih lagi seri.

2.4 FORMAT PERTANDINGAN

a. Pertandingan akan dijalankan secara Liga satu pusingan dimana sebanyak 4 pasukan di dalam satu kumpulan.

b. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan ke pusingan kedua dan peringkat suku akhir yang akan dijalankan secara kalah mati. Pemenang berikutnya akan ke peringkat separuh akhir, tempat ketiga / keempat dan akhir yang juga akan dijalankan secara kalah mati.

c. Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, seri 1 mata dan pasukan yang kalah tiada mata.

2.5 PENENTUAN PASUKAN TERATAS ATAU PEMENANG a. Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi, jika SERI;

b. Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak, jika SERI; c. Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang tebanyak, jika SERI;

(8)

d. Pasukan yang mendapat kemenangan yang terbanyak, jika SERI

e. Pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak lawannya, jika SERI

f. Maka Jawatankuasa Teknikal/Pertandingan akan membuat keputusan. 2.6 CARA PERMAINAN

a. Perlawanan akan diadakan secara ‘running time’ dan ‘flying substitution’ kecuali penjaga gol.

b. Penjaga gol hanya dibenarkan membuat pertukaran semasa masa rehat separuh masa sahaja bagi setiap perlawanan.

c. Setiap pasukan perlu bermain dengan 5 orang pemain beserta penjaga gol dan 3 orang pemain simpanan.

2.7 BILANGAN PEMAIN YANG TIDAK MENCUKUPI

a. Setiap pasukan mestilah menurunkan tidak kurang daripada 3 pemain termasuk penjaga gol untuk memulakan perlawanan. Dan sekiranya salah seorang pemain diperintah keluar padang maka pengadil berhak membatalkan perlawanan.

2.8 TINDAKAN TATATERTIB

a. Tindakkan Tatatertib yang dikenakan adalah seperti yang telah digariskan dalam Peraturan Tatatertib, Persatuan Bolasepak Malaysia.

b. Pemain yang mendapatkan 2 kad kuning dalam 2 perlawanan berasingan akan digantung otomatik 1 perlawanan berikutnya.

c. Pemain yang mendapat kad merah dalam satu perlawanan akan digantung otomatik 1 perlawanan berikutnya kecuali terdapat laporan pengadil yang perlu dirujuk kepada pengnajur pertandingan.

d. Jika terdapat pemain/pegawai pasukan yang menyerang pengadil/bergduh, maka pasukan itu akan dirujuk kepada penganjur pertandingan sehingga keputusan dibuat.

2.9 BANTAHAN

a. Pasukan yang ingin membuat bantahan perlu membuat bantahan secara bertulis kepada Pegawai teknikal dan disertakan wang tunai sebanyak RM300.00 dalam tempoh 10 minit selepas perlawanan.

(9)

a. Semua pasukan termasuk Pegawai dan Pemain tidak dibernarkan membuat kenyataan akhbar mengenai pengurusan dan pengelolaan Liga ini kecuali dengan izin dari SSIC Berhad.

2.11 UNDIAN, JADUAL PERLAWANAN DAN VENUE

a. Pihak pengelola tidak akan melayan mana-mana pasukan yang ingin menukar kumpulan setelah undian menentukan kumpulan telah dibuat.

b. Majlis undian akan diadakan pada jam : 10.00 pagi , Tarikh : 11 Oktober 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat SSIC Berhad, No.F1-2-G, Jalan Multimedia 7/AG, City Park , I-city, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

c. Kejohanan akan dijalankan secara pesta selama satu hari bermula dari jam 7:30 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Ferro Futsal , Lot 36545 , Jalan TS 6/1, Taman Perindustrian Subang 47510 Subang Jaya , Selangor Darul Ehsan

d. Jadual perlawanan akan dikeluarkan sebelum hari kejohanan. 2.12 BOLA PERTANDINGAN & PAKAIAN

a. Pihak pengajur akan menyediakan bola bagi kegunaan pertandingan ini. b. Setiap pasukan perlu mempunyai 2 set jersi yang berlainan warna. Nombor

jersi tidak diwajibkan.

c. Setiap pemain diwajibkan memakai shinpad/shinguard dan hanya kasut futsal sahaja dibenarkan.

d. Pasukan yang disebut dulu perlu menukar warna jersi sekiranya pasukan yang disebut kemudian memakai warna jersi yang sama.

e. Ketua pasukan diwajibkan memakai lilitan lengan yang nyata dilengan kiri jersinya.

f. Semua pasukan tidak dibenarkan mengguna jenama ROKOK pada jersi masing-masing.

2.13 TANGGUNG JAWAB PASUKAN

a. Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan wajiblah bertanggungjawab dan memastikan semua Pegawai dan pemain mematuhi semua peraturan, syarat-syarat dan keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Teknikal. Pertandingan dan lain-lain Jawatankuasa yang berkaitan.

(10)

b. Pegawai pasukan wajib hadir mesyuarat, taklimat, seminar, perjumpaan atau lain-lain jemputan oleh Jawatankuasa Pengelola.

c. Pegawai dan Pemain perlu akur dengan keputusan-keputusan yang diputuskan Pengadil-pengadil perlawanan, Jawatankuasa Tatatertib atau pun Jawatankuasa Rayuan berasaskan semangat kesukanan yang tinggi berpandukan peraturan permainan.

2.14 TARIK DIRI, ENGGAN MENERUSKAN PERMAINAN DAN GAGAL HADIR DI VENUE

a. Sekiranya pasukan tidak meneruskan/menghabiskan perlawanan kerana mendapati mereka tidak mempunyai peluang untuk layak, maka semua perlawanan sebelumnya dibatalkan dan pasukan lawan diberi kemenangan 2-0 kecuali kes-kes tertentu di mana pihak penganjur berhak membuat keputusan yang muktamad.

2.15 HADIAH

a. Tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima hadiah yang lumayan. 2.16 TARIKH TUTUP

a. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Oktober 2013 2.17 HAL-HAL LAIN

a. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang peribadi milik pegawai atau pemain. Oleh itu, pegawai dan pemain dinasihatkan menyimpan barang-barang peribadi ditempat yang selamat. KETERANGAN LANJUT :-

En. Farid Mohd Ba’ai (SSIC Berhad)

Tel : (019-3300221)

En. Raja Muhamad Hanif Bin Raja Abdul Rahman (SSIC Berhad)

Tel : (019-3589000) En. Allen

(FAS)

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Penelope Schofield et al (2008) edukasi yang diberikan melalui video memiliki hasil yang signifikan dalam menurunkan kecemasan pasien kanker yang akan

solusi kepada bank-bank dalam pemilihan metode yang tepat untuk memperhitungkan CKPN untuk portofolio kredit pemilikan rumah sebagai pengganti metode PPAP versi bank Indonesia

Skor 1bila keterlambatan pulang kerja akumulasi 6 s.d7 kali dalam 1(satu) bulan Skor 2 bila keterlambatan pulang kerja akumulasi 4 s.d 5 kali dalam 1(satu) bulan Skor 3

Jika peserta tidak mengambil uang jaminan pada waktu yang telah ditentukan atau terlambat, maka uang jaminan menjadi hak milik panitia dan tidak akan dikembalikan dengan

Pada Trauma kapitis yang dapat meningkatkan TIK adalah hematoma yang besar (lebih dari 50cc), edema yang berat, kongesti yang berat dan perdarahan subarakhnoidal yang

Dalam pengujian kinerja cooling tower, data – data yang berhubungan dengan karakteristik cooling tower seperti KaV/L dan perbandingan dengan massa air dan udara (L/G) harus

Furnace adalah alat yang berfungsi untuk memindahkan panas yang dihasilkan dari proses pembakaran bahan bakar dalam suatu ruangan ke fluida yang dipanaskan melalui

Menurut Manuaba (2008; h.389) disebutkan perdarahan terjadi karena gangguan hormon, gangguan kehamilan, gangguan KB, penyakit kandungan dan keganasan genetalia. 55)