• Tidak ada hasil yang ditemukan

[ONLINE LEARNING CHALLENGES FOR ISLAMIC STUDIES PROGRAMS IN HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS (IPT)]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "[ONLINE LEARNING CHALLENGES FOR ISLAMIC STUDIES PROGRAMS IN HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS (IPT)]"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES,6(1): 10-21

https://journal.unisza.edu.my/mjis

[ONLINE LEARNING CHALLENGES FOR ISLAMIC STUDIES PROGRAMS IN HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS (IPT)]

CABARAN PEMBELAJARAN ONLINE BAGI PROGRAM PENGAJIAN ISLAM DI INSITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

1KAMAL AZMI ABD.RAHMAN*

2MUSTAFA KAMAL AMAT MISRA 2NURHANISAH SENIN 3MOHD MANAWI MOHD AKIB

1Pusat Pengajian Teras / Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

2Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 43000 Kajang, Selangor.

3Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor.

*Corresponding author: [email protected]

Received Date: 25 Febuary 2022 • Accepted Date: 25 March 2022

Abstract

The rapid development of multimedia technology has witnessed the high dependence of 21st century society on technology. Not to mention living in a movement control environment following the COVID-19 pandemic, causing almost everything to be done online. In the field of higher education, online learning has been introduced earlier and it is in line with the Malaysian Higher Education Development Plan (PPPM PT) 2015-2025. Online learning has proven to have advantages especially in terms of flexibility, however, there are issues in terms of student readiness, instructors and infrastructure. While in the field of Islamic Studies (especially in the study of the Quran), the traditional method that needs to be preserved is the method of talaqqī mushāfahah which emphasizes the relationship between teachers and students face to face.

Therefore, this paper analyzes several issues and challenges for the implementation of online studies for Islamic Studies programs in IPT. The study uses content analysis methods on previous studies on issues and problems in online studies as well as studies on the method of talaqqī mushāfahah which is often used in Islamic Studies, especially in the study of the Qur'an. The results of the study found that the issues and challenges in online studies for Islamic Studies program are almost the same as other studies, namely the readiness of students and lecturers, the stigma that teaching can only be done face to face, the readiness of facilities, the negative effects

e-ISSN:2550-2042 http://dx.doi.org/

(2)

of technology and the importance of continuity of talaqqī. While the proposed solution that can be considered is to provide good infrastructure and services for students and lecturers, the preparation of lecturers and institutions as well as the construction of a new model of talaqqī in accordance with online learning methods. Therefore, the findings of this study provide preliminary information to answer the question of how traditional aspects of Islamic studies such as talaqqī can be preserved in the development of online studies and whether talaqqī methods can be adapted to new and innovative forms as e-talaqqi.

Keywords: COVID-19, higher education institution, online learning, Islamic Studies, talaqqī Abstrak

Perkembangan pesat teknologi multimedia telah menyaksikan kebergantungan yang tinggi masyarakat abad ke-21 kepada teknologi. Apatah lagi hidup dalam suasana kawalan pergerakan berikutan pandemik COVID-19, menyebabkan hampir semua urusan dilakukan secara online.

Dalam bidang pendidikan tinggi, pengajian online telah diperkenalkan lebih awal lagi dan ianya menepati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025.

Pengajian online terbukti mempunyai kelebihan terutamanya dari aspek fleksibiliti namun begitu, terdapat isu dari aspek kesediaan pelajar, pengajar dan prasarana. Manakala dalam bidang Pengajian Islam (terutamanya dalam pengajian al-Quran), kaedah tradisi yang perlu dipelihara adalah kaedah talaqqī mushāfahah yang menekankan hubungan guru dengan murid secara bersemuka. Justeru, penulisan ini menganalisis beberapa isu dan cabaran bagi perlaksanaan pengajian online bagi program Pengajian Islam di IPT. Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kajian lepas tentang isu dan masalah dalam pengajian online dan juga kajian berkenaan dengan kaedah talaqqī mushāfahah yang sering diguna pakai dalam Pengajian Islam khususnya dalam pembelajaran al-Quran. Hasil kajian mendapati, isu dan cabaran yang dalam pengajian online bagi program Pengajian Islam adalah hampir sama dengan pengajian lain iaitu kesediaan pelajar dan pensyarah, stigma bahawa pengajaran hanya dapat dilakukan secara bersemuka, kesediaan prasarana, kesan negatif daripada teknologi serta kepentingan kesinambungan talaqqī. Manakala cadangan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan ialah menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang baik untuk pelajar dan pensyarah, persediaan pensyarah dan institusi serta pembinaan model talaqqī yang baharu sesuai dengan kaedah pembelajaran online. Oleh itu, dapatan kajian ini memberikan maklumat awal untuk menjawab persoalan bagaimana aspek tradisi pengajian Islam seperti talaqqī dapat dipelihara dalam perkembangan pengajian online dan adakah kaedah talaqqī boleh disesuaikan dengan bentuk yang baru dan diinovasi sebagai e-talaqqi.

Kata Kunci: COVID-19, institusi pengajian tinggi, pembelajaran online, pengajian Islam, talaqqī.

PENGENALAN

Perkembangan pesat teknologi multimedia dan internet telah merubah kehidupan masyarakat abad ke-21. Pandemik COVID-19 telah mencipta kehidupan baru atau the new normal. Dalam

Cite as: Kamal Azmi Abd. Rahman, Mustafa Kamal Amat Misra, Nurhanisah Senin & Mohd Manawi Mohd Akib. 2021. [Online learning challenges for Islamic studies programs in Higher Education Institutions (IPT)] Cabaran pembelajaran online bagi program Pengajian Islam di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT). Malaysian Journal for Islamic Studies 6(1): 10-21.

(3)

era normal baru ini, manusia banyak bergantung kepada teknologi dan internet. Dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam pengajian peringkat tinggi, hampir semua hal-hal yang berkaitan dengan kelas dan pengajaran dilakukan secara online sepenuhnya. Keadaan ini menjelaskan tentang pengalaman baru dalam pendidikan di mana pengajian online telah diwajibkan kepada semua pelajar di pelbagai peringkat seluruh dunia pada era pandemik COVID-19 (Vijay, 2020). Suasana pembelajaran baru ini menuntut kesediaan pensyarah dan pelajar serta kerjasama daripada universiti dan kementerian bagi memastikan pembelajaran dapat berlangsung dengan efisien. Usaha ke arah pembelajaran baru ini sebenarnya dapat mempercepatkan langkah pendidikan negara bagi mencapai matlamat penggunaan teknologi maklumat dan transformasi penyampaian proses PdPc seperti yang terdapat di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025. Selain daripada dapat mengawal pandemik, pengajian online terbukti mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya dari aspek fleksibiliti masa dan tempat. Bahkan kajian menunjukkan pembelajaran online dapat mencapai hasil pembelajaran yang sama dengan pembelajaran bersemuka (Szeto, 2014). Pelajar juga mempunyai persepsi yang positif tentang pembelajaran online dan percaya pembelajaran online dapat meningkatkan prestasi akademik mereka (Mohamed Azmi, Zeehan, Fahad, Maryam, & Hisham, 2012).

Oleh yang demikian, pengajian online bukan lagi satu pilihan tetapi telah menjadi satu keperluan. Namun begitu, terdapat beberapa isu dalam pengajian online terutamanya pada aspek kesediaan pelajar, pengajar dan prasarana. Manakala dalam bidang Pengajian Islam (terutamanya dalam pengajian al-Quran), kaedah tradisi yang perlu dipelihara adalah kaedah talaqqī mushāfahah yang mana menekankan hubungan guru dengan murid secara bersemuka.

Ini bermakna dalam sistem Pengajian Islam, pendidikan bukanlah proses pemindahan ilmu kepada pelajar semata-mata tetapi proses mendidik jiwa, adab dan nilai yang mana diperolehi hasil daripada pertemuan fizikal dengan guru. Justeru, penulisan ini akan menganalisis beberapa cabaran dalam perlaksanaan pengajian online bagi program Pengajian Islam di IPT.

Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kajian lepas tentang isu dan masalah dalam pengajian online dan juga kajian berkenaan dengan kaedah talaqqī mushāfahah yang sering digunakan dalam Pengajian Islam khususnya pembelajaran al-Quran.

Tambahan pula, penyelidikan tentang pengajian online perlu dirancakkan dan dilanjutkan kerana ia menjadi satu keperluan pada era pandemik (Ali, 2020). Kajian tentang pembelajaran online juga perlu diperincikan mengikut demografi dan bidang pengajian kerana kesediaan pelajar terhadap pembelajaran online dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut (Adams et al. 2018). Oleh itu, kajian ini akan mengkaji cabaran dan isu pembelajaran online dalam bidang Pengajian Islam. Dapatan kajian ini dapat dijadikan rujukan bagi kajian baru pada masa akan datang dan dapat dijadikan panduan dalam penggubalan garis panduan atas dasar pengajian online terutama bagi program Pengajian Islam.

ISU DAN CABARAN PENGAJIAN ONLINE BAGI PROGRAM PENGAJIAN ISLAM

Antara perkara paling penting dalam perlaksanaan pembelajaran online adalah kesediaan pensyarah dan pelajar. Jika pensyarah dan pelajar tidak bersedia, perlaksanaan pembelajaran online sukar untuk direalisasikan. Kajian awal sekitar 2008 telah mendapati antara isu dalam pembelajaran online ialah tahap persediaan pelajar yang sederhana (Lim Chiu Yiong, Kian

(4)

Sam, & Kock Wah, n.d.). Namun yang demikian, kajian yang lebih terkini mendapati pelajar terbuka dan bersedia untuk mengikuti pembelajaran online (Al-Rahmi et al., 2018) Selain itu, tindak balas pelajar terhadap pengajaran online adalah baik (Krish & Wong, 2009). Hal ini menjelaskan bahawa kumpulan pelajar termasuk pelajar dalam bidang Pengajian Islam bersedia dan selesa dengan teknologi kerana mereka merupakan generasi Z. Generasi ini sentiasa bersedia dengan perubahan dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menggunakan alat- alat digital.

Pensyarah mempunyai peranan dalam mengurus dan menggunakan teknologi dalam perlaksanaan PdPc online. Perkara tersebut menjadi antara faktor penghalang dalam perlaksanaan pengajian online. Embi (2010) menyatakan bahawa cabaran utama dihadapi oleh kebanyakan IPT dalam pembelajaran online adalah staf pengajar berpada dengan kaedah pengajaran sedia ada, staf kurang mahir dalam penggunaan IT, staf pengajar terlalu sibuk dengan penyelidikan dan penerbitan dan staf terbeban dengan masa pengajaran yang berat. Oleh yang demikian, selain daripada isu berkaitan kemahiran teknologi dalam kalangan pensyarah, terdapat juga isu yang disebabkan oleh bebanan kerja yang berat bagi pensyarah sama ada dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan kelas pengajaran. Pengajian online juga telah memberikan cabaran kepada staf akademik untuk menguasai teknologi dalam keadaan mempunyai bebanan kerja akademik (Gillett-Swan, 2017). Ini kerana dalam pengajian online, pensyarah perlu menyediakan bahan dan kaedah penilaian terhadap pelajar dalam bentuk yang berbeza (Ahmad Zaki, Hanafi, & Abd Wahab, 2009). Oleh itu, isu-isu ini hendaklah diberikan perhatian sewajarnya agar pendidikan online dapat berjalan dengan efektif. Bahkan, untuk menjadikan pembelajaran online yang efisien terutama semasa COVID-19 kesediaan pensyarah adalah penting dalam mengintegrasi pendidikan dengan ICT (Ali, 2020).

Dalam pengajian online, persediaan terpenting adalah persediaan prasarana (Mohamed Amin Embi., 2010). Persediaan prasarana meliputi liputan atau capaian internet dan juga peralatan seperti komputer dan telefon pintar. Antara isu utama yang sering dihadapi oleh pelajar ialah persediaan sumber liputan dan kemudahan internet atau wifi (Zulkifli, Hamzah, &

Razak, 2020). Sumber liputan internet wifi menjadi halangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran online walaupun pelajar memberikan komitmen dan bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran online (Zulkifli et al., 2020, Salim et al., 2018). Dalam konteks Pengajian Islam pula, terdapat pengajian yang memerlukan pengendalian pengajaran secara serentak di mana pelajar dan pensyarah akan bertemu secara online yang bergantung kepada kestabilan internet. Tanpa kestabilan capaian internet, sesi pdp online akan terjejas. Selain daripada kestabilan capaian internet, pelajar juga berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan telefon bimbit bagi perlaksanaan pembelajaran online (Ahmad Zaki et al., 2009).

Semua persediaan pada aspek prasarana ini perlu disediakan oleh pelajar, pensyarah dan universiti dalam memastikan kelancaran pembelajaran online.

Teknologi sememangnya memberikan banyak manfaat dalam kehidupan manusia termasuk dalam bidang pendidikan namun demikian, penggunaannya dalam keadaan yang tidak terkawal mampu memberikan kesan negatif kepada pengguna iaitu pelajar. Walaupun penggunaan teknologi seperti telefon bimbit dalam konteks ini adalah bagi tujuan pembelajaran, kebergantungan kepada teknologi boleh menyebabkan pelajar mengalami ketagihan kepada teknologi terutamanya telefon bimbit. Penggunaan yang tidak terkawal juga akan mendedahkan pelajar dengan kandungan yang tidak sihat di internet. Selain itu,

(5)

kebergantungan pelajar kepada teknologi juga menyebabkan pelajar terpisah daripada dunia yang sebenar (Lawrence, Fung Ching, & Abdullah, 2019). Ini kerana dalam pendidikan dalam kelas perlu disusuli dengan aspek praktikal atau amali dalam situasi sebenar. Sebagai contoh pelajar yang dalam bidang dakwah perlu turun ke lapangan untuk melihat realiti sebenar medan dakwah selepas mempelajarinya di dalam kelas. Suasana di lapangan menuntut pelajar untuk membuat pertimbangan dari aspek keutamaan berdasarkan kepada apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Oleh itu, salah satu daripada ilmu penting dalam apa-apa bidang termasuk juga bidang pengajian Islam ialah pengalaman melalui kerja-kerja lapangan.

Terdapat kecenderungan dalam kalangan pelajar dan pensyarah yang mempunyai stigma terhadap keberkesanan bagi pengajian online. Menurut mereka, pengajaran dan pembelajaran hanya dapat berlaku melalui pertemuan fizikal. Malahan terdapat staf yang skeptikal terhadap e-Pembelajaran dan memberikan konotasi negatif terhadap pembelajaran online (Embi, 2010). Pelajar dan pengajar lebih selesa dengan kaedah tradisional (pembelajaran bersemuka) kerana memberikan mereka lebih kefahaman tentang apa yang diajar (Vijay, 2020).

Apatah lagi, Bali & Liu (2018) juga telah mendapati bahawa persepsi pelajar tentang pembelajaran bersemuka lebih tinggi berbanding dengan pembelajaran online dalam aspek kehadiran sosial, interaksi sosial, dan kepuasan. Selain daripada itu, norma pengajaran di Malaysia mementingkan hubungan baik antara pelajar dan pensyarah dan kurang kecenderungan ke arah pengajaran yang tiada komunikasi bersemuka (Ahmad Zaki et al., 2009).

Manakala dalam bidang Pengajian Islam, terdapat isu khusus berkenaan dengan pengajian online. Ini kerana secara tradisinya, kaedah Pengajian Islam terutamanya dalam mempelajari al-Quran mengutamakan kaedah talaqqī mushāfahah yang mana melihat kepentingan hubungan langsung guru dengan murid dalam pelbagai aspek secara bersemuka.

Ini bermakna dalam ekosistem sistem pengajian Islam, pendidikan bukanlah proses memindahkan ilmu sahaja kepada pelajar tetapi lebih daripada itu, termasuk pengajaran adab dan nilai yang mana diperolehi daripada pertemuan fizikal dengan guru. Dalam kaedah talaqqī, sesi pengajaran dan pembelajaran adalah secara berdepan dan guru akan membacakan kitab yang diajar dari kulit ke kulit berbeza dengan sistem pembelajaran online. Kaedah talaqqī mushāfahah juga sangat penting dalam pengajian bidang al-Quran (baca dan hafal) (Ismail, Tamuri, & Hassan, 2019) dan juga diamalkan secara meluas bagi pengajian di pondok-pondok (Abd. Rahim, Yakob, & Mohd Ali, 2015). Talaqqī mushāfahah merupakan kaedah tradisi yang terbukti berkesan menyampaikan sebarang sebutan dengan tepat dan dianggap satu-satunya cara yang boleh digunakan untuk mempelajari al-Quran (Muhamad et al., 2019). Zainal Abidin et al. (2019) mendapati talaqqī mushāfahah sangat penting dalam proses pengajaran al-Quran kerana terdapat beberapa kalimah al-Quran yang tidak sama sebutannya yang tidak dapat dipelajari cara bacaannya melalui penulisan mushaf dan bacaan kitab-kitab tajwid melainkan memerlukan kepada talaqqī dan mushfahah daripada guru. Muhamad, et al. (2019) juga menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara talaqqī dengan penguasaan al- Quran pelajar. Selain itu, kaedah talaqqī juga dapat memelihara sanad ilmu yang mana sangat penting dalam Pengajian Islam (Syed Shamsuddin, 2018). Malahan dalam pengajian Quran, pemeliharaan sanad merupakan salah satu daripada rukun bacaan al-Quran (Zainal Abidin, Omar, & Yusof, 2019). Kepentingan pengajian talaqqī dalam bidang Pengajian Islam dapat dilihat apabila kaedah ini digunakan di institusi pengajian tinggi seperti di Universiti Sains

(6)

Islam Malaysia bagi mempelajari kitab turath jawi dalam kalangan pelajar jurusan syariah (Syed Shamsuddin, 2018). Oleh kerana itu, dalam era pengajian online, pelajar dan tenaga pengajar perlu memahami konsep sebenar dan kepentingan talaqqī mushāfahah serta kaedah pelaksanaannya (Zainal Abidin et al., 2019).

CADANGAN PENYELESAIAN ISU DAN CABARAN PENGAJIAN ONLINE BAGI PROGRAM PENGAJIAN ISLAM

Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam perlaksanaan pengajian online terutamanya bagi program pengajian Islam di IPT, peralihan daripada kaedah pembelajaran tradisi kepada kaedah online bukan lagi satu pilihan. Semua yang terlibat dalam sistem pendidikan hendaklah saling bekerjasama dalam merealisasikan kaedah pembelajaran new normal. Apatah lagi, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran online di era pandemik bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025 yang memberi penekanan terhadap lonjakan penggunaan teknologi maklumat dan transformasi penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga selari dengan Pendidikan 4.0 yang memfokuskan kepada kemahiran abad ke-21 yang sangat penting untuk diaplikasikan dalam pendidikan.

Dalam pada itu, pendidikan 4.0 juga membuka peluang kepada pendidik dan pelajar untuk mengusai teknologi abad ke-21. Malahan, pengajaran dan pembelajaran online sentiasa diberikan galakan kerana penggunaan teknologi e-pembelajaran secara optimum dan berkesan boleh meletakkan sesuatu institusi pengajian tinggi ke tahap yang lebih kompetitif, khususnya dalam urusan pelaksanaan program pengajian yang ditawarkan (Mohamed Amin Embi., 2010).

Oleh yang demikian, setiap isu dan permasalahan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran online hendaklah diberikan perhatian agar dapat diselesaikan atau diminimumkan.

Walaupun terdapat beberapa isu dalam kaedah pembelajaran online seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pembelajaran online sebenarnya merupakan kaedah yang sesuai dengan pelajar semasa kerana majoriti mereka merupakan generasi Z. Generasi Z adalah generasi pertama yang dianggap sebagai digital natives. Mereka sangat mahir dalam penggunaan teknologi dan internet. Oleh kerana itu, kajian terhadap pelajar di IPT menunjukkan reaksi positif terhadap pembelajaran online dan cenderung untuk mengaplikasikannya bagi tujuan pendidikan (Al-Rahmi et al., 2018). Bahkan sebilangan pelajar sangat selesa dalam pembelajaran dalam talian kerana mereka berpeluang untuk berinovasi dengan menggunakan teknologi komputer (Bali & Liu, 2018). Pelajar juga dilihat lebih selesa dengan pembelajaran online berbanding kaedah pembelajaran tradisi (Mohamed Azmi et al., 2012). Ini kerana kehidupan generasi Z sentiasa bersama dengan gajet dan teknologi menjadikan mereka tidak mempunyai kesukaran untuk mengadaptasi kaedah pembelajaran baharu ini. Apatah lagi kelebihan fleksibiliti masa dan tempat yang ditawarkan oleh pengajian online tidak dapat diberikan oleh pengajian secara bersemuka.

Walaupun begitu, masih terdapat juga dalam kalangan kumpulan pelajar minoriti yang tidak mahir atau pun mempunyai masalah kemudahan internet kerana tinggal di kawasan pendalaman. Dalam hal ini, pensyarah dan IPT perlu mengenal pasti pelajar-pelajar yang terpinggir disebabkan oleh kesukaran mendapatkan perkhidmatan jalur lebar lebih awal. Ini kerana kebolehcapaian pelajar dan motivasi juga memainkan peranan yang penting dalam

(7)

integrasi pendidikan dengan ICT (Ali, 2020). Oleh itu, perancangan dan tindakan dapat diambil bagi memastikan pelajar tidak terpinggir dalam pendidikan melalui pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan kewangan. Dalam menghadapi isu ini, usaha dan kerjasama juga hendaklah dilakukan oleh pihak universiti dengan badan-badan kerajaan atau pun bukan kerajaan untuk memastikan tiada pelajar yang keciciran dalam pendidikan. Ini kerana bantuan yang mencukupi kepada pelajar dan penyertaan yang baik daripada mereka dapat memastikan pembelajaran online yang efektif (Bao, 2020). Infrastruktur yang baik juga akan memastikan interaksi yang berlaku antara pelajar dengan pengajar, membentuk kesedaran tentang komuniti pembelajaran online dan perkembangan teknologi yang sangat pesat (Sun & Chen, 2016).

Dalam hal ini, pihak IPT perlu mempertingkatkan dan merangsang aktiviti pembelajaran online di institusi masing-masing memandangkan ianya merupakan trend yang hebat dalam menghadapi generasi digital masa kini. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh IPT ialah menyediakan prasarana yang sesuai bagi menjalankan kaedah pembelajaran online seperti perkhidmatan wifi, bahan rujukan digital dan lain-lain kemudahan kepada pensyarah dan terutamanya pelajar. Disebabkan oleh isu-isu tersebut, maka pihak IPT disarankan untuk menaiktaraf capaian internet supaya medium pengajaran online dapat dimanfaatkan sepenuhnya (Salim et al., 2018). Platform pengurusan pembelajaran online seperti LMS universiti perlu dibangunkan sesuai dengan keperluan terkini dan mesra dengan pengguna.

Platform pengajian online ini juga boleh mengambil contoh media sosial perdana seperti facebook, instagram dan twitter memandangkan platform media sosial merupakan saluran media kegemaran pelajar dan digunakan secara harian. Oleh itu, seperti mana media sosial yang disebutkan, platform pembelajaran online juga seharusnya boleh diakses dengan menggunakan peranti mudah alih (Mohammad, Mamat, & Isa, 2012).

Jika pelajar alaf baru yang terdiri daripada generasi Z kurang berhadapan dengan masalah teknologi, golongan pensyarah ataupun tenaga pengajar pula sebaliknya dan mungkin berhadapan dengan masalah dalam mengadaptasi teknologi digital dalam pengajaran. Ini kerana terdapat dalam kalangan pengajar yang kurang mesra dengan teknologi. Apatah lagi terdapat beberapa aspek dalam penggunaan platform pembelajaran online dan aspek dokumentasi yang bersifat teknikal. Oleh itu, usaha bersama hendaklah dilakukan oleh pensyarah bersama universiti untuk menyediakan latihan yang bersesuaian kepada pensyarah.

Latihan-latihan tersebut termasuklah dengan mengadakan seminar dan bengkel mengenai e-pembelajaran, penggunaan gajet dan telefon pintar bagi pembelajaran online (Mohammad, Mamat, & Isa, 2012). Selain itu, pensyarah juga perlu sentiasa bersedia dengan pelan luar jangka dalam menghadapi masalah teknikal bagi pengajian online (Bao, 2020). Ini kerana, pembelajaran bergantung sepenuhnya kepada alat teknologi yang mana terdedah dengan pelbagai masalah lain yang tidak dapat diduga. Pihak juga IPT boleh menimbangkan untuk menyediakan pembantu teknikal atau memberikan latihan yang mencukupi kepada pensyarah bagi penyediaan e-kandungan subjek pengajaran. Ini kerana prinsip pembelajaran online yang efektif mempunyai kaitan antara reka bentuk pengajaran online dengan pembelajaran pelajar serta penyampaian maklumat online yang berkesan (Bao, 2020).

Pengajian online juga bergantung kepada kandungan kursus yang telah dirancang dengan baik (Sun & Chen, 2016). Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran online ialah interaksi sesama pelajar, pengajar dan kandungan, bentuk hubungan antara online dan aktiviti bersemuka juga termasuk aktiviti di kampus (Nortvig, Petersen, & Balle, 2018). Oleh kerana

(8)

itu, pensyarah mempunyai peranan penting dalam memastikan kelas online dan bahan pengajaran yang menarik serta interaksi dalam kelas sentiasa aktif. Kandungan e-pembelajaran yang efektif juga akan memberikan kesan positif mempunyai hubungan dengan kepuasan pelajar serta memberikan kesan kepada keinginan pelajar untuk memanfaatkan e-pembelajaran (Al-Rahmi et al., 2018).

Selain itu, bagi menyeimbangkan tugasan pensyarah, mereka harus diberikan galakan berterusan untuk terlibat dengan pengajian online termasuk dalam penyediaan bahan rujukan digital. Kadar insentif yang sesuai juga boleh diberikan bagi penyediaan bahan pengajaran online kepada pensyarah. Ini kerana penghasilan bahan pengajian atau modul online adalah sebahagian daripada hasil akademik yang memerlukan kepada penyelidikan dan penulisan.

Pihak universiti juga boleh melakukan usaha pendigitalan bahan-bahan pengajaran terutama buku-buku rujukan agar ianya dapat diakses secara online. Pangkalan data universiti juga perlu disediakan agar data-data digital terutama rujukan seperti kitab-kitab turath warisan Islam dan buku baru dapat disimpan dan diakses secara terbuka terutamanya kepada pelajar-pelajar. Ini kerana sumber dan rujukan digital memainkan peranan yang penting dalam integrasi pendidikan dengan ICT (Ali, 2020). Rujukan digital online ini seterusnya perlu dipromosikan termasuk latihan penggunaannya kerana penggunaan sumber online adalah rendah di universiti (Salim et al., 2018).

Dalam pemerkasaan pengajian online, usaha sama antara universiti boleh diperluaskan seperti dalam penawaran khidmat pakar dan kursus kepada pelajar yang merentas universiti dan IPT. Melalui perkongsian pintar sebegini, kepakaran yang dipunyai oleh sesuatu universiti dapat dikongsikan kepada lebih ramai pelajar. Oleh yang demikian, dengan perlaksanaan pengajian online, usaha dan kerjasama termasuk program pertukaran tenaga akademik dapat dilakukan dengan lebih efektif dan dinamik. Malahan program-program kerjasama dan pertukaran pakar tidak hanya terbatas di peringkat nasional malahan di peringkat antarabangsa dengan kos yang minimum.

Cabaran penting dalam pemerkasaan kaedah pengajaran Pengajian Islam online ialah untuk memastikan kaedah tradisi talaqqī dapat terus dipelihara dan dikekalkan. Ini kerana tradisi talaqqī terbukti dapat memberikan manfaat dalam pengajaran subjek Pengajian Islam terutamanya dalam pengajian al-Quran. Dengan perlaksanaan pengajaran online sepenuhnya dalam tempoh COVID-19, kaedah pembelajaran tradisi talaqqī boleh diberikan inovasi agar seiring dengan kaedah pembelajaran baharu ini. Oleh yang demikian, antara kaedah yang paling sesuai bagi usaha pemerkasaan teknologi baru dan pemeliharaan tradisi ialah dengan menggunakan kaedah pengajian teradun atau pun blended learning. Apatah lagi kaedah pembelajaran teradun atau blended learning merupakan kaedah yang paling popular dan telah lama dipraktikkan di IPT (Mohamed Amin Embi., 2010). Malahan, pelajar IPT di Malaysia juga bersedia dengan kaedah blended learnings (Adams et al., 2018). Jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran online sepenuhnya, pelajar lebih selesa dengan kaedah pembelajaran hybrid (Mohamed Azmi et al., 2012).

Oleh itu, kaedah ini sesuai dan boleh dilaksanakan terutamanya dalam program Pengajian Islam. Antara kelebihan kaedah pembelajaran blended learning ialah penawaran bentuk hubungan online dan aktiviti bersemuka termasuk aktiviti di kampus yang akan mempengaruhi pembelajaran online (Nortvig, Petersen, & Balle, 2018). Apatah lagi, kajian terkini telah menunjukkan bahawa kaedah blended learning juga merupakan kaedah

(9)

pembelajaran yang sesuai untuk digunakan bagi pasca COVID-19 (Vijay, 2020). Kaedah blended learning juga dapat memberikan ruang kepada pengajian talaqqī untuk terus dijalankan walaupun tidak dijalankan mengikut tradisi kebiasaannya. Namun, dengan menggunakan kemudahan live meeting telecast seperti googlemeet, microsoft team meeting, webex dan skype, pertemuan dapat dijalankan secara langsung antara pelajar dengan pensyarah secara maya.

Selain daripada itu, kajian lanjutan berkenaan talaqqī hendaklah dijalankan dalam usaha untuk memelihara tradisi talaqqī dan pada masa yang sama dapat bergerak seiring dengan inovasi pembelajaran online. Ini kerana hampir semua universiti di seluruh dunia telah beralih kepada pengajian secara online atau pun e-pembelajaran (Ali, 2020). Hal yang sama juga akan dihadapi oleh program Pengajian Islam di universiti. Oleh kerana itu, terdapat kajian mengenai e-talaqqi yang mengkaji berkenaan penggunaan Quran Digital bagi pembelajaran Quran untuk warga tua (Eizan Azira, 2019). Dengan pergerakan pantas teknologi pengajaran semasa COVID-19, kaedah pengajaran baru akan lebih memanfaatkan teknologi dan internet sepertimana yang telah berlaku kini.

KESIMPULAN

Kaedah pembelajaran online telah menjadi kaedah arus perdana berikutan penyebaran COVID- 19. Malahan, pengajian pada masa hadapan akan memperlihatkan kaedah online akan terus berjalan, manakala kaedah tradisi dan kelas secara bersemuka akan berkurangan. Oleh yang demikian, jika pembelajaran tidak menggunakan kaedah online sepenuhnya, penggunaan kaedah pembelajaran teradun akan terus berjalan bagi pembelajaran pasca COVID-19.

Pandemik dan kaedah pembelajaran baharu seharusnya dilihat sebagai peluang untuk inovasi dan kerjasama. Dalam pendidikan dan pengajian tinggi di IPT, pengajian online terbukti mempunyai banyak kelebihan terutamanya dari aspek fleksibiliti, namun begitu terdapat beberapa isu dalam pengajian online terutamanya dari aspek kesediaan pelajar, pengajar dan prasarana. Manakala dalam bidang Pengajian Islam (terutamanya dalam pengajian al-Quran), kaedah tradisi yang perlu dipelihara adalah kaedah talaqqī mushāfahah yang mana menekankan hubungan guru dengan murid secara bersemuka. Oleh yang demikian, kajian tentang isu dan permasalahan dalam pembelajaran online bagi program Pengajian Islam adalah perlu pada waktu pandemik COVID-19. Berdasarkan kepada analisis kandungan terhadap kajian lepas, kajian ini telah mengenal pasti isu dan cabaran dalam pengajian online bagi program Pengajian Islam adalah hampir sama dengan pengajian lain iaitu kesediaan pelajar dan pensyarah, stigma bahawa pengajaran hanya dapat dilakukan secara bersemuka, kesediaan prasarana, kesan negatif daripada teknologi serta kepentingan kesinambungan talaqqī. Manakala cadangan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan ialah penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan yang baik untuk pelajar dan pensyarah, persediaan pensyarah dan institusi serta pembinaan kerangka talaqqī yang baharu sesuai dengan kaedah pembelajaran online. Kajian berkenaan talaqqī boleh dijalankan kerana kajian sedia ada berkenaan talaqqī tertumpu kepada kepentingannya dalam pengajian al-Quran. Selain itu, ia juga merupakan satu usaha untuk membina kefahaman tentang talaqqī sebagai salah satu kaedah tradisi pendidikan Islam yang perlu dipelihara dalam perkembangan teknologi pendidikan baru. Oleh itu, dapatan kajian ini penting bagi mendapatkan maklumat awal untuk menjawab persoalan seperti bagaimana aspek tradisi pengajian Islam seperti talaqqī dapat dipelihara dalam perkembangan pengajian online

(10)

dan adakah kaedah talaqqī boleh disesuaikan dengan kaedah yang baru dan diinovasi sebagai e-talaqqi. Selain itu, dapatan kajian juga boleh dijadikan maklumat awal bagi merangka satu kaedah yang sesuai antara pemerkasaan pengajian online dan pemeliharaan tradisi talaqqī mushāfahah dalam pengajian Islam.

RUJUKAN

Abd. Rahim, S. I., Yakob, M. A., & Mohd Ali, A. S. (2015). Pedagogi Talaqqi dalam Pendidikan Islam di Pondok. Global Summit on Education GSE 2015, (March 2015), 771–776. Kuala Lumpur.

Adams, D., Sumintono, B., Mohamed, A., Syafika, N., & Noor, M. (2018). E-Learning Readiness Among Students Of Diverse Backgrounds In A Leading Malaysian Higher Education Institution 1. In Malaysian Journal of Learning and Instruction (Vol. 15), 227-256.

Ahmad Zaki, N. A., Hanafi, H. F., & Abd Wahab, M. H. (2009). M-Learning: Isu dan Cabaran Penggunaan di UPSI. FKEE Compilation Paper 2009, 283–291.

Al-Rahmi, W. M., Alias, N., Othman, M. S., Alzahrani, A. I., Alfarraj, O., Saged, A. A., &

Rahman, N. S. A. (2018). Use of E-Learning by University Students in Malaysian Higher Educational Institutions: A Case in Universiti Teknologi Malaysia. IEEE Access, 6, 14268–14276. https://doi.org/10.1109/ACCESS.2018.2802325

Ali, W. (2020). Online and Remote Learning in Higher Education Institutes: A Necessity in light of COVID-19 Pandemic. Higher Education Studies, 10(3), 16.

https://doi.org/10.5539/hes.v10n3p16

Bali, S., & Liu, M. C. (2018). Students’ perceptions toward online learning and face-to-face learning courses. Journal of Physics: Conference Series, 1108(1), 1-7.

https://doi.org/10.1088/1742-6596/1108/1/012094

Bao, W. (2020). COVID ‐19 and online teaching in higher education: A case study of Peking University. Human Behavior and Emerging Technologies, 2(2), 113–115.

https://doi.org/10.1002/hbe2.191

Bibiana Lim, C. Y., Sam, H. K., & Wah, T. K. (2008). Acceptance of e-learning among distance learners: A Malaysian perspective. Proceeding Ascilite Moulbourne 2008, 541–551.

Melbourne.

Eizan Azira, M. S. (2019). E-Talaqqi : an Analysis of Technology Acceptance Model 3 (TAM 3) on the Understanding of Digital Quran Usage and Implications Among Senior Citizens in Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 4(16), 66–81.

Gillett-Swan, J. (2017). The Challenges of Online Learning: Supporting and Engaging the Isolated Learner. Journal of Learning Design, 10(1), 20-30.

https://doi.org/10.5204/jld.v9i3.293

Ismail, A., Tamuri, A. H., & Hassan, N. H. (2019). Pelaksanaan Amalan Talaqqi dan Mushafahah dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41(1), 93–98.

Krish, P., & Wong, B. E. (2009). Malaysian learners and their perceptions towards online

(11)

english language courses. Turkish Online Journal of Distance Education, 10(2), 203–

224. https://doi.org/10.17718/tojde.57658

Mohamed Amin Embi. (2010). Amalan, keberkesanan & cabaran pelaksanaan e-pembelajaran di IPT Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Mohamed Azmi, H., Zeehan, S. I., Fahad, S., Maryam, F., & Hisham, A. (2012). Assessment of students’ perceptions towards e-learning management system (e-LMS) in a malaysian pharmacy school: A descriptive study. Malaysian Journal of Public Health Medicine, 12(1), 14–20.

Mohammad, N. M. N., Mamat, M. N., & Isa, P. M. (2012). M-learning in Malaysia: Challenges and Strategies. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 67, 393–401.

https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.11.343

Muhamad, N., Hashim, A., Abdullah, W. H., Kamarul Zaman, M. A., & Zamri, F. A. (2019).

Kaedah Talaqqi Musyafahah Dalam Pengajaran Al Quran Wa Al-Hifz Kurikulum Dini Sabk Di Perak. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(32), 273–283. https://doi.org/10.35631/ijepc.4320025

Nortvig, A. M., Petersen, A. K., & Balle, S. H. (2018). A Literature Review of The Factors Influencing e-Learning and Blended Learning in Relation to Learning Outcome, Student Satisfaction and Engagement. Electronic Journal of E-Learning, 16(1), 45–55.

Salim, K. R., Abdullah, M., Ali, L., & Ali, R. (2018). Usage of Online Learning Resources among Academic Staff at a Malaysian University. In International Journal of Engineering & Technology (Vol. 7), 1-5.

Lawrence, R., Fung Ching, L., & Abdullah, H. (2019). Strengths and Weaknesses of Education 4.0 in the Higher Education Institution. International Journal of Innovative Technology

and Exploring Engineering, 9(2S3), 511–519.

https://doi.org/10.35940/ijitee.b1122.1292s319

Sun, A., & Chen, X. (2016). Online education and its effective practice: A research review.

Journal of Information Technology Education: Research, 15(2016), 157–190.

https://doi.org/10.28945/3502

Syed Shamsuddin, S. S. (2018). Pemantapan Pelajar Aliran Syariah di Institusi Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap Perlaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam Malaysia. Sains Insani, 3(1), 27–37.

Szeto, E. (2014). A Comparison of Online/Face-to-face Students’ and Instructor’s Experiences:

Examining Blended Synchronous Learning Effects. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 116(2014), 4250–4254. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.01.926

Vijay, R. (2020). Comparative evaluation of COVID-19 pandemic enforced online teaching versus traditional teaching from point of view of medical students. International Journal of Basic & Clinical Pharmacology, 10(1), 36-43.

https://doi.org/10.18203/2319-2003.ijbcp20205535

Zainal Abidin, N. H., Omar, N., & Yusof, N. H. (2019). Konsep Dan Pelaksanaan Kaedah Talaqqi Dan Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran. Malaysian Journal for Islamic Studies, 3(1), 27–35.

Zulkifli, N., Hamzah, I., & Razak, K. A. (2020). Isu dan cabaran penggunaan MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. In Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 10(1), 77-94. Retrieved from http://jpt.mohe.gov.my

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil analisis statistik menunjukkan ada hubungan yang signifikan antara usia terhadap kejadian abortus inkompletus dan abortus kompletus pada ibu hamil di Rumah Sakit

Standar Nasional Pendidikan adalah kriteria minimal tentang sistem pendidikan di seluruh wilayah hukum Negara Kesatuan Republik Indonesia (PP Nomor 19 tahun

Rata-rata kecepatan arus dan kekeruhan perairan pada setiap stasiun pengamatan Kecepatan arus pada tiap stasiun menunjukkan nilai yang masih mendukung untuk kehidupan

diberitahukan atau dipublikasikan melalui pemasaran.” wawancara pada hari Kamis, 15 Maret 2018 pukul 12.00 Pelaksanaan city branding Kabupaten Malang “The Heart of East Java”

Besarnya pengaruh penerapan disiplin kerja terhadap kepuasan kerja adalah sebesar 27,4% ; menunjukkan bahwa penerapan disiplin kerja berpengaruh signifikan dan positif

Jaranan Sentherewe di Dusun Sorogenen pada dasarnya merupakan seni pertunjukan yang terlahir dari budaya masyarakat Kediri Jawa Timur.. Sebagai sebuah seni

Berdasarkan pertanyaan pertama, dapat dideskripsikan bahwa pertanyaan tentang jumlah pertanyaan yang akan dikembangkan dalam Perangkat Uji Kemahiran Berbahasa