• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dimensi Personaliti Terhadap Pembudayaan Keusahawanan Dalam Kalangan Graduan di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dimensi Personaliti Terhadap Pembudayaan Keusahawanan Dalam Kalangan Graduan di Malaysia"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

Dimensi Personaliti Terhadap Pembudayaan Keusahawanan Dalam

Kalangan Graduan di Malaysia

Mazdan Ali Amaran

1

, Rohana Jani

2

, Salbiah Edman

3

, Rosita Hamdan

3

dan Nur Fatihah Abdullah Bandar

4

ABSTRAK

“Bekerja sendiri” sebagai usahawan merupakan kerjaya yang harus diberi perhatian sebagai alternatif oleh para graduan selain makan gaji dalam usaha menghadapi masalah pasaran pekerjaan yang terhad dan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan graduan. Oleh itu, pihak berwajib antaranya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memainkan peranan penting dalam membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT dan graduan agar kerjaya usahawan menjadi pilihan setelah tamat pengajian. Justeru, kajian ini mengkaji tahap kompetensi pembudayaan keusahawanan dalam kalangan graduan di Malaysia dengan tumpuan terhadap mereka yang bekerja sendiri. Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpul melalui survei Kajian Pengesanan Graduan dari tahun 2007 hingga 2009 yang melibatkan 3062 sampel graduan IPTA dan IPTS di Malaysia dan dianalisis menggunakan kaedah Analisis Faktor. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sahsiah Diri (kematangan, jati diri, keupayaan berdikari, keyakinan diri, berpengetahuan dan kebolehan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan) dan Kemahiran Insaniah (keupayaan menyelesaikan masalah, kritis dan kreatif, analitikal, nilai-nilai positif dan kemahiran berkomunikasi) merupakan dua dimensi personaliti utama dalam diri seseorang graduan yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

JEL: L26

Kata kunci: Keusahawanan, dimensi personaliti, sahsiah diri, kemahiran insaniah, graduan. Conference category: Business and finance

PENGENALAN

Pembudayaan keusahawanan merupakan satu proses jangka panjang dan berterusan bagi menarik minat semua lapisan masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan dan ianya dimulakan dengan melibatkan golongan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian. Sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan dan membudayakan nilai-nilai keusahawanan terutama lepasan graduan supaya mereka tidak lagi cenderung untuk kerja makan gaji semata-mata sebaliknya memilih makan gaji sebagai pilihan terakhir mereka selepas tamat pengajian. Penguasaan dalam bidang keusahawanan ini bukan sahaja pendedahan bagi ilmu teknikal malahan ilmu praktikal juga amatlah penting dalam proses penyerapan ilmu yang berkesan di kalangan generasi akan datang. Penyerapan ilmu keusahawanan yang berkesan dapat membangun dan memantapkan budaya keusahawanan di dalam masyarakat terutamanya lepasan graduan yang ingin menceburi bidang keusahawanan. Di sinilah terletaknya peranan sistem pendidikan dalam memperteguhkan nilai keusahawanan dan memantapkan lagi budaya keusahawanan terutamanya dalam kalangan graduan IPT. Penerapan semua nilai dan ciri keusahawanan ini penting bagi menjadikan suatu budaya yang subur dalam kehidupan sesebuah kelompok masyarakat.

1

Corresponding author: Mazdan Ali Amaran, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak. Tel: 082581402 dan e-mail: amazdan@faca.unimas.my.

2 Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. E-mail: rohanaj@um.edu.my 3 Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak.

E-mail: esalbiah@feb.unimas.my (Salbiah Edman) & hrosita@feb.unimas.my (Rosita Hamdan)

4 Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak.

(2)

2

Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian

Data Kajian Pengesanan Graduan KPT bagi tahun 2006 hingga 2010 menunjukkan majoriti (lebih 50%) graduan sudah bekerja dan kurang 20 peratus belum bekerja menjelang majlis konvokesyen masing-masing, iaitu sekitar 4 – 6 bulan tamat pengajian yang pada ketika itu sebahagian besar daripada mereka sedang aktif mencari pekerjaan.

Rajah 1: Status pekerjaan graduan 2006 – 2010 (KPT, 2010)

Sekitar 64 peratus graduan Ijazah Pertama 2008 dan 2010 berjaya mendapatkan pekerjaan tetap dan hanya segelintar yang bekerja sendiri, iaitu sekitar 1%. Walaupun kumpulan yang bekerja sendiri tidak ramai, bidang ini adalah merupakan alternatif terbaik yang harus diambil perhatian oleh para graduan memandangkan keadaan pasaran kerja yang semakin kompetatif. Usaha untuk membudayakan bidang keusahawanan perlu dipergiatkan dan diberikan sokongan khususnya dalam kalangan graduan yang berminat dan mempunyai potensi yang besar untuk berjaya sebagai usahawan.

(3)

3

Sektor pekerjaan di Malaysia kebanyakannya telah mengalami Dasar Penswastaan iaitu pengambilalihan pengurusan Sektor Awam oleh Sektor Swasta dan ini mengakibatkan sektor pekerjaan dimonopoli oleh Sektor Swasta manakala Sektor Awam pula akan mengalami penguncupan.

Keadaan ini akan menyebabkan graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih berharap untuk makan gaji dengan kerajaan yang dianggap lebih selamat dan stabil serta berpencen. Sebaliknya, majikan di Sektor Swasta dikatakan lebih cenderung untuk mengambil pekerja yang sudah ada pengalaman bekerja. Keadaan ini dikatakan sebagai salah satu faktor utama penyumbang kepada masalah pengangguran di Malaysia selain daripada kualiti graduan yang kebanyakannya lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran komunikasi (Ishak, Rahmah dan Robiah, 2008).

Jadual 1 yang menunjukkan bahawa walaupun pada setiap tahun secara realitinya jumlah penyertaan tenaga buruh semakin meningkat namun kadar penyertaannya semakin menurun. Begitu juga dengan kadar pengangguran yang secara puratanya mengalami peningkatan mulai tahun 2001 dan hanya sedikit penurunan pada tahun 2006.

Jadual 1: Tenaga Buruh, Guna Tenaga dan Pengangguran, 1995-2006, Malaysia Tahun Jumlah Tenaga Buruh (‘000) Kadar Pengangguran (%)

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (%) 1995 7,645 3.1 64.7 1996 8,399 2.5 66.3 1997 8,569 2.5 65.6 1998 8,600 3.2 64.3 1999 8,838 3.4 64.2 2000 9,269 3.0 65.0 2001 9,357 3.5 64.9 2002 9,543 3.5 64.4 2003 9,870 3.6 65.2 2004 9,980 3.5 64.4 2005 10,045 3.5 63.3 2006 10,275 3.3 63.1

Sumber: Laporan Perangkaan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia (2006)

Melihat kepada senario pasaran pekerjaan masa kini, graduan perlu memikirkan alternatif atau pilihan kerjaya selain daripada makan gaji iaitu bekerja sendiri dan menjadi usahawan supaya tidak terlalu bergantung kepada sektor pekerjaan sedia ada yang terhad. Berdasarkan Jadual 2, daripada 41,470 orang graduan yang bekerja pada tahun 2008, 64.1 peratus graduan bekerja tetap, 20 peratus bekerja kontrak, 14 peratus bekerja sementara, 1.1 peratus bekerja sendiri dan 0.8 peratus bekerja dengan keluarga.

Di sini jelas menunjukkan hanya 1.1 peratus daripada jumlah graduan Ijazah Pertama iaitu seramai 456 graduan bagi tahun 2008 membuat pilihan untuk bekerja sendiri dan menjadi seorang usahawan selepas tamat pengajian. Budaya bekerja sendiri sebagai seorang usahawan masih merupakan kerjaya ‘asing’ bagi kebanyakan graduan.

(4)

4

Jadual 2: Taraf Pekerjaan Graduan Mengikut Peringkat Pengajian, 2008

Taraf Pekerjaan

Peringkat Pengajian

Keseluruhan Ph.D Sarjana Ijazah

Pertama Diploma Sijil Professional

Tetap 86.4 80.3 64.1 73.4 37.7 83.7 60.9 Kontrak 8 10.2 20.2 14.23 23 11.6 20 Sementara 3.9 7.3 13.9 10.43 33.6 4.6 16.5 Bekerja Sendiri 1.7 1.9 1.1 1.03 2.3 - 1.4 Bekerja Dengan Keluarga - 0.3 0.8 0.93 3.5 - 1.2 Jumlah 100 100 100 100 100 100 100

Sumber: Laporan Kajian Pengesanan Graduan KPT (2008)

Proses pembudayaan keusahawanan di Malaysia telah pun bermula melalui Dasar Pendidikan Nasional dan Sistem Pendidikan Negara dengan melibatkan golongan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan pelajar di institusi pengajian tinggi (Mohd Yusof, 2009). Kementerian Pelajaran Malaysia misalnya melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum sekolah iaitu dalam sukatan pelajaran seperti Prinsip Akaun dan Perdagangan. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi di dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Tinggi Negara telah menggariskan peranan institusi pengajian tinggi negara melahirkan modal insan yang lebih berinovasi iaitu merupakan salah satu ciri penting keusahawanan (KPT, 2007). Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan, sekurang-kurangnya lima peratus lepasan IPTA menceburi bidang keusahawanan mulai tahun 2011 (Berita Harian, 2010).

Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kompetensi pembudayaan keusahawanan dalam kalangan graduan di Malaysia dengan tumpuan terhadap mereka yang bekerja sendiri.

METODOLOGI KAJIAN

Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 3 menunjukkan kerangka pembentukan proses usahawan yang melihat kepada tiga peringkat kumpulan individu iaitu

 Mahasiswa di universiti dan yang akan memilih untuk menjadi usahawan apabila tamat belajar.  Graduan yang memilih untuk menjadi seorang usahawan (bekerja sendiri).

 Kumpulan individu/graduan yang memilih untuk bekerja terlebih dahulu (makan gaji) sebelum menjadi usahawan.

Ketiga-tiga fasa ini mempengaruhi empat faktor pendorong yang telah dipilih iaitu latar belakang usahawan, sikap, motivasi dan kemahiran. Keempat-empat faktor ini juga boleh dikatakan sebagai faktor kejayaan serta ciri-ciri bagi seseorang usahawan yang berjaya.

Dalam kajian ini tumpuan adalah kepada dua kumpulan peringkat individu iaitu graduan yang bekerja sendiri setelah tamat pengajian dan graduan yang makan gaji terlebih dahulu sebelum menceburi bidang perniagaan. Pencapaian seseorang usahawan dalam dunia perniagaan dikaji melalui ciri yang ada dalam diri mereka yang dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi kejayaan mereka dalam bidang keusahawanan.

(5)

5

Rajah 3: Kerangka Pembentukan Proses Usahawan (Mohd Hassan, 2007)

Pengumpulan Data

Kajian ini menggunakan sumber data primer dan sekunder. Pengumpulan data primer diperolehi dari sumber data Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dikumpulkan melalui Survei Kajian Pengesanan Graduan dari tahun 2007 sehingga 2009 manakala sumber data sekunder pula diperolehi melalui laporan, jurnal, tesis, akhbar lama, laman web dan buku-buku yang berkaitan. Data sekunder merupakan data sokongan bagi memahami dengan lebih terperinci tentang kajian yang dijalankan.

Analisis Data

Kajian ini menggunakan kaedah Analisis Faktor bagi menganalisis data sekunder dari Kajian Pengesanan Graduan (KPG) daripada tahun 2007 sehingga tahun 2009 yang berkaitan dengan kemahiran insaniah serta personaliti graduan yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Ujian Kaiser Mayer Olkin (KMO) dan ujian Barllett Test of Spherity dirujuk dalam menentukan sama ada analisis faktor sesuai digunakan untuk satu-satu set data. Sekiranya nilai KMO antara 0.5 sehingga 1.0, ia menunjukkan analisis faktor sesuai digunakan oleh set data. Manakala nilai KMO yang rendah iaitu kurang dari 0.5 menunjukkan analisis kurang sesuai untuk digunakan oleh set data. Ujian Barllett Test of Spherity pulamenguji sama ada matrik korelasi bagi sesuatu data adalah matriks identiti atau tidak. Sekiranya matrik korelasi adalah matrik identiti iaitu apabila (r = 1) maka analisis faktor tersebut tidak boleh digunakan dan sekiranya (r = 0) iaitu matrik korelasi adalah bukan matrik identiti maka analisis faktor tersebut boleh digunakan (Hair et al., 1995).

DAPATAN KAJIAN

Dimensi Personaliti

Keputusan Analisis Faktor menunjukkan dua dimensi utama personaliti telah dikenalpasti iaitu sahsiah diri (Faktor 1) dan kemahiran insaniah (Faktor 2). Keputusan yang diperolehi melalui Faktor Awal (Jadual 3) menunjukkan nilai communalities dimana 67.28 peratus nilai varians berjaya diterangkan oleh Faktor 1 dan Faktor 2, masing-masing dengan 55.78 peratus dan 11.51 peratus. Nilai “Communalities” adalah nilai peratus varians yang disumbangkan oleh sesuatu pembolehubah terhadap seluruh pembolehubah lain dan nilai yang tinggi menunjukkan pengaruh yang tinggi dalam menerangkan pembolehubah tersebut (Hair et al., 1995) dan sebaliknya. Hampir 80% daripada nilai

Faktor pendorong

*Latar Belakang Usahawan *Sikap *Motivasi *Kemahiran Mahasiswa Graduan Bekerja Usahawan n

(6)

6

varians bagi “kematangan diri” berjaya diterangkan oleh Faktor 1 dan Faktor 2. Walaubagaimanapun, faktor-faktor yang dijana ini masih kurang stabil dan perlu melalui proses putaran (rotation).

Jadual 3: Faktor Awal dan “Cummunalities” Faktor Awal

Initial Component

Komponen

Communalities

Faktor 1 Faktor 2

Mampu berfikir secara kritis & kreatif 0.846 -0.218 0.763

Kematangan diri 0.838 -0.308 0.796

Boleh menyelesaikan masalah & membuat keputusan 0.834 -0.261 0.763

Membina keyakinan diri 0.833 -0.265 0.764

Boleh berkomunikasi dengan berkesan 0.830 -0.204 0.730

Membentuk jati diri 0.829 -0.293 0.773

Mampu untuk berdikari 0.824 -0.277 0.756

Boleh bekerja berpasukan 0.823 -0.228 0.729

Menjadi lebih berpengetahuan 0.808 -0.295 0.740

Lebih peka dengan perkembangan semasa 0.791 -0.280 0.704

Meningkatkan minat untuk terus belajar 0.737 -0.275 0.619

Lebih bersedia menghadapi dunia luar & pekerjaan 0.804 -0.274 0.721

Kemahiran menyelesaikan masalah 0.734 0.486 0.775

Penerapan dan pengalaman nilai-nilai positif 0.730 0.424 0.713

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif 0.725 0.490 0.766

Bekerja secara kumpulan / team work 0.703 0.423 0.672

Kemahiran analitikal / menganalisis 0.696 0.499 0.733

Pendedahan kepada pengetahuan am dan isu semasa 0.690 0.397 0.633

Kemahiran komunikasi interpersonal 0.647 0.471 0.640

Kemahiran berbahasa Melayu 0.588 0.184 0.379

Kemahiran penggunaan ICT secara umum 0.548 0.157 0.325

Kemahiran berbahasa Inggeris 0.386 0.398 0.308

Sebelum Putaran Nilai Eigen (Eigenvalue) Bilangan Faktor asal =22

12.271 (E1) 2.532 (E2) 14.803 (E1+E2) % Variance = eigenvalue/22 55.778 (%E1) 11.510 (% E2) 67.288 (%E1+%E2) Jadual 4 dan Jadual 6 menunjukkan keputusan selepas faktor putaran dilakukan. Selepas faktor putaran dilakukan, faktor 1 dapat diklasifikasikan sebagai sahsiah diri dan faktor 2 diklasifikasikan sebagai kemahiran insaniah. Peratus nilai Eigen sahsiah diri selepas putaran ialah 39.614 peratus (sebelum putaran 55.778%) manakala untuk kemahiran insaniah selepas putaran ialah 27.673 (sebelum putaran, 11.510%). Eiganvalue adalah jumlah varians yang dijelaskan oleh setiap faktor iaitu sumbangan varians setiap faktor yang diekstrak melalui analisis faktor (Hair et al., 1995). Putaran juga menjadikan pemberat pembolehubah yang besar (Faktor Awal) bertambah besar dan yang kecil bertambah kecil menjadikan pembolehubah bagi setiap faktor saling tidak bertindih (mutually exclusive).

Peratus varians yang menerangkan Faktor 1 (39.61%) adalah lebih tinggi berbanding Faktor 2 (27.67%). Ini bermaksud faktor sahsiah diri merupakan faktor penyumbang yang paling banyak kepada perubahan dalam diri seseorang usahawan berbanding faktor kemahiran insaniah secara keseluruhannya. Kumulatif varians yang berjaya diterangkan oleh kedua-dua faktor ini adalah 67.3 peratus. Manakala nilai cronbach’s alpha yang ditunjukkan dalam faktor sahsiah diri ialah 0.9673 iaitu lebih tinggi berbanding nilai cronbach’s alpha yang ditunjukkan dalam faktor kemahiran

(7)

7

insaniah iaitu 0.9147. Nilai cronbach’s alpha ini diperolehi dengan menjalankan ujian reliability dan mengambil nilai alpha tersebut bagi mengenalpasti tahap konsisten dan kestabilan data tersebut (Hair, et al., 1995). Kestabilan data bagi dimensi sahsiah diri adalah lebih konsisten berbanding dimensi kemahiran insaniah.

Sahsiah Diri

Faktor 1 mengumpulkan pembolehubah (ciri-ciri) berkaitan sahsiah diri dengan 12 pemberat faktor yang signifikan (rujuk Jadual 4). Keputusan yang diperolehi menunjukkan pengaruh kepada sahsiah diri seseorang usahawan yang paling signifikan adalah peningkatkan dalam kematangan diri dengan pemberat faktor 0.853 dan diikuti oleh membentuk jati diri dengan pemberat faktor 0.837. Jati diri ialah unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat atau identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang punya sifat keutuhan yang dibanggakan (Rais Yatim).

Selain daripada itu, empat lagi ciri yang agak tinggi iaitu mampu untuk berdikari (0.824), keyakinan diri (0.824), menjadi lebih berpengetahuan (0.822) dan boleh menyelesaikan masalah & membuat keputusan (0.822) amat perlu untuk menjadi seseorang usahawan yang berjaya. Keputusan ini disokong oleh kajian Thuaibah et.al. (2007) yang menunjukkan faktor utama yang mendorong usahawan wanita menceburi bidang keusahawanan adalah kerana faktor minat, ingin mencapai cita-cita atau mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta faktor ingin berdikari.

Jadual 4: Faktor Sahsiah Diri

Faktor 1: Sahsiah Diri Pemberat Faktor

Kematangan diri 0.853

Jati diri 0.837

Mampu untuk berdikari 0.824

Membina keyakinan diri 0.824

Menjadi lebih berpengetahuan 0.822

Boleh menyelesaikan masalah & membuat keputusan 0.822

Lebih bersedia menghadapi dunia luar & pekerjaan 0.806

Mampu berfikir secara kritis dan kreatif 0.806

Lebih peka dengan perkembangan semasa 0.799

Boleh bekerja berpasukan 0.793

Boleh berkomunikasi dengan berkesan 0.784

Meningkatkan minat untuk terus belajar 0.753

Selepas putaran

Nilai Eigen (Eigenvalue) 8.715

Peratus varians 39.614

Cronbach's alpha 0.9673

Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) 0.973

Bartlett's Test of Sphericity 0.000

Korelasi antara ciri sahsiah diri adalah ditunjukkan dalam Jadual 5. Tahap kematangan diri seseorang mempunyai hubungan korelasi yang tinggi dengan keyakinan diri (0.818). Selain itu, usahawan yang mampu berdikari juga mempunyai sifat signifikan yang lain iaitu kematangan diri (0.731), jati diri (0.719) dan berpengetahuan (0.718). Ciri seperti ini adalah amat penting bagi seseorang yang memilih untuk menjadi usahawan. Kemampuan seseorang usahawan adalah juga dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, berdikari (0.715) serta dapat berfikir secara kritis dan kreatif (0.760).

(8)

8

Usahawan yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan berkesan mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif (0.719), lebih bersedia menghadapi dunia luar dan perkerjaan (0.707), boleh menyelesaikan masalah serta membuat keputusan (0.744) dan boleh bekerja secara berpasukan (0.747). Ab. Aziz Yusof (2000) mengatakan bahawa melalui jaringan komunikasi yang kukuh usahawan dapat meluaskan perniagaan dengan lebih luas dan dapat berfikiran lebih meluas dan terbuka.

Kemahiran Insaniah

Faktor 2 adalah berkaitan kemahiran insaniah dengan 10 pemberat kemahiran yang signifikan (rujuk Jadual 6). Keputusan analisis menunjukkan terdapat lima kemahiran utama yang telah dikenalpasti. Kemahiran yang paling signifikan yang sepatutnya ada pada seorang usahawan adalah kemahiran menyelesaikan masalah (0.831), diikuti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (0.829), kemahiran analitikal atau menganalisis (0.818), penerapan dan pengalaman nilai-nilai positif (0.779) dan kemahiran komunikasi interpersonal (0.766). Seorang usahawan bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan seperti mendapatkan modal namun juga bijak berfikir dan pandai menganalisis situasi untuk memperkembangkan perniagaan mereka. Selain itu, pengalaman perlu ditimba dan nilai-nilai positif dalam diri contohnya bersikap amanah dan jujur perlu ada dan sentiasa dipraktikkan dalam menjalankan sebarang urusan perniagaan. Menurut Mazdan Ali Amaran (2011), kebanyakan graduan yang bekerja sendiri menghadapi masalah modal namun daripada kebijaksanaan dan pengalaman serta sikap positif yang ada dalam diri telah menjadikan mereka sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Jadual 6: Faktor Kemahiran Insaniah

Faktor 2: Kemahiran Insaniah Pemberat Faktor

Menyelesaikan masalah 0.831

Berfikir secara kritis dan kreatif 0.829

Analitikal / menganalisis 0.818

Penerapan dan pengalaman nilai-nilai positif 0.779

Kemahiran komunikasi interpersonal 0.766

Bekerja secara kumpulan / team work 0.761

Pendedahan kepada pengetahuan am dan isu semasa 0.733

Berbahasa Inggeris 0.551

Berbahasa Melayu 0.502

Penggunaan ICT secara umum 0.456

Selepas Putaran

Nilai Eigen (Eigenvalue) 6.088

Peratus varians 27.673

Peratus Kumulatif Varians (Faktor 1 + Faktor 2) 67.288

Cronbach's Alpha 0.9147

Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) 0.973

Bartlett's Test of Sphericity 0.000

Jadual 7 menunjukkan korelasi antara kemahiran insaniah seorang usahawan. Terdapat hubungan yang kuat antara kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan kemahiran menyelesaikan masalah (0.794) dan kemahiran analitikal atau menganalisis (0.741). Kemahiran menyelesaikan masalah (0.773) juga mempunyai hubungan yang kuat dengan kemahiran analitikal atau menganalisis. Usahawan yang mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif (0.794) dan usahawan yang mempunyai kemahiran dalam menganalisis atau analitikal juga mampu berfikir secara kreatif dan kritis (0.741) serta mempunyai kebolehan dalam

(9)

9

menyelesaikan masalah (0.773). Nilai positif yang diterapkan semasa pengajian mampu menjadikan seseorang usahawan itu untuk bekerja secara berkumpulan (0.725).

KESIMPULAN

Hasil kajian menunjukkan dua dimensi personaliti yang mempengaruhi pembudayaan keusahawanan dalam kalangan graduan Malaysia iaitu sahsiah diri dan kemahiran insaniah. Sahsiah diri merupakan ciri faktor penyumbang yang paling mempengaruhi graduan untuk menjadi seorang usahawan berbanding faktor kemahiran insaniah. Terdapat 6 ciri utama sahsiah diri iaitu kematangan, jati diri, keupayaan berdikari, keyakinan diri, berpengetahuan dan kebolehan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan, manakala 5 kemahiran utama Kemahiran Insaniah iaitu keupayaan menyelesaikan masalah, kritis dan kreatif, analitikal, nilai-nilai positif dan kemahiran berkomunikasi dikenal pasti sebagai ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang graduan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi bagi memberi pendedahan dan membudayakan bidang keusahawan dalam kalangan pelajar/graduan. Sehubungan itu, unit keusahawanan telah diwujudkan di beberapa institusi pengajian tinggi dan kementerian lain bagi membantu dan menggalakkan graduan melibatkan diri dalam bidang ini. Antaranya, Projek Agenda Kritikal (CAP) Keusahawanan yang diperkenalkan menerusi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) merupakan antara program yang dirangka bagi melahirkan graduan usahawan setelah mereka tamat pengajian. Program ini menerapkan aktiviti keusahawanan di IPT yang menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi dan menjadikan aktiviti keusahawanan di IPT sebagai penggerak utama dalam meningkatkan inovasi, kreativiti dan daya saing Negara. Usaha dan program sebegini wajar diteruskan bagi melahirkan lebih ramai graduan usahawan yang berinovasi dan berdaya saing. Walaubagaimanapun, faktor penyumbang kejayaan kepada usaha ini adalah kekuatan dalam diri graduan itu sendiri atau sahsiah diri. Mereka perlulah bersedia dan bijak mengambil kesempatan di atas peluang dan kemudahan yang diberikan serta bersemangat tinggi dan bersedia menerima tunjuk ajar dalam mempersiapkan diri sebagai usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

(10)

10

Jadual 5: Korelasi antara Ciri-ciri Sahsiah Diri

Membina keyakinan diri Meningkatk an kematangan diri Membent uk jati diri Menjadi lebih berpengeta huan Meningkat kan minat untuk terus belajar Lebih peka dengan perkemban gan semasa Mampu untuk berdikari Mampu berfikir secara kritis dan kreatif Lebih bersedia menghadap i dunia luar & pekerjaan Boleh menyelesai kan masalah & membuat keputusan Boleh bekerja berpasukan Boleh berkomuni kasi dengan berkesan

Membina keyakinan diri 1.000 0.818* 0.788 0.700 0.651 0.672 0.688 0.689 0.689 0.696 0.669 0.687

Meningkatkan kematangan diri 1.000 0.809 0.737 0.637 0.686 0.731* 0.711 0.683 0.708 0.688 0.685

Membentuk jati diri 1.000 0.714 0.646 0.700 0.719* 0.711 0.694 0.695 0.689 0.687

Menjadi lebih berpengetahuan 1.000 0.681 0.688 0.718* 0.697 0.657 0.684 0.670 0.665

Meningkatkan minat untuk terus

belajar 1.000 0.691 0.614 0.628 0.619 0.615 0.605 0.607

Lebih peka dengan

perkembangan semasa 1.000 0.674 0.715* 0.671 0.688 0.655 0.655

Mampu untuk berdikari 1.000 0.746* 0.702 0.715* 0.719 0.697

Mampu berfikir secara kritis dan

kreatif 1.000 0.721 0.760* 0.701 0.719*

Lebih bersedia menghadapi dunia

luar & pekerjaan 1.000 0.768 0.691 0.707*

Boleh menyelesaikan masalah &

membuat keputusan 1.000 0.733 0.744*

Boleh bekerja berpasukan 1.000 0.747*

Boleh berkomunikasi dengan

(11)

11

Jadual 7: Korelasi antara Kemahiran-kemahiran Insaniah

Penggunaan ICT Secara Umum Berbahasa Melayu Berbahasa Inggeris Komunikasi Interpersonal Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Menyelesaikan Masalah Analitikal / Menganalisis Bekerja Secara Kumpulan / Team Work Penerapan dan Pengalaman Nilai-Nilai Positif Pendedahan Kepada Pengetahuan Am dan Isu Semasa

Penggunaan ICT secara umum 1.000 0.375 0.244 0.366 0.405 0.415 0.402 0.414 0.393 0.376

Kemahiran berbahasa Melayu 1.000 0.192 0.355 0.389 0.394 0.357 0.416 0.440 0.392

berbahasa Inggeris 1.000 0.435 0.394 0.391 0.393 0.309 0.303 0.322

Kemahiran komunikasi

interpersonal 1.000 0.668 0.647 0.630 0.579 0.580 0.559

berfikir secara kritis dan kreatif

1.000 0.794* 0.741* 0.629 0.653 0.620

menyelesaikan masalah

1.000 0.773* 0.641 0.669 0.633

analitikal / menganalisis

1.000 0.619 0.643 0.621

Bekerja secara kumpulan / team

work 1.000 0.725* 0.608

Penerapan dan pengalaman

nilai-nilai positif 1.000 0.673

Pendedahan kepada

(12)

12 RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. (2000). Usahawan dan Pengukuhan Jaringan Rakan Niaga. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Berita Harian, (2010). “Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan, sekurang-kurangnya lima peratus lepasan IPTA menceburi bidang keusahawanan” Diperolehi pada 5 Oktober 2010. Dari www.bharian.com.my.

Fahami, Halusi Pembudayaan Dan Jati Diri Oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Diperolehi pada 17 April 2011. Dari http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c4=19&c3=40&click=1. Hair Jr, J. F., Anderson, R.E., Tatham, R. L., & Black, W. C. (1995). Multivariate data analysis: With

readings: Prentice-Hall,Inc.

Ishak Yusof, Rahmah Ismail & Robiah Sidin. (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah UKM. Akademika 72 (Januari), 3-24.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2007). Mentransformasikan Pengajian Tinggi melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN): Projek Agenda Kritikal (CAP). Kementerian Pengajian Tinggi. Kuala lumpur.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2008). Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2008. Kementerian Pengajian Tinggi. Kuala lumpur.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2010). Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2010. Kementerian Pengajian Tinggi. Kuala lumpur.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.(2006). Diperolehi pada 19 februari 2011. Dari http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=en.

Mazdan Ali Amaran. (2011). Pembudayaan Keusahawanan di Kalangan Graduan (Tesis tidak diterbitkan). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Hassan Mohd Osman. (2007). Faktor-Faktor yang telah Mendorong Graduan dan Alumni University Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan. Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Yusof Kasim. (2009). Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Kalangan Generasi Baru Melalui Sistem Pendidikan Nasional Dan Pengajian Agama: Gagasan dan Cabaran Merealisasikannya. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3), 12-15 Januari 2009/15-18 Muharam 1430H, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Thuaibah@ Suaibah Abu Bakar, Azlah Mad Ali, Rozeyta Omar et. al. (2007). Penglibatan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawan di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor-faktor Kritikal Kejayaan dan Kegagalan Pengendalian Perniagaan. Johor Darul Takzim: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Mayoritas yield obligasi benchmark global cenderung ditutup turun, yang mana terlihat dari yield 10 tahun UK Gilt dan Ger- man Bunds yang turun ke level 1,45% dan 0,40%.. 

 Kerangka konseptual merupakan kerangka fikir mengenai hubungan antar variabel- variabel yang terlibat dalam penelitian atau hubungan antar konsep dengan konsep

Proses pendidikan di Akademi Keperawatan Karya Bhakti Nusantara Magelang dilaksanakan dengan Sistem Kredit Semester dengan kurikulum yang telah dirancang untuk

Sedangkan urgensi adanya amtsal dalam al-quran diantaranya adalah matsal mendekatkan gambaran mumatsalah, amtsal berfungsi sebagai suatu ajakan agar berfkir

• Return On Information Management: Karena bertambahkan tingkat redudansi dan kemampuan managemen yang baik, maupun kemampuan untuk di tambahkan server dan

Sedangkan hidung dalam, terbentang dari os internum di anterior hingga koana di posterior, yang memisahkan rongga hidung dari nasofaring. Septum hidung merupakan garis tengah

Hasil rujukan kepada pihak Malaysian Qualification Accreditation (MQA), telah dimaklumkan bahawa keputusan melaksanakan “Penganugerahan Sijil kepada pelajar yang

3. Keputusan KPU Kabupaten Sambas Nomor 12/Kpts/KPU-Kab-019.435667/2014 tentang Penetapan Daftar Calon Tetap Anggota DPRD Kabupaten Sambas Dalam Pemilihan Umum Tahun 2014.