• Tidak ada hasil yang ditemukan

AYAMAS INTERGRATED POULTRY INDUSTRY SDN BHD (Autosaved).docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "AYAMAS INTERGRATED POULTRY INDUSTRY SDN BHD (Autosaved).docx"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau khasnya Puan Pengetua Puan Hajah Siti Ruhana binti Ariffin dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Encik Abdul Aziz bin Abdul Rahman kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Aishah binti Musa selaku guru Pengajian Perniagaan saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi dorongan dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini walaupun beliau berada dalam keadaan yang kurang sihat.

Ucapan terima kasih ini juga kepada ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Selvan dan Puan Sathiabamah kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan baik saya iaitu Dharcayani Subramaniam serta semua rakan-rakan lain atas kesudian membantu dan segala nasihat yang diberikan. Tidak lupa juga jasa yang dikenang dan berterima kasih kepada rakan saya.

Pada masa yang sama saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak industri Ayamas dan juga masyarakat di kawasan sekitarnya untuk sudi mengkongsikan maklumat mengenai kajian.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

(2)

ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT AYAMAS INTERGRATED POULTRY

Objektif kajian ini ialah menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry dari aspek elemen produk, elemen pengedaran dan elemen promosi. Ketiga-tiga objektif ini merupakan garis panduan kepada pengkaji untuk menjalankan kajiannya dengan betul. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif. Data kajian ini dikira mengikut peratusan dan min. Kajian ini menggunakan sumber sekunder untuk mendapat maklumat tentang kajiannya. Secara keseluruhannya, produk yang paling dominan dalam objektif 1 ialah ayam betina. Kebanyakkan pengguna membeli produk ini pada musim perayaan kerana industri ini mampu menyaingi permintaan daripada pelbagai pihak. Paling dominan dalam objektif 2 ialah saluran 3 iaitu melibatkan industri KFC (pengeluar), pemborong, peruncit dan pengguna. Pengeluar sendiri mebelikan baranganya secara pukal. Kebanyakkan pengguna tidak mencukup masa untuk mengambil produk dengan sendiri dan menggunakan peruncit untuk membeli produk dikehendakinya. Paling dominan objektif 3 ialah internet. Kebanyakkan rakyat memudahkan kerja dengan menggunakan talian internet dan ini akan menjimatkan masa. Secara tuntasnya, pengkaji dapat mempelajari tentang selok belok perniagaan dan dapat mengetahu kaedah untuk menjalankan sesuatu operasi perniagaan berdasarkan pengalaman yang diperolehi semasa kajian dijalankan.

(3)

AYAMAS INTERGRATED POULTRY INDUSTRY SDN BHD 1.0 Pengenalan

Ayamas Intergrated Poultry Industry merupakan sebuah syarikat yang menternak ayam. Industri ini terletak di Negeri Sembilan. Ia merupakan sebuah industri tempatan.

Pengkaji telah memilih industri ini untuk mengkaji tentang campuran pemasaran yang digunakan oleh industri ini. Pengkaji telah memilih Ayamas Intergrated Poultry Industry di Linggi sebagai lokasi kajian untuk melakukan kajian ini. Pengkaji akan mengkaji tentang campuran pemasaran yang digunakan oleh industri ini semasa menawarkan perkhidmatan kepada pelangganya. Pengkaji telah memilih tiga elemen pemasaran untuk meneruskan kajian ini. Elemen pemasaran yang digunakan ialah elemen produk, elemen pengedaran dan elemen promosi.

Industri ini berperanan untuk membekal ayam kepada Industri KFC dan Industri Ayamas di seluruh Malaysia secara berterusan. Menurut Ketua Eksekutif industri ini, industri ini juga merupakan industri yang berjaya menampung permintaan pada setiap tahun semasa musim perayaan. Industri ini juga telah mendapat kepercayaan daripada pelannganya.

Industri ini juga telah mempunyai cap halal yang diiktiraf oleh JAKIM, Negeri Sembilan. Dengan ini, ia juga dapat menjual produknya kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum terutamanya kepada yang beragama Islam.

Proses R&D (Penyelidikan & Pembangunan) juga turut diadakan bagi mempertingkatkan lagi kualiti produknya. Ia juga akan membantu bagi mempelbagaikan produknya. Dengan proses ini industri ini boleh mendapatkan kepercayaan daripada pelangganya.

Kesimpulanya, dengan usaha pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai campuran pemasaran yang dilakukan oleh industri akan juga membantu mereka bagi mengenalpasti kelemahan dan kelebihannya.

(4)

1. Menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry SDN BHD dari aspek elemen produk.

2. Menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry SDN BHD dari aspek elemen pengedaran atau pengagihan. 3. Menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh Ayamas Intergrated

Poultry Industry SDN BHD dari aspek elemen promosi.

3.1 Latar Belakang atau Lokasi Kajian 3.1 Latar Belakang

(5)

Ayamas Intergrated Poultry Industry SDN BHD merupakan sebuah anak syarikat KFC (Kentucky Fried Chicken) di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan untuk mengedarkan ayam kepada KFC. Restoran KFC yang pertama di Malaysia ditubuhkan di Jalan Tuanku Abd Rahman pada 1 Januari 1973.

Setelah beberapa tahun kemudian iaitu setelah KFC berkembang maju KFC telah membuka ladang pembiakkan ayam untuk mendapatkan ayam kerana permintaan ayam adalah tinggi dan sering meningkat setiap hari. Ayamas Intergrated Poultry Industry SDN BHD dikenali sebagai KFC Intergrated Poultry Industry SDN BHD sebelum ini. Ia ditubuhkan di Malaysia selepas KFC ditubuhkan di Malaysia. Kemudian syarikat KFC ini telah meluaskan ladang pembiakan ayam ini ke seluruh negara. Di Negeri Sembilan syarikat Ayamas Intergrated Poultry Industry SDN BHD. Pada permulaanya majikan ini telah menawarkan peluang pekerjaan kepada pekerja lama yang bekerja di KFC Intergrated Poultry Industry kerana pada masa itu penduduk setempat kurang mempunyai pengetahuan mengeanai pembiakkan ayam. Kemudian pekerja tempatan ditawarkan dengan kerja- kerja am. Pekerja lama telah memberikan tunjuk ajar dan cara- cara melakukan kerja dengan betul. Setelah lama kawasan industri ini dipenuhi penduduk setempat kerana jarak perjalanan dari taman perumahan dan industri ini tidak terlalu jauh.

Dari segi pengangkutan, industri ini telah menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja yang datang dari jauh seperti dari kawasan Linggi, Sengkang dan Pasir Panjang. Hal ini memudahkan industri ini untuk mendapatkan tenaga pekerja yang mencukupi.

Dari tahun dimulakan sampai hari ini, industri ini masih berjalan dengan penuh semangat dan mendapat keuntungan yang ditargetkan. Kerjasama antara pihak di peringkat atasan dan pihak di peringkat bawahan serta pihak pertengahan menyebabkan industri ini mempunyai permintaan yang tinggi daripada cawangan lain. Ini merupakan tanda kejayaan industri ini.

(6)

KFC bersama Ayamas telah menubuhkan Ayamas Intergrated Poultry sebagai langkah memajukan syarikatnya. Industri ini terletak di No. 2392, Jalan Sua Betong, Rantau, 71200, Negeri Sembilan, Malaysia.

5.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Dapatan kajian ini membincangkan tentang campuran pemasaran yang digunakan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry dari aspek elemen produk, pengedaran dan promosi.

5.1 Produk

Menurut Kotler dan Amstrong (1996:274), produk merujuk kepada sesuatu yang ditawarkan dalam pasaran dan mempunyai ciri- ciri tertentu yang dapat menarik perhatian pengguna. Produk juga adalah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai sifat- sifat yang dapat menarik perhatian dapat dimiliki digunakan dan mempunyai faedah psikologikal dan faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pelanggan.

5.1.1 Elemen Produk

Produk merupakan sebuah cap dagangan bagi sesebuah syarikat. Produk tersebut juga akan menunjukkan prestasi sesebuah organisasi perniagaan. Menurut Kotler, produk atau keluaran merujuk pada sesuatu yang ditawarkan dalam pasaran dan mempunyai

(7)

ciri- ciri tertentu yang dapat menarik perhatian pengguna. Pembeli membeli produk yang boleh membawa kepuasan kepadanya.

Pengkaji telah memilih Ayamas Intergrated Poultry Industry bagi melakukan kajian ini. Produk yang dihasilkan oleh organisasi perniagaan ini adalah ayam dan telur. Produk utama bagi syarikat ini adalah telur ayam yang akan menetas. Kedua- dua produk ini dihasilkan bagi kegunaan Industri KFC dan Ayamas. KFC dan Ayamas merupakan syarikat yang telah digabungkan. Produk yang akan dikeluarkan oleh Industri KFC dan Ayamas merupakan produk makanan yang halal. Produk asal yang merupakan ayam dan telur yang dikeluarkan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry akan diproses semula oleh Industri KFC dan Ayamas bagi dikeluarkan dalam pelbagai resipi mengikut cita rasa penduduk Malaysia.

5.1.2 Klasifikasi Produk

Pemasar lazimnya mengklasifikasikan produk berdasarkan kaedah produk tersebut dibeli, kuantiti produk yang akan dibeli, dan jangka masa yang akan digunakan oleh pengguna untuk membuat pilihan. Produk yang dikeluarkan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry diklasifikasikan sebagai produk perindustrian kerana ia akan dihantar ke Industri KFC dan Ayamas untuk diproses semula. Selain itu, produk asal juga akan mengalami perubahan dalam bentuk, rasa dan juga warna. Industri KFC dan Ayamas akan mendapatkan ayam dan telur ayam dari Ayamas Intergrated Poultry Industry dalam kuantiti yang besar setiap hari. Produk asal Ayamas Intergrated Poultry Industry akan dihantar ke Industri KFC dan Ayamas di seluruh negara.

5.1.3 Produk Perindustrian

Semua barangan perusahaan adalah hasil daripada proses reka bentuk, tetapi sifat proses ini boleh dilakukan oleh individu atau pasukan yang besar, ia boleh menekankan kreativiti institusi atau yang dikira santifik dalam membuat keputusan dan ia boleh dipengaruhi oleh faktor- faktor sebagaimana yang diubah sebagai bahan pengeluaran.

(8)

Elemen ini merupakan keputusan utama yang perlu dibuat dalam pembangunan sesebuah produk. Keputusan dibuat terhadap produk tersebut dari segi mutu, ciri dan reka bentuk produk. Produk keluaran Ayamas Intergrated Poultry Industry iaitu ayam dan telur ayam adalah berbeza daripada ayam dan telur ayam yang terdapat di pasaran. Produk Ayamas Intergrated Poultry Industry mempunyai kelebihan dan kekurangan jika bandingkan dengan produk lain di pasaran.

Dari segi ciri produk, ayam dan telur ayam yang dihasilkan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry mempunyai ciri- ciri yang berbeza berbanding dengan ayam kampung dan telur ayam kampung.

Bagi ayam yang dihasilkan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry mempunyai ciri yang berbeza dari segi kematangan seks, berat badan, jangka masa bertelur, jangka masa kehidupan, dan kebolehan untuk makan. Ciri kematangan seks yang terdapat dalam ayam ini adalah cepat matang dan mempunyai keinginan untuk mengawan yang tinggi.

Ayam ini jangka hayat bagi ayam ini adal 1 tahun dan 6 bulan. Ayam ini akan bertelur selepas 6 bulan. Telur ayam akan dikumpulkan dan ayam juga akan dijaga dengan baik untuk 1 tahun. Selepas itu jangka hayat ayam akan habis kerana ia akan dihantar ke Industri KFC dan Ayamas untuk diproses. Ayam ini mempunyai berat badan yang lebih daripada ayam kampung biasa. Ayam ini mengalami perubahan genetik bagi mendapatkan daging yang lembut dan dalam kuantiti yang banyak. Ayam ini tidak boleh makan setiap hari. Ia perlu mengikuti masa yang ditetapkan. Ayam di Ayamas Intergrated Poultry Industry juga dibuang paruh. Hal ini kerana untuk mengurangkan tekanan yang dialami oleh ayam sama ada dalam jangka masa panjang atau jangka masa panjang. Hal ini demikian kerana tekanan dalam ayam memainkan peranan penting dalam proses pengawanan ayam.

Bagi telur pula, telur ayam yang dihasilkan di Ayamas Intergrated Poultry Industry adalah telur yang akan menetas melalui proses pencahayaan. Di bawah proses pencahayaan telur ayam akan diletakkan dibawah lampu untuk satu tempoh masa yang ditetapkan. Telur yang dihasilkan mempunyai gred yang bebeza. Gred yang ditetapkan adalah berdasarkan berat telur. Antaranya, gred telur adalah gred AA (lebih dari 70g), gred A (65g – 70g), gred B (60g – 65g), gred C (55g – 60g), gred D 950g – 55g), gred E (45g – 50g), gred F (kurang dari 45g). Ayamas Intergrated Poultry

(9)

Industry tidak akan menggunakan semua telur ayam untuk menjadikan ayam. Mereka juga menjual telur kepada pelanggan. Telur ayam ini juga mengandungi kandungan khasiat yang tinggi seperti Omega 3. Khasiat yang tinggi membolehkan pengguna mempunyai kepercayaan yang kuat untuk membeli telur ini.

5.1.5 Mutu Produk

Dari segi mutu produk, produk Ayamas Intergrated Poultry Industry memberi keutamaan yang tinggi kepada produknya supaya ia mempunyai mutu yang tinggi. Antaranya ayam dan telur ayam yang dihasilkan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry oleh adalah melalui kaedah saintifik. Hal ini kerana permintaan yang tinggi oleh industri KFC dan Ayamas di seluruh negara produk ini telah mengalami perubahan dalam genetiknya. Produk ini memberi rasa yang berbeza berbanding dengan ayam kampung dan telur ayam kampung. Mutu produk ini adalah tinggi kerana ia mengalami proses pemberian vaksin. Vaksin diberi untuk mengelakkan produk (ayam) tidak mengalami penyakit. Hal ini sangat penting kerana ayam yang tidak mendapati suntikan vaksin akan mudah mengalami penyakit yang berbahaya dan ia mampu memberi ancaman kepada kesihatan manusia yang akan makan ayam itu.

Selain itu, telur ayam yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan ini juga mengalami proses bagi meningkatkan mutu produk. Ayamas Intergrated Poultry Industry akan mengambil telur yang baik untuk diedarkan kepada pengguna. Bagi memastikan telur-telur ayam mempunyai mutu yang tinggi, semua telur-telur yang dikumpulkan akan melalui proses penggredan telur. Proses ini akan membahagikan telur mengikut kelas. Kelas yang terdapat dalam penggredan telur ini adalah untuk mengedarkan kepada

(10)

pelanggan mengikut aspek yang diminta oleh mereka. Untuk memastikan pelanggan mendapat kepuasan yang dingin

Tambahan pula, penjenamaan amat penting bagi sesuatu produk. Jenama merupakan istilah, tanda nama, atau simbol yang dikaitkan dengan identiti sesebuah produk. Jenama lazimnya menggambarkan janji pengeluar untuk menghasilkan produk yang berprestij dan berkualiti tinggi. Berdasarkan kajian, produk keluar Ayamas Intergrated Poultry Industry mempunyai jenama Ayamas. Jenama ini dikenali oleh pengguna tempatan dan mempunyai tangkapan yang baik dikalangan pengguna. Produk ayamas seperti Nugget Ayamas, Drumstick Ayamas, Hotdog Ayamas dan Chicken Ball Ayamas juga merupakan produk keluaran Ayamas Intergrated Poultry Industry.

Bagi pembungkusan, ia amat penting dalam proses pembuatan keputusan produk. Pembungkusan yang menarik dapat menambahkan nilai sesuatu produk. Aktiviti pembungkusan juga harus mengambil kira aspek keselamatan bagi mengelakkan sebarang kerosakan semasa proses penghantaran. Bagi syarikat ini, mengenai pembungkusan ayam dihantar melalui lori yang mempunyai peti sejuk. Ayam akan dibungkus dan diletakkan di dalam bakul. Setiap bakul boleh diisi dengan 12 ekor ayam. Kemudian telu pula akan disusun di dalam dulang telur.

Syarikat ini juga melakukan pelabelan dalam produk yang dikeluarkan. Peletakkan pelekat diatas bungkusanya dengan maklumat mengenai produk. Pelabelan juga merupakan suatu bentuk promosi tidak langsung untuk memperkenalkan produk kepada pengguna.

(11)

5.1.6 Analisis campuran pemasaran dari aspek elemen produk Ayamas Intergrated Poultry Industry.

Jadual dibawah menunjukkan analisis produk untuk menggalakkan pembeli untuk membeli produk Ayamas Intergrated Poultry Industry pada tahun 2014 untuk bulan-bulan terpilih.

Bulan (2014) Jumlah Dijual Jumlah Kematian

Ayam Jantan (ekor) Ayam Betina (ekor) Ayam Jantan (ekor) Ayam Betina (ekor)

Januari 6716 28,470 6 13 Februari 6993 32,122 4 14 Mac 8504 30,343 9 12 April 8453 32,545 6 12 May 9800 35,879 3 10 Jumlah 40466 159359 28 61

Bulan (2014) Jumlah Dijual (%) Jumlah Kematian (%)

Ayam Jantan (ekor) Ayam Betina (ekor) Ayam Jantan (ekor) Ayam Betina (ekor)

Januari 16. 6 17.8 21.4 21.3

Februari 17 20.2 14.3 30

Mac 21.3 19.0 32.1 19.7

April 20.9 20.4 21.4 19.7

(12)

Jumlah 100 100 100 100

A) Jumlah Ayam Jantan Yang Dijual Oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry Pada Tahun 2014.

Jumlah ayam jantan yang dijual ialah 40466 ekor dari bulan Januari hingga May. Ia menunjukkan pola peningkatan. Pada bulan Januari sebanyak 6716 ekor ayam telah dijual. Diikuti pada bulan Februari telah meningkat kepada 6993. Pada bulan Mac pula 8504 ekor ayam jantan telah dijual.dan pada bulan seterusnya pula sebanyak 8453 telah dijual. Akhirnya pada bulan Mei ayam jantan yang telah dijual adalah paling tinggi iaitu 9800.

B) Jumlah Ayam Betina Yang Dijual Oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry Dari Aspek Elemen Produk Pada Tahun 2014.

Jumlah ayam betina yang dijual ialah 159359 ekor dari bulan Januari hingga May. Ia menunjukkan pola peningkatan. Pada bulan Januari sebanyak 28470 ekor ayam telah dijual. Diikuti pada bulan Februari telah meningkat kepada 32122. Pada bulan Mac pula 30343 ekor ayam betina telah dijual.dan pada bulan seterusnya pula sebanyak 32545 telah dijual. Akhirnya pada bulan Mei ayam betina yang telah dijual adalah paling tinggi iaitu 35879.

C) Jumlah Ayam Jantan Yang Mengalami Kematian Pada Tahun 2014. Jumlah ayam jantan yang telah mati ialah 28 ekor dari bulan Januari hingga May. Ia menunjukkan pola tidak konsisten. Pada bulan Januari sebanyak 6 ekor ayam telah mati. Diikuti pada bulan Februari telah menurun kepada 4. Pada bulan Mac pula 9 ekor ayam betina telah mati dan pada bulan seterusnya pula sebanyak 6 telah mati. Akhirnya pada bulan Mei ayam betina yang telah mati adalah 3 ekor.

D) Jumlah Ayam Jantan Yang Mengalami Kematian Pada Tahun 2014. Jumlah ayam betina yang telah mati ialah 61 ekor dari bulan Januari hingga May. Ia menunjukkan pola penurunan. Pada bulan Januari sebanyak 13 ekor ayam telah mati. Diikuti pada bulan Februari telah meningkat kepada 14. Pada bulan Mac pula 12 ekor

(13)

ayam betina telah mati dan pada bulan seterusnya pula sebanyak 12 telah mati. Akhirnya pada bulan Mei ayam betina yang telah mati adalah 10 ekor.

E) Jumlah Ayam Yang Banyak Dijual Pada Bulan Januari.

Pada bulan Januari jumlah ayam betina yang dijual adalah lebih tinggi daripada ayam jantan. Sebanyak 6716 ayam jantan telah dijual manakala ayam betina pula sebanyak 28470 ekor. Jualan ayam betina adalah 17.8 % daripada keseluruhan. Hal ini kerana, industri ini mengeluarkan ayam betina yang banyak kerana mereka juga memberi tumpuan kepada penjualan telur ayam. Ayam jantan yang dijual adalah kurang sebanyak 118893 daripada ayam betina yang dijual.

F) Jumlah Ayam Yang Banyak Dijual Pada Bulan Februari

Pada bulan Februari jumlah ayam betina yang dijual adalah lebih tinggi daripada ayam jantan. Sebanyak 6993 ayam jantan telah dijual manakala ayam betina pula sebanyak 32122 ekor. Jualan ayam betina adalah 20.2 % daripada keseluruhan. Hal ini kerana, industri ini mengeluarkan ayam betina yang banyak kerana mereka juga memberi tumpuan kepada penjualan telur ayam. Ayam jantan yang dijual adalah kurang sebanyak 25129 daripada ayam betina yang dijual.

G) Jumlah Ayam Yang Banyak Dijual Pada Bulan Mac

Pada bulan Mac jumlah ayam betina yang dijual adalah lebih tinggi daripada ayam jantan. Sebanyak 8504 ayam jantan telah dijual manakala ayam betina pula sebanyak 30343 ekor. Jualan ayam betina adalah 19.0 % daripada keseluruhan. Hal ini kerana, industri ini mengeluarkan ayam betina yang banyak kerana mereka juga memberi tumpuan kepada penjualan telur ayam. Ayam jantan yang dijual adalah kurang sebanyak 21839 daripada ayam betina yang dijual.

H) Jumlah Ayam Yang Banyak Dijual Pada Bulan April

Pada bulan April jumlah ayam betina yang dijual adalah lebih tinggi daripada ayam jantan. Sebanyak 8453 ayam jantan telah dijual manakala ayam betina pula sebanyak 32545 ekor. Jualan ayam betina adalah 20.4 % daripada keseluruhan. Hal ini kerana, industri ini mengeluarkan ayam betina yang banyak kerana mereka

(14)

juga memberi tumpuan kepada penjualan telur ayam. Ayam jantan yang dijual adalah kurang sebanyak 24092 daripada ayam betina yang dijual.

I) Jumlah Ayam Yang Banyak Dijual Pada Bulan Mei.

Pada bulan Mei jumlah ayam betina yang dijual adalah lebih tinggi daripada ayam jantan. Sebanyak 9800 ayam jantan telah dijual manakala ayam betina pula sebanyak 35879 ekor. Jualan ayam betina adalah 17.8 % daripada keseluruhan. Hal ini kerana, industri ini mengeluarkan ayam betina yang banyak kerana mereka juga memberi tumpuan kepada penjualan telur ayam. Ayam jantan yang dijual adalah kurang sebanyak 26079 daripada ayam betina yang dijual.

J) Jumlah ayam dijual yang paling tinggi pada ketiga- tiga bulan.

Jumlah ayam dijual paling tinggi bagi ayam jantan adalah pada bulan Mei begitu juga untuk ayam betina. Hal ini kerana permintaan pada bulan itu adalah tinggi. Cuti sekolah yang telah bermula juga telah meningkatkan permintaan ayam. K) Jumlah kematian ayam yang paling tinggi pada ketiga- tiga bulan.

Jumlah kematian ayam yang tinggi bagi ayam jantan ialah 9 ekor pada Mac dan bagi ayam betina pula sebanyak 14 ekor pada Februari. Hal ini kerana ayam yang telah mati tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk makan dan ia menyebabkan ayam tersebut mati akibat kebuluran. Ada juga ayam yang mati akibat penyakit. Kesimpulanya, jualan bagi sesuatu produk adalah berdasarkan kepada permintaan. Sekiranya musim cuti permintaannya akan meningkat sekiranya terdapat penyakit burung di negara kita ia akan menjatuhkan permintaan ayam.

5.2 Elemen Pengedaran

Bahagian ini membincangkan elemen pengedaran dalam sesebuah organisasi perniagaan. Menurut Kotler dan Amstrong (1996:274), pengedaran ialah proses pemindahan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna dalam tempoh masa yang ditetapkan. Proses ini juga ditakrifkan sebagai kehadiran satu kumpulan orang tengah yang mengerakkan barang- barang dari pengeluar kepada pengguna. Menurut Abdul Kadir (1997), untuk membentuk strategi pemasaran yang berkesan bagi elemen ini, pengurusan saluran pengagihan harus menitikberatkan pemilihan orang tengah

(15)

sama ada menggunakan khidmat pemborong, ejen, peruncit atau menjual terus kepada pengguna akhir supaya dapat menggerakkan dan menyalurkan barang- barang keluaran dengan cara yang paling cekap. Penggunaan orang tengah juga dapat membolehkan seseorang usahawan mengetahui kehendak dan cita rasa pengguna yang pelbagai. Berdasarkan kajian, Ayamas Intergrated Poultry Industry juga mengedarkan produknya kepada pengguna dan industri makanan.

5.2.1 Saluran Pengagihan Produk

Bahagian ini membincangkan tentang saluran pengagihan produk yang menjelaskan tentang reka bentuk saluran pengagihan.

Reka bentuk saluran pengagihan merupakan jalan yang digunakan oleh usahawan bagi memasarkan produknya. Menurut, Abu Bakar Hamid (2002), reka bentuk saluran agihan membolehkan pemasar mewujudkan pelbagai saluran pengagihan bagi menampung peningkatan jualan sesuatu produk atau pembukaan cawangan baru. Penentuan reka bentuk saluran pengagihan ini juga bergantung kepada jumlah modal yang dimiliki oleh pengguna.

Dalam proses mereka bentuk saluran pengagihan, pemasar perlu melalui peringkat seperti menganalisis keperluan perkhidmatan pengguna, mengenalpasti objektif dan kekangan saluran pengagihan, mengenal pasti alternatif reka bentuk saluran pengagihan dan menilai reka bentuk saluran pengagihan. Terdapat dua jenis reka bentuk saluran pengagihan iaitu, saluran pengagihan menegak dan saluran pengagihan mendatar. Ayamas Intergrated Poultry Industry menggunakan saluran pengagihan menegak.

5.2.2 Saluran Pengagihan Menegak

Dalam saluran ini, pemasar akan mengedarkan produk dengan menggunakan saluran pengagihan yang berbeza berdasarkan citarasa dan kehendak pengguna. Menurut Kotler, saluran pengedaran menegak melibatkan satu atau lebih orang tengah untuk mengedarkan sesuatu produk. Dalam saluran pengagihan menegak ini Ayamas Intergrated Poultry Industry menggunakan saluran terus atau langsung. Saluran terus

(16)

atau langsung melibatkan pengagihan produk oleh pengeluar kepada pengguna, bagi produk industri pengeluar akan mengagihkan produk secara langsung industri.

Oleh kerana , Ayamas Intergrated Poultry Industry mengeluarkan barang industri, ia menggunakan saluran terus iaitu pengeluar akan terus mengagihkan produk kepada industri. Kadang- kala industri ini juga akan mengedarkan produknya kepada pengguna secara langsung semasa musim perayaan. Produknya seperi ayam dan telur ayam akan diedarkan oleh industri berdasarkan kepada kontrak yang telah dibuat. Bagi pengedaran kepada pengguna secara terus pula dilakukan oleh penyelia pemasaran industri ini. Misalnya, pada perayaan Tahun Baru Cina sebanyak 159 ekor ayam telah dijual kepada pengguna secara langsung (bahagian rekod, 2015).

5.2.3 Pengurusan Saluran Pengagihan

Menurut Abu Bakar Hamid (2002), untuk mengurus saluran pemasar mengambil tiga langkah. Antaranya dengan memilih ahli saluran pengagihan. Melalui langkah ini pengantara dipilih oleh pemasar berdasarkan pengalaman perniagaan lalu.

Selain itu, pemasar akan mengambil kira barisan produk perniagaan dan bahagian rekod pengantara bagi memastikan salurannya masih dalam keadaan yang membawa kepada keuntungan. Berdasarkan kajian, menurut pengurus perniagaan Ayamas Intergrated Poultry Industry, industrri ini mengambil kira barisan produk perniagaan dan bahagian rekod pengantara untuk setiap dua minggu sekali semasa mesyuarat diadakan. Pengantara pemasar ini akan menguruskan pengedaran kepada industri-industri lain yang mempunyai kontrak dengan syarikat ini. Sebagai contoh , pengantara bagi industri ini ialah Yusof & Son’s dealers.

Seterusnya dengan memotivasikan ahli saluran pengagihan. Menurut Pentum Wrangler (2012), motivasi diberi kepada pengantara pemasar untuk meningkatkan usaha pengedaran produk pengeluar. Hal ini juga dapat mengeratkan kerjasama antara dua buah pihak ini. Berdasarkan kajian, Ayamas Intergrated Poultry akan juga memberi nasihat dan juga motivasi kepada Yusof & Sons Dealers bagi meningkatkan keuntungan dan juga meningkatkan pengeluaran.

(17)

Menurut Nickles (2002), logistik merupakan tempat penyimpanan barang akhir yang akan diedarkan kepada pengguna. Pengurusan logistik merupakan pengurusan produk akhir organisasi yang melibatkan aktiviti penyimpanan. Setiap organisasi mempunyai cara sendiri untuk menyimpan dan menguruskan sesuatu produk dan perkhidmatan supaya produk yang akan disampaikan kepada tangan pengguna akan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Pengagihan fizikal pula merujuk kepada proses perancangan, pelaksanaan, dan pengawalan aliran fizikal ke atas bahan mentah. Ayamas Intergrated Poultry mempunyai logistik yang luasnya ( 80’ x 60’ ). Logistik ini dibahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian akan digunakan bagi meletakkan ayam dan satu lagi bahagian bagi meletakkan telur ayam. Logistik yang digunakan untuk meletakkan ayam dilindungi sistem pembekuan. Pembekuan dilakukan bagi mengelakkan ayam menjadi rosak dan diancam oleh kuman. Bahagian yang digunakan bagi menyimpan telur pula merupakan tempat yang kering dan sama rata. Telur ayam disusun dalam dulang telur yang direka khas bagi mengelakkan telur jatuh.

Keadaan logistik yang luas membolehkan kenderaan seperti lori senang untuk masuk dan keluar. Ini membolehkan industri ini menyediakan kamudahan pengangkutan untuk mengagihkan barang kepada orang tengah atau pengguna.

5.2.5 Analisis campuran pemasaran dari aspek elemen pengedaran Ayamas Intergrated Poultry.

Jadual diatas menunjukan analisis pengedaran Ayamas Intergrated Poultry Industry pada bulan Mac, April dan Mei pada tahun 2015. Analisis ini adalah bagi ayam yang dikeluarkan oleh industri ini.

Analisis Pengedaran Produk Ayamas Intergrated Poultry Industry (Ayam) Jenis Pengedaran Bulan

Januari (%) Februari (%)

(18)

Diedarkan kepada pengguna melalui pesanan

2.6 2.9 3.4 2.3 2.2

Dihantar kepada pemborong secara pukal

8.92 8.9 10.2 7.5 5.2

Dihantar kepada industri KFC secara pukal

53.2 64.2 55.9 63.2 57.4

Dihantar kepada industri Ayamas secara pukal

32.2 29 30.5 27 35.2

A) Analisis pengedaran ayam pada bulan Januari

Antaranya pada bulan Januari, peratusan pengedaran yang paling tinggi adalah yang dihantar kepada industri KFC secara pukal iaitu 53.2%. Diikuti oleh yang dihantar kepada industri Ayamas secara pukal iaitu 32.2%. Peratusan bagi pengedaran yang dihantar kepada pemborong secara pukal ialah 8.92%. Pada bulan ini, pengedaran yang paling rendah adalah yang diedarkan kepada pengguna secara pesanan iaitu 2.6%.

B) Analisis pengedaran ayam pada bulan Februari

Antaranya pada bulan Februari, peratusan pengedaran yang paling tinggi adalah yang dihantar kepada industri KFC secara pukal iaitu 64.2%. Diikuti oleh yang dihantar kepada industri Ayamas secara pukal iaitu 29%. Peratusan bagi pengedaran yang dihantar kepada pemborong secara pukal ialah 8.9%. Pada bulan ini, pengedaran yang paling rendah adalah yang diedarkan kepada pengguna secara pesanan iaitu 2.9%.

C) Analisis pengedaran ayam pada bulan Mac

Antaranya pada bulan Mac, peratusan pengedaran yang paling tinggi adalah yang dihantar kepada industri KFC secara pukal iaitu 55.9%. Diikuti oleh yang dihantar kepada industri Ayamas secara pukal iaitu 30.5%. Peratusan bagi pengedaran yang dihantar kepada pemborong secara pukal ialah 10.2%. Pada bulan ini, pengedaran yang paling rendah adalah yang diedarkan kepada pengguna secara pesanan iaitu 3.4%.

(19)

Selain itu, pada bulan April, peratusan pengedaran yang paling tinggi adalah yang dihantar kepada industri KFC secara pukal iaitu 63.2%. Diikuti oleh yang dihantar kepada industri Ayamas secara pukal iaitu 27%. Peratusan bagi pengedaran yang dihantar kepada pemborong secara pukal ialah 7.5%. Pada bulan ini, pengedaran yang paling rendah adalah yang diedarkan kepada pengguna secara pesanan iaitu 2.3%.

E) Analisis pengedaran ayam pada bulan Mei

Antaranya pada bulan Mei, peratusan pengedaran yang paling tinggi adalah yang dihantar kepada industri KFC secara pukal iaitu 57.4%. Diikuti oleh yang dihantar kepada industri Ayamas secara pukal iaitu 35.2%. Peratusan bagi pengedaran yang dihantar kepada pemborong secara pukal ialah 5.2%. Pada bulan ini, pengedaran yang paling rendah adalah yang diedarkan kepada pengguna secara pesanan iaitu 2.2%.

F) Analisis pengedaran ayam pada bulan Januari hingga Mei.

Secara keseluruhanya, bagi peratusan pengedaran ayam kepada pengguna melalui pesanan pada ketiga- tiga bulan menunjukkan penurunan. Untuk peratusan pengedaran kepada pemborong secara pukal pula menunjukkan penurunan. Bagi peratusan pengedaran ayam kepada industri KFC menunjukkan pola tidak konsisten iaitu meningkat pada bulan April dan menurun semula pada bulan Mei. Bagi peratusan pengedaran ayam kepada industri Ayamas menunjukkan penurunan pada bulan April dan meningkat semula pada bulan Mei.

Kesimpulannya, menurut Pengurus Perniagaan Ayamas Intergrated Poultry Industry Pn.Sharifah, perayaan dan juga cuti am yang diberi kepada rakyat dalam setiap bulan menyebabkan penggedaran ayam meningkat dan menurun. Pada cuti am dan musim perayaan dan juga cuti sekolah pengedaran ayam adalah tinggi.

5.3 Elemen Promosi

Bahagian ini membincangkan elemen promosi yang dilakukan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry. Menurut Philip Kotler dan Gery Amstrong (2001 : 68), promosi merupakan suatu aktiviti yang mengkomunikasikan keunggulan produk dan memujuk pelanggan sasaran untuk membelinya. Maksudnya, promosi adalah suatu kegiatan untuk menyampaikan informasi atau berkomunikasi antara penjual dan

(20)

pembeli yang untuk menyebarkan informasi, mempengaruhi, memujuk dan untuk mengingati pasar sasaran untuk menciptakan permintaan atas produk barang atau jasa yang ditawarkan oleh syarikat. Ayamas Intergrated Poultry Industry melakukan promosi setiap tahun bagi mencapai matlamatnya.

Promosi dibahagikan kepada empat jenis iaitu pengiklanan, promosi jualan, jualan bersemuka dan publisiti dan perhubungan awam. Ayamas Intergrated Poultry Industry melakukan beberapa jenis promosi untuk mempengaruhi dan memujuk pengguna.. 5.3.1 Pengiklanan

Menurut Durianto (2003:1), pengiklanan ialah satu proses komunikasi secara tidak langsung yang dikenakan bayaran kepada pihak pemasar. Ayamas Intergrated Poultry Industry membuat pengiklanan melalui media cetak dan media elektronik

a. Pengiklanan melalui media cetak

i. Pengiklanan melalui surat khabar.

Ayamas Intergrated Poultry Industry menggunakan surat khabar sebagai media cetak. Terdapat beberapa jenis pengiklanan dalam surat khabar iaitu iklan display, iklan baris dan iklan khusus atau iklan sisipan. Iklan display adalah iklan yang terdiri dari judul dan teks serta kombinasi foto, gambar dan tampil visual lainnya. Iklan kategori ini biasanya terdapat pada setiap halaman surat khabar.

Ayamas Intergrated Poultry Industry telah mengeluarkan iklan mereka apabila industri ini membuat kontrak dengan FELDA. Mereka mengeluarkan maklumat mengenai cawangan mereka di seluruh Malaysia dan memberi menunjukkan keluarannya. Dalam iklan tersebut industri ini juga mempromosikan produk keluaran industri Ayamas. Melalui kategori ini pembaca dapat mengetahui industri ini. Penggunaan sepanduk juga dapat menyedarkan rakyat tentang iklan yang dibuat oleh industri ini.

B) Pengiklanan melalui media elektronik. i. Pengiklanan melalui Facebook

Facebook merupakan media elektronik yang digunakan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry bagi mempromosikan keluarannya. Industri ini mempunyai laman web tersendiri untuk mengeluarkan pengiklanan.Menurut Pengurus Perniagaan Ayamas Intergrated Poultry Industry Pn.Sharifah, iklan melalui media elektronik ini

(21)

dapat membolehkan penduduk di kawasan yang berdekatan dengan industri datang untuk membeli ayam dan telur secara pukal. Beliau menambahkan bahawa kos bagi pengiklanan ditanggung oleh Industri KFC dan Ayamas sepenuhnya.

5.3.2 Promosi Jualan

Menurut Sistaningrum (2002 : 98), jualan promosi bermaksud aktivit- aktiviti yang boleh meningkatkan jualan pemasar dalam jangka pendek. Oleh sebab itu, beberapa tawaran insentif jangka pendek dilakukan untuk mendorongkan pengguna membuat keputusan pembelian. Antara alat promosi jualan yang digunakan oleh pemasar ialah sampel, kupon, premium, rebat, tawaran istimewa, peraduan dan potongan harga.

i. Kupon

Menurut Philip Kotler (2009), kupon merupakan alat yang diberi kepada pengguna yang digunakan semasa pembelian untuk mendapatkan potongan harga. Berdasarkan kajian, industri ini mengedarkan kupon kepada pekerjanya untuk setiap bulan. Bagi pengguna dan juga pihak pemborong kupon KFC dan Ayamas diberi. Kupon tersebut diberi oleh industri KFC kepada Ayamas Intergrated Poultry Industry. Promosi ini menarik pemborong dan juga pelanggan untuk terus membeli produk keluaran industri ini. Kebanyakkan kupon akan dikeluarkan semasa musim perayaan dan sambutan ulang tahun penubuhan industri ini.

ii. Jualan Bersemuka

Menurut Philip Kotler (2009), jualan bersemuka merupakan satu promosi yang melibatkan hubungan semuka dan peribadi antara pembeli dengan penjual.

Menurut Pengurus Perniagaan Ayamas Intergrated Poultry Industry Pn.Sharifah, beberapa orang jurujual di industri ini berperanan untuk mempengaruhi dan memujuk para pelanggan, pemborong dan industri lain yang ingin membelikan produknya. Mereka juga akan memberi keterangan tentang harga produk. Semasa perbicaraanya mereka juga akan merundingkan harga yang ditetapkan supaya pelanggan dapat menikmati kepuasan. Para jurujual sangat pandai dalam memberikan layanan kepada para pelanggan. Mereka juga akan pujuk pelanggan

(22)

sehingga mereka membuat keputusan.Promosi jenis ini dapat meningkatkan jualan pada setiap tahun. Secara keseluruhanya, industri ini amat bergantung kepada promosi jenis ini untuk mencari pelanggan baru walaupun ia merupakan anak syarikat KFC.

iii. Perhubungan Awam

Menurut Abu Bakar Hamid (2002), perhubungan awam dikatakan sebagai tulang belakang sesebuah organisasi perniagaan untuk menjalinkan hubungan baik bersama masyarakat umum termasuklah pelanggan, pemborong dan syarikat lain.

Industri ini menjalinkan perhubungan awam yang sihat dengan mengadakan gotong royong setiap minggu untuk menjaga hal ehwal awam. Aktiviti gotong royong ini adalah untuk menjaga kebersihan di sekitar kawasan industri dan juga di luar kawasan industri serta untuk mengelakkan berlakunya sebarang pencemaran.

5.3.3 Analisis campuran pemasaran dari aspek elemen promosi Ayamas Intergrated Poultry Industry.

Jadual dibawah menunjukkan analisis diskaun sebagai promosi untuk menggalakkan pembeli untuk membeli produk Ayamas Intergrated Poultry Industry pada tahun 2014 untuk bulan- bulan terpilih.

Analisis Promosi Ayamas Intergrated Poultry Industry Pada Tahun 2014 Jenis Promosi/ Unit Bulan

Harga Asal (RM) Oktober (%) November (%) Disember (%) Ayam Kampung (100 ekor) 950 10 15 20 Ayam Ternakan (100 ekor) 850 10 20 20 Telur Biasa (10 dulang) 250 5 12 1 5

(23)

Telur Omega 3 (10 dulang)

330 5 5 15

a. Promosi Untuk Ayam Kampung Oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry Pada Tahun 2014

Industri ini telah memberikan diskaun sebagai promosi pada bulan Oktober, November dan Disember kerana ia merupakan musim perayaan. Ia telah menyebabkan kebanyakkan pelanggan untuk membeli produk industri ini secara pukal. Harga asal bagi 100 ekor ayam kampung adalah RM 950. Pada bulan Oktober promosi yang diberikan adalah 10% bersamaan RM 95. Pada bulan November promosi yang diberikan adalah 15% bersamaan RM 143. Pada bulan Disember pula promosi yang diberikan adalah 20% bersamaan RM 190.

b. Promosi Untuk Ayam Ternakan Oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry Pada Tahun 2014

Industri ini telah memberikan diskaun sebagai promosi pada bulan Oktober, November dan Disember kerana ia merupakan musim perayaan. Ia telah menyebabkan kebanyakkan pelanggan untuk membeli produk industri ini secara pukal. Harga asal bagi 100 ekor ayam ternakan adalah RM 850. Pada bulan Oktober promosi yang diberikan adalah 10% bersamaan RM 85. Pada bulan November dan Disember promosi yang diberikan adalah 20% bersamaan RM 170.

c. Promosi Untuk Telur Biasa Oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry Pada Tahun 2014

Industri ini telah memberikan diskaun sebagai promosi pada bulan Oktober, November dan Disember kerana ia merupakan musim perayaan. Ia telah menyebabkan kebanyakkan pelanggan untuk membeli produk industri ini secara pukal. Harga asal bagi 10 dulang telur biasa adalah RM 250. Pada bulan Oktober promosi yang diberikan adalah 5% bersamaan RM 13. Pada bulan November promosi yang diberikan adalah 12% bersamaan RM 30. Pada bulan Disember pula promosi yang diberikan adalah 15% bersamaan RM 38.

d. Promosi Untuk Telur Omega 3 Oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry Pada Tahun 2014

(24)

Industri ini telah memberikan diskaun sebagai promosi pada bulan Oktober, November dan Disember kerana ia merupakan musim perayaan. Ia telah menyebabkan kebanyakkan pelanggan untuk membeli produk industri ini secara pukal. Harga asal bagi 10 dulang telur Omega 3 adalah RM 330. Pada bulan Oktober promosi yang diberikan adalah 5% bersamaan RM 17. Pada bulan November promosi yang diberikan adalah 5% bersamaan RM 17. Pada bulan Disember pula promosi yang diberikan adalah 15% bersamaan RM50. e. Promosi Yang Paling Tinggi Untuk Ketiga- Tiga bulan Bagi Ayam

Kampung.

Promosi sebagai diskaun yang diberikan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry untuk jualan ayam kampung pada ketiga- tiga bulan adalah berbeza. Pada bulan Disember promosi yang diberikan meningkat dua kali ganda daripada promosi yang diberikan pada bulan Oktober. Hal ini demikian kerana, industri ini telah meningkatkan promosi dengan mengikuti konsep YES iaitu Year End Sale.

f. Promosi Yang Paling Tinggi Untuk Ketiga- Tiga bulan Bagi Ayam Ternakan.

Promosi sebagai diskaun yang diberikan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry untuk jualan ayam ternakan pada ketiga- tiga bulan adalah berbeza. Pada bulan Disember promosi yang diberikan meningkat dua kali ganda daripada promosi yang diberikan pada bulan November dan Oktober. Industri ini telah meningkatkan promosi kerana permintaan pada kedua- dua bulan ini adalah lebih kerana telah bermulanya cuti sekolah.

g. Promosi Yang Paling Tinggi Untuk Ketiga- Tiga bulan Bagi Telur Biasa. Promosi sebagai diskaun yang diberikan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry untuk jualan telur biasa pada ketiga- tiga bulan adalah berbeza. Pada bulan Disember promosi yang diberikan meningkat sebanyak 10% daripada promosi yang diberikan pada bulan Oktober. Industri ini telah meningkatkan promosi kerana permintaan pada kedua- dua bulan ini adalah lebih kerana telah bermulanya cuti sekolah.

h. Promosi Yang Paling Tinggi Untuk Ketiga- Tiga bulan Bagi Telur Omega 3.

Promosi sebagai diskaun yang diberikan oleh Ayamas Intergrated Poultry Industry untuk jualan telur Omega 3 pada ketiga- tiga bulan adalah berbeza. Pada bulan Disember promosi yang diberikan meningkat dua kali ganda daripada promosi yang diberikan pada bulan November dan Oktober. Industri

(25)

ini telah meningkatkan promosi kerana permintaan pada kedua- dua bulan ini adalah lebih kerana telah bermulanya cuti sekolah.

Referensi

Dokumen terkait

1. Strategi perencanaan pramuwisata berbasis syariah di PT. Citra Gilang Pariwisata Kota Semarang yang diterapkan oleh perusahaan biro jasa perjalanan wisata di PT. Citra

Judul Skripsi : Hubungan Antara Lama Kerja Dengan Force Expiratory Volume In One Second Pada Operator Stasiun Pengisian Bahan Bakar Umum (SPBU) Menyatakan bahwa skripsi

PEMOTONGAN / PEMUNGUTAN PAJAK PENGHASILAN OLEH BENDAHARA PPh Ps.21/26 PPh Ps.21/26 Dibayarkan kepada ORANG PRIBADI sehubungan dgn: Pekerjaan Jabatan Jasa Kegiatan

Dengan kita mengetahui bahwa efisiensi motor itu dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor, alangkah lebih baiknya ketika kita ingin menggunakan motor listrik sebagai

Hal inilah yang menyebabkan kebingungan (kekacauan) dalam masyarakat mengenai aturan apa yang harus dipakai atau diterapkan. Dalam masyarakat menjadi tidak ada kepastian aturan

Dimana Petugas Lapangan Keluarga Berencana (PLKB) Kec. Lintong Nihuta dapat membaur dengan peserta penyuluhan. Pendekatan Kelompok adalah suatu pendekatan dengan daya jangkau

Selain itu spiritualitas ditempat kerja berpengaruh positif terhadap prestasi karyawan Universitas Muhammadiyah Surabaya, hal ini sesuai dengan penelitian Rego

Berbagai upaya dilakukan oleh Kepala Dinas Pendidikan Lombok Barat untuk meningkatkan kualitas Guru atau tenaga pendidik seperti pelatihan Guru KKG/MGMP, short course