• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET 42 (SESI 2014/2015) TUGASAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET 42 (SESI 2014/2015) TUGASAN"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KOD KURSUS

HHHC9301

NAMA KURSUS

PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

SET 42 (SESI 2014/2015)

TUGASAN

KENALI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH

CIK NOORDEYANA BINTI TAMBI

NAMA PELAJAR

NORHAYATI BINTI ZOLKEPLI A 145422

(2)

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

PENGENALAN

Ilmu merupakan keperluan utama manusia pada alaf 21 ini, malah jika seseorang itu hidup tanpa ilmu didada, ianya di anggap mundur dan ketinggalan. Oleh itu, tidak pelik jika di Malaysia juga ramai golongan akhir dewasa masih lagi menuntut ilmu di universiti mahupun membuat kajian sama ada ilmiah ataupun tidak kerana mereka sedar akan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Definisi untuk pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi ataupun professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri. Ianya berfokuskan kepada pembelajaran formal dan tidak formal untuk membangunkan kebolehan dan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan. Ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja untuk mendapatkan ilmu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Konsep yang digunakan dalam PSH adalah manusia dilahirkan tanpa maklumat tetapi mereka dibekalkan dengan pancaindera untuk belajar mencari ilmu atau maklumat. Firman Allah yang bermaksud :

“ dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendenganran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur ”

(Al-Quran, An-Nahl. 16:78)

Jadi adalah wajib kepada kita untuk menuntut ilmu dan mencarinya agar dapat mencari kebenaran dalam kehidupan ini.

(3)

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, pendidikan Menengah dan Pendidikan Lepas Menengah. Umum mengetahui di Negara kita kanak-kanak se awal usia empat tahun sudah diberikan pendidikan formal pada tahap awal dimana ianya ditempatkan di Prasekolah bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun. Kemudian, murid meneruskan pembelajaran di Sekolah Rendah di mana kursus pengajian pada peringkat ini direncanakan kepada murid yang berusia tujuh tahun tetapi untuk murid yang berkecuali (boleh tamat awal) ianya boleh menerima pendidikan se awal usia lima ke enam tahun. Jenis sekolah yang ditubuhkan adalah terdiri daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

Seterusnya di peringkat sekolah menengah pula, pendidikan yang di sediakan adalah bagi murid yang telah tamat mengambil pendidikan rendah. Peringkat ini terdiri daripada menengah rendah dan menengah tinggi. Bagi tingkatan satu dan tiga ianya berada di peringkat menengah rendah manakala peringkat seterusnya berada di menengah tinggi. Pendidikan menengah yang terdiri diadakan terdiri daripada sekolah akademik, sekolah teknik dan vokasional dan sekolah kebangsaan agama. Kemudian pendidikan lepas menengah adalah pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah dan menengah. Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

(4)

PSH adalah saluran pembelajaran sepanjang hidup yang utama bagi seseorang individu, oleh itu sistem pendidikan negara berjalan bermula daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pra universiti dan seterusnya pengajian tinggi untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk menjalani PSH ini. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara. Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan sasaran yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih proaktif dan produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara.

PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui:

 Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH

 Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi pengiktirafan dan akreditasi PSH

 Penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada pertindihan program dan aktiviti

 Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH  Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya

(5)

11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN

1. MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTAFAR ANTARA BANGSA

Fokus utama dalam fasa ini adalah dengan menyelaraskan pembelajaran bahasa, matematik dan sains setaraf dengan standard antarabangsa. Kemudian merombak semula system peperiksaan dengan mengunakan konsep PBS agar dapat meningkatkan peratusan dalam 3 pekara yang dinilai iaitu bahasa, matematik dan sains. Murid juga diberikan peluang agar dapat mengakses pendidikan daripada sekolah kebangsaan ataupun vokasional. Akhir sekali mewajibkan pendidikan kepada individu selama 11 tahun bermula umur seawall 6 tahun.

2. MEMASTIKAN SETIAP MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN INGGERIS SERTA BAHASA TAMMBAHAN

Usaha yang dilakukan bagi mencapai anjakan ini adalah dengan meningkatkan tenaga mahir dalam bidang bahasa agar murid-murid dapat mempelajari pelbagai bahasa terutama bahasa Inggeris kerana iany adalah bahasa antarabangsa. Selain itu adalah menjadikan kertas bahasa Inggeris sebagai wajib lulus dalam peperiksaan agar kualiti murid yang cemerlang meningkat. Matlamat akhir fasa ini adalah menggalakkan murid menguasai pelbagai bahasa asing menjelang 2025.

3. MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI

Tujuan utamanya adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai ilmu yang kukuh dari segi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang akhirnya mengeratkan sefahaman dalam perpaduan rakyat berbilang bangsa. Seterusnya adalah membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform dalam institusi pendidikan.

(6)

4. MENTRASFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHAN

Usaha yang dilaksanakan adalah memberikan galakan dan kursus kepada para guru agar mereka dapat menyampaikan ilmu atau input yang berkualiti tinggi kepada pelajar.

5. MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH

Sistem organisasi institusi haruslah mantap dengan melantik pegawai-pegawai pentadbiran yang cekap menguruskan hal ehwal pendidikan agar program dan aktiviti yang ingin dijalankan kepada murid dapat membuahkan hasil yang baik. Staf sokongan juga memainkan peranan dalam usaha meningkatkan system pendidikan di Negara ini.

6. MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN

Institusi pendidikan haruslah menyediakan prasarana yang lengkap bagi memudahkan pelajar untuk mengakses kemudahan yang ada agar kualiti penerimaan ilmu itu membantu mereka mendapatkan ilmu. Seterusnya, kuasa autonomi diberikan kepada pihak pentadbiran untuk merangka program yang berkesan untuk pelajar.

7. MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

Menyediakan akses internet yang baik dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah di Malaysia.

(7)

8. MENTRSFORMASI KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

Menggunakan JPN untuk membuat keputusan mengenai bajet personal mulai 2013 serta meningkatkan kebertanggunjawaban bagi menambah baik keberhasilan pelajar untuk menjadi modal insane terbaik untuk Negara.

9. BEKERJASAMA DENGAN IBUBAPA , KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS

Wujudnya PIBG di sekolah adalah untuk melibatkan ibubapa dalam sistem pendidikan yang diperolehi murid di peringkat sekolah. Jika hanya berfokuskan kepada usaha guru untuk melahirkan pelajar yang cemerlang tanpa bantuan ibubapa, usaha ini sukar berhasil ini kerana pantauan ibubapa dirumah mengenai penglibatan murid untuk mengakses pendidikan itu penting.

10. MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT

Jika sesuatu usaha dijalankan ianya diharapkan agar dapat mengembalikan pulangan hasil yang baik kepada murid itu sebagai contoh jika ada program yang dianjurkan untuk meningkatkan kemahiran ataupun modal insan individu, ianya mestilah mendatangkan kesan yang baik. Justeru itu, untuk menghasilkan modal insan yang baik, tenaga mahir, kemahiran dan kecekapan guru perlu dipertingkatkan dengan memperuntukan mereka kursus dan penyellidikan.

11. MENINGKATKAN KETULUSAN UNTUK KEBERTANGGUJAWABAN AWAM SECARA LANGSUNG.

Fasa terakhir ini adalah dengan menyediakan laporan akhir tahunan untuk meninjau sejauh mana keberhasilan system pendidikan yang diguna pakai dan cadangan penambah baikan akan diusahakan untuk melahirkan modal insane yang berkualiti untuk Negara.

(8)

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Di Malaysia sistem pendidikan menggunakan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia.Ianya bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan daripada pelbagai aspek bukan sahaja dalam bidang akademik malah melihatkan sahsiah diri dan kokurikulum. PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

Matlamat konsep PBS ini adalah untuk memastikan murid dapat menglibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja bercorak akedemik malah sahsiah, kebudayaan dan sukan. Justeru itu, pemansuhan peperiksaan di laksanakan kerana Malaysia merupakan antara Negara yang banyak mengambil peperiksaan untuk penilaian berbanding Negara lain. Hal ini menyebabkan guru dan ibu bapa menegaskan murid untuk fokus kepada bidang akademik sahaja sehingga menghalangkan ‘soft skill’ mereka dibentuk akibat memburu kecemerlangan dalam akademik.

Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan bahawa tidak perlu jawatankuasa khas yang dipilih untuk membincangkan isu pemansuhan UPSR dan PMR kerana ini tanggungjawab peringkat kementerian, dan bukan urusan Parlimen. Namun, dia sedia menerima pelbagai pandangan dan cadangan.Muhyiddin bersetuju peperiksaan penting tetapi pemansuhan UPSR dan PMR dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus, penggunaan sumber manusia dan mengurangkan beban tugas guru untuk mengendalikan peperiksaan. Selain itu guru memberi banyak tumpuan untuk mencapai gred A cemerlang dan urusan sekolah juga banyak menjurus ke arah itu, menyebabkan tanggungan kerja bertambah yang turut membebankan pelajar.

(9)

PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan supaya pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjelaskan cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan kepada peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan yang utuh serta mempunyai keterampilan diri yang tinggi gagal dicapai.Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.

PENILAIAN :

KEBAIKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

1. Mengurangkan beban pelajar terutama murid di peringkat sekolah rendah

Sistem persekolahan yang terlampau memberi tumpuan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan jadual harian yang padat di sekolah di tambah pula usaha ibubapa yang menghantar anak-anak ke pusat tuisyen pada waktu malam,pasti sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada murid sedangkan mereka masih belum matang untuk menyedari akan kepentingan sesuatu kejayaan itu yang akhirnya akan memberikan tekanan dan beban kepada mereka. Menuntut ilmu daripada pagi disambung pula di sekolah petang untuk belajar agama dan seterusnya tuisyen pada waktu malam pasti meletihkan pelajar dan akhirnya mereka tiada masa untuk mengasah bakat mencari kebolehan lain dalam diri.

(10)

2. Murid fokus kepada pembelajaran sepanjang hayat

Ilmu itu penting untuk menyuluh kehidupan seseorang, ianya lagi bermakna jika ilmu itu dipraktikkan akan tetapi ianya semakin lapuk dek kerana murid kini menggunakan ilmu hanya untuk ditulis dalam peperiksaan semata-mata. Ilmu itu akan dilupakan sehabis sahaja peperiksaan, maka tiadalah wujud PSH di sini.Malah murid-murid kini kian cenderung untuk menghafal ilmu tanpa memahami isinya kerana ingin lulus dalam peperiksaan agar mudah dapat pekerjaan dengan gred yang cemerlang.

KEBURUKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

1. Kurang pengalaman untuk peperiksaan SPM

Jika dilihat kebanyakkan murid dapat membaiki prestasinya di peringkat PMR walaupun keputusan semasa menduduki UPSR tidak begitu cemerlang. Ini kerana mereka baru mula merasai pengalaman dan debaran semasa menduduki peperiksaan yang besar, oleh itu peluang ke-dua itu digunakan sebaik mungkin untuk membaiki prestasi mereka. Jika UPSR dan PMR dimansuhkan, maka murid akan berasa tekanan dan debaran yang teramat dek kerana tiada pengalaman menduduki peperiksaan yang besar. Tegasnya, pengalaman pelajar dalam peperiksaan amat penting untuk menjamin peningkatan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM.

2. Menjejaskan penilaian terhadap prestasi murid

Guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan pretasi pelajar dengan tepat.Jika peperiksaan pada tahap pertama diadakan, kebolehan pelajar dalam 3M dapat dinilai iaitu membaca, menulis dan mengira. Justeru itu,

(11)

kebolehan pelajar dapat dinilai pada tahap awal dan jika mereka masih belum menguasai 3M maka usaha pendidikan dalam kelas pemulihan dapat dijalankan pada peringkat awal lagi.

3. Hilangnya budaya berdaya saing

Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka. Oleh itu, pemansuhan UPSR dan PMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Sebagai kesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain. Tegasnya,pemansuhan UPSR dan PMR wajar dibatalkan supaya mengekalkan budaya saling bersaing daripada lenyap semasa ketibaan SPM nanti.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pemansuhan UPSR dan PMR sememangnya meninggalkan kesan positif dan kesan negatif kepada masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum dimuktamadkan lagi. Sudah pasti ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan PMR dimansuhkan. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin yang juga Menteri Pelajaran pada sesi penggulungan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RM Ke-10) di Dewan Rakyat iaitu memperkenalkan system pentaksiran berasaskan sekolah(PBS) bagi mengganti sistem peperiksaan adalah antara pendekatan yang mungkin diambil bagi memantapkan lagi system pendidikan Negara untuk melahirkan modal insane yang berkebolehan.

(12)

INFO SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

PRESTASI PENDIDIKAN MALAYSIA KEDUA TERCOROT DI ASIA TENGGARA PISA adalah sebuah Program Penarafan Mutu Pendidikan bagi Pelajar-pelajar 15 Tahun di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Organisation for Economic Corporation and Development (OECD) yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. PISA telah menjadi Piawaian Antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia. Dalam Program Penarafan Mutu Pendidikan ini, pelajar-pelajar berumur 15 tahun akan dinilai untuk menguji Kemampuan dan Penguasaan pelajar-pelajar dalam 3 bidang utama iaitu Membaca, Matematik dan Sains.

Malaysia jauh ketinggalan daripada Singapura, akan tetapi pekara yang mengejutkan Negara Vietnam lagi maju dalam bidang pendidikan dibandingkan dengan Negara kita. Sedangkan jika di lihat dari segi pembangunan Negara yang maju, Negara kita lebih stabil daripada mereka. Antara sebab kemerosotan pencapaian pelajar adalah diberi alasan kerana sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius, format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar dan keutamaan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar. Kelemahan ini tidak boleh disandarkan kepada guru dan pelajar semata-mata kerana sudah menjadi tradisi di Negara kita peperiksaan berdasarkan dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza untuk pelajar berfikiran kritis mencari penyelelsaian terhadap sesuatu permasalahan.

Justeru beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah bagi memberi penekanan kepada pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meneliti masalah-masalah sistem pendidikan.

(13)

RUJUKAN

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.(2012). Ringkasan Eksekutif. m/s 3-46.

2. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia (1988).71 Jilid XXXII Julai.Terbitan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Sri Murniati & Al-Mustaqeem M Radhi.(2012).Reformasi Pendidikan di Malaysia. Merentas Jalan Baru. Penerbit: IKD.

(14)
(15)
(16)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan melihat masalah dari KI-KHA SHOP dan penelitian sebelumnya, maka penelitian ini dilakukan untuk menerapkan algoritma FP-GROWTH pada data penjualan di

Tanah merupakan salah satu prasarana di bumi. Tanah merupakan aspek terpenting bagi setiap manusia karena manusia selalu berpijak dan beraktivitas di atas tanah. Akan tetapi

Konsumen lebih cenderung untuk membeli merek yang sudah dikenal karena merasa aman dengan sesuatu yang sudah dikenal, konsumen merasa aman, terhindar dari berbagai

Sehingga menurut penulis, rekomendasi untuk bidang ini adalah disusunnya sasaran mutu dan standar pelayanan untuk bidang Pengembangan dan Kerjasama agar

Meningkatkan efektifitas mekanisme sosialisasi regulasi organisasi seperti AD/ART, Qoidah, Peraturan, Pedoman, Ketentuan, Tuntunan/Panduan, Juklak/ Juknis, dan

Berdasarkan grafik di atas, opini pemilih pemula terhadap daya tarik Iklan Politik dalam Pilkada Wali Kota Makassar 2008 melalui media televisi adalah menarik,

Dalam perkembangan selanjutnya membuat komik, Faza Meonk sebagai komikus mengambil ide cerita dari isu-isu yang sedang banyak dibicarakan seperti kesehatan, masalah

Static analysis tools can be used to find problems in source code ranging from style issues to race conditions.. Typical style checkers can work very well with only a