• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terma and Syarat Am untuk Perbankan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Terma and Syarat Am untuk Perbankan"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

Terma and Syarat

Am

untuk Perbankan

Dalam Talian AmBank

(Untuk Pelanggan

Perbankan Runcit Sahaja)

(2)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

PERBANKAN DALAM TALIAN AMBANK (UNTUK PELANGGAN PERBANKAN RUNCIT SAHAJA)

TERMA DAN SYARAT INI DIKENAKAN KEPADA AKSES DAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN Perbankan Dalam Talian AmBank, PERKHIDMATAN Perbankan Dalam Talian AmBank DISEDIAKAN OLEH AmBank (M) Berhad (8515-D) dan BOLEH DIDAPATI DI WWW.AMBANKGROUP.COM.

SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN TELITI. DENGAN MENGAKSES DAN/ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN Perbankan Dalam Talian AmBank ANDA DIANGGAP TELAH BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT BERIKUT DAN SEBARANG PINDAAN KEPADANYA YANG DIBUAT DARI SEMASA KE SEMASA.

SEKIRANYA ANDA ENGGAN MENERIMA TERMA DAN SYARAT INI, SILA HENTIKAN AKSES DAN/ATAU PENGGUNAAN PERKHIDMATAN Perbankan Dalam Talian AmBank DENGAN SEGERA.

PENOLAKAN - TIADA WARANTI

Meskipun Bank berusaha untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkaitan transaksi dan produk serta perkhidmatan Bank, sila ambil maklum bahawa Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank disediakan “seperti seadanya” dan “seperti tersedia”, tanpa sebarang waranti daripada apa-apa jenis, sama ada tersurat, tersirat atau statutori. Bank secara khususnya menafikan sebarang waranti kebolehdagangan atau keutuhan bagi tujuan tertentu, waranti hak milik, ketaklanggaran hak harta intelektual atau hak pihak ketiga. Anda dinasihatkan agar menilai dan memastikan bahawa kualiti produk dan/atau perkhidmatan yang diakses atau dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank memenuhi jangkaan anda. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang virus atau cecacing elektronik yang anda mungkin hadapi daripada penggunaan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tiada jaminan untuk memastikan bahawa Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank yang akan disediakan adalah bebas daripada sebarang gangguan atau ralat atau bahawa sebarang kecacatan yang dikenal pasti akan dibetulkan dan bahawa maklumat di Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank adalah tepat, lengkap, tepat pada masanya atau boleh dipercayai. Bank secara jelas menafikan liabiliti bagi sebarang kelewatan, ralat atau ketinggalan dalam penghantaran Kandungan (seperti yang ditakrif di sini kemudian).

HAD LIABILITI

Dalam apa jua keadaan dan di bawah teori perundangan, tort, kontrak, atau sebaliknya, Bank atau Kumpulan AmBank tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau sesiapa jua bagi sebarang kerugian langsung atau tidak langsung, khusus, sampingan atau berbangkit daripada sebarang bentuk, termasuk dan tanpa sebarang had, kehilangan nama baik, kehilangan penggunaan, keuntungan, pemberhentian kerja, kegagalan atau pincang tugas komputer, atau apa-apa dan semua kerosakan atau kehilangan komersial yang timbul daripada mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank. Remedi tunggal anda, kewangan atau sebaliknya, bagi sebarang kerosakan atau tuntutan akibat sebarang kecacatan dengan penggunaan Perkhidmatan adalah terhad kepada Kumpulan AmBank untuk memproses semula data atau transaksi yang terjejas tanpa mengenakan kos terhadap anda.

(3)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

1. AM

Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan mana-mana terma dan syarat tambahan yang mentadbir sebarang produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh Kumpulan AmBank. Sekiranya berlaku konflik, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai.

Apabila anda mendaftar dengan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank, anda akan didaftarkan secara automatik bagi Perkhidmatan Pusat Hubungan AmBank. Anda akan terikat dengan terma dan syarat Perkhidmatan Pusat Hubungan yang dikemukakan semula di akhir Terma dan Syarat ini.

KANDUNGAN PERKHIDMATAN PERBANKAN DALAM TALIAN AmBank TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN MENGIKUT BUDI BICARA BANK.

TIADA APA PUN DALAM PERKHIDMATAN PERBANKAN DALAM TALIAN AmBank HARUS DIANGGAP SEBAGAI TAWARAN ATAU USAHA UNTUK MENJUAL ATAU MEMBELI SEKURITI ATAU INSTRUMEN KEWANGAN LAIN, ATAU SEBAGAI NASIHAT ATAU SARANAN BERHUBUNG SEKURITI ATAU INSTRUMEN KEWANGAN LAIN TERSEBUT.

PERKHIDMATAN PERBANKAN DALAM TALIAN AmBank DISASARKAN KEPADA PEMEGANG AKAUN Kumpulan AmBank YANG BERUSIA 18 TAHUN KE ATAS.

2. DEFINISI

2.1 Terma dan ungkapan berikut akan mempunyai maksud yang berikut melainkan ditakrifkan sebaliknya:

“Akaun" bermaksud mana-mana satu akaun atau lebih yang dipegang dengan

Kumpulan AmBank termasuk tetapi tidak terhad kepada akaun simpanan, semasa, kad kredit atau debit, atau akaun lain sedemikian yang akan ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.

“Peranti Akses" bermaksud komputer peribadi, atau telefon mudah alih dan apaapa

peranti lain yang menyambungkan anda ke Internet.

“Sekutu" bermaksud pedagang yang menyertai atau Syarikat Penerima atau manamana

entiti lain yang produk, perkhidmatan atau maklumatnya dikendalikan oleh Kumpulan AmBank.

“Khidmat Pusat Hubungan AmBank" atau "Khidmat Pusat Hubungan" bermaksud

perkhidmatan perbankan telefon yang disediakan oleh Kumpulan AmBank.

“Khidmat Perbankan Dalam Talian AmBank" atau "Perkhidmatan" bermaksud

(4)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

“Kumpulan AmBank" bermaksud secara kolektif semua entiti berikut:

(i) AMMB Holdings Berhad (No. Syarikat: 223035-V); dan

(ii) semua Syarikat Berkaitan dan Syarikat Bersekutu (seperti yang ditakrif dalam Akta Syarikat 1965) AMMB Holdings Berhad (No. Syarikat: 223035-V); dan

(iii) semua Syarikat Berkaitan dan Syarikat Bersekutu (seperti yang ditakrif dalam Akta Syarikat 1965) Bank.

sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, wujud pada masa ini atau pada masa akan datang, dan rujukan kepada ‘Kumpulan AmBank’ dalam Perjanjian ini akan merangkumi semua atau sebarang entiti dalam Kumpulan AmBank;

“Bank" bermaksud AmBank (M) Berhad (No. Syarikat 8515-D) dan AmBank Islamic Berhad (No. Syarikat 295576-U).

“Khidmat Perbankan" bermaksud produk dan perkhidmatan Kumpulan AmBank yang

disediakan kepada anda dalam Khidmat Perbankan Dalam Talian AmBank.

“Khidmat Pembayaran Bil" bermaksud perkhidmatan yang disediakan kepada anda oleh

Kumpulan AmBank untuk pembayaran Bil.

“Bil" bermaksud bil yang dikeluarkan oleh Syarikat Penerima bagi penggunaan atau

pembelian barangan atau perkhidmatan oleh anda daripada Syarikat Penerima. Si

“Kandungan" bermaksud maklumat proprietari atau bukan proprietari dan hasil teks, hiperteks, muzik, suara, video karya multimedia atau hasil seni bagi tujuan promosi, pendidikan, maklumat dan/atau hiburan yang disediakan melalui Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih AmBank.

“CBP” bermaksud apa-apa cukai yang kena dibayar bagi pembekalan barang, perkhidmatan atau benda-benda lain selaras dengan peruntukan Undang-undang CBP. “Undang-undang CBP” bermaksud Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, perundangan subsidiari, perintah-perintah berkanun dan peraturan-peraturan yang mentadbir pemakaian CBP, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

“Internet" bermaksud rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan protokol rangkaian TCP/IP untuk memudahkan penghantaran dan pertukaran data.

“Invois Cukai Sah” bermaksud suatu invois yang mengandungi unsur-unsur invois cukai yang diperuntukkan menurut Undang-Undang CBP

“Arahan" bermaksud sebarang komunikasi, operasi, transaksi, permintaan atau arahan kepada Bank yang dilaksanakan dengan penggunaan ID Log Masuk dan Kata Laluan yang sah.

(5)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

“Pembekal Perkhidmatan Internet" bermaksud akses dail interaktif ke sambungan

pembekal perkhidmatan internet ke Internet, penyediaan data Jaringan Seranta dan penyimpanan data sampingan.

“ID Log Masuk" bermaksud nama unik yang terdiri daripada aksara yang anda pilih

untuk sistem Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank untuk digabungkan dengan ID Log Masuk dengan profil dan Akaun anda.

“Kata Laluan" bermaksud serentetan aksara, yang anda pilih dan disimpan dalam sistem

komputer Bank dalam bentuk yang dienkripsikan, yang mesti dimasukkan oleh anda sendiri untuk sistem Bank mengesahkan ID Log Masuk bagi memberikan anda akses ke Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

“Tarikh Pembayaran" bermaksud tarikh yang anda pilih untuk membuat pembayaran. “Syarikat Penerima" bermaksud syarikat yang diluluskan oleh Kumpulan AmBank dari

semasa ke semasa untuk Perkhidmatan Pembayaran Bil dan dipaparkan di skrin pembayaran bil Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

“Terma dan Syarat" bermaksud terma dan sebarang pindaan dan/atau variasi

daripadanya bagi tujuan akses dan/atau penggunaan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

“Waktu Penangguhan Transaksi" bermaksud jam 11 malam pada mana-mana Hari

Bekerja, melainkan dinyatakan sebaliknya di Laman Sesawang ini.

“Laman Sesawang" bermaksud laman sesawang ini yang di alamat URL:

www.ambank.com.my

“Hari Bekerja" bermaksud hari bank dibuka untuk perniagaan dan tidak termasukhari

Sabtu, Ahad dan cuti umum.

2.2 Rujukan kepada 'orang' akan merangkumi syarikat, perbadanan dan individu.

2.3 Rujukan kepada 'anda' adalah rujukan kepada pelanggan Kumpulan AmBank yang Bank telah bersetuju untuk menyediakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank termasuk pemegang akaun individu dan bersama.

2.4 Perkataan bersifat tunggal akan merangkumi jamak dan sebaliknya.

2.5 Mana-mana istilah perbankan yang tidak ditakrif atau dihuraikan secara khusus di sini akan diertikan menurut amalan umum bank dan institusi kewangan di Malaysia. Mana-mana istilah berkaitan teknologi komputer yang tidak ditakrif atau dihuraikan secara khusus di sini akan dianggap menurut amalan umum dan perdagangan syarikat komputer dan industri teknologi maklumat di Malaysia.

(6)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

2.6 Sekiranya berlaku sebarang konflik dalam pentakrifan Perjanjian ini dan mana-mana terjemahan Perjanjian ini dalam apa-apa bahasa, versi bahasa Inggeris akan diterima pakai.

3. KELAYAKAN UNTUK PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET

3.1 Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank hanya boleh disediakan untuk pemegang akaun Kumpulan AmBank yang berusia 18 tahun ke atas dan memegang Akaun sedia ada serta dikendalikan oleh tidak lebih daripada satu penandatangan. 3.2 Bank berhak untuk menolak atau menerima sebarang permohonan bagi Perkhidmatan

menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Jika Bank menolak permohonan, ia tidak berkewajipan untuk memberikan sebarang sebab atau alas an bagi penolakan tersebut.

4. PERMOHONAN

4.1 Anda mestilah membaca semua terma dan syarat, peraturan dan/atau pengawalan yang dilampirkan dengan setiap borang permohonan bagi setiap produk dan/atau perkhidmatan yang anda ingin pohon.

5. ID LOG MASUK DAN KATA LALUAN ANDA

5.1 Dengan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank anda dengan ini menyatakan dan berjanji yang anda akan merahsiakan maklumat ID Log Masuk, Kata Laluan dan Akaun pada setiap masa. Sekiranya ID Log Masuk dan/atau Kata Laluan anda terjejas, disalahgunakan, hilang atau dicuri, atau jika anda mengesyaki bahawa seseorang telah memindahkan atau mungkin memindahkan wang dari Akaun anda tanpa izin anda, atau jika anda mengesyaki sebarang aktiviti penipuan pada Akaun anda, anda dikehendaki memaklumkan Bank dengan segera menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah disusuli dengan pengesahan bertulis. Anda tidak akan bertanggungjawab bagi transaksiyang dijalankan selepas Bank menerima pemberitahuan tersebut.

5.2 Bagi pemegang akaun bersama, ID Log Masuk dan Kata Laluan berasingan akan digunakan oleh setiap pemegang akaun bersama.

5.3 Sekiranya salah seorang pemegang akaun bersama kehilangan ID Log Masuk atau Kata Laluannya, Bank masih mempunyai kuasa untuk menjalankan sebarang Arahan yang dikeluarkan oleh pemegang akaun yang masih ada melalui Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

5.4 Bank berhak untuk menggantung dan/atau membatalkan penggunaan ID Log Masuk dan Kata Laluan anda pada bila-bila masa namun tertakluk kepada pemberian notis oleh Bank secepat yang munasabah. Meskipun begitu, Bank tidak perlu memberikan sebarang sebab atas penggantungan atau pembatalan tersebut.

5.5 Bank tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau kerosakan sekiranya berlaku sebarang penggunaan atau akses tanpa kebenaran kepada ID Log Masuk dan

(7)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

Kata Laluan anda dalam apa juga keadaan kecuali dan melainkan kehilangan atau kerosakan tersebut adalah disebabkan secara langsung oleh kecuaian yang melampau atau salah laku sengaja oleh Bank.

6. PESANAN SELAMAT

6.1 Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank menyediakan sistem pesanan selamat untuk anda memajukan soalan dan/atau memberi komen mengenai Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank dan bagi Bank untuk memberi anda notis yang perlu. Sistem pesanan ini boleh anda akses selepas anda mendaftar masuk dengan ID Log Masuk dan Kata Laluan anda ke sesi Perkhidmatan yang selamat.

6.2 Anda juga boleh menggunakan sistem pesanan selamat untuk mengarahkan Bank menjalankan perkhidmatan bukan kewangan tertentu seperti memaklumkan pertukaran alamat. Walau bagaimanapun, untuk memastikan keselamatan maklumat Akaun anda, Bank menyarankan anda hanya menggunakan system pesanan selamat apabila mengajukan soalan dan/atau memberikan komen.

6.3 Anda tidak boleh menggunakan sistem pesanan selamat untuk memberi Arahan bagi memulakan transaksi Akaun anda. Untuk menjalankan transaksi, sila gunakan fungsi yang sewajarnya dalam Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

7. PERKHIDMATAN PEMBAYARAN BIL

7.1 Perkhidmatan Pembayaran Bil memerlukan masa yang memadai bagi Syarikat

Penerima menerima bayaran anda dan mengkreditkan akaun anda dengan betul. Untuk mengelakkan sebarang caj dikenakan, anda hendaklah merancang pembayaran anda secukupnya terlebih dahulu sebelum tarikh pembayaran kena dibayar anda tiba.

7.2 Perkhidmatan Pembayaran Bil hendaklah digunakan hanya bagi tujuan membayar Bil kepada Syarikat Penerima. Bank tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang pemberhentian atau gangguan bekalan perkhidmatan atau pembelian barangan kepada anda daripada Syarikat Penerima. Anda dinasihatkan untuk menghubungi Syarikat Penerima sekiranya anda mengalami apa-apa pemberhentian atau gangguan sedemikian.

7.3 Bank boleh pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya, mengubah senarai Syarikat Penerima atau menarik mana-mana Syarikat Penerima daripada senarai tanpa memberikan sebarang sebab dan Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang anda mungkin alami disebabkan tindakan ini. Sekiranya senarai Syarikat Penerima diubah, Bank akan memaklumkan anda sewajarnya melalui mesej yang dipaparkan dalam sistem pesanan selamat Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

(8)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

8. KAD KREDIT

8.1 Pengeluaran Kad VISA/MasterCard AmBank (M) Berhad oleh pihak Bank (selepas ini dirujuk sebagai "Kad") kepada Ahli Kad dan penggunaan Kad di Internet oleh Ahli Kad adalah tertakluk kepada terma dan syarat Kad itu sendiri.

8.2 Bagi tujuan klausa ini, semua istilah dan ungkapan akan mempunyai maksud yang sama seperti istilah dan ungkapan dalam terma dan syarat Perjanjian VISA/MasterCard AmBank (M) Berhad.

9. BAYARAN BERULANG/PEMINDAHAN DANA KE AKAUN DALAM BANK

9.1 Apabila anda menggunakan perkhidmatan ini dalam Perkhidmatan Perbankan Dalam

Talian AmBank, anda dengan ini meminta dan membenarkan Bank untuk membuat pembayaran/pemindahan berulang kepada sama ada Akaun anda sendiri atau akaun pihak ketiga, yang dikelolakan oleh Bank dan mendebitkan Akaun anda dengan amaun tersebut, atau amaun sepadan, termasuk sebarang caj yang dikenakan.

9.2 Semua permohonan bagi pembayaran/pemindahan berulang akan diproses pada Tarikh Pembayaran. Meskipun Bank akan berusaha untuk menjalankan pembayaran/pemindahan berulang tersebut, ia tidak menerima sebarang tanggungjawab untuk melakukannya, dan oleh yang demikian tidak akan dikenakan sebarang liabiliti melalui atau disebabkan tidak mematuhi mana-mana Arahan sedemikian.

9.3 Anda berhak untuk menghentikan permintaan anda bagi pembayaran/pemindahan

berulang, pada mana-mana Hari Bekerja sebelum Tarikh Pembayaran.

9.4 Bank boleh, menurut budi bicaranya, membatalkan permintaan anda bagi pembayaran/pemindahan berulang pada bila-bila masa melalui notis bertulis kepada anda. Selepas menerima permohonan anda bahawa pembayaran selanjutnya tidak diperlukan, Bank boleh tanpa notis selepas itu membatalkan permohonan anda bagi pembayaran/pemindahan berulang pada bila-bila masa.

9.5 Permohonan anda untuk pembayaran/pemindahan berulang akan diteruskan meskipun anda meninggal dunia atau bankrap atau pembatalan pembayaran/pemindahan berulang melalui apa-apa cara lain sehingga dan melainkan notis kematian anda, kebankrapan atau pembatalan tersebut diterima oleh Bank.

9.6 Bank boleh mengenakan caj tak boleh pulang balik bagi setiap permohonan

pembayaran/ pemindahan berulang meskipun pembayaran/pemindahan berulang tidak boleh dijalankan disebabkan dana dalam Akaun anda tidak mencukupi.

9.7 Sekiranya pembayaran/pemindahan berulang tidak boleh dilaksanakan disebabkan dana dalam Akaun anda tidak mencukupi, Bank tidak akan bertanggungjawab kerana tidak melaksanakan pembayaran/pemindahan berulang pada Tarikh Pembayaran yang berkenaan. Anda dikehendaki membuat persediaan alternative untuk melaksanakan permohonan yang ditolak bagi pembayaran/ pemindahan berulang yang berkenaan.

(9)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

10. GIRO ANTARA BANK

10.1 Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda memohon dan membenarkan Bank

melalui Arahan anda untuk mendebitkan Akaun anda dengan amaun dana tertentu (termasuk sebarang caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Bank bagi penggunaan perkhidmatan ini) dan untuk memindahkan amaun yang ditentukan tolak caj perkhidmatan tersebut kepada sama ada akaun anda atau ke akaun pihak ketiga yang dikendalikan oleh mana-mana institusi kewangan yang menyertai sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Amaun yang ditentukan (termasuk caj

perkhidmatan yang dikenakan) tidak boleh melebih had sehari yang ditetapkan dalam Laman Sesawang ini bagi GIRO Antara Bank, dan had ini akan ditentukan oleh Bank dan boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya.

10.2 Tanpa mengambil kira Klausa 12.4 dalam dokumen ini, Waktu Penamatan Transaksi

bagi perkhidmatan GIRO Antara Bank adalah pada jam 12.30 tengahari pada Hari Bekerja. Sebarang arahan yang diterima selepas jam 12.30 tengahari pada Hari Bekerja atau pada Hari Bukan Bekerja akan diproses pada Hari Bekerja berikutnya. Bagi tujuan perkhidmatan ini, Hari Bukan Bekerja di sini ditakrifkan sebagai hari Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Am Wilayah Persekutuan.

10.3 Meskipun Bank akan berusaha untuk memproses semua Arahan yang diterima, ia tidak menerima sebarang tanggungjawab untuk melakukannya dan oleh yang demikian, Bank tidak akan dikenakan sebarang liabiliti melalui atau disebabkan kegagalannya untuk mematuhi mana-mana Arahan. Dengan ini anda mengakui dan bersetuju bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab atau berkewajipan atas sebarang kelewatan, ralat atau kegagalan untuk melaksanakan pemindahan dana sekiranya institusi kewangan lain yang terlibat dalam menjalankan pemindahan dana itu telah melewatkan, menolak, tidak membenarkan atau sebaliknya tidak boleh menerima pemindahan dana tersebut. Sekiranya hal ini berlaku, Bank akan dengan segera atau secepat yang munasabah memaklumkan anda akan perkara tersebut.

10.4 Bank berhak untuk membuat sebarang penambahan, pengubahsuaian, pembatalan atau perubahan kepada terma dan syarat ini yang mentadbir GIRO Antara Bank menurut budi bicara mutlaknya dengan memberi notis kepada anda.

11. PERKHIDMATAN TAMBAH PRABAYAR

11.1 Perkhidmatan Tambah Prabayar hendaklah digunakan hanya bagi tujuan menambah

semula atau membeli produk prabayar yang disediakan oleh Pembekal Perkhidmatan melalui Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau gangguan kepada sambungan telefon mudah alih anda disebabkan produk prabayar yang disediakan oleh Pembekal Perkhidmatan.

11.2 Bank boleh pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya, mengubah/meminda senarai Pembekal Perkhidmatan atau mengeluarkan manamana Pembekal Perkhidmatan daripada senarainya tanpa memberikan sebarang sebab dan Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang mungkin dialami

(10)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

disebabkan tindakan ini. Sekiranya berlaku perubahan kepada senarai Pembekal Perkhidmatan, Bank akan memaklumkan anda mengenai perkara tersebut melalui Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

11.3 Perkhidmatan Tambah Prabayar bagi Produk tanpa PIN sebagaimana yang disenaraikan dalam Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank akan dibuat secara automatik ke telefon mudah alih anda mengikut permohonan pembelian anda.

11.4 Sebarang permohonan pembelian yang dihantar ke AmBank oleh anda akan dianggap tepat dan anda bertanggungjawab ke atas permohonan pembelian tersebut.

11.5 Tiada bayaran balik dibenarkan setelah transaksi berjaya dicaj* ke kad kredit, kad prabayar atau akaun deposit anda berdasarkan permohonan pembelian.

* Nota: SEKIRANYA nombor mudah alih yang anda berikan adalah nombor prabayar tidak sah dan Transaksi Tambah Prabayar tidak boleh dijalankan, anda boleh memberikan nombor mudah alih lain (akan dianggap sebagai nombor mudah alih muktamad dan tepat) bagi Perkhidmatan Tambah Prabayar untuk dilaksanakan (“Nombor Gantian”). Tiada bayaran balik dibenarkan setelah transaksi berjaya dicaj kepada Nombor Gantian.

12. ARAHAN

12.1 Anda dengan ini bersetuju bahawa mana-mana Arahan daripada anda adalah kebenaran bagi Bank untuk percaya dan bertindak mengikut Arahan anda.

12.2 Arahan hanya akan diterima oleh Bank sekiranya ia telah dijalankan melalui

Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank menggunakan ID Log Masuk dan Kata Laluan yang betul. Walau bagaimanapun, Bank tidak akan bertanggungjawab atas

sebarang kehilangan yang dialami oleh anda dan/atau mana-mana pihak ketiga daripada tindakan Bank ke atas Arahan tersebut, sama ada diberikan oleh anda atau seseorang yang menyamar sebagai anda, dengan kebenaran ataupun tidak.

12.3 Salah seorang pemegang akaun bersama boleh mengeluarkan Arahan melalui

Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank dan membenarkan Bank untuk menjalankan sebarang transaksi pada Akaun.

12.4 Walau apa pun yang dinyatakan dalam dokumen ini, Arahan yang diberikan sebelum Waktu Penangguhan Transaksi pada Hari Bekerja akan diproses pada hari yang sama. Semua Arahan yang diberi selepas Waktu Penangguhan Transaksi pada Hari Bekerja atau pada hari yang bukan Hari Bekerja akan diproses pada Hari Bekerja berikutnya. 12.5 Bank berhak, tanpa perlu memberikan sebarang sebab/alasan, menolak untuk bertindak

ke atas sebarang Arahan yang diberikan kepada Bank.

12.6 Arahan anda akan dianggap diterima oleh Bank selepas pemberian nombor rujukan pada halaman pengesahan. Bagi rekod urus niaga anda dengan Bank dan bagi pengesahan berikutnya, anda hendaklah mencetak salinan halaman pengesahan bagi semua transaksi yang dijalankan melalui Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

(11)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

12.7 Sebarang Arahan yang diberikan oleh Anda akan dianggap tidak boleh ditarik balik dan mengikat anda selepas arahan diserahkan.

12.8 Sekiranya anda mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai bahawa Arahan tidak

diterima dengan tepat atau lengkap oleh Bank, anda hendaklah memaklumkan Bank dengan menghubungi Pusat Hubungan AmBank dengan segera atau dalam hal lain tidak lewat daripada dua puluh empat (24) jam selepas penghantaran Arahan berkenaan oleh anda. Maklumat hubungan Bank diberikan di bawah.

13. REKOD TRANSAKSI PERBANKAN INTERNET

13.1 Anda bersetuju bahawa rekod Bank adalah bukti muktamad/konklusif bagi urus niaga

anda dengan Bank berhubung Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

13.2 Dengan ini anda bersetuju untuk tidak membantah penyerahan rekod Bank sebagai

bukti dalam mana-mana prosiding undang-undang berdasarkan bahawa rekod tersebut bukan yang asal, bukan dalam bentuk bertulis atau adalah dokumen yang dijana oleh komputer.

14. PENDEDAHAN MAKLUMAT

Sekiranya Bank perlu memberikan maklumat kepada institusi perbankan lain atau kepada mana-mana Sekutu Bank untuk menjalankan Arahan anda, maka anda membenarkan Bank untuk menghantar dan menyimpan maklumat mengenai anda dan Akaun anda untuk memberikan maklumat tersebut kepada pihak ketiga ini.

Dengan ini anda bersetuju dan memahami bahawa Bank, atau mana-mana pihak ketiga yang Bank telah menghantar maklumat mengenai anda atau Akaun anda, mungkin mendedahkan maklumat ini jika perlu atau dibenarkan berbuat demikian oleh undang-undang.

15. KLAUSA PRIVASI

15.1 Anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan AmBank (yang terdapat di www.ambankgroup.com) dan klausa di sini, yang mungkin berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi anda. Bagi mengelak keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut adalah dianggap telah digabungkan dengan merujuk kepada Notis Privasi di dalam Terma dan Syarat Am ini.

15.2 Sekiranya anda memberikan maklumat peribadi dan/atau kewangan berkaitan pihak ketiga, termasuk maklumat berkaitan dengan keluarga terdekat, tanggungan, pemegang syer, pegawai, penjamin individu dan pembekal sekuriti anda, untuk tujuan pembukaan dan pengendalian Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank, anda:

(12)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

15.2.1 mengesahkan bahawa anda telah memperolehi kebenaran atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat kepada Bank dan untuk kegunaan Bank selaras dengan Terma dan Syarat Am ini,

15.2.2 bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat;

15.2.3 bersetuju untuk mengemaskini secara bertulis sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan

15.2.4 bersetuju terhadap hak Bank untuk menamatkan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank sekiranya kebenaran tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.

15.3 Bila mana anda mengarahkan Bank untuk melaksanakan apa-apa jenis transaksi merentas sempadan (termasuk membuat atau menerima bayaran), butiran mengenai transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan dengan sesiapa yang terlibat di dalam transaksi tersebut) mungkin akan diterima atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh ejen luar negara Bank, pengawal selia asing dan/atau pihak berkuasa berkaitan dengan tugasan sah mereka (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam memberikan arahan kepada Bank dan/atau ejen kami untuk memasuki transaksi merentas sempadan bagi pihak anda, anda dengan ini bersetuju bahawa pendedahan tersebut di atas adalah oleh pihak anda dan pihak – pihak lain yang terlibat di dalam transaksi merentas sempadan tersebut. 15.4 Sebagai tambahan, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang,

(termasuklah peraturan, garis panduan dan/atau obligasi) terpakai bagi Bank (sama ada di dalam atau luar Malaysia), anda bersetuju bahawa syarikat lain di dalam Kumpulan AmBank, peniaga dan rakan perniagaan strategik mereka boleh menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang mana Bank dan Kumpulan AmBank percaya mungkin memberi kepentingan atau faedah kepada anda.

15.5 Bank dan Kumpulan AmBank boleh berkomunikasi dengan anda melalui pelbagai saluran, termasuklah telefon, emel, pesanan elektronik/ bergerak, faksimili atau pos, menggunakan maklumat hubungan yang telah diberikan oleh anda.

15.6 Anda boleh memberitahu Bank pada bila-bila masa sekiranya anda memilih untuk tidak menerima sebarang komunikasi berhubung dengan pemasaran dari Bank, Kumpulan AmBank dan/atau peniaga dan rakan niaga strategik mereka, dengan menghubungi Bank di pelbagai saluran berikut:

Pegawai Khidmat Pelanggan

Telefon: 1300 80 8888 (Domestik) atau (603) 2178 8888 (Luarnegara) [24 jam] E-mel: customercare@ambankgroup.com

Pos: Privacy, AmBank Contact Centre, P.O. Box No. 12617, 50784 Kuala Lumpur

15.7 Arahan bertulis yang terkini daripada anda akan terpakai. Anda mengakui bahawa sesetengah komunikasi seperti penyata Akaun kepada anda dan laman sesawang

(13)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

Kumpulan AmBank mungkin mengandungi maklumat biasa mengenai produk dan perkhidmatan lain Bank dan Kumpulan AmBank yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan bahagian penghantaran/operasi Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank dan / atau tanpa sebarang kos tambahan kepada anda.

15.8 Walaupun anda telah memberikan maklumat kepada Bank, anda mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan dahulu. Dalam keadaan sedemikian, Bank berhak untuk tidak memberikan atau menghentikan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank yang dipautkan dengan maklumat tersebut.

15.9 Bank berhak untuk meminda Seksyen ini dari semasa ke semasa atas budi bicara mutlak Bank dengan memberi anda notis 21 hari kalendar terlebih dahulu.

15.10 Seksyen ini adalah tanpa prejudis kepada Seksyen 14 di dalam Terma dan Syarat Am ini bagi Pendedahan Maklumat

16. YURAN DAN CAJ

Anda mengakui bahawa Bank berhak untuk memberi levi atau mengenakan caj perkhidmatan atau yuran transaksi dan/atau mengubah yuran tersebut dari semasa ke semasa berhubung Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank yang disediakan kepada anda, tertakluk kepada pemberian notis 21 hari kalendar oleh Bank terlebih dahulu.

Tertakluk kepada pemberian notis terlebih dahulu, anda dengan ini membenarkan Bank untuk mendebitkan akaun anda untuk yuran, komisen dan caj tersebut.

Anda bertanggungjawab bagi sebarang caj telefon atau mana-mana caj yang dikenakan oleh Pembekal Perkhidmatan Internet anda disebabkan anda menggunakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

Melainkan diperuntukkan sebaliknya di dalam Perjanjian ini, pihak-pihak bersetuju bahawa Fi dan apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini adalah termasuk cukai barang dan perkhidmatan (“CBP”) sebagaimana yang terpakai di bawah peruntukan Undang-undang CBP.

17. HAD PADA TRANSAKSI DAN MAKLUMAT AKAUN

Bank berhak menetapkan had pada transaksi yang anda jalankan melalui Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank. Had yang ditetapkan oleh Bank mungkin berubah dari semasa ke semasa dan Bank akan memaklumkan anda mengenai perubahan tersebut sewajarnya. Walau apa pun had yang ditetapkan oleh Bank, anda boleh memilih untuk menetapkan had yang lebih rendah bagi transaksi yang dijalankan pada Akaun anda melalui Perkhidmatan ini, dan dalam hal ini had lebih rendah yang anda tetapkan akan diguna pakai. Anda bersetuju untuk mematuhi had yang ditetapkan oleh Bank atau oleh anda sendiri bagi semua transaksi.

(14)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

Meskipun Bank mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa sebarang maklumat berkaitan Akaun anda yang diperoleh melalui Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih AmBank ini adalah terkini, anda mengakui dan bersetuju bahawa maklumat tersebut mungkin tidak terkini kerana mungkin terdapat Arahan, transaksi dan/atau caj yang dikenakan yang belum lagi diproses oleh Kumpulan AmBank atau sedang diproses.

18. RALAT DAN SOALAN

18.1 Sekiranya terdapat sebarang ralat dan persoalan mengenai Akaun, transaksi, bayaran atau bayaran elektronik anda, anda boleh menghubungi Bank untuk membuat aduan dengan menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Pihak-pihak bersetuju untuk cuba menyelesaikan perkara ini secara baik.

19. PENAMATAN ATAU PENGGANTUNGAN PERKHIDMATAN

19.1 Akses dan penggunaan Laman Sesawang dan/atau Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank yang dilakukan oleh anda mungkin ditamatkan atau digantung sama ada sebahagian atau keseluruhannya oleh Bank pada bila-bila masa tertakluk kepada pemberian notis kepada anda sebaik sahaja yang wajar.

19.2 Sekiranya anda gagal mengekalkan mana-mana Akaun dengan Bank atau atas apaapa sebab lain yang dianggap wajar oleh Bank, maka Bank berhak menggantung atau menamatkan hak untuk anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

19.3 Anda boleh menamatkan penggunaan dan akses anda kepada Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank dengan memberikan notis bertulis 14 hari terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank selepas itu, dan anda juga bersetuju bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab untuk menjalankan apa-apa Arahan yang diterima pada mana-mana hari selepas penerimaan notis penamatan anda.

20. LIABILITI

20.1 Anda akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti bagi sebarang kerugian atau

kerosakan yang dialami oleh Bank sekiranya anda melanggar mana-mana Terma dan Syarat dalam Perjanjian ini.

20.2 Meskipun Bank mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa sebarang maklumat berkenaan Akaun anda yang diperoleh melalui Perkhidmatan ini terkini, Bank tidak memberi sebarang jaminan atau waranti bahawa maklumat yang boleh didapati pada atau mengenai Akaun anda melalui Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank adalah tepat atau terkini.

20.3 Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembelian, pemasangan, penyenggaraan dan pengendalian Peranti Akses.

20.4 Dalam apa jua keadaan dan di bawah mana-mana teori perundangan, tort, kontrak, atau sebaliknya, Bank atau Kumpulan AmBank tidak akan bertanggungjawab terhadap anda

(15)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

atau sesiapa juga bagi sebarang kerugian langsung atau tidak langsung, khusus, sampingan atau berbangkit daripada sebarang bentuk, termasuk dan tanpa sebarang had, kerugian atas kehilangan nama baik, kehilangan penggunaan, keuntungan, pemberhentian kerja, kegagalan atau kepincangan tugas komputer, atau apa-apa dan semua kerosakan atau kerugian komersial yang timbul daripada mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank sekiranya salah satu daripada keadaan berikut berlaku:

• apabila Kumpulan AmBank mempunyai sebab untuk meragui kesahihan Arahan. Dalam keadaan tersebut, Kumpulan AmBank tidak berkewajipan untuk memberikan sebab bagi melaksanakan kebijaksanaannya untuk tidak bertindak mengikut Arahan;

• apabila Kumpulan AmBank diwajibkan oleh undang-undang untuk melarang pengeluaran dari Akaun anda;

• apabila Akaun anda dibekukan atau ditutup;

• apabila anda tidak dapat mengakses atau menggunakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank atau mana-mana laman sesawang hiperpautan; • penggunaan atau kebergantungan kepada Kandungan Perkhidmatan Perbankan

Dalam Talian AmBank (dan/atau mana-mana laman sesawang hiperpautan); • apabila anda gagal memberikan maklumat atau Arahan yang diperlukan

dan/atau tepat bagi pelaksanaan atau penyempurnaan transaksi;

• apabila terdapat kegagalan sistem, pelayan atau sambungan, ralat, ketinggalan, gangguan, kelewatan operasi atau penghantaran, atau virus komputer, kod jahat, "trojan horse" atau kerosakan atau kelewatan pelaksanaan atau ketaklaksanaan sebarang obligasi Bank disebabkan apa-apa sebab di luar kawalan KumpulanAmBank termasuk tetapi tidak terhad kepada masalah teknikal, mogok atau tindakan industri lain atau kegagalan komunikasi atau kuasa;

• apabila anda gagal mengekalkan dana yang mencukupi dalam Akaun anda untuk menjalankan sebarang Arahan yang anda berikan;

• apabila terdapat ketidakupayaan dalam menjalankan sebarang transaksi disebabkan had yang ditetapkan oleh Kumpulan AmBank atau oleh anda sendiri;

• apabila anda gagal mematuhi arahan, prosedur dan garis panduan semasa apabila menggunakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank;

• apabila berlaku sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pihak ketiga atau apa-apa keadaan yang di luar kawalan munasabah Kumpulan AmBank;

(16)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

• apabila terdapat ralat, pengubahan atau pembatalan mana-mana Arahan, data atau maklumat yang dihantar melalui Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank;

• apabila anda menghadapi sebarang virus atau cecacing elektronik;

• apabila terdapat kegagalan atau kelewatan disebabkan oleh perisian pelayar atau oleh mana-mana Pembekal Perkhidmatan Internet atau mana-mana pembekal perisian lain; dan

• apabila terdapat sebarang keadaan lain yang di luar kawalan munasabah Kumpulan AmBank.

20.5 Remedi tunggal anda, kewangan atau sebaliknya, bagi sebarang kerosakan atau tuntutan akibat sebarang kecacatan dengan penggunaan Perkhidmatan adalah terhad kepada Kumpulan AmBank memproses semula data atau transaksi yang terjejas tanpa mengenakan kos kepada anda.

21. HAK UNTUK MENOLAK SELESAI

21.1 Bank boleh pada bila-bila masa, dengan memberi notis kepada anda, sebaik sahaja

munasabah dan dengan cara yang dianggap wajar oleh Bank, menolak dari Akaun anda atau mana-mana akaun lain yang dipegang oleh anda dengan Kumpulan AmBank, untuk membayar sebarang amaun yang telah dikenakan terhadap anda sebagai liabiliti kepada Bank, sama ada disebabkan Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini atau susulan mana-mana transaksi yang dijalankan dengan Bank atau oleh operasi undang-undang.

21.2 Bank tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan, kerugian atau perbelanjaan yang anda alami akibat pelaksanaan hak Bank di bawah ini dan anda bersetuju untuk melepaskan Bank daripada sebarang tuntutan berikutan tindakan Bank dalam melaksanakannya haknya untuk menolak selesai.

21.3 Hak Bank di bawah ini tidak akan terjejas oleh kematian anda, kebankrapan, ketidakmampuan membayar atau jika proses perundangan dikenakan terhadap anda.

22. PENGGUNAAN ANTARABANGSA

22.1 Penggunaan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank di luar Malaysia tertakluk kepada Peraturan Kawalan Pertukaran Mata Wang Bank Negara Malaysia atau mana-mana keperluan kawalan fiskal atau pertukaran mata wang yang beroperasi di negara tempat transaksi dijalankan atau dipohon; dan undang-undang dan peraturan Malaysia dan negara tempat transaksi dijalankan atau dipohon.

(17)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

22.2 Amaun maksimum sesuatu transaksi dan tujuan ia dijalankan mungkin ditentukan oleh Bank Negara Malaysia dan undang-undang serta peraturan negara tempat transaksi dijalankan atau dipohon.

22.3 Anda bersetuju bahawa anda menggunakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian

AmBank berdasarkan inisiatif anda sendiri dan bertanggungjawab bagi pematuhan dengan semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

23. PENYERAHHAKAN, PENGGABUNGAN DAN/ATAU PEMEROLEHAN

23.1 Anda bersetuju bahawa Bank berhak untuk menyerahkan hak dan obligasi di bawah Perjanjian ini kepada mana-mana ahli Kumpulan AmBank.

23.2 Anda mengakui dan menyetujui bahawa obligasi yang diwujudkan oleh perjanjian ini akan terus sah dan mengikat bagi semua maksud dan tujuan tidak kira apa pun penggabungan, pemerolehan, pembinaan semula, penyatuan atau sebaliknya yang mungkin dibuat di Bank sama ada menyebabkan perubahan nama dalam entiti yang baharu atau tidak.

24. NOTIS HAK CIPTA DAN TANDA PERNIAGAAN

24.1 Semua hak pemilikan, hak cipta, tanda perniagaan dan hak harta intelektual lain yang terikat pada, terkandung atau terletak pada Perkhidmatan ini dan semua Kandungan, data, maklumat, butiran, bahan, penulisan, manual atau grafik yang terkandung dalam Perkhidmatan ini adalah milik Bank dan Kumpulan AmBank melainkan dinyatakan sebaliknya. Bank melarang keras sebarang penggunaan mana-mana hak yang disebut di atas dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis jelas daripada Bank terlebih dahulu. 24.2 Menyalin, mengatur semula, mengimbas automatik, memuat turun, mengeksploitasi

Kandungan yang ada pada Perkhidmatan ini secara komersial adalah dilarang, kecuali apabila ia dibenarkan secara jelas oleh Bank.

24.3 Semua hak harta intelektual, reka bentuk dan kandungan Perkhidmatan ini adalah hak milik Bank melainkan hak harta intelektual vendor atau Sekutu yang telah mengizinkan penggunaan dan pengeluaran semula Kandungan pada Perkhidmatan ini oleh Bank.

25. PENOLAKAN

25.1 Meskipun Bank berusaha untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkaitan transaksi dan produk serta perkhidmatan Bank, sila ambil perhatian bahawa Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank disediakan “seperti seadanya” dan “seperti tersedia”, tanpa sebarang waranti daripada apa-apa jenis, sama ada tersurat, tersirat atau statutori. Bank secara khususnya menafikan sebarang waranti kebolehdagangan atau keutuhan bagi tujuan tertentu, waranti hak milik, ketaklanggaran hak harta intelektual atau hak pihak ketiga. Anda dinasihati agar menilai dan memastikan bahawa kualiti produk dan/atau perkhidmatan yang diakses atau dibeli melalui penggunaan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank memenuhi jangkaan anda. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang virus atau cecacing

(18)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

elektronik yang anda mungkin hadapi daripada Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

25.2 Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak menjamin bahawa Perkhidmatan ini akan menyediakan perkhidmatan tanpa gangguan atau bebas ralat atau bahawa sebarang kecacatan yang dikenal pasti akan dibetulkan dan bahawa maklumat di Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank adalah tepat, lengkap, tepat pada masanya atau boleh dipercayai. Bank secara jelas menafikan liabiliti bagi sebarang kelewatan, ralat atau ketinggalan dalam penghantaran Kandungan.

25.3 Anda bersetuju bahawa Bank bergantung pada Sekutunya untuk mendapatkan maklumat mengenai Sekutu dan produk, perkhidmatan dan tawaran mereka, dan bahawa Bank secara jelas menafikan semua tanggungjawab dan liabiliti berhubung maklumat, produk, perkhidmatan atau tawaran sedemikian yang terkandung dalam Perkhidmatan ini.

25.4 Anda bertanggungjawab mengesahkan maklumat dan mendapatkan nasihat

profesional yang bebas sebelum bertindak dan bergantung pada maklumat dalam perkhidmatan ini sebagai asas bagi keputusan anda.

25.5 Bank tidak akan bertanggungjawab atas kecederaan peribadi, kematian atau kerosakan kepada harta ketara dan tidak ketara terhadap mana-mana individu, yang timbul akibat daripada atau disebabkan oleh penggunaan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank.

26. INDEMNITI

26.1 Anda dengan ini bersetuju untuk membayar ganti rugi dan membayar ganti rugi sepenuhnya kepada Bank dan Kumpulan AmBank, kakitangan, ejen dan penjenama bersamanya daripada sebarang tindakan, tuntutan, permintaan, perbelanjaan (termasuk yuran perundangan mengikut asas ganti rugi penuh) yang dialami atau dikenakan oleh Bank dan Kumpulan AmBank disebabkan akses dan/atau penggunaan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank kecuali dan melainkan kerugian dan ganti rugi yang disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau salah laku sengaja Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

• penggunaan atau penyalahgunaan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank atau Kandungan pada Perkhidmatan ini dan mana-mana laman sesawang yang dipaut dan perkhidmatan yang disediakan di situ;

• pelanggaran atau ketidakpatuhan anda kepada Terma dan Syarat dalam dokumen ini; dan

• pencabulan hak mana-mana pihak ketiga berhubung akses atau penggunaan anda kepada Perkhidmatan ini.

(19)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

27. PAUTAN KE LAMAN WEB PIHAK KETIGA

27.1 Perkhidmatan ini mengandungi pautan ke laman sesawang lain dan Bank menolak tanggungjawab bagi amalan privasi atau kandungan laman sesawang yang dipautkan ini. Sebelum anda menggunakan pautan pada Perkhidmatan ini, sila maklum bahawa dasar privasi kami tidak lagi diguna pakai dan Bank menasihatkan anda agar membaca dasar privasi laman sesawang yang dipautkan ini.

28. PROMOSI DAN TAWARAN

PROMOSI DAN TAWARAN DARIPADA SEKUTU

28.1 Maklumat yang diberikan dalam Perkhidmatan ini mengandungi tawaran dan promosi eksklusif yang ditawarkan oleh Sekutu. Apa-apa hubungan atau urusan perniagaan dengan atau penyertaan dalam promosi atau sebarang bayaran dan penghantaran barangan atau perkhidmatan, dan terma, syarat, representasi berkaitan tawaran dan promosi sedemikian hanyalah antara anda dan Sekutu. Bank tidak akan bertanggungjawab atau berkewajipan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan mana-mana hubungan sedemikian antara anda dan Sekutu.

28.2 Berhubung Kandungan yang ditawarkan oleh Sekutu, Bank tidak dan tidak akan:

• menanggung apa-apa pun tanggungjawab bagi ketepatan atau kewajaran maklumat yang terkandung di dalamnya;

• mengesahkan maklumat tersebut atau membuat sebarang representasi, waranti atau jaminan berhubung maklumat tersebut;

• mempunyai kawalan ke atas kandungannya;

• mengendors secara tersirat ketersediaan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sekutu;

• menjamin dan/atau mengendors kandungan; dan

• bertanggungjawab ke atas sebarang jenis ganti rugi disebabkan penggunaan atau pergantungan pada kandungan dalam iklan, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi langsung, tidak langsung, sampingan, punitif, dan berbangkit. 28.3 Bank menasihatkan anda agar menghubungi Sekutu sekiranya anda mempunyai

sebarang pertanyaan atau aduan berhubung Kandungan yang mereka sediakan.

29. PENGUBAHSUAIAN TERMA & SYARAT

29.1 Bank berhak untuk meminda Terma dan Syarat yang terkandung di sini mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberi notis 21 hari kalendar terlebih dahulu.

(20)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

29.2 Akses atau penggunaan berterusan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank oleh anda selepas sebarang pindaan berkuatkuasa menandakan penerimaan anda terhadap pindaan tersebut.

30. DASAR ANTI SPAM

30.1 Bank tidak akan membenarkan spammer untuk beroperasi di pelayannya. Apabila

menggunakan Kandungan pada Perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk tidak menghantar e-mel tidak diminta secara pukal dengan mesej komersial kepada pengguna lain Perkhidmatan ini atau kepada umum; dan tidak mengganggu, mengacau, mengugut atau menganiaya pengguna lain; ataupun menyiarkan atau mengedarkan apa-apa maklumat atau bahan yang lucah, terkutuk serta bersifat perkauman.

30.2 Anda akan mempunyai pilihan untuk menerima e-mel daripada Bank yang mana

mesejnya mungkin tidak berkaitan tujuan perkhidmatan yang ditawarkan dalam Perkhidmatan ini. Jika anda memilih untuk tidak menerima e-mel sedemikian, sila maklumkan kepada Bank dengan menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah.

31. NOTIS

31.1 Anda bersetuju bahawa semua notis dan komunikasi lain yang diperlukan di bawah Terma dan Syarat ini atau yang berkenaan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank akan dianggap telah dihantar:

• Apabila diserahkan, jika dihantar secara peribadi; • Pada hari ketiga, jika dihantar melalui pos biasa;

• Pada hari berikutnya selepas pengesahan penghantaran yang berjaya, jika dihantar melalui faks;

• Pada hari berikutnya selepas dihantar, jika dihantar melalui kurier;

• Dua puluh empat (24) jam selepas penghantaran, jika dihantar melalui mel elektronik ke alamat e-mel yang terakhir diketahui dalam rekod Bank;

• Dua puluh empat (24) jam selepas penghantaran, jika dihantar melalui mesej selamat;

• Apabila notis dipamerkan di premis Bank;

• Pada tarikh siaran iklan, diterbitkan dalam mana-mana akhbar nasional;

• Dua (2) hari selepas tarikh penyiaran notis yang terkandung dalam penyata akaun Bank;

(21)

TERMA & SYARAT AM

Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja)

• Apabila mesej atau notis disiarkan di Laman Sesawang ini;

• Apabila dimaklumkan kepada anda dalam apa jua cara yang dianggap wajar oleh Bank.

31.2 Semua notis daripada anda kepada Bank berhubung Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian AmBank dan/atau Terma dan Syarat ini hendaklah dalam bentuk bertulis, ditandatangani oleh anda dan dihantar kepada Bank di alamat yang diberikan di bawah atau dalam apa-apa jua cara lain atau ke alamat lain seperti yang dimaklumkan oleh Bank dari semasa ke semasa.

31.3 Semua rujukan kepada tarikh dan masa akan dianggap sebagai rujukan kepada tarikh dan masa di Malaysia.

32. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG MENTADBIR

32.1 Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan diertikan berdasarkan undang-undang Malaysia.

32.2 Dengan mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian Ambank, anda dengan ini mengizinkan untuk menyerahkan bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.

SILA HUBUNGI KAMI:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan

No. Telefon 603-2178 8888

Alamat Surat Menyurat P.O. Box No. 12617 50784 Kuala Lumpur. E-mel customercare@ambankgroup.com

AmBank (M) Berhad (8515-D)/AmBank Islamic Berhad (295576-U) Hakcipta Terpelihara © 2015

Kemas Kini Terakhir: 19 Jun 2015

Referensi

Dokumen terkait

penatausahaan Barang Milik Negara (BMN) pada Kejaksaan Negeri Sabang, maka dapat disimpulkan bahwa penatausahaan BMN pada Satuan Kerja (Satker) tersebut sudah

Tesis berjudul “Perbandingan Pendaftaran Akta Pendirian CV (Commandataire Venootschaap) Melalui Pengadilan Negeri dan Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia”,

Adapun metode SDI-ANSI, faktor “K” mereduksi kekuatan lentur first yield dari pelat komposit beton-dek baja hingga 20% (nilai K= 0,8), sehingga metode ini akurat

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah JADUAL WAKTU. PENILAIAN ALTERNATIF SESI

Adapun teknik analisis data yang digunakan dalam penelitian ini adalah dengan menggunakan metode deskriptif. Analisis deskriptif merupakan suatu teknis analisis data

Sistem pembelajaran adalah mekanisme pelaksanaan pembelajaran pada program studi untuk memperoleh capaian pembelajaran lulusan yang mencakup: 1) metode dan bentuk

Pada status pekerjaan formal- informal di kota dan desa, data menunjukkan bahwa semakin tinggi level jenis pekerjaan, semakin besar persentase pekerja wanita terhadap laki-laki

Menurut Dewi (2011) Dalam penelitian koreksi geometrik menggunakan metode Direct Georeferencing yang setiap piksel pada citra diposisikan sesuai koordinat sebenarnya