• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul Sains Tingkatan 3 - Bab 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul Sains Tingkatan 3 - Bab 1"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAB 1 :

RESPIRASI

1.1

Mekanisme Pernafasan Manusia

1. Manusia bernafas dengan menggunakan udara disekeliling kita melalui proses respirasi.

2. Respirasi merupakan satu proses dimana organisma hidup memperoleh oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida serta wap air.

3. Rajah di bawah menunjukkan struktur asas serta organ untuk sistem respirasi manusia.

Organ Pernafasan Fungsi

Lubang hidung Membolehkan udara tarikan nafas dan hembusan nafas melaluinya

Rongga nasal Apabila udara melalui rongga nasal, udara dipanaskan dan dilembapkan serta debu-debu diperangkap oleh bulu hidung

Trakea Dinding trakea mempunyai gegelang rawan berbentuk C yang menyokong dan mencegah trakea daripada runtuh semasa menarik nafas

Bronkus Cabang trakea berpecah kepada dua bronkus, iaitu satu bronkus memasuki peparu kanan manakala bronkus yang satu lagi memasuki peparu kiri

Bronkiol Setiap bronkus bercabang kepada tiub-tiub kecil yang diberi nama bronkiol untuk menambahkan penempatan alveolus dihujungnya

Alveolus Tempat pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah Sangkar rusuk Melindungi peparu

Diafragma Satu kepingan otot yang memisahkan rongga toraks dengan abdomen serta mengawal isipadu udara rongga toraks

Otot interkosta Terdiri daripada otot interkosta luar dan dalam untuk mengangkat dan menurunkan sangkar rusuk semasa bernafas

Peparu Terbina daripada bronkiol, alveolus dan kapilari darah serta terletak di dalam ruang rongga toraks

(2)

2 4. Semasa menarik nafas, udara masuk melalui:

5. Semasa menghembus nafas, udara keluar melalui:

6. Penyesuaian alveolus untuk pertukaran gas yang cekap adalah seperti berikut;

Hidung

Rongga

nasal

Trakes

Bronkus

Bronkiol

Alveolus

Alveolus

Bronkiol

Bronkus

Trakea

Rongga

nasal

Hidung

Luas permukaan yang besar

- peparu mempuyai berjuta-juta alveolus

untuk menyediakan luas permukaan yang

besar supaya pertukaran gas dapat

berlaku dengan lebih berkesan

Dinding yang sangat nipis

-dinding alveolus adalah setebal satu sel

supaya jarak untuk peresapan gas adalah

pendek

Permukaan yang lembap

- supaya oksigen dapat melarut sebelum

meresap dan merentasi dinding alveolus

Kapilari darah yang banyak

- membantu pertukaran gas berlaku

antara alveolus dan kapilari darah

berlaku dengan lebih cepat

(3)

3

7. Mekanisme pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas yang berlaku secara berterusan untuk membekalkan oksigen keseluruh badan.

8. Jadual di bawah menunjukkan komposisi udara sedutan, udara hembusan dan udara alveolus;

Kandunagn Udara sedutan Udara hembusan Udara alveolus

Oksigen 21% 16% 14%

Karbon dioksida 0.04% 4% 6%

Nitrogen 79% 79% 80%

Wap air Berubah-ubah Tepu Tepu

Suhu Berubah-ubah 34⁰C 37⁰C

Tarik Nafas Mekanisme

Pernafasan

Hembus Nafas

Bergerak ke atas dan ke depan Sangkar rusuk Bergerak ke bawah dan ke dalam Otot mengecut dan diafragma mendatar Diafragma Otot mengendur dan diafragma

melengkung ke atas Luar - mengecut

Dalam - mengendur

Otot interkosta Luar – mengendur Dalam - mengecut

Bertambah Isipadu rongga

toraks

Berkurangan

Rendah atau berkurangan Tekanan udara

dalam rongga toraks

Tinggi atau bertambah Mengalir masuk ke dalam peparu Aliran udara Mengalir keluar peparu Tekanan di luar lebih tinggi daripada di

dalam peparu

Perbezaan tekanan Tekanan di dalam peparu lebih tinggi daripada di luar

(4)

4

Membina model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan hubungan antara tekanan udara dalam rongga toraks dengan proses tarikan dan hembusan nafas

Radas dan bahan: Serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, penutup getah, kepingan getah nipis dan belon.

Fokus Mawar 23 :

Lakukan simulasi seperti berikut: Prosedur:

1. Bina satu model system respirasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di atas.

2. Tarik kepingan getah ke bawah. Perhatikan perubahan yang berlaku pada belon di dalam serkup kaca.

3. Tolak kepingan getah ke atas dan ke dalam serkup kaca. Perhatikan perubahan yang berlaku. Soalan:

1. Namakan bahagian sistem respirasi yang diwakili oleh serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, belon dan kepingan getah.

2. Lengkapkan jadual berikut untuk menunjukkan perubahan yang berlaku pada belon dan nyatakan perubahan tekanan udara di dalam serkup kaca

Tindakan yang dilakukan Perubahan pada belon Tekanan udara di dalam serkup kaca Kepingan getah ditarik ke

bawah

Kepingan getah ditolak ke atas

(5)

5

1.2

Pengangkutan Oksigen dalam Badan Manusia

1. Oksigen dibawa masuk dan karbon dioksida dibawa keluar dari peparu melalui alveolus.

2. Proses ini dikenali sebagai pertukaran gas melalui proses resapan.

3. Rajah di bawah menunjukkan pertukaran gas di peparu dan sel-sel badan;

• Kepekatan oksigen lebih tinggi di dalam alveolus menyebabkan resapan

oksigen ke dalam kapilari darah dan seterusnya ke dalam sel darah merah

• Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk

membentuk oksihemoglobin

Menarik nafas

• Darah beroksigen dihantar ke seluruh badan melalui sistem peredaran

darah

• Kapilari mempunyai kepekatan oksigen yang lebih tinggi berbanding

dengan sel-sel badan

• Sel-sel badan pula mempunyai kepekatan karbon dioksida yang lebih tinggi

berbanding dengan kapilari

• Oksihemoglobin di dalam sel darah merah membebaskan oksigen untuk

meresap ke dalam sel-sel badan

• Karbon dioksida dari sel-sel badan pula meresap masuk ke dalam sel darah

merah pada masa yang sama

Darah ke seluruh

badan

• Darah terdeoksigen dibawa pulang ke alveolus menyebabkan kepekatan

karbon dioksida adalah tinggi dalam kapilari darah

• Karbon dioksida meresap melalui dinding alveolus lalu disingkirkan

melalui hembusan nafas

Menghembus nafas

(6)

6

1.3

Kepentingan Sistem Respirasi yang Sihat

1. Kualiti udara mempunyai kesan yang ketara terhadap system respirasi.

2. Apabila kita menyedut udara yang tercemar, ia boleh membahayakan kesihatan

manusia dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

3. Jadual di bawah menunjukkan bahan pencemar di udara dan kesannya terhadap

manusia;

Bahan pencemar

Sumber

Kesan

Tar

Asap rokok

- Mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan

kanser peparu

- Mengurangkan kecekapan resapan oksigen ke dalam

alveolus

Nikotina

Asap rokok

- Menyebabkan ketagihan pada penghisap rokok

- Menjadikan denyutan jantung menjadi pantas,

meningkatkan tekanan darah dan pernafasan yang

pantas

- Menyebabkan emfisema iaitu alveolus pecah semasa

batuk serta penyakit jantung dan strok

Karbon

monoksida

Asap

kenderaan

- Gas beracun yang berupaya untuk bergabung

dengan haemoglobin dengan lebih cepat berbanding

oksigen

- Mengurangkan bekalan oksigen dalam badan dan

menyebabkan kematiaon

Sulfur dioksida

Asap kilang

- Bersifat asid yang boleh memusnahkan tisu-tisu

peparu dan menyebabkan keradangan

Jerebu (asap,

debu dan zarah

halus seperti

nitrogen

dioksida)

Asap kilang,

asap

kenderaan,

pembakaran

terbuka

- Menyebabkan asma dan kesesakan nafas akibat

penyempitan laluan udara seperti bronkus dan

bronkiol

- Juga boleh menyebabkan bronchitis iaitu batuk

kronik disebabkan keradangan pada lapisan bronkiol

4. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kualiti udara seperti;

Berhenti merokok

pembakaran terbuka

Mengelakkan

Menyelenggara

kendaraan mengikut

jadual

Kilang menggunakan

penapis pada cerobong

asap

Melaksanakan

undang-undang untuk

mengawal pencemaran

udara

Mengurangkan

menggunakan

kenderaan bermotor

(basikal, berjalan,

kenderaan awam)

(7)

7

Mengkaji kesan rokok kepada peparu

Radas dan bahan: Rokok, kapas penunjuk semesta, tiub getah, thermometer, pam sedut, tiub-U dan tabung didih.

Fokus Mawar 23 :

Lakukan eksperimen seperti berikut: Prosedur:

1. Radas disusun seperti dalam rajah di atas.

2. Tanpa menyalakan rokok, pam sedut dihidupkan selama beberapa minit. 3. Termometer, warna kapas dan penunjuk semesta diperhatikan.

4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menyalakan rokok. 5. Pemerhatian dicatatkan.

Keputusan:

Bahan Pemerhatian Inferens

Termometer

Kapas

Penunjuk semesta

Soalan:

1. Apakah yang diwakili oleh kapas di dalam tiub-U

2. Apakah fungsi larutan penunjuk semesta?

(8)

Referensi

Dokumen terkait