• Tidak ada hasil yang ditemukan

BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI KEDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI KEDAH"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI KEDAH

Kerajaan Kedah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk anak negeri Kedah dan juga penduduk tetap di Kedah. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan bagi meringankan beban penduduk terutama sekali bagi golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan juga warga emas. Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu yang meliputi pelbagai aspek ialah :

BIASISWA ZAKAT KEDAH

SKIM BANTUAN AM NEGERI

SKIM BANTUAN PERSEKUTUAN

PINJAMAN PELAJARAN PENGAJIAN TINGGI LBNK

BANTUAN JKM

(2)

1. BIASISWA ZAKAT KEDAH

DASAR AGIHAN ZAKAT BIASISWA PELAJAR UNISHAMS

1. Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah merupakan tajaan penuh kepada mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

2. Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.

KADAR BANTUAN

BIL PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH BANTUAN (semester)

JUMLAH BANTUAN

(setahun)

KUOTA

1 Diploma

(semua bidang pengajian)

RM 5,000.00 RM 10,000.00 20 orang

2 Ijazah Sarjana Muda (semua bidang pengajian)

RM 6,000.00 RM 12,000.00 70 orang

3 Ijazah Sarjana Muda (Program Pindahan Kredit)

RM 6,000.00 RM 12,000.00 50 orang

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA PELAJAR UNISHAMS BIL PERINGKAT PENGAJIAN KUOTA

PELAJAR

SYARAT KELAYAKAN

1 Diploma 20 orang a) Pemohon mestilah beragama Islam

b) Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun

c) Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian

2019/2020

d) Semua bidang pengajian yang diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia

(3)

e) Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 1A 2B dan 3 Kreadit serta kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu f) Lulus ujian penempatan Bahasa Arab

yang dianjurkan oleh UnisSHAMS;

dan lulus ujian temuduga. (Diploma Tahfiz Wal Qiraat)

g) Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

h) Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)

i) Lulus temuduga Lembaga Zakat Negeri Kedah

2 Ijazah Sarjana Muda (semua bidang

pengajian)

70 orang a) Pemohon mestilah beragama Islam b) Pemohon sedang bermastautin /

menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.

c) Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian tahun 2019 dan 2020.

d) Semua bidang pengajian yang diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia

e) Lulus

Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 dan keatas atau sekurang-kurang pangkat Jayyid bagi lepasan STAM

f) Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

(4)

g) Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)

h) Lulus temuduga Lembaga Zakat Negeri Kedah

3 Ijazah Sarjana Muda (Program Pindahan

Kredit)

50 orang (tambahan)

a) Pemohon mestilah beragama Islam b) Pemohon sedang menetap di Kedah

(mengikut alamat surat tawaran) sekurangkurangnya 2 tahun.

c) Terbuka kepada pelajar Tahun 1 dan keatas dari Pengajian Islam di Timur Tengah yang menyertai program pindahan kredit ke UniSHAMS

d) Menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke UniSHAMS

e) e) Mengikuti program pindahan kredit yang disediakan oleh pihak UniSHAMS

f) Keputusan Akhir peperiksaan di Universiti Timur Tengah adalah sekurang-kurangnya MAQBUL

g) Lulus temuduga Lembaga Zakat Negeri Kedah

4 Ijazah Sarjana Muda Perubatan

2 orang a) Pemohon mestilah beragama Islam b) Pemohon merupakan bermautin /

menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun

c) Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian

2020/2021

d) Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 1A 2B

(5)

e) Lulus

Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 dan keatas atau sekurang-kurang pangkat Jayyid bagi lepasan STAM

f) Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

g) Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)

h) Lulus temuduga Lembaga Zakat Negeri Kedah

PANDUAN MENGISI PERMOHONAN.

1. Pemohon hendaklah diisi melalui portal Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah http://biasiswa.zakatkedah.com.my/

2. Pemohon WAJIB mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen- dokumen yang diperlukan seperti berikut:

 Salinan Kad Pengenalan Pemohon

 Gambar pemohon berukuran passport

 Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga

 Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan

 Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan

 Salinan kelulusan pengajian (PT3/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)

 Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT

3. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, dan Penghulu).

(6)

4. Permohonan diuruskan oleh Ibu Pejabat melalui Bahagian Pendidikan : Bahagian Pendidikan

Lembaga Zakat Negeri Kedah Menara Zakat

Jalan Teluk Wan Jah 05200, Alor Setar Kedah Darul Aman.

Telefon : 047331740

(7)

2. SKIM BANTUAN AM NEGERI

Skim Bantuan Am Negeri – adalah tidak seragam di antara negeri-negeri. Di antara jenis- jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan kepada warga tua, balu dan

tanggungan, anak yatim miskin, OKU, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit.

Bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta.

KADAR

Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

OBJEKTIF

Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;

2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;

3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan

bulanan JKM lain;

ATAU

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh melayari laman web tersebut

http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=VXB6QU9pNE85UmRzZExPKy9RaFhZQT09

(8)

3. SKIM BANTUAN PERSEKUTUAN

Skim Bantuan Persekutuan – seragam di seluruh negara. Jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan seperti Bantuan Penyaraan Kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat dan Bantuan Am Persekutuan. Manakala bantuan sekaligus pula ialah Bantuan Geran Pelancaran, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan dan Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran. Di bawah Skim Bantuan Am Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) juga terdapat bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta.

KADAR

RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

TUJUAN

Membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh melayari laman web tersebut

http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=cWZzb0pFRys1M0RoMktqUW5va0NVZz09

(9)

4. PINJAMAN PELAJARAN PENGAJIAN TINGGI LBNK

Pinjaman pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah merupakan satu bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi. Pinjaman yang diberi adalah bermula dari peringkat sijil hinggalah peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian di dalam negara yang tersenarai dalam senarai institusi yang menerima tajaan LBNK. Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.

SYARAT KELAYAKAN

Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah), atau salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah.

Mendapat tawaran tempat pengajian DALAM NEGARA SAHAJA.

Tidak ada penganjur lain.

Pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama secara SEPENUH MASA.

Mengikuti pengajian di IPTA yang ditawarkan pinjaman sahaja.

CARA MEMOHON

 Permohonan dibuka mulai 15 Ogos sehingga 15 September setiap tahun. * Bergantung kepada perubahan semasa

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web di alamat www.lbnk.gov.my / www.kedah.gov.my

KADAR PINJAMAN PELAJARAN

PERINGKAT KADAR (setahun)

SIJIL RM 2,500

DIPLOMA RM 4,000

IJAZAH SARJANA MUDA (Ijazah Pertama) RM 6,500

LBNK akan menyalurkan bantuan pinjaman terus ke akaun pelajar bagi setiap semester.

Menjadi tanggungjawab pelajar untuk melunaskan bayaran-bayaran berkaitan seperti yuran dan sebagainya.

SENARAI IPT TAJAAN

 Semua Universiti Awam di Malaysia

 Semua Universiti Teknologi MARA

 Semua Politeknik Awam di Malaysia

 Kolej Komuniti (Cawangan Kedah Sahaja)

 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ( UNISHAMS )

(10)

 Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

 Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)

 Universiti Teknikal Malaysia Terengganu (UMT)

 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)

 Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

 Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia

 Kolej Universiti TATI

 ASIAN Institute Of Medicine, Science & Technology (AIMST)

 Universiti Selangor (UNISEL)

 Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

 Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

(11)

5.

BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan

Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan

Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan

Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.

Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Kelayakan Memohon Bantuan Kebajikan

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);

2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);

3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);

4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);

5.Bantuan Orang Tua (BOT);

6.Bantuan Am Persekutuan (BA);

7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);

8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);

9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);

10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);

11.Tabung Bantuan Segera (TBS).

(12)

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Permohonan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Yang Berkaitan

JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)

(http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/BORANG_PERMOHONAN_JKM_18.pd f)

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

(http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/JKM20_2016.pdf)

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Namun belum diketahui apakah persepsi body image dan perilaku diet memiliki pengaruh dengan status gizi pada remaja putri di SMK Analis Kesehatan Tunas Medika

Menimbang : bahwa dalam rangka mendukung tertib administrasi pengelolaan keuangan pelaksanaan pemungutan Pajak Bumi dan Bangunan di Kabupaten Banyuwangi Bagian

Di Indonesia istilah-istilah tersebut di atas dapat diwakili dengan istilah ”anak cacat” sedangakan dalam dunia pendidikan lebih dikenal dengan istilah ”anak luar biasa”

Ini termasuk: (1) menyediakan masukan- masukan teknis terhadap penyusunan kebijakan daerah, (2) memfasilitasi training peningkatan kapasitas pemangku kepentingan di

Pada industri yang baru bertumbuh, strategi yang dipilih tergantung pada permintaan pasar, umumnya industri ini dipenuhi oleh banyak penemuan dan terobosan baru, sehingga

bahwa dalam rangka pelaksanaan lebih lanjut Keputusan Menteri Dalam Negeri Nomor 32 Tahun 1991 tanggal 12 April 1991 tentang Pedoman Usaha Pertambangan Bahan Galian

Selain penelitian yang membahas kesalahan berdasarkan kriteria Watson, Susanti (2017) melakukan penelitian yang membahas analisis kesalahan siswa dalam menyelesaikan

Sebuah negara tidak dapat serta merta mengalami peningkatan produktivitas hanya dengan berperan aktif dalam perdagangan, karena untuk meningkatkan produktivitas