• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter. Universiti Sains Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter. Universiti Sains Malaysia"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Peserta NSC 2019    

   

                       

         

                       

        

PERTANDINGAN STATISTIK PERINGKAT KEBANGSAAN ( NSC) TAHUN 2019

                 

   Persatuan  Sains  Matematik  USM  dan  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik  USM  dengan  kerjasama  daripada  Persatuan  Sains  Matematik  Malaysia (PERSAMA) telah menganjurkan Pertandingan Statistik Peringkat  Kebangsaan,  atau  lebih  dikenali  sebagai  National  Statistics  Competition  (NSC) untuk kali ketiga pada tahun ini. Program NSC dianjurkan secara atas  talian  (online)  dan  berasaskan  pengetahuan  statistik  bertujuan  untuk  memberikan  pendedahan   tentang  statistik  yang  lebih  mendalam  kepada  para peserta.  

  Topik  yang  dirangkumi  dalam  pertandingan  ini  termasuk  Penerangan  Data  (Data  Description),  Kebarangkalian  (Probability),  dan  Taburan  Kebarangkalian  (Probability  Distribution).  Pertandingan  ini  bertujuan  untuk  memupuk  minat  peserta  terhadap  statistik,  melatih  peserta berfikir secara kritis dan kreatif serta menggalakkan pelajar‐pelajar  Pra‐Universiti  melanjutkan  pelajaran  mereka  dalam  bidang  Statistik  pada  masa hadapan.

  Program ini dianjurkan dengan jayanya kerana terdapat sokongan  dan  bantuan  daripada  penasihat  program  ini  yang  terdiri  daripada  pensyarah‐pensyarah  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik,  jawatankuasa  program  yang  terdiri  daripada  pelajar‐pelajar  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik  serta  penaja‐penaja  terutama  Casio  yang  merupakan  penaja  utama (Gold Sponsor). 

 

   

   

   

 

“Bermimpilah tentang apa yang  ingin kamu impikan, pergilah ke  tempat‐tempat yang kamu ingin  pergi, jadilah seperti yang kamu  inginkan, kerana kamu hanya  memiliki satu kehidupan dan satu  kesempatan untuk melakukan hal‐

hal yang ingin kamu lakukan.” 

 

         

   

Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia

11800 USM Pulau Pinang Tel: 04-6533481 Fax: 04-6570910

https://www.facebook.com/matematikUSM

(Penerbitan 2 kali setahun)

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik

 

School of Mathematical Sciences Newsletter Universiti Sains Malaysia

    JIL .  5 BIL 02 ( ISSN: 2462‐1390)                     http://www.usm.my       DEC 2019

(2)

Proses Pendaftaran Sesi Perkongsian

Penerangan Untuk NSC Pusingan Kedua Taklimat Dari Casio Disediakan oleh Tang Su Qin

 

                                                       

21  September  2019  (Sabtu)  –  Pusingan  Pertama  (Qualifying  Round)  telah  dijalankan  secara  atas  talian  (online)  dari  10.00  pagi  hingga  12.00  tengah  hari.  Seramai  439  orang  peserta  rakyat  Malaysia  yang  berumur  18  tahun  hingga  22  tahun  telah  menyertai  pertandingan  ini.  Daripada  439  orang  peserta,  hanya  50  orang  peserta  (Top  50)  yang  memperoleh  skor  yang  tinggi  dan  dengan  penggunaan  masa  yang  pendek  layak  memasuki  Pusingan Kedua (The Finale).

12  Oktober  2019  (Sabtu)  –  Pusingan  Kedua  (The  Finale)  telah  dianjurkan  bersempena  dengan  Math  STATOR  Day  dengan  hasrat  untuk  mempromosikan program Statistik Gunaan dan Penyelidikan Operasi yang  ditawarkan  di  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik  kepada  peserta‐peserta. 

Seramai  35  orang  peserta  daripada  Top  50  yang  terlibat  dalam  Pusingan  Kedua  dan  lebih  kurang  30  orang  peserta  yang  bukan  Top  50  menyertai  Math STATOR Day. 

 

Semasa pusingan kedua dijalankan, peserta bukan Top 50 terlibat  dengan  aktiviti‐aktiviti  lain  seperti  sesi  pengenalan  tentang  perisian  statistik. Pameran daripada Canon juga dibuka agar peserta‐peserta dapat  memperoleh maklumat selanjutnya.  

Majlis  perasmian  telah  dirasmikan  oleh  Timbalan  Dekan  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik,  Dr  Nuzlinda  Abdul  Rahman.  Selepas  itu,  Pengerusi Rancangan Program Statistik Gunaan dan Penyelidikan Operasi,  Dr  Fam  Pei  Shan,  telah  mengadakan  ceramah  untuk  mempromosikan  program  Statistik  Gunaan  dan  Penyelidikan  Operasi.  Selepas  itu,  sesi  perkongsian  pengalaman  daripada  graduan‐graduan  program  Statistik  Gunaan,  saudara  Chan  Kok  Ming  dan  saudara  Kenny  Kho  Kia  Wun  serta  pelajar  tahun  akhir  program  Penyelidikan  Operasi,  saudara  Teh  Xian  Zhi  telah dijalankan. 

       

      

Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili

Dr. Husna Hassan

Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey

Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli

Cik Hartini Ahmad

Cik Nur Atiqah Jamaluddin Sidang Penerbit 

(3)

AJK Calcophilic Day 2019 di SMK Labu Besar, Kulim Kedah Salah Satu Permainan Calcophilic

Yang Dimainkan Oleh Peserta Sesi Bergambar Bersama Pelajar

SMK Labu Besar

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik

CALCOPHILIC DAY 2019

Calcophilic Day 2019 telah berjaya dilangsungkan pada 15 ‐ 17 November 2019 (Jumaat 

‐  Ahad)  bertempat  di  USM  dan  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Labu  Besar,  Kulim,  Kedah.  Program  ini  diadakan  selama  tiga  hari  dan  objektifnya  adalah  untuk  mendedahkan  adik‐adik  pelajar  tahun  satu  dan  dua  dalam  pasukan  Calcophilic  mengenai  cara  mencipta  permainan  dan  spesifikasi  yang  perlu  ada  dalam  setiap  permainan  yang dicipta. Program    ini dikendalikan oleh pelajar tahun tiga Calcophilic  USM. Seramai 38 orang peserta termasuk AJK telah menyertai Kem Calcophilic. 

Kem  ini  bermula  pada  hari  Jumaat  (15  November  2019)  jam  8  malam  di  BT  204,  Pusat Pengajian  Sains  Matematik,  USM.  Dr.  Ahmad  Lutfi  Amri  sebagai  penasihat  bagi  program  Calcophilic  Day  ini  telah  memberikan  pengenalan  dengan  mengadakan  permainan  meneka  kacang.  Seterusnya,  beliau  telah  menyampaikan modul mengenai konsep gamifikasi. Terdapat juga permainan Calcophilic diadakan untuk memberi  gambaran kepada para peserta mengenai suasana dan keadaan program Calcophilic semasa di sekolah. 

         

     

Pada  hari  Sabtu  (16  November  2019),  para  peserta  telah  diberi  tugasan  untuk  mencipta  satu  permainan  yang  mengaplikasikan  ilmu  Matematik  dan  memenuhi  spesifikasi  gamifikasi  yang  diperlukan.  Permainan  mereka  haruslah melingkupi sukatan pelajaran tingkatan 4 dan jika diterima,  maka  permainan  tersebut akan  dibawa  ke  sekolah  pada  hari  berikutnya.  Kesemua peserta dibahagikan  kepada enam kumpulan dan dibantu oleh pelajar  tahun  3  sebagai  mentor.  Terdapat  juga  sebuah  kumpulan  yang  terdiri  daripada  mentor  sahaja.  Setelah  selesai  mencipta  permainan,  setiap  kumpulan  haruslah  membentangkan  hasil  perahan  idea  mereka  kepada  Dr.  Ahmad  Lutfi  Amri  dan  Encik  Syazwan,    alumni    yang  juga  orang  kuat    Calcophilic.  Hampir  kesemua  permainan  baru  telah diterima dan dibawa ke sekolah. 

Pada hari Ahad (17 November 2019), kesemua peserta dan AJK Calcophilic Day telah bergerak ke Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Labu  Besar,  Kulim,  Kedah.  Program  ini  telah  bermula  pada  jam  9  pagi  dan  disertai  seramai  130  pelajar  SMK  Labu  Besar.  Pelajar  ini  telah  dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri 8‐10 orang  dalam  satu  kumpulan.  Terdapat  lima  stesen  yang  menyediakan  lima  permainan  yang berbeza  dan  mereka  perlu  bersaing  untuk  mendapatkan  kutipan  'coin'  tertinggi.  Sebanyak  tiga  peringkat  'Final  battle'  telah  berlangsung  antara  empat  kumpulan  tertinggi  dan  turut  ada  penyingkiran  kepada  kumpulan  terakhir  bagi  setiap  peringkat. 

Program  ini  berakhir  pada  jam  1  petang  selepas  sesi  penyampaian  hadiah  dan  bergambar  kenangan  bersama  pelajar. 

Kesimpulannya,  Calcophilic  Day  2019  telah  berjaya  dilaksanakan  dan  mencapai  matlamatnya.  Semua  yang  terlibat      telah  memberikan  komitmen  dan  usaha  yang  sepenuhnya  bagi  menjayakan  program  ini.  Program  ini  merupakan  program  kedua  bagi  sidang  2019/2020  dan  lebih  banyak  program  yang  akan  dijalankan.

       

(4)

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik

MALAM MESRA 2019

           

Peserta dan AJK Projek Malam Mesra 2019

21 September 2019 ialah tarikh Program Malam Mesra  2019  diadakan  dengan  penuh  kejayaan.  Program  ini  telah dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik Sidang  2019/2020  bertujuan  merapatkan  hubungan  antara  mahasiswa  dari  Tahun  1  hingga  Tahun  4.  Tema  umum  yang  telah  ditetapkan  oleh  ahli  jawatankuasa  Malam  Mesra  2019  ialah  ‘Malaysia;  Truly  Asia’  bersempena  dengan  sambutan  16  September  iaitu  Hari  Malaysia. 

Setiap  kumpulan  iaitu  sebanyak  11  kumpulan  telah  ditetapkan  mengikut  nama‐nama  tokoh  dari  negeri  yang  berbeza.  Contohnya,  nama  kumpulan  satu  ialah  Tok  Perlis  yang  mewakili  Negeri  Perlis,  kumpulan  dua  ialah  Tunku  Anum  yang  mewakili  Negeri  Kedah,  kumpulan tiga ialah Maharaja Lela yang mewakili Negeri  Perak dan lain‐lain

  

Malam  Mesra  2019  telah  melibatkan  seramai  200  orang  mahasiswa  termasuk  ahli  jawatankuasa  program.  Malahan,  alumni  dan  pensyarah  Pusat  Pengajian Sains Matematik  (PPSM) juga telah dijemput  hadir  bagi  memeriahkan  lagi  suasana  Malam  Mesra  2019. Tempat yang dipilih bagi mengadakan program ini  ialah Dewan Kuliah G31 (DK G31), PPSM. Objektif utama  program  ini  dijalankan  adalah  untuk  merapatkan  hubungan  silaturrahim  antara  mahasiswa  dari  Pusat  Pengajian Sains Matematik tanpa mengambil kira umur,  bidang pengajian dan kaum.  Seterusnya, dengan tema  patriotik  yang  ditetapkan  dapat  menerapkan  semangat  cinta  akan  Negara  dalam  diri  setiap  mahasiswa. 

Tambahan  pula,  Malam  Mesra  2019  mempunyai  objektif  penting  iaitu  melatih  mahasiswa  menjadi  lebih  yakin  untuk  berinteraksi  dan  berada  di  hadapan  khalayak ramai khususnya pelajar Tahun Satu PPSM 

Kesimpulannya,  program  Malam  Mesra  2019  dapat  dijalankan  dengan  lancar  hasil  usaha  dan  penat  lelah ahli jawatankuasa program yang sentiasa memberi 

komitmen  dan  idea  bernas  bagi  menjayakan  program  ini. Tanpa mereka, sudah pasti Malam Mesra 2019 tidak  dapat  dijalankan  dengan  lancar.  Tidak  dilupakan  juga  kepada para jemputan, alumni dan pensyarah yang sudi  hadir  bagi  memeriahkan  Malam  Mesra  2019.  Terima  kasih  kepada  semua  warga  USM  terutamanya  warga  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik  atas  kerjasama  dan  komitmen  yang  diberikan  dari  hari  pertama  perancangan  program  dijalankan  hingga  tamat  program. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan  kekuatan yang diberikan. 

   

Persembahan Kumpulan Tok Gajah

Persembahan Penutup

Penyampaian Hadiah Kumpulan

Anugerah Fasilitator Terbaik

(5)

Sesi Pemberian Hadiah Kepada Setiap Kumpulan.

Aktiviti Membina Istana Pasir

Aktiviti Belon Air AJK Math’s Talk 2019

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik  

     MATH’S TED TALK 2019  

   

           

9  November  2019 – Program  menyebarkan  kesedaran  tentang  kesihatan  mental  yang  bernama  Math’s  Ted  Talk 2019 yang melibatkan penceramah jemputan, Puan  Yasmin  binti  Mohd  Redzuan  telah  dijalankan  secara  meriah  dengan  sambutan  yang  diterima  di  Dewan  Kuliah  U,  Universiti  Sains  Malaysia  (USM).  Math’s  Ted  Talk  2019  merupakan  program  penyebaran  kesedaran  yang  pertama  dianjurkan  oleh  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik.  Para  peserta  terdiri  daripada  mahasiswa‐

mahasiswa  di  sekitar  Kampus  induk  dan  orang  awam  sekitar Pulau Pinang. Melalui program ini, setiap pelajar  dan  orang  awam  mampu  mempelajari  dan  menambah  ilmu  tentang  kesihatan  mental  yang  makin  merunsing  dalam kalangan pelajar pada zaman sekarang. 

 

Objektif  program  Math’s  Ted  Talk  2019  ini  adalah  untuk  menyebarkan  kesedaran  tentang  kesihatan  mental  dan  depresi  yang  mampu  membahayakan  diri  seseorang  terutamanya  golongan  remaja  dan  belia  pada  masa  kini  serta  memberi  kekuatan  dan  keberanian  untuk  menempuh  cabaran  sebagai seorang pelajar untuk mengejar kejayaan dalam  akademik  di  peringkat  universiti.  Selain  itu,  pelajar  dapat  mengenal  pasti  kaedah  yang  berkesan  dalam  mengendali tekanan mental dan depresi. 

 

Program  ini  telah  berjaya  dijalankan  di  bawah  seliaan  Penasihat  Persatuan  Sains  Matematik,  Dr. 

Nuzlinda binti Abdul Rahman dan dipimpin oleh saudari  Mursyidah  binti  Nasrudin.  Secara  amnya,  program  ini  berlangsung  dengan  jayanya  dan  program  ini  berjaya  menjadi  platform  bagi  pelajar  untuk  menambah  pengalaman baru dalam pengurusan projek. 

        

 

TEAM BUILDING MATHSOC FAM

13  Oktober  2019  –  Hari  interaksi  ahli  jawatankuasa  Persatuan  Sains  Matematik  Universiti  Sains  Malaysia  yang dinamakan sebagai “Team Building Mathsoc Fam” 

telah  diadakan  di  Pantai  Batu  Feringghi,  Pulau  Pinang. 

Hari  interaksi  ini  merupakan  salah  satu  aktiviti  yang  wajib  dianjurkan  oleh  Persatuan  Sains  Matematik. 

Peserta‐peserta  program  ini  terdiri  daripada  ahli  jawatankuasa  Persatuan  Sains  Matematik  Universiti  Sains Malaysia. 

Objektif hari interaksi antara ahli jawatankuasa  diadakan  adalah  untuk  merapatkan  hubungan  antara  ahli jawatankuasa yang terdiri daripada majlis tertinggi,  exco  dan  pembantu  exco.  Hubungan  yang  terjalin  dengan kukuh dan rapat boleh menyebabkan kerjasama  terjalin  dengan  baik  antara  semua  ahli  jawatankuasa. 

Selain  itu,  program  ini  bertujuan  untuk  melahirkan  mahasiswa/i  yang  mahir  berorganisasi  dan  bersosial  di  samping cemerlang dalam bidang akademik. 

Program  ini  telah  berjaya  dijalankan  di  bawah  seliaan  Penasihat  Persatuan  Sains  Matematik,  Dr. 

Nuzlinda  binti  Abdul  Rahman  dan  dipimpin  saudari  Nursyafeeqa  Binti  Mohamad  Nasir.  Secara  amnya,  aktiviti  yang  dijalankan  sepanjang  program  ini  adalah  aktiviti  yang  merapatkan  hubungan  seperti  membina  istana pasir bersama ahli kumpulan. 

           

             

(6)

AJK Dan Peserta Program Bowlaholic 2019

Aktiviti Ketika Perlawanan Berlangsung

Antara Peserta dan Fasilitator

Peserta Beraksi Ketika Menyelesaikan

Tugasan

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik

BOWLAHOLIC  

       

 

30 November 2019 – Persatuan Sains Matematik telah  mengadakan program yang dinamakan Bowlaholic yang  dijalankan  secara  meriah  dan  lancar  di  Classic  Bowl,  Kompleks  Bukit  Jambul,  Bayan  Lepas,  Pulau  Pinang. 

Bowlaholic ini merupakan sebuah program perlawanan  sukan  bowling  antara  pelajar  USM.  Peserta‐peserta  program  ini  terdiri  daripada  mahasiswa‐mahasiswa  yang  daripada  pelbagai  pusat  pengajian  dan  tahun  pengajian  yang  berbeza  dari  Universiti  Sains  Malaysia. 

Seramai  40  orang  peserta  telah  menyertai  perlawanan  bowling ini. 

           

Objektif  Bowlaholic  diadakan  adalah  untuk  meningkatkan minat mahasiswa terhadap aktiviti sukan  dan dapat meningkatkan tahap kecergasan badan serta  kecerdasan  minda  mahasiswa.  Selain  itu,  mahasiswa/i  dapat mengeratkan hubungan antara pelajar yang lama  dan  juga  yang  baru  agar  dapat  membina  silaturahim  yang berpanjangan sepanjang tempoh pengajian.   

Program  ini  telah  berjaya  dijalankan  di  bawah  seliaan  Penasihat  Persatuan  Sains  Matematik,  Dr. 

Nuzlinda binti Abdul Rahman dan dipimpin oleh saudara  Muhamad  Syahir  Bin  Mohd  Zaki.  Secara  umumnya,  program  ini  mendapat  sambutan  yang  baik  dan  telah  berlangsung dengan jayanya pada hari kejadian dengan  bantuan  ahli  jawatankuasa  program  yang  menjalankan  tugas dengan baik 

MEGA MATH’S INTERACTION DAY 2019

21  September  2019  –  Hari  interaksi  Persatuan  Sains  Matematik  yang  dinamakan  Mega  Math’s  Interaction  Day  2019  telah  dijalankan  secara  meriah  di  kawasan  sekitar  Tasik  Fajar  serta  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik. Hari interaksi merupakan salah satu aktiviti  tahunan  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik.  Peserta  program ini terdiri daripada mahasiswa tahun satu yang  baru  sahaja  melanjutkan  pelajaran  di  Universiti  Sains  Malaysia.  Melalui  hari  interaksi  ini,  ahli  baharu  Persatuan  Sains  Matematik  dapat  lebih  mengetahui  secara  am  tentang  kursus‐kursus  Sains  Matematik  dan  meningkatkan minat mereka terhadap kursus ini. Kursus  Sains Matematik bukan sahaja mengandungi pengiraan  malahan  ia  juga  mempunyai  keseronokannya  yang  tersendiri di sebaliknya. 

Objektif  hari  interaksi  diadakan  adalah  untuk  menggalakkan kerjasama serta meningkatkan hubungan  komunikasi  antara  ahli  Persatuan  Sains  Matematik  dan  melahirkan  pelajar  yang  mahir  berorganisasi  juga  bersosial  di  samping  memperoleh  keputusan  yang  cemerlang  dalam  bidang  akademik.  Selain  itu  mahasiswa  juga  dapat  meningkatkan  tahap  kecergasan  badan  serta  kecerdasan  minda  mereka  melalui  aktiviti  yang dianjurkan sepanjang program ini berlangsung. 

Program  ini  telah  berjaya  dijalankan  di  bawah  seliaan  Penasihat  Persatuan  Sains  Matematik,  Dr. 

Nuzlinda  binti  Abdul  Rahman  dan  dipimpin  saudara  Ainul  bin  Jamil.  Secara  amnya,  aktiviti  yang  dijalankan  sepanjang  program  ini  adalah  Eksplorasi  Q‐race  yang  melibatkan  permainan  sukan  serta  permainan  yang  berasaskan minda.  

               

 

(7)

Aktiviti Ketika Perlawanan Berlangsung

Barisan Dekan Bersama Mantan Dekan PPSM

Dekan Merasmikan Pembukaan “The Space”

Disediakan oleh Dr Maisarah Hj Mohamad Disediakan oleh

Dr. Yazariyah Md Yatim  

MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI PPSM 2019

 

                           

Pada  5hb  Oktober  2019  yang  lalu, Pusat  Pengajian Sains Matematik (PPSM) telah menganjurkan  Majlis Makan Malam Alumni PPSM 2019 di Hotel Olive  Tree, Pulau Pinang. Majlis makan malam ini merupakan  aktiviti  libat  sama  alumni  yang  pertama  kali  diadakan  sempena  menyambut  ulang  tahun  USM  yang  ke‐50  pada  tahun  ini.  Majlis  ini  juga  merupakan  salah  satu  inisiatif  untuk mengumpul  dan  merapatkan  ikatan  silaturrahim  antara  PPSM,  para  alumni  serta  pelajar  PPSM.  

 

Majlis  ini  turut  diserikan  dengan  kehadiran  kesemua  mantan  dekan  PPSM  iaitu  dekan  pengasas,  Profesor  Emeritus  Dato  Dr.  Tan  Wang  Seng,  Profesor  Emeritus  Dato’  Dr.  Hassan  Said,  Profesor  Dato’  Indera  Dr.  Rosihan  M.  Ali,  Profesor  Madya  Dr.  Ahmad  Abd. 

Majid dan  Profesor  Dr.  Ahmad  Izani  Md.  Ismail.  Majlis  juga  turut  dimeriahkan  dengan  kehadiran  bekas‐bekas  staf PPSM yang telah menabur khidmat bakti mereka di  pusat pengajian.  

 

Alhamdulillah,  majlis  yang  mengumpulkan  hampir 110 hadirin ini telah berlangsung dengan lancar  dan jayanya. Selain sajian yang enak, para hadirin turut  disajikan  dengan  persembahan  multimedia  sejarah  penubuhan  PPSM,  persembahan  nyanyian  oleh  Dr. 

Ahmad Lutfi Amri dan kuiz. Selain itu, lebih daripada 20  barangan  cabutan  bertuah  juga  telah  dimenangi  oleh  para peserta. 

 

Diharapkan  aktiviti  alumni  sebegini  dapat  dilaksanakan  lagi  pada  masa  akan  datang. 

Selain menghimbau  nostalgia  zaman  ketika  berada  di  universiti, Majlis  Makan  Malam  Alumni  PPSM  2019  ini  juga  dapat menyemarakkan  semangat  kekitaan  dalam  kalangan alumni.  

 

THE SPACE

Ruang  santai  pelajar,  yang  diberi  nama  ‘The  Space’  telah  dibuka  secara  rasminya  kepada  semua  pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) pada 9  Disember  yang  lalu.  Sebelum  ia  dibuka  kepada  pelajar,  Dekan  telah  menjemput  kesemua  staf  PPSM  serta  Dekan  dan  Timbalan  Dekan  Pusat  Pengajian  Sains  Komputer (PPSK) untuk melawat ruang santai ini. 

Pada  asalnya,  bilik  ini  ialah  salah  satu  makmal  PPSK dan setelah melalui beberapa siri perbincangan, ia  diserahkan kepada  pihak  PPSM. Jabatan Pembangunan  kemudiannya  telah  membantu  mengubah  suai  bilik  ini  dengan  menukar  lantai  berkarpet  kepada  lantai  berkayu,  menukar  bingkai  tingkap  kayu  kepada  aluminium dan mengecat semula dinding dengan warna  universiti (ungu dan ungu lembut). Kelengkapan mudah  alih  kemudiannya  ditambah  dengan  kos  sekitar  RM  10  ribu. The Space dilengkapi dengan kerusi, meja, bangku,  beg  kekacang,  kabinet,  rak  buku  dan  juga  papan  putih  untuk  kemudahan  pelajar.  Buat  masa  ini,  The  Space  dibuka  mulai  8.30  pagi  sehingga  5  petang.  Permintaan  pelajar agar masa pembukaan The Space ditambah akan  dipertimbangkan pada semester akan datang. 

PPSM  ingin  merakamkan  jutaan  terima  kasih  kepada  kesemua  staf  PPSM  yang  memberi  sumbangan  secara  langsung  atau  tidak  langsung;  dalam  bentuk  wang  ringgit,  material,  buah  fikir  dan  tenaga  dalam  menjayakan  pembukaan  The  Space.  Semoga  kebaikan  tersebut dikurniakan ganjaran yang baik. 

Adalah  diharapkan  agar  The  Space  dapat  memudahkan  pelajar  berdiskusi  dan  membuat  persiapan pembelajaran. PPSM juga menyeru agar para  pelajar  dapat  memanfaatkan  kemudahan  The  Space  dengan menjaga kebersihan dan fasiliti yang disediakan  serta menjadi pengguna yang bertanggungjawab. 

     

   

(8)

Pelajar Baharu PPSM Bersama Pegawai Pertanian Pulau Pinang

Peserta Dari SK Bertam –Murid Dan Guru

Disediakan oleh Hartini Ahmad Disediakan oleh Ahmad Wafi

Disediakan oleh Hartini Ahmad  

Pelajar Baharu Bersama Pegawai Pertanian Pulau Pinang

USM ANIMATHIC RUN 2019

   

             

Pada  5hb  Oktober  2019  hari  Sabtu,  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik  bersama‐sama  Persatuan  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik  telah  mengadakan  satu  larian  yang  bertemakan  “Anime”  sempena  Hari  Ulang  Tahun  USM  ke‐50  tahun.  Sasaran  program  ini  adalah kepada alumni dan pelajar dari  Pusat Pengajian  Sains  Matematik.  Program  telah  dirasmikan  oleh  Prof. 

Dr.  Hailiza  Kamarulhaili  selaku  Dekan  Pusat  Pengajian  Sains  Matematik.  Penyertaan  program  ini  adalah  seramai 284 orang peserta.  

   

LAWATAN NAIB CANSELOR KE PPSM

Pada 15 november 2019 Naib Canselor Prof Faisal Rafiq  Mahamd  Adikan  telah  mengadakan  lawatan  ke  Pusat  Pengajian.  Lawatan  ini  bertujuan  untuk  bersua  muka  dengan semua staf yang berkhidmat di pusat pengajian  serta berkongsi idea dan matlamat yang telah dirancang  untuk kemajuan USM.  

               

PROGRAM PERTANIAN BANDAR PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK DENGAN KERJASAMA JABATAN PERTANIAN PULAU PINANG

           

 

5  Oktober  2019  –  Pada  awal  September  2019  Pusat  Pengajian  telah  menerima  seramai  149  orang  pelajar  baru bagi sidang akademik 2019/20. Seperti biasa pada  minggu  pertama  orientasi  terdapat  pelbagai  aktiviti  yang  harus  dijalani  oleh  pelajar  baru.  Namun  pada  kali  ini,  naib  canselor  Prof  Dato’  Dr  Asma  telah  meminta  pusat  pengajian  menganjurkan  aktiviti  kelestarian  yang  perlu dijalankan oleh pusat pengajian.  

Buat  julung  kalinya  pusat  pengajian  telah  memilih  program  pertanian  bandar  sebagai  aktiviti  kelestarian.    Mendapat  kerjasama  daripada  jabatan  pertanian  Pulau  Pinang,  beberapa  staf  dari  jabatan  pertanian  telah  turun  padang  membantu  memberi  taklimat  mengenai  pertanian  bandar  sekali  gus  menunjuk  ajar  pelajar  bagaimana  pertanian  bandar  dijalankan.  Beberapa  bahagian  kawasan  di  sekeliling  pusat pengajian telah menjadi tempat bagi aktiviti ini.  

     

 

 

   

Gambar Berkumpulan Selepas Aktiviti

Dekan Memberikan Taklimat Ringkas Mengenai Pusat

Pengajian

Taklimat Daripada Naib Canselor

Referensi

Dokumen terkait

Arca amithaba (kiri) merupakan patung bercorak Buddha, cirinya adalah merupakan patung Sang Buddha dengan. berbagai posisi, sikap tangan, dan arah

Klaster Drug Discovery and Development merupakan salah satu kluster yang dikembangkan di Program Doktor, Fakultas Kedokteran UGM dengan tujuan untuk mewadahi penelitian mahasiswa

Demikian buku panduan ini dibuat untuk panduan pemberian informasi dan edukasi yang efektif sehingga didalam pelayanan pasien dapat berjalan baik, dengan terbitnya Buku

Berdasarkan dari uraian latar belakang, tinjauan pustaka dengan teori-teori yang telah dijelaskan pada bab terdahulu terhadap penelitian ini, maka model penelitian

Dari pasal 280 KUHPerdata dapat disimpulkan bahwa pada dasarnya pengakuan sukarela merupakan suatu tindakan yang didasarkan atas kehendak bapak dan atau ibu anak

Kegiatan PPL merupakan serangkaian kegiatan yang terdiri dari observasi kelas, serta proses pengidentifikasian lingkungan belajar dan karakteristik peserta didik,

Kepastian tepat lokasi, tepat prosedur, tepat pasien operasi di rumah sakit berdasarkan SOP sesuai standar JCI adalah : (4).. Pada hari operasi sebelum pasien memasuki area steril

Kuiz Matematik 2019 merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik dan Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia.. Program