• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. School of Mathematical Sciences Newsletter Universiti Sains Malaysia. JIL. 5 BIL 02 (ISSN:2462-1390). http://www.usm.my. JUN 2019. Mengeluh hanya akan membuatkan hidup kita semakin tertekan, sedangkan bersyukur akan senantiasa membawa kita pada jalan kemudahan.. Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang Tel: 04-6533481 Fax: 04-6570910 https://www.facebook.com/matematikUSM. (Penerbitan 2 kali setahun). 8 – 11 April 2019 - Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Workshop on Complex Systems Modelling & Simulation 2019 (CoSMoS 2019): IoT & Big Data Integration. Program bertaraf antarabangsa yang dilaksanakan buat julung kalinya ini adalah merupakan kerjasama strategik antara PPSM USM, Water Resource and Disaster Management (WARM) Vietnam, South East Asia Center of Unité de Modélisation Mathématique et Informatique des Systèmes Complexes (UMMISCO France-Vietnam), The French Research Institute for Development (IRD) dan Thuyloi University, Vietnam. Topik yang diketengahkan bagi CoSMoS 2019 adalah sistem kompleks (complex systems) dan pemodelan berasaskan ejen (agent-based modelling, ABM) serta analitik data raya (big data analytics) dan juga internet pelbagai benda (internet of things, IoT). Sistem kompleks secara umumnya ditakrifkan sebagai suatu sistem yang terdiri daripada komponen-komponen heterogen yang berinteraksi antara satu sama lain. Acapkali teknik daripada sistem kompleks ini digunakan untuk membantu penyelidik membuat ramalan dalam pelbagai bidang sains, teknologi, Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 1.

(2) kejuruteraan dan matematik (STEM). Kaedah data raya pula sering digunakan untuk mengkaji pola menarik dalam suatu set data yang besar. Data-data ini biasanya dikumpul dengan menggunakan pendekatan internet pelbagai benda, yakni merujuk kepada teknologi pintar dan segala peranti elektronik yang berkomunikasi sesama sendiri melalui internet. Manakala ABM pula merupakan pendekatan untuk menyiasat sistem kompleks dari perspektif mikroskopik dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi kehidupan seharian seperti permasalahan biologi, kejuruteraan, teori permainan dan sosio-ekonomi. Menyedari kepentingan pendekatan ABM, IoT dan Big Data Analytics dalam memahami suatu sistem yang kompleks, CoSMoS 2019 telah dianjurkan bagi membentuk rangkaian penyelidikan kerjasama antara penyelidik USM, ASEAN dan juga penyelidik antarabangsa yang lain, serta membuka peluang kolaborasi baru untuk kajian rentas bidang yang memfokuskan kepada bidang-bidang penting ini. PPSM USM telah diberikan mandat serta kepercayaan untuk mengendalikan seminar ini setelah menganjurkan Southeast Asian Mathematical Society (SEAMS) School 2018 on Dynamical Systems and Bifurcation Analysis (DySBA) dengan jayanya; program yang dijalankan dari 6 – 13 Ogos 2018 ini juga telah dianjurkan secara kolaborasi antarabangsa bersama Southeast Asian Mathematical Society (SEAMS), Centre International de Mathématiques Pures et Appliquées (CIMPA), France dan Commission for Developing Countries (CDC) of the International Mathematical Union (IMU), Germany. Kepercayaan demi kepercayaan yang diberikan oleh agensiagensi antarabangsa ini dilihat dapat merealisasikan matlamat untuk meletakkan PPSM sebagai platform dan penggerak utama dalam sistem kompleks di Malaysia dan juga di peringkat serantau.. CoSMoS 2019 telah dihadiri oleh 53 peserta antarabangsa dan 4 penceramah yang mempunyai kepakaran dalam bidang sistem kompleks. Para peserta CoSMoS 2019 ini kebanyakannya merupakan penyelidik dan pensyarah dari pelbagai negara, contohnya seperti Jepun, Perancis, Bangladesh, Nigeria, Mesir, China, Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam dan Malaysia. Antara impak pelaksanaan program ini adalah untuk memberikan peluang kepada para penyelidik dalam pelbagai bidang matematik serta penyelidik daripada bidang saintifik yang lain untuk sama-sama berkongsi pengetahuan dan berbincang mengenai perkembangan teori pemodelan dan teknik simulasi dalam bidang sistem kompleks, serta aplikasinya dalam pelbagai bidang STEM yang lain. Program ini juga dapat menjadi suatu forum yang unik bagi para penyelidik untuk bertukar idea baru, kaedah penyelidikan terkini, keputusan serta perspektif kajian semasa dalam bidang pemodelan sistem kompleks. Seminar yang julung-julung kali dilaksanakan di Malaysia ini adalah titik permulaan aktiviti kolaborasi saintifik dalam konteks kerjasama strategik antara PPSM USM dan UMMISCO, IRD, WARM serta Thuyloi University, Vietnam. Sementelahan, program ini telah meningkatkan visibiliti USM di kaca mata dunia. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan kualiti penyelidikan dan pengajaran dalam bidang pemodelan matematik, di samping mengembangkan bidang tumpuan penyelidikan staf dan kerja perundingan. Penganjuran CoSMoS 2019 ini juga telah membina kapasiti serta mengukuhkan kemahiran dan kompetensi staf akademik terutamanya dalam bidang penyelidikan. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 2.

(3) Bagi pihak JK Pengelola CoSMoS 2019, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penaja dan rakan kolaborasi tempatan kami iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Bahagian Akademik & Antarabangsa USM, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM, Persatuan Sains Matematik Malaysia (Persama), Penang Convention & Exhibition Bureau (PCEB), Uni Paper Products Sdn. Bhd., Muzium Pulau Pinang & Galeri Seni dan Penerbit USM. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada USM, PPSM, semua ahli jawatankuasa, para peserta serta penceramahpenceramah yang telah sama-sama menggembleng tenaga dalam menganjurkan program ini dengan jayanya.. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 3.

(4) Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 4.

(5) DIGIT DASH 2019. bertempur untuk menentukan johan keseluruhan program ini dan akhirnya, gelaran juara keseluruhan telah dirangkul oleh kumpulan Delta. Kesimpulannya, Digit Dash SK Bertam Indah ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada semua pihak. Program ini telah dapat melatih para peserta supaya berfikiran kritis dan kreatif dalam membuat keputusan, serta belajar untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Para peserta yang menjadi fasilitator juga turut berjaya mengaplikasi segala pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada masyarakat luar setelah menjalani program ini.. 23 Mac 2019 – Salah satu program Calcophilic kali ini yang dinamakan Digit Dash SK Bertam Indah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini merupakan anjuran kali ke-6 yang diadakan di sekolah tersebut. Program yang disertai seramai 25 orang ahli jawatankuasa dan 256 orang peserta hadir daripada pelbagai negeri. Program ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Pelbagai aktiviti dan permainan yang mengaplikasi Matematik telah diadakan dengan tujuan meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Program bermula dengan sesi perkenalan antara fasilitator dan peserta yang kemudiannya dibahagikan kepada 12 kumpulan menggunakan nama ‘Greek Alphabet’. Dengan seorang fasilitator sebagai mentor setiap kumpulan tersebut, para peserta menjalani sesi ‘Ice Breaking’ bagi meningkatkan kerjasama antara peserta serta membolehkan mereka berkenalan antara satu sama lain. Seterusnya, sesi ‘Coin Collection Round’ dijalankan dimana setiap peserta akan berpecah mencari wang untuk kumpulan mereka dengan bermain pelbagai permainan yang disediakan oleh para fasilitator. Wang ini akan digunakan untuk sesi ‘Battle’ dimana setiap kumpulan akan bertempur dengan kumpulan-kumpulan lain. Kumpulan Pi, Delta, Alpha dan Theta yang merupakan empat kumpulan dengan mata tertinggi telah berjaya memasuki ‘Final Battle’ setelah menjalani tiga sesi ‘Battle’. Empat kumpulan tersebut telah Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 5.

(6) MALAM APRESIASI 2019. MATH’S TRIP 2019. 17 April 2019 – Buat pertama kalinya, Persatuan Sains Matematik telah mengadakan sebuah majlis penghargaan bagi meraikan semua pelajar Pusat Pendidikan Sains Matematik. Majlis yang bertemakan ‘Pitch Pastel dan Floral’, iaitu warna lembut dan flora, telah bertempat di Dewan Utama Desasiswa dan dimeriahkan lagi dengan sesi penganugerahan bagi pelajar yang telah banyak berbakti dalam Persatuan Sains Matematik melalui perkiraan mata MathCSD selain memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Tahun Dua yang sukarela dalam membimbing pelajarpelajar Tahun Satu melalui program Mentor-Mentee sidang 2018/2019. Selain penganugerahan, aktiviti yang diadakan ialah cabutan bertuah, persembahan dari pelajar serta sedikit jamuan makan.. 1 Mac 2019 – Math’s Trip 2019 anjuran Persatuan Sains Matematik selama 3 hari 2 malam di Hatyai, Thailand. Math’s Trip merupakan salah satu program tahunan Persatuan Sains Matematik yang bertemakan percutian ke tempat-tempat pelancongan sama ada di dalam mahupun luar negara. Pada sidang 2018/2019 kali ini, Persatuan Sains Matematik membawa peserta ke negara jiran, iaitu Thailand.. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran malah juga dalam bidang kokurikulum dan aktiviti persatuan seiring dengan teras HEBAT USM iaitu bagi melahirkan mahasiswa yang berkemahiran tinggi dan serba boleh. Secara amnya, program ini telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran para tetamu jemputan iaitu Dr. Nuzlinda bt Abdul Rahman (Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa) Pusat Pengajian Sains Matematik, para pensyarah PPSM, MPP PPSM serta YDP Persatuan Sains Matematik.. Objektif utama program adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli Persatuan Sains Matematik dan memberi pengalaman percutian bertemakan ‘backpackers’ secara berpatutan. Sebagai mahasiswamahasiswi yang seimbang dan bercirikan nilai HEBAT USM, bukan keputusan akademik sahaja yang perlu diberi perhatian tetapi kesihatan mental juga perlulah dijaga. Program yang disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada 19 ahli jawatankuasa dan 31 peserta ini juga secara tidak langsung telah membuka peluang kepada ahli Persatuan Sains Matematik dan para peserta melegakan tekanan belajar dengan menikmati percutian bersama rakan-rakan mereka. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang percutian tiga hari dua malam ini ialah lawatan ke tempat-tempat menarik seperti Khlong Hae Floating Market, Samila Beach dan Hatyai Municipal Park. Peserta turut menyiapkan banner Math’s Trip 2019 bersama-sama pada hari terakhir program. Program ini telah berjaya dijalankan di bawah seliaan Penasihat Persatuan Sains Matematik, Dr. Nuzlinda Binti Abdul Rahman, dan dipimpin oleh saudara Ahmad Alif Saufi Bin Janal. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 6.

(7) MALAM MATEMATIK 2019. kategori yang terlibat adalah ‘Always Onz Person’, ‘Dekan forever’, ‘Gamers of the Year’, ‘Big Eater’, dan banyak lagi. Di samping itu juga, PPSM telah menyediakan Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi pelajar tahun akhir. Seramai 8 pelajar tahun akhir telah menerima anugerah ini. Anugerah ini dinilai berdasarkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum mereka sepanjang 4 tahun ini. ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN 2019 Kategori Akademik Statistik Gunaan Chan Kok Ming. 3 Mei 2019 – Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) USM telah berkolaborasi bersama Persatuan Sains Matematik USM dalam menjayakan sebuah majlis makan iaitu Malam Matematik 2019 yang bertempat di Bayview Hotel, Georgetown, Pulau Pinang. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar tahun akhir yang bakal bergraduasi serta bagi mengeratkan silaturahim antara para pelajar dan staf PPSM. Seramai 24 orang ahli jawatankuasa persatuan telah terlibat dalam membuat persediaan majlis ini. Majlis turut disertai oleh seramai 124 orang pelajar tahun akhir, 3 orang pelajar selain tahun akhir dan 17 orang staf PPSM. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah ‘Watak Cerita’. Majlis dimulakan dengan mengalu-alukan ketibaan Dekan PPSM, Prof. Dr. Hailiza Binti Kamarulhaili dan Timbalan Dekan PPSM, Dr. Nuzlinda Binti Abdul Rahman dan diteruskan dengan ucapan penghargaan. Seterusnya, majlis jamuan makan dimulakan. Majlis diserikan pula dengan persembahan nyanyian daripada seorang pelajar tahun akhir sebagai selingan jamuan makan. Selesai persembahan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu acara cabutan bertuah di mana ianya dilakukan sebanyak 3 sesi bagi membolehkan 54 hadiah tersebut dapat diagihkan. Dalam acara Mini Game yang disediakan pula, semua yang hadir digalakkan untuk turut serta dalam permainan ‘KAHOOT!’. Aktiviti ini merupakan anugerah kecil yang diadakan bagi memeriahkan suasana. Antara. Penyelidikan Operasi Nornazurah Harun. Matematik dan Ekonomi Ang Ai Lun. Sains Matematik Lye Kah Hooi. Pemodelan Matematik Lee Zhi Yun Kategori Ko-kurikulum Statistik Gunaan Guan Khai En. Matematik Tulen Leong Yong Sheng Kategori Persatuan Matematik & Ekonomi Lai Keng Kwan. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 7.

(8) Pihak majlis turut menyediakan hadiah istimewa bagi peserta yang mengenakan pakaian terbaik mengikut tema yang ditetapkan. Dekan PPSM sendiri telah memilih Starking dan Starqueen pada akhir majlis tersebut. Sebagai pelengkap majlis, sesi fotografi diadakan sebagai tanda penghargaan dan kenangkenangan kepada semua yang terlibat terutamanya para pensyarah dan pelajar tahun akhir. Kesimpulannya, majlis makan Malam Matematik 2019 ini mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan pelajar dan staf PPSM terutamanya para pelajar tahun akhir. Program makan malam ini telah berjaya dijalankan di bawah seliaan Penasihat Persatuan iaitu Dr. Nuzlinda Abdul Rahman dan dipimpin oleh saudari Siti Nur Fatehah Binti Mohd Fadzil.. Persembahan daripada pelajar tahun akhir yang cantik berpakaian seperti Elsa dalam cerita Frozen.. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 8.

(9) MATH EXCEL. 26-28 April 2019 – Salah satu program Calcophilic kali ini yang dinamakan Math Excel telah diadakan di Pusat Tarbiah Hafaz Quran Ibnu Sina, Kamunting, Perak. Program ini merupakan anjuran kali pertama diadakan di lokasi tersebut. Program yang disertai seramai 11 orang ahli jawatankuasa dan 48 orang peserta hadir daripada pelbagai sekolah. Program ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar terhadap matapelajaran Matematik. Pelbagai aktiviti dan permainan yang mengaplikasi Matematik telah diadakan dengan tujuan meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap matapelajaran tersebut.. Kumpulan Lamda, Gamma, dan Alpha merupakan tiga kumpulan yang berjaya mara ke pusingan akhir iaitu ke ‘checkpoint’ kelima. Juara explorace telah dimenangi oleh kumpulan Lamda. Setelah selesai sesi tersebut, kini tiba masa kepada penilaian bandar yang telah dibina oleh setiap kumpulan. Penilaian terhadap bandar temasuklah nilai bandar itu sendiri dan jumlah penduduk yang ingin menetap dibandar tersebut dan akhirnya, gelaran juara keseluruhan telah dirangkul oleh kumpulan Alpha! Kesimpulannya, Math Excel ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada semua pihak. Program ini telah dapat melatih para peserta supaya berfikiran kritis dan kreatif dalam membuat keputusan, serta belajar untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Para fasilitator juga turut berjaya mengaplikasi segala pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka kepada masyarakat luar setelah menjalani program ini. Program bermula dengan sesi perkenalan antara fasilitator dan peserta yang kemudiannya dibahagikan kepada 10 kumpulan menggunakan nama ‘Greek Alphabet’. Dengan seorang fasilitator sebagai mentor setiap kumpulan tersebut, para peserta menjalani sesi ‘Ice Breaking’ bagi meningkatkan kerjasama antara peserta serta membolehkan mereka berkenalan antara satu sama lain. Seterusnya, sesi ‘Explorace’ dijalankan dimana setiap kumpulan akan melakukan aktiviti permainan matematik disetiap ‘checkpoint’ dan setiap pemenang bagi setiap ‘checkpoint’ akan diberi hadiah berbentuk bahan-bahan bagi membina bandar. Jumlah bahan yang diterima oleh pemenang adalah tidak sama mengikut kepada tempat yang dimenangi seperti tempat pertama,kedua dan ketiga dan seterusnya. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 9.

(10) USM PENANG CUBE (UPC) 2019. Nuzlinda Binti Abdul Rahman dan telah dipimpin saudara Mohamad Ekram bin Nordin.. ANNUAL GRAND MEETING 2019. 23 Mac 2019 – USM Penang Cube 2019 telah dijalankan secara meriah di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya, USM. Program ini merupakan salah satu anjuran tahunan Persatuan Sains Matematik dan pertandingan ini telah disertai seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada 4 buah negara yang berbeza, antaranya termasuklah pemain-pemain Rubik Cube dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Melalui program ini, para pemain Rubik Cube terutamanya pemain amatur dapat berkumpul bagi menimba pengalaman serta pengetahuan daripada pemain Rubik Cube yang lebih profesional. Objektif program USM Penang Cube 2019 adalah untuk memperkenalkan Universiti Sains Malaysia, Persatuan Sains Matematik USM dan secara tidak langsung Pusat Pengajian Sains Matematik USM kepada orang ramai, terutamanya kepada pemain Rubik Cube yang datang dari serata Asia tenggara dari pelbagai lapisan umur. Selain itu, objektif USM Penang Cube 2019 adalah untuk meningkatkan keyakinan para peserta dalam menyelesaikan permainan Rubik serta melatih minda mereka untuk berfikir secara logik dan fokus ketika menyelesaikan permainan tersebut.. 17 Mei 2019 – Mesyuarat Agung Tahunan 2019 Persatuan Sains Matematik telah dijalankan di DKG31, Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia. Mesyuarat Agung ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Pusat Pengajian Sains Matematik. Peserta-peserta program ini terdiri daripada mahasiswa pelbagai tahun yang merupakan ahli Persatuan Sains Matematik. Melalui program ini, para peserta diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan hak untuk memilih barisan pimpinan Persatuan Sains Matematik untuk sesi 2019/2020. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli Persatuan Sains Matematik selain untuk meningkatkan persefahaman antara mahasiswa Pusat Pengajian Sains Matematik. Program ini berjaya dijalankan di bawah pimpinan saudari Divasheeni a/p Ramasamy. Secara amnya, aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sesi pembentangan laporan dan belanjawan bagi aktiviti tahunan Persatuan bagi sidang 2018/2019, kemudian diteruskan dengan pelantikan barisan kepimpinan Persatuan Sains Matematik bagi pimpinan sesi 2019/2020 dan akhir sekali sesi perbincangan idea dan usul bagi penambahbaikan dan kesejahteraan Persatuan Sains Matematik.. USM Penang Cube pada kali ini turut dihadiri oleh Dr. Md Yushalify Bin Misro dan Dr. Norazrizal Aswad Bin Abdul Rahman bagi merasmikan penutupan program serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Program telah berjaya dijalankan di bawah seliaan penasihat Persatuan Sains Matematik, Dr. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 10.

(11) FUND RUN 9 Mac 2019 – Program Fund Run anjuran Persatuan Sains Matematik telah dijalankan secara meriah di Foyer Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia. Program Fund Run ini merupakan satu program larian amal yang pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik. Program ini bertemakan Haunted Run dan peserta-peserta program ini terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi dari semua pusat pengajian yang terdapat di Universiti Sains Malaysia. Melalui program ini, semangat kesukanan yang tinggi dapat diwujudkan dalam diri peserta program sekali gus melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dan seimbang dari setiap aspek. Objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar Universiti Sains Malaysia dari semua pusat pengajian yang terdapat di kampus induk. Di samping itu, program ini juga dijalankan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang cergas dan cerdas. Sebagai seorang mahasiswa, bukan keputusan akademik sahaja yang perlu diberi perhatian tetapi kesihatan tubuh badan juga perlu dijaga. Program ini berjaya dijalankan di bawah seliaan Penasihat Persatuan Sains Matematik, Dr. Nuzlinda Binti Abdul Rahman dan dikendalikan dengan kerjasama ahliahli Persatuan Sains Matematik. Secara amnya, program ini berlangsung dengan jayanya dan program ini berjaya menjadi platform bagi pelajar untuk menambah pengetahuan baru dalam pengurusan projek terutamanya kepada pelajar Tahun 1.. SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA. Anak-anak yatim Maahad Tahfiz Darul Ukasha. 24 Mei 2019 – Program ‘Sejenak Bersama, Selama Terasa’ telah dijayakan di Pusat Pengajian Sains Matematik dan melibatkan anak- anak yatim dari Maahad Tahfiz Darul Ukasha, Gelugor. Program ini dianjurkan untuk berkongsi sedikit rezeki yang diperoleh Persatuan bersama-sama golongan yang kurang bernasib baik. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pengagihan sumbangan kepada anak – anak yatim dan juga pusat tahfiz itu sendiri. Majlis berbuka puasa bersama-sama juga diadakan untuk memeriahkan lagi program tersebut. Majlis berbuka puasa telah diadakan di Gazebo Pusat Pengajian Sains Matematik. Terdapat pelbagai hidangan yang disediakan dan anak-anak yatim tersebut kelihatan gembira apabila menikmati makanan yang disediakan. Objektif program “Sejenak Bersama, Selama Terasa” ini adalah untuk menerapkan nilai kasih sayang, keprihatinan dan juga membina jati diri dalam diri para mahasiswa dan mahasiswi Pusat Pengajian Sains Matematik. Program ini dijalankan pada bulan Ramadhan supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat memberi perhatian kepada golongan yang kurang bernasib baik dan bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan terhadap diri mereka. Program ini telah berjaya dijalankan di bawah seliaan Penasihat Persatuan Sains Matematik, Dr. Nuzlinda binti Abdul Rahman dan dipimpin saudari Nurfatin binti Sazali.. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 11.

(12) MATH’S GOT TALENT 4.0: THE TALENT SHOW 19 Mac 2019 – Math’s Got Talent (MGT) 4.0: The Talent Show anjuran Persatuan Sains Matematik telah dijalankan secara meriah di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia. Math’s Got Talent atau lebih dikenali sebagai MGT merupakan salah satu aktiviti tahunan Persatuan Sains Matematik dan dinamakan The Talent Show pada kali ini. Pada tahun ini, program ini bukan sahaja mendapat penyertaan daripada mahasiswa USM, malah terdapat juga peserta luar yang turut menjayakan program ini. Melalui program ini, peserta dapat mengasah bakat terpendam mereka di samping bersaing secara sihat.. Objektif Math’s Got Talent 4.0 : The Talent Show diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga USM dan Persatuan Sains Matematik. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membina keyakinan diri serta mengasah kreativiti diri para mahasiswa. Sebagai seorang mahasiswa, bukan sahaja keputusan akademik yang perlu diberi perhatian, tetapi juga bakat lain seperti menyanyi, menari dan seangkatan dengannya perlu dititikberatkan. Secara amnya, aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini kesemuanya berkaitan dengan seni persembahan di hadapan khalayak ramai. Kesimpulannya, program ini telah berjaya dilaksanakan di bawah seliaan Penasihat Persatuan Sains Matematik, Dr. Nuzlinda Binti Abdul Rahman dan dipimpin oleh saudara Muhamad Aiman Bin Albhar.. BENGKEL PROTOKOL DAN PENGURUSAN MAJLIS 22 dan 24 April 2019 - Bengkel Protokol dan Pengurusan Majlis telah dijalankan di bilik tutorial 204. Seramai 66 peserta bersama 13 orang AJK telah mengikuti program ini. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengasah kemahiran mahasiswa dalam mengendalikan sesebuah majlis terutama yang melibatkan majlis protokol. Oleh hal yang demikian, program ini telah menyediakan beberapa slot demonstrasi majlis sebenar untuk memudahkan para peserta memahami sesi perkongsian ilmu yang diketuai oleh senior berpengalaman. Tidak dapat disangkal lagi bahawa program ini bersifat praktikal kerana ilmu yang dikongsikan terus dipraktikkan. Latihan sebagai pengerusi majlis dan penyediaan skrip pengerusi majlis disertakan dalam program ini. Selain itu, penyusunan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan tetamu kehormat diadakan supaya susunan yang sistematik diutamakan. Banyak cabaran yang akan dihadapi oleh AJK Hadiah sekiranya penyusunan, pencetakan dan penyampaian hadiah dipandang enteng. Oleh itu, sesi ini diadakan supaya peserta lebih luas minda dalam membuat persiapan hadiah Tambahan pula, sesi perarakan tetamu kehormat juga merupakan salah satu daripada tentatif program ini. Kebiasaannya, tetamu kehormat merupakan elemen penting dalam sesebuah majlis untuk menjadikannya lebih gah dan meriah. Perarakan tetamu kehormat juga mempunyai banyak etika yang tidak diketahui mahasiswa yang tidak mengikuti kursus khas. Objektif program ini tercapai dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Perkongsian ilmu mengenai protokol dan pengurusan sesebuah majlis diharap sedikit sebanyak dapat memberi idea dan kemahiran kepada peserta yang menghadiri program ini. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 12.

(13) MATHDOCTORS 2019. Sekilas pandang aktiviti sepanjang Mathdoctors 2019 dijalankan. MathDoctors ialah satu program kelas intensif Matematik anjuran Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah sejak tahun 2017. Program ini bertujuan untuk memupuk minat mempelajari Matematik dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan. Tutor MathDoctors adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Doktor Falsalah PPSM. Bagi sesi 2019, kelas mingguan MathDoctors telah bermula sejak 8 Januari lagi. Subjek yang ditawarkan ialah Matematik bagi PT3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dan Matematik Tambahan bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Kelas-kelas ini diadakan pada hari Selasa dan Khamis, jam 5.00 hingga 6.30 petang bertempat di BT105, BT106 dan BT107. Seperti tahun-tahun lepas, Program Penajaan MathDoctors diteruskan dengan mengumpul dana daripada staf-staf Universiti Sains Malaysia. Dana ini digunakan untuk menaja para pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan menghadiri kelas-kelas MathDoctors. Setakat ini, MathDoctors telah menaja seramai 12 orang pelajar daripada SMK Teluk Kumbar II dan The Salvation Army Penang Children’s Home. Berdasarkan lebihan dana yang terkini, seramai 11 orang pelajar lagi akan dipilih untuk menyertai program MathDoctors. Maklumat lanjut berkenaan program MathDoctors 2019 boleh didapati di http://mathdoctors.usm.my.. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 13.

(14) KUIZ MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019 Kuiz Matematik Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2019 atau nama singkatan, Kuiz Matematik 2019 telah berjaya dilangsungkan pada 27 April 2019 (Sabtu) bertempat di Dewan Utama Pelajar, Kampus Induk, USM. Program ini telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Pada tahun ini, seramai 278 orang peserta daripada 38 buah sekolah menengah di Negeri Pulau Pinang telah menyertai program ini. Kuiz Matematik 2019 merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik dan Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia. Program ini bermatlamat untuk mendedahkan pelajar kepada masalah matematik kehidupan harian yang temanya bukan sekadar pengiraan saja dan berkaitan dengan sukatan pelajaran di sekolah. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada masalah matematik yang menekankan kepentingan daya kreativiti dan pemikiran kritikal dalam penyelesaiannya serta meningkatkan minat pelajar menengah dalam subjek Matematik. Peserta yang menyertai Kuiz Matematik 2019 terdiri daripada dua kategori, iaitu kategori junior bagi pelajar sekolah menengah rendah dan kategori senior bagi pelajar sekolah menengah atas. Terdapat 3 sesi yang dijalankan bagi Kuiz Matematik 2019. Untuk sesi pertama, para peserta dikehendaki menjawab 40 soalan objektif secara individu dalam masa 60 minit. Bagi sesi kedua pula, peserta menjawab 6 soalan subjektif dalam pasukan masing-masing dalam masa 45 minit. Seterusnya, 10 buah pasukan sekolah terbaik akan dipilih daripada setiap kategori untuk sesi yang ketiga. Dalam sesi ini, peserta perlu menjawab 1 soalan secara berpasukan dalam masa yang telah ditetapkan iaitu 10 minit. Pada jam 2.30 petang, Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah diadakan di Dewan Utama Pelajar, Kampus Induk, USM. Terdapat sebanyak 5 jenis anugerah telah disampaikan dalam majlis tersebut, iaitu Anugerah Individu Terbaik dari Kategori Junior dan juga Kategori Senior masing-masing, Anugerah Pasukan Terbaik dari Kategori Junior dan juga Kategori Senior masing-masing. Anugerah terakhir merupakan Anugerah Sekolah Terbaik yang telah dimenangi oleh SMJK Chung Ling Butterworth pada tahun ini. Kesimpulannya, Kuiz Matematik 2019 telah berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. Program ini juga telah melibatkan seramai 6 orang penasihat dan 100 mahasiswa/i dari Pusat Pengajian Sains Matematik, USM. Semua yang terlibat telah memberikan komitmen dan usaha yang sepenuhnya bagi menjayakan program ini. Akhir sekali, tidak lupa juga untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada para penaja yang memberikan sumbangan dalam program ini.. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 14.

(15) Ditaja oleh: Platinum Sponsor. Gold Sponsor. Bronze Sponsor. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 15.

(16) Sidang Penerbit. Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili. Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail. Dr. Husna Hassan. Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey. Dr. Lutfi Amri Ramli. Cik Hartini Ahmad. Cik Nur Atiqah Jamaluddin. Berita Pusat Pengajian Sains Matematik. 16.

(17)

Referensi

Dokumen terkait

21  September  2019  –  Hari  interaksi  Persatuan  Sains  Matematik  yang  dinamakan  Mega  Math’s  Interaction  Day  2019  telah  dijalankan  secara  meriah 

Dari kandungan awal tersebut dapat dikatakan bahwa kondisi awal bahan yang baik untuk pembuatan silase tanaman jagung adalah jika jagung dipanen pada hari ke 90 atau lebih

Berdasarkan dari uraian latar belakang, tinjauan pustaka dengan teori-teori yang telah dijelaskan pada bab terdahulu terhadap penelitian ini, maka model penelitian

Dari pasal 280 KUHPerdata dapat disimpulkan bahwa pada dasarnya pengakuan sukarela merupakan suatu tindakan yang didasarkan atas kehendak bapak dan atau ibu anak

Menurut Jufrizal (2008: 11) pengujian tipologi sintaksis untuk sampai pada simpulan mengenai tipe sebuah bahasa dilakukan dengan mencermati konstruksi sintaktis (verbal)

Klaster Drug Discovery and Development merupakan salah satu kluster yang dikembangkan di Program Doktor, Fakultas Kedokteran UGM dengan tujuan untuk mewadahi penelitian mahasiswa

Program pengajian jarak jauh dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1971 sebagai Rancangan Pengajian Luar Kampus.. Ia merupakan rancangan

Panduan Akademik Academic Guideline Fakulti Sains & Matematik Faculty of Science and Mathematics Program Sarjana Muda Degree Programmes Semester 1 Sesi 2021/2022 http //fsmt upsi edu my