• Tidak ada hasil yang ditemukan

e) Salinan keputusan NEGATIF ujian rt-pcr COVID-19 (keputusan tidak lebih dari 3 hari selepas ujian dibuat).

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "e) Salinan keputusan NEGATIF ujian rt-pcr COVID-19 (keputusan tidak lebih dari 3 hari selepas ujian dibuat)."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

TATACARA PELAKSANAAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN DIPLOMA & PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS)

SESI AKADEMIK 2021/2022

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

1. PENGENALAN

Pada 12 Jun 2021 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik COVID-19 demi kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia keseluruhannya. PPN ini dikelaskan kepada 4 Fasa yang menjadi panduan kepada setiap negeri berhubung aktiviti sosial dan ekonomi yang dibenarkan. Ianya bertunjangkan kepada 3 indikator utama iaitu bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU dan tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengeluarkan Kenyataan Media bertarikh 12 Julai 2021 bahawa Sarawak telah bersedia untuk beralih ke Fasa 2 PPN mulai 14 Julai 2021 dan satu Garis Panduan terperinci berhubung perkara ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Berdasarkan kepada ketetapan yang diputuskan oleh pihak JPBNS berhubung prosedur kemasukan ke Negeri Sarawak yang terkini, JPBNS telah menetapkan individu yang datang dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan (Bukan Rakyat Sarawak) dikehendaki untuk memohon kemasukan ke Sarawak melalui aplikasi EnterSarawak dengan mengisi e-Health Declaration Form (E-HDF) yang boleh didapati pada laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/ dan seterusnya memuat naik dokumen berikut bersama permohonan anda:

a) Salinan Kad Pengenalan dan Pasport;

b) Dokumen sokongan (Surat Tawaran Kemasukan ke UPMKB);

c) Maklumat penerbangan;

d) Permit Polis Diraja Malaysia; dan

(2)

e) Salinan keputusan NEGATIF ujian rT-PCR COVID-19 (keputusan tidak lebih dari 3 hari selepas ujian dibuat).

JPBNS juga menggariskan individu yang datang dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan (Bukan Rakyat Sarawak) perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di Kolej Sri Rajang, UPMKB dan seterusnya menjalani ujian rT-PCR COVID-19 pada hari ke- 10 kuarantin (kos ditanggung oleh pelajar). Bagi pelajar Sarawak yang ingin masuk ke Bahagian Bintulu, anda perlu mendapatkan Permit Polis Diraja Malaysia beserta dokumen sokongan iaitu Surat Tawaran Kemasukan ke UPMKB selain menjalani ujian rT- PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum merentas masuk ke sempadan Bahagian Bintulu (KECUALI bagi individu yang telah lengkap dua (2) dos vaksin dua (2) minggu dan ke atas dikecualikan daripada ujian calitan wajib sebelum memasuki Bintulu). Untuk maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila layari laman web rasmi JPBNS https://sarawakdisastermc.com/ atau Facebook (Sarawak Disaster Information).

* Kesemua ketetapan ini tertakluk kepada pindaan dan perubahan dari semasa ke semasa

2. PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Secara amnya, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menetapkan tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu Sesi Akademik 2021/2022 (Ambilan Diploma &

Persediaan Diploma Sains) adalah pada 2 & 3 Ogos 2021.

3. KAEDAH PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Secara amnya, terdapat 2 proses pendaftaran yang perlu dipenuhi oleh seseorang pelajar untuk menjadikan pendaftarannya dikira LENGKAP dan Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pelajar berkaitan AKTIF. Proses pendaftaran berkaitan seperti berikut:

i) Pendaftaran Sistem E-Daftar (Pra-Pendaftaran); dan ii) Pendaftaran Kolej

3.1 Pendaftaran Sistem E-Daftar (Pra-Pendaftaran)

Semua pelajar baharu program Diploma dan Persediaan Diploma Sains perlu melengkapkan pendaftaran Sistem E-Daftar (Pra-Pendaftaran) melalui portal E-Daftar bermula 17 hingga 26 Julai 2021 (Isnin). Di sini, pelajar perlu melengkapkan 8 proses pendaftaran yang telah digariskan sebelum pelajar dapat mencetak Slip Pengesahan Pra Pendaftaran. Dalam proses tersebut, PELAJAR PERLU;

i) mengesahkan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran kemasukan.

ii) mencetak dan membaca kandungan buku panduan.

(3)

iv) memuat naik gambar mengikut saiz yang ditetapkan.

v) membuat pembayaran yuran dan memuat naik bukti bayaran.

vi) mencetak borang pemeriksaan kesihatan.

vii) mencetak dan melengkapkan Borang Penerimaan Kunci.

viii) membuat pengesahan pra-pendaftaran.

3.2 Pendaftaran Kolej

Jika pelajar perlu mendaftar secara fizikal di UPMKB, semua pelajar yang telah melengkapkan portal E-Daftar perlu melapor diri di UPMKB mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan iaitu pada 2 & 3 Ogos 2021. Asasnya, pelajar perlu menyerahkan Slip Pengesahan Pra Pendaftaran dan Borang Terima dan Serah Kunci kepada petugas sebelum butang “Y” diklik untuk mengaktifkan SMP pelajar berkaitan.

Walau bagaimanapun, JIKA KAEDAH PENDAFTARAN DIPUTUSKAN UNTUK DILAKSANAKAN SECARA ATAS TALIAN / JIKA PELAJAR TIDAK DAPAT HADIR PADA TARIKH YANG DITETAPKAN, anda dikehendaki untuk mengimbas (scan) dan emel dokumen berkaitan di alamat btu_pendaftaran@upm.edu.my SEJURUS SELESAI MELENGKAPKAN E-DAFTAR (tarikh tutup sehingga 3 Ogos 2021). Antara dokumen yang perlu dihantar adalah:

a) Salinan Kad Pengenalan (dipalang dengan perkataan “Untuk Kegunaan KSR sahaja”);

b) Slip Pengesahan Pra Pendaftaran;

c) Surat Tawaran; dan

d) Borang Terima dan Serah Kunci.

4. PELAKSANAAN MINGGU PERKASA PUTRA SESI AKADEMIK 2021/2022 (AMBILAN DIPLOMA & PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS)

Pelaksanaan Minggu Perkasa Putra (Minggu Orientasi) pada kali ini dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian bermula pada 3 hingga 6 Ogos 2021.

Semua pelajar akan dibekalkan dengan pautan (link) berkaitan untuk menghadiri slot yang ada dalam Minggu Perkasa Putra melalui laman web www.btu.upm.edu.my ATAU makluman melalui aplikasi Telegram. Semua pelajar WAJIB hadir setiap slot yang ada dan QR Code akan disediakan untuk merekodkan kehadiran pelajar. Jadual Minggu Perkasa Putra Sesi Akademik 2021/2022 (Ambilan Diploma dan Persediaan Diploma Sains) seperti di Lampiran 1.

(4)

5. PROSES/ATURAN DAN TINDAKAN PELAJAR

JIKA MENDAFTAR SECARA FIZIKAL SEBELUM TIBA DI KAMPUS

Melengkapkan semua proses pendaftaran pada portal e- daftar

Pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan (Bukan Rakyat Sarawak)

 Menjalani ujian rT-PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum kemasukan ke Sarawak.

 Membuat permohonan dalam sistem EnterSarawak (muat naik dokumen berkaitan).

Pelajar dari Bahagian lain di Sarawak

 Menjalani ujian rT-PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum kemasukan ke Bahagian Bintulu (KECUALI bagi individu yang telah lengkap dua (2) dos vaksin dua (2) minggu dan ke atas)

 Mendapatkan Permit Polis Diraja Malaysia.

Melengkapkan Borang Pengisytiharan Kesihatan yang disediakan secara Google Form

* pautan hanya akan dibuka bermula 1 Ogos 2021 dan pelajar perlu screenshot keputusan

(5)

TIBA DENGAN MENGGUNAKAN KAPAL TERBANG

TIBA DENGAN KENDERAAN SENDIRI / E-HAILING

 Bas akan disediakan pada 2 & 3 Ogos 2021 untuk membawa pelajar ke UPMKB.

 Pelajar dikehendaki menjalankan beberapa proses sebelum dibenarkan menaiki bas:

a) Daftar masuk pada aplikasi MySejahtera.

b) Tunjukkan keputusan aplikasi My Sejahtera dan Borang Pengisytiharan Kesihatan kepada petugas. Hanya pelajar yang menunjukkan risiko rendah (hijau) dibenarkan memasuki bas.

c) Suhu badan akan diperiksa. Hanya pelajar yang mempunyai suhu di bawah 37.5⁰C dibenarkan memasuki bas.

d) Pelajar akan diberikan cecair nyah kuman tangan sebelum masuk ke dalam bas.

* Keutamaan menaiki bas yang disediakan adalah untuk PELAJAR

 Pelajar dan ibu bapa hanya boleh memasuki UPMKB dengan menggunakan Pintu Masuk Jalan Nyabau / Taman Li Hua.

 Kenderaan perlu diberhentikan untuk pemeriksaan pihak Polis Bantuan UPMKB.

 Pelajar dan Ibu Bapa dikehendaki menjalankan beberapa proses sebelum dibenarkan memasuki kampus:

a) Pelajar perlu daftar masuk pada aplikasi MySejahtera.

b) Tunjukkan keputusan My Sejahtera dan Borang Pengisytiharan Kesihatan kepada petugas. Hanya pelajar yang menunjukkan risiko rendah (hijau) dibenarkan masuk ke kampus.

c) Suhu badan pelajar dan ibu bapa akan diperiksa. Hanya pelajar dan ibu bapa yang mempunyai suhu di bawah 37.5⁰C dibenarkan masuk ke kampus.

 Ibu bapa hanya boleh menurunkan anak dan barangannya di hadapan Pejabat Kolej Sri Rajang. Ibu Bapa tidak dibenarkan turun atau keluar dari kenderaan dan perlu meletakkan kenderaan di kawasan yang ditetapkan.

 Ibu Bapa boleh menunggu anak masing – masing di kawasan yang ditetapkan.

SEMASA TIBA DI KAMPUS

CATATAN

Pelajar dan ibu bapa yang mempunyai suhu melebihi 37.5⁰C diminta terus ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan lanjut.

Ambulans UPMKB akan membawa pelajar yang tiba dari Lapangan Terbang ke

Hospital Bintulu.

(6)

TIBA DI PERKARANGAN KOLEJ SRI RAJANG

Buat imbasan pada QR Code yang disediakan oleh Bahagian Keselamatan UPMKB

Tulis nama pada masking tape yang disediakan dan lekat serta simpan bagasi dan barangan masing –

masing pada kawasan yang ditetapkan.

* Semua bagasi dan barangan pelajar akan disembur dengan cecair nyah kuman oleh petugas

Bergerak ke Pejabat Kolej Sri Rajang

Pelajar akan diberikan cecair nyah kuman tangan sebelum masuk ke dalam kawasan pendaftaran

Bergerak ke Kaunter 1 : Kaunter Semakan Bahagian Akademik. Sila sediakan dokumen berikut:

a) Kad Pengenalan

b) Slip Pengesahan Pra Pendaftaran c) Surat Tawaran (Cetakan Online)

Bergerak ke Kaunter 2 : Kaunter Kolej Sri Rajang. Sila serahkan dokumen berikut sebelum pengesahan butang

“Y” dibuat:

a) Slip Pengesahan Pra Pendaftaran

b) Penyerahan Borang Terima dan Serah Kunci

(7)

Bergerak ke Kaunter 3 : Kaunter Kolej Sri Rajang untuk mendapatkan kunci bilik masing - masing

Bergerak ke Kaunter 4 untuk melengkapkan Borang Kepuasan Pelanggan

Pelajar Lelaki

Ambil bagasi dan barangan yang telah disanitasi sebelum bergerak ke blok kediaman masing –

masing

Pelajar Perempuan

Bergerak ke ruang legar Klinik Satelit untuk mendapatkan bagasi dan barangan sebelum bergerak ke blok kediaman masing – masing.

Barangan dan bagasi akan dihantar oleh petugas ke ruang legar Klinik Satelit

Mendapatkan suntikan Anti-Tetanus dan menyerahkan borang berkaitan ke Klinik Satelit UPMKB. Senarai dokumen seperti berikut:

a) Perakuan Kesihatan b) Akuan Bebas Dadah c) Akuan Kuasa

* Boleh dilaksanakan sehingga 17 Ogos 2021

TAMAT

(8)

JIKA MENDAFTAR SECARA ATAS TALIAN / TIDAK DAPAT HADIR PADA 2 & 3 OGOS 2021

PROSES PENDAFTARAN

Melengkapkan semua proses pendaftaran pada portal e-daftar

Imbas (scan) dan emel dokumen berikut di alamat btu_pendaftaran@upm.edu.my SEJURUS SELEPAS LENGKAP E-DAFTAR (sehingga 3 Ogos 2021) :

a) Salinan Kad Pengenalan (dipalang dengan perkataan “Untuk kegunaan KSR sahaja”) b) Slip Pengesahan Pra Pendaftaran

c) Surat Tawaran

d) Borang Terima dan Serah Kunci

Pihak Kolej Sri Rajang akan klik butang “Y” apabila dokumen yang diterima lengkap

Mendapatkan suntikan Anti-Tetanus dan menyerahkan borang berkaitan ke Klinik Satelit UPMKB (apabila tiba di kampus)

TAMAT

CATATAN :

 Sebarang perubahan tertakluk dari semasa ke semasa. Segala maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi UPMKB iaitu www.btu.upm.edu.my atau imbas QR Code seperti di bawah untuk menyertai Telegram rasmi pelajar baharu Sesi Akademik 2021/2022 (Ambilan Diploma & Persediaaan Diploma Sains).

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

(9)

TENTATIF PROGRAM

MINGGU PERKASA PUTRA SESI AKADEMIK 2021/2022 AMBILAN PROGRAM DIPLOMA & PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS Masa

Tarikh

5.30 - 7.30 pagi

8.30 pagi – 12.30 tengah hari 2.00 petang - 4.30 petang 4.30 petang –

8.00 malam 2 Ogos 2021

(Isnin)

Solat Subuh / Sarapan pagi

PENDAFTARAN Tempat : Kolej Sri Rajang

Rehat/ Solat Maghrib/ Makan Malam

3 Ogos 2021 (Selasa)

8.30 pagi – 12.30 tengah hari 2.00 petang - 4.30 petang 8.00 malam – 10.00 malam

PENDAFTARAN Tempat : Kolej Sri Rajang

Taklimat Program & Raptai Majlis Ikrar En. Mohamad Syukri

Mohamad Adnan

4 Ogos 2021 (Rabu)

8.30 pagi – 9.30 pagi 9.30 pagi – 10.30 pagi

10.30 pagi – 11.30 pagi

11.30 pagi – 2.00 petang

2.00 petang – 3.30 petang

3.30 petang – 4.30

petang 8.00 malam – 10.00 malam

Taklimat Bahagian Teknologi Maklumat En. Abdul Mohammad Omar

Taklimat Kesihatan Dr. Muhammad

Amru Badrul Hisam

Taklimat Kaunseling Pn. Hairunisah

Abdul Rahman Rehat/ Solat Zohor/ Makan Tengah hari Bersua bersama Pengarah UPMKB YBhg. Prof. Madya

Dr. Shahrul Razid Sarbini

Taklimat Hal Ehwal Pelajar Pn. Hairunisah Abdul Rahman

Taklimat Akademik En. Sudirman Asmadi

5 Ogos 2021 (Khamis)

8.30 pagi – 9.30 pagi 9.30 pagi – 10.30 pagi

11.00 pagi – 12.30 tengah hari

12.30 tengah hari – 3.00

petang

3.00 petang – 4.00 petang

4.00 petang – 5.00

petang 8.00 malam – 10.00 malam

Taklimat Bahagian Keselamatan Cik Carolyne Lua

Taklimat Bahagian Perpustakaan Pn. Daisy Pawie

Majlis Ikrar dan Akujanji YBhg. Naib Canselor UPM

Rehat/ Solat Zohor/ Makan Tengah hari

Majlis Bersama Pengetua Dr. Kamil Latif

Majlis bersama Dekan FSPH & FKPS

Majlis bersama Pemimpin Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar Majlis Perwakilan Kolej

6 Ogos 2021 (Jumaat)

8.30 pagi – 12.00 tengah hari 12.00 tengah hari – 3.00

petang

3.00 petang – 4.30 petang

Taklimat Jabatan dan Pendaftaran Kursus En. Sudirman Asmadi

Rehat/ Solat Zohor/ Makan Tengahari

PUTRA FIRST Pn. Hairunisah Abdul Rahman

*Selaras dengan norma baharu, kesemua aktiviti sepanjang Minggu Perkasa Putra adalah dijalankan secara maya.

**Taklimat Hal Ehwal Pelajar (Termasuk urusan Kebajikan, Urusan Imigresen, Permohonan PTPTN, Biasiswa dan lain – lain bantuan, Taklimat Kewangan dan Zakat)

*** Perakuan Kesihatan hendaklah diserahkan ke Klinik Satelit sepanjang Minggu Perkasa Putra atau SELEWAT-LEWATNYA 17 OGOS 2021 (SELASA)

LAMPIRAN 1

Referensi

Dokumen terkait

Dalam hal tinggi busa dan kestabilan busa dalam air suling dan air sadah selama penyimpanan, untuk Formula III sediaan sabun cair wajah susu kedelai yang disimpan selama 8

Hasil penelitian menunjukkan bentuk sampel padat memiliki spektra absorbansi lebih tinggi dibandingkan serbuk (Gambar 2), yang berarti kemampuan komponen kimia

protein pada ikan mengalami peningkatan, hal ini menunjukkan bahwa ikan dapat memanfaatkan pakan yang diberikan secara optimal sehingga bobot tubuh dapat meningkat

Program aplikasi HSS yang dirancang ini adalah salah satu upaya agar analisis HSS tersebut menjadi lebih cepat dari pada perhitungan yang dilakukan secara manual, selain itu

Menurut madzhab Hanafi, bay’ istis{na>’ termasuk akad yang dilarang karena bertentangan dengan bay’ secara qiya>s. Mereka mendasarkan pada argumentasi bahwa

Menurut Marlinda (2004:1), sistem basis data adalah suatu sistem menyusun dan mengelola record-record menggunakan komputer untuk menyimpan atau

Adapun tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui besarnya presentase (%) kredit produktif dari total kredit dan presentase (%) kredit konsumtif dari

ANGGOTA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT DAERAH KABUPATEN KENDAL DALAM PEMILIHAN UMUM TAHUN 2014. : KENDAL : JAWA TENGAH : KENDAL 4 MODEL BE MODEL BE MODEL BE MODEL BE MODEL BE MODEL