PROGRAM – PROGRAM YANG DI JALANKAN OLEH KELAB ANTARABANGSA HIROSHIMA PADA TAHUN 2016
Kelab dengan kelulusan dan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Kesenian & Kokurikulum) akan menganjurkan program antarabangsa ke negara-negara seperti Jepun, Korea, Australia, United Kingdom dan Jerman pada cuti persekolahan tahun 2016. Berikut adalah butir-butir program tersebut;
1. MAKLUMAT PROGRAM
Bil Nama Program Tarikh Program Tarikh Tutup
Permohonan Yuran Peserta Kuota
1
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke Jepun Siri 44
12 SEPT –20 SEPT
2016 2 MEI 2016 RM 4,850.00* Tingkatan
1,2,4 80
2
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke Jepun Siri 45
28 Nov – 6 Dis 2016 1 Sept 2016 RM 4,850.00* Tingkatan 1,
2,3,4 70
3
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke Jepun siri 46
12– 20 Dis 2016 1 Sept 2016 RM 4,850.00* Tingkatan 1, 2,3,4,5 40
4
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke Jepun siri 47
10-18 Jan 2017 1 Sept 2016 RM 4,850.00* Tingkatan 5 40
5
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke Korea siri 11
12 SEPT –20 SEPT
2016 2 MEI 2016 RM 4,850.00* Tingkatan
1,2,4 40
6
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke Korea siri 12
28 Nov – 6 Dis 2016 1 Sept 2016 RM 4,850.00* Tingkatan 1,
2,3,4 80
7
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke Australia siri 13
12 SEPT –20 SEPT
2016 2 MEI 2016 RM5,950.00* Tingkatan
1,2,4 40
8
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke Australia siri 14
28 Nov – 6 Dis 2016 1 Sep 2016 RM5,950.00* Tingkatan 1,
2,3,4 40
9
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke London siri 9
12 SEPT –21 SEPT
2016 1 April 2016 RM 6,850.00* Tingkatan
1,2,4 40
10 Program Pertukaran
Pelajar dan Jaringan 28 Nov – 7 Dis 2016 1 Sep 2016 RM 6,850.00* Tingkatan 1,
2,3,4 40
Pendidikan Antarabangsa ke London siri 10
11
Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa ke Europe siri 1 (
Amsterdam – Belgium – Paris )
28 Nov – 7 Dis 2016 1 Sep 2016 RM 7,450.00* Tingkatan 1,
2,3,4 40
*Sila rujuk lampiran 2
2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Sila rujuk Lampiran 1.
3. YURAN PENYERTAAN
Yuran penyertaan perlu ditanggung oleh ibubapa/ penjaga dan perlu dibayar sepenuhnya mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan. Segala pembayaran perlu dibuat menggunakan CHEQUE ATAU BANK DRAF SAHAJA kepada KELAB ANTARABANGSA HIROSHIMA KUALA LUMPUR sebagai penerima.
Jadual Pembayaran
1 Bersama Borang Permohonan RM 3000.00
2 Tarikh yang akan dimaklumkan dalam surat tawaran Baki Yuran
• Wang pendahuluan sebanyak RM 3000.00 tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri dari program selepas menerima tawaran. Walaubagaimana pun bagi pelajar yang tidak terpilih, deposit sebanyak RM 3000.00 akan dikembalikan.
• Kos pentadbiran sebanyak RM 1000.00 akan ditolak jika pelajar menarik diri atas apa jua sebab setelah borang permohonan diterima.
• Jika Peserta telah membayar keseluruhan yuran pendaftaran dan menarik diri kemudiannya, amaun pembayaran balik hanya akan dibuat setelah ditolak deposit yang telah dibayar oleh pihak urusetia program kepada pihak syarikat penerbangan, hotel, pengangkutan dan kos pentadbiran seperti di atas.
• Kos ini tidak termasuk surcaj yang dikenakan oleh pihak MAS atau syarikat
penerbangan lain disebabkan peningkatan harga bahan api, perubahan mata wang
asing, perubahan cukai kerajaan atau sebagainya.
• Senarai lengkap kos penyertaan seperti di Lampiran 2
4. INSURAN
Pihak kami akan menyediakan insuran kemalangan/nyawa yang akan melindungi peserta bermula pada tarikh berlepas di KLIA sehingga pulang ditempat yang sama.
Insuran ini juga meliputi segala kos rawatan sebagai pesakit luar jika peserta mengalami sebarang masalah semasa program ini berjalan.
5. PENGISIAN DOKUMEN PEMERIKSAAN PERUBATAN
Peserta hendaklah mendapatkan perkhidmatan doktor yang bertauliah semasa mengisi dokumen ini. Pihak penganjur tidak bertanggung jawab jika maklumat yang diberikan adalah palsu dan penyertaan peserta akan di batalkan serta merta jika didapati memalsukan tahap kesihatan anda. Dokumen ini perlu diisi selepas mendapat surat tawaran dan diserahkan semasa pendaftaran kursus.
6. PERMOHONAN VISA
Pihak Kelab akan menguruskan permohonan visa semua peserta dan guru pengiring bagi negara –negara yang memerlu kan visa . Pemohon dikehendaki menyediakan passport Antarabangsa yang masih sah ( tarikh tamat tempoh wajib melebihi 6 bulan dari tarikh program ) serta lain-lain dokumen yang akan dimaklumkan kemudian.
6. KURSUS PERSEDIAAN
Peserta dikehendaki menghadiri kursus persediaan sebelum program sebenar berlangsung. Kursus ini bertujuan untuk memberikan maklumat setiap program dengan lebih lengkap, latihan kebudayaan dan mempererat hubungan di antara peserta. Kursus ini akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian dan kehadiran peserta adalah diwajibkan. Kegagalan menghadiri kursus ini tanpa alasan yang kukuh akan menyebabkan penyertaan anda dibatalkan.
7. PROSEDUR PERMOHONAN
Pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan daripada kaunselor sekolah masing-masing atau memuat turun melalui sesawang
http://www.hiroshimainternational.com. Permohonan mesti mengisi boring permohonantersebut dan hantar kepada urusetia program di alamat seperti di bawah. Pemohon yang
menghantar awal borang permohonan akan di berikan keutamaan. Isi borang tersebut dengan selengkapnya dan hantar kepada urusetia program di alamat seperti di bawah. Pemohon yang menghantar awal borang permohonan akan di berikan keutamaan.
Kelab Antarabangsa Hiroshima Kuala Lumpur No. 43-1A, Jalan 1/4,
Bandar Sri Putra 43000 Bangi, Kajang Selangor Darul Ehsan
8. ATURCARA PROGRAM Sila rujuk lampiran 3.
9. PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai program ini tuan/puan dipersilakan menghubungi urusetia program seperti di bawah :
Pejabat - 03-89266881/03-89200997 En Fadzil Rabu - 012-2246431
En Zaimi - 019-6662102
En Najib Ahmad - 03-88721640 ( Bahagian Kokurikulum & Kesenian, KPM )
Website - http://www.hiroshimainternational.com
Email -
[email protected]LAMPIRAN 1
Syarat wajib yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pelajar yang ingin memohon untuk program ‘homestay’ ke luar negara adalah seperti berikut;
1. Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar berumur 13 hingga 18 tahun.
2. Sihat tubuh badan dan tidak menghadapi apa – apa masalah kesihatan yang boleh mengganggu perjalanan program.
3. Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga.
4. Wajib mengikuti kursus penyesuaian diri / orientasi . 5. Membayar keseluruhan yuran penyertaan.
6. Tidak mempunyai rekod atau masalah disiplin.
7. Menjaga nama baik negara semasa program.
8. Mengikuti semua aktiviti yang telah dirancangkan .
9. Mengikuti program sehingga tamat. (Tamat bermaksud sehingga sampai kembali ke Malaysia)
10. Mematuhi semua arahan yang di berikan dari masa ke semasa.
11. Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit sepanjang program berlangsung
LAMPIRAN 2
Kos Bagi Program Jepun
Bil Termasuk Dalam Pakej Homestay Tidak Termasuk Dalam Pakej
1 Tambang Kapal Terbang (Pergi/Balik) ( antarabangsa sahaja )
Surcaj : 1. airport tax 2. fuel surcaj
3. Pertukaran wang asing 4. gov. tax
2 Makan dan Minum sepanjang program Wang Saku Pelajar
3 Penginapan di Jepun
4 Tiket ke Disneyland
5 Pengurusan dan Insurans
6 Program semasa Homestay
7 Tabung Kelab Antarabangsa Hiroshima
Jumlah Keseluruhan Kasar : *RM 4,850.00 ( TIDAK TERMASUK SURCAJ )
* Surcaj bagi penerbangan ke Jepun dianggarkan dalam lingkungan RM 600.00 hingga RM 1,000.00 bergantung kepada syarikat penerbangan. Kos ini tidak termasuk di dalam pakej.
* Syarikat penerbangan yang akan di gunakan adalah 1. Malaysia Airline atau
2. Singapore Airline atau 3. Japan Airline atau
4. Mana-mana syarikat penerbangan yang dipilih oleh pihak urusetia.
Kos Bagi Program di United Kingdom (UK)
Bil Termasuk Dalam Pakej Homestay Tidak Termasuk Dalam Pakej
1 Tambang Kapal Terbang (Pergi/Balik) ( antarabangsa sahaja )
Surcaj : 1. airport tax 2. fuel surcaj
3. Pertukaran wang asing 4. gov. tax
2 Makan dan Minum sepanjang program
(Sarapan Pagi/ T. Hari / Malam) Wang Saku Pelajar
3 Yuran Homestay dan penginapan
4 Kos lawatan di London
5 Kos aktiviti harian
6 Kos Program Pembelajaran Bahasa
Inggeris
7 Kos Membasuh Baju (Laundy)
8 Kos Pengangkutan Dari Heathrow
International Airport
Jumlah Keseluruhan Kasar : *RM 6,850.00 ( TIDAK TERMASUK SURCAJ )
* Surcaj bagi penerbangan ke UK dianggarkan dalam lingkungan RM 1,500.00 hingga RM 2,500.00 bergantung kepada syarikat penerbangan. Kos ini tidak termasuk di dalam pakej.
* Syarikat penerbangan yang akan di gunakan adalah 1. Malaysia Airline atau
2. Singapore Airline atau 3. Emirates Airline atau
4. Mana-mana syarikat penerbangan yang dipilih oleh pihak urusetia.
Kos Bagi Program Europe ( Amsterdam – Belgium – Paris )
Bil Termasuk Dalam Pakej Homestay Tidak Termasuk Dalam Pakej
1 Tambang Kapal Terbang (Pergi/Balik) ( antarabangsa sahaja )
Surcaj : 1. airport tax 2. fuel surcaj
3. Pertukaran wang asing 4. gov. tax
2 Makan dan Minum sepanjang program
(Sarapan Pagi/ T. Hari / Malam) Wang Saku Pelajar
3 penginapan
4 Kos lawatan
5 Kos aktiviti harian
6 Pengangkutan ( Bas / keretapi )
7 Kos Pengangkutan Dari dan ke
International Airport
8 Insuran
Jumlah Keseluruhan Kasar : *RM 7,450.00 ( TIDAK TERMASUK SURCAJ )
* Surcaj bagi penerbangan ke Jerman dianggarkan dalam lingkungan RM 1,500.00 hingga RM 2,500.00 bergantung kepada syarikat penerbangan. Kos ini tidak termasuk di dalam pakej.
* Syarikat penerbangan yang akan di gunakan adalah 1. Malaysia Airline atau
2. Singapore Airline atau 3. Emirates Airline atau
4. Mana-mana syarikat penerbangan yang dipilih oleh pihak urusetia.
Kos Bagi Program Australia
Bil Termasuk Dalam Pakej Homestay Tidak Termasuk Dalam Pakej
1 Tambang Kapal Terbang (Pergi/Balik) ( antarabangsa sahaja )
Surcaj : 1. airport tax 2. fuel surcaj
3. Pertukaran wang asing 4. gov. tax
2 Makan dan Minum sepanjang program
(Sarapan Pagi/ T. Hari / Malam) Wang Saku Pelajar
3 Yuran Homestay dan penginapan
4 Kos Lawatan di Australia
5 Kos Aktiviti harian
6 Kos Program Pembelajaran Bahasa Inggeris
7 Kos Membasuh Baju (Laundy)
8 Kos Pengangkutan Dari Brisbane
International Airport
Jumlah Keseluruhan Kasar : *RM 5,950.00 ( TIDAK TERMASUK SURCAJ )
*Fuel Surcaj bagi penerbangan ke Australia dianggarkan dalam lingkungan RM 800.00 hingga RM 1,400.00 bergantung kepada syarikat penerbangan. Kos ini tidak termasuk di dalam
pakej.
* Syarikat penerbangan yang akan di gunakan adalah 1. Malaysia Airline atau
2. Singapore Airline atau 3. Qantas Airline atau
4. Mana-mana syarikat penerbangan yang dipilih oleh pihak urusetia
Kos Bagi Program Korea
Bil Termasuk Dalam Pakej Homestay Tidak Termasuk Dalam Pakej
1 Tambang Kapal Terbang (Pergi/Balik) ( antarabangsa sahaja )
Surcaj : 1. airport tax 2. fuel surcaj
3. Pertukaran wang asing 4. gov. tax
2 Makan dan Minum sepanjang program Wang Saku Pelajar
3 Penginapan di Korea
4 Pengangkutan semasa program lawatan
5 Pengurusan dan Insurans
6 Program semasa Homestay
7 Kos Luar Jangka
8 Tabung Kelab Antarabangsa Hiroshima