• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. KRITERIA MEMBINA SOALAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "1. KRITERIA MEMBINA SOALAN"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

MEMBINA SOALAN OBJEKTIF DAN ESEI BERDASARKAN SEMAK SEMULA TAKSONOMI BLOOM DOMAIN KOGNITIF

Kemahiran menjawab soalan esei adalah untuk mencungkil kemahiran pelajar dari aspek mengingat, memahami, mengorganisasi idea, mensepadukan idea, menganalisis maklumat, membuat penilaian, memberi idea untuk penyelesaian masalah, mencadangkan idea yang kreatif,kritis dan inovatif.

Jadi untuk mencapai hasrat ini tugasan soalan mestilah selari dengan kehendak tersebut supaya pelajar dapat menjawab dengan baik dan kebolehan pelajar untuk menjawab dapat diolah sebaik yang mungkin.

1. KRITERIA MEMBINA SOALAN

Mengikut buku panduan penggubalan kertas peperiksaan IPG (2014) ciri – ciri item yang baik hendaklah ada kesahan, kebolehpercayaan, akur kurikulum, spesifikasi, ketepatan, kejelasan, dan kesesuaian.

Berikut adalah tambahan dan penambahbaikan beberapa kriteria untuk membina soalan struktur dan esei supaya soalan itu ada kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

1. Selaras dengan kurikulum/proforma/Instrustional validity

Soalan yang dibina mestilah berdasarkan kehendak kurikulum/proforma yang dikeluarkan oleh IPGM.

Sekiranya soalan yang dibina tersebut tidak mengikut proforma ini bermakna tidak mengukur apa yang telah dipelajari dari segi keesahan kandungan dan skor tidak boleh dipercayai untuk menilai kebolahan pelajar. Justeru itu soalan yang dibina haruslah bersandarkan proforma yang rasmi dan terkini yang di keluarkan oleh IPGM.

2. Aras kemahiran/kesukaran

Soalan esei adalah sesuai untuk menguji tentang kefahaman dan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif pelajar bagi sesuatu aspek atau isu yang diutarakan. Adalah kurang signifikan soalan yang ditanya berkaitan dengan aras rendah seperti apakah, siapa, bila, dimana atau senaraikan. Kata kerja demikian lebih kepada menguji daya ingatan pelajar sahaja dan bukannya mencungkil kemantangan pemikiran atau mengalakkan pemikiran kritis, kreatif dan inovasi. Di IPGM kita digalakkan menggunakan soalan pemikiran aras tinggi (HOTS).

Di IPGM kita dicadangkan berdasarkan Taksonomi Bloom (1965) dan yang disemak semula Anderson L.W

& Krathwohl (2001). Hurain secara mendalam pada rajah 2 dan 3.

(2)

3. Tugasan Soalan/Kata tugas

Tugasan soalan hendaklah jelas supaya pelajar dapat mengeluarkan idea dengan baik, mencerminkan kefahaman pelajar dan menganjak pelajar membentuk pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif. Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada suatu soalan yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh pembina soalan. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respon yang sejajar dengan tugasan soalan. Dengan kata lain kata tugas ialah perkataan yang digunakan untuk memberi arahan kepada pelajar untuk menjawab soalan. Kata tugas yang betul amat penting supaya setiap soalan itu lebih jelas difahami oleh pelajar, apakah kehendak soalan yang sebenarnya. Contoh tugasan soalan seperti jelaskan, bandingbezakan, bincangkan dll. Soalan hendaklah spesifik dan berfokus supaya memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi pemikiran.

Pastikan tidak ada pecahan soalan bagi setiap esei. Perkataan yang hendak ditonjolkan dalam pokok soalan seperti bukan, paling dan bilangan ( contoh empat) perlu dihitamkan.

4. Berdasarkan JSU

Soalan yang dibina mestilah bersandarkan jadual speksifikasi ujian (JSU) yang disediakan oleh unit pepepriksaan IPGM. JSU digunakan untuk memastikan dan menentukan mutu soalan dan menepati prinsip – prinsip pembinaan ujian. JSU juga untuk menentukan konstruk ( pengetahuan, kemahiran, dan nilai) dan taburan tajuk yang diwakili, masa dan pemberatan setiap soalan. Tujuan penggunaan JSU adalah untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaan. Sila lihat JSU rajah 1 yang telah diubahsuai.

EDU 3345D (Disiplin dan Tingkahlaku)

Taksonomi

Bil Jam Pemberatan Mengingati Memahami Mengaplikasi Menilai Mencipta Jumlah

Topik Pengernalan

Perlakuan 5 33 Struktur S1a(5 markah) Struktur S1b (10 markah)

Esei 1(20markah) 3 Teori

Disiplin

5 17 Struktur S1a(5 markah)

Modifikasi

Tingkahlaku 5 20 Struktur S1a(5 markah) Struktur S3b (10 markah)

Esei 2(20markah) 3

Pengurusan

Disiplin 3 30 Struktur S1a(5 markah) Struktur S14b (10 markah)

Isu dan masalah

3 Struktur S1a(5 markah) Struktur S1b (10 markah)

Esei 3(20markah) 2

Rajah 1

(3)

5. Laras Bahasa

Bahasa yang digunakan dalam soalan mestilah mudah difahami, jelas, tepat dan sesuai dengan tahap pelajar . Istilah yang digunakan dalam proforma seharusnya selari yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB). Elakan bahasa yang bombastik yang sukar difahami dan ayat – ayat yang mengelirukan.

6. Ransangan/Stimilus/Petikan/Rajah

Sesuatu maklumat yang autentik berbentuk teks atau grafik yahg menjadi fokus kepada situasi tugasan untuk pelajar menjawab soalan. Ransangan yang digunakan hendaklah jelas, ada kaitan dengan soalan dan mengikut aras kesukaran. Ransangan yang disediakan mestilah memberi respon pada pemikiran pelajar menganjak pelajar berfikir untuk menjawab ransangan tersebut. Tiada ‘Window dressing’.

7. Skema Pemarkahan

Skema permarkahan biasanya menggunakan kaedah pemarkahan Holistik dan Analitik. Permakahan secara analitik diberi secara mengikut fakta – fakta yang yang telah ditentukan oleh skema. Sekiranya fakta banyak maka markah akan tinggi begitulah sebaliknya. Manakala kaedah holistik mengambil kira mutu respon secara keseluruhan berdasarkan satu set kriteria standard atau rubrik yang telah

ditetapkan. Pemeriksa perlu membaca keseluruhan jawapan dan menilai dari aspek isi kandungan, kefahaman konsep, proses pemikiran yang dikehandaki oleh soalan dan mutu berkomunikasi.

Jika dibandingkan dua kaedah diatas kaedah analitik lebih kepada bagaimana pelajar dapat mengingat dan memahami fakta dan menulis semula apa yang telah dipelajari. Kebaikan kaedah ini pemeriksa lebih mudah menentukan berapa jumlah isi kandungan dan ketepatan jawapan. Kelemahan kaedah ini pula pemeriksa tidak dapat megesan jika jawapan yang berbentuk HOTS. Ini kerana jawapan aras HOTS bukan sahaja melihat berapa jumlah isi kandungan tetapi juga melihat jawapan berbentuk analisis, aplikasi atau rekacipta yang tidak menetapkan satu jawapan sahaja. Oleh itu pemeriksa

memerlukan masa yang baik dan pengetahuan yang tepat dan mendalam untuk menilai jawapan yang berbentuk holistik.

(4)

2. ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF

Versi lama ( rajah 2) Versi baru (rajah 3)

Taksonomi Bloom asal dan Taksonomi Bloom semak semula 2001

Penilaian

Sistesis

Analisis

Aplikasi

Kefahaman

Pengetahuan

Men cipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingati

LOTS

LOWER ORDER THIKING SKILL HOTS

HIGHER ORDER THINKING SKILL

(5)

Konsep Taksonomi Bloom diperkenalkan oleh tokoh psikologi Benjamain Bloom pada tahun 1956.

Taksonomi ini bertujuan untuk mengklsifikasi tujuan pendidikan dalam tiga domain ia itu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif meliputi proses pengetahuan, maklumat dan tahap mentaliti.

Manakala afektif meliputi berkaitan dengan nilai dan emosi dalam pendidikan. Domain psikomotor meliputi kefungsiaan manipulatif dan kecergasan fizikal.

Domain kognitif di perkenalkan untuk menentukan tahap – tahap pemikiran yang dikuasai oleh pelajar dalam pembelajaran sehingga dapat mengolah daripada aplikasi teori kepada penciptaan. Ini bermakna pelajar yang memahami isi kandungan matapelajaran bererti pelajar itu mengingat apa yang telah dipelajari. Begitu juga kalau pelajar itu dapat mengaplikasi pengetahuanya ini bermakna telah memahami ilmu yang telah dipelajarinya. Begitulah sebaliknya sekiranya pelajar tidak dapat menyatakan isi pelajaran ini menunjukkan ia tidak berkemampuan untuk mengingat dan mememahami. Jadi domain ini penting sebagai panduan kepada pendidik untuk menjadi indikator tahap pemikiran pelajar.

Pada tahun 1990 Lorin Anderson dan Krawthwohl anak murid Bloom telah membuat ulangan taksonomi tersebut dan telah diterbitkan pada 2001. Dalam terbitan baru ini Anderson telah mengubah daripada kata benda kepada kata kerja dan memasukkan aras baru ia itu mencipta( rajah 2 ).

Cara memahami hiraki taksonomi tersebut ialah pelajar memahami isi pelajaran apabila mengingat apa yang telah dipelajari. Pelajar dapat mengaplikasi apabila memahami isi pelajaran. Pelajar dapat menilai apabila dapat menganalisisi dan pelajar dapat mencipta apabila dapat mengingat, memahami,mengaplikasi, menganalisi dan menilai apa yang telah dipelajari.

Anderson telah mencerahkan jenis pengetahuan kepada fakta, konsep , prosedure dan metakognitif.

Manakala proses kognitif kepada tahap mengingati, memahami, mengaplikasi, menilai, menganalisis dan mencipta. Jadi dalam membina soalan esei dan struktur hendaklah merangkumi dalam bidang pengetahuan. kemahiran dan kebolehan. Perkaitan antara bidang ilmu , proses pemikiran dapat dilihat dalam rajah 4 dibawah. Jadi pembahagian soalan yang baik merangkumi tiga aspek iaitu aspek

pengetahuan, kemahiran dan kebolehan.

Mengingat Memahami Aplikasi Analisis Menilai Mencipta Fakta Mengingat

fakta

Memahami fakta

Aplikasi fakta Analisis menggunakan fakta,

konsep,prinsip dan prosedure

Menilai menggunakan fakta,

konsep,prinsip dan prosedure

Mencipta menggunakan fakta,

konsep,prinsip dan prosedure Konsep Mengingat

Konsep

Memahami Konsep

Aplikasi Konsep Prosedure Mengingat

Prosedure

Memahami Prosedure

Aplikasi Prosedure Metakognitif

Mengingat Metakognitif, strategi

Memahami Metakognitif, strategi

Aplikasi Metakognitif, strategi

Analisis Metakognitif, strategi

Menilai Metakognitif, strategi

Mencipta Metakognitif, strategi

Pengetahuan Kemahiran Kebolehan

Rajah 4

(6)

Source: Dianna Fisher (2005), oregon State University

Rajah 5

Berdasarkan rajah 5 pada aras mengingati mengandungi fakta, prinsip, konsep, prosedure dan metakognitif . Dimana fakta ialah idea dan maklumat yang tepat seperti definisi, nama orang, tempat, ukuran istilah dll. Konsep pula ialah maklumat dan idea mengikut pendapat tertentu dan kajian termasuklah prinsip, pendapat, teori, model, ciri – ciri, kategori, penjenisan, dasar- dasar dll. Manakala prosedur ialah maklumat mengenai cara, langkah – langkah pelaksanaan sesuatu tugas atau prosedur kerja, langkah – langkah keselamatan dll. Manakala metagognitif ia-lah ilmu pengetahuan mengenai

Mencipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingati

fakta - prinsip Konsep - Prosedure

Teori, formula

Penilaian dalaman Penilaian luaran

Situasi baru Situasi biasa

S Penghasilan Komunikasi

Penghasilan rancangan/plan Penghasilan hubungan abtrak

Mencerakinkan Hubungan organisasi/bahagian

Hubungan

(7)

pemikiran dan pandangan sendiri berdasarkan pengalaman dan pandangan sendiri termasuk refleksi kendiri.

Aras memahami tedapat meliputi terjemahan, interpretasi dan ekstrapolasi. Terjemahan menyatakan atau meringkaskan sesuatu apa yang diketahui dalam bentuk bahasa lain dengan betul dan tepat.

Interpretasi pula ialah kebolehan memahami sesuatu idea secara menyeluruh atau satu komunikasi idea sebagai satu konfigurasi idea untuk memahami yang memerlukan satu penyusunan idea – idea ke dalam yang baru dalam pemikiran dan ekstrapolasi ialah proses menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pada masa depan.

Aplikasi pula menunjukkan bahawa mempelajari menggunakan sesuatu dengan betul, apabila diberi situasi yang sesuai dengan cara penyelesaian yang tidak ditentukan. Unsur yang terdapat dalam analisis ialah mengenalpasti unsur – unsur yang terdapat dalam sesuatu idea, prinsip, kaedah, maklumat . Analisi hubungan antara unsur ialah kebolehan melihat dan mecerakinkan hubungan antara pembolehubah, bahagian atau unsur dalam sesuatu idea, hubungan antara satu idea yang lain, hubungan antara bahagian dalam sesuatu kaedah dan maklumat. Analisis prinsip organisasi unsur ialah kebolehan mencerakinkan bahagian – bahagian dalam struktur, susunan atau sistem yang menyatukan sesuatu idea, teori, hujah, kaedah termasuk struktur yang eksplisit dan implisit dan eleman – eleman di dalamnya yang menjadi satu unit . Analsis juga dapat membezakan bahan yang tidak dengan tidak berkaitan.

Dalam aras penilaian meliputi menilai secara kriteria dalaman dan kriteria luaran. Kriteria dalaman merujuk kepada nilai ketepatan sesuatu dengan menggunakan bukti – bukti logik manakala kriteria luaran penilaian yang seperti teori – teori utama, generalisasi, formula daan ciri – ciri tertentu.

Penghasilan ialah mencipta dapat membina suatu komunikasi yang mana pelajar cuba menyampaikan idea, perasaan atau pengalaman orang lain. Penghasilan rancangan atau pelan operasi untuk sesuatu tujuan, manakala membina suatu hubungan yang abstrak ialah kebolehan membina satu hubungan yang abstrak sepert teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau klasifikasi fakta.

(8)

Domain Kognitif

Dalam domain kognitif terdapat enam aras lihat rajah 6 . Perubahan ini ditukarkan daripada kata nama kepada kata kerja.

ARAS KATA KERJA

Menciptakan

Menguji pelajar membuat perancangan, mencipta dan menggabungkan pelbagai unsur/elemen.

menciptakan, membentukkan, mengabungkan, menyusun semula, menggubalkan, meyediakan, mencadangkan, membina, merekacipta,

menyediakan, menyusun semula, memasang, membangunkan, merancang, mencadangkan, menghasilkan, menaiktaraf,

Menilai

Menguji kebolehan pelajar menilai terhadap sesuatu idea, produk, kaedah.

Jadi pelajar perlu menyatakan asas pertimbangan untuk membuat penilaian tersebut. Asas pertimbangan mungkin aspek pro dan kontra, gred, kerelevanan, ketepatan.

menilaikan, menginterpretasikan, membuktikan, meramalkan, membuat anggaran,

menjustifikasikan, mekomenkan, membuat penghakiman, menentukan

mencadangkan, membahas, menilai, menyokong, membuat kesimpulan, mentaksir, memberi alasan, membuat keputusan, memilih, menilai,

mempertimbang, menentukan, membincangkan, mengesahkan, memberi pendapat,memberi justifikasi..

Menganalisis

Soalan yang dituliskan menguji pelajar untuk mengenalpasti pertalian antara ideas, mencari persamaan dan perbezaan pendapat,andaian, rumusan,

memecahkan kepada sesuatu bahagian dan hubungkait antara bahagian.

membezakan, meng hubungkan, mengasingkan, mengkritik, mengkategorikan, membuktikan, menyimpulkan, menerangkan, mengesan,

memeriksa, menguji, membanding, membezakan, menyiasat, melaksanakan, memisahkan,

mencerakinkan, memaparkan,menganalisis

Pengunaan/Aplikasi

Menggunakan apa yang telah diingat dan difahami kepada situasi yang baru . Soalan aras penggunaan biasanya dalam bentuk situasi masalah/applied context.

menyelesaikan, membina, mengira, melakar,melaksana, memeriksa, melukis, mengelaskan, menyelesaikan, menunjuk, menggunakan, menyrsuaikan, melengkapkan, mengambarkan , melaksanakan, hubungkan, menyediakan, membuat,mengemukakan..

Memahami Soalan yang memerlukan pelajar

memahami tentang sesuatu perkara dan menguji kebolehan pelajar memahami apa yang telah dipelajari. Bentuk menguji kefahaman menyatakan semula,

menerangkan, menjelaskan, merumuskan, menukarkan, meramalkan, menterjemahkan, membandingkan, menganggarkan.

(9)

menterjemahkan, mentafsirkan, merumuskan/inferen.ekstrapolasi.

Mengingat

Menguji pelajar mengingati sesuatu kembali, mengenal fakta, istilah, strategi penyelesaian masalah.

mengenalpasti, menyatakan, mendefinasikan, , menamakan, meyenaraikan, pilihkan,

Rajah 6

CIRI – CIRI ITEM YANG BAIK

Ujian yang berkualiti merupakan satu instrument yang mengukur apa yang perlu diukur pada yang tinggi dan untuk kumpulan sasaran. Aspek yang hendak diutamakan ialah kesahan dan kebolehpercayaan.

Kesahan

Kesahan menjelaskan ketepatan alat pengukuran untuk mengukjur apa yang harus diukur.

Kesesahan kandungan merujuk kepada keupayaan ujian mengukur pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang patut diuji. Jadi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) menjadi panduan untuk membina soalan darisegi objektif pengajaran, isi kendungan dan aras kesukran.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan menjelaskan ketekalan sesuatu alat mengukur apa yang harus diukur ia iitu merujuk ketekalan skor. Kepercayaan skor berkait rapat dengan instrument penilaian yang digunakan.

Panduan Aspek Teknikal

A. Font dan Saiz

Penulisan soalan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah menggunakan font Arial saiz 11. Bahasa Arab font Tradional Arabic saiz 18. Bahasa Melayu jawi font jawi biasa saiz 18.

Bahasa cina font Ti saiz 12 dan bahasa Tamil font Murasu inaimathy saiz 11.

B. Soalan esei hendaklah yang ada perkataan kah diakhiri dengan tanda soal (?) Contoh:

1. Mengapakah murid perlu dilayan secara adil?

(10)

2. Bagaimanakah pihak pengurusan sekolah mengatasi masalah ketidakhadiran ke sekolah dalam kalangan murid – murid orang asli?

c. Soalan yang bentuk pernyataan lengkap hendaklah berakhir dengan noktah.

Contoh:

2. Murid – murid bermasalah pendengaran yang menggunakan amplifikasi memerlukan bilik akustik yang sesuai di dalam bilik darjah supaya pembelajaran mereka lebih berkesan.

Bincangkan sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas.

D. Soalan yang pernyataan yang tidak lengkap diakhiri dengan tanda, sebarang tanda bacaan.

E. Letakkan ransangan seperti petikan, rajah, jadual, petikan sebelum pokok soalan.

Soalan dengan ransangan hendak dimulakan dengan para baru.

Contoh:

3 Untuk menjayakan aspirasi Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menggalakan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan cara memperkenalkan Sekolah Wawasan.

Jelaskan lima ciri Sekolah Wawasan yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

F. Arahan jumlah markah 1 fakta/isi sahaja= 1 markah 1fakta/isi + huraian = 2 markah

4 fakta/isi + huraian = 4 X 2 markah = 8 markah Jumlah = 8 markah

(11)

HURAIAN KATAKERJA

BIL KATA ARAHAN TUGASAN

RESPON YANG DIHARAPKAN

1 Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

2.

Anggarkan

Memberi nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan ciri-

ciri suatu pengetahuan tertentu.

3. Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.

4. Bagaimanakah Memperihalkan/memberi penerangan tentang cara/keadaan/langkah/kejadian.

5. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

6. Berapakah Memberi kuantiti

7. Bezakan Menyatakan kelainana/ketidak samaan antara dua atau lebih perkara.

8. Bilakah Menyatakan masa atau waktu.

9. Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah atau alat tertentu.

10. Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

11. Buktikan Menyatakan kebenaran dengan

dalil/contoh/fakta/huraian.

12. Cadangkan Memberi pandangan/idea/pendapat/dengan mempertimbangkan perkara positif atau negative.

13. Carikan Memberi nilai tanpa atau dengan hitungan ringkas.

(12)

14. Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian.

15.

Definisikan

Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau

terminalogi.

16. Fokuskan Memberi penerangan/pernyataan dengan menumpu kepada sesuatu aspek tertentu.

17. Gambar kisahkan Memberikan penerangan dengan menggunakan gambar rajah.

18. Hitungkan Memberikan jawapan dengan kaedah pengiraan.

19. Hubung kaitkan Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa cirri atau faktor.

20. Huraikan Memperihalkan/ menceritakan sesuatu dengan panjang lebar/ terperinci secara teratur.

21. Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh/gambar rajah/ rajah 22. interpretasikan Memberikan maklumat atau makna lain bagi sesuatu

komunikasi.

23. Jelaskan Memberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah difahami.

24. Kelaskan Mengelompokkan sesuatu berdasarkan kriteria atau ciri tertentu.

25. Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang.

26.

Kenal pastikan

Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu benda atau pernyataan yang dikenali atau dicam

dengan jelas.

27.

Labelkan

Menandakan dan / atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap sesuatu rujukan pada gambar rajah,

graf, carta, ilustrasi dan sebagainya.

28. Lorekkan Melukis dengan garisan/ corengan / coretan pada kawasan atau ruangan tertentu.

29. Lukiskan Memberikan persembahan berbentuk grafik/ rajah/

gambar rajah/ graf bagi menggambarkan sesuatu

(13)

benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu.

30. Membuat hipotesis Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji akan kesahihannya.

31. Mengapakah Memberi sebab atau alas an.

32. Namakan Memberikan panggilan yang spesifik terhadap sesuatu benda/ istilah / terminology / proses.

33. Nyatakan Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjutan / huraian / sokongan.

34. Organisasikan Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancangkan.

35. Pamerkan Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan suatu perkara.

36. Peringkatkan Membuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut aras / tahap tertentu.

37. Ramalkan Memberikan suatu nilai yang dijangkakan berdasarkan pola atau corak tertentu.

38. Reka bentukkan Membuat garis kasar, plan tindakan dan melaksanakan sebagaimana perancangan.

39. Rekodkan Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / pemerhatian mengikut format.

40.

Ringkaskan

Memberi penerangan yang lebih padat daripada pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan

utama pernyataan asal itu.

41. Rumuskan Membuat sesuatu kesimpulan dengan mempertimbangkan beberapa perkara.

42. Sarankan Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

43. Selesaikan Membuat sesuatu keputusan untuk mengatasi sesuatu masalah.

44. Senaraikan Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori

dan sebagainya secara spesifik / berbentuk poin

(14)

tanpa memberi hubungan, perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya.

45. Siapakah Mengenalpasti individu dalam konteks tertentu.

46. Susunkan Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah atau prinsip tertentu.

47. Syorkan Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

48. Tafsirkan Menerangkan maksudkan ayat dnegan terperinci.

49. Tentukan Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asa pertimbangan.

50. Tentusahkan Menyatakan kebenaran / ketetapan sesuatu dengan memberi bukti.

51. Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab.

52.

Terjemahkan

Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan

memperihalkan makna komunikasi tersebut.

53. Tuliskan Memberi maklumat yang khusus / spesifik.

54. Ubahsuaikan Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah atau prinsip tertentu.

55. Ukurkan Memberi kuantiti dengan unit yang boleh diperoleh daripada sesuatu alat pengukur.

56. Ulaskan Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik 57. Wajarkan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan

mengambil kira kebaikan dan keburukannya.

(15)

Bahan Bacaan

1. Buku Panduan Penggubalan kertas peperiksaan .Institut Pendidikan Guru Malaysia KPM (2014) 2. Taksonomi Bloom. Dewan Bahasa dan Pustaka.(1990)

3. Anderson, L,W, & krathwohl D.R.(2001). A taxsonomi for learning, teaching and assessing: A revision of Taxonomy of Educational objektif, Longman.

4. Bengkel Pembinaan Item Ujian Objektif & Esei:( 2008)IPSM Besut 4. http//id.wikipedia.org/wiki/taksonomi/bloom

5. http://w.w.w. scribd.com/doc/242116207/kognitif Bloom Question 6. http://www.nwlink..com/donclark/hrd/bloom.html

7.(Bloom Taxonomy Revised)-atContent

X

(16)

SOALAN STRUKTUR DAN ESEI BERDASARKAN SEMAK SEMULA TAKSONOMI BLOOM DOMAIN KOGNITIF

Menganalisis Nyatakan

Menterjemahkan Bincangkan

Meng

etahui

mEMBEZA Mengingati bILAKAH,Dimanakah Memahami

sENARAIKan

Mengabungkan Bandingbezakan

Mengaplikasi

Melakonkan

Menilai LakarkaN Tuliskan

Men cipt a

jELASKAN

(17)

MOHAMAD B AB KADIR JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 2018

Referensi

Dokumen terkait

Pada Tabel 4.12 dapat dilihat jawaban responden paling banyak yaitu pada jawaban setuju dengan menonton siaran TVRI Sul-Sel mereka mendapatkan informasi akurat

Seksi Penempatan tenaga kerja mempunyai tugas menyiapkan bahan pembinaan penempatan tenaga kerja lokal, AKAD dan AKAN, menyiapkan bahan penyusunan sistem dan bahan pedoman

Saccharomyces cereviceae yang diamobil pada media agar .Amobilisasi adalah sel yang teralokasikan pada tempat tertentu sehingga sel dapat dipisahkan dari produk dan dapat

Hasil penelitian dengan pengolahan serta analisis data, maka dapat diambil kesimpulan yaitu: terdapat korelasi yang signifikan kekuatan otot lengan bahu (X) terhadap kemampuan

Penelitian menggunakan pendekatan evaluasi berorientasi tujuan (goal oriented evaluation). Teknik pengumpulan data dilakukan melalui observasi dan angket. Analisis data

Sebagian besar alokasi waktu digunakan untuk istirahat (44 %), selanjutnya perilaku ingesti atau makan- minum (43 %) sebagai perilaku utama untuk memenuhi kebutuhn hidup

Pengelantangan dikerjakan terhadap bahan tekstil bertujuan menghilangkan warna alami yang disebabkan oleh adanya pigmen-pigmen alam atau zat-zat lain, sehingga diperoleh bahan

Hasil analisis pada tabel 5 didapatkan 41.2% responden yang mengalami ISK berusia ≥ 60 tahun dan 40.0% responden cukup baik dalam upaya pengendalian diabetes. Uji Chi square