• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANTOLOGI PUISI CINTA WARAK 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "ANTOLOGI PUISI CINTA WARAK 3"

Copied!
67
0
0

Teks penuh

(1)

1

(2)

2

ANTOLOGI PUISI CINTA WARAK 3

Editor

Afizah Salleh Aspalilah Alias

Jannatul Madihah Abu Bakar

(3)

3

EXCO WANITA REMAJA DAN KANAK-KANAK (WARAK)

PERTUBUHAN AMAL PERUBATAN IBNU SINA MALAYSIA (PAPISMA)

Hak cipta © 2021

© PAPISMA

Reka bentuk muka © 2021 PAPISMA

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, dismpan dalam bentuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, samaada dengan elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penulis dan penerbit terlebih dahulu.

Hak cipta © 2021

PAPISMA

Hak cipta terpelihara e ISBN 978-967-25705-5-4 Editor: Afizah Salleh, Aspalilah Alias, Jannatul Madihah Abu Bakar.

Pereka Grafik: Nur Atikah Mohd Amin Penerbit:

PAPISMA

(4)

4

ISI KANDUNGAN

PRAKATA ... 7

PENGHARGAAN ... 9

KEAGAMAAN ... 11

HAMBA PEMUJA HUJAN ... 12

Drniknf ... 12

SEMANGAT HATI ... 14

Salmiah ... 14

SEDEKAH ... 16

Aisyah A Kadil ... 16

BAHAGIA YANG NYATA ... 18

Nur Syaza ... 18

TAHAJUD PENDOSA ... 20

Rafiqi ... 20

MUNAJAT ... 22

Dr Jannah ... 22

ESA ... 23

Dr Jannah ... 23

CINTA-MU CINTA IMPIAN ... 24

Seri Jasmina ... 24

HARAPAN YANG HILANG ... 26

Alaros ... 26

KALAM SUCI ... 28

(5)

5

~Adawiyah81 ... 28

DAMAI SUNGAI ITU.. ... 30

~Adawiyah81 ... 30

SINAR YANG SIRNA ... 32

Dr Jannah ... 32

BANGKIT ... 33

Dr Jannah ... 33

PASRAH ... 34

Ku Tasneem ... 34

RINTIH HAMBA ... 36

Ku Tasneem ... 36

SEBAIK-BAIK MANUSIA ... 38

Dr Aspalilah Alias ... 38

KEPADA ALLAH DIA BERSERAH ... 40

Nor Rofizah Jamaluddin ... 40

PENDUSTA DOSA ... 41

Nor Rofizah Jamaluddin ... 41

RINTIHAN SUBUH ... 43

Rosnani Zakaria ... 43

COVID-19 ... 45

COVID-19 SUATU PANDEMIK ALAM BUANA ... 46

Rosnani Zakaria ... 46

COVID 19... 48

(6)

6

Pezza ... 48

SEDEKAH JUMAAT ... 51

Aisyah. A. Kadil ... 51

PEMIMPIN VS PANDEMIK ... 53

Aisyah. A. Kadil ... 53

IBRAH PANDEMIK INI ... 55

Aisyah. A. Kadil ... 55

IBU KORONA ... 57

Nur Syaza ... 57

BERIKAN DIA NYAWA ... 58

Rafiqi ... 58

MUSUH KITA SAMA ... 60

Dr Jannah ... 60

COVID 19 MERDEKA PANDEMIK ... 62

Shazrina Humaira ... 62

HIDUP SEIRING COVID-19 ... 64

Safiy Iskandar ... 64

MASA & KESEMPATAN ... 65

Ani Zahidah ... 65

(7)

7

PRAKATA

Buku digital (e-book) Antologi Puisi Cinta WARAK 3 merupakan buku yang telah menghimpunkan puisi daripada penulis yang mempunyai pelbagai latar belakang. Buku ini mempunyai dua tema iaitu Keagamaan dan COVID 19. Pelbagai luahan rasa telah dikongsikan oleh penulis dalam bentuk puisi untuk dijadikan pengajaran kepada semua pembaca.

Buku ini diterbitkan atas inisiatif Jabatan Penulisan dan Penerbitan (JPP), Exco Wanita, Remaja dan Kanak- Kanak (WARAK) di bawah Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) selepas menjalankan Ceramah Mengenal dan Menulis Puisi pada Ogos lepas. Banyak peserta ingin menulis rasa hati dan nasihat serta berdakwah melalui puisi mereka yang kemudiannya dibukukan untuk pengkongsian umum. Perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh penulis dilontarkan dalam bentuk puisi telah dilahirkan dalam penerbitan buku ini. Semoga usaha yang kecil ini dapat memberi impak positif yang besar kepada masyarakat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 148;

“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat).

Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

(8)

8

Diharapkan buku Antologi Puisi Cinta WARAK 3 ini dapat digunakan sebagai panduan kepada semua lapisan masyarakat dalam memotivasikan diri dalam kehidupan supaya menjadi insan yang lebih baik dan diredai Allah SWT. Wallahualam.

Editor

Afizah Salleh, Aspalilah Alias,

Jannatul Madihah Abu Bakar

(9)

9

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, kami amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mempermudahkan buku digital ini dinukilkan. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’

Dr Suhaini Kadiman, Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan barisan Exco PAPISMA yang telah memberi sokongan padu dalam pembikinan buku ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Radhiahtul Akmal Razali, Pengerusi Exco Wanita, Remaja dan Kanak-Kanak (WARAK) yang telah menyokong pembikinan buku ini. Terima kasih kepada Dr Aspalilah Alias dan Dr Jannatul Madihah Abu Bakar sebagai Pengarah Program serta Ahli Jawatankuasa Ceramah Mengenal dan Menulis Puisi yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini. Terima kasih kepada Tuan Zaen Kasturi yang merupakan penceramah yang telah berkongsi ilmu. Tidak lupa jutaan penghargaan kepada ahli PAPISMA serta peserta yang menghadiri program tersebut.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang turut memberi kerjasama dalam penulisan buku ini. Semoga sumbangan ilmu yang

(10)

10

sedikit ini dapat memberi manfaat dan motivasi kepada masyarakat sebagai pedoman dalam kehidupan.

(11)

11

KEAGAMAAN

(12)

12

HAMBA PEMUJA HUJAN

Drniknf

Persis butir mutiara

Menyentuh lembut, mata dan muka Menuruni hujung, kerudung dan kurung Menebar udara segar, aroma indah tak pudar

Menyapu bersih, dosa dan noda dunia.

Titis yang turun

Bawa rahmat, mungkin juga musibat.

Titis yang turun

Bersama manfaat, boleh jadi mudarat.

Lalu

Kau pilihlah

Mahu jadi sang kufur?

Atau

Manusia yang penuh syukur.

(13)

13 Teruslah menikmati Harum bau

Butir mutiara ini.

(14)

14

SEMANGAT HATI

Salmiah

Di sebalik tenangnya pantai, ada ombak datang membadai.

Di bawah pohon ru yang melambai, ada harapan yang masih tersadai.

Dalam tiupan angin yang gemalai, ada tubuh yang masih longlai.

Dalam desiran bayu yang membelai, ada harapan harus digapai.

Di bawah terangnya mentari, ada yang masih tercari-cari.

Di mana letaknya diri, adakah cuma di sanubari.

Di atas paksi bumi, cuba membina kekuatan sendiri.

Sesejuk air di kali, terasa dinginnya menyelimuti.

Semangat hati yang teguh berdiri, jangan sesekali jatuh kembali

(15)

15

Duhai semangat hati, jangan undur sebelum pergi

Bisikkanlah pada hati, jangan lafaz tidak pasti

Peganglah pada janji, teruslah teguh berdiri Binalah kekuatan sendiri, berjuang itu mesti.

Tanya pada hati, mengapa aku diuji

Jawapannya sangat pasti, dalam sujud telah kutemui

Dalam kalamMu menenangkan hati

Walaupun harapan belum pasti, ku rasakan damai di hati.

(16)

16

SEDEKAH

Aisyah A Kadil

Sedekah

Walau tidak menjadikan kita kaya

Namun Rasulullah SAW pernah bersabda Tidak akan berkurang harta buat yang bersedekah.

Sedekah

Tidak perlu ringgit segala Senyuman manis buat tercinta Juga dikira menambah pahala.

Sedekah

Walau hanya sekelumit cuma Namun buat si dia

Umpama permata nan berharga.

(17)

17 Sedekah lah selagi ada masa

Kerana insan di barzakh pun merayu dan meminta

Allah kembalikan mereka ke dunia nyata Untuk apa?

Agar mereka boleh bersedekah.

Sedekah

Imbalannya di dunia pun dah nyata Hanya yang melaluinya dapat merasa Nikmat sedekah yang Allah kurnia.

Sedekah

Walau awalannya tampak lelah Akhirannya pasti bahagia Sedekah lah

Berinfaq lah

Moga akhir hidup kita sejahtera.

(18)

18

BAHAGIA YANG NYATA

Nur Syaza

Lama Lama benar

Menunggu sinar muncul dari terowong kegelapan berpanjangan

Dek salah memilih jalan tika di persimpangan.

Tak sanggup

Hidup diselubung gelap

Sedangkan dunia telah terang sebenarnya.

Sejak mula

Tangan terus meraba Andai ada sinar cahaya.

Ternyata Dia tidak mempersia Usaha hamba hina

Meninggalkan keindahan yang direka.

(19)

19 Kembali memilih yang nyata Akan terus diusaha

Agar tangan terus dipegang Dengan penuh cinta.

Ya itulah ceritanya dari mula Cuma aku yang terleka.

(20)

20

TAHAJUD PENDOSA

Rafiqi

Kala malam kian menjelma Desiran angin kian terasa

Tenang sehingga menusuk sukma.

Sempurna lagi mendamaikan Bulan melabuhkan sayapnya Bintang masih berlari-lari

Menjadi saksi tahajud sang pendosa.

Saat doa dilafazkan

Juraian mutiara gugur kebasahan Tiada yang merasa

Melainkan diri empunya.

Saksi kepada tahajud cinta Mencipta keabsahan diri Menuju Sang Penguasa.

(21)

21

Insan kerdil bernama pendosa Memohon ampun kepada pencipta Walau diri rasa terhina

Namun taubat setia menunggu Berjalan menuju syurga abadi Bahagia diri menagih untung.

(22)

22

MUNAJAT

Dr Jannah

Desiran bayu Nyaman Hening

Damai lagi mendamaikan Bintang masih terjaga Saksi rintih sang hamba Butiran mutiara keguguran Tiada yang melihat

Melainkan sejoli purnama dan bintangnya Saksi buta.

(23)

23

ESA

Dr Jannah

Setiap selekoh yang kita terpaksa tempuh Setiap onak yang terpaksa diredah

Setiap gunung yang terpaksa kita daki Setiap lurah yang terpaksa dituruni Setiap kesedihan yang terpaksa ditelan Setiap duka yang mencengkam

Itulah tarbiyah Itulah didikan

Betapa dirimu mengEsakan Tuhan.

(24)

24

CINTA-MU CINTA IMPIAN

Seri Jasmina

Di dingin dini sepagi fajar Hati kepingin mengirim khabar Pada-Mu pasrah hatiku serah Mengabut resah mengusir gundah.

Meniti bilah tajamnya waktu Merajut indah cinta nan satu Selirat duga rentang jalanan Wajah-Mu jua damba impian.

Denai berduri jadi hamparan Tidak terperi perit jeritan

Laut gelombang di renang redah Bukan kepalang jerihnya wadah.

(25)

25

Andainya takdir redah lautan Bukalah tabir luas jalanan

Hadirlah mampir membuai sebak Terbiar singkir di badai ombak.

Ku apung impi ke langit harapan Moga Kau beri cinta impian.

(26)

26

HARAPAN YANG HILANG

Alaros

Bila nakhoda terjerumus sudah Kapal tenggelam menghilang arah Rantau jauh tidak diredah

Rantau dekat tiada diendah.

Harapan menggunung berderai runtuh Cahaya sirna di akhir noktah

Makin pudar ditelan serakah Impian gugur berkecai musnah.

Taburan tanda sudah lama bersepah Isyarat membawa segunung padah Ayuh bangsa usah leka bertelagah Persiap dirimu selamatkan akidah.

(27)

27 Usah gusar atau gundah Kerana kita takkan kalah

Hanya dua akhiran yang ditadah Menang atau mati bersyahadah.

(28)

28

KALAM SUCI

~Adawiyah81

Puteri-puteriku..

Semalam...

Lembaran kanak-kanakmu dilingkari tawa ria

Hiburan, seloka, jiwa alpa

Hanyut, larut, menjauh dari radar-Nya Ditelan lautan lepas nan bebas.

Hari ini..

Naik turun, gejolak galau nafsumu Kau benamkan demi kalam suci itu Lelah, resah, duka, luka atma

Bak pedang tajam kau tangkis peluru fana dunia

Kau kunyah, mamah semuanya Demi menjunjung niat yang satu Menjulang panji Al Quran

Menjaga tinta mulia.

(29)

29

Sungguh kutahu, bukan mudah..

Kau ibarat puteri terpenjara Buta, tuli dari lakar duniawi Hanya kalam suci diratib di bibir

Titisan air mata bukti cinta kepada Pencipta Tunduk, khusyuk, hilang bentuk

Seorang makhluk.

Esok..

Kau kan kecapi manisan mujahadah nan indah

Menantimu.. permata bahagia, mahkota dunia

Sebelum kau hadiahi kami, mahkota abadi di Syurga.

(30)

30

DAMAI SUNGAI ITU..

~Adawiyah81

Sahabat..

Dalam rintik gerimis ini Kocak gelora sukmaku Menggamit memori lalu Sayu, sendu, rindu

Dingin, damai sungai itu.

Masihkah kau ingat..

Bai’ah janji setia

Melakar cita perjuangan kita?

Di keheningan subuh Desiran pohonan buluh Dan dingin, damai sungai itu.

Kini..

Damai sungai itu

Bukti jiwaku jiwamu menyatu

(31)

31 Ikrar mujahadah nafsu

Tarbiyyah, istiqamah memadu

Berpaksi cinta lembayung rahmatMu.

(32)

32

SINAR YANG SIRNA

Dr Jannah

Cinta dunia lupa akhirat Cinta harta lupa ibadah Cinta makhluk lupa Pencipta Cinta kesenangan lupa kepayahan Cinta maksiat lupa untuk bertaubat.

Semak diri Buka hati Teroka minda Di mana kita?

Mencari keindahan dalam kegelapan Datang sang lilin walaupun kelam Genggamlah erat

Suluhlah jalanmu Agar kau temui

Jalan pulang kepada Tuhanmu.

(33)

33

BANGKIT

Dr Jannah

Tatkala ketenangan menjadi taruhan Bangkitlah wahai jiwa yang gelisah Sucikan diri dan jiwamu

Hadaplah ke langit Tadahlah tanganmu Mintalah daripada-Nya Rintihlah kepada-Nya

Sedalam mana rindumu kepada-Nya..

Berganda kasih-Nya kepadamu Kejarlah cinta-Nya

Rebutlah reda-Nya Haraplah rahmat-Nya Kerana Dia

Pemilik jiwa.

(34)

34

PASRAH

Ku Tasneem

Disimbah nur mentari pagi Disapa lembut bayu mewangi Bergema merdu simfoni alam Dalam sukma rindu yang dalam Pada jiwa dekat dengan Tuhan.

Aku menapak perlahan Membilang langkah

yang makin lelah, makin jauh Menuju negeri abadi

Meninggalkan negeri mimpi.

Aku berpaling pada kenangan lalu Memori terluka dan melukai Terasa ngilu di pinggir jiwa

(35)

35

Sungguh hidup ini tidak berada pada landasan kehendak diri Namun berjalan menurut kehendak Ilahi.

Pasrah

Tuhan lebih mengetahui.

(36)

36

RINTIH HAMBA

Ku Tasneem

Badai menghempas persada iman Tersadai terdampar jiwa yang kontang Hampir terputus sebuah pengharapan Hampir hilang seluruh kewarasan.

Kering sudah air mata nestapa Dihirup lapangan hati yang kecewa Nyaris tersungkur ke jurang durhaka Namun Tuhan itu rahimnya terlalu halus Rahmatnya luas, cintanya tulus.

Tidak seperti kita sahaya

Menyulam pahala dengan dosa Mengait ikhlas dengan curang Katanya cinta, tapi terus alpa.

(37)

37 Tuhan

Lama ku pejam rapat mata Bergenang dipeluk erat cahaya Merasai cintamu melimpah hati Aku terduduk malu sendiri Mengapa begini besar kasihmu Pada hamba yang sering keliru

Tuhan

Aku kembali padamu Membawa sekeping hati

Agar Engkau membuatnya suci Mencurah kasturi petunjuk Mewangi meliputi hidup.

(38)

38

SEBAIK-BAIK MANUSIA

Dr Aspalilah Alias

Sebaik-baik manusia yang paling banyak menyumbang

Sumbang tanpa sempadan Sumbang tanpa niat sempadan Sumbang tanpa balasan.

Sebaik-baik manusia yang agamawan Ilmu di dada tiada lekang

Membantu manusia tidak hilang.

Sebaik-baik manusia cinta Allah Sanggup meredah tanpa leka

Sanggup bangun malam demi cinta Sanggup berjuang tanpa kalah.

Sebaik-baik manusia, Yang sayang menyayang

(39)

39 Yang kasih mengasihi Sesama insan.

(40)

40

KEPADA ALLAH DIA BERSERAH

Nor Rofizah Jamaluddin

Kepada Allah dia berserah

Janganlah kemarahan yang bergumpal Terpercik menjadi api

Membakar dinding yang sedia terbakar melukakan tembok yang sedia terluka.

Kepada Allah dia berserah

Tanpanlah percikan yang merah menyala Campak ke dalam kolam berdarah

Berkeliaran tidak keruan

Berenang ke depan dan ke belakang Tenggelam menghuni dasar kolam Tersangkut pada urat-urat darah

Bergelimpangan bersemadi tidak bertanda.

Kepada Allah dia berserah.

(41)

41

PENDUSTA DOSA

Nor Rofizah Jamaluddin

Di sebalik daun-daun lalang yang gagal duduk diam

Dia meletakkan seguni dosa yang sekian lama terpendam

Yang sekian lama tenggelam Berlari darinya dosa silam

Merangkak darinya dosa kelmarin Merayap darinya dosa semalam Bergolek darinya dosa sebentar tadi.

Berbaris di hadapannya dengan pandangan terus mata

Menjerit kepadanya dengan jelingan penuh makna

Berbisik kepadanya dengan kerlingan penuh benci.

Dia diam melihat dosa silam Dosa kelmarin

(42)

42 Dosa semalam Dosa sebentar tadi.

Lalu dia berlari Tidak berpaling lagi

Lalang-lalang bersiul riang tidak pandai berhenti melihat pendusta dosa sayup entah ke mana.

(43)

43

RINTIHAN SUBUH

Rosnani Zakaria

Kala subuh Hati ini merintih

Cengkaman rindu pada si Dia Bingkisan cinta dariMu

Ku baca berulang ulang.

Hati gementar

Butiran keinsafan mengalir membasahi pipi Namun manusia

Terkadang ingat Selalunya alpa.

Aku hamba yang selalu leka Aku hamba yang terlena

Asyik dengan hiruk pikuk dunia

Memenuhi nafsu yang tidak pernah cukup Kehendak yang sentiasa ada.

(44)

44 Bangkitlah

Kembalilah ke jalan yang benar Sebelum tiba masa

Tiada lagi jual beli

Tiada kawan dapat membantu Rugi di sana

Celaka selamanya.

(45)

45

COVID-19

(46)

46

COVID-19 SUATU PANDEMIK ALAM BUANA

Rosnani Zakaria

COVID-19

Suatu nama yang sangat asing Tidak pernah ada sebelum ini

Nama yang diberi pada satu makhluk Makhluk yang sangat kecil

Pencetus satu malapetaka

Malapetaka yang tidak pernah dijangkakan Suatu pandemik alam buana.

Kecilnya dirimu, tiada dapat dilihat mata Bahayanya dirimu, tiada ubat mampu membinasa

Dirimu mula bertapak jauh di Timur dunia Namun kini engkau di mana-mana

Para pemimpin saling mendengar Apakah langkah yang wajar dihindar.

(47)

47 Saintis dunia saling berkejar Jutaan nyawa dalam taruhan

Vaksin mencegah harus dihasilkan segera Namun tiada tanda hasilnya berjaya.

Tapi apa-apapun kekuatanmu

Kamu hanyalah makhluk yang ada Penciptanya

Senyuman tawar kembali berseri Semangatku kembali pulih

Pulih dari cengkaman ketakutan dan kerisauan yang sangat menyeksakan

Ya Allah, hanya padaMu doa kami panjatkan Semoga dengan RahmatMu, malapetaka ini dapat dihindar.

(48)

48

COVID 19

Pezza

Masihkah tidak kau percaya

Pada makhluk yang berasal dari China Hasil kerakusan manusia

Makan apa sahaja yang melata

Dan dibawa ke seluruh pelusuk dunia.

Masihkah tidak kau percaya Makhluk halus berduri ini Bergentayangan di udara

Juga permukaan tombol pintu dan meja Dan tangan-tangan yang tidak dicuci.

Masihkah tidak kau percaya Bukan hanya selesema biasa

Merosakkan sistem tubuh manusia Darah membeku berhenti mengalir Terputus nafas tiada upaya.

(49)

49

Hingga bergantung mesin ventilator Ada yang terputus nyawa.

Masihkah tidak kau percaya

Jangkitan menular bertimpa-timpa Tidak kira tua atau muda

Ibu yang mengandung juga Petugas kesihatan penat merintih Habis penuh segala ruang

Ada yang terpaksa disuruh pulang.

Masihkan tidak kau percaya Mayat bergelimpang di sana sini Pengurus mayat sudah letih Anak kecil bermata lirih Ditinggal ibu kalah berjuang.

Masihkah tidak kau percaya

Menolak vaksin mengambil ivermectin SOP dilanggar tanpa rasa bersalah

(50)

50

Habis seluruh keluarga kecundang Tinggalkan anak hidup seorang.

Masihkah tidak kau percaya

Makhluk halus yang Allah turunkan Kita manusia tak mampu melawan Kecuali jika Allah izinkan

Teruskan usaha dan doa pada tuhan Supaya ada cahaya di hujung jalan.

(51)

51

SEDEKAH JUMAAT Aisyah. A. Kadil

Hadirmu memberi sinar baru Resah menanti di celahan waktu Anak-anak jua si ibu

Akan hadirnya harapan itu.

Akan hadir kah yang dinanti

Walau debaran tak sepantas denyut nadi Namun takkan pudar penantian ini Demi anak-anak kekasih hati.

Sudah hampir dua puluh empat purnama Hati si ibu bersalut duka

Hati ayah yang gundah sembunyi di sebalik senyuman lara

Anak-anak tercinta menanti penuh setia.

(52)

52

Harapan hadir di saat genting Walau sementara itu tak penting Rasa syukur dan terima kasih tidak terhitung

Hanya Allah sebaik-baik Pembalas dan Pelindung.

Terima kasih seikhlas jiwa

Sahabat tetap setia bantu mereka Berapa nilainya usah dikira Moga pahala berganda-ganda Dan akhir hidup kita sejahtera.

(53)

53

PEMIMPIN VS PANDEMIK Aisyah. A. Kadil

Duhai pemimpin yang bijaksana Sebelum harapan padamu sirna Tunaikan janji bagai ditinta Bukan sekadar retorik semata.

Duhai pemimpin berhati mulia Bulatkan kata elak sengketa Nasib rakyat perlu dibela Padu tenaga bantu mereka.

Duhai pemimpin berjiwa dermawan Suburkan lah sifat belas ihsan

Rakyat jelata berhati rawan

Turun lah padang ringankan beban.

Duhai pemimpin yang berilmu Tepis lah dulu sifat egomu

(54)

54 Rakyat jelata berhati pilu Pandemik ini biar lah berlalu.

Duhai pemimpin harapan bangsa Dipundakmu tergalas semua Bulatkan tekad balas lah jasa Kerusimu itu bukan percuma.

Duhai pemimpin yang rakyat pilih Tetap lah setia usah beralih

Tugasmu itu amanah berat

Hitungannya berat di hari akhirat.

Duhai pemimpin yang masih berjiwa Rakyat berkorban tenaga dan jiwa Tepis lah dulu perbezaan pendapat Ayuh perangi COVID-19 sehingga tamat.

(55)

55

IBRAH PANDEMIK INI Aisyah. A. Kadil

Sudah hampir dua puluh empat purnama Kita bergelut dengan makhluk halus ini Walau ia bukan yang pertama

Namun, kali ini ia perit sekali.

Ayah sedih meratapi isterinya

ibu berduka kehilangan suami tercinta Si anak di rumah menanti tetap setia Ayah ibu muncul di hadapan mata.

Setiap hari ada sahaja yang pergi Sahut seruan panggilan Ilahi Giliran kita pastikan tiba jua Sedia ke kita untuk ke sana.

Pandemik yang melanda

Benar-benar menjentik jiwa hamba

(56)

56 Betapa Allah Maha Berkuasa Kun Fayakun semuanya rebah.

Pandemik ini

Bukti kekuasaan Ilahi

Hamba kerdil usah berbangga

Sekelip mata Allah boleh ambil semula.

Ayuh bulatkan tekad teman Tambah amal saham di sana

Kita kan kembali ke kampung halaman Moga akhiran kita sejahtera.

(57)

57

IBU KORONA

Nur Syaza

Dunia kabut Namun dia tenang Walau hanya di luaran

Gelora hatinya hanya Tuhan yang faham.

Harus terus mendamaikan yang sedang gelisah

Anak kecil yang awalnya keesakan

Tenang setenang lautan kala angin hilang Dalam dakapan ibunda tersayang

Walau dunia semuanya mengancam.

(58)

58

BERIKAN DIA NYAWA

Rafiqi

Saat mesin pernafasan bernyanyi Degupan nadi seolah berdansa

Memecah keheningan malam yang sunyi Menggangu hidup Sang penjaga

Nafasnya pula mendayu lembut Mengikut aturan yang telah diatur.

Dirinya lemah tidak berdaya

Hanya mengharap Tuhan Yang Esa Tekanan darah umpama bola Mengikut jantung yang kian luluh Oksigen diberi semaksima yang ada.

Darah ditambah tidak menjadi Mungkin hayat dihujung nyawa Hanya menunggu tarikh dan masa.

(59)

59

Tika itu hanya mampu menurut Ya atau tidak bukan pilihan Hanya mengangguk tanda setuju Akhirnya hidup nyata sendirian Penghujung itu sangat perih

Mengharap nyawa tak kunjung tiba.

(60)

60

MUSUH KITA SAMA

Dr Jannah

25 Januari 2020

Tarikh keramat pemula segalanya Kehadiranmu tidak diundang Datangmu tidak dipinang Pergimu tidak ingin dihalang

Tapi, mengapakah kau masih menyerang?

Berjuta insan dirundung malang?

Satu per satu nyawa melayang

Sedangkan kau, makin ganas di medan perang.

Ada yang taat, begitu akur Sesaat tak lupa, SOP dipatuh Ada yang degil, begitu angkuh

Undang-undang dipermain, titah diingkar Berleluasa membuat onar

Di manakah silapnya?

(61)

61 Kebodohan? ..Kejahilan?

Keegoan? ..Kerakusan?

Suluhlah hati, bukalah minda

Kita berperang dengan makhluk yang meraja

Cukup-cukuplah berebut dengan harta dan takhta

Yang kaya terus berbangga

Tinggal si miskin terkontang kanting menderita

Yang tua, yang muda Di bandar juga di desa Wahai rakyat!

Wahai pemimpin!

Bersatulah!

Kita sedang berperang dengan musuh yang sama!

(62)

62

COVID 19 MERDEKA PANDEMIK

Shazrina Humaira

Tarikh keramat tamat tempoh kuarantin wajib Tarikh keramat potong gelang putih dan pink Tarikh keramat tamat PKP

Tarikh keramat tamat PKPB Tarikh keramat tamat PKPD Tarikh keramat tamat PKPP.

Tarikh pengumuman mula rentas daerah Tarikh pengumuman mula rentas negeri Tarikh pengumuman mula rentas negara.

Merdeka, Merdeka, Merdeka Erti baru Merdeka di era pandemik

64 tahun selepas Merdeka bumi bertuah negara Malaysia.

Walaupun berbeza zaman

Namun ada satu persamaan yg dipelajari

(63)

63 Pengorbanan dan kesatuan hati

Pengorbanan semua daripada pemimpin, frontliners, rakyat, doktor, guru, ibu bapa, anak- anak, cucu, jiran dan semua.

2 tahun ini juga banyak kosa kata baru Penjarakan sosial, penjarakan fizikal, jarak selamat 1 meter, pelitup muka ,

PDPR , Online kelas, kelas di rumah, BDR Bekerja daripada rumah.

2 tahun ini juga ramai yang memiliki hobi dan minat baru

Berkebun, berniaga online, memasak Semua menu dan aktiviit viral.

Alhamdulillah, syukur dan sabar Akhirnya kita berjaya

Rahmat dan hikmah ujian dunia daripada Allah Semua diuji, teruji dan menguji.

(64)

64

HIDUP SEIRING COVID-19

Safiy Iskandar

Setelah mata bertemu hati Rindu jadi meruap

Dan cinta jadi debu yang tertinggal di hari semalam

Kau ialah pengalaman, mengerumuni hari-hari yang melelahkan

Aku pengembara yang maju mencipta hari esok Kau ialah lontaran keras memaksa jalan hidup berubah

Membekas di hati

Dengannya aku melompat dan terkadang kaku Parut membekas tenang sedang

Di sebaliknya melayang ingatan

Kita ialah garis lurus dengan arah berlawan Perlahan menjauh

Makin menghilang, sedang kita pernah seiringan Namun ianya kekal

Jadi kenangan yang tak akan terpadam oleh masa.

(65)

65

MASA & KESEMPATAN

Ani Zahidah

Masa begitu pantas Tidak menunggu sesiapa Yang kecil tumbuh remaja

Mainannya bukan lagi bersama rakan Telefon menjadi pengganti taulan.

Masa begitu cepat

Yang dewasa melihat anak membesar Mengira-ngira umur semakin bertambah Ingin kembali memutar waktu

Masa muda yang bebas.

Masa juga berlalu

Buat ibu tua yang merindui anak cucu Buat ayah tua yang bertasbih

Juga mengira detik bila bakal bertemu Sekian lama terpisah

Kerana Covid mengubah segala.

(66)

66

Semoga hari esok berbuah harapan Buat anak kecil kembali bermain Buat anak cucu kembali pulang Buat kita kembali bebas.

Buat masa yang berlalu Terima kasih Tuhan

Buat masa yang akan datang Pada Tuhan kami berharap.

(67)

67

Referensi

Dokumen terkait

Bagi pejabat baru yang belum pernah menduduki jabatan tertentu dalam struktur organisasi Rumah Sakit Lestari Raharja Magelang akan diberikan

Oleh sebab itu, pada bagian pembahasa ini akan disajikan lebih sistematis mengenai sistem verba dalam bahasa Prancis mulai dari pengertian modus, makna yang

Kelemahan dari pelaksanaan zakat sehingga masih terjadi kesenjangan kehidupan dalam masyarakat adalah dana zakat yang diberikan kepada para mustahik masih berupa dana zakat

Peran bone marrow mesenchymal stem cells (BMMSC) terhadap perubahan seluler hyperplasia pada organ kelenjar adrenal tikus hipertensi adalah meregenerasi sel yang

Hasil penelitian menunjukkan perlakuan perendaman berbagai jenis krioprotektan berpengaruh nyata terhadap parameter pengamatan laju perkecambahan (hari), kecambah normal (%),

Dari berbagai pengertian tersebut, dalam penelitian ini dapat ditarik indikator-indikator dari toleransi, antara lain (1) Tidak mengganggu teman yang berbeda pendapat,

Sehingga nantinya dapat mengetahui pengaruh doping H 2 SO 4 pada film tipis PANi yang ditumbuhkan, bahkan dapat mengetahui hasil dari hubungan struktur ikatan

ari semua unsur yang terlibat dalam suatu aktifitas penerbangan, penerbang ari semua unsur yang terlibat dalam suatu aktifitas penerbangan, penerbang memiliki andil human error