• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAKANAN TIRUAN FOLIO KILAT ANAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MAKANAN TIRUAN FOLIO KILAT ANAK"

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)

MAKANAN TIRUAN

4

TH

INDUSTRIAL REVOLUTION

MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL RAZAK

UMMU SYAHIDAH BINTI MOHD NOR

NURATILIA BINTI SAILAL

(2)

NO

.

TOPIK

1.

DEFINISI REVOLUSI INDUSTRI

2.

MAKANAN TIRUAN

3.

PUNCA MAKANAN TIRUAN

4.

KESAN MAKANAN TIRUAN

5.

MAKANAN TIRUAN DARI SUDUT AGAMA

6.

KESIMPULAN

(3)

Revolusi industri generasi keempat bermula dengan kehadiran sistem kecerdasan buatan seperti robot pintar dan sistem pemanduan kenderaan tanpa pemandu atau pengemudi. Selain itu, revolusi ini menjadikan

pengubahsuaian genetik adalah tidak mustahil dan boleh dicapai serta merta. Perkara ini telah jelas dinyatakan yang oleh Klaus Schwab, pengerusi dan timbalan pengarah World Economic Forum didalam bukunya The Fourth Industrial Revolution.

Kemajuan ilmu sains dan pengetahuan teknologi telah mengubah corak ekonomi dunia. Pada kurun ke 18 , revolusi industri pertama berlaku dengan kemunculan mesin wap untuk menggantikan tenaga buruh atau haiwan. Mesin wap memberikan impak yang besar terhadap ekonomi dunia. Justeru, ia meningkatkan pendapatan ekonomi terhadap mana-mana negara yang

menguasai industri mesin wap.

Revolusi industri kedua tertumpu pada kemunculan tenaga elektrik dan motor pembakaran dalam. Penemuan ini telah memacu pelbagai perbaharuan didalam dunia antaranya adalah kereta dan kapal terbang. Ia telah mengubah wajah dunia secara signifikan. Revolusi Industri ketiga pula adalah ketibaan dunia digital dan internet. Segala maklumat dapat diperoleh dihujung jari dan sistem komunikasi yang luas. Ia juga mewujudkan sistem automasi untuk pelbagai industri dunia. Antaranya industri pembuatan makanan dan kenderaan.

Seterusnya revolusi industri keempat seperti yang telah disampaikan pada pembukaan tulisan ini, ia telah menemukan pola baru ekonomi dan lebih dikenali sebagai teknologi disruptif (disruptive technology). Kehadiran revolusi ini begitu cepat dan tanpa kita sedari negara kita mampu ketinggalan.

Di dalam revolusi ini, ukuran syarikat yang besar tidak akan menjamin kestabilannya, sebaliknya kelicikan dan kelincahan mampu menjadikan syarikat besar tewas dengan syarikat kecil. Sebagai contoh applikasi Uber yang telah diperkenalkan dinegara ini mampu menewaskan mana-mana syarikat pengangkutan yang sedia ada, dengan hanya memodalkan telefon pintar dan kereta sendiri. Setiap syarikat haruslah mengikut perkembangan ekonomi dunia agar tidak hanyut dan ketinggalan dek zaman.

(4)

Revolusi industri keempat ini juga menjadikan masyarakat dunia lalai dan leka terhadap kesan dan risikonya. Ia menjadikan manusia mampu mengatasi hukum alam sendiri dan membinasakannya. Sebagai contoh revolusi industri keempat ini memperkenalkan teknologi pengubahsaian genetik manusia sendiri. Teknologi ini mampu mengubahsuai janin yang masih didalam rahim ibu agar bayi yang dilahirkan mempunyai ciri atau sifat yang diinginkan. Dari sudut islam, ia melanggar hukum tuhan dimana mengubahsuai rupa fizikal dan tidak menerima takdir dan anugerah ilahi.

(5)

2.

MAKANAN TIRUAN

PENGUBAHSUAIAN GENETIK MAKANAN

Pengubahsuaian genetik makanan (PGM), atau lebih dikenali sebagai kejuruteraan genetik makanan adalah makanan yang dihasilkan daripada organisma yang mempunyai perubahan di dalam DNA makanan dengan menggunakan kaedah kejuruteraan genetik. Teknik kejuruteraan genetik membolehkan pengenalan ciri-ciri baru serta perubahan yang lebih besar terhadap ciri-ciri daripada kaedah terdahulu seperti pembiakan selektif dan pembiakan mutasi.

Antara contoh PGM yang sedia ada adalah tomato anti kumbang dan lembu yang disuntik atau genetik yang diubahsuai. Kesemua contoh-contoh ini, mendatangkan kebimbangan kesannya terhadap pengguna. Pengguna seharusnya memantau dan mencegah versi diubahsuai secara genetik daripada bercampur dengan populasi tumbuh-tumbuhan yang sedia ada dan diperoleh secara semula jadi. Sebagai contoh tumbuhan bergantung kepada pemindahan debunga untuk membiak iaitu melalui serangga atau udara.. Para saintis sukar meramal proses pendebungaan tumbuhan baharu yang asli. Justeru, PGM diwujudkan untuk memudahkan proses meramal pendebungaan yang tumbuhan baharu.

Walaubagaimanapun pengubahsuaian genetik bukan asli tidak akan menjejaskan populasi genetik asli yang sedia ada. Setiap produk baharu yang diubah suai secara genetik digunakan untuk mengkaji lebih lanjut tentang potensi kesan jangka panjang tumbuhan tersebut ke atas alam sekitar sebelum menghasilkannya secara besar-besaran.

Risiko utama didalam PGM adalah keracunan atau reaksi alergi. Ramai orang mengalami alahan terhadap pelbagai jenis makanan, termasuk kacang, gandum, telur, atau produk tenusu. Terdapat kebimbangan bahawa produk protein genetik diperkenalkan boleh menjadi toksik atau alergik kepada individu tertentu.

(6)

lama mempunyai genetik yang tahan terhadap penyakit tersebut , ia mampu menjadi perlindugan terhadap genetik padi yang telah diubahsuai.

Dianggarkan bahawa tujuh puluh peratus dari semua makanan yang diproses di Amerika Syarikat mengandungi sekurang-kurangnya satu ramuan yang diubahsuai secara genetik dan kebiasaannya tanaman soya. Terdapat inisiatif yang telah diambil untuk menjadikan setiap industri makanan mempamerkan label yang jelas mengenai produk makanan yang mengandungi bahan-bahan yang diubah suai secara genetik.

Ini akan memudahkan pengguna memilih produk yang selamat dan terhindar dari mengalami alahan dan bahaya. Antara negara yang mempamerkan produk yang diubahsuai secara genetik adalah Australia ,Jepun, dan Amerika Syarika. Kerajaan seharusnya mempunyai undang-undang yang mengwajibkan industri makanan mempamerkan produk yang mengandungi bahan-bahan yang diubah suai secara genetik.

(7)

Antara Contoh Produk Pengubahsuaian Genetik Makanan di Dunia

1. Jagung

Hampir lapanpuluh lima peratus tanaman jagung di Amerika Syarikat

diubahsuai secara genetik. Malah jenama Whole Foods dari serpihan jagung didapati mengandungi jagung yang diubahsuai secara genetik. Banyak pengeluar mengubah jagung dan soya supaya mereka mampu bertahan terhadap glisosat herbisida, ia itu racun yang digunakan untuk membunuh rumpai.

2. Soya

Sebuah syarikat benih hibrid terbesar untuk pertanian, Pioneer Hi-Bred

(8)

3. Susu

(9)

3.

PUNCA WUJUD MAKANAN TIRUAN

Sejak jutaan tahun dahulu dunia diciptakan Tuhan dengan iklimnya sentiasa berubah mengikut caturan serta putaran cuaca sebagai mana kehendak-Nya. Jika dahulu semasa zaman prasejarah (dinosaur) kehidupan bumi diliputi hutan tropika, sesetengah tempat diliputi ais, beku serta sejuk. Perubahan demi perubahan iklim berlaku sehingga haiwan-haiwan pra sejarah tersebut kini telah bertukar menjadi fosil namun arus perubahan tersebut tidak pernah terhenti pada titik tertentu. Kini, kita sekali lagi merasakan perubahan iklim tersebut di mana saintis mendapati suhu di bumi semakin meningkat secara mendadak saban tahun. Sesetengah saintis berpendapat perubahan iklim merupakan aturan bumi atau lebih tepat ia bersifat semulajadi, namun sebahagian pula mengatakan ia akibat kerakusan aktiviti manusia itu sendiri. Bagaimanapun, ia terus menjadi perdebatan hangat yang tidak berkesudahan di kalangan mereka.

(10)

Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Jinap Selamat, perubahan iklim melampau. "Apa yang lebih membimbangkan adalah, perubahan ini mempengaruhi pengeluaran makanan, jaminan makanan serta keselamatan makanan untuk manusia itu sendiri," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Serdang baru-baru ini. Jelas Jinap, terminologi tersebut kadang kala digunakan khusus merujuk kepada perubahan iklim yang disebabkan aktiviti manusia. Malah, ujar beliau, Malaysia juga mencatatkan kenaikan suhu antara 0.5 hingga 1.5 darjah celsius dalam masa 40 tahun kebelakangan ini dan kenaikan tersebut terus meningkat tanpa ada tanda-tanda akan kembali menurun. Lebih mencemaskan, peningkatan suhu dunia secara mendadak mampu mempengaruhi sifat, taburan dan kelaziman patogen dan juga pencemaran kimia dalam bekalan makanan. Hal demikian kerana kehadiran patogen seperti bakteria, kulat, parasit, virus, kimia (mikotoksin), antibiotik serta dadah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM), UPM, Profesor Dr. Fatimah Mohamed Arshad, perubahan iklim dunia secara mendadak juga turut menjejaskan jaminan bekalan makanan dunia. "Apabila berlakunya perubahan iklim, bumi akan menunjukkan reaksinya yang tersendiri. "Ia seperti berlakunya bencana alam seperti banjir besar, ribut, kemarau panjang yang pastinya menjejaskan pengeluaran produk makanan dunia," katanya. Sebagai contoh, krisis makanan pernah melanda dunia ketika awal 1970 an, di mana Rusia dan Amerika Syarikat yang merupakan kuasa besar dunia mengalami musim kemarau yang panjang sekali gus menjejaskan pengeluaran bijirin terutamanya gandum.

(11)

Eropah Utara, Rusia, Australia, dan Afrika Barat. Pada masa sama, negara pengeluar beras utama seperti Vietnam mengalami masalah infestasi manakala Bangladesh mengalami banjir yang teruk. Sementara itu, China turut mengalami masalah cuaca di tambah pula pasaran beras adalah amat tipis, sekitar tujuh peratus kerana kebanyakan negara yang menghasilkannya adalah untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk di eksport.

Justeru apakah cara terbaik bagi menangani permasalahan serta kebimbangan yang sedang melanda dunia kini? Apakah masih adakah harapan untuk umat manusia kembali memulihkan keadaan dunia yang sedang dilanda perubahan iklim yang tidak dijangka tersebut. "Mereka perlu segera menyedari kepentingan dasar serta polisi yang didokong kini agar mampu menangani permasalahan tersebut," katanya. Justeru, mengambil konteks Malaysia sahaja, kerajaan telah memberikan tekanan terhadap jaminan makanan sebagai salah satu strategi utama dalam polisi makanann

Isu krisis makanan global terus mendapat perhatian pemerhati ekonomi dunia, khususnya hal yang bersangkutan dengan peningkatan harga makanan dalam pasaran

antarabangsa. Selain mewujudkan masalah kebuluran di

beberapa buah wilayah di dunia, perkembangan ini memberikan kesan langsung kepada harga pasaran bahan makanan

tempatan dan sekali gus menggugat penawaran terhadap bekalan makanan dalam pasaran domestik.

Masalah kekurangan makanan, yang pada mulanya bersifat setempat dan hanya melanda negara dunia ketiga, menjadi semakin kritikal apabila harga pasaran bekalan makanan pada peringkat antarabangsa turut meningkat dan mula memberikan ancaman dan kesan yang lebih global, termasuklah melibatkan negara maju. Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata meningkat sebanyak 75 peratus sejak tahun 2000, manakala kadar

simpanan bijirin dunia berada pada tahap terendah sejak 30 tahun.

Sementara itu, harga gandum dalam pasaran dunia sahaja mencatatkan kenaikan sebanyak 200 peratus dan harga

(12)

boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik di seluruh dunia. Beliau mengeluarkan pernyataan tersebut memandangkan perkembangan harga purata makanan meningkat yang dengan ketara, iaitu mencecah 40 peratus sejak pertengahan tahun 2008.

Punca Barangan Tiruan Banyak Dikeluarkan dan Dijual :

1. Kemunculan sikap mengagungagung barangan berjenama -terutama dalam kalangan masyarakat yang tidak berkemampuan / berpendapatan rendah - ingin bergaya - mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status -beli nyang tiruan dapat mengisi kepuasan diri itu.

2. Harga yang murah menyebabkan permintaan menjadi tinggi -rupa fizikal hampir sama dengan produk asal/ kualiti pula ada yang tinggi,- cth jersi bolasepak dikategorikan dalam gred A,B, dan C. Barangan asli pula terlalui tinggi misalnya, jersi asli RM 200 dan ke atas. Kos pembuatan pula lebih murah, modal jualan juga rendah -ini semua menggalakkan perniagaan barangan tiruan.

3. Kesedaran tentang harta intelek dan ilmu kepenggunaan yang rendah dalam kalangan masyarakat - menganggap berjual beli

barangan tiruan bukan kesalahan besar.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - tindakan bermusim - bertindak berdasarkan laporan sahaja - sukar kawal sebab melibatkan jumlah orang terlibat yang banyak - KPDNHEP pula kurang kakitangan - wujud pula masalah rasuah dalam kalangan penguatkuasa- undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Bagaimana cara-cara untuk mengenalpasti barangan tiruan .

(13)

Antara maklumat yang diselidiki ialah:

· Pengeluar utama – Barangan tiruan adalah produk yang dihasilkan oleh syarikat bukan pengeluar utama dan tidak mendapat kebenaran dari syarikat pengeluar utama untuk berbuat demikian. Untuk mengenapasti barangan asli, perkara pertama yang harus diketahui ialah siapakah pengeluar utama sesuatu produk tersebut.

· Harga – Pastikan berapa harga produk asli yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar utama.

· Label – Pastikan bagaimana label sesuatu produk yang asli. Biasanya label barangan tiruan adalah hampir sama dengan yang asli tetapi masih terdapat kecacatan di label produk tiruan yang kita tidak sedari.

· Ciri-ciri – Ketahui apakah ciri-ciri produk asli yang kita ingin selidiki seperti fungsi produk itu dan hasil yang pengguna perolehi setelah menggunakan produk tersebut. Contohnya telefon pintar seperti Blackberry mempunyai applikasi BBM(Blackberry Messanger) dan boleh berhubung dengan pengguna Blackberry yang lain.

2) Mendapat maklumat dan mendengar daripada orang lain mengenai produk asli tidak mencukupi. Langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan melihat sendiri bagaimanakah produk asli tersebut dengan pergi ke tempat pusat membeli belah atau di mana-mana tempat yang menjual produk yang ingin kita selidiki.

3) Kemudian barulah buat perbandingan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi mengenai produk tersebut. Misalnya harga produk tersebut ialah RM 300 tetapi yang kita lihat dipasaran ialah RM100 atau lebih rendah. Jika berlaku demikian kita hendaklah berfikir sama ada produk itu benar-benar asli yang diturunkan harga ataupun ia adalah produk tiruan.

(14)

perubahan-perubahan itu berperanan meletakkan asas bagi masakan Eropah moden.

Bijirin masih merupakan bahan pokok terpenting sepanjang awal Zaman Pertengahan kerana berasdiperkenalkan lebih kemudian ke Eropah dan kentang baru diperkenalkan pada tahun 1536, yang mana di kemudian hari baru dikenali secara luas. Barli, oat dan gandum hitam bagi kaum miskin, dan gandum bagi kaum pemerintah, dimakan sebagai roti, bubur, dan ubat oleh semua lapisan masyarakat. Kacang parang dan sayur merupakan tambahan penting untuk pola pemakanan yang berasaskan bijirin dari kelas yang lebih rendah. (Kacang Phaseolus, kini Phaseolus vulgaris, berasal dari Dunia Baru dan diperkenalkan selepas Pertukaran Colombia pada abad ke-16)

Daging adalah lebih mahal, lebih berprestij, dan dalam bentuk permainan memburu biasanya hanya dimakan kaum bangsawan. Yang paling biasa dijual oleh tukang daging adalah daging babi, ayam, dan burung domestik lain; lembu, yang mana memerlukan pelaburan tanah lebih besar, lebih jarang dijumpai. Ikan kod dan hering menjadi ruji di daerah bahagian utara; bahan makanan tersebut dikeringkan, disalai atau diperap oleh mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, tetapi pelbagai ikan air tawar dan ikan air masin lain juga digunakan oleh mereka.

Teknik pengawetan makanan (terutama

(15)

Suatu jenis masakan olahan dibangunkan pada Zaman Pertengahan Akhir yang mana menjadi norma kalangan bangsawan di seluruh Eropa. Perasa lazim dalam koleksi manis-masam yang sangat berempah tipikal makanan zaman pertengahan kelas atasan termasuk verjuice, arakdan cuka dalam kombinasi dengan rempah seperti lada hitam, kesumba dan halia. Semua itu, seiring dengan meluasnya penggunaan gulaatau madu, memberi rasa masam-manis pada banyak hidangan. Badam sangat popular sebagai pemekat dalam sup, rebusan, dan sos, terutama sebagai susu almond.

(16)

Kini telah wujud di pasaran pelbagai produk yang 'sub-standard' atau tiruan. Ia merangkumi ubat-ubatan, alat gantian kereta, jam, minyak wangi, barangan sukan, cakera padat (CD) cakera optik dan sebagainya. Yang terbaru yang hangat diperkatakan ialah telur dan beras palsu. Hal ini telah mendatangkan kerugian kepada pengguna, industri dan ekonomi negara. Adalah menjadi kesalahan untuk membuat dan menjual barangan tiruan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 8 (2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Produk tiruan diperbuat untuk menyerupai barangan asli dengan menggunakan logo asli dan trademarks daripada pengilang untuk memperdaya pengguna. Mengapa produk tiruan tidak diiktiraf dan pengguna pula cenderung untuk membeli produk tiruan? Produk tiruan dijual pada harga yang rendah, yang sehingga setengah harga produk asli. Seringkali pengguna menjadikan taraf hidup yang tinggi menyebabkan mereka menggunakan produk palsu atau dirampas dalam serbuan berkenaan biasanya digunakan untuk Pintu kaca dan Pintu rintangan api. Bayangkan apa yang akan terjadi sekranya Pintu tiruan jenis ini, apabila digunakan di rumah atau pejabat, gagal berfungsi ketika berlaku kejadian yang tidak di ingini.

Banyak sebab produk asli adalah lebih baik dan selamat. Pihak industri melaburkan kos yang banyak untuk memastikan setiap produk yang dikeluarkan mematuhi standard kualiti dan keselamatan. Tambahan pula, standard yang menetapkan bahan yang digunakan, terutama bahan kimia, adalah mengikut skala yang dibenarkan berdasarkan uji kaji yang amat teliti ke atas penggunaannya. Standard untuk reka bentuk juga adalah satu daripada keperluan bagi pihak industri untuk memastikan produk mereka tidak akan membahayakan keselamatan. Malang memang tidak berbau, tetapi inovasi manusia mungkin boleh menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecelakaan.

(17)

melegakan kesakitan yang mungkin mengandungi bahan tidak asli dan tahap keselamatannya yang tidak diuji.

Permintaan pengguna terhadap produk tiruan sebenarya membantu peniaga yang tidak beretika untuk meneruskan perniagaan mereka, selain daripada menyumbang kepada kehilangan kerja kerana pengilang barangan asli tidak berupaya untuk menandingi harga produk tiruan ini. Perniagaan yang membayar cukai secara sah mengalami kerugian yang banyak dan ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

Pengguna sepatutnya lebih bijak dalam pembelian sesuatu produk. Dengan adanya teknologi, proses mendapatkan maklumat sepatutnya lebih memudahkan. Teknologi sepatutnya digunakan untuk mendapatkan maklumat yang boleh menambahkan pengetahuan dan mengelakkan daripada tertipu.

Semak terlebih dahulu kualiti mana-mana produk yang hendak dibeli dan juga label yang pada produk berkenaan. Contohnya untuk barangan elektrik, label yang digunakan di Malaysia ialah logo SIRIM-ST (ST ialah singkatan untuk Suruhanjaya Tenaga).

Beras Palsu diperbuat daripada plastik

Dipetik dari Mingguan Hong Kong, terdapat beras tiruan yang diperbuat daripada plastic dan telah dijual secara besar-besaran di China. Menurut laporan itu, beberapa pengedar menjual beras di Taiyuan, Wilayah Shaanxi, dan menurut kata pakar pemakanan, beras ini adalah campuran kentang ubi jalur dan plastic. Beras plastic ini dibuat dengan membentuk kentang dan ubi jalar ke dalam bentuk padi, lalu ditambah dengan resin sintetik kerana bersia ini berbeza dariapada beras biasa, ia lebih keras seperti batu seleas dimasak. Selain itu resin sintetik yang terdapat didalamnya sangat berbahaya kepada tubuh manusia.

Jika benar perkara seumpama ini berlaku di Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan dalang dalam perkara ini. Namun tanpa laporan daripada orang ramai, agak sukar pihak berkuasa membanteras gejala licik sebegini kerana pengedar tiruan beras plastik ini mencampurkan beras plastik ke dalam beras tulen. Hasilnya, beras yang dimasak tidak sekeras jika hanya memasak beras plastik sahaja.

(18)

"Kami akan menjalankan siasatan kami, tetapi saya ingin menggesa pengguna untuk tampil ke hadapan dan melaporkan kepada kementerian jika mereka mencari beras tersebut.

"Semua laporan yang dibuat akan dirahsiakan," tegasnya.

Jika dilihat, semua makanan yang dihasilkan untuk rakyat moden zaman ini sebahagiannya memang mengandungi racun formalin dan bahan kimia yang lain. Kehadian beras plastik menambah lagi senarai makanan 'beracun' yang boleh dibeli dipasaran. Dalam jangka masa pendek, makanan 'beracun ini bakal menimbulkan gangguan penyakit.

Dalam jangka masa panjang pula, dapat dilihat kualiti generasi bangsa Malaysia yang menggunakan beras plastik sebagai makanan ruji akan menurun dan kurang daya berbanding penduduk negara lain. Akibatnya, mungkin rakyat Malaysia bakal mengidap penyakit berbahaya dalam usia muda.

Pakar kesihatan di China melaporkan jika seseorang memakan beras plastik ini dicampur dengan resin beracun, boleh merosakkan sistem penghadaman.

Satu laporan di Very Vietnam menyatakan bahawa seorang pegawai dari Persatuan Pengusaha Restoran Cina telah mengumumkan bahawa makan tiga mangkuk beras tiruan ini adalah sama dengan makan sekeping beg plastik.

(19)

Dipetik daripada Pulau Pinang, Georgetown, sebuah keluarga yang menyangka sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan

kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur

menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya. Mohamed Idris berkata, kerajaan harus

mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah

mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio."Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus

memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya. Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu

(20)

beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar. Kes telur tiruan makin berleluasa sehinggakan pengguna Malaysia dikejutkan lagi dengan berita tentang aduan seorang pengguna yang mendakwa telur yang dibeli di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang adalah telur tiruan. Namun, hasil ujian Jabatan Kimia mendapati empat sampel telur ayam adalah tulen dan keputusan analisis mendapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama

dengan telur ayam.

(21)

Jumlah orang menderita ialah mencecah 29,660 orang termasuk 262 kematian dan pada September 2008 hampir 53,000 kanak-kanak China menderita akibat pencemaran susu bayi dengan 4 orang bayi meninggal dunia.

Seorang maut dan 42 orang mengalami keracunan nitrat di hotel barat daya China pada Oktober 2010 dan 200 pelajar sekolah mengalami sakit perut dan muntah akibat meminum susu sarapan pagi di sekolah pada April 2010. Kesimpulannya terlalu banyak kes keracunan dan makanan tiruan berlalu di negara China dengan mengakibatkan sejumlah besar rakyat mereka.

Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Menurut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Menurut artikel daripada Xiamen News, sekiranya telur tiruan ini dimakan dalam masa yang panjang boleh mengakibatkan kesan kecacatan otak. Justeru itu, pengguna dinasihatkan supaya lebih berwaspada dengan telur tiruan. Sekiranya pengguna ragu-ragu dengan keasliannya sila hubungi Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan vDalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berhampiran tempat anda.

(22)

asli:- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

 Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

 Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

 Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

 Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

 Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

 Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

 Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Cadangan kerajaan untuk mewajibkan semua pengeluar telur berdaftar dengan Jabatan Veterinar dan diberikan pensijilan untuk memastikan telur yang dihasilkan memenuhi piawaian yang ditetapkan adalah langkah yang seharusnya telah dimulakan dari dahulu lagi. Melalui sistem itu, telur yang dikeluarkan akan dicop dengan label ladang, gred telur dan tarikh ia.

Dikeluarkan bagi menambah keyakinan pengguna terhadap telur tersebut.

Mengikut rekod, terdapat 390 ladang ayam penelur di negara ini dengan kapasiti sebanyak 37.82 juta ekor ayam dan pengeluaran telur sebanyak 23.46 juta sehari. Pada ketika ini, pengguna diharapkan dapat memanfaatkan maklumat dan label yang diwujudkan agar dapat membuat pilihan yang bijak.

Mi segera adalah makanan tiruan beracun

(23)

MI SEGERA merupakan mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat popular di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang kekeringan poket.

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mi segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus. Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak? Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

(24)

Gambar di atas bukan nugget goreng, tapi sepasang buah pinggang yang telah rosak kerana 'dosa' pemakanan yang salah. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Bahan kimia di dalam makanan tiruan

Banyak bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang kita ambil setiap hari seperti bahan pewarna, bahan pengawet dan bahan perasa. Penggunaan bahan kimia dalam makanan yang diproses menjadi semakin penting, walau bagaimanapun, penggunaannya secara yang tidak betul akan menimbulkan kesan sampingan kepada pengguna.

(25)

1. Bahan kimia digunakan untuk menggantikan penggunaan bahan asli. Penciptaan bahan perasa tiruan telah dapat menggantikan penggunaan bahan asli dalam membuat sesetengah bahan makanan. Sebagai contoh bahan tiruan yang digunakan dalam membuat aiskrim yang pelbagai rasa.

2. Bahan kimia digunakan bagi menambah keenakan makanan. Penggunaan bahan perasa seperti MSG yang ditambah dalam makanan segera atau makanan ringan menjadikan makanan lebih enak. Penggunaan bahan pewarna dalam makanan juga menjadikan makanan yang dihasilkan kelihatan lebih menarik. Sebagai contoh, mi dan kuih muih yang menggunakan pewarna tertentu nampak lebih menarik.

3. Bahan kimia membantu mengekalkan kesegaran makanan. Penggunaan bahan pengawet dalam industri makanan dapat mengekalkan kesegaran makanan tersebut dalam jangka panjang. Bahan pengawet yang digunakan dapat mengekalkan nisbah kelembapan dan mengawal kerosakan.

4. Bahan kimia membantu aktiviti memproses makanan. Adanya bahan kimia seperti pengawet telah menggalakkan pertumbuhan industri hiliran yang berasaskan pertanian, penternakan dan hasil laut. Buah-buahan boleh diproses menjadi jus minuman seperti jus mangga, kacang soya dan limau. Penggunaan bahan kimia membolehkan buah-buahan boleh ditinkan seperti nanas dan laici boleh ditinkan. Bahan pengawet juga membolehkan hasil-hasil ternakan ditinkan seperti kari ayam, lembu dan sambal ikan bilis. Bahan kimia boleh meningkatkan tekstur makanan yang dikehendaki seperti kek lembut, ais krim yang lebih lekit, gebu dan kenyal.

5. Bahan kimia dapat menambah nilai nutrisi makanan. Penggunaan agen penambah nutrisi seperti vitamin dan garam galian digunakan dalam produk tenusu, bijirin, tepung dan majerin. Penggunaan agen nutrisi ini dapat meningkatkan nilai nutrisi makanan dan mewujudkan sumber makanan yang seimbang.

Keburukkan dan kesan makanan yang mengandungi bahan kimia

1. Penggunaan bahan kimia menyebabkan penyakit berbahaya. Penggunaan secara berlebihan oleh pengeluar makanan boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada pengguna, misalnya asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dalam sos cili dan jus buah-buahan secara berlebihan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Penggunaan pewarna yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit kanser, kencing manis, buah

pinggang, gastrik dan lain-lain lagi.

(26)

mengandungi perasa dan pewarna yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit. Dalam kes keracunan yang teruk boleh menyebabkan kematian.

3. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan juga boleh

menyebabkan ketagihan. Kandungan kafein dan alkohol dalam makanan boleh menyebabkan penggemar makanan

berkenaan ketagih. Penggunaan yang berterusan boleh menyebabkan ulser.

4. Penggunaan bahan kimia tertentu dalam makanan boleh menjejaskan tumbesaran. Kandungan aluminium, plumbum dalam makanan ringan boleh menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi mental dan fizikal.

5. Bahan kimia yang digunakan dalam makanan juga boleh menyebabkan alahan. Bahan Tartazin (E102) yang digunakan dalam memproses makanan boleh menyebabkan gatal kulit yang amat sangat serta mengkibatkan pembengkakan

sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah dan tangan.

Penggunaan bahan kimia dalam makanan menjadi pemangkin kepada industri makanan dan pemprosesan makanan. Namun tanpa pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak berkuasa akan mewujudkan suasana yang tidak sihat akibat

penggunaan yang tidak mengikut peraturan.

Bagaimana cara-cara untuk mengenalpasti barangan tiruan?

1) Langkah pertama yang harus dilakukan oleh pengguna untuk mengenalpasti barangan tiruan ialah dapatkan maklumat mengenai barangan asli. Maklumat boleh didapati melalui internet, majalah, surat khabar, televisyen dan lain-lain media masa. Maklumat juga boleh didapati daripada rakan-rakan dan pengalaman sendiri dalam menggunakan produk asli.

Antara maklumat yang diselidiki ialah:

· Pengeluar utama – Barangan tiruan adalah produk yang dihasilkan oleh syarikat bukan pengeluar utama dan tidak mendapat kebenaran dari syarikat pengeluar utama untuk berbuat demikian. Untuk mengenapasti barangan asli, perkara pertama yang harus diketahui ialah siapakah pengeluar utama sesuatu produk tersebut.

· Harga – Pastikan berapa harga produk asli yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar utama.

(27)

asli tetapi masih terdapat kecacatan di label produk tiruan yang kita tidak sedari.

· Ciri-ciri – bandingkan dengan barang yang kualiti dan structur makanan yang asli

Mendapat maklumat dan mendengar daripada orang lain mengenai produk asli tidak mencukupi. Langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan melihat sendiri bagaimanakah produk asli tersebut dengan pergi ke tempat pusat membeli belah atau di mana-mana tempat yang menjual produk yang ingin kita selidiki. Kemudian barulah buat perbandingan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi mengenai produk tersebut. Misalnya harga produk tersebut ialah RM 30 tetapi yang kita lihat dipasaran ialah RM10 atau lebih rendah. Jika berlaku demikian kita hendaklah berfikir sama ada produk itu benar-benar asli yang diturunkan harga ataupun ia adalah produk tiruan.

Kesimpulan

(28)

kimia dalam makanan) khususnya yang terdapat dalam makanan segera sebagai tidak selamat dan memudaratkan kesihatan berdasarkan kepada kes keburukan bahan kimia secara am adalah suatu tanggapan yang tidak tepat, suatu prasangka atau spekulasi semata-mata. Berdasarkan kepada fakta-fakta yang diperoleh melalui kajian dan penyelidikan yang dijalankan, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan bahan kimia dalam makanan yang telah diluluskan oleh pihak yang berkuasa adalah selamat digunakan Tanpa pengecualian makanan yang di makan oleh seseorang juga terdiri daripada berbagai-bagai jenis bahan kimia. Perlu di fahami, bahawa kebanyakan aditif makanan yang diluluskan terdiri daripada bahan yang terdapat pada makanan itu sendiri. Setiap aditif yang diluluskan adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sains setelah melalui proses penilaian yang ketat. Bagi memastikan keselamatan pengguna pula, setiap aditif yang telah diluluskan akan dinilai semula status keselamatannya dari masa ke semasa berdasarkan kepada fakta sains yang terkini. Oleh itu, tanggapan masyarakat awam yang mengatakan bahawa semua aditif makanan ialah bahan kimia tiruan atau ciptaan manusia adalah kurang tepat ini kerana menurut fakta sejarah, kebanyakan aditif makanan yang diluluskan telah digunakan sejak kira-kira 50 tahun yang lalu. Namun yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa aditif makanan yang diluluskan juga boleh memudaratkan kesihatan, walaubagaimanapun risikonya amat rendah jika dibandingkan dengan kebaikan dan kemanfaatan yang diperolehi. Ini terbukti selepas lebih daripada 40 tahun aditif digunakan, tidak terdapat tanda-tanda atau kesan negatif terhadap manusia. Dalam kes-kes tertentu, jika berlaku kemudaratan terhadap pengguna yang disebabkan oleh kandungan aditif dalam makanan, ia adalah berpunca daripada kelemahan dalam membuat penilaian terhadap keselamatan aditif yang digunakan, penggunaan aditif yang tidak tulen, penggunaan aditif yang tercemar atau penggunaan aditif yang berlebihan. Perlu dijelaskan di sini bahawa pengharaman penggunaan aditif dalam makanan belum tentu dapat meningkatkan taraf kesihatan pengguna. Ini adalah kerana menurut Howard Roberts dari pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat, bahaya yang berpunca daripada aditif makanan berada di tempat kelima dalam senarai punca-punca bahaya dalam makanan. Jika dibandingkan antara risiko dan manfaatnya, didapati bahawa aditif makanan mempunyai risiko pada tahap kemungkinan sahaja. Meningkatkan kefahaman terhadap aditif makanan adalah merupakan mekanisme yang terbaik dalam menangani isu berkenaan.

(29)
(30)

komprehensif dan menyeluruh serta turut dibantu oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO). Namun demikian, dalam usaha untuk memastikan undang-undang yang ada agar benar-benar efektif, beberapa kekangan dari sudut perlaksanaan dan penguatkuasaan perlu diperbaiki, antaranya memperbanyakkan program R&D dan penerbitan berkaitan makanan halal, mengemas kini sistem kawalan pemantauan halal, penguatkuasaan dan pemantauan. Sementara sistem pengurusan jaminan kualiti perlu di per tingkatkan agar setanding dengan piawaian yang dimiliki oleh badan-badan di peringkat antarabangsa seperti GMP, HACCP & ISO. Untuk mencapai matlamat tersebut, semua pihak yang berautoriti perlu lebih peka dan serius serta bekerjasama dalam usaha menangani persoalan halal haram. Sehubungan dengan itu, status hukum halal haram terhadap pengambilan makanan segera perlulah ditangani oleh pihak yang berautoriti, khususnya dalam konteks industri makanan segera di Malaysia

(31)

Dalam menghadapi era 4th Industrial Revolution, pastinya segalanya

ingin dipermudahkan. Segala proses penyediaan makanan juga ingin dipercepatkan, bagi memenuhi permintaan makanan yang terlalu tinggi dek kerana peningkatan penduduk bumi. Bagi menampung keperluan masyarakat dunia, pastinya wujud makanan tiruan dalam pasaran akan dating. Patinya ini menjadi isu yang cukup hangat. Dan jika tidak dibincangkan dan diselesaikan ia akan menjadi keraguan kepada umat Islam.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah bersih, Dia tidak menerima kecuali amalan yang juga bersih.

Sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin dengan perkara yang Dia suruh para Rasul, maka dia berfirman yang bermaksud: Wahai sekelian Rasul, makanlah makanan yang baik-baik dan kerjakan amalan soleh. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Firmannya lagi yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah kamu daripada rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepada kamu.

Kemudian Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya lagi berdebu dia menadah kedua tangannya ke langit memohon doa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dibekalkan dengan bahan-bahan yang haram, maka bagaimana doanya diperkenankan. (riwayat Muslim, Kitab:al-Zakat, 1015).

(32)

Maksudnya: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang

undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

(Surah al-Syura: 21) Al-Quran al-Karim telah mengecam kaum ahli Kitab, iaitu kaum Yahudi dan Nasrani yang berani meletakkan kuasa halal dan haram di tangan rahib dan paderi.

Maksudnya: Mereka menjadikan pendeta dan ahli-ahli agama

mereka sebagai pendidik selain dari Allah SWT, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibn Maryam, sedang mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha suci

Allah SWT dari apa yang mereka sekutukan[3].

(Surah al-Taubah: 31)

Terdapat pelbagai jenis makanan tiruan yang akan hadir dipasaran, antaranya ialah pewarna tiruan. Kebiasaannya digunakan dalam minuman bagi membuatkan rasa minuman itu seakan buah-buahan sebenar dengan hanya menggunakan pewarna tiruan. Selalunya berbentuk cecair. Ia menjimatkan masa, wang dan tenaga bagi mnyediakan sesuatu hidangan air. Segala proses yang sukar kini dipermudahkan dengan hadirnya pewarna tiruan. Majlis Mufti Islam Pahang telah membincangkan akan hal berikut.

Hukum Bahan Pewarna Cochineal: Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan Oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan

12/2012. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-7/2012, pada 9 Oktober 2012. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna Cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan. Bahan pewarna cochineal adalah bersumberkan serangga jenis kumbang yang hidup di kawasan negara Amerika Latin(Majlis Mufti Pahang, 2012)

(33)

pewarna tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh memudharatkan

(34)

Keselamatan Bio 2006). Mengikut ‘Codex Committe on Food Labelling’ yang mewakili program bersama FAO dan WHO yang telah bersidang kali ke-39 di Quebec City, Quebec, Kanada pada 9-13 Mei 2011 menjelaskan bahawa GMF adalah makanan dan ramuan makanan yang mengandungi GMO yang dihasilkan menerusi kaedah bioteknologi moden (Rang Undang-undang Keselamatan Bio 2006). Definisi GMF ini sebenarnya turut mempunyai persamaan dengan definisi yang dijelaskan oleh peraturan-peraturan Makanan Pindaan 2010. Terdapat lima transgenik yang telah diluluskan di Malaysia sebelum undang-undang biokeselamatan diwujudkan dalam perlembagaan undang-undang Malaysia, iaitu kacang soya roundup ready, jagung MON 810, jagung MON 863 dan jagung NK 603. Ia digunakan sebagai makanan bagi ternakan dan pemprosesan protein membentuk ais yang dihasilkan daripada yis GM untuk digunakan dalam pembuatan aiskrim (Biotek: Biotechnology in Malaysia 2002). Kejuruteraan genetik merupakan teknologi untuk memanipulasi DNA atau gen. Proses tersebut digunakan untuk memperbaiki DNA ke arah yang lebih baik, iaitu menambah DNA asing ke dalam molekul DNA yang dimiliki oleh haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia. Tujuannya untuk mengubah maklumat genetik asal kepada genetik yang lebih baik agar ia mampu menghasilkan sejenis protein yang baru. Kemudian, protein ini akan menyebabkan organisma berkenaan mampu menonjolkan fenotip baru yang diinginkan. Kejuruteraan genetik ini juga boleh dijelaskan melalui dua aplikasi seperti berikut: 1. Teknik memanipulasikan asid nukleik secara in vitro yang melibatkan proses rekombinan DNA dan menyuntiknya ke dalam sel atau organel. 2. Teknik menggabungkan sel-sel yang tidak mungkin dapat berlaku melalui pembiakan fizikal secara semula jadi (WHO 2005). Proses tersebut akan menghasilkan beberapa istilah penting sehingga melahirkan produk makanan, iaitu organisma terubah suai genetik GMO dan GMF. GMO dikenali sebagai organisma transgenik, manakala GMF merupakan produk makanan yang terhasil daripada GMO (Wikipedia 2010). Contohnya, terdapat sesetengah organisma transgenik yang diprogramkan supaya mengalirkan hasil secara pukal, khususnya dalam penghasilan enzim, antibiotik, nutrien, hormon dan pelbagai produk farmaseutikal seperti dadah dan vaksin (Wan Jasimah 2002).

Fatwa semasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

sebagai satu daripada badan induk dalam hal-ehwal agama Islam di Malaysia telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan makanan ubah suai genetik (JAKIM 2011). Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan

(35)

1. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan

pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, daripada haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang

dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.

2. Dalam hal ini, Muzakarah berpandangan bahawa Islam

menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib), iaitu halal, suci dan tidak memberi mudarat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudarat kepada manusia dan alam sekitar.

3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GMF),

penggunaan bahanbahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak (JAKIM 2011). Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 12 Jul 1999 telah membincangkan Bioteknologi dalam Makanan & Minuman.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya adalah haram.

2. Penggunaan bioteknologi DNA babi dalam pemprosesan

barangan, makanan dan minuman belum lagi sampai ke tahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain.

3. Ijtihad ini adalah berpegang kepada kaedah usul al-Fiqh seperti berikut: .

Keterangan yang dinyatakan adalah:

(36)

2. DNA ialah satu rantaian Asid Deoxi-Ribonukleotida, iaitu apa yang dipanggil nukleotida – A, G, C dan T. A ialah Adenine, G ialah

Guanine, C ialah Cytosine dan T ialah Thymine. Kombinasi dari keempat-empat A, G, C dan T inilah yang dijadikan rantaian DNA. Rantaian atau maklumat genetik ini akan disalin dan seterusnya diterjemah untuk menjadi Protein.

3. Allah SWT telah menjadikan sistem maklumat genetik DNA ini sebagai suatu sistem yang universal. Mekanisme yang rantaian DNA ini disalin dan seterusnya diterjemah kepada protein atau rantaian Asid Amino hanya berdasarkan kod-kod genetik A, C, G, T ini sahaja tidak kira, sama ada ia bakteria, kulat, tumbuhan, binatang ataupun manusia.

4. Teknologi ini telah membolehkan DNA yang berlainan asal-usul dapat dicantumkan dan menghasilkan protein yang serupa dengan yang asal. Proses pemindahan maklumat genetik atau dikenali sebagai teknologi DNA Rekombinan yang DNA atau gen dapat dipindah dari satu organisma ke satu organisma yang lain. Contohnya, maklumat genetik binatang yang tidak halal

dimasukkan kepada tumbuhan dan apa yang berlaku ialah hasilan pertama merupakan salinan DNA atau gen binatang tersebut. Modifikasi genetik melalui teknologi DNA Rekombinan yang dilakukan tidak mengubah keadaan asal atau rupa tumbuhan berkenaan.

5. Mengikut kaedah usul al-fiqh, “Asal sesuatu perkara yang harus adalah hukumnya halal dan asal sesuatu yang haram adalah hukumnya haram. Apabila bercampur sesuatu yang halal dengan yang haram sama ada banyak atau sedikit, hukumnya adalah haram”.

6. Isu bioteknologi DNA babi ini telah ditimbulkan di peringkat antarabangsa sejak tahun 1996 lagi. Pemprosesan makanan dan minuman melalui bioteknologi seperti kacang soya dan jagung sudah lama diamalkan di negara-negara lain. Walau bagaimanapun, penentuan hukum sama ada halal atau haram barangan yang

dikeluarkan melalui proses ini telah menjadi persoalan kerana sebahagiannya melibatkan bahan yang haram seperti babi. (Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, 2016)

(37)

makanan tiruan dalam membantu menampung keperluan seharian mereka.

6.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, dalam menghadapi era 4th industrial revolution

(38)

menampung keperluan masyarakat pada masa itu. Ia tidak dapat disekat kerana ia merupakan suatu inisiatif bagi meneruskan kelangsungan bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Makanan utama rakyat Malaysia adalah nasi disamping juga ikan serta daging ayam serta sayuran dan buah-buahan. Penanaman padi masih menjadi agenda penting negara bagi membekalkan beras sekitar lebih 70% kadar kecukupan (SSL). Kini jumlah penduduk dunia sebanyak hampir 7.5 billion dengan kadar kelahiran antara 200,000 - 300,000 orang bayi sehari yang mana perlukan makanan. Bagaimana pun pola permakanan rakyat Malaysia sudah sedikit berubah daripada bergantung kepada nasi kepada beberapa makanan lain. Mungkin dimasa kini kita masih boleh makan apa yang ada dengan mudah dan murah tetapi masa hadapan berkemungkinan akan menjadi susah mendapatkan makanan. Pertambahan jumlah penduduk dunia, benana alam, kos pengeluaran meningkat dan perebutan sumber makanan mungkin akan berlaku. Bahan makanan seperti sekarang semakin sukar atau mahal dan ini menyebabkan manusia akan berubah kepada sumber makanan lain sama ada yang semulajadi atau makanan tiruan.

Akan tetapi pengeluaran dan penghasilan makanan tiruan produk tiruan dalam industri makanan tiruan yang menyediakan makanan tiruan dari bahan asas yang boleh membawa musibah kepada masyarakat.

(39)

tiruan ini membawa banyak kebaikan kepada masyarakat berbanding keburukan.

ARTIKEL

1. Krisis Makanan, Universiti Putra Malaysia

Http://Ikdpm.Upm.Edu.My/Www/Media/Penulisan/Krisismakana n.Pdf

2. Pelestarian Dan Penyebaran Ilmu Watan Dalam Penyelidikan Hab Halal Daripada Perspektif Malaysia Dan Global, Rozita Che Rodi

Https://Www.Researchgate.Net/Profile/Rozita_Che_Rodi/Publica tion/312168816_Pelestarian_Dan_Penyebaran_Ilmu_Watan_Dal am_Penyelidikan_Hab_Halal_Daripada_Perspektif_Malaysia_Da n_Global/Links/5874372108ae6eb871c690f5/Pelestarian-Dan-

Penyebaran-Ilmu-Watan-Dalam-Penyelidikan-Hab-Halal-Daripada-Perspektif-Malaysia-Dan-Global.Pdf

3. Makanan Tiruan, Teoh Jy.

Http://Studentsrepo.Um.Edu.My/3979/2/Chapter_1-6_Teoh_Jy.Pdf

4. Malaysia Mendepani Cabaran Krisis Makanan, Shaharil Ramli

Http://Dwnekonomi.Dbp.My/Wordpress/?P=484

5. Kesan Makanan Tiruan, Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason

Www.Malaysiaria.Com.My

6. Article Sm Mohamed Idris

Http://Kpdnkk.Bernama.Com/Newsbm.Php?Id=1070969

7. Makanan Membentuk Peribadi, Utusan Malasyia

Http://Ww1.Utusan.Com.My/Utusan/Info.Asp?

Y=2008&Dt=0718&Pub=Utusan_Malaysia&Sec=Bicara_Agam a&Pg=Ba_01.Htm#Ixzz4qulvevf4

8. Hukum Pewarna Tiruan, Jabatan Mufti Negeri Pahang. Http://Mufti.Pahang.Gov.My/Index.Php/2012-12-11-06-41- 06/2012-12-11-06-44-13/2012-12-11-06-44-58/2012/64-

Hukum-Bahan-Pewarna-Cochineal-Kajian-Semula-Kadar- Piawaian-Yang-Ditetapkan-Oleh-Muzakarah-Fatwa-Kebangsaan-12-2012

Gambar

Gambar di atas bukan nugget goreng, tapi sepasang buah pinggangyang telah rosak kerana 'dosa' pemakanan yang salah

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil pengujian yang telah diperoleh dapat disimpulkan bahwa perangkat lunak ini dapat menjawab masalah yang ditemukan dalam sistem informasi pengawasan dokumen

Analisis rasio keuangan merupakan suatu alat analisis keuangan yang paling populer dan banyak digunakan. Meskipun perhitungan rasio hanyalah merupakan operasi

Sedangkan Caplan (2003) membagi sejumlah tanda kognitif dan perilaku dari PIU yaitu, seringkali terjadinya perubahaan mood (konsumsi internet untuk beberapa perubahaan pada

Perangkat lunak yang dibangun berbasis web menggunakan metode pengembangan sistem Web Engineering dan Framework Codeigniter sebagai framework untuk membangun Website

Keputusan Menteri Riset, Teknologi, dan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia Nomor 732/KPT/I/2018 tentang Izin Penyatuan dan Perubahan Bentuk Beberapa Perguruan Tinggi

Dalam hal penjualan kembali Unit Penyertaan REKSA DANA SYARIAH BNP PARIBAS CAKRA SYARIAH USD dilakukan oleh Pemegang Unit Penyertaan melalui media elektronik, maka Formulir

Dengan adanya instrumen yang lebih memadai, pengamatan dengan teleskop portabel pada observatorium profesional dan edukasional menjadi kurang penting, sehingga pada

Hal ini ditunjukkan dari nilai korelasi antar dua variabel tersebut > 0,3 yaitu sebesar 0,522 dan p-value < 0,05 yang berarti adanya hubungan yang sangat