• Tidak ada hasil yang ditemukan

personaliti guru dan gaya pengajaran gur

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "personaliti guru dan gaya pengajaran gur"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN DATA

4.1 Pengenalan 1

4.2 Latar Belakang Informer 2

4.3 Analisis Dapatan Kajian 3

4.3.1 Gaya Pengajaran

4.3.2 Personaliti

4.3.3 Perasaan

4.3.4 Kesan

4.4 Kesimpulan 24

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 25

5.2 Ringkasan Kajian 25

5.3 Rumusan Utama Sub-tema 26

5.3.1 Gaya Pengajaran

5.3.2 Personaliti

5.3.3 Perasaan

5.3.4 Kesan

5.4 Implikasi Kajian 29

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 32

5.6 Kesimpulan 33

5.7 Bibliograf 34

(2)

ANALISIS DAN DAPATAN DATA

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, tumpuan akan diberikan kepada dapatan data yang dikumpul yang diperolehi melalui temu bual dengan beberapa orang reponden. Perbincangan dalam bab ini akan tertumpu kepada beberapa tema yang di fokuskan oleh pengkaji yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi minat belajar pelajar dan bagaimana gaya pengajaran guru dan personality guru terlibat dengan minat belajar pelajar. Maklumat di kategorikan kepadabeberapa tema atau isu yang berperanan untuk memudahkan pengkaji memahami dan membuat analisis dapatan kajain mengenai aspek penting dan utama serta menyatakan sevcara terperinci huraian-huraian berikut.

(3)

4.2 Latar Belakang Informer

Pengkaji telah menemu bual seramai tiga orang informer dan mereka adalah dipilih secara rawak. Kesemua tiga orang informer tersebut merupakan murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah daerah Ranau, Sabah sebagai sekolah yang dipilih untuk menjalankan kajian ini.

4.2.1 Responden Siti (bukan nama sbebenar)

Siti merupakan pelajar tingkatan 2 Tarmizi di sebuah sekolah menenagh di daerah Ranau. Beliau merupakan anak pertama dari empat orang adik beradik dan beliau berasal dari Kampung Kinapulidan Ranau. Beliau merupakan seorang pelajar yang bijak dan bersemangat untuk belajar serta mempunyai perwatakan seorang yang serius ketika di dalam kelas.

4.2.2 Responden Nora (bukan nama sebenar)

Nora merupakan pelajar tingkatan 2 Tarmizi di sebuah sekolah menenagh di daerah Ranau. Beliau merupakan anak terakhir dari enam orang adik beradik dan beliau berasal dari Kampung Kundasang Ranau. Beliau merupakan seorang pelajar yang bijak dan bersemangat untuk belajar serta mempunyai perwatakan seorang yang akitf dan ceria ketika di dalam kelas.

4.2.3 Responden Kila (bukan nama sebenar)

(4)

4.3 Analisis Dapatan Kajian

Peringkat ini penyelidik menghadapi satu cabaran besar dalam membuat persembahan data yang dihasilkan oleh setiap responden kerana penyelidik harus membuat keputusan berkenaan data yang penting dan paakah data yang wujud. Oleh itu data yang dikutip dan ditranskripkan perlu dianalisis dengan teliti dan berhati-hati agar dapatan yang diperolehi dapat menjawab persoalan yang ditimbulkan bagi memperolehi tema dan sub tema yang akan dihuraikan secara mendalam.

Melalui temu bual yang dijalankan oleh pengkaji terhadap informer-infoermer, pengkaji telah mnegajukan soalan kepada informer berdasarkan persoalan kajian yang telah dibincangkan di bab 2, iaitu :

i. Apakah persepsi pelajar terhadap gaya pengajaran guru?

ii. Apakah persepsi pelajar terhadap personaliti guru?

iii. Adakah personaliti guru memberi kesan terhadap minat belajar pelajar?

(5)

Maklumat / Data Kod / Tema Miss ok kita mula ya.. miss mau tanya, gaya pengajaran

guru yang macam mana kamu suka ?

Siti I like Miss Adiba

Siti because she’s so fun, so so fun..kalau tengah mengantuk pun boleh jadi ndak

mengantuk..because she..dia ada game..sangat banyak game..tapi untuk belajar la.. anddd.. tu la.. and she can joke around..

Miss kalau Miss pulak macam mana? Macam mana cara miss mengajar ? pada pandangan kamu la.

Nora kalau miss best, santai ja..yang macam..kalau kana ajar nga, senang faham..senang masuk..

Kesan

Pembelajaran Gaya

Pengajaran

Miss senang faham sebab ?

Nora miss pandai kasi bahagi-bahagi..macam mana mo cakap..kasi ringkas-ringkas..kan selalu cigu-cigu nota banyak bikin pening kepala.

Gaya Pengajaran Perasaan

Siti miss kasi direct..senang masuk..ada bunga-bunga, cantik..

Gaya Pengajaran

Miss ohh..lagi ?

(6)

berat..santai la..ndak kena marah, ndak stress. Pengajaran Kesan

Pembelajaran

Miss ok...kalau personality guru pulak macam mana? Personality luaran ya..personaliti luaran means cara penampilan dia, baju cikgu, tudung cikgu, cantik ka tidak, kemas ka tidak.. bagi ja contoh mana-mana guru yang kamu rasa kamu suka ndak cara

penampilang dia.

Nora Ustazah Halizan miss, yang orang Kelantan..ho’ aloh..

Miss (senyum) kenapa dengan ustazah?

Nora bukan kami cakap dia tak baik..tapi penampilan dia macam..haha..tudung dia

gelembung..kalau kita kan kalau gelembung-gelembung mau kasi bagus (sambil membuat aksi memperbetulkan tudung)

Personaliti luaran Perasaan

Siti she doesn’t care..cara jalan dia pun macam (membuat aksi)..

Perasaan

Miss so kalau dia masuk kelas kamu mengajar, kamu rasa macam mana? Ada rasa mo belajar ka? Atau kamu rasa mo kasi betul tudung dia? Haha..

Nora iya, kalau dia masuk kelas kami macam tiaada semangat kami mo belajar.. macam semua mo skep (scape).

Kesan

Pembelajaran

Siti dia suka menjerit..paling kuat dia

menjerit..Astaghfirullah hal’azim..paling kuat tu

(7)

menjerit..pastu apa-apa mesti dia mo pukul..yang tidak logic pun dia mo katawa.

Nora yang paling lawak , dari hujung whiteboard sampai hujung whiteboard dia lumpat-lumpat..dia manyanyi sambil lumpat-lumpat.

Tingkah Laku

Siti kalau kamu kana ajar kamu paham tu ..lepas tu dia tengok orang dia cakap-cakap sendiri pastu dia katawa-katawa.. kami pun yang..ter ‘blur’ ..padahal tu benda tia lucu.

Perasaan Tingkah Laku

Miss haha..ok..kalau macam cikgu yang

cantik..personaliti luaran dia ok..kamu rasa sapa? Nora Miss la..sama Miss Adiba..

Miss kenapa?

Nora sebab Miss Adiba ‘bebeh’..haha..stylo..pastu tudung dia gini-gini (buat aksi beli-belit shawl) ..

Perasaan Personaliti luaran

Siti cikgu amy pun..stylo, smart pakai baju

wataniah..gemuk sikit tapi smart la..tahun lepas dia mengajar, best kan?

Personaliti luaran

Miss kenapa best ?

Nora sebab tidak garang..lucu Gaya

Pengajaran

Siti madam Atiqah paling cantik sa tinguk kalau dia pakai mekap.

Personaliti luaran

Miss kalau cikgu masuk kelas kamu, cantikkk..kemas… apa kamu rasa?

Siti sedap mata memandang..hehe Kesan

(8)

Nora kalau sa…macam..its begin now..wahhhh..haha Perasaan

Siti iya, sebab kami tertunggu-tunggu..hee..sebab kami ternanti-nanti sesuatu yang baru..begitu la sia rasa..

Kesan

Pembelajaran

Siti kalau ustazah husnah bikin stress, bikin takut..kalau dia masuk kami mcm ter ‘krik-krik’ satu kelas..terus tidak best ni mo belajar.

Kesan

Pembelajaran Perasaan

Nora Ustaz Aziz lagi..haha..kalau dia masuk kami takut tau..bukan takut..yang tiba-tiba bikin

takut..tenungan..macam..mmm..macam air ba, tenangkan tapi ndak sangka ada buaya..tiba-tiba dia mengamuk, dia humban buku..kami semua terus ter (buat aksi terkejut), semua yang tidur pun tekejut tau.

Perasaan Tingkah Laku

Siti tapi langsung..kadang faham, kadang-kadang tidak kan dia mengajar..sebab nga..dia kadang-kadang macam dia stress..kami cepa-cepat kasi keluar buku supaya dia tia mengamuk..hehe

Perasaan Tingkah Laku

Miss kalau cikgu yang bagus, yang berdedikasi, ndak pilih kasih ada ka? Yg kalau kamu tanya soalan dia

jawab..

Siti Ustazah Husnah sia rasa pilih kasih..but I just think positive.

Personaliti

dalaman

Nora tapi kadang-kadang kami sakit hati la..sebab dia kasi banding kita sama Tarmidzi (kelas) kan..

Kesan

(9)

Personaliti

dalaman Miss kena banding macam mana?

Nora dia marah la nda buat karja rumah..trus dia cakap ‘tinguk kalas sablah begini-gini

Perasaan

Miss kalau miss macam mana? Garang ka?

Siti miss tia garang, miss baik.. Personaliti

dalaman Nora miss tia juga garang nga, garang bertempat

la..jaaarang mo marah kami.

Personaliti

dalaman Miss haha..iya la tu…ok, miss mo tanya lagi..contoh la

ada seorang cikgu ni ndak pandai mengajar, tapi dia baik, ndak garang, kita rasa selesa dengan dia, ndak stress.. kamu rasa kamu minat ka mo belajar? Boleh ka belajar dengan cikgu macam tu?

Nora hmmm..bulih Perasaan

Siti sa rasa nga bulih, sbb nga sanang mo bawa bincang kalau yang begitu..sanang mo discuss.

Kesan

Pembelajaran

Nora itu pun kalau yang caring laa.. Personaliti

dalaman Miss maksud miss yang caring la..yang personality dia

positif..hehe…ok, kalau kamu dapat guru yang garang, apa kamu rasa?

Siti rasa bercampur-campur haha…teda mood mo blajar..kalau buat kerja pun tida sepenuh hati .

Perasaan

Kesan

Pembelajaran

Nora kalau sia, kalau subject tu penting untuk sa..sa blajar seja walaupun dia marah-marah

(10)

Miss kalau dapat cikgu yang lemah lembut, yang telampau lemah lembut..saaangat lemah lembut..kamu belajar ka kalau dia ajar kamu?

Nora macam makan gaji buta ka miss? Confirm sa tidur..haha..bosann

Kesan

Pembelajaran Perasaan

Siti kalau sa, first sa confirm tidur.. kedua, pastu becerita dengan kawan,, ketiga, main benda lain..keempat, menghayal…tapi miss, kalau cikgu jenis begitu dia terus bagi kerja tu..trus sruh buat latihan..tia lagi ‘ok kelas, hari ni kita belajar’..tiada lagi tu..trus sruh buat latihan dari buku teks..kami langsung tia faham..

Kesan

Pembelajaran

Hasil daripada pengkodan skrip perbualan yang tidak berstruktur tersebut, pengkaji mendapati terdapat beberapa tema yang telah dikeluarkan, iaitu :

i. Gaya Pengajaran ii. Kesan Pembelajaran iii. Personaliti

iv. Perasaan

Tema Sub-tema

Gaya Pengajaran  Nota yang bagus

 Beban kerja

(11)

Kesan Pengajaran  Motivasi  Demotivasi

Personaliti  Keterampilan

 Keperibadian

Perasaan  Seronok

 Sedih  Teruja

4.3.1 Gaya Pengajaran

Tema pertama yang akan dibincangkan adalah persepsi pelajar terhadap gaya pengajaran guru. Apabila tema ini dibincangkan secara terperinci maka akan timbul beberapa sub-sub tema. Perbincangan akan diperincikan lagi dengan menganalisis dengan mendalam setiap sub tema yang berjaya dikeluarkan dari tema utama. Antara sub tema yang diperolehi melalui proses pengkodan dalam tema pertama ini ialah nota yang bagus, beban kerja dan penyampaian guru.

a) Nota Yang Bagus

Nota merupakan ringkasan, rumusan atau sinopsis topik mata pelajaran yang diajar oleh guru. Nota yang diberikan adalah bertujuan untuk memudahkan kefahaman pelajar kerana input atau isi kandung yang ada di dalam nota adalah lebih padat berbanding dengan isi kandung yang terdapat did alam buku teks sekolah.

(12)

Nora misalnya mengatakan baha dia suka nota yang diberikan oleh gurunya kerana lebih ringkas dan padat berbanding nota yang guru lain yang panjang berjela. Ungkapan yang telah dibuat oleh Nora dapat dilihat seperti seperti yang berikut :

“…miss pandai kasi bahagi-bahagi..macam mana mo cakap..kasi ringkas-ringkas..kan selalu cigu-cigu nota banyak”.

Selain itu, nota yang bagus dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih menerima untuk membaca berbanding ‘nota kosong’. Ini bermaksud, guru harus bijak untuk mereka nota yang lebih menarik untuk pelajar. Guru perlu lebih kreatif dalam membuat nota agar topik mata pelajaran yang ingin disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan lebih mudah dan menarik.ini dapat dilihat dari ungkapan Siti :

“…miss kasi direct..senang masuk..ada bunga-bunga, cantik.”

Dapatan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa nota yang bagus

mengambil peranan penting dalam proses pembelajaran pelajar agar dapat

memudahkan pelajar untuk menerima dan memahami topic mata pelajaran.

Selain itu, para guru perlu menitik beratkan penggunaan nota yang bagus dalam

gaya pengajaran guru.

(13)

Beban kerja disini bermaksud kerja rumah atau tugasan yang diberikan oleh guru

kepada pelajar. Kita faham bahawa tujuan atau niat guru adalah baik untuk

memberi tugasan atau kerja rumah supaya pelajar dapat membuat latihan yang

diberikan untuk menambah kefahaman dalam proses pembelajaran.

Kerja rumah atau tugasan yang banyak dapat membebankan pelajar

sekaligus menjadi stress kepada pelajar kerana bukan hanya seorang guru yang

memberikan kerja ruma, malah hamper semua guru mata pelajaran akan

memberi tugasan untuk disiapkan di rumah. . Ini mengakibatkan para pelajar jadi

kurang berminat untuk belajar disebabkan tekanan yang sedia ada dari tugasan

yang diberikan. Ini dibuktikan unkapan dari Nora :

“…santai la miss..kerja rumah pun yang ndak berat..santai la.”

Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa beban kerja rumah yang kurang

membuatkan pelajar lebih senang dan dapat mengurangkan tekanan dari segi

beban kerja rumah. Sebaliknya, kerja rumah yang banyak dari setiap mata

pelajaran membebankan para pelajar.

c) Penyampaian Guru

Cara penyampaian guru adalah sangat penting untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Seorang guru yang mempunya cara penyampaian yang baik akan membuatkan para pelajar lebih focus di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ini dapat dibuktikan dengan pernyataan Nora apabila diajukan soalan tentang gaya pengajaran gurunya di dalam kelas yang membuatkan dia selesa dan focus untuk belajar.

(14)

faham..senang masuk.”

Penyataan ini selaras dengan penyataan yang dibuat oleh Siti apabila penyelidik mengajukan soalan tentang kenapa dia berasa senang untuk belajar ketika berasa di dalam kelas ckgu X .

“…sebab cigu tidak garang..lucu.”

Selain daripada cara penyampaian guru, aktiviti yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga dapat menarik minat atau perhatian pelajar. Pelajar lebih gemar dengan aktiviti yang di lakukan berbanding dengan hanya duduk dan mendengar penerangan guru di hadapan kelas. Ini boleh dilihat daripada ungkapan Siti apabila penyelidik bertanyakan tentang gaya pengajaran yang dilakukan oleh gurunya di dalam kelas.

“..dia ada game..sangat banyak game..tapi untuk belajar la.. anddd.. tu la.. and she

can joke around.”

(15)

4.3.2 Personaliti

Tema ketiga yang akan dibincangkan adalah persepsi pelajar terhadap personaliti guru. Apabila tema ini dibincangkan secara terperinci maka akan timbul beberapa sub-sub tema. Perbincangan akan diperincikan lagi dengan menganalisis dengan mendalam setiap sub tema yang berjaya dikeluarkan dari tema ketiga. Antara sub tema yang diperolehi melalui proses pengkodan dalam tema pertama ini ialah keterampilan, keperibadian dan tingkah laku seorang guru.

(16)

Sebagai seorang individu yang berada didalam profession keguruan, guru hendaklah menjaga keterampilan mengikut etika pemakaian yang dietapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru haruslah berpakaian kemas dan sopan agar lebih disenangi oleh pelajar. Selain itu, pelajar akan lebih suka dan pihatin terhadap guru yang mempunyai keterampilan yang catik dan kemas. Ini dapat dilihat seperti ungkapan yang dibuat oleh Nora :

“…sebab Miss Adiba ‘bebeh’..haha..stylo..pastu tudung dia gini-gini (buat aksi beli-belit

shawl).”

Penyataan Nora ini sejajar dengan penyataan Siti yang juga menyenagi keterampilan guru yang mengikut etika dan sedap mata memandang. Siti telah memberi ungkapan seperti berikut :

“…madam Atiqah paling cantik sa tinguk kalau dia pakai mekap.”

Selain keterampilan yang disenangi oleh pelajar, keterampilan yang cantik dan kemas juga memberi impak yang positif dalam proses pembelajaran. Pelajar lebih mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru yang berketerampilan indah. Siti telah memberi ungkapan seperti berikut :

(17)

Sebaliknya jika guru mempunya keterampilan yang tidak elok, maka pelajar akan berasa tidak selesa dengan guru tersebut. Pelajar akan bersikap negatif terhadap guru tersebut dan tidak prihatin terhadapnya. Pernyataan ini dapat dilihat seperti ungkapan oleh Nora :

“… bukan kami cakap dia tak baik..tapi penampilan dia macam..haha..tudung dia gelembung-gelembung..kalau kita kan kalau gelembung-gelembung mau kasi bagus (sambil membuat aksi memperbetulkan tudung).”

Dapatan menunjukkan bahawa keterampilan guru adalah sangat penting dalam proses pengajaran guru. Ini kerana pelajar akan berasa selesa untuk berinteraksi dengan guru dan mempunyai tanggapan yang baik dengan guru. Selain daripada itu, keterampilan yang kemas dapat mewujudkan minat belajar pelajar. Sebaliknya, keterampilan yang selekeh akan menyebabkan guru tidak disenangi pelajar dan proses pembelajaran menjadi sukar.

b) Keperibadian

Keperibadian adalah sifat seseorang atau hati budi seseorang. Guru juga perlu mempunyai keperibadian. Sama seperti keterampilan, keperibadian juga harus positif. Ini kerana keperibadian yang positif lebih mudah untuk didekati

(18)

“… Ustazah Husnah sia rasa pilih kasih..but I just think positive.”

Perkara yang sama berlaku kepada Siti. Dia berasa kecik hati dengan keperibadian guru yang membanding-bandingkan kelasnya dengan kelas lain. Ini dapat dilihat dari ungkapan yang dibuat oleh Siti :

“… tapi kadang-kadang kami sakit hati la..sebab dia kasi banding kita sama Tarmidzi

(kelas) kan.”

Selain itu, keperibadian yang negatif seorang guru memberi tanggapan yang negatif kepada pada pelajar terutamanya dalam proses pembelajaran. Ini sekaligus memberi kesan kepada penerimaan pelajar dalam proses belajar. Ini dapat dilihat dari ungkapan yang dibuat oleh Siti:

(19)

Penyataan Nora ini sejajar dengan penyataan Siti yang juga tidak menyenangi keperibadian guru yang negatif. Siti telah memberi ungkapan seperti berikut :

“… tapi langsung..kadang-kadang faham, kadang-kadang tidak kan dia mengajar..sebab nga..dia kadang-kadang macam dia stress..kami cepa-cepat kasi keluar buku supaya dia tia mengamuk..hehe”

Dapatan menunjukkan keperibadian negatif guru yang suka membandingkan murid-muridnya adalah sangat tidak disenangi oleh para pelajar. Selain itu, keperibadian guru yang negatif juga mengakibatkan para pelajar tidak gemar untuk memberi perhatian di dalam kelas dan tahap penerimaan ilmu oleh pelajar adalah lemah.

4.3.3 Perasaan

(20)

yang diperolehi melalui proses pengkodan dalam tema kedua ini ialah seronok dan marah.

a) Seronok

Apabila guru mempunyai gaya pengajaran yang seronok, cara penyampaian yang bagus serta keperibadian yang positif, maka pelajar akan melahirkan perasaan yang gembira setiap kali proses pembelajaran bermula. Selain itu, pelajar akan seronok untuk menerima ilmu yang ingin disampaikan oleh guru. Ini boleh dilihat melalui ungkapan yang dibuat oleh Nora apabila penyelidik

mengajukan soalan tentang perasaannya apabila guru yang berpendirian positif mengajar di kelas.

“… kalau sa…macam..its begin now..wahhhh..hehe”

Dapatan menunjukkan perasaan pelajar kesan daripada proses pengajaran oleh guru yang berpendirian positif. Guru yang bersifat positif kepada pelajar juga akan memberi kesan yang positif ke dalam diri pelajar. Ini akan memudahkan penerimaan ilmu oleh pelajar ekoran sigat yang positif dari guru dan pelajar.

b) Marah

(21)

hadapan dengan pelajar. Ada juga pelajar yang keinginan belajarnya tinggi walaupun guru mempunya sifat yang negatif iaitu panas baran. Nora telah memberi ungkapan seperti berikut :

“… kalau sia, kalau subject tu penting untuk sa..sa blajar seja walaupun dia

marah-marah.”

Penyataan Nora ini sejajar dengan penyataan Siti yang pernah mengalami peristiwa di mana guru memarahi beliau. Siti telah memberi ungkapan seperti berikut :

“…dia marah la nda buat karja rumah..trus dia cakap ‘tinguk kalas sablah begini-gini.”

(22)

4.3.4 Kesan Pengajaran

Tema kedua yang akan dibincangkan adalah persepsi kesan pengajaran guru. Apabila tema ini dibincangkan secara terperinci maka akan timbul beberapa sub-sub tema. Perbincangan akan diperincikan lagi dengan menganalisis dengan mendalam setiap sub tema yang berjaya dikeluarkan dari tema kedua. Antara sub tema yang diperolehi melalui proses pengkodan dalam tema kedua ini ialah motivasi dan demotavasi.

a) Motivasi

Seseorang individu memerlukan sesuatu yang membuatkan dirinya lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai seorang guru, mestilah melakukan sesuatu untuk memastiikan anak muridnya bemotivasi, bersemangat dan lebih fokus ketika belajar di dalam kelas.

Pelajar yang mempunyai motivasi tinggi akan mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar dan sedia untuk belajar. Siti misalnya menyatakan bahawa dia bersemangat untuk belajar dan beredia untuk menerima dan belajar sesuatu yang baru. Ungkapan yang telah dilakukan oleh Siti dapat dilihat seperti yang berikut :

“…iya, sebab kami tertunggu-tunggu..hee..sebab kami ternanti-nanti sesuatu yang

(23)

Penyataa Siti ini sejajar dengan penyataan Nora yang berasa senang dan selesa ketika belajar dengan guru yang positif dan mempunyai motivai yang tinggi dalam mendidik. Sekaligus membuatkan Siti turut bermotivasi dan bersedia untuk menerima ilmu serta mudah untuk Siti untuk berbincang dengan durunya. Ini dapat dilihat seperti ungkapan yang dibuat oleh Siti :

“…sa rasa nga bulih, sebab nga sanang mo bawa bincang kalau yang begitu..sanang

mo discuss.”

Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa pelajar akan memberi kesan yang positif seperti lebih bermotivasi untuk belajar apabila guru yang mengajar sendiri mempunyai motivasi yang tinggi. Guru yang bermotivasi untuk mengajar pelajar dengan pelbagai cara dan cara penyampaian yang lebih disenangi pelajar akan menyalurkan aura positif untuk pelajar untuk belajar.

b) Demotivasi

Jika pelajar tidak mempunya motivasi, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku dengan sempurna serta proses penyampaian ilmu mungkin tidak akan sampai kepada pelajar. Guru yang tidak mempunyai kepelbagaian gaya pngajaran menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar dan tidak akan fokus di dalam kelas. Ini dapat di lihat dari ungkapan oleh Nora :

(24)

semua mo skep (scape).”

Perkara yang sama berlaku kepada Siti. Dia berasa tidak semangat atau bermotivasi untuk belajar apabila gurunya masuk ke kelas. Ini dapat dilihat dari ungkapan yang dibuat oleh Siti :

“…kalau sa, first sa confirm tidur.. kedua, pastu becerita dengan kawan,, ketiga, main benda lain..keempat, menghayal…tapi miss, kalau cikgu jenis begitu dia terus bagi kerja tu..trus sruh buat latihan..tia lagi ‘ok kelas, hari ni kita belajar’..tiada lagi tu..trus sruh buat latihan dari buku teks..kami langsung tia faham.”

Selain itu, keperibadian guru yang mempunyai sikap yang kurang disenangi pelajar akan memberi kesan kepada semangat pelajar. Ini dpat dilihat seperti ungkapan yang di buat oleh Siti :

“…kalau ustazah husnah bikin stress, bikin takut..kalau dia masuk kami mcm ter ‘krik-krik’ satu kelas..terus tidak best ni mo belajar.”

(25)

4.3 Kesimpulan

(26)

BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab 5 dalam kajian ini lebih berfokuskan kepada rumusan dan perbincangan berasaskan kepada dapatan kajian yang dijelaskan dalam Bab 4. Penyelidik meninjau konteks perbincangan yang berasaskan kepada objektif kajian yang telah dibincangkan sebelumnya. Implikasi kajian terhadap murid, ibu bapa, guru dan sekolah turut diulas secara ilmiah. Selain itu, penyelidik juga cuba

mengaplikasikan tentang pemilihan kajian literatur yang telah dihurai dalam bab sebelum ini di samping mencadangkan penambahbaikan serta kajian lanjutan di masa akan datang.

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian yang dilakuka cara keseluruhannya telah menjawab objektif kajian seperti yang ditetapkan iaitu mengenalpasti persepsi pelajar berkaitan dengan gaya pengajaran guru dan personality guru serta kaitan dengan minat belajar pelajar. Kajian ini melibatkan dua orang informer di sebuah sekolah daerah Ranau.

Reka bentuk kajian kualitatif digunakan dalam kajian ini bagi

(27)

menyeluruh. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes dan menggunakan kaedah temu bual sebagai instrument kajian.

5.3 Rumusan Utama Sub-tema

5.3.1 Gaya Pengajaran

Dalam dapatan ini menunjukkan kepada kita bahawa nota yang bagus

mengambil peranan penting dalam proses pembelajaran pelajar agar dapat

memudahkan pelajar untuk menerima dan memahami topic mata pelajaran.

Selain itu, para guru perlu menitik beratkan penggunaan nota yang bagus dalam

gaya pengajaran guru.

Selain itu, dapatan ini menunjukkan bahawa beban kerja rumah yang

kurang membuatkan pelajar lebih senang dan dapat mengurangkan tekanan dari

segi beban kerja rumah. Sebaliknya, kerja rumah yang banyak dari setiap mata

pelajaran membebankan para pelajar. Ghazali Yusri (2010) menyatakan dalam

kajiannya bahawa kelemahan pelajar mempunyai hubung kait yang rapat dengan tenaga pengajar

(28)

yang baik terhasil dari keupayaan guru yang baik dan sangat penting dalam merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka.

5.3.2 Personaliti

Dapatan menunjukkan bahawa keterampilan guru adalah sangat penting dalam proses pengajaran guru. Ini kerana pelajar akan berasa selesa untuk berinteraksi dengan guru dan mempunyai tanggapan yang baik dengan guru. Selain daripada itu, keterampilan yang kemas dapat mewujudkan minat belajar pelajar. Ini di sokong oleh pendapat seorang pengkaji iaitu Soegarda & Harahap (1981), minat bermaksud kesediaan jiwa dan sifatnya aktif untuk menerima sesuatu dari luar Sebaliknya, keterampilan yang selekeh akan menyebabkan guru tidak disenangi pelajar dan proses pembelajaran menjadi sukar.

(29)

5.3.3 Perasaan

Dapatan menunjukkan perasaan pelajar kesan daripada proses pengajaran oleh guru yang berpendirian positif. Guru yang bersifat positif kepada pelajar juga akan memberi kesan yang positif ke dalam diri pelajar. Ini akan memudahkan penerimaan ilmu oleh pelajar ekoran sifat yang positif dari guru dan pelajar.

Menurut Mahmood Nazar (2005), personaliti merupakan sifat-sifat yang ada pada seorang individu yang memiliki beberapa aspek seperti cara berfikir, beraksi, beremosi dan sebagainya yang membezakannya dari individu lain.

Tambahan lagi, dapatan menunjukkan guru tidak seharusnya terlalu berkeras dengan pelajar kerana tidak semua pelajar adalah sama dalam menangani perasaan apabila di marah. Guru haruslah bersifat lebih professional apabila dalam menjalankan tanggungjawab untuk mendidik pelajar.

5.3.4 Kesan Pengajaran

(30)

Selain itu, dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar tidak akan bermotivasi untuk belajar sekiranya guru mereka tidak mempamerkan cara penyampaian yang bagus dan menggunakan kreativiti untuk melakukan aktiviti yang menarik sebagai alternative untuk menarik perhatian para pelajar untuk fokus di dalam kelas.

5.4 Implikasi Kajian

Dalam kajian ini secara keseluruhannya telah memberi implikasi atau kesan kepada beberapa sudut dimensi yang bukan hanya kepada murid semata malahan dimensi dari sudut, guru-guru, sekolah dan sistem pendidikan itu sendiri. Perkara ini akan dibincangkan dari kesan dan implikasinya.

5.4.1 Implikasi Terhadap Murid

(31)

Selain itu, pelajar juga akan tidak berminat untuk menuntu ilmu sekiranya guru mempunya keperibadian yang tidak elok.

Manakala guru yang mempunya cara penyampanian ilmu yang bagus akan membuatkan pelajar mempunyai semangat dan minat untuk belajar malahan guru yang hebat ini di nanti-nantikan kehadirannya di dalam kelas oleh para pelajar. Cara penyampaian ilmu yang di minati pelajar akan memudahkan mereka untuk menerima ilmu yang disampaikan tanpa menghadapi sebarang tekanan.

5.4.2 Implikasi Kepada Guru

Tanggungjawab guru dalam menyampaikan ilmu adalah sangat penting dan harus sentiasa diingat kerana keberkesanan penyampaian ilmu kepada pelajar adalah bergantung kepada gaya pengajarannya dan personalitinya sebagai seorang guru.

(32)

pelajar untuk belajar berbanding dengan cara mendengar sahaja. Ini menyebabkan pelajar akan lebih bersifat positif terhadap guru.

Keadaan yang positif ini kan membuatkan guru lebih bersemangat dan meningkatkan daya usaha untuk memastikan para pelajarnya dapat meningkatkan kefaham diri dan potensi diri dalam pembelajaran.

5.4.3 Implikasi Kepada Sekolah

Pihak sekolah harus lebih fokus dan beri perhatian kepada guru yang bermasalah terutamanya guru yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru yntuk mengajar para pelajar denga cara yang terbaik. Selain itu guru yang mempunyai keperibadian yang tidak bagus atau bagus untuk ditunjukkan kepada pelajar seharusnya tidak berlaku kerana guru haruslah bertindak secara professional dalam mendidik pelajar.

(33)

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Melalui dapatan kajian, penyelidik mendapati bahawa kajian tentang gaya pengajaran guru dan personality guru ini perlu dijalankan kerana dua bagi penyelidik dua aspek ini adalah aspek yang paling utama yang perlu di ambil kirauntuk menilai tahap minat pelajar untuk belajar.

(34)

Terdapat beberapa cadanga untuk memperluaskan lagi skop kajian tentang persepsi pelajar terhadap gaya pengajaran guru dan personality guru ini kepada skop kajian berikut :

1. Mengkaji persepsi pelajar bekaitan gaya pengajaran dan personaliti mengikut jantina.

2. Memperluaskan kajian kepada pelajar IPTA/IPTS mengikut jantina.

3. Memperluaskan kajian kepada pelajar tingkatan menengah atas mengikut jantina.

4. Memfokuskan informer di sekolah-sekolah Bandar.

5. Memfokuskan kepada persepsi guru.

5.6 Kesimpulan

(35)

untuk belajar iaitu penyampaian guru yang santai, beban kerja yang kurang dan nota yang ringkas dan kreatif.

Ketiga-tiga perkara ini yang membuatkan para pelajar bersemangat untuk belajar. Adalah lebih baik jika hasil dapatan ini diaplikasikan oleh pelajar, guru dan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penyelidik berharap kajian ini akan menjadi bahan rujukan penting kepada kajiann-kajian lanjut yang akan dilakukan pada masa akan datang.

5.7

Bibliograf

Abdillah, e. a. (2014). (U. K. Fakulti Pengajian Islam, Ed.) HUBUNGAN ANTARA KECENDERUNGAN

MINAT PELAJAR DALAM BAHASA.

Awang. (2001). (U. U. Malaysia, Ed.) Default dikalangan guru sebagai pendidik:sebuah pemerhatian

(36)

Aziz, C. d. (2006). (U. T. Malaysia, Ed.) GAYA PENGAJARAN GRASHA DALAM KALANGAN GURU-GURU

SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PENAMPANG SABAH.

Begam, Z. (n.d.). (U. T. Malaysia, Ed.) HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN.

Hisham, Z. d. (2001). (U. T. Fakulti Pendidikan, Ed.) Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya

Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah

Kebangsaan Senai, Johor.

Julismah, e. (2009). (U. P. Idris, Ed.) Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar dan Jenis Penilaian dalam.

Leong, N. E. (2014). (U. Malaya, Ed.) HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN

PENGARUH RAKAN SEBAYA TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4.

Nasri, A. (2011). (U. U. Malaysia, Ed.) PERBANDINGAN GAYA PENGAJARAN GURU TAHAP SATU DAN

GURU TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH.

Nelson, A. d. (2015). (U. K. Malaysia, Ed.) PENGARUH KOMPETENSI KEMAHIRAN GURU DALAM

PENGAJARAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN

SEJARAH.

Noraizah, e. a. (2005). (F. P. Skudai, Ed.) Ciri-ciri Personaliti Dalam Pemilihan Kerjaya Pelajar,Gaya

Pembelayaran Pelajar dan Hubunagannya Dengan Pencapaian Akademik.

Nurdalina, N. A. (2008). PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH

UTM.

Nurshimah, e. a. (2009). (U. U. Malaysia, Ed.) Hubungan Antara Pengajaran Pensyarah Dengan

Penglibatan Akademik Pelajar Universiti.

Rohani, e. a. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar:.

Rohaya, R. d. (2008). Amalan Pengajaran Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik

(37)

Syazwani, D. A. (2008). (U. T. Malaysia, Ed.) HUBUNGAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DAN

KAEDAH.

Yusof, A. d. (2008). (U. T. Malaysia, Ed.) Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah.

Yusri, G. (2010). Sikap Pelajar Terhadap, 10(3), 15-33.

Zubedah, e. a. (n.d.). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Prinsi Akaun Yang Berkesan.

LAMPIRAN

Skrip Temubual Respondan Nora dan Siti

Miss : Kamu santai-santai ja arr..kita buat macam kita cerita-cerita.. Siti & Nora : ( Angguk , senyum-senyum )

Miss : ok kita mula ya.. miss mau tanya, gaya pengajaran guru yang macam mana kamu suka ?

(38)

Siti : because she’s so fun, so so fun..kalau tengah mengantuk pun boleh jadi ndak mengantuk..because she..dia ada game..sangat banyak game..tapi untuk belajar la.. anddd.. tu la.

Miss : means dia suka buat game masa mengajar la? Siti : and she can joke around..

Miss : kalau Miss pulak macam mana? Macam mana cara miss mengajar ? pada pandangan kamu la.

Nora : kalau miss best, santai ja..yang macam..kalau kana ajar nga, senang faham..senang masuk..

Miss : senang faham sebab ?

Nora : miss pandai kasi bahagi-bahagi..macam mana mo cakap..kasi ringkas-ringkas..kan selalu cigu-cigu nota banyak bikin pening kepala.

Siti : miss kasi direct..senang masuk..ada bunga-bunga, cantik.. Miss : ohh..lagi ?

Nora : santai la miss..kerja rumah pun yang ndak berat..santai la..ndak kena marah, ndak stress.

Miss : ok...kalau personality guru pulak macam mana? Personality luaran ya..personaliti luaran means cara penampilan dia, baju cikgu, tudung cikgu, cantik ka tidak, kemas ka tidak.. bagi ja contoh mana-mana guru yang kamu rasa kamu suka ndak cara penampilang dia.

Siti&Nora : haha..

Nora : Ustazah Halizan miss, yang orang Kelantan..ho’ aloh.. Miss : (senyum) kenapa dengan ustazah?

Nora : bukan kami cakap dia tak baik..tapi penampilan dia macam..haha..tudung dia gelembung-gelembung..kalau kita kan kalau gelembung-gelembung mau kasi bagus (sambil membuat aksi memperbetulkan tudung)

Siti : she doesn’t care..cara jalan dia pun macam (membuat aksi).. Miss : so penampilan dia x ok la bagi kamu ?

Siti : tudung ja miss, yang lain ok jak.

Miss : so kalau dia masuk kelas kamu mengajar, kamu rasa macam mana? Ada rasa mo belajar ka? Atau kamu rasa mo kasi betul tudung dia? Haha..

Nora : iya, kalau dia masuk kelas kami macam tiaada semangat kami mo belajar.. macam semuamo skep (scape).

Siti : dia suka menjerit..paling kuat dia menjerit..Astaghfirullah hal’azim..paling kuat tu menjerit..pastu apa-apa mesti dia mo pukul..yang tidak logic pun dia mo katawa.

(39)

Siti : kalau kamu kana ajar kamu paham tu ..lepas tu dia tengok orang dia cakap-cakap sendiri pastu dia katawa-katawa.. kami pun yang..ter ‘blur’ ..padahal tu benda tia lucu.

Miss : yang lompat-lompat tu apa? Cara mengajar ka apa? Nora : ndak tau, tiba-tiba tu miss..

Siti : kami rasa kami lagi matang..haha..itu la sa rasa..kadang-kadang tiba-tiba mo menjerit mo marah..tiba-tiba mo senyum..memukul la kadang-kadang..guna manila card..haha

Miss : haha..ok..kalau macam cikgu yang cantik..personaliti luaran dia ok..kamu rasa sapa?

Nora : Miss la..sama Miss Adiba..

Nora : sebab Miss Adiba ‘bebeh’..haha..stylo..pastu tudung dia gini-gini (buat aksi beli-belit shawl) .. miss pun cantik (senyum)..

Miss : kenapa ? haha.. Siti : cantik la, stylo..

Nora : cikgu amy pun..stylo, smart pakai baju wataniah..gemuk sikit tapi smart la..tahun lepas dia mengajar, best kan?

Nora : sebab tidak garang..lucu

Siti : madam Atiqah paling cantik sa tinguk kalau dia pakai mekap. Miss : kalau cikgu masuk kelas kamu, cantikkk..kemas…apa kamu rasa? Siti : sedap mata memandang..hehe

Nora : kalau sa…macam..its begin now..wahhhh..haha Miss : ada mood la kamu belajar?

Siti : iya, sebab kami tertunggu-tunggu..hee..sebab kami ternanti-nanti sesuatu yang baru..begitu la sia rasa..

Nora : apa lagi kalau putera, miss Adiba..semua excited..kesemu’

Siti : kalau ustazah husnah bikin stress, bikin takut..kalau dia masuk kami mcm ter ‘krik-krik’ satu kelas..terus tidak best ni mo belajar.

Miss : ndak best kenapa? Siti : ndak best la..ntah

Nora : Ustaz Aziz lagi..haha..kalau dia masuk kami takut tau..bukan takut..yang tiba-tiba bikin takut..tenungan..macam..mmm..macam air ba, tenangkan tapi ndak sangka ada buaya..tiba-tiba dia mengamuk, dia humban buku..kami semua terus ter (buat aksi terkejut), semua yang tidur pun tekejut tau.

Siti : tapi langsung..kadang-kadang faham, kadang-kadang tidak kan dia mengajar..sebab nga..dia kadang-kadang macam dia stress..kami cepa-cepat kasi keluar buku supaya dia tia mengamuk..hehe

(40)

Siti : Ustazah Husnah sia rasa pilih kasih..but I just think positive.

Nora : tapi kadang-kadang kami sakit hati la..sebab dia kasi beza kita sama Tarmidzi (kelas) kan..

Siti : iya, kana kasi banding-banding ja kalas. Miss : kena banding macam mana?

Nora : dia marah la nda buat karjarumah..trus dia cakap ‘tinguk kalas sablah begini-gini’..

Miss : kalau miss macam mana? Garang ka? Siti : miss tia garang, miss baik..

Nora : miss tia juga garang nga, garang bertempat la..jaaarang mo marah kami. Miss : haha..iya la tu…ok, miss mo tanya lagi..contoh la ada seorang cikgu ni ndak pandai mengajar, tapi dia baik, ndak garang, kita rasa selesa dengan dia, ndak stress.. kamu rasa kamu minat ka mo belajar? Boleh ka belajar dengan cikgu macam tu?

Nora : hmmm..bulih

Siti : sa rasa nga bulih, sbb nga sanang mo bawa bincang kalau yang begitu..sanang mo discuss.

Nora : itu pun kalau yang caring laa..

Miss : maksud miss yang caring la..yang personality dia positif..hehe…ok, kalau kamu dapat guru yang garang, apa kamu rasa?

Siti : rasa bercampur-campur haha…teda mood mo blajar..kalau buat kerja pun tida sepenuh hati .

Nora : kalau sia, kalau subject tu penting untuk sa..sa blajar seja walaupun dia marah-marah.

Miss : kalau dapat cikgu yang lemah lembut, yang telampau lemah lembut..saaangat lemah lembut..kamu belajar ka kalau dia ajar kamu? Nora : macam makan gaji buta ka miss? Confirm sa tidur..haha..bosann Siti : kalau sa, first sa confirm tidur.. kedua, pastu becerita dengan kawan,, ketiga, main benda lain..keempat, menghayal…tapi miss, kalau cikgu jenis begitu dia terus bagi kerja tu..trus sruh buat latihan..tia lagi ‘ok kelas, hari ni kita belajar’..tiada lagi tu..trus sruh buat latihan dari buku teks..kami langsung tia faham..

Nora : kalau bgitu sa tia mo layan..sa trus tidur..

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERSONALITI DAN GAYA

PENGAJARAN GURU DALAM SESI PENGAJARAN DAN

(41)

BELLINDA MARLYNE BINTI DALANG

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PPENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

(42)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERSONALITI DAN GAYA

PENGAJARAN GURU DALAM SESI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN (PdP) DI SEKOLAH DAERAH RANAU, SABAH

NAMA

: BELLINDA MARLYNE BINTI DALANG

NO MATRIK

: MP 1512220 T

KUMPULAN

: MEM 2015/16 (KUMP 16)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan berbagai kondisi di atas, untuk meraih hasil yang optimal maka direncanakan untuk melakukan kegiatan untuk alih teknologi peningkatan produksi bumbu

Odziv sustava koji prikazuje Slika 33 prikazuje mjerene vrijednosti kuta zakreta grede i poloţaja kuglice na gredi u voltima. Kut zakreta grede puno više oscilira od pomaka

Telah dilakukan penelitian “Bioaktivitas Senyawa Asam Heksadekanoat dan β- sitosterol Hasil Isolasi Aglaophenia cupressina Lamoureoux Sebagai Bahan Antijamur Terhadap

Program acara feature RANSEL RUMPIK merupakan tayangan yang dapat memberikan informasi dengan konsep yang menghibur.. Dalam karya ini penulis berperan sebagai produser

2.1 Perkembangan Status dan Kedudukan Bank Sentral.. Dengan berkembangnya peran seperti diuraikan di atas, bank sentral tidak lagi identik dengan bank komersial atau lembaga

Hal ini karena pada kadar suspensi yang kental akan menyebabkan suspensi semen sulit masuk ke pori-pori bambu, sehingga pori bambu tidak tertutup sempurna.. Berdasarkan Tabel

(2) Jenis barang/kargo yang dapat diangkut melalui angkutan udara perintis kargo sebagaimana dimaksud pada ayat (1) sesuai dengan penetapan Menteri yang membidangi