• Tidak ada hasil yang ditemukan

BULLET Mibulang iaitu penggunaan binatan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BULLET Mibulang iaitu penggunaan binatan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Kaum asli Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum asli Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan.

Kebudayaan Kaum Asli Bisaya adalah seperti:

 Tarian Liliput Bisaya

 Tarian Jipin (Zapin) Bisaya

 Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang rumbia)

 Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia)

 Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan mengalahkan lanun)

 Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27 lagu dan 3 lagu berkaitan acara berasik

 Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo

 Tarik tali

 Bermain gasing

 Bermain layang-layang

 Ugang Bamboo

 Badaup terutama semasa menuai padi

 Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau

 Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi serapah ‘Ya Bamban Ya Lukah,

Ya Bamban Eh Basari, Main Kita Si Ipar Muda, SiLukah Pandai Menari’

 Berambit/Bahambit

 menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar  Lastik/Melastik

 Panah/Memanah

(2)

 Perubatan tradisional Bisaya

 Pakaian Tradisional Bisaya

 Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih sapit, dll.

TEMPOH memberi kata putus selepas adat merisik dibuat menjadi petunjuk sama ada pihak perempuan sudi atau tidak menerima lelaki sebagai menantu. Jika dalam masa tiga hari keputusan dapat dibuat, tandanya mereka bersetuju tetapi jika sudah memasuki tempoh seminggu maka boleh dianggap lelaki itu tidak bernasib baik.

Itulah antara kebiasaan yang diamalkan dalam adat perkahwinan masyarakat Bisaya sejak dulu namun sudah semakin kurang diamalkan kini. Adat itu biasanya dilakukan sebagai satu peringkat awal sebelum peminangan secara rasmi dibuat dan perbincangan selanjutnya mengenai jumlah berian (hantaran) diputuskan.

(3)

menyediakan paling kurang pun RM6,000 dan ada yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Ketua Kampung Suasa, Kida Assan, 62, berkata sama seperti Melayu, nilai hantaran perkahwinan ditentukan berdasarkan beberapa faktor. Yang paling utama ialah taraf pendidikan dan kerjaya perempuan itu. Jika tidak bekerja, nilai hantarannya adalah kira-kira RM6,000.

“Soal rupa tak penting sangat. Kedudukan keluarga dan tahap pendidikan lebih utama. Perjanjian ketika bertunang mengikut keadaan. Biasanya hubungan itu diikat setahun. Ada yang lebih lama dan ada yang cepat tapi kebanyakan setahun.

“Wang hantaran biasanya perlu diserahkan semuanya sebulan sebelum majlis perkahwinan. Ketika bertunang, cukup dengan menyarung cincin dan bertukar dulang hantaran,” katanya.

Dalam konteks pakaian untuk majlis perkahwinan juga menampakkan semakin kurang orang Bisaya memakai pakaian tradisi mereka meskipun masih ada butik perkahwinan menyewakan pakaian itu selain menghias pelamin dengan adat lama.

Adat perkahwinan juga sudah semakin berubah. Dulu ada adat paling utama selepas majlis perkahwinan iaitu pasangan pengantin perlu tinggal selama tiga hari di rumah keluarga pihak perempuan sebelum ke rumah keluarga lelaki untuk tinggal pula di situ selama seminggu dan kemudian berpatah balik ke rumah perempuan untuk tiga hari lagi.

(4)

dihias cantik. Jika sekali pandang, konsep perkahwinan dalam masyarakat ini agak ringkas dan tidak banyak berbeza dengan orang Melayu, mungkin kerana mereka juga beragama Islam.

Paling unik dalam adat perkahwinan mereka ialah penggunaan gulungan rokok daun yang perlu diselit di mulut pasangan pengantin sepanjang tempoh bersanding dan kini, masih ada yang mengamalkan adat itu tetapi menggunakan rokok tembaga yang berukir cantik.

Bisaya juga mengamalkan sistem yang melindungi sesuatu ikatan perkahwinan dengan meletakkan syarat sekiranya berlaku perceraian yang berpunca daripada pihak wanita maka wang hantaran perlu dipulangkan sebanyak dua kali ganda. Namun jika lelaki yang meminta perceraian, wang hantaran dianggap hangus. Kida berkata, perubahan dalam adat perkahwinan masyarakat Bisaya antara lain disebabkan berlaku perkahwinan campur dan perubahan zaman selain mengelakkan kos yang sangat tinggi jika kekal dengan cara lama.

“Adat lama memang tinggi belanjanya. Jika nak buat majlis dengan pakaian budaya Bisaya, kos sewanya mahal kerana banyak aksesori yang digunakan. Dulu, setiap kali kenduri kahwin, paling kurang pun tiga ekor kerbau ditumbangkan. Kerana itulah belanja dulu sebenarnya lebih tinggi.

(5)

patah balik ke rumah perempuan dan bersanding lagi,” katanya.

Langkah bendul atau kataliban (berkahwin dengan adik sedangkan kakaknya belum berkahwin) dalam masyarakat Bisaya adalah sesuatu yang dianggap serius kerana sehingga hari ini, sekiranya berlaku sebegitu, pihak lelaki perlu membayar denda seperti sepersalinan pakaian kepada kakak pengantin perempuan. Namun, kini nilai denda itu digantikan dengan duit di mana pengantin lelaki perlu membayar RM100 untuk seorang kakak.

Gotong-royong dilakukan sepenuhnya dalam perkahwinan Bisaya. Lebih unik, beberapa hari sebelum kenduri kahwin keluarga pihak lelaki perlu hadir di rumah bakal pengantin perempuan untuk membantu kerja persiapan. Sekiranya tidak hadir, denda akan dikenakan seperti tidak dibenarkan naik ke rumah ketika majlis perkahwinan.

Menambah keunikan majlis perkahwinan dalam adat Bisaya ialah tetamu tidak boleh makan selagi pengantin lelaki belum sampai. Majlis jamuan biasanya bermula selepas majlis persandingan dan dilakukan secara berhidang. Namun, tidak banyak lagi orang Bisaya mengamalkan budaya ini.

“Banyak sebenarnya perkara yang dianggap menyusahkan dalam adat perkahwinan sebelum ini. Bayangkan, selama tiga hari di rumah pengantin perempuan, semua ahli keluarga lelaki perlu tinggal di situ juga.

(6)

Kini, adat dan budaya dalam perkahwinan Bisaya sudah semakin terhakis. Namun dengan adanya seorang pengusaha butik di Beaufort yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Jamilah, masih ada beberapa perkahwinan yang cuba mengembalikan konsep perkahwinan asal masyarakat itu.

Jamilah masih menyimpan hampir semua koleksi wajib aksesori yang perlu dipakai oleh pasangan pengantin supaya kelihatan benar-benar mengikuti adat Bisaya selain menyediakan pelamin seumpama konsep lama.

Dalam konteks kebudayaan, Bisaya sebenarnya cukup kaya dengan nilai dan khazanah seni budaya. Mungkin kerana mereka bukan sekadar dikenali dengan kehebatan dalam bertempur tetapi terkenal dengan sifat ketimuran sejati. Ia jelas dilihat kerana hampir setiap lokasi kampung penduduk Bisaya di Beaufort, akan ada satu jenis kebudayaan yang dimainkan secara aktif sama ada oleh orang tua atau generasi muda dengan nafas dan irama baru.

Mereka ada banyak lagu rakyat yang masih dinyanyikan sebahagian orang Bisaya seperti ‘badaup’ yang dianggap paling popular menjadi irama dalam pesta menuai padi serta ketika mendodoi anak. Ia dinyanyikan wanita dan kini, masih ada kumpulan badaup bergerak aktif dalam masyarakat itu.

(7)

wanita. Di sini, kami dihiburkan irama bagandang baru yang menerima suntikan melodi lagu moden oleh kumpulan kanak-kanak.

Selain muzik, Bisaya terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisi. Ia biasanya aktif dihidupkan kembali setiap kali tiba musim hari keramaian seperti ketika menyambut Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun. Permainan seperti pulas jari (mitompulas), gusti kaki (mibinti) dan gusti tangan (miambit) menonjolkan imej kekuatan masyarakat itu sejak dulu.

Ramai wanita pandai hasil kraf tangan, kuat amal awet muda

SEIRING peredaran zaman, ketika ini amat sukar untuk menemui mereka yang masih mempunyai darah Bisaya tanpa campuran masyarakat lain dan kebanyakan mereka hanya ada di kawasan pedalaman, jauh dari Beaufort.

Kebanyakan orang Bisaya di sekitar Beaufort termasuk di Padas Damit dan Suasa mempunyai campuran darah dengan masyarakat lain sekali gus mengurangkan ciri-ciri asli yang ada pada wajah tulen orang Bisaya iaitu wajah seperti Cina sepenuhnya.

(8)

wajah mirip orang Cina dan dikatakan tidak ramai sepertinya masih ada di kampung itu.

Wanita Bisaya pula sangat aktif dalam aktiviti masyarakat termasuk menubuhkan pasukan kulintangan seperti yang ada di Suasa. Dikatakan, mereka juga aktif dalam membantu ekonomi rumah tangga dengan meringankan beban suami di kebun, malah ada yang masih sedia ke laut untuk menangkap ikan.

Cuma, mungkin kerana mereka (wanita) lebih gemar melakukan aktiviti di rumah atau bersama suami di kebun, agak sukar menemui wanita Bisaya berlegar di kampung. Boleh dikatakan sepanjang kami di Beaufort, jarang sekali kelibat mereka kelihatan, kecuali jika adapun sedang bekerja.

“Kami bukan pemalu, tetapi wanita Bisaya memang tidak merayau sembarangan. Kami buat kerja di rumah dan bantu suami di ladang. Tak ada pula larangan wanita Bisaya untuk keluar merayau di luar, tetapi memang kami jarang begitu.

“Ramai sebenarnya wanita Bisaya pandai menganyam hasil kraf tangan. Boleh dikatakan hampir semuanya pandai. Dalam kerja di laut pula, wanita Bisaya ini terkenal dengan kemahiran menjala, tetapi bukan semua tahu mengenai perkara ini,” kata seorang wanita Bisaya di Suasa, Siti Saadiah Matjiah, 42.

(9)

pemakaian wanita dulu turut tidak digemari gadis muda, termasuk pemakaian batik dan baju kurung Kedah.

“Berkemban? Semua wanita di Bisaya (warga tua) gemar dan tak kisah berkemban di rumah. Sama juga dengan orang Melayu, tapi saya tak suka, malah kebanyakan gadis seusia saya tak pandai pun berkemban. Rasa tak selesa. Pemakaian lilitan kain di kepala juga kami tak pandai,” kata seorang gadis Bisaya, Suriyati Syamsul, 22.

Memang tak dinafikan, sukar sebenarnya untuk membezakan orang Bisaya dengan Melayu jika dinilai dari segi cara pemakaian, raut wajah dan kebiasaan lain. Malah, ada juga ketikanya mereka tak ubah pula seperti Melayu Minang di Negeri Sembilan.

Bercakap mengenai ilmu kebatinan seperti diceritakan dalam sebelum ini, wanita Bisaya juga sebenarnya hebat dengan amalan ilmu dalaman termasuk mengamalkan petua awet muda yang berbentuk bacaan dan amalan.

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur penulis panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, yang telah melimpahkan rahmat, karunia dan hidayah-Nya, bahkan kebaikan-Nya yang telah memberikan kekuatan dan

Persetujuan dan pengesahan Laporan Tahunan Perseroan untuk tahun buku yang berakhir pada tanggal 31 Desember 2015, termasuk di dalamnya Laporan Kegiatan Perseroan, Laporan

Berdasarkan dari hasil segmentasi yang diperoleh, maka jumlah data citra sediaan apus darah yang digunakan untuk proses klasifikasi adalah 214 citra yang terdiri dari 123 citra

Saran yang dapat diberikan oleh peneliti adalah diharapkan pada penelitian selanjutnya dapat menghasilkan sebuah sediaan atau produk jadi dari dispersi

Penelitian ini meneyelidiki hubungan antara tingkat kecerdasan emosional dengan perilaku sosial santri di Pondok Pesantren Puteri Al Hikmah Tugurejo-Tugu Semarang. Penelitian ini

Merupakan alat yang dipasang pada bagian bawah dari pompa yang berfungsi untuk memisahkan gas dari minyak agar gas tersebut tidak ikut masuk ke dalam pompa bersamaan

Metode Bar Chart pada pendigraman LSM, menggunakan bagan balok dengan kemiringan garis pada arah horisontal sesuai besar volume pekerjaan dan produktivitas kerja dimana

Sementara itu, pola susunan balok-balok batu yang diterapkan pada masing-masing bangunan teras lebih beragam, selain ada yang disusun dengan pola membujur dan melintang, juga ada