• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar K

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar K"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Kepada Aktiviti Ekonomi

Tempatan

Mohamad Firdaus Maarof1 & Hamid Saad1;

1Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

firdaus57599@gmail.com, drhamidsaad@gmail.com

Abstrak

Pusat Perkhidmatan Luar Bandar memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk menjelaskan sejauh mana peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar terhadap penawaran aktiviti ekonomi tempatan, khususnya dalam sektor kedua dan ketiga dapat dicapai. Kajian melibatkan peniaga dan pengguna yang mewakili penduduk di Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak, Daerah Pontian, Johor. Dapatan kajian mendapati peranan pusat perkhidmatan tidak dapat dicapai dari segi pemasaran barangan output pertanian dan penawaran peluang pekerjaan. Bagi pemasaran output pertanian, peniaga tempatan lebih memilih untuk mendapatkan bekalan barangan di luar kawasan pusat perkhidmatan. Ini disebabkan oleh faktor kepelbagaian pilihan, kuantiti serta harga yang rendah. Selain itu, tingkat pendapatan yang tinggi dan kepelbagaian peluang pekerjaan di luar kawasan pusat perkhidmatan menjadi faktor utama peranan tersebut sukar untuk dicapai bagi peranannya menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk. Manakala, peranannya dalam penyediaan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan serta kehendak pengguna dalam mendapatkan barangan keperluan dapat dicapai di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa kekurangan dari segi penyediaan kemudahan perkhidmatan di Pusat Perkhidmatan Luar Bandar. Oleh itu, beberapa saranan telah dikemukakan bagi meningkatkan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar.

Kata Kunci: Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, aktiviti ekonomi tempatan, barangan output pertanian, dan penawaran peluang pekerjaan

Abstract

Rural Service Centres play a major role in the economic development of rural areas. Therefore, the purpose of this paper is to explain the extent to which the role of the Rural Service Centre in local economic activity supply can be achieved in terms of the secondary and tertiary sectors. The study involves dealers and users which represent residents in the Parit Betak Rural Service Centre, Pontian District, Johor. The findings reveal that the role of the service centre has not been achieved in terms of marketing of local agricultural produce and job opportunities supply. For the marketing of local agricultural produce, the dealers prefer to purchase the agricultural produce outside of Parit Betak due to variety of choices, quantity and low prices. Additionally, high salaries and diverse employment opportunities outside of Parit Betak are the main factors behind the rural service centre’s inability to fulfill its role in providing job opportunities for the rural people. Meanwhile, its roles in providing economic activities and services and fulfilling users’ needs in obtaining essential goods have been achieved. However, there are still some shortcomings in service provision in the Rural Service Centre. Hence, some recommendations have been proposed to enhance the role of the Rural Service Centre.

(2)

PENDAHULUAN

Asas kepada pembentukan petempatan adalah bermula dengan wujudnya sistem hierarki petempatan. Perbezaan fungsi serta ciri-ciri dalam petempatan menentukan struktur serta taraf sesuatu petempatan. Umumnya, idea mengenai konsep serta peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar yang meliputi bandar kecil dan pusat perkhidmatan desa khususnya di kawasan luar bandar telah mula diperkenalkan pada awal tahun 70-an. Terdapat beberapa peranan utama pusat perkhidmatan antaranya ialah memasarkan output pertanian, penawaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan peluang pekerjaan serta kawalan terhadap migrasi penduduk.

Secara dasarnya, Pusat Perkhidmatan Luar Bandar diperlukan bagi menyatupadukan kawasan luar bandar dengan ekonomi bandar yang lebih luas dalam konteks pembangunan wilayah. Kewujudan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar dalam sesuatu petempatan memberi kelebihan kepada kawasan tersebut untuk berkembang pesat seiring dengan pembangunan yang berjalan di kawasan bandar. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Peranan dalam suatu petempatan memberi kepentingan kepada kawasan tersebut sama ada berkembang dengan berlaku sesuatu peningkatan dari segi pembangunan ekonomi dan perkhidmatan. Sebaliknya, tiada berlakunya perubahan dalam petempatan bermakna peranan petempatan semakin merosot. Oleh itu, peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar perlu dinilai bagi mengetahui tahap pencapaian sesuatu kawasan dan seterusnya melakukan proses penambahbaikan dari masa ke semasa.

KONSEP PEMBENTUKAN PUSAT PERKHIDMATAN LUAR BANDAR

Pusat perkhidmatan luar bandar dirujuk sebagai suatu petempatan yang menyediakan fungsi dan perkhidmatan tertentu bagi memenuhi keperluan penduduk yang tinggal di kawasan sekelilingnya (Lal, 1989). Menurut Christaller, beliau menyatakan bahawa penempatan pusat, kutub pertumbuhan, pusat pertumbuhan yang termasuk pusat perkhidmatan hierarki rendah iaitu Pusat Perkhidmatan Luar Bandar adalah sebagai penempatan pusat (Rosmin Talib, 2012). Beliau turut menjelaskan bahawa pusat perkhidmatan beraneka skala ini boleh disusun secara menegak mengikut kepentingannya daripada yang terpenting di tahap paling teratas hinggalah kepada ke tahap yang paling bawah iaitu kurang penting.

Pada awalnya, idea mengenai Pusat Perkhidmatan Luar Bandar dan kepentingannya dalam pembangunan luar bandar telah mula diperkenalkan oleh Johnson (1970). Menurut beliau, penempatan pusat diperlukan untuk menghubungkan luar bandar dengan ekonomi bandar dalam konteks pembangunan wilayah. Sejak mula diperkenalkan konsep Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, ia telah diterapkan sebagai sebahagian daripada pendekatan dalam strategi pembangunan wilayah dan luar bandar. Rondinelli dan Runddle (1978), telah menerapkan konsep tersebut di dalam ‘Strategi Pembangunan Luar Bandar Bersepadu’. Melalui pendekatan yang dilakukan itu, konsep tersebut telah dapat menyokong paradigma umum teori pergantungan dan modenisasi khususnya di kawasan luar bandar.

(3)

sekitar menjadi penyokong kepada Pusat Perkhidmatan Luar Bandar tersebut untuk berkembang (Rajah 1.1).

Rajah 1.1 : Konsep pergerakan kawasan tadahan sekitar ke Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Sumber: Olahan Penulis, 2017.

Konsep petempatan mempunyai signifikan dengan taburan jumlah penduduk. Ia memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sesuatu kawasan di mana dengan kemampuan kawasan tersebut, ia memberi fungsi sebenar kepada petempatan. Menurut Rosmin Talib (2012), beliau telah membuat perbandingan melalui beberapa pendapat daripada pengkaji seperti Johson, 1970; Rodinelli dan Ruddle, 1978; Rao dll., 1976; Gaile, 1992; Qingkang dan Wenxuan, 1984; Nik Hashim, 1988; dalam mengemukakan konsep serta dasar Pusat Perkhidmatan Luar Bandar (Jadual 1.1).

Jadual 1.1 : Pendapat pengkaji mengenai saiz pusat perkhidmatan luar bandar di kawasan luar bandar di beberapa buah negara yang membangun.

(4)

5,000-Sumber: Olahan daripada Rosmin Talib, 2012.

PERANAN PUSAT PERKHIDMATAN LUAR BANDAR

Pembangunan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar adalah merupakan salah satu daripada strategi peringkat nasional dalam menggalakkan serta meningkatkan pembangunan khususnya di kawasan luar bandar. Pusat Perkhidmatan Luar Bandar memainkan peranan penting dalam memastikan peranannya sebagai pusat perkhidmatan dapat disampaikan kepada penduduk di sekitar kawasan tadahan. Beberapa pengkaji terdahulu telah mengetengahkan beberapa hal berkaitan dengan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar antaranya ialah:

i. Peranan Dalam Memasarkan Output Pertanian

Kepentingan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar sebagai pusat pemasaran dan pengkomersialan pertanian telah mula diketengahkan oleh Johson (1970). Keupayaan petempatan tersebut menjadi pusat pemasaran pertanian yang bergantung kepada beberapa faktor iaitu sistem penanaman, ketersampaian dan keupayaan infrastruktur jalan raya dan pengangkutan, kemudahan penyimpanan dan pemprosesan, kewujudan permintaan tempatan yang dipengaruhi oleh saiz penduduk dan tahap pendapatan, hubungan dengan jaringan pasaran yang lebih luas,serta pertalian antara pengeluar dan peniaga. Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar dalam pemasaran pertanian didapati adalah terhad di kawasan luar bandar yang sebahagian besar penduduknya menjalankan aktiviti pertanian secara pengkomersialan berskala besar atau yang berorintasikan eksport (Sattertwaith dan Tacoli, 2003). Peranan pemasaran yang dimainkan oleh petempatan pusat luar bandar dipengaruhi oleh ketersampaian penduduk kepada bandar kecil, bandar pertengahan dan bandar besar.

ii. Penawaran Barangan dan Perkhidmatan ke Kawasan Luar Bandar

(5)

iii. Penjanaan Pertumbuhan dan Pengukuhan Pekerjaan yang ditawarkan Selain Sektor Pertanian

Bagi kawasan luar bandar, aktiviti bukan pertanian menjadi sumber pendapatan yang penting kepada penduduk di mana aktiviti yang dijalankan tersebut adalah merupakan proses yang boleh mempelbagaikan kehidupan di kawasan luar bandar. Kemampuan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar dalam menjana peluang pekerjaan bukan pertanian adalah bergantung kepada keupayaan pusat tersebut dalam mewujudkan ekonomi skala dan pengelompokan. Keupayaan dalam mewujudkan pengelompokan firma dari segi ruang dan sektor akan mewujudkan lebih banyak pekerja mahir, meningkatkan ketersampaian kepada pengeluar yang lebih khusus dan memesatkan penitisan pengetahuan baru ke bawah untuk mengukuhkan firma tempatan serta menghubungkan firma tersebut dengan agensi dan pasaran di peringkat nasional dan global (Helmsing, 2010). Pertumbuhan pekerjaan bukan pertanian mampu menggalakkan pertumbuhan kedua-dua aktiviti pertanian dan bukan pertanian sebagaimana yang telah disarankan oleh model kitaran pembangunan desa-bandar (Evan, 1990). Model tersebut merumuskan tiga peringkat hubungan yang saling berkaitan iaitu :

a. Peningkatan pendapatan isi rumah di kawasan luar bandar diperolehi daripada eksport barangan pengguna,

b. Peningkatan permintaan barangan pengguna mendorong pewujudan pekerjaan bukan pertanian dan kepelbagaian pendapatan terutamanya di pusat perkhidmatan luar bandar yang terletak berhampiran kawasan pengeluaran pertanian,

c. Kewujudan pekerjaan bukan pertanian akan menyerap lebihan tenaga buruh dan akhirnya mendorong peningkatan produktiviti dan pendapatan penduduk luar bandar.

iv. Pengawalan Migrasi Keluar Penduduk ke Kawasan Lain

Menurut Haan (1999), dalam kalangan negara berpendapatan rendah dan sederhana, migrasi telah semakin diiktiraf sebagai komponen yang diperlukan dalam kehidupan penduduk. Menurut Rosmin Talib (2012), golongan migran bandar dari kawasan desa biasanya terdiri daripada golongan miskin yang memiliki tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah. Pusat Perkhidmatan Luar Bandar mampu berperanan untuk menarik migran sekiranya pusat tersebut berkeupayaan dalam menawarkan peluang pekerjaan. Aliran migran ke kawasan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar turut dipengaruhi oleh strategi makro negara dan corak pelaburan yang dibuat oleh kerajaan. Migrasi dalaman juga berlaku disebabkan oleh faktor penduduk dalam mendapatkan peluang pekerjaan, penawaran perkhidmatan dan aktiviti pembangunan ekonomi di sesuatu kawasan (Rajah 1.2).

Rajah 1.2 : Taburan peratus migran dalaman mengikut strata (arah aliran migrasi), Malaysia, 2009-2010 dan 2009-2010-2011

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011

(6)

pula cenderung bergerak ke peringkat tempatan dalam wilayah. Keupayaan sesuatu Pusat Perkhidmatan Luar Bandar untuk menarik migran daripada berpindah ke kawasan bandar besar adalah bergantung kepada sejauh mana pusat tersebut menyediakan peluang menjana pendapatan dan juga bergantung kepada tujuan migrasi.

METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN

Metodologi

Bagi mengkaji tahap peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, kajian lapangan telah dijalankan di Parit Betak, Pontian, Johor terhadap peniaga dan pengguna sebagai responden kajian bagi penulisan ini. Kawasan kajian meliputi sekitar Parit Betak yang melibatkan tiga buah kampung rangkaian. Bagi responden peniaga, teknik yang digunakan dalam pemilihan responden ialah ‘Convenient Sampling’ di mana keseluruhan premis perniagaan di dalam kawasan kajian di ambil sebagai responden kajian. Manakala bagi responden pengguna, ia mewakili penduduk sekitar Parit Betak iaitu melibatkan tiga buah kampung rangkaian utama iaitu Kampung Parit Betak, Kampung Parit Abas dan Kampung Permatang Duku di mana jumlah keseluruhan penduduk tersebut adalah sebanyak 2,439 orang. Formula ‘Worst Case Scenario’ (Kish,1995) digunakan bagi mendapatkan jumlah sampel responden pengguna di mana saiz sampel diperlukan bagi mencapai paras keyakinan iaitu sebanyak 90 peratus dan paras kejituan ‘e’ adalah 0.10 telah ditentukan dengan menggunakan rumus:

N

1+N (e)2 n = Saiz sampel

N = Jumlah keseluruhan penduduk di kawasan kajian e = Ralat persampelan

*Berdasarkan kiraan responden, jumlah responden bagi pengguna adalah 96 responden.

Borang kaji selidik dibentuk dengan memberi penekanan kepada beberapa aspek utama berkaitan dengan penilaian terhadap peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar yang melibatkan responden peniaga dan pengguna. Kaedah temu bual juga turut dijalankan bagi mendapatkan beberapa pemahaman serta maklumat tambahan ke dalam kajian lapangan yang dijalankan.

Kawasan Kajian

Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak terletak di dalam daerah Pontian, Johor di mana ianya bersempadanan dengan daerah Batu Pahat. Kedudukan pusat perkhidmatan yang terletak di laluan alternatif menghubungkan daerah Batu Pahat ke Pekan Benut dan pekan-pekan lain menjadikan kawasan tersebut berkembang dan membangun dari segi aktiviti perniagaan yang kini berkembang ke arah barat daya kawasan kajian (Rajah 1.3). Secara umumnya, aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian adalah merupakan tumpuan utama, iaitu melibatkan 58.82 peratus daripada gunatanah di Parit Betak (Jadual 1.2 ).

Jadual 1.2: Kegunaan Tanah di Parit Betak.

Kegunaan Tanah Keluasan (Hektar) Peratus (%)

Perumahan 70 20.59

Premis awam 3 0.88

Tapak iks/ perniagaan 3 0.88

Pertanian 200 58.82

Penternakan 5 1.47

Lain-lain kegunaan 59 17.35

(7)

Sumber : JKKK Kampung Parit Betak, 2011

Rajah 1.3 : Pelan Kawasan Kajian Parit Betak, Pontian, Johor. Sumber: Olahan Penulis, 2017

Aktiviti perniagaan dan kemudahan perkhidmatan yang sedia ada di kawasan Parit Betak didapati mencukupi dari segi keperluan kepada penduduk (Jadual 1.3). Walau bagaimanapun, jumlah penawaran dalam ekonomi dan perkhidmatan yang disediakan adalah terhad bagi menampung sebilangan besar penduduk yang tinggal berhampiran dengan Parit Betak seperti Kampung Permatang Duku, Kampung Parit Betak dan kampung rangkaiannya iaitu Kampung Parit Abas. Aktiviti perniagaan yang dijalankan di Parit Betak menjadi faktor kepada perkembangan kawasan tersebut dan seterusnya memberi kemudahan kepada penduduk dalam mendapatkan barangan keperluan harian dan kemudahan perkhidmatan.

Jadual 1.3 : Aktiviti perniagaan dan kemudahan perkhidmatan di kawasan kajian

Kemudahan Jenis Bilangan/ Unit

Perniagaan

Bengkel 5 buah

Kedai 24 buah

Gerai 30 buah

Kemudahan Pendidikan

Tadika 1 buah

Sekolah Menengah 1 buah

Pusat komputer 2 buah

Pusat Tuisyen 1 buah

Kemudahan Asas

Masjid 1 buah

Surau 4 buah

Bangunan Kerajaan 1 buah

(8)

Telefon Awam 7 buah

Hentian Bas 3 buah

Wakil Pos 1 buah

Pondok Polis 1 buah

Padang Permainan Kanak-kanak 1 buah

Padang Bola Sepak 1 buah

Gelanggang Permainan 2 buah

Tanah Perkuburan 2 buah

Sumber : JKKK Kampung Parit Betak, 2011, dan Kajian Lapangan, 2017

PENILAIAN PERANAN PUSAT PERKHIDMATAN LUAR BANDAR PARIT BETAK

Kajian lapangan yang dijalankan terhadap responden peniaga dan pengguna dijadikan sebagai pengukur dalam menilai sejauh mana peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak terhadap aktiviti ekonomi tempatan ini dapat dicapai. Berikut adalah merupakan beberapa aspek penilaian hasil daripada dapatan dalam kajian lapangan yang dijalankan di Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak:

i. Pemasaran barangan output pertanian penduduk oleh peniaga

Setelah dikaji dan diteliti berdasarkan analisis yang telah dilakukan, pemasaran output pertanian penduduk oleh peniaga tidak dapat dicapai sepenuhnya. Ini kerana hanya sebahagian kecil sahaja iaitu sebanyak 18 peratus daripada keseluruhan aktiviti perniagaan yang dijalankan mengambil barangan output pertanian penduduk untuk dipasarkan dan selebih dari aktiviti perniagaan tersebut tidak menerima barangan output pertanian untuk dipasarkan. Ini kerana kebanyakan aktiviti perniagaan di dalam Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak mendapatkan bekalan barangan output pertanian daripada kawasan lain seperti Bandar Batu Pahat dan Pekan Parit Raja. Antara faktor peniaga mendapatkan output pertanian daripada kawasan luar Parit Betak adalah disebabkan oleh kepelbagaian pilihan output pertanian, kuantiti output pertanian yang banyak serta harga barangan output pertanian yang ditawarkan oleh petani adalah jauh lebih rendah berbanding dengan Parit Betak. Selain itu, faktor yang mempengaruhi penolakan pemasaran output pertanian adalah disebabkan oleh jenis aktiviti perniagaan di Parit Betak yang lebih menumpukan kepada perniagaan kedai makan (Rajah 1.4).

0 5 10 15 20 25

7

2 2

21

12

Jenis Perniagaan

Ju

m

la

h

K

ed

ai

(9)

ii. Penawaran peluang pekerjaan kepada penduduk

Kebanyakan aktiviti perniagaan yang beroperasi di dalam Parit Betak menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar, didapati hanya 8 unit perniagaan daripada 44 unit perniagaan sahaja yang tidak menawarkan pekerjaan kepada penduduk (Rajah 1.5). Walau bagaimanapun, peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh peniaga didominasi oleh penduduk di sekitar kawasan Parit Betak (Rajah 1.6). Kebanyakan penduduk di Parit Betak bekerja di luar kawasan Parit Betak disebabkan oleh tingkat pendapatan yang diperolehi serta jenis pekerjaan yang ditawarkan lebih baik. Dapatan menunjukkan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak dalam penawaran peluang pekerjaan tidak dapat dicapai disebabkan oleh penawaran pekerjaan yang ditawarkan didominasi oleh penduduk sekitar Parit Betak dan bukan didominasi penduduk Parit Betak itu sendiri.

Tiada 1 orang 2 orang 3 orang 4 orang dan lebih

0 5 10 15 20 25

8

13

21

2

4 orang dan lebih; 0

Jumlah Pekerja

Ju

m

la

h

K

ed

ai

Rajah 1.5 : Jumlah pekerja yang diambil oleh peniaga dalam membantu pengoperasian perniagaan Sumber: Kaji Selidik, 2017

58% 36%

6%

Lain-lain Parit Betak Pekan Benut

Rajah 1.6 : Lokasi kediaman pekerja Sumber : Kaji Selidik, 2017

(10)

Berdasarkan peratusan daripada dapatan kajian, majoriti pengguna dan penduduk (64 peratus) kerap membuat belian barangan di Parit Betak, di mana ianya dipengaruhi oleh lokasi perniagaan yang berhampiran dengan kediaman. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dari segi kepelbagaian produk serta pilihan barangan mengikut cita rasa pengguna berikutan oleh kekurangan barangan pilihan di dalam Parit Betak. Manakala dari segi penawaran barangan dan perkhidmatan, majoriti pengguna (65 peratus) berpuas hati dan mereka beranggapan bahawa keperluan asas yang sedia ada sudah mencukupi dan dapat dipenuhi sebagai sebuah pekan kecil. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dari segi penyediaan perkhidmatan seperti kemudahan klinik kesihatan, kemudahan perkhidmatan pos dan perkhidmatan bas awam.

iv. Penyediaan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan

Dari segi penyediaan aktivitiekonomi dan perkhidmatan di dalam Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak ianya dapat dicapai. Kampung sekitar serta kawasan tadahan bagi Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak mendapatkan penawaran aktiviti ekonomi dan kemudahan di dalam kawasan tersebut. Dengan sokongan kawasan tadahan dan kawasan sekitar, Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak menjadi peranan utama dalam menawarkan aktiviti ekonomi serta perkhidmatan kepada penduduk sekitar (Rajah 1.7). Bagi kegiatan aktiviti ekonomi, penawaran yang disediakan adalah perniagaan runcit, kedai makan, kedai telekomunikasi, kedai kesihatan, butik pakaian,kedai perkakasan dan elektronik, kedai perabot serta bengkel. Manakala, penyediaan kemudahan yang ditawarkan ialah pendidikan, keagamaan dan keselamatan. Dengan adanya penawaran aktiviti ekonomi dan perkhidmatan, maka wujud aktiviti kuasa beli serta akses antara pengguna dalam mendapatkan keperluan barangan dan perkhidmatan tersebut.

(11)

RUMUSAN PENILAIAN

Berdasarkan daripada penilaian dalam kajian lapangan yang telah dijalankan, secara rumusnya dapat disimpulkan bahawa peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar khususnya di Parit Betak, Pontian tidak dapat dicapai sepenuhnya (Jadual 1.4). Melalui penilaian yang telah dijalankan, beberapa kelemahan telah dikenal pasti di dalam Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak. Keadaan perlu dipertingkatkan lagi dari segi peranan serta fungsi dalam menawarkan barangan dan perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Jadual 1.4: Rumusan penilaian terhadap peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak

Penilaian Mencapa diambil di luar daripada kawasan Parit Betak disebabkan oleh faktor-faktor pilihan, kuantiti, kualiti dan harga. iv. Jenis aktiviti perniagaan yang

memfokuskan kepada perniagaan

kedai makan mempengaruhi

i. Majoriti perniagaan di dalam kawasan kajian ada menawarkan peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun, pekerjaan yang ditawarkan oleh peniaga bukan didominasi oleh penduduk Parit Betak.

ii. Penduduk Parit Betak kebanyakannya bekerja di luar kawasan Parit Betak. Ini dipengaruhi oleh tingkat pendapatan yang diperolehi serta pengaruh pengguna dalam mendapatkan keperluan barangan asas.

(12)

disebabkan oleh lokasi perniagaan

i. Menyediakan kemudahan kepada penduduk dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan harian. pengguna dalam mendapatkan keperluan barangan.

Sumber: Kaji Selidik , 2017

CADANGAN KE ARAH MENINGKATKAN PERANAN PUSAT PERKHIDMATAN LUAR BANDAR PARIT BETAK

Hasil daripada penilaian peranan tersebut, beberapa cadangan dan strategi telah dirangka bagi meningkatkan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak. Antara cadangan yang dikenal pasti adalah:

i. Meningkatkan serta Mempelbagaikan Jenis Aktiviti Perniagaan

Para peniaga memainkan peranan utama dalam meningkatkan tahap fungsi aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di kawasan kajian. Oleh itu, peniaga berperanan dalam menyediakan keperluan dan kehendak pengguna di mana dengan mempelbagaikan jenis barangan dan perkhidmatan yang sedia ada pada masa kini bagi mengatasi masalah persaingan antara kawasan luar bandar dan bandar. Peniaga juga perlu bijak dalam merancang perniagaan dengan meningkatkan pilihan barangan mengikut cita rasa pengguna bagi menarik dan meningkatkan kuasa beli pengguna. Selain itu, peniaga juga perlu bertindak dalam memasarkan barangan output pertanian penduduk bagi meningkatkan kepelbagaian jenis barangan di dalam perniagaan mereka.

(13)

sederhana di dalam Parit Betak. Ini sekaligus dapat membuka peluang-peluang pekerjaan baru serta meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

iii. Penambahbaikan Kemudahan Asas dan Kemudahan Infrastruktur

Kemudahan asas dan infrastruktur perlu ditambah baik bagi meningkatkan taraf kualiti hidup penduduk tempatan. Kemudahan seperti perkhidmatan bank, klinik kesihatan perlu disediakan di dalam Parit Betak. Dengan adanya kemudahan perkhidmatan seperti ini, ia secara tidak langsung dapat memudahkan penduduk untuk mengakses kemudahan perkhidmatan tersebut. Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya juga perlu ditambahbaik bagi menampung jumlah kepenggunaan yang semakin meningkat pada masa akan datang.

iv. Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)

Dengan jumlah tadahan penduduk yang tinggi di kawasan sekitar Parit Betak, RTC dicadang untuk ditubuhkan di Parit Betak di mana ia dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. RTC bertindak dalam penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap kepada penduduk tempatan. Justeru, fungsi utama RTC ini adalah sebagai pusat pembekalan agro-makanan dan agri-bisnes pemasaran produk luar bandar yang menghubungkan pengeluar dengan pengguna dan untuk meningkatkan rangkaian pemasaran produk barangan output pertanian penduduk. RTC juga akan menempatkan agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan dan hal berkaitan dengan aktiviti pertanian. Dengan medium seperti ini, penduduk Parit Betak dan kawasan sekitar yang mempunyai barangan output pertanian dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan melalui RTC dan ia secara tidak langsung dapat memudahkan mereka untuk memasarkan hasil produk mereka dalam pasaran tempatan (Rajah 1.8).

Rajah 1.8 : Aktiviti ekonomi (pertanian, penternakan dan IKS) yang dijalankan di sekitar kawasan Parit Betak

(14)

Selain itu, RTC berfungsi sebagai pusat integrasi perkhidmatan yang mana ia menawarkan kios-kios perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menyalurkan perkhidmatannya kepada penduduk. Sebagai contoh, kios perkhidmatan untuk urusan pembayaran bil-bil elektrik dan air, cukai jalan, perkhidmatan pos dan sebagainya. Secara tidak langsung juga memudahkan penduduk bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut tanpa perlu ke bandar untuk mendapatkannya. Selain itu, RTC juga berfungsi sebagai pusat hentian perkhidmatan bas awam bagi memudahkan penduduk untuk mengakses perkhidmatan tersebut.

v. Model Perancangan Dalam Meningkatkan Peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak

Dalam konteks pembangunan ekonomi tempatan, beberapa aspek telah dikaji dan dinilai terhadap potensi Parit Betak untuk membangun sebagai sebuah Pusat Perkhidmatan Luar Bandar yang berdaya maju. Oleh itu, satu model perancangan telah dirangka oleh penulis dalam meningkatkan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak seperti di Jadual 1.5.

Jadual 1.5: Modul perancangan dalam meningkatkan peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar Parit Betak.

Aspek Kategori Peranan

1. Perniagaan Runcit  Menyediakan barangan dan perkhidmatan asas dalam peringkat rendah dan sederhana.

 Menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor ketiga.  Berperanan dalam menerima dan memasarkan barangan

output pertanian/produk penduduk.

2. Pusat Pengumpulan  Bertindak dalam mengumpul barangan output pertanian penduduk sekitar.

 Memasarkan hasil-hasil pertanian/produk penduduk.

 Bertindak sebagai interaksi pemasaran dalam pasaran tempatan antara peniaga, pengusaha dan pengumpul.  Bertindak sebagai medium kepada agihan barangan/produk

penduduk di peringkat tempatan.

3. Pasar Tani/Pasar  Bertindak sebagai medium dalam memasarkan barangan output pertanian penduduk.

 Contoh barangan yang boleh dipasarkan seperti nenas, ubi, cendawan, pisang, lada dan sebagainya.

4. Industri kampung/IKS  Menghasilkan produk/barangan yang dihasilkan ke dalam pasaran tempatan.

 Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya kepada penduduk Parit Betak.

5. Koperasi  Bertindak dalam mengumpul pengusaha-pengusaha tempatan

 Membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan barangan/produk yang telah dihasilkan.

6. Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)

 Bertindak sebagai pusat pengumpul dan pemasaran barangan output pertanian/produk penduduk tempatan.  Menyediakan platform kepada pengusaha tempatan untuk

memasarkan barangan/produk yang dihasilkan.

(15)

 Menyediakan keperluan barangan dan perkhidmatan asas kepada penduduk setempat.

 Menempatkan agensi pembangunan pertanian/IKS. Sumber: Olahan Penulis, 2017

KESIMPULAN

Pusat Perkhidmatan Luar Bandar memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi di sesuatu petempatan. Beberapa peranan perlu dicapai dan diberi tumpuan oleh Pusat Perkhidmatan Luar Bandar antaranya ialah dalam pemasaran barangan output pertanian penduduk oleh peniaga, menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk, penyediaan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan serta memenuhi kehendak pengguna dalam mendapatkan keperluan barangan dan perkhidmatan. Peranan tersebut adalah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut berkembang dengan baik dan seimbang. Bagi kajian lapangan yang telah dijalankan, beberapa peranan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar dikenal pasti tidak dapat dicapai dari segi pemasaran barangan output pertanian penduduk dan penawaran peluang pekerjaan. Kelemahan tersebut perlu diperbaiki bagi mengawal pergerakan migrasi keluar penduduk disebabkan oleh kepelbagaian peluang seperti peluang pasaran, pekerjaan serta kemudahan/perkhidmatan. Manakala, peranan dalam penyediaan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan serta kehendak penduduk dalam mendapatkan keperluan barangan dan perkhidmatan dapat dicapai. Walau bagaimanapun, ia perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi memastikan segala keperluan yang diperlukan oleh penduduk mencukupi.

Hasil daripada penilaian yang dilakukan, strategi-strategi baru telah dirangka di mana ianya dijangka dapat membantu dalam meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut dan seterusnya dapat meningkatkan taraf peranan petempatan sebagai Pusat Perkhidmatan Luar Bandar. Strategi yang dirangka tersebut diharapkan dapat membantu perancangan pembangunan dan dipraktikkan ke Pusat Perkhidmatan Luar Bandar yang lain bagi membentuk kejayaan kepada pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Selain itu, pihak-pihak yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) juga perlu turut memberi sepenuh perhatian kepada pembangunan bagi mewujudkan peluang aktiviti ekonomi baru khususnya di kawasan luar bandar. Dengan tercapainya peranan petempatan sebagai Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, secara tidak langsung dapat membantu pembangunan daerah-daerah di wilayah luar bandar. Selain itu, kemajuan yang dibawa juga dapat membantu pencapaian beberapa matlamat Program Tranformasi Luar Bandar, di antaranya termasuklah menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta mengalakkan generasi muda kembali berkhidmat di kawasan luar bandar.

RUJUKAN

Botka, D. (1986). New Towns as a Tool for Regional Restructuring. Ekistics 53: 311-313

Christaller, W. (1966). Central Places in Southern Germany. London: Prentice-Hall.

Evans, H.E. (1990). Rural–Urban Linkages and Structural Transformation. Report INU 71. Infrastructure and Urban Development Department, Washington DC: The World Bank.

(16)

Helmsing, A.H.J. (2010). Partnerships Meso-institutions and Learning: New Local and Regional Economic Development Initiative in Latin America. The Hague, Netherlands: Institute of Social Studies.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2011). Ringkasan Penemuan: Penyiasatan Migrasi 2011.

JKKK Kampung Parit Betak, Pontian (2011). Kertas Kerja Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC).

Johnson, E.A.J (1970). The organization of Space in Developing Countries. Massachuset: Harvard University Press.

Kish, L.(1995), Survey sampling, John Wiley & Sons.

Lal, N. (1989). Rural Settlements Planning and Development. Allahabad: Chugh Publications.

Rondinelli, D.A & Ruddle, K. (1978). Urbanization and Rural Development: A Spatial Policy for Equitable Growth. London: Praeger Publishers.

Rosmin Talib (2012). Peranan Pusat Perkhidmatan Hierarki Rendah dalam Pembangunan Luar Bandar. Dlm.Hazlina Hamdan & Syed Mohd Hassan Syed Subli (pnyt.). Perancangan dan Pembangunan Bandar, hlm. 165-198. Shah Alam: Penerbit UiTM.

Referensi

Dokumen terkait

Budući da je isparivač referentnog postrojenja relativno velik, a relativna zaliha radnog medija u odnosu na volumen isparivača i cijelog sustava nije prevelika, u ovom se

Dari hasil perhitungan diatas khususnya dilihat pada tingkat derajat kejenuhan (DS) dan panjang antrian (QL) pada simpang Jalan AH. Sudirman – Jalan Ade Irma

Menurut mereka yang mengalaminya, Roh Kudus diyakini hadir karena tanda-tanda seperti perasaan sukacita yang luar biasa serasa ingin tersenyum selebar mungkin, hati yang

Mengadakan tanya jawab langsung dengan seorang pakar penyakit mata, sehingga pada penelitian ini data yang didapat lebih akurat yang tidak terpaku pada

Remiantis šiuo įstatymu, saugomos teritorijos yra steigia- mos, siekiant apsaugoti gamtinio ir kultūrinio paveldo teritorinius kompleksus ir objektus, kraštovaizdį ir

Berdasarkan hasil penelitian dapat diketahui bahwa terjadi penurunan kadar formalin pada masing-masing konsentrasi larutan temu kunci ( Boesenbergia rotunda ) yang diberikan

Selanjutnya dapat dilihat pengaruh bahan organik terhadap komposisi kuarsa dengan uji regresi lemah, namun jika dibandingkan dengan mika dan serasah jenis kuarsa

Pada prinsipnya yang dimaksud dengan refleksi adalah upaya evaluasi yang dilakukan oleh peneliti atau kolaborator atau oleh partisipan yang terkait dengan suatu PTK