• Tidak ada hasil yang ditemukan

Zakat dan sedekah kepada bukan Islam Keh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Zakat dan sedekah kepada bukan Islam Keh"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Zakat dan sedekah kepada bukan Islam: Keharusan interaksi menurut Islam.

Abdul Hakim Bin Baharudin @ Ismail1

Nik Mohd Nabil Bin Ibrahim @ Nik Hanafi2

Abstrak

Zakat dan sedekah merupakan satu bentuk perkongsian harta yang dianjurkan dalam Islam. Kedua-duanya adalah ibadah maaliyyah iaitu mengeluarkan sebahagian harta kepada pihak tertentu dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Namun begitu, ia selalunya dikhususkan kepada individu atau institusi Islam sahaja tanpa dilihat kepada keharusan memberikannya kepada golongan bukan Islam. Justeru itu, penulisan ini mengenengahkan keharusan interaksi dengan bukan Islam terutamanya dalam soal pemberian zakat dan sedekah berpandukan kepada dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pandangan para ulamak. Melalui hujahan dan penilaian yang dikemukakan, silap faham masyarakat terhadap isu ini dapat diperjelaskan.

Kata kunci: Zakat, sedekah, bukan Islam, interaksi

1. Pendahuluan

Zakat dan sedekah merupakan amalan ibadah maaliyyah yang banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mengurangkan jurang sosioekonomi sesama mereka. Sikap memberikan bantuan dan berkongsi rezeki yang dilimpahkan oleh Allah S.W.T juga mengukuhkan jalinan persaudaraan sesama Islam selain daripada ganjaran yang besar disediakan oleh Allah S.W.T. Lantaran kelebihan dan manfaat tersebut, umat Islam kebiasaannya tidak keberatan untuk mengagihkan sebahagian harta kepada sesama mereka di atas nama zakat dan sedekah. Manakala bantuan kewangan kepada bukan Islam pula jarang dilihat sebagai satu tuntutan menurut Islam, bahkan ia hanya disandarkan pada rasa belas ihsan dan kemanusian.

Hakikatnya, Islam tidak pernah mengabaikan keperluan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sekalipun mereka dikalangan orang bukan Islam. Al-Quran dan hadis menjadi bukti bahawa mendekati bukan Islam dengan menginfaqkan sebahagian harta adalah satu tuntutan di dalam Islam. Ia tidak hanya menjadi medium seruan manusia kepada agama Allah, bahkan juga dijanjikan ganjaran yang baik sebagaimana zakat dan sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang beriman.

Justeru itu, beberapa perkara utama yang berkaitan dengan tajuk yang dikemukakan akan dibincangkan di sini, iaitu berkenaan asas interaksi dengan bukan Islam dan agihan zakat serta sedekah kepada mereka. Perbincangan yang bakal dikemukakan juga hanya mencari asas keharusan dalam pemberian zakat dan sedekah kepada bukan Islam dan bukannya menonjolkan keutamaan agihan kepada mereka berbanding orang-orang Islam.

(2)

3. Asas interaksi dengan bukan Islam

Islam mengiktiraf naluri semulajadi manusia yang dilengkapi dengan perasaan ingin bermasyarakat dan berhubung antara mereka. Perkembangan tamadun manusia telah menyaksikan keperluan interaksi antara manusia yang membolehkan mereka saling bantu membantu dan saling melengkapi keperluan antara satu sama lain. Biarpun berbeza pegangan dan agama, Islam tidak menghalang interaksi tersebut untuk terus belaku, bahkan banyak ruang- ruang interaksi yang dianjurkan dalam Islam antaranya ialah :

• Saling mengenali antara manusia.

Allah S.W.T telah mencipta manusia dari bangsa, kaum, warna kulit dan bahasa yang berbeza. Perbezaan ini perlu dimanfaatkan oleh manusia untuk saling mengenali antara mereka.

Firman Allah Taala dalam Surah Al- Hujurat, ayat 13 :

ﱠنِإ اﻮُﻓَرﺎَﻌَـﺘِﻟ َﻞِﺋﺎَﺒَـﻗَو ﺎًﺑﻮُﻌُﺷ ْﻢُﻛﺎَﻨْﻠَﻌَﺟَو ﻰَﺜْـﻧُأَو ٍﺮَﻛَذ ْﻦِﻣ ْﻢُﻛﺎَﻨْﻘَﻠَﺧ ﺎﱠﻧِإ ُسﺎﱠﻨﻟا ﺎَﻬﱡـﻳَأ ﺎَﻳ

ْﻨِﻋ ْﻢُﻜَﻣَﺮْﻛَأ

ْﻢُﻛﺎَﻘْـﺗَأ ِﱠﻟا َ

ٌﲑِﺒَﺧ ٌﻢﻴِﻠَﻋ َﱠﻟا ﱠنِإ

۝

Maksudnya :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

• Perbincangan agama

Seruan ini dinyatakan oleh Allah S.W.T melalui surah Ali Imran: 64.

ْﺸُﻧ َﻻَو َﱠﻟا ﱠﻻِإ َ ُﺒْﻌَـﻧ ﱠﻻَأ ْﻢُﻜَﻨْـﻴَـﺑَو ﺎَﻨَـﻨْـﻴَـﺑ ٍ اَﻮَﻮ ٍ َﺔِﻠَﻛ َ ِإ اْﻮَﻟﺎَﻌَـﺗ ِ ﺎَﺘِﻜْﻟا َﻞْﻞَأ ﺎَﻳ ْﻞُﻗ

َكِﺮ

َﺬِﺨﱠﺘَـﻳ َﻻَو ﺎًﺌْﻴَﺷ ِﻪِﺑ

َنﻮُﺔِﻠْﺴُﻣ ﺎﱠﻧَﺄِﺑ اوُ َﻬْﺷا اﻮُﻟﻮُﻘَـﻓ اْﻮﱠﻟَﻮَـﺗ ْنِﺈَﻓ ِﱠﻟا ِنوُو ْﻦِﻣ ﺎًﺑﺎَﺑْرَأ ﺎًﺎْﻌَـﺑ ﺎَﻨُﺎْﻌَـﺑ

۝

Maksudnya :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

(3)

Dalil yang selalu dijadikan panduan dalam keharusan bermuamalah dengan orang bukan Islam ialah Rasulullah S.A.W pernah menggadaikan baju besi baginda S.A.W kepada orang yahudi untuk mendapatkan makanan. Sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Aisyah R.A :

ﻦﻣ ﺎﻣﺎﻌﻃ ىﱰﺷا ﻢﻠﻮو ﻪﻴﻠﻋ ﷲ ﻰﻠﺻ ﱮﻨﻟا نأ

ﺎﻋرو ﻪﻨﻞرو ، ﻞﺟأ إ ىوﻮﻬﻳ

ﻳ ﺣ ﻦﻣ

Maksudnya :

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah membeli makanan daripada seorang yahudi secara hutang dan menjadikan pakaian perangnya sebagai cagaran.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

• Memelihara hubungan kekeluargaan

3. Zakat dan agihannya

3.1 Definisi

Menurut Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, zakat pada bahasa adalah subur, keuntungan dan bertambah. Manakala di dalam Al-Mu’jam Al-Wasit ia bermaksud berkat, subur, suci dan baik. Pada istilah pula ulamak Hanafiyyah mentakrifkannya kepada memilikkan satu bahagian harta tertentu daripada harta tertentu kepada individu tertentu sebagaimana ditentukan syara’ kerana Allah Taala.

Pengertian zakat dalam mazhab Maliki adalah mengeluarkan satu juzu’ tertentu daripada harta yang cukup kadar bagi gologngan yang berhak sekiranya sempurna milikan dan tempoh setahun kecuali bagi harta galian dan tanaman (Wahbah Az-Zuhaily, 2008). Ulamak Syafieyyah pula memilih pengertian zakat sebagai nama bagi mengambil sesuatu yang tertentu daripada harta tertentu, dengan sifat tertentu dan untuk golongan tertentu (Muhammad Az-Zuhaily, 2007) .

Berdasarkan beberapa takrif di atas, boleh disimpulkan bahawa zakat terdiri daripada tiga elemen; pertama, ia adalah sebahagian harta yang diambil daripada harta tertentu. Kedua, harta yang diambil perlu memenuhi syarat tertentu dan ketiga ia perlu diberikan kepada golongan tertentu yang berhak.

3.2 Agihan Zakat

Surah At- Taubah ayat 60 menjadi asas yang penting dalam menentukan golongan yang berhak memperolehi agihan zakat. Terdapat lapan golongan asnaf yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T sebagai penerima zakat iaitu, orang fakir, miskin, amil, muallaf, hamba yang ingin memerdekakan diri, orang berhutang, golongan yang berada di jalan Allah dan orang yang bermusafir yang terputus bekalan. Lapan golongan ini boleh diklasifikasikan kepada tiga kelompok besar menurut Mujaini (2011) :

1. Agihan mengikut keperluan yang melibatkan orang fakir, miskin, hamba, penghutang dan orang yang bermusafir.

(4)

3. Agihan berdasarkan kepada insentif dan motivasi kepada pengurus zakat iaitu amil.

Larangan umum pemberian zakat kepada bukan Islam (Dalil dan pandangan ulamak)

3.3 Asnaf Muallafah Qulubihim (Pandangan Ulamak)

Salah satu daripada 8 golongan yang disebutkan dalam ayat 60 surah At- Taubah ialah “

ﻔﻟﺆﳌا

ﻢﺑﻮﻠﻗ

” yang bermaksud orang yang dilembutkan hatinya. Al- Qaradhawi (1983) telah

mencadang beberapa keadaan dan golongan yang boleh diberikan zakat dengan tujuan melembutkan hati mereka sama ada untuk memeluk agama Islam, kekal bersama dengan Islam dan pemerintahnya atau menghalang kejahatan mereka. Kategori tersebut ialah :

1. Individu yang diharapkan pengikut dan keluarganya untuk memeluk Islam.

2. Golongan yang ditakuti kejahatannya dan berikan zakat supaya tidak melakukan kejahatannya ke atas umat Islam.

3. Golongan yang baru masuk Islam dan diberikan zakat supaya ia kekal dalam Islam. 4. Ketua- ketua kaum yang mempunyai teman- teman dari kalangan bukan Islam.

Maka diberikan zakat supaya teman- teman mereka tertarik kepada Islam.

5. Pemimpin Islam yang dihormati oleh kaum mereka tetapi mempunyai iman yang

lemah. Mereka mengharapkan bantuan kewangan supaya dikuatkan iman dan

kekal dalam Islam.

6. Orang Islam yang berada berhampiran sempadan negara musuh. Zakat diberikan

kepada mereka supaya mereka mempertahankan perbatasan jika diserang oleh

musuh.

7. Orang Islam yang diharapkan bantuan mereka supaya mengutip zakat daripada

golongan yang ingkar menunaikan zakat melainkan dengan cara kekerasan. Maka

zakat diberikan kepada mereka supaya terus dapat membantu pemerintah.

Tidak ada dalil secara langsung yang menunjukkan bahawa golongan-golongan tersebut telah mendapat bahagian zakat muallafah qulubihim di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Biarpun Al-Qaradhawi telah mendatangkan beberapa contoh yang dilakukan oleh baginda S.A.W tetapi ia tidak dapat dipastikan harta yang diagihkan itu adalah daripada sumber zakat. Walaubagaimanapun, keadaan dan golongan yang digariskan di atas adalah diambil daripada maksud umum ‘muallafah qulubihim’ dan perbuatan memberikan bantuan kewangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjinakkan hati manusia pada situasi- situasi tertentu.

Agihan Zakat Kepada Asnaf Ini

Secara ringkasnya asnaf muallafah qulubihim ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Islam dan kafir. Kategori yang pertama merujuk kepada orang yang baru masuk Islam dan keyakinannya masih lemah. Zakat diberikan kepada mereka sebagai satu galakan beramal dan menguatkan pegangan mereka.

Manakala pemberian zakat terhadap mereka yang belum memeluk agama Islam, ulamak telah terbahagi kepada dua pandangan, iaitu :-

Pendapat pertama :

(5)

Al-Qardhawi (1973) melihat lafaz “muallafah qulubihim” pada ayat 60 surah At-Taubah tidak dikhususkan kepada orang Islam sahaja, bahkan termasuk dikalangan musyrikin dan kafir. Pandangan beliau dikuatkan dengan kata- kata Qatadah yang menyatakan “golongan arab Badawi adalah dikalangan orang yang dijinakkan hati mereka dan Rasulullah S.A.W menjinakkan hati mereka dengan pemberian”.

Pendapat kedua :

Ulamak Hanafi dan Syafie pula berpandangan bahawa mereka tidak seharusnya diberikan zakat.

Seterusnya, ulamak juga berbeza pandangan dalam menentukan samada muallafah qulubihim masih layak menerima zakat atau pun tidak. Golongan yang menyatakan bahagian zakat untuk kelompok ini sudah tidak wujud berpegang dengan tindakan Umar Al-Khatab yang telah menggugurkan bahagian zakat kepada asnaf ini di zaman pemerintahannya. Beliau berpandangan bahawa Islam pada waktu itu sudah kuat dan digeruni oleh musuh maka zakat tidak perlu dikeluarkan untuk menjinakkan hati manusia kepada Islam. Berbeza dengan zaman Rasulullah S.A.W, Islam berada dalam keadaan lemah (Abu Laith, ).

4. Dorongan memberikan sedekah kepada bukan Islam. a) Surah Al-Insan: 8

َنﻮُﺔِﻌْﻄُﻳَو

اًﲑِﻮَأَو ﺎًﺔﻴِﺘَﻳَو ﺎًﻨﻴِﻜْﺴِﻣ ِﻪِّﺒُﺣ ﻰَﻠَﻋ َمﺎَﻌﱠﻄﻟا

Maksudnya:

“Mereka juga memberi makan daripada bahan- bahan yang mereka sukai kepada orang- orang miskin, anak yatim dan orang tawanan”.

Ayat di atas menjelaskan amalan- amalan hamba Allah yang soleh yang akan dikurniakan nikmat dapat meminum sejenis minuman daripada mata air syurga. Diantara amalan yang dilakukan oleh mereka ialah memberi makan dan minum kepada tawanan

perang. Tawanan yang dimaksudkan ialah kafir harbi iaitu golongan yang memerangi umat

Islam di dalam peperangan dan kemudiannya mereka berjaya ditangkap oleh tentera Islam. Perbuatan memberi makan tersebut mendapat pujian daripada Allah S.W.T dan diberikan ganjaran yang baik di syurga (At- Tabari: 2000).

Kesimpulan

Islam tidak menghalang umatnya daripada melakukan kebaikan kepada penganut agama lain. Biarpun ada sesetengah pihak hanya melihat kebaikan semata-mata atas nama dakwah, tetapi kebaikan yang dihulurkan itu tiada salahnya jika kerana mengenang budi, persahabatan, kemanusian mahupun alasan-alasan yang lain. Allah Taala ada berfirman dalam surah Al- Mumtahanah ayat 8 :

َﻳِو ْﻦِﻣ ْﻢُﻛﻮُﺟِﺮُْﳜ َْﱂَو ِﻦﻳِّ ﻟا ِﰲ ْﻢُﻛﻮُﻠِﺗﺎَﻘُـﻳ َْﱂ َﻦﻳِﺬﱠﻟا ِﻦَﻋ ُﱠﻟا ُﻢُﻛﺎَﻬْـﻨَـﻳ َﻻ

ْﻢِﻬْﻴَﻟِإ اﻮُﻄِﺴْﻘُـﺗَو ْﻢُﻞوﱡﺮَـﺒَـﺗ ْنَأ ْﻢُﻛِرﺎ

(6)

Maksudnya :

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang- orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Begitu juga Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan contoh dan tauladan yang terbaik dalam pergaulan Baginda bersama dengan orang kafir. Antara perlakuan baginda yang memberikan sejumlah harta kepada orang kafir ialah dalam peristiwa Hunain. Selepas umat Islam berjaya memenangi peperangan, Rasulullah S.A.W telah membahagikan harta rampasan perang kepada para sahabat terutama dikalangan mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam. Walaubagaimanapun salah seorang daripada mereka pada waktu itu belum lagi memeluk agama Islam, iaitu Safwan bin Umayyah (Ibnu Mulqin: 2004).

ﷲ لﻮُﻮَر ﻰﻄْﻋأ

ﻢﻠﻮَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ﷲ ﻰﱠﻠَﺻ

ﻦﺼﺣ ﻦﺑ ﻨﻴﻴﻋو ﱠﻴﻣُأ ﻦﺑ ناَﻮﻔَﺻَو ْﺮَﺣ ﻦﺑ نﺎَﻴْﻔُﻮ ﺎَﺑَأ

...ﻚِﻟَذ نوو ساوﺮﻣ ﻦﺑ سﺎﱠﺒَﻋ ﻰَﻄْﻋأَو ، َﺋﺎﻣ ﻢُﻬْـﻨِﻣ نﺎَﺴْﻧِإ ﻞﻛ [ ﺛﻼﻋ ] ﻦﺑ ﺔﻘﻠﻋو ﺲِﺑﺎَﺣ ﻦﺑ عﺮﻗﻷاو

Maksudnya :

Rasulullah S.A.W telah memberikan 100 (harta rampasan perang) kepada Abu Sufyan bin Harb, Safwan bin Umayyah, Uyainah bin Hasn, Al- Aqra’ bin Habis dan Ilqimah bin ‘Alathah, manakala Abbas bin Mirdas kurang daripada itu…

(Riwayat Muslim)

Rujukan

Muhammad Abu Laith Khair Abadi, Tauzif As-Sunnah An-Nabawiyyah Fi Dhaui

Al-Waqie Al- Muasir, Journal Hadith, bil. 1

At-Tabari, Muhammad, Al-Jamei’ Li Ahkam Al-Quran, 2000, Muassasah Ar- Risalah, jil 24 Ibnu Mulqin, Umar bin Ali As-Syafei Al-Masri, Al-Badr Al-Munir fi Takhriji Al-Ahadith Wa Al-Athar Al-Waqiah fi Syarh Al-Kabir, (Riyadh, Dar Al-Hijrah Li An-Nasyr Wa At-Tauzi’).

Wizarah Al-Auqaf Wa As-Syuuni Al- Islamiyyah. Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah. Kuwait:

Tabaah Zaat As-Salasil.

Tarimin, Mujaini. 2011. Memperkasa Ijtihad Hukum Agihan Dana Zakat: Satu Saranan

Penjanaan Semula Fiqh Al-Masarif Al-Zakat. Dalam. Transformasi Zakat Daripada Zakat

Saradiri Kepada Zakat Produktif. Pulau Pinang: Pusat Urusan Zakat, Majlis Agama Islam

Negeri Pulau Pinang & Pusat Kajian Penguruan Pembangunan Islam (ISDEV), USM.

Yusuf Al- Qaradhawi, Al-Fiqh Az-Zakah Dirasah Muqaranah Li Ahkamiha Wa Filsafatiha Fi

Referensi

Dokumen terkait

Melempar bola adalah teknik dasar yang harus dikuasai dalam per- mainan kasti. Terutama bagi regu penjaga agar bisa melempar ke bagian tubuh regu pemukul dengan tepat. Melempar

Dalam hal ini dapat dilihat peran dan tugas seorang camat pada pemerintahan Kecamatan Salapian Kabupaten langkat adalah berusaha untuk mempengaruhi para pegawainya dengan

Secara teoritis, peningkatan produksi buah/ tandan pada kelapa DMT S3-32 dan DMT S3-55 dapat dilakukan secara langsung melalui karakter tinggi batang karena dari

Distribusi frekuensi pulpitis reversibel dan ireversibel di RSGM FKG Moestopo (B) pada tahun 2014 – 2016 pasien yang datang ke RSGM FKG MOESTOPO(B) terbanyak adalah pasien wanita

Dengan adanya pejabat zakat di setiap daerah, di masjid dan perlantikan penolong amil di setiap masjid telah memudahkan pihak asnaf untuk mendapatkan borang bagi bantuan zakat

Berdasarkan atas potensi Zakat, Infak dan Sedekah di masyarakat yang belum dikelola secara optimal, meskipun tentang Zakat, Infak dan Sedekah, dan dana sosial

Norma subyektif terhadap praktik akuntansi zakat dan infak/sedekah adalah persepsi atau pandangan amil zakat dan infak/sedekah terhadap steakholder atau pemangku

59 Tabel 4.3 Ringkasan Analisis Penerapan Pengendalian Internal Terhadap Pengelolaan Persediaan Bahan Baku Berdasarkan Pengendalian Internal COSO pada Komponen Aktivitas