• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI PENGAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI PENGAJAR"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

______________________Seminar Penyelidikan dan Inovas(SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

MELALUI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Ermizam Edni1, Muhammad Nazri Abdul Halim2,

Mohd Shah Yunus3, Arfieen Mokhtar4

Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak, 2010

1ermizam@poliku.edu.my 2nazrifaiz@yahoo.com

3shah0205@yahoo.com 4fieen75@gmail.com

ABSTRAK - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mempunyai tujuh teras memberikan amanah dan tanggungjawab kepada warga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya golongan pensyarah dalam membina generasi masa depan negara. Justeru itu, golongan pensyarah mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Pensyarah juga perlu memahami, memberi komitmen dan serta mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab ini. Sehubungan dengan itu, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020. Oleh kerana Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) telah diserapkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan skim perkhidmatan yang baru iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (SPP bil.33/2007) mulai tahun 2008, maka secara automatik PSPTN turut menjadi tanggungjawab pensyarah-pensyarah di politeknik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) KPTM untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditentukan. Dalam usaha ke arah ini, para pensyarah seharusnya memfokuskan kepada teras kedua PSPTN iaitu menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tugas utama.

TERAS KEDUA PSPTN

Di dalam bab 4 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menyatakan teras kedua PSPTN adalah penambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ia memfokuskan kepada penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran, iaitu menambah baik kurikulum supaya ianya berkualiti, relevan dan dinamik mengikut keadaan semasa. Selain itu teras kedua

PSPTN ini juga menekankan tentang pemantauan, penilaian kemajuan prestasi, kualiti kurikulum dan program pengajian secara berterusan dan berkala bagi memantapkan daya saing IPT.

Pengiktirafan kepada IPT yang mencapai tahap penarafan kualiti tertinggi juga diberikan kepada IPT yang layak untuk memberikan perangsang kepada warga pensyarah meningkatkan kualiti kerja mereka. Proses pemantapan sistem penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan pelajar harus dilakukan secara berkala untuk meningkatkan pencapaian hasil pembelajaran. Di dalam teras kedua ini juga ada menekankan tentang penyediaan satu mekanisme untuk mencapai sasaran 100,000 penduduk negara mempunyai kelayakan PhD atau setaraf.

TANGGUNGJAWAB PENSYARAH DALAM MEMBINA GENERASI MASA DEPAN

Tugas dan tanggungjawab pensyarah dalam usaha membangunkan modal insan adalah amat bersesuaian dengan ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia. Menurut Mok (2003), melalui ikrar Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia, pensyarah dan pendidik perlu menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing generasi masa depan ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dab berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.

(2)

______________________Seminar Penyelidikan dan Inovas(SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak

memperkembangkan potensi diri pelajar tindakan-tindakan berikut boleh diambilkira:

a. Mempunyai pengetahuan yang lebih luas dan terkini.

Untuk memastikan pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang lebih luas dan terkini, pensyarah perlulah terlebih dahulu mempunyai pelbagai ilmu dan kemahiran terutama dalam kursus yang diajar dan penguasaan teknologi komputer. Pensyarah perlu sentiasa mendahului pelajarnya dalam menimba ilmu pengetahuan. Pelajar juga perlu dipupuk dengan budaya cintakan ilmu pengetahuan supaya mereka dapat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat (teras ke-enam PSPTN).

b. Politeknik Penyayang

Konsep “Politeknik Penyayang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara pensyarah dengan pelajar, pelajar dengan pelajar serta antara warga politeknik dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi di kalangan semua pihak terutamanya bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh pelajar dapat dihindar dan dibendung (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 / 2001).

Kenyataan Cuepacs di dalam akhbar Utusan Sarawak bertarikh 17 Disember 2009, yang meminta semua Ketua jabatan bersikap adil kepada semua kakitangan jabatannya menyokong konsep penyayang dan prihatin dalam persekitaran pejabat. Golongan pendidik juga sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada para pelajar dalam penampilan diri dan imej semasa proses P&P. Ini bersesuaian dengan arahan Surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran Bil. 13/1969,bil. 7/2001 dan bil. 6/1985.

c. Kerjasama dengan pihak luar

Kerjasama dengan pihak luar seperti melakukan lawatan ke IPTA-IPTA dan juga syarikat swasta dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peluang-peluang pekerjaan (latihan industri) dan bagi pensyarah pula dapat berkongsi maklumat sesama pensyarah dari IPTA lain samada di dalam mahupun di luar negara. Ini bersesuaian dengan teras ke 5 PSPTN iaitu mempergiatkan pengantarabangsaan. Program mentor mentee juga boleh dijalankan bagi tujuan menyelia perkembangan potensi diri pelajar pada setiap semester

d. Persekitaran selamat

Pensyarah seiringan dengan pihak pengurusan politeknik perlulah memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dalam sistem politeknik. Pemeriksaan secara berkala terhadap sistem pendawaian elektrik, bekalan gas, atau apa jua sistem yang ada yang boleh mendatangkan bahaya di kawasan politeknik. Hubungan yang baik perlu ada di antara pihak politeknik dengan pihak berkuasa seperti polis, bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan dan sebagainya bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul dengan berkesan. Konsep politeknik selamat ini perlulah diwartakan kepada pelajar politeknik berkenaan dan ia hanya akan dapat dijayakan sepenuhnya dengan semua warganya mengamalkan tingkahlaku yang boleh menghindarkan bahaya kepada semua pihak.

e. Pendidikan keselamatan dan perlindungan diri

Faktor keselamatan dan perlindungan diri pelajar adalah amat penting. Pendidikan keselamatan boleh dilakukan oleh pensyarah melalui aktiviti kelab yang ditubuhkan di politeknik seperti kelab pencegahan jenayah, pembimbing rakan sebaya, dan badan-badan beruniform yang lain. Melalui kelab dan persatuan ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan atau jenayah boleh disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh pelajar-pelajar.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000 memperingatkan kepada semua warga pensyarah supaya mengambil langkah-langkah yang positif dalam usaha memastikan politeknik sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti pelajar diugut, diculik, diperkosa, atau penglibatan dengan dadah, serta perlakuan ala-gengster dan menceburkan diri dalam kegiatan gangster atau Triad Society”.

f. Melengkapkan Diri Pelajar Dengan Pelbagai Kemahiran

(3)

______________________Seminar Penyelidikan dan Inovas(SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak

KESIMPULAN

Jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada pada sumber manusianya. Justeru, agenda pembangunan sumber manusia perlu diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah negara. Ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan atau kemunduran sesuatu bangsa itu. Teganya konsep pembangunan modal insan dalam Islam adalah proses untuk membentuk insan yang baik dan berguna di dunia dan akhirat. Sememangnya, inilah yang dijanjikan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Sekiranya penduduk suatu negeri itu beriman dan

bertakwa, nescaya Kami akan membuka kepada mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi.” (Surah

al-A’raf, ayat 96).

Agenda Transformasi Politeknik yang hangat diperkatakan seharusnya menjadi pemangkin kepada lonjakan berganda kepada sistem yang kita dukungi bersama dan mula dirasai oleh setiap warga politeknik. Ia merupakan satu perubahan besar dalam empat puluh tahun sejarah penubuhan politeknik. Bermula dengan inisiatif penarafan politeknik yang dilaksanakan baru-baru ini dan disusuli pula dengan pemilihan politeknik premier menunjukan bahawa politeknik kita telah mencapai tahap kualiti yang membanggakan.

Sistem pengajian tinggi yang sentiasa berubah dan kompetitif menuntut supaya Institut Pengajian Tinggi meningkatkan kualiti dengan menambah

baik kurikulum supaya sentiasa relevan dan memenuhi kehendak pasaran.Walaupun pengajian tinggi di Malaysia telah berkembang dengan pesat dari segi jumlah institusi dan pembangunan infrastruktur yang moden, namun kualiti pembelajaran masih boleh dipertingkatkan supaya setanding dengan institusi terkemuka di dunia. Usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh, melibatkan semua pihak berkepentingan ke arah kecemerlangan pengajian tinggi. IPT yang cemerlang akan melahirkan graduan yang mempunyai keterampilan, berdaya saing dan kebolehan pasaran di peringkat global. Menyedari hakikat bahawa kualiti adalah senjata utama dalam menghadapi persaingan, maka sistem pengajian tinggi perlu menjadikan kualiti sebagai satu budaya.

(4)

______________________Seminar Penyelidikan dan Inovas(SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak

RUJUKAN

Mok Soon Sang, 2003. Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s 231.

Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara cetakan pertama 2007. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. http://www.mohe.gov.my

Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, www.jppkk.gov.my

Surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran Bil. 13/1969, Pakaian Guru-Guru Di Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985, Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000, Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 33 tahun 2007,Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 / 2001, Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertgas Di Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 / 2001, Pemantapan pengurusan disiplin di sekolah

Al-quran Surah al-A’raf, ayat 96, Al-quran, tajwid dan terjemahannya, Aiman Establishment.

Utusan Malaysia, 16 Disember 2009. Laman Pendidikan: Tiga Politeknik Ditransformasi Menjadi Premier.

Referensi

Dokumen terkait

Secara keseluruhan pemutus tenaga (PMT) bay Kedungombo 2 di gardu induk Purwodadi masih bagus digunakan dan dapat bekerja dengan baik. Pada pemutus tenaga bay Kedungombo 2 di

Kegiatan – kegiatan yang dilakukan seorang Public Relations atau hubungan masyarakat bertujuan untuk menyelaraskan sebuah perusahaan, organisasi maupun

Metode penelitian yang digunakan untuk mencapai target dan tujuan penelitian dengan mendesign prototype sistem pengontrolan rumah kaca cerdas untuk budidaya tanaman bunga

produksi buah pohon induk menjadi terganggu. Pertumbuhan bibit cangkokan tidak dimulai dari awal, tetapi lanjutan dari pertumbuhannya sebagai cabang dari tanaman induknya. Oleh

Guru dapat memenuhi Kegiatan supervisi administrasi perencanaan pembelajaran berdasarkan Stadar Proses melalui fungsi pengawasan dalam manajemen mutu terpadu di

Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan telur ayam ras di Kecamatan Seruyan Hilir meliputi harga telur ayam ras itu sendiri, harga ikan asin, harga ikan bandeng,