• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATUR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATUR"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

       

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON

( LELAKI DAN WANITA )

1. PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini

akan dijalankan mengikut Undang-undang PERSEKUTUAN BADMINTON

ANTARABANGSA (BWF). Semua acara badminton akan menggunakan sistem kiraan 21 mata atau Rally Point Scoring System (3X21) mengikut

Peraturan BWF.

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka

undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan

berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada PERATURAN

AM KEJOHANAN SUKAN atau KARNIVAL SUKAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada

Undang-undang PERSEKUTUAN BADMINTON

ANTARABANGSA (BWF).

1.4 Semua keputusan yang di buat oleh Jawatankuasa Teknik dan

Pertandingan MSPM adalah muktamad.

2. PENYERTAAN

2.1 Penyertaan hanyalah terbuka kepada semua Politeknik Kementerian

(2)

2.2 Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hendaklah menghantar

borang pengesahan penyertaan kepada Jawatankuasa Pengelola MAJLIS

SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA (MSPM) melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan dan disahkan oleh Pegawai Sukan.

2.3 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan empat (4) pemain lelaki dan

empat (4) pemain wanita kerana acara yang dipertandingkan adalah acara

beregu individu yang terdiri daripada:-

  LELAKI PEREMPUAN

PENGURUS 1 ORANG 1 ORANG

PESERTA 4 ORANG 4 ORANG

JUMLAH 5 ORANG 5 ORANG

 

2.4 Syarat-Syarat Penyertaan:

2.4.1 Seseorang pemain (lelaki/wanita) hanya boleh bermain dalam

satu (1) regu sahaja.

2.4.2 Setiap Politeknik boleh mendaftarkan dua (2) pasangan

(maksimum) untuk acara beregu lelaki dan dua (2) pasangan

(maksimum) untuk acara beregu wanita.

3. KELAYAKAN

3.1 Hanya kakitangan Politeknik yang sedang yang masih dalam

perkhidmatan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi layak

mendaftar.

4 PENDAFTARAN PESERTA

4.1 Setiap pasukan politeknik dibenarkan mendaftarkan bilangan pemain/atlet

(3)

4.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan kad

pengenalan dan satu (1) salinan kad pekerja bagi setiap pemain/atlet bersama dengan Borang Pendaftaran Pemain/atlet (Lampiran 1) dan

Borang Lepas Tanggung (Lampiran 2) .

4.3 Pendaftaran pegawai dan pemain/atlet dalam borang pendaftaran

kejohanan hendaklah disampaikan kepada pihak jawatankuasa pengelola

sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan.

Borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Pengarah atau Pegawai

Sukan dengan cop rasmi.

4.4 Pemain/atlet gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran

hanya boleh diterima sehingga atau pada Taklimat Pengurus Pasukan.

4.5 Hanya pemain/atlet yang didaftarkan sahaja yang layak menyertai

pertandingan ini.

5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

5.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum

perlawanan pertama dijalankan.

5.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama

pemain/atlet bersama dengan kad staff yang asal untuk disahkan.

Pertukaran peserta yang telah didaftarkan selepas taklimat pengurus

pasukan tidak dibenarkan.

5.3 Senarai pemain/atlet yang disahkan oleh Pengerusi Teknik &Pertandingan

Badminton semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6. SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara sistem `kalah mati’ (knock-out system)

(4)

7. PENGADIL-PENGADIL/ PEGAWAI TEKNIKAL

7.1 MSPM akan melantik Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan

Badminton manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan

disediakan oleh politeknik yang menganjurkan kejohanan sukan tersebut

untuk menyediakan borang pendaftaran pemain, borang senarai susunan

pemain, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, bulu tangkis,

dan minuman.

7.2 Sekiranya perlawanan tersebut tidak dapat dijalankan atau diteruskan oleh

sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, permainan tersebut akan di nilai

mengikut undang-undang yang telah di tetapkan oleh BWF.

7.3 Jawatankuasa Pengelola akan melantik empat (4) orang penjaga garisan

pertandingan untuk satu gelanggang.

8. PENANGGUHAN PERLAWANAN

8.1 Pengadil boleh mengisytiharkan penangguhan mana-mana perlawanan

atas sebab-sebab kegelapan dan keadaan gelanggang.

8.2 Mata kiraan akan dikekalkan dan disambung semula sekiranya

penangguhan dibuat tidak melebihi 24 jam.

8.3 Jika penangguhan dibuat melebihi 24 jam, maka mata kiraan terdahulu

terbatal dan perlawanan akan dimulakan semula.

9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya pasangan regu individu menarik diri atau menyerah kalah dengan

sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan

oleh regu tersebut akan dibatalkan dan tidak akan dibenarkan memasuki

(5)

10. BANTAHAN

Bantahan bertulis boleh dikemukan menggunakan Borang Bantahan (Lampiran

2) dan perlu ditandatangani oleh pengurus pasukan. Bantahan perlu diserahkan

kepada Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya dalam tempoh 30 minit selepas

tamat perlawanan berserta bayaran RM 200.00. Wang pertaruhan akan

dikembalikan jika bantahan tersebut diterima. Segala keputusan juri rayuan

adalah muktamad.

11. JURI RAYUAN

Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang

(maksimum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang berkecuali.

11.1 Ahli Juri Rayuan ( minimum) terdiri daripada:

11.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSPM atau wakilnya sebagai

Pengerusi.

11.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSPM atau

wakilnya

11.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Badminton MSPM

11.1.4 Dua atau Empat orang wakil daripada politeknik yang berkecuali

12. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN/KARNIVAL

12.1 Lembaga ini terdiri daripada:

12.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin atau wakilnya sebagai

Pengerusi.

12.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai

Setiausaha.

12.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Badminton MSPM.

12.1.4 Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang

(6)

12.2 Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk:

Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi

semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut:

12.2.1 memberi amaran atau

12.2.2 menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau

12.2.3 pasukan didenda RM 1000.00 atau

12.2.4 menyingkirkan pasukan permainan berkenaan daripada

keseluruhan kejohanan/karnival.

13. PEMATUHAN PERATURAN

Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan

dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian

berkaitan maka Peraturan Am Kejohanan Sukan atau Karnival Sukan MSPM

terkini sahaja akan digunapakai.

14. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan

barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan

kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan

kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa

persediaan dan langkah keselamatan hendaklah disediakan bagi mengelak

kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.

15. KELEWATAN

15.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum

(7)

15.2 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa

alasan yang munasabah adalah dianggap member kemenangan percuma

kepada pihak lawannya.

16. PAKAIAN

16.1 Setiap pemain/atlet yang mengambil bahagian dalam karnival sukan atau

kejohanan sukan MSPM mestilah berpakaian sukan yang sesuai dan

kemas.

16.2 Peraturan pakaian yang ditetapkan seperti termaktub dalam

undang-undang permainan hendaklah dipatuhi.

16.4 Pemain/atlet yang terlibat dengan upacara penyampaian hadiah

diwajibkan memakai tracksuit dan berkasut sukan.

16.5 Pengurus dan jurulatih pasukan juga diwajibkan berpakaian kemas (baju T

atau kemeja berkolar) dan berkasut semasa bersama pemain sewaktu

perlawanan berlangsung. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan sama

sekali semasa berada di dalam situasi pertandingan.

17. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN

PERTANDINGAN.

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan

Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola

kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh :-

AJK Unit Teknikal dan Pertandingan Badminton

Referensi

Dokumen terkait

Menentukan apakah sebuah tahun adalah tahun kabisat atau tidak dengan menggunakan kelas dan konstruktor (prasetyo, randy, alfasy, luthfi, ponco, agung, herdiyanto, claudio,

2. Aktivitas proses bisnis yang diamati adalah ketika kapal berlabuh di area PT. Pelabuhan Indonesia III di Pelabuhan Tanjung Perak hingga kapal pergi meninggalkan

Analisis data yang digunakan dalam penelitian ini adalah uji t ( t-test ) dengan taraf signifikansi 0,05. Hasil penelitian menyimpulkan bahwa: 1) ada perbedaan keaktifan

Handout tersebut mengacu pada buku pendidikan agama Islam yang sesuai dengan KBK serta buku-buku lain yang dirasa perlu diketahui siswa. Pemberian Handout

Tentukan current control (bentuk pengendalian saat ini) yang akan digunakan untuk penanggulangan dalam menyelesaikan permasalahan yang ada dengan cara mendesain atau

Oleh karena itu gas industri mempunyai prospek yang masih cerah selama sektor- sektor tersebut masih beroprasi, namun untuk memperoleh beberapa jenis gas tersebut perlu

Seiring dengan meningkatnya jumlah penduduk serta memperhatikan luas wilayah dan rentang kendali pelayanan kepada masyarakat Banyuke Hulu dan sekitarnya disatu pihak dan dipihak

1.5 Wajib Pajak orang pribadi yang tidak menjalankan usaha atau pekerjaan. bebas, bila sampai satu bulan memperoleh penghasilan