• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah perkembangan hoki di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah perkembangan hoki di Malaysia"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Modul, pdf moe

Sejarah perkembangan hoki di Malaysia

Hoki merupakan salah satu cabang olahraga permainan beregu, dimana setiap pemain menggunakan alat yang disebut stik untuk menahan, membawa dan memukul bola sesuai dengan peraturan permaianan yang telah ditetapkan, olahraga ini dimainkan oleh dua regu yang berusaha memasukkan bola ke gawang atau kawasan gol lawan. Olahraga hoki ini dapat dimainkan dalam ruangan (indoor) dan dilapangan terbuka (out field). Dalam permainan hoki ruangan mempunyai peraturan tersendiri dan khusus yang sebahagiannya tidak sama dengan permainan hoki lapangan.

Perbezaan permainan tersebut dapat dilihat dari jumlah pemain dari tiap pasukan yang bertanding . Bagi hoki ruangan, satu pasukan itu terdiri daripada 12 pemain iaitu, 6 pemain inti dan 6 pemain cadangan, manakala bagi hoki lapangan terbuka satu pasukan itu terdiri daripada 16 pemain iaitu, 11 pemain inti dan 5 pemain cadangan.

Rekod sejarah menunjukkan permainan hoki telah mula dimainkan pada abad ke 15. Orang Mesir, Romania, Athens, Austealia dan Eropah dikenal pasti telah bermain satu permainan dengan menggunakan kayu yang melengkung untuk memukul bola. asal perkataan hoki telah wujud daripada perkataan

Anglosaxon iaitu Hook, Hok atau perkataan Perancis Hocquet. Hoki moden mula dimainkan di sekolah Inggeris sekitar kurun ke 19 dan seterusnya tersebar luas ke negara dibawah naungan British pada abad ke 19.

Permainan hoki mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di sukan OLIMPIK tahun 1900.Permainan ini mula dipertandingkan pada tahun 1928. Bukti sejarah menunjukkan hoki dimainkan lebih kurang 4000 tahun dahulu di Mesir.Sebuah dinding makam Bani Hasan dekat Minia sekitar 2000 sebelum Masihi.

Sebelum penemuan ini dipercayai hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo dan dikatakan hoki adalah keturunan daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus wujud lebih awal.

Hoki wujud di Greek dan Rom sekitar 500 S.M. Bas-Reliefs (seni arca dinding) yang ditemui di Athens menggambarkan permainan menyerupai hoki telah dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain satu permainan kayu yang menyerupai hoki.

Di Ireland hoki dikenali sebagai hurley manakala di Scotland dikenali sebagai Shinty dan di Perancis sebagai houquet. Orang Inggeris menggunakan nama commock sehingga tahun 1840napabila nama hockie digunakan. Tahun 1800 sukan popular mula terkenal di sekolah-sekolah England. Kelab hoki Wimbledon ditubuhkan pada tahun 1886 apabila hoki menjadi terkenal.

Shinty dimainkan di Scotland dengan bola gabus atau getah yang

(2)

atau oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya. England, Ireland dan Wales juga memainkan permainan serupa. Kedua-dua belah kayu digunakan untuk memukul bola.

Manakala di Malaysia pula permainan hoki merupakan satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk pelajar. Hoki merupakan sukan yang terkenal samada peringkat sekolah menengah,maktab dan universiti.

Hoki di Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1898. Permainan ini menjadi popular pada awal tahun 1920 an dan diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris. Pertandingan liga pertama kali dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Persatuan Hoki Negeri pertama ditubuhkan di Perak pada tahun 1927. Majlis hoki Malaysia kemudiannya ditubuhkan oleh negeri Perak pada tahun 1927. Majlis Hoki Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 untuk

menguruskan semua aktiviti sukan hoki di Malaysia.

Dua perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak dan Tun HUssien Onn pernah menjadi presiden persatuan ini . Malaysia sangat aktif dalam hoki pada peringkat Asia dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera

bergabung dengan Persekutuan Hoki Malaysia. Pertandingan-pertandingan hoki dikendalikan oleh persatuan kebangsaan, persatuan-persatuan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia terlibat dalam sukan Olimpik buat pertama kali pada tahun 1956 dan pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan Olimpik tersebut.

Pasukan hoki Malaysia terutamanya pasukan lelaki pernah mencatat nama di peringkat antarabangsa. Mereka mandapat kelayakan menyertai sukan olimpik sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja mereka tidak mendapat kelayakan iaitu pada tahun 1988 di Seoul.

Pada tahun 1989 hoki Malaysia mengalami perubahan apabila Piala Razak (format baru) dua divisyen telah dilancarkan sebagai penambahbaikkan kepada permainan hoki di Malaysia. Seterusnya pasukan hoki juga pernah mencatat sejarah dalam sukan Komanwel 1998 dengan meraih Naib Johan.

Kesimpulannya dalam merealisasikan impian Negara untuk menjadi johan hoki dalam Sukan Olimpik,pelbagai usaha dan program terancang perlu

dilaksanakan. Semua pihak seperti Persatuan Hoki Malaysia , MSSM dan pihak lain perlu bekerjasama.

(3)

2) Senaraikan peralatan yang digunakan dalam permainan hoki dan terangkan perkembangannya.

Setiap permainan mempunyai peralatan tersendiri termasuk hoki. Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa permainan dijalankan penting untuk mengenali setiap satu alat yang digunakan dalam permaianan hoki ini.

Alat atau perkara pertama yang perlu ada dalam permainan hoki ialah padang. Ciri-ciri padang dalam sukan hoki ialah mesti berbentuk segi empat, dengan ukuran panjang 91.40 meter dan lebar 55 meter. Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan yang lebar dikenali sebagai garisan belakang.

Kedua bulatan jaringan (striking circle). Bulatan jaringan merupakan satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63 meter. Kemudian terdapat dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang. Bulatan jaringan ini dikenali sebagai kawasan D. Strok penalti berada pada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalty yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan.

Ketiga, pintu gol. Setiap permainan mempunyai pintu gol kerana gol itu merupakan sesuatu matlamat untuk dicapai. Bagi permaianan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri pintu gol hoki ialah kedudukannya berada di tengah-tengah garisan belakang. Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter, tiang berketinggian 2.14 meter, tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0m-7.5m dan semua tiang gol dicat putih.

Keempat, jarring. Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh kepada tiang tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai ‘mesh’ berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.

Kelima tiang-tiang bendera. Pada setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan diperbuat dari bahan yang lembut untuk

keselamatan pemain.

Keenam alat yang perlu ada dalam hoki ialah bola. Antara cirri-ciri bola ialah keras,pejal atau kosong,mempunyai permukaan yang licin, berwarna putih (dibolehkan warna lain dengan persetujuan kedua belah pihak) mempunyai berat 156 g minimum dan maksimum 163 g dan berukur lilit 224 mm minimum dan 235 mm maksimum.

(4)

Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’. Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan berbahaya di tepi-tepi kayu. Tebal kayu dihadkan, dimana sebuah gelung yang berdiameter 51mm boleh melepasinya. Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi mest menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g.

Kelapan ialah kasut.pemain dibenarkan memakai apa jenis kasut yang sesuai.Namun kasut yang membahayakan seperti kasut yang mempunyai

(spikes) tetungku atau paku tidak dibenarkan. Kasut yang mempunyai tetungku getah adalah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

Alatan bagi penjaga gol ialah sangat penting kerana mereka perlu menjaga keselamatan. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol ialah ped kaki yang dipakai di pergelangan kaki hingga lutut, dipasang bersama

kickers kerana bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di man aped-ped disambungkan ke kickers di atas pergelangan kaki. Ped hanya berdimensi 300 mm maksimum apabila dipakai untuk suatu permainan. Selain itu alatan lain penjaga gol ialahsarung tangan yang diperbuat daripada kulit dan plastic dimana sarung tangan ini sangat penting untukmemberi keyakinan kepada penjaga gol menahan bola pada kelajuan 140-160 km sejam. Sarung tangan ini juga perlu lembut supaya boleh memeganag kayu hoki dengan kukuh dan lebar sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm dan 335 panjang.

Alat-alat lain bagi penjaga gol ialah pelindung dada, ped-ped bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped dan pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki).

Akhir sekali permukaan bermain untuk permainan hoki. Permukaan

sintetik semakin popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia. Pelbagai tanda selar (brands) digunakan yang disahkan oleh persatuan Hoki

Antarabangsa.Namun banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir dan

Referensi

Dokumen terkait

Cara bermainnya adalah seorang pemain atau yang disebut dengan nama pelotaris membuka permainan dengan melemparkan bola dari serving zone kedinding muka, bola

Sering terjadi kesalahan pada saat melakukan passing bawah dalam olahraga permainan bola voli yang dilakukan oleh pemain karena berbagai faktor, diantaranya kurangnya konsentrasi,

Seperti cabang olahraga lain, kasti memiliki lapangan permainan yaitu suatu area di mana di dalamnya dapat memainkan dan manjaga bola dengan sah, lapangan kasti