• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peraturan Dan Keselamatan Makmal doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peraturan Dan Keselamatan Makmal doc"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 3

PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan peraturan dan keselamatan makmal sains. Ini termasuklah aspek-aspek seperti peraturan dan undang-undang makmal, jenis-jenis kecederaan dan prosedur pertolongan cemas, pencegahan kecederaan dan kemalangan, jenis-jenis kebakaran, dan pengunaan pelbagai jenis alat pemadam kebakaran.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyenaraikan peraturan-peraturan makmal sains

2. Mengenalpasti jenis-jenis kecederaan dan melaksanakan prosedur pertolongan cemas bagi kecederaan tersebut.

(2)

ISI KANDUNGAN

3.1 Peraturan dan Undang-undang Makmal

a. Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang pesanan untuk kerja amali) kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan.

b. Tidak sesiapapun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan.

c. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan rasmi.

d. Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.

e. Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian tanpa sebarang pengawasan.

f. Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik persediaan untuk kegunaan persendirian.

g. Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam makmal dan bilik persediaan.

h. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran. i. Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada

dalam makmal atau bilik persediaan.

j. Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.

Memikir

(3)

3.2 Jenis-jenis Kecederaan dan Prosedur Pertolongan Cemas

a. Melepuh

i. Melepuh terkena asid atau alkali

Basuh secukupnya dengan air, misalnya dengan membasuh di bawah air paip yang terbuka selama 10 minit seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.1: Kaedah merawat lepuhan

Semasa merawat melepuh terkena asid atau alkali adalah penting menggunakan air yang banyak bagi menbasuhnya dan bahan penuetral tidak digunakan sehingga selepas bahagian terjejas dibasuh dengan air. Jika pengawasan ini diabaikan, haba dari larutan bahan penuetral mungkin akan merosakan lagi bahan yang terjejas.

ii. Melepuh terkena bahan panas

(4)

b. Kebakaran

i. Kebakaran bahan uji

Adalah mustahak untuk memadam api secepat yang mungkin demi mencegah berlakunya kecederaan yang lebih teruk. Tutup semua penunun gas, tutup litar elektik disekitardan pindah atau keluarkan apa-apa benda yang boleh terbakar. Kawalan api adalah bergantung kepada saiz dan jenis kebakaran.

Kebakaran kecil (misalnya kebakaran alkohol dalam bikar) biasanya boleh dipadam dengan menutupnya dengan kain lembab yang bersih. Api akan padam apabila kekurangan udara. Api yang lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir kering. Pasir yang telah disimbahi hendaklah dibuang kerana ia mungkin menggandungi bahan meruapyang mudah terbakar.Selaian daripada itu api boleh dipadam dengan menggunakan pemadam api karbon dioksida atau busa.

ii. Kebakaran pakaian

Jangan biarkan sesorang yang pakaiannya terbakar berlari dengan mengibas-ngibaskan api. Suruh ia merebahkan badannya dan balut badannya sekejab-kejab dengan gebar kalis api hingga padam. Rawat mana bahagian kulit yang melepuh.

c. Kecederaan Mata

i. Benda pepejal dalam mata

(5)

ii. Kekotoran melekat di mata

Lentokkan kepala pesakit dan kemudian mengalirkan air ke dalam mata dari botol basuh. Juga boleh meminta pesakit buka dan tutup matanya berulangkali di dalam basin yang mengandungi air yang bersih. Jika ini berjaya untuk mengeluarkan kekotoran. Gunakan bucu saputangan yang dibasahkan. Jika perlu kelopak mata bawah boleh ditarik ke bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan. Sekiranya masih gagal, ikuti cara (i) di atas.

iii. Mata dimasuki asid atau alkali

Dengan serta-merta, basuh mata dengan air mengalir secukupnya atau membuka dan menutup mata berulang-ulang dalam basin yang mengandungi air bersih. Tutup mata dengan pedap lembut dan bawa berjumpa doktor.

d. Renjatan Elektrik

(6)

e. Tersedut Gas Beracun

Sesiapa yang tersedut gas beracun hendaklah dibawa keluar dari makmal ke udara yang bersih. Jika tersedut gas bromin atau klorin, ubat penghidu ammonia boleh digunakan. Jika masih tidak pulih, hendaklah dibawa berjumpa doktor.

“Amaran”

Jika seseorang yang ditimpa kemalangan itu disyaki patah tulang atau cedera dalam badan, panggil ambulan atau doktor dengan serta merta. JANGAN alihkan pesakit dari tempatnya.segala kemalangan yang berlaku dalam makmal yang disyaki serius hendaklah mendapat rawatan perubatan daripada doktor.

Perbincangan

Rujuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) mengenai cara memberi bantuan pertolongan cemas kepada pelajar yang telah pengsan di makmal sains anda.

3.3 Pencegahan Kecederaan dan Kemalangan

a. Gunakan peralatan perlindungan diri yang sesuai. b. Pastikan lantai tidak licin.

c. Tiada pemasangan yang menonjol dari dinding ke dalam ruang berjalan. d. Sediakan tempat yang sesuai untuk penyimpanan barang-barang pelajar. e. Tingkap boleh diakses dengan mudah.

f. Semua sesalur utama bagi kawalan gas, air dan elektrik mudah diakses oleh guru-guru.

g. Bekas sisa yang dilabel dengan jelas perlu disediakan untuk kaca pecah, bahan kimia dan biologi.

Langkah-langkah berikut dapat djalankan bagi mencegah kebakaran: a. Mengawal pembekalan bahan api.

(7)

3.4 Jenis-jenis Kebakaran

Api merupakan bahaya paling serius yang boleh berlaku di dalam makmal sains. Pihak sekolah perlu menjalankan prosedur dan latihan yang rapi bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya kebakaran. Kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 4 kelas berdasarkan puncanya seperti Jadual 3.1. Pengelasan jenis api kebakaran dalam Jadual 3.1 hanya sah di Malaysia sahaja. Di negara-negara lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.

Jadual 3.1: Kelas Kebakaran dan Puncanya

Kelas Punca Pemadam Api yang Sesuai

A Kayu, kertas, kain getah dan plastik

Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering

Selimut api, pasir dan air

B Cecair yang mudah terbakar seperti minyak masak, minyak paralin dan petrol

Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering

C Kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.

Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering

D Kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium.

Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering

Layari Internet

(8)

3.5 Penggunaan Pelbagai Jenis Alat Pemadam Kebakaran

Sebuah makmal mestilah dilengkapi dengan peralatan memadam kebakaran. Setiap makmal sains sekurang-kurangnya mempunyai perkara berikut:

a. Selimut api b. Baldi berisi pasir

c. Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering

(9)

tahun, manakala alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan kerana bahan kimianya tidak lagi efektif untuk memadamkan api.

Langkah mudah menggunakan alat pemadam api adalah dengan kaedah “PASS”. Maksud singkatan PASS dihuraikan seperti berikut:

 Cabutkan Pin (Pull out safety pin)

 Halakan nozel ke pangkal api (Aim extinguisher nozzle at the base of the falmes)

 Tekan pemicit alat pemadam api secara menegak (Squeeze trigger while holding the extinguisher upright)

 Gerakkan alat pemadam api supaya meliputi kawasan kebakaran (Sweep the extinguisher from side to side, covering the area of the fire)

a. Pemadam Api Serbuk Kering ABC Berat

Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan

kenderaan, berbahaya kepada makanan.

b. Pemadam Api Karbon Dioksida Berat

(10)

c. Pemadam Api Serbuk Kering ABC Berat Warna Jenis api yang boleh dipadamkan Catatan

: : :

:

12kg atau 3kg Merah

A, B dan C

Boleh digunakan sekali sahaja

Latihan

Senaraikan semua jenis pemadam api yang terdapat di dalam IPG atau sekolah anda. Kaji dan lukiskan cara penggunaan setiap jenis pemadam api tersebut.

Rujukan:

Lee, S. M. (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Poh, S. H. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal & Sumber Sains.

Referensi

Dokumen terkait

Ketika proses review telah selesai pemakalah akan diberikan pemberitahuan tentang makalah yang ditulisnya ditolak atau diterima, apabila makalah diterima maka hasil dari

Pada sistem nyata, apabila security check dan loket masuk digabung, maka akan mengurangi waktu proses serta menambah kapasitas antrian pada loket masuk. Oleh

kebijakan organisasi yang dikenal sebagai analisis " kesenjangan " , kinerja dilakukan untuk melihat performa kerja dari seorang pejabat/pekerja apakah

Persoalan yang dihadapi bangsa Indonesia dalam upaya perlindungan Hak Cipta atas karya cipta digital ini adalah masalah proses penegakan hukum dan perlindungan hukum terhadap

Faktor-faktor eksternal atau faktor-faktor yang berasal dari luar masyarakat, meliputi a. Perubahan lingkungan alam, misalnya terjadinya bencana alam. Perang dengan negara

Tạm giữ bàn ủi ở tư thế nằm ngang trước khi bạn sử dụng lại chức năng tăng cường hơi nước. Chất gỉ và cặn rỉ ra từ đế

Kegiatan pengabdian kepada Masyarakat tentang “Pelatihan Penulisan Proposal Penelitian Tindakan Kelas Bagi Guru-Guru SDN Karang Talun I dan SDN Karang Asem 2

Sedangkan siswa yang memiliki power lengan rendah dengan pendekatan pembelajaran metode bagian progresif, memiliki peningkatan hasil kemampuan jump shoot