• Tidak ada hasil yang ditemukan

LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH

Perkara-perkara am A). Petunjuk

Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang 2 meter kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang diperhati disetiap makmal;.

B) Peti pertolongan cemas

peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal.

C) Peraturan

pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan. Murid-murid perempuan yang menggunakan mini telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khususnya yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi

mereka yang bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam tiap tahun menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan satu penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk

membincangkan dan menarik perhatian guru kepada

lengkah-langkah keselamatan dan serta pertolongan cemas di bilik makmal sains.

Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa kebakaran di sekolah.

D. Pergerakan pelajar

(2)

Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa berada dalam makmal sains.

E. Peredaran udara

Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada lemas atau menyedut asap yang

beracun.

F. Lantai

Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang penghalang daripada sebarang penghalang untuk

mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang basah atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera.

G. Bekalan Elektrik

Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan

hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang berkelayakkan.

Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali sepenggal .

Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan sebarang wayar elektrik berjuntai.

Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja hendaklah dalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti baru.

Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan yang basah.

H. Kaca

Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak

menggunakan alatan kaca, membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran kaca kedalam gabus berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi tangan dan air atau minyak untuk melincinkan saluran kaca.

(3)

Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah mengandungi butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan catatan guru.

1.2 KEMALANGAN

Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti berikut:

i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian terkena api.

ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya.

ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa. Biasanya pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.

Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal berdekatan denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.

Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah

dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal pada awal

pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara.

1.3 LETUPAN

a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila menjalan percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang keselamatan hendaklah digunakan.

(4)

hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak. Troli boleh digunakan untuk mengangkut selinder ini.

Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup

penunu bunsen hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji dengan air sabun.

Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran.

Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlaku letupan.

c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan letupan.

1.4 PERCUBAAN YANG MERBAHAYA

a. Menyalakan hidrogen

sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang sempurna.

b. Campuran yang mempunyai klorat

jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosfur atau sulfur.

c. Pemanasan Ammonium Nitrat

sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai.

d). Natrium dan kalium

Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan. Kalium yang tersimpan lama dan bertukar menjadi kuning hendaklah

(5)

e). Asid

jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak mencairkan asid pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pekat.

f). Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar

jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah terbakar di tengah panas. Kerana pancaran matahari yang

bertumpu padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan.

g) Voltan tinggi

Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang melibatkan penggunaan peralatan sains voltan tinggi.

h). Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah

salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam keadaan yang baik.

I). Tunjukcara

Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan tinggi, bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan

sebagainya , tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup jauh. Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, maka adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya.

j). Semaian Hidupan Seni

Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak

bersama-sama dengan semaian hidupan seni di dalam agar-agar suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada bahagian salur yang curam) untuk mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri yang hendak diperiksa oleh pelajar hendaklah dibalut dengan pita

selofan.

Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya

(6)

1.5 BAHAN KIMIA

Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.

Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji dengan penggunaan bahan kimia.

Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.

Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN.

a) Pepejal Yang Mudah Terbakar

Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam minyak (kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah disimpan sepenuhnya didalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering.

Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.)

Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan diletakkan di atas kertas di atas bagku makmal.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah

terbakar dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan masing-masing.

Bahan

Kimia Kesan-Kesan Merbahaya Penyimpanan danPembuangan Catatan

(7)
(8)

Fosfurus triklorida, Silikon tetraklorida ,

Aluminium

klorida

Bertindak balas dan meletup dengan air

Fosfurus triklorida ialah cecair yang sangat beracun

dalam kuantiti kecil

Ujikaji mesti dilakukan di dalam almari wasap

b) Cecair Mudah Terbakar

Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang bagi mencecah cecair mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar dari bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.

Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang sesuai.

Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton.

(9)

Bahan kimia Takat Kilat /0C

Propana

Dietil eter

Dimetil eter

Karbon disulfida

Aseton

Sprit Petroleum

Metanol

Etanol

-104

- 45

- 41

- 30

- 18

- 17

10

12

c) Bahan Kimia Yang Mengkakis

Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh dibenarkan menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia ini

hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai perlindungan mata serta srung tangan.

Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.

D) Bahan Kimia Beracun

Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam

makmal.

(10)

Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair yang beracun.

Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara.

Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan:

i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut

ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele.

iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru. Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan kulit.

iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala yang rendah.

V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja.

Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya.

ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.

Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:

(11)

ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir untuk mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.

iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah di simpan dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah

lubang untuk menempatkan mana-mana cecair yang tumpah di dalam stor. Stor ini mestilah kalis api.

iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan racun hendaklah direkodkan.

vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih daripada 500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan

bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul.

1.6. BAHAN RADIOAKTIF

a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.

b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif

Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan kebenaran daripada Penolong Pengarah

Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.

Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang

menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau

dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh dengan sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal.

Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan

menggunakan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya

dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam

(12)

Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah digunakan.

Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( lihat pelupusan).

C) Penyimpanan

Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa.

Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan

tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat serta ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr.

Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta.

Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci.

D) Kemalangan dalam Makmal

(13)

Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain

permukaan makmal hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal.

E) Pelupusan

i) Sumber tertutup

Sumber yang tidak diperlukan hendaklah

dikembalikan kepada pembekal atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.

ii) Sumber terbuka

Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan dicurahkan denga air yang banyak atau dengan membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang

diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang

perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak berlaku.

1.7 PELUPUSAN BAHAN SISA

a) Gas

Gunakan almari wasap untuk membuangnya.

B) Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang ke dalam sink.

Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong dan dibakar di luar makmal. JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink.

C) Pepajel

(14)

Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit). AMARAN : Perlindung mata hendaklah digunakan.

Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang air kepadanya secara sedikit demi sedikit.

D) Kaca

Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.

E) Haiwan yang dibelah

ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga,

f) Semaian hidupan seni

semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.

1.8 PAMERAN SAINS SEKOLAH

a. Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.

B. Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran

gelombang radio, memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak yang berkenaan terlebih dahulu.

C. Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi pameran ini setiap masa.

D. Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan.

(15)

F. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah keselamatan makmal.

G. Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh mengakibatkan letupan.

H. Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah

dihubungi.

Referensi

Dokumen terkait

Taburan min dan peratusan bagi lima aspek kajian tentang tahap pemahaman pelajar- pelajar terhadap langkah-langkah keselamatan di makmal sains di sekolah menengah di sekolah-

Beberapa persoalan kajian telah dikenal pasti yang menjurus kepada tiga perkara iaitu (a) kepentingan peraturan keselamatan di makmal dan bengkel elektrik, (b) pendedahan

Terdapat empat aspek yang dikaji dan dianalisis dalam kajian tentang pengetahuan amalan keselamatan makmal sains bagi guru pelatih sains ini iaitu berkenaan tentang peraturan

• membahayakan kita apabila berjalan atau berbasikal 1.2.1 Mengenal pasti bahagian tertentu jalan raya yang boleh meningkat keselamatan mereka sebagai pejalan kaki atau

Perasaan keselamatan pula adalah melibatkan tindakbalas psikologi terhadap risiko serta bentuk pencegahan yang boleh diambil dan juga aspek tindakbalas terhadap risiko yang memungkinkan