KERTAS CADANGAN
PROGRAM PEMANTAPAN KENDIRI REMAJA
S.M.K DATO’ HJ. MOHD REDZA, SEREMBAN
TARIKH : 4 APRIL 2007 ( Rabu ) MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PTG.
TEMPAT : S.M.K. DATO’ HJ. MOHD REDZA, SEREMBAN.
ANJURAN BERSAMA : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, PANATIA
PENDIDIKAN ISLAM DAN UNIT DISIPLIN SEKOLAH. 1.0. PENGENALAN
Kehidupan manusia bermula dengan alam roh, alam dunia, alam kubur hinggalah alam akhirat Kehidupan adalah suatu proses yang akan berlaku sepanjang hayat sehinggalah kita meninggalkan alam fana ini.. Alam roh merupakan alam rahim yang sudah dilalui oleh semua manusia. Manakala alam dunia, adalah alam yang sedang inilah kita menjalani kehidupan sebanar sebagai manusia. Kehidupan manusia di alam dunia bermula dengan alam kanak – kanak ( umur 0 – 12 tahun ) alam remaja ( 12 – 24 tahun / berkahwin ), alam dewasa ( berkahwin – kematian ). Alam remaja adalah alam yang penuh cabaran dan godaan. Menurut ahli psikologi, zaman remaja adalah zaman ‘storm and stress’.
Remaja hari ini adalah aset penting sesebuah masyarakat. Mereka merupakan penerus kelangsungan sesuatu bangsa dan tamadun. Mereka juga yang bakal menentukan lahirnya zuriat dan keturunan yang soleh atau solehah. Kegagalan mereka mencari identiti diri serta ilmu pengetahuan akan menentukan kepicangan keluarga serta rumahtangga yang bakal dibina di masa depan. Oleh itu, para remaja perlu menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan tentang kehidupan serta mencari role model yang sesuai untuk diikutinya.
2.0. RASIONAL
Remaja hari ini banyak terdedah dengan gejala – gejala yang tidak sihat dan tingkah laku yang negatif. Jika perkara ini tidak dibendung, mereka mudah terpengaruh dengan perlakuan – perlakuan yang negatif dan akhirnya menyebabkan kehidupan mereka merana dan sengsara sepanjang hayat. Mereka sebenarnya kekurangan ilmu pengetahuan dan panduan gaya hidup yang sebenar sebagai remaja muslimah sejati. Menydari keperluan ini, program ini pemantapan kendiri remaja disusun agar memberikan ilmu pengetahuan tentang gaya hidup muslimah sejati.
3.0. OBJEKTIF
3.1. Memberikan maklumat dan pengetahuan tentang permasalahan remaja pada masa kini.
3.2. Memberikan kesedaran melalui perkongsian pengalaman tentang kesan tingkahlaku negatif kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
3.3. Memberikan motivasi belajar serta membina jati diri remaja yang sebenar.
4.0. KUMPULAN SASARAN :
5.0. AJK PROGRAM Pengerusi :
Pn. Hjh. Siti Rohani Bt. Shamsudin ( Pengetua )
Naib Pengerusi :
Pn. Hjh. Noreshah Bt. Abas ( GPK 1 ) En. Akashah B. Ismail ( GPK HEM )
Pn. Hjh. Aminah Bt. Muda ( GPK Ko Kurikulum )
Urusetia :
En. Md. Idris B. Jusoh Pn. Zuraizah Bt. Zakaria
Bendahari :
Pn. Rosmaliza Bt. Yusof
AJK KERJA SENARAI SEMAK TUGASAN
PERSIAPAN TEMPAT a. Pn. Zuraizah Bt. Zakaria b. Pn. Mariah Bt. Muhammad
a. Menyusun kerusi di dewan tertutup
b. Menyusun setti / meja ceramah yang sesuai.
PENDAFTARAN PESERTA a. Pn. Norizawati Bt. Mohd. Aris b. Pn. Wan Rahimah Bt. Wan Daud c. Pn. Hasnah Bt. Mansor
a. Menyediakan meja pendaftaran.
b. Menyelaras pendaftaran dan kehadiran pelajar.
MAKANAN & MINUMAN : a. Pn. Sarimah Bt. Deli b. Pn. Rosia Timah Bt. Roslan. c. Pn. Mariah Bt. Muhammad d. Cik Saedah Bt. Jamaludin
a. Mengwalselia serta menyediakan minuman penceramah
b. Mengurus, mengendali dan mengawalselia makanan dan minuman peserta serta mengawalselia displin peserta semasa makan dan minum
DISIPLIN PELAJAR : a. En. Zaid Bt. Abd. Rauf b. Pn. Rosia Timah Bt. Roslan c. Pn. Muknisah Bt. Mohammad
a. Mengawalselia displin pelajar sepanjang program
PERALATAN / TEKNIKAL a. En. Md. Idris B. Jusoh
5.0. TENTATIF PROGRAM
MASA Perkara PERSONALIA
8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran / Taklimat AJK Pendaftaran / Urusetia
8.30 – 10.00 pg
Pembantangan 1 :
Analisis Jenayah Remaja Kesan Kepada Diri, Agama, Bangsa dan Negara
Pegawai LPPKN
10.00 – 10.30 pg Kudapan AJK Minuman
10.30 – 12.00 pg
LDK 1 :
Mengenali Diri Pelajar Darul Quran
12.00 pg – 1.20 tgh Jati Diri Remaja MuslimahLDK 2 : Pelajar Darul Quran
1.20 – 2.00 tgh Penilaian / Penutup Urusetia Program
6.0. KEWANGAN
Peruntukan Ko Kurikulum = RM 150.00
Sumbangan PIBG = RM 200.00
================= JUMLAH RM 770.00
================= 7.0. KESIMPULAN / PENUTUP
Penglibatan semua pihak dalam menjayakan program ini diharap dapat memberikan harapan baru untuk menyedarkan para remaja tentang gejala sosial yang kritikal sedang dihadapi pada masa kini. Semoga pendedahan maklumat ini diharap dapat memberikan inspirasi kepada para remaja muslimah untuk membaiki diri demi kecemerlangan dan kejayaan cemerlang dunia serta bahagia sejahtera di akhirat.
Disediakan oleh,
………. ( EN. MD. IDRIS B. JUSOH ) Guru Kaunseling
S.M.K. DATO’ HJ. MOHD REDZA, 70400 SEREMBAN.
Kepada :
Bendahari PIBG
S.M.K Dato’ Hj. Mohd Redza,
70400 Seremban. 2 APRIL 2007
Melalui, Pengetua
S.M.K Dato’ Hj. Mohd Redza, 70400 Seremban.
Ybhg. Dato’
Memohon Peruntukan Kewangan Untuk Menampung Perbelanjaan Program Pemantapan Kendiri Remaja
Didoakan puan sihat sejahtera. Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit HEM dan Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Program Pemantapan Kendiri Remaja mengikut ketetapan berikut
:-Tarikh : 4 April 2007 ( Rabu ) Masa : 8.00 – 2.00 ptg
Tempat : Dewan Tertutup SMKDHMR.
3. Program ini bertujuan memberi maklumat terkini masalah sosial remaja dan salahlaku disiplin di kalangan remaja kesannya ke atas diri sendiri, keluagra, agama, bangsa dan negara.
4. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin memohon peruntukan motivasi pelajar dari PIBG sekolah untuk menampung perbelanjaan program tersebut sebanyak RM 260.00 ( Ringgit : Dua Ratus Enam Puluh Ringgit Sahaja ) . Bersama – sama ini dilampirkan kertas cadangan program untuk makluman dan perhatian puan.
5. Sekian sahaja untuk makluman dan perhatian puan. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih
………. ( EN. MD. IDRIS B. JUSOH ) Guru Kaunseling,
SMK Dato’ Hj. Mohd Redza, Seremban.
S.M.K. DATO’ HJ. MOHD REDZA, 70400 SEREMBAN.
Kepada :
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum S.M.K Dato’ Hj. Mohd Redza,
70400 Seremban. 2 APRIL 2007
( U.P. Pn. Hjh. Aminah Bt. Muda )
Melalui, Pengetua
S.M.K Dato’ Hj. Mohd Redza, 70400 Seremban.
Ybhg. Dato’
Memohon Peruntukan Kewangan Untuk Menampung Perbelanjaan Program Pemantapan Kendiri Remaja
Didoakan puan sihat sejahtera. Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit HEM dan Unit Bimbingan & Kaunseling akan mengadakan Program Pemantapan Kendiri Remaja mengikut ketetapan berikut
:-Tarikh : 4 April 2007 ( Rabu ) Masa : 8.00 – 2.00 ptg
Tempat : Dewan Tertutup SMKDHMR.
3. Program ini bertujuan memberi maklumat terkini masalah sosial remaja dan salahlaku disiplin di kalangan remaja kesannya ke atas diri sendiri, keluagra, agama, bangsa dan negara.
4. Sehubungan dengan itu, Panitia Pendidikan islam ingin memohon sumbangan unit ko kurikulum sekolah untuk menampung perbelanjaan program tersebut di atas sebanyak RM 150.00 ( Ringgit : Seratus Lima Puluh Ringgit Sahaja ) . Bersama – sama ini dilampirkan kertas cadangan program untuk makluman dan perhatian puan.
5. Sekian sahaja untuk makluman dan perhatian puan . Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih
……… ( PN. ZURAIZAH BT. ZAKARIA ) Panitia Pendidikan Islam
PENILAIAN HARGA DIRI
Tandakan ( ) pada skala yang sesuai dengan diri anda secara ikhlas.
1. Sangat rendah. 2. Sederhana rendah. 3. Sederhana.
4. Sederhana tinggi. 5. Sangat tinggi.
Bil Pernyataan 1 2 3 4 5
1 Saya ingin berjaya peperiksaan PMR. 2 Saya merasa seronok belajar di sekolah.
3 Saya merasa melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah penting. 4 Secara sedar saya dapat melihat kebaikan diri saya.
5 Saya boleh buat hampir semua yang saya fikirkan. 6 Saya selesa dengan keadaan sosial yang baru. 7 Saya menghargai penghargaan orang lain. 8 Saya berasa selesa bercakap di hadapan orang.
9 Saya selesa menyatakan kejayaan saya kepada rakan saya. 10 Saya adalah seorang yang optimis.
11 Saya berorientasikan matlamat. 12 Saya selesa membuat keputusan. 13 Keadaan fizikal saya adalah baik. 14 Saya dihormati oleh orang lain. 15 Saya adalah pendengar yang aktif.
16 Saya selesa dengan perbincangan yang kontraversi. 17 Saya menganggap diri saya sanggup menanggung risiko. 18 Saya menunjukkan imej kendiri yang positif.
19 Saya bertanggungjawab di atas apa yang saya lakukan. 20 Saya dapati halangan itu adalah satu yang mencabar.
21 Saya mampu meminta bantuan orang lain tanpa merasa bersalah. 22 Saya boleh ketawa tentang kesilapan yang telah saya lakukan. 23 Saya bertanggungjawab tentang fikiran dan tindakan saya. 24 Saya berterus terang apa yang saya fikirkan.
25 Saya menerajui kehidupan yang seimbang. 26 Saya adalah manusia yang suka kepada cabaran.
27 Bila saya bercakap dengan orang lain saya akan bertentangan mata. 28 Dengan ikhlasnya saya sayang apa yang ada pada diri saya.
29 Setiap hari saya bersenam untuk menjaga kesihatan.
30 Saya fikir adalah penting untuk bersiap sedia menghadapi kejayaan.
JUMLAH