• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. KAK3013 Tugasan Sem 1 2014 15 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "1. KAK3013 Tugasan Sem 1 2014 15 1"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

KAK3013

Matematik Untuk Kanak-Kanak

(Mathematics For Young Children)

[PANDUAN KERJA KURSUS]

SEMESTER 1, SESI 2014_15

ARAHAN

1. Kursus KAK 3013 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B (Forum) sahaja.

2. Jawab KESEMUA tugasan tersebut.

3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui link yang tertentu dalam myguru3.

4. Tempoh masa penghantaran tugasan mestilah dipatuhi. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu tidak akan dilanjutkan.

(2)

KATEGORI TUGASAN

Bahagian A ini mengandungi 2 (DUA) tugasan iaitu Tugasan 1 dan Tugasan 2.

TUGASAN 1: (Individu)

Apakah implikasi teori pembelajaran Piaget dan Vigotsky dalam pembelajaran matematik prasekolah.

20 markah

Minggu ke 6

TUGASAN 2: (Individu)

Bagi setiap tajuk yang tersenarai di bawah, rancangkan 1 (SATU) aktiviti pengajaran matematik kapada kanak-kanak prasekolah yang melibatkan penggunaan sama ada bahan konkrit, media atau teknologi. Setiap aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 30 minit. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri.

Tajuk 1: Konsep graf.

Tajuk 2: Konsep awal nombor, iaitu padanan.

20

Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru3. Pelajar perlu menjawab setiap soalan forum yang diberikan

SEBANYAK SEKALI

(SEKURANG-KURANGNYA). Kepada setiap soalan forum itu juga, pelajar perlu memberi kementar kepada mana-mana DUA (2,

SEKURANG-KURANGNYA) jawapan yang diberi oleh rakan pelajar yang lain. Jawapan dan komentar mestilah diselesaikan dalam tempoh yang

(3)

dinyatakan sahaja (Peringatan: lanjutan tarikh forum tidak akan dilakukan). Kualiti jawapan dan komentar yang anda beri akan diambilkira dalam menentukan markah terhadap respond yang anda berikan. Berikut adalah soalan forum:

Soalan Forum 1:

Bincangkan kepentingan asimilasi dan akomodasi dalam proses membina ilmu pengetahuan kanak-kanak.

Soalan Forum 2:

Bincangkan kepentingan pengajaran matematik kepada peringkat awal kanak-kanak.

Soalan Forum 3:

Bincangkan miskonsepsi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik awal kanak-kanak.

Soalan Forum 4:

Bincangkan kesesuaian penggunaan ICT dalam pengajaran matematik awal kanak-kanak.

Soalan Forum 5:

Bincangkan peringkat pengiraan yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah.

JUMLAH MARKAH KERJA KURSUS 60

MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR 40

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 100

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

(4)

KERJA KURSUS

A Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

A- Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

B+ Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.

B Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).

B- Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).

C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

D Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

(5)

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS

PERINGATAN!!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.

iv. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.

v. Berhubung dengan tutor E-Learning anda.

vi. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

vii. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.

viii. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

Referensi

Dokumen terkait