• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh proposal kajian tindakan Kela

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Contoh proposal kajian tindakan Kela"

Copied!
40
0
0

Teks penuh

(1)

ISI

KANDUNGAN HALAMAN Penghargaan 9 Abstrak 10 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 11 2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan 11 - 12 3.0 Objektif Kajian 12 4.0 Kumpulan Sasaran 12 5.0 Tindakan yang dicadangkan : 5.1 Tinjauan Masalah 13 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 13 5.3 Melaksanakan Tindakan 13 - 17 5.4 Penilaian 17 5.5 Refleksi Kajian 17

6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya 17 - 18 7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian 18 8.0 Rujukan 18 9.0 Lampiran 19 - 20

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada hadrat ilahi kerana

dapat menyiapkan kajian tindakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga hasilan kajian tindakan ini menjadi titik tolak kepada saya untuk melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu P&P

(2)

Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara, mewujudkan keadilan sosial serta menentukan hala tuju generasi akan datang. Untuk

merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah sewaktu P&P dengan mengadakan kajian tindakan .

Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, guru seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang seimbang serta harmonis. Dalam hal ini, tujuan pendidikan di Malaysia juga adalah untuk menerapkan nilai moral dan rohani kea rah pembentukan individu yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan memainkan peranan penting dalam semua aktiviti sekolah kearah melahirkan modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian tindakan ini hala tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan pendidikan bertaraf dunia dapat dijayakan.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN JAWI MELALUI PROGRAM

“BIJAK JAWI”

Pn. Faizah binti Haji Ahmad

SK. Dato’ Panglima Kinta, Jalan Tun Perak, 30200 Ipoh ,Perak. ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid tahun 3 terhadap ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab. Seramai 25 orang pelajar tahun 3 , SK. Dato’ Panglima Kinta , Ipoh dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

(3)

kepada teknik mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dan membezakan perkataan pinjaman dan bukan perkataan pinjaman.

Teknik ‘Bijak Jawi’ – murid telah didedahkan kepada teknik ‘Bijak Jawi’ selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu . Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula

menunjukkan murid lebih mengingati dan dapat membezakan perkataan pinjaman bahasa Arab dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk perkataan pinjaman bahasa Arab melalui teknik ‘Bijak Jawi’.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama pelajar tidak dapat markah penuh dalam mata pelajaran Jawi ialah ketidakmahiran mereka menjawab perkataan pinjman dalam bahasa arab dan bahawa Inggeris.Walaupun soalan in hanya melibatkan 40 markah tetapi kebanyakan pelajar tidak menjawab dengan lengkap soalan tersebut, malah terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung.Ramai pelajar yang menjawikan perkataan pinjaman mengikut kaedah ejaan jawi sedangkan perkataan pinjaman tidak boleh dieja dengan kaedah ejaan jawi tapi dikekalkan ejaan pinjaman tersebut. Justeru itu pelajar sukar mendapat markah A dalam matapelajaran Jawi. Implikasinya peratus pelajar yang mendapat A dalam PKSR Matapelajaran Jawi masih kurang.

Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Jawi tahun 3 ,mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar akan

meninggalkan soalan bahagian ejaan jawi pinjaman bahasa Arab atau Inggeris atau memberikan jawapa yang tidak betul ejaannya.Pelbagai alasan yang mereka berikan contohnya , “….susah la ustazah”, “tak tau la….!”, tak reti ustazah!” dan

sebagainya .Ekoran daripada masalah itu, kadang-kadang saya menjadi keliru dengan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran saya.

(4)

senang sedangkan ada murid yang masih tidak dapat menguasai ejaan jawi kerana tidak mengenali huruf jawi.Berdasarkan beberapa faktor di atas, saya rasa

terpanggil untuk membaiki keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan menggunakan Program yang saya namakan “Bijak Jawi”.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

(a) Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSR bahagian ejaan pinjaman .

(b) Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.

(c) Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan peperiksaan.

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab soalan matapelajaran jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Kajian ini penting bagi menggalakkan murid dari tahun 3 yang menjawab matapelajaran jawi agar sentiasa berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya mendapat markah penuh dan melayakkan mereka mendapat gred A.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 3 dapat menjawab soalan matapeajaran Jawi dengan lengkap dan mendapat markah maksimum atau 35 hingga 40.

3.2 Objektif Khusus :

(a) Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman .

(b) Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan tersebut.

(c) Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan dengan betul.

(d) Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif semasa sesi perbincangan atau P&P terutama aktiviti ejaan jawi bahagian perkataan pinjaman . (e) Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.

4.0 KUMPULAN SASARAN

(5)

untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar tahun 3 bagi membolehkan semua murid menikmati insentif ini dan dapat menunjukkan hasil sebagaimana yang

diharapkan.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk

memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut :

1. Murid yang lulus menjawab soalan bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab adalah 10% sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan mereka hanya meneka jawapan yang diberi.

2. Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkan murid-murid lemah pada mengenal perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak boleh mengeja perkataan pinjaman tersebut.

3. 10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.

5.3 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Program Kamus Ejaan Jawi Cara Pelaksanaan :

 Guru menyediakan 5 perkataan pinjaman bahasa Arab sehari yang di ambil daripada buku teks yang dipelajari dan menjadikannya kamus.

(6)

 Pelajar akan menghafal ejaan tersebut dan akan ditasmik bacaannya oleh guru pada keesokan harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki ditasmik terlebih dahulu oleh ibubapa mereka di rumah.

 Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik bacaan mereka .  Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan mestilah di

dapatkan apabila pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan bukti.

 Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan kelas dengan mengadakan tasmik / ‘spelling’ setiap kali waktu pelajaran jawi (satu masa pada setiap minggu).

 Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid akan menyoal ejaan yang telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan ditulis markah . Permainan ini boleh diadakan ketika P&P matapelajaran jawi atau sebagai pengayaan dan aktiviti waktu terluang seperti waktu rehat dan waktu balik.

Pemerhatian

Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti 1 mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh pelajar. Semua murid bersungguh-sungguh untuk mengambil bahagian dan sokongan daripada pihak ibubapa juga

memberangsangkan dimana 20 daripada 25 pelajar telah disemak ejaan mereka secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. Perkataan pinjaman yang diberi susah untuk mereka mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya mereka meminta untuk ditambah perkataan iaitu lebih daripada 5 perkataan sehari. Refleksi

Hasil daripada aktiviti 1 didapati murid dapat menguasai ejaan tanpa

dipengaruhi ejaan jawi mengikut suku kata. Hasil program ini juga didapati markah bagi mengenal perkataan pinjaman meningkat dan murid dapat membezakan antara ejaan pinjaman bahasa Arab, Inggeris dan bukan pinjaman.

Aktiviti 2 : Pogram bijak kamus. Cara Pelaksanaan ;

 Setelah pelajar dapat mengeja perkataan yang diberi pelajar diminta untuk mengingati cara menulis perkataan tersebut . Penekanan diberikan cara

(7)

 Pelajar diajar cara-cara mencatat dan mengeja iaitu mencatat perkataan yang meggunakan buku pada aktiviti 1 untuk menjimatkan kos dan buku tersebut akan disemak oleh guru.

 Murid juga boleh menjalankan aktiviti meneka ejaan dan tulis bersama pelajar lain.

Pemerhatian

Buku akan diberi kepada setiap murid untuk dijadikan kamus didapati

digunakan dengan sepenuhnya. Buku itu juga dijadikan oleh mereka sebagai buku latihan menulis setelah mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab yang telah diberi.

Ada murid menyediakan buku khas untuk mereka menjalankan latihan ejaan yang telah

diberi. Setelah mereka menguasai menulis didapati mereka dapat menyebut ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dengan baik.

Refleksi

Saya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumba-lumba dengan rakan mereka untuk memperbanyakkan ejaan dan seterusnya dapat menulis ejaan tersebut. Mereka juga menggunakan waktu terluang mereka dengan menguji minda sesame rakan mereka mengenai ejaan yang diberi. Pertandingan berpasangan banyak membantu mereka untuk lebih berusaha.

Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak mengenal huruf , mereka akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu mereka akan berjumpa guru pada setiap pagi (sebelum P&P) untuk diberi bimbingan.

(8)

 Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-merta dengan cara membuat perbincangan bersama pelajar.

Pemerhatian

Setelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka bersemangat untuk menjawab . Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa mengambil masa yang lama .

Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada mereka dan dapat menjawabnya dengan penuh yakin.

Refleksi

Selepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan bagi perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak lagi keliru dengan kaedah ejaan tulisan jawi yang bukan perkataan pinjaman.

Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat tapi dapat menyebut perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana mereka pada asalnya masih belum mengenal huruf-huruf jawi dengan baik.Kumpulan murid ini akan diberi bimbingan pemulihan dan diadakan aktiviti yang serupa secara pengulangan apabila mereka telah menguasai dan mengenali semua huruf jawi. Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan adalah menggalakkan berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada 25 orang murid telah dapat menjawab soalan pinjaman bahasa Arab tanpa gagal dan manakala 12 orang daripadanya didapati cemerlang

5.4 Penilaian

Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf. Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran

menyambung huruf dan memantau kekemasan tulisan dan tulisan boleh dibaca. Di dalam peperiksaan tidak ada yang mendapat ‘E’ , tetapi masih ada yang

mendapat ‘D’ tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis murid mulai kemas dan dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

5.5 Refleksi Kajian

Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah focus kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 23 orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E manakala bakinya mendapat D iaitu mendapat 35 dan 38 markah.Keberangkalian untuk penambahan lulus adalah tinggi.

(9)

Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapatkan markah bagi bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab . Ini turut membantu peningkatan markah bagi matapelajaran Jawi . Aspek pemasalahan yang lain adalah

merangkumi kemahiran menyambung huruf menjadi perkataan. Kemahiran ini harus ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk menjalankan aktiviti tersebut. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih berkesan dicadangkan diadakan kelas tambahan seperti sebelah pagi (sebelum P&P) atau waktu balik (selepas P&P).Ini kerana masa untuk matapelajaran Jawi hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan proses menjalankan aktiviti kurang lancar.

Pada peringkat awal aktiviti, guru terpaksa mengingatkan murid untuk menyalin perkataan yang ditulis dipapan kenyataan. Ada murid yang tidak menyalin dengan alasan lupa dan murid ini telah diberi amaran dan denda. Denda yang saya gunakan adalah dengan menyuruhnya menyalin satu muka surat setiap satu perkataan dan mengingat perkataan tersebut . Masanya adalah selepas P&P, murid ini dipanggil dan diberitahu kepada ibubapa untuk lambat mengambil pelajar tersebut.

Responnya selepas itu tiada lagi pelajar yang tidak menyalin , mereka pasti menyalin di papan kenyataan atau menyalinnya dengan kawan mereka. 7.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil. Aktiviti Tempoh / Tarikh

pelaksanaan 1. Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal 28 April 2011 2. Menulis kertas cadangan / proposal kajian 04 Mei 2011 3. Merancang tindakan – (individu / panitia) 11 Mei 2011

4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 18 Me 2011

5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

22 Mei 2011 6. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 15 Jun 2011 7. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

awal

8 April 2011

8. Menulis Proposal Kajian 22 Oktober 2011

9. Merancang tindakan – (individu / panitia) 11 Mei 2011 10. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 18 Mei 2011 11. Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan 1

2 Mei 2011 12. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 15Jun 2010 13. Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan 2

(10)

BIBLIOGRAFI

Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah. Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian

Tindakan 2008(TUNTAS).Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

LAMPIRAN 1 : Contoh buku kamus jawi yang dibina

˜ÌJ¿BmjI ÆÕBVÍA ÐAj†jI ÆÕBVÍA ÌÍÝ¿ pBÈI Å•ÝÎI

i̸q i Ë º t .1

ÅÍhÍA Æ Ð g Ð A .2

SZI T ` L .3

ÑÝu Ñ A ¾ x .4

jθÍg i Ð º Ð g .5

LAMPIRAN 2 : Contoh Soalan bagi aktiviti 2

˜ÌJ¿BmjI ÆÕBVÍA ÐAj†jI ÆÕBVÍA ÌÍÝ¿ pBÈI Å•ÝÎI

.1 .2 .3 .4 .5

LAMPIRAN 3 : Contoh jawapan bagi aktiviti 2

(11)

i̸q i Ë º t .1

ÅÍhÍA Æ Ð g Ð A .2

SZI T ` L .3

ÑÝu Ñ A ¾ x .4

jθÍg i Ð º Ð g .5

LAMPIRAN 4: Contoh aktiviti 1 (Tasmik)

ÅmÌMÌŒ· Á»Ae ÆÕBVÍA

ÌÍÝ¿ pBÈI

²ËjY ÅÍAj† ÅÀVÄΊ

ÆÕBMB·jŠ Lj§ pBÈI

Å•ÝÎI

½™B™ p̻̻ i Ë º t i̸q .1

Æ Ð g Ð A ÅÍhÍA .2

T ` L SZI .3

Ñ A ¾ x ÑÝu .4

i Ð º Ð g jθÍg .5

Ditasmik oleh : Ditasmik oleh : Ditasmik oleh :

……… ……… …… ………

( ) ( ) ( )

(12)

Kertas Cadangan Kajian Tindakan - Tugasan 2

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KPR 5063

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SALAM’

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. MADYA DR. HAJI ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

DISEDIAKAN OLEH:

(13)

KERTAS CADANGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SALAM’

1.0 Tajuk Kajian

Penggunaan kaedah ‘SALAM’ (Sentuh Abjad Lantas Arif Membaca) dalam meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dalam subjek Pendidikan Islam di kalangan murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru.

2.0 Nama Pengkaji

Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh murid seawal darjah 1. Mata pelajaran ini diajar di sekolah bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang celik jawi dan berakhlak mulia. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam ini bukan sahaja menerapkan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran malah turut menekankan aspek-aspek yang berkaitan dengan nilai-nilai moral yang perlu ada sebagai seorang muslim. Oleh yang demikian, murid-murid akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.

Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu muslim. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang individu tidak akan dapat menguasai bacaan Al-Quran. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa jawi perlu diterapkan diperingkat awal umur seorang kanak-kanak. Dengan ini mereka akan dapat membaca Al-Quran dengan baik dari segi bacaan serta tajwidnya. Untuk mencapai matlamat ini, satu kaedah yang dikenali sebagai ‘SALAM’ telah diperkenalkan di mana ia telah dijadikan formula yang mudah bagi menguasai huruf jawi.

(14)

4.0 Penyataan Masalah

Mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan asas permulaan kepada pengetahuan murid tentang mata pelajaran Pendidikan Islam akan datang di peringkat sekolah menengah. Selain itu juga, asas dalam pembacaan Al-Quran memerlukan penguasaan murid terhadap huruf-huruf jawi.

Satu temu bual telah dijalankan di antara pengkaji dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar, seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru di mana beliau telah menceritakan serba sedikit berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam kelasnya. Beliau mendapati bahawa murid dalam kelasnya tidak dapat menguasai huruf jawi dengan baik. Ini berikutan pemerhatian yang dijalankan oleh guru terbabit dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Beliau turut mempunyai tujuh tahun pengalaman mengajar murid tahun 1.

Permasalahan ini dikenal pasti apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi dengan pendekatan nyanyian, murid dapat menyebut huruf jawi dengan jelas dan tepat. Tetapi apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi secara individu iaitu tanpa nyanyian, murid menghadapi masalah untuk menyebut huruf jawi malah teragak-agak sebutannya. Ini bermaksud kaedah nyanyian bagi sebutan jawi tidak berjaya meningkatkan kemahiran murid menguasai huruf jawi dengan tepat walaupun kaedah ini menyeronokkan murid.

5.0 Objektif Kajian

5.1 Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dengan baik.

5.2 Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan bukannya menghafal.

5.3 Murid dapat membina kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah “SALAM”.

5.4 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

6.0 Metodologi Kajian 6.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut Model Stringer (2004)

(15)

 Masalah dapat dikenal pasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Cikgu Halil semasa sesi pengajaran dan pembelajaran beliau dalam kelas di mana Cikgu Halil telah meminta murid dalam kelas tersebut menyebut huruf-huruf jawi secara individu. Melalui kaedah ini, Cikgu Halil dapat mengesan dan mengenal pasti murid yang menguasai dan tidak menguasai huruf jawi.

Langkah 2: Mengumpul Data

i. Dalam kajian ini, terdapat dua kaedah yang digunakan untuk mengumpul data antaranya melalui pemerhatian dan ujian pra. Melalui pemerhatian yang dijalankan, guru tersebut memberitahu bahawa masalah timbul apabila beliau meminta muridnya menyebut huruf jawi secara individu.

ii. Setelah mengenal pasti masalah, satu ujian pra telah dijalankan ke atas murid-murid tersebut bagi mendapatkan jumlah murid yang berjaya menguasai dan tidak menguasai huruf jawi. Ujian Pra mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila rujuk Lampiran 1)

Langkah 3: Menganalisis Data

 Data yang diperolehi melalui ujian pra yang dilakukan adalah seperti berikut:-o Menyebut huruf secara individu

Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)

Menguasai 4 36

Tidak menguasai 7 54

o Bacaan secara tertib alif hingga ya

Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)

Menguasai 3 27

Tidak menguasai 8 63

o Bacaan menurun ya hingga alif

(16)

Langkah 4: Menyampai Hasil

 Analisis data menunjukkan majoriti murid tidak menguasai huruf jawi dengan baik. Mereka keliru antara huruf ‘Ha’ dengan ‘Kho’ dan ‘Qhof’ dengan ‘Kaf’. Selain itu, mereka juga hanya boleh menyebut huruf mengikut bacaan secara tertib iaitu ‘alif’ hingga ‘ya’ tetapi sebaliknya berlaku sekirannya mereka diminta menyebut huruf secara menurun iaitu daripada ‘ya’ ke ‘alif’ ataupun secara rawak.

Langkah 5: Mengambil Tindakan

 Beberapa aktiviti telah dicadangkan kepada guru tersebut untuk menangani masalah tersebut. Antara aktiviti tersebut adalah seperti

berikut:-Aktiviti 1: Kaedah menggunakan jari bermain kad blok huruf. Dalam aktiviti ini, murid akan menggunakan jari bermain blok huruf yang dibuat daripada mountin board. (Blok ini akan ditampal di dinding). Di sini, murid juga akan belajar mengikut bentuk huruf dengan kaedah yang betul.(Sila Rujuk Lampiran 2).

Aktiviti 2 : Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada aktiviti pertama. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut dan menunjukkan huruf jawi satu persatu dengan menggunakan bongkah huruf tersebut. (Sila Rujuk Lampiran 3)

Aktiviti 3 : Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM iaitu dengan menggunakan BUKU SALAM 1. Kaedah ini adalah seperti kaedah yang digunakan untuk belajar ‘IQRA’. Dalam aktiviti ini, guru akan meminta murid menyebut huruf berpandukan Buku SALAM 1 secara individu. Murid akan menyebut huruf seperti membaca Iqra’. Aktiviti ini perlu dilakukan setiap hari sehingga habis buku SALAM 1. Dengan aktiviti ini, murid akan dapat menguasai huruf jawi dengan baik. (Sila Rujuk Lampiran 4) 6.2 Sasaran Kajian

Kajian ini melibatkan 11 orang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan dan seorang guru yang mengajar Pendidikan Islam Tahun 1.

6.3 Instrumen Kajian a) Mengumpul Data

(17)

lebih mendalam berkenaan masalah tersebut. Dua kaedah telah digunakan untuk mengutip

iii. Temubual – Satu sesi temubual telah diadakan bersama dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar bagi mengenal pasti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah tersebut.

iv. Ujian Pra – Setelah masalah dikenal pasti, satu ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk melihat sejauh mana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian Pra tersebut mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila Rujuk Lampiran 1)

b) Semasa Pelaksanaan Tindakan

Setelah analisis tinjauan dijalankan, guru akan mengumpulkan murid dalam kumpulan sasaran dan satu kaedah baru akan diperkenalkan di mana ianya mengandungi tiga aktiviti:

 Aktiviti 1 – Menggunakan jari bermain kad blok huruf

 Aktiviti 2 – Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf  Aktiviti 3 – Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM.

(Sila Rujuk Lampiran 2,3 & 4)

c) Selepas Pelaksanaan Tindakan

Ujian Pos akan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian murid selepas pelaksanaan tindakan di mana ujian tersebut mengandungi soalan yang sama seperti Ujian Pra. Perbandingan akan dibuat untuk mengetahui samada ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan berkesan atau tidak ke atas tahap penguasaan murid dalam huruf jawi.

6.4 Metod Analisis

(a) Temubual – Analisis untuk mengenalpasti dan memahami masalah murid dalam pengguasaan huruf jawi.

(b) Ujian Pra dan Ujian Pos – Analisis markah murid.

7.0 Kesignifikan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah khususnya guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk guru-guru di seluruh Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

(18)

Jenis Perbelanjaan Jumlah

Perjalanan (Tg Malim – Johor Bahru)

- RM 40 x 4 orang RM 160

Percetakan laporan RM 8

Lain-lain belanja RM 10

JUMLAH RM 178

9.0 Jadual Pelaksanaan

Bil Perkara Tarikh

1 Mesyuarat Jawatankuasa (Pengumpulan data awal) 23.08.10

2 Temuduga guru 08.09.10

3 Penulisan kertas cadangan 12.09.10

4 Mereka bentuk tindakan (Mengenal pasti masalah) 14.09.10

5 Mengumpul data 17.09.10

6 Menganalisis data 21.09.10

7 Menyampaikan hasil 25.09.10

8 Mengambil tindakan 27.09.10

9 Refleksi dan penilaian kajian 01.10.10

10 Penulisan laporan kajian 04.10.10

10 Pembentangan dapatan kajian (Pemurnian laporan) 10.10.10

(19)

Othman Bin Lebar. (2009). Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Tanjung Malim.

ISI KANDUNGAN Abstrak 1.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu2.

Fokus Kajian3.

Objektif Kajian3.1

Objektif Am3.2

Objektif Khusus4.

Kumpulan Sasaran5.

Pelaksanaan Kajian5.1

Tinjauan Masalah5.1.1

Pemerhatian5.1.2

Ujian Pengesanan5.2

Analisis Tinjauan Masalah5.2.1

Analisis Pemerhatian5.2.2

Analisis Ujian Pengesanan5.3

Tindakan yang dijalankan5.4

Pelaksanaan Aktiviti5.4.1

Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tandadan Baris5.4.2

(20)

Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah5.4.4

Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra’ setiap hari satu muka surat

Proposal contoh

Boleh baca dan kongsi..

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

ABSTRAK

Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakan hasrat kerajaan yang amat

mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan

pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah.

Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran

menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara

berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan kepada

semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yang sedang dilaksanakan di

sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang

semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan menguasai tulisan jawi dengan

baik serta dapat melaksanakan amal ibadat dengan baik dan sempurna. Maka kajian yang akan

dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran

Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang sering dilaksanakan di Sekolah Rendah. Kajian akan

menilai tahap kefahaman Bahasa Arab dari segi kemahiran menulis dan menjawab soalan lisan

dan bertulis dengan betul serta memberi gerak balas atau respon yang betul kepada pembelajaran

mereka.

Kajian ini akan menggunakan model kajian yang djalankan oleh E.C.Bryant (1974)

yang menjelaskan bahawa faktor latar belakang dan proses pendidikan seperti faktor persekitaran

pelajar termasuk kemahiran komunikasi guru dan aspek pengetahuan akan mempengaruhi

(21)

kemahiran komunikasi guru sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah tahap kefahaman

pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pentingnya kajian ini kerana ia amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana

Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab semenjak di sekolah

rendah. Kajian ini juga ialah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka

dan membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar dan guru khususnya guru yang

terlibat dengan pengajaran tahap 1 sekolah rendah. Selain itu kajian ini akan dapat membantu

mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah

rendah untuk mempelajari Bahasa Arab. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan

kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan

pelajaran jawi dengan lebih mantap Di samping itu dapat meningkatkan peranan komunikasi guru

dalam menentukan keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di sekoalh rendah. Amat diharapkan

kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam

merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24 April 2004 di

SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan

memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan sedang dijalankan

oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak sekolah

(22)

1.0 Pendahuluan

Projek j-QAF merupakan satu aspirasi murni untuk merealisasikan pendidikan Bahasa

Arab, Jawi dan Fardhu Ain. Susunan model-model dalam program ini amat terancang dan relevan

untuk dimajukan dari semasa ke semasa. Sememangnya projek ini amat dialu-alukan oleh

golongan pendidik khususnya golongan pendidik bidang Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain di

seluruh Malaysia. Walaupun program ini melalui tempoh masa yang masih muda dan belum

mencapai tempoh lima tahun, umumnya golongan waris dan pendidik memberi sambutan yang

sangat baik untuk kita terus memartabatkan projek ini. Di samping kajian-kajian,

pandangan-pandangan positif daripada golongan terlibat amat dialu-alukan bagi membantu memperkasakan

lagi pelan baik ini.

Justeru, penulis merasa terpanggil untuk melihat keberkesanan dan hasil pencapaian

program yang masih di anggap baru ini. Selain dapat menganalisis hasil pencapaian program dan

mencari rangka penambahbaikan, penulis amat berharap agar dapat melihat dan menganalisis

kaedah dan modul yang digunapakai dalam projek ini demi memartabatkan bidang keguruan

j-QAF dan pendidikan j-j-QAF itu sendiri. Selain itu kajian ini adalah kesinambungan daripada

kajian pertama dahulu.

Maka berdasarkan hakikat ini penulis mencuba untuk melaksanakan kajian ini iaitu :

Kemahiran Komunikasi Guru Dalam Aktiviti Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

Sekolah Rendah.

2.0 Penyataan Masalah

Proses pendidikan yang baik semestinya akan membuahkan hasil produk yang baik dan

bersumberkan kepada kaedah yang jelas. Hasil yang baik dan mantap biasanya dijadikan sebagai

penanda aras terhadap kejayaan dan kegagalan sesebuah program. Tanpa melalui proses

muhasabah atau “postmortem” sesuatu program, kita seumpama berjalan tanpa panduan dan

pedoman. Untuk maju kehadapan kita harus mempunyai dasar dan asas yang kukuh. Pendidikan

(23)

akan melahirkan manusia dan bangsa yang kuat dan mulia. Bagi menjamin agar pendidikan itu

berupaya membentuk manusia dan bangsa yang kuat, ia harus dibangun dan dikembangkan di

atas asas-asas dan model-model yang kukuh.

Maka, kajian ini cuba untuk melihat kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti

pengajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga akan membantu menambah baik dan mengukuhkan lagi

kemahiran komunikasi guru dan memantapkan lagi kaedah pengajaran Bahasa Arab khususnya

pengajaran di sekolah.

Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan perkara-perkara

yang berhubung kait dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah tetapi sangat sedikit kajian

yang meninjau perihal dan permasalahan pendidikan di peringkat rendah.

Justeru itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab dan amat berminat berjuang

untuk meninjau beberapa proses pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan kepada model

j-QAF. Tinjauan ini adalah bagi mengenalpasti samada kemahiran komunikasi guru dapat

menjadi sumbangan dan motivasi atau dapat menanam rasa cinta dalam diri pelajar untuk

memahami Bahasa Arab dan belajar dengan lebih tekun seterusnya berjaya dalam pendidikan

Bahasa Arab dan Jawi serta dapat meneroka pembacaan Al-Quran dengan lebih baik.Uguroglu

(1982) mengatakan bahawa motivasi merupakan pembolehubah yang paling rapat dengan

pencapaian pelajar.

Stipek (1984) pula mengatakan bahawa perlunya motivasi dalaman pelajar untuk belajar.

Beliau percaya bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi dalaman pelajar.

Antaranya ialah dengan memberikan tugasan yang mencabar, penggunaan bahasa positif dalam

kelas dan pembelajaran secara koperatif. Eccless, Midgeley dan Adler (1988) menyokong

pandangan ini dan mengatakan bahawa motivasi akan meningkat jika pelajar diberikan lebih

banyak autonomi dan kawalan terhadap pembelajaran mereka. Pandangan mereka amat

bersesuaian dengan penggunaan model-model j-QAF yang banyak melaksanakan teknik latih tubi

dan teknik penekanan ingatan. Manakala guru-guru j-QAF pula memberikan perhatian serta

(24)

mendekati pelajar melalui teknik pujukan dan belaian agar pelajar dapat merasai keseronokan

belajar .

Selain daripada pengkaji-pengkaji yang tersebut, terdapat ramai lagi pengkaji bahasa yang

menjalankan kajian mereka untuk melihat dan menguji sesuatu perjalanan program yang telah

dirancang dalam tempoh-tempoh tertentu. Pernyataan mereka amat bermakna untuk pengkaji

melihat perjalanan program j-QAF ini demi mempertingkatkan pengajaran Bahasa Arab dan

Jawi.

Antara objektif projek j-QAF ialah untuk memperkasakan Bahasa Arab , Jawi dan

Al-Quran. Objektif ini telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran berdasarkan laporan sekolah

terhadap kelemahan pelajar menguasai ketiga-tiga bidang tersebut. Jadi, tajuk ini amat bertepatan

dalam suasana pendidikan sekarang. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi sedikit gambaran

berkenaan hasil program j-QAF yang sedang diperkasakan.

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di

Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah

yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat

diringkaskan seperti berikut:

i. Segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan

samada aspek pengajaran dan pembelajaran yang berunsur pemulihan dan aspek penekanan

rohani.

ii. Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa

aktiviti anjuran sekolah.

iii. Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang

(25)

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian ini perlu

dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa

pertimbangan dengan tidak meminggirkan pendapat dan komen daripada pihak-pihak tertentu.

Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud

permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan

dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian pelajar berdasarkan

(26)

3.0 Kepentingan Kajian.

Pentingnya kajian ini kerana ianya amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana

Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab dan memahaminya

dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah lagi. Justeru kajian ini adalah sebagai satu usaha

penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan

sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul kemahiran komunikasi

guru yang lebih sesuai dan mantap dan bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya pelajar yang

berada di tahap 1 sekolah rendah.

Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber

pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab,

Jawi dan Al-Quran. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk

membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi. Di

samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa Arab sebagai wadah penting dalam proses

penitisan ilmu-ilmu Islam dan subjek-subjek yang berteraskan keagamaan.

Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada

sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri

Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain

itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang

telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi

membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti berikut:

3.1 Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama warga pendidikan

tentang keberkesanan model-model j-QAF serta kaedah-kaedah yang dijalankan melalui

projek-projek yang telah dilaksanakan dan sedang dirangka seperti projek-projek j-QAF. Projek ini diharap

dapat mendidik para pelajar menjadi insan yang celik Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran di

(27)

3.2 Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya bahagian Pendidikan Islam bagi

mengkaji, menilai, menambah baikan dalam merangka Kurikulum Sistem Pendidikan Islam dan

projek j-QAF di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa akan datang melalui analisis kajian.

3.3 Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian dan mantap dalam kurikulum pendidikan

Islam khusunya program j-QAF di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

3.4 Memberi dorongan kepada seluruh warga pendidikan agar dapat menghayati kaedah dan

prinsip-prinsip pendidikan Islam menerusi program yang disediakan. Seterusnya dapat

merealisasikan objektif projek j-QAF seperti dihasratkan oleh Menteri Pelajaran serta

(28)

4.0 Objektif Kajian.

4.1 Mengenalpasti kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti

pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.3 Melihat hubungan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti

pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.4 Meninjau bagaimana pelaksanaan kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Mata

(29)

5.0 Soalan Kajian

1. Apakah jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti Mata Pelajaran

Bahasa Arab?

2. Apakah terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar dalam Mata

Pelajaran Bahasa Arab?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran komunikasi

guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran

Bahasa Arab?

4. Apakah teknik-teknik pelaksanaan kemahiran komunikasi guru dalam

(30)

6.0 Batasan Kajian.

Fokus kajian ini akan melihat dan meninjau kemahiran komunikasi guru dalam mata

pelajaran Bahasa Arab dari aspek kefahaman pelajar.

Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus kepada beberapa

kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilaksanakan oleh guru di sekolah

rendah dan hanya akan melibatkan tahun 1 hingga tahun 2 sahaja. Kajan ini akan meliputi

Kurikulum Pendidikan Islam KSSR dan model Pembelajaran Bahasa Arab Kementerian

Pelajaran Malaysia. Oleh itu kurikulum-kurikulum yang lain dari kurikulum KSSR Pendidikan

Islam dan model-model j-QAF selain daripada yang disebut di atas ( Model Pemulihan Jawi,

Model Tasmik Al-Quran dan Bestari Solat) adalah terkeluar dari skop kajian ini dan tidak akan

(31)

7.0 Sorotan Karya

Di dalam mendapatkan data dan maklumat tentang kajian ini, penulis telah melakukan

tinjauan terhadap kajian-kajian lampau yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian

penulis. Menurut Abd. Rahim (1999), daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah

dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar.

Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan

menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ketandusan unsur

kreatif dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat

dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Zawawi Hj Ahmad (1988) Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM.Fajar Bakti :

Kuala Lumpur. Buku ini menerangkan tentang kaedah dan strategi yang diguna pakai dalam

pengajaran pendidikan Islam KBSM. Ia menyentuh secara langsung tentang peranan guru dan

kaedah yang boleh digunakan oleh mereka ketika sessi pengajaran dan pembelajaran. Buku ini

amat berguna kepada penulis dalam membuat penilaian dan perbandingan dalam kurikulum

pendidikan j-QAF di Malaysia dengan pelaksanaanya secara langsung oleh guru dan isu-isu

pendidikan Islam kini.

Prof. Dr. Hassan Langgulung (2002) Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam

dan Sains Sosial, Gaya Media Pratama : Jakarta. Isi buku ini merupakan himpunan tulisan Prof .

Hassan Langgulung dalam berbagai seminar dalam dan luar negara. Ia mengandungi tema-tema

penting yang berkaitan dengan falsafah pendidikan seperti “Pendidikan menghadapi abad ke

21”, “Falsafah pendidikan guru”, “Falsafah Pendidikan di Malaysia” , “Falsafah Pendidikan

Islam” dan lain-lain. Buku ini mengandungi fakta-fakta dan huraian yang amat penting kepada

penulis untuk memahai isi dan falsafah pendidikan Islam di Malaysia dan dalam usaha untuk

membuat perbandingan tentang keberkesanan sesuatu kaedah model pengajaran

Prof. Dr.Muhammad Hamid Al-Affendi et. al(1980) Curriculum and Teachers

Education, King Abd Aziz Universiti: Jeddah. Buku ini mengandungi kompilasi penulisan

(32)

menghadapi dan memerangi dualisme kurikulum dalam pendidikan di negara-negara umat

Islam. Antara penulis dalam buku ini ialah Prof Ahmed al-Beely yang menulis” Konsep

Kurikulum Pendidikan Islam”, Prof. Dr Ahmad Shalaby yang menulis “ Kurikulum Pendidikan

Islam” Prof Afzalur Rahman yang menulis” Pendidikan Islam Kanak-kanak Islam di Barat dan

masalah kurikulum dan Sukatan Pelajaran”. Buku ini amat berguna kepada penulis di dalam

menilai sistem pendidikan di Malaysia dengan kurikulum pendidikan Islam yang juga

dilaksanakan di negara-negara Islam seluruh dunia.

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di

Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah

yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat

diringkaskan seperti berikut:

iv. segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan

samada aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek rohani.

v. Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa

aktiviti anjuran sekolah.

vi. Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang

dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian perlu dijalankan

bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa pertimbangan dengan

tidak meminggirkan pendapat dan komen pihak-pihak tertentu. Memandangkan tempoh

pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu

dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

(33)

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan

dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian program yang

(34)

8.0 Metodologi Kajian

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian (1975).

Ia berasal dari bahasa Yunani ; methodos yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian

secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran

penelitian. Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh

manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu

secara kebetulan atau spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah

untuk meninjau kaedah pengajaran Bahasa Arab yang dijalankan oleh guru-guru j-QAF dan guru

BahasArab melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi menganalisis

jenis kemahiran komunikasi guru yang diakasanakan di sekolah. Manakala kajian kualitatif pula

akan meninjau teknik-teknik pelaksanaan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran

B.Arab melalui kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru j-QAF lelaki

dan perempuan dan guru-guru Bahasa Arab yang telah dilantik dan mengajar di sekolah serta

pelajar tahun 1 hingga 2 yang terlibat dengan program j-QAF dan yang belum terlibat. Data

kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan pemerhatian oleh penyelidik

sendiri. Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang

telah dirangka oleh penyelidik. Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi membuat

perbandingan keputusan dan kefahaman pelajar.

8.1 Metod Penganalisaan Data

Data Soal Selidik yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 15.0. Antara ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi melihat hubungan antara kemahiran guru dengan tahap kefahaman pelajar.

8.2 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik berasaskan soalan-soalan yang akan

diubahsuai daripada teknik “ Money Problem Checklist” yang telah diterjemahkan oleh Fakulti

(35)

kajian yang akan dijalankan. Kaedah soal selidik ini terdiri daripada angkubah-angkubah yang

berhubungkait dengan model dan teknik serta penguasaan dan kemahiran guru dalam pengajaran

Bahasa.

9.0 Kerangka Konseptual

Kajian akan berlandaskan kepada Model Bryant (1974). Model ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang mempunyai kaitan dengan hasil pencapaian.

(36)

( Kemahiran KomunikasiGuru)

Persekitaran Pencapaian

Proses Pendidikan Pengaruh lain

Sumber : E.C.Bryant, Association Between Educational Outcomes And Background Variable

Denver : National Assessment Of Educational Progress, 1974, p.5.

Rajah di atas menerangkan bahawa latar belakang dan proses pendidikan memberi impak

ke atas pencapaian seseorang pelajar. Berdasarkan rajah tersebut, maka pengkaji akan meninjau

proses pendidikan yang berlaku di sekolah melalui aktiviti pengajaran yang berkaitan dengan

kemahiran komunikasi guru dan kesannya dalam penguasaan Bahasa Arab.

Maka, dapat dirumuskan bahawa kerangka kajian yang akan dilaksanakan adalah seperti

(37)

10.0 Kerangka Kajian

Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar

Tahap Kefahaman pelajar - dapat menjawab

soalan dengan betul - bertindak balas dengan

betul

- menulis dengan

betul - keputusan ujian yang

baik

Berdasarkan Kerangka Kajian di atas, maka pengkaji akan melihat aspek-aspek yang

berkaitan dengan jenis kemahiran komunikasi yang dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Kemudian, sampel soal selidik akan melibatkan guru dan pelajar

sekolah yang terlibat dengan pembelajaran Bahasa Arab.

(38)

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4

diharapkan dapat memberi maklumat yang positif ke arah penambahbaikan dalam rancangan dan

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah khususnya menjadi respon terhadap

(39)

Bibliografi

Al-Qur’an al-Karim

Al-Hadith al-Syarif

Abd Rahim Abd Rahim. (1999). Pendidikan sejarah: Falsafah, teori dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran (2001), Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Charles Issawi, M.A, (1963), An Arab Philosophy of History, Selections from the Prolegomena of Ibn Khaldun of Tunis (1332-1406), London: J. Murray

Ecless, J., Midgeley, C., Adler, T.F. (1984). Grade-related changes in the school environment: Effects on achievement motivation. In Advances in motivation and achievement, Vol 3. Edited by John, G.N Greenwich, Connecticut, JAI Press, 1984.

Hashim Musa (2001), Falsafah Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

Hassan Langgulung (2003), Asas-Asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pernerbit P. Pustaka al-Husna, cet. 5.

_______________ (1986),, Pengenalan Tamadun Islam Dalam PendidikanKuala Lumpur:DBP

Majid Fakhry, A Short Introduction To Islamic Philosophy, Theology and Mysticism (1997), (terj.) Jakarta: Penerbit Mizan.

Mohd Hussain Ali Yasin, Mabadi’ Asasiah Fi Turuk Tadris Al Am, Darul Qalam, Beirut, Lubnan

(40)

dan pemikiran antara negara China dan Malaysia, di Universiti Beijing China pada 6-12 Jun 2005.

Osman Bakar, “Beberapa Aspek Falsafah Ilmu”, dalam Jurnal Kesturi, bil 2, Disember 1995

Sarton,George (1975), Introduction to the History of Science, New: York: Robert E Krierger, v.3

Stipek, D.J.(1984). Motivation to learn. From theory to practice. Englewood Cliffs, New Jersey : Prantice Hall, 1988.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2003) Budaya Ilmu satu Penjelasan, Singapura: Pustaka Nasional, 2003.

Referensi

Dokumen terkait