• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Kajian Tindakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Kajian Tindakan"

Copied!
47
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam membentuk generasi beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketerampilan pada masa

hadapan. Pendidikan Islam perlu sebagai proses pengisian jiwa atau kerohanian bagi seseorang individu. Pendidikan ini perlu diterapkan pada peringkat awal lagi sebelum seseorang individu sampai kepada peringkat yang cukup mencabar bagi

memantapkan pegangan mereka dalam menjalani arus gelombang kehidupan dan tidak mudah terpengaruh dengan sifat-sifat negatif kesan daripada perubahan zaman.

Dalam menghadapi arus kemodenan dan sebarang arus kemajuan, guru

seharusnya peka serta tidak ketinggalan dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan objektif pengajaran tercapai seperti yang dikehendaki serta ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kualiti pendidikan yang dicapai oleh murid-murid sekolah banyak bergantung kepada kualiti guru, kerana guru merupakan individu yang utama dalam mengimplementasikan kurikulum.

Sejajar dengan pesatnya perkembangan teknologi pada hari ini, negara sering dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan permasalahan akhlak dan tingkah laku yang sering dikaitkan dengan tugas guru Pendidikan Islam di sekolah. Ini kerana pada kaca mata masyarakat, tugas para pengajar agama adalah sangat berat iaitu untuk membawa masyarakat kembali ke pangkuan agama yang sebenar serta membina benteng yang kukuh dalam menangkis segala bentuk kebatilan. Oleh itu, guru haruslah bersungguh-sungguh dalam usaha mendidik supaya matlamat negara tercapai.

(2)

Guru juga harus menyedari bahawa tugas mendidik para pelajar bukan hanya sekadar memindahkan maklumat, pengetahuan dan ilmu daripada seorang pendidik kepada seorang pelajar semata-mata, tetapi bagaimana ilmu dan maklumat yang benar serta pengalaman yang berguna dapat membentuk sikap, nilai dan peribadi seseorang pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, para pendidik harus memilih dan mengaplikasikan pendekatan yang mampu menarik pelajar agar dapat benar-benar menghayati dan mampu menguasai ilmu yang diajar. Di samping itu, guru Pendidikan Islam juga perlu bijak dalam memilih dan menentukan pendekatan pengajaran yang berkesan kerana guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.

Terdapat beberapa aspek yang sering dikaitkan dengan kegagalan pelajar meminati dan menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah seperti aspek kurikulum Pendidikan Islam yang sering diubah dan aspek pendekatan pengajaran Pendidikan Islam yang digunakan oleh guru semasa berlangsungnya proses pengajaran.

Justeru dengan pembangunan sektor pendidikan ke arah yang lebih global dengan mengikut acuan Malaysia, tidak dapat dinafikan peranan pendidik sangat penting sebagai agen yang boleh membawa perubahan positif kepada pembangunan insan khususnya para pelajar. Pembangunan insan yang bermula dengan pendidikan kepada para pelajar diharapkan dapat membentuk mereka untuk menguasai ilmu pengetahuan ke arah menuju pembentukan modal insan yang berkualiti dan

seimbang dalam pelbagai aspek. Sebagaimana memetik kenyataan Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai modal insan ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) di Parlimen, 31 Mac 2006 iaitu:

(3)

Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama.

Bagi merealisasikan hasrat ini, anjakan paradigma pendidikan sangat penting agar dapat mendorong para pendidik untuk memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencari atau mencipta, daripada ketaatan kepada komitmen, daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kreatif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif. Perubahan ini sememangnya mempunyai perkaitan rapat dengan pembinan modal insan dan tamadun ummah yang cemerlang.

Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak belajar.Sebaliknya,meraka lebih banyak menghabiskan waktu untuk bermain dengan rakan-rakan lain dan bergaul sesama mereka dalam setiap masa tidak kira waktu p&p apatah lagi bukan waktu p&p.Fenomena ini bukanlah menyatakan bahawa semua murid bersikap sedemikian,ia hanyalah terjadi kepada sebahagian atau segelintir murid-murid pada sesebuah sekolah yang tertentu.Tambahan pula bagi sesetengah mata pelajaran seperti pendidikan Islam sebagai contohnya,yang mana merupakan

(4)

bukan mata pelajaran yang terdapat di dalam peperiksaan utama iaitu UPSR,murid kurang memberikan perhatian dan komitmen untuk mata pelajaran ini kerana dianggap kurang penting atau sekadar mengambil tahu sedikit sahaja.Perspektif ini yang perlu diubah dari diri pelajar terutamanya dan ibu bapa khususnya.Dorongan dari ibu bapa sangat penting untuk murid-murid berusaha dengan lebih gigih semasa mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam walaupun terdapat dorongan dari guru mata pelajaran itu sendiri namun ianya tidak cukup memadai.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu saya menjalani praktikum kali kedua di Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Bukit,Kajang,saya dapati ramai dikalangan murid agak pasif,tidak melibatkan diri dan tidak menunjukkan kesungguhan untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan Islam terutamanya dalam bidang Tilawah Al-Quran.Sepanjang pengalaman saya, melalui pemerhatian ketika berpraktikum dan mengajar murid tahun 5 amanah, saya berasa agak kecewa dengan cara pembelajaran yang ditunjukkan oleh mereka.Sebagai contoh dalam kelas tilawah Al-quran,murid-murid enggan mengikuti aktiviti membaca ayat al-quran secara latih tubi.Hanya 30% murid sahaja yang mengambil bahagian dengan membaca secara jelas.Seramai 50% murid tidak membaca dan tidak mengikuti arahan yang diberikan namun masih memberikan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Selebihnya 20% murid yang lain langsung tidak memberikan perhatian terhadap arahan yang

diberikan.Mereka bergurau senda dengan rakan-rakan, melakukan aktiviti lain yang tiada kaitan dengan isi pelajaran pada hari itu.Apabila saya bertanyakan kepada murid-murid tentang perkara ini,jawapan yang diberikan ialah “saya sudah baca

(5)

tadi..”Ada juga yang mengatakan, “saya tidak tahu membaca,ustaz…”.Dari jawapan yang dinyatakan, saya membuat kesimpulan bahawa,murid kurang merasa gembira dengan aktiviti yang saya jalankan dan murid kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Merujuk kepada kenyataan Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, “ Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit” Justeru, perkara inilah yang membuat saya berasa begitu kesal dan tidak berpuas hati terhadap proses pengajaran saya.

Perlukah saya menukar gaya pengajaran saya selama ini untuk menarik minat murid dan menimbulkan perasaan gembira dalam diri murid untuk melibatkan diri sewaktu p&p berlangsung?Adakah cara saya mengajar sebelum ini begitu mendesak murid-murid?Apakah langkah atau cara yang boleh saya lakukan untuk

meningkatkan penglibatan murid sewaktu p&p berlangsung?Apabila saya membincangkan isu ini kepada guru pendidikan Islam di sekolah ini,mereka

menyatakan bahawa murid-murid tahun 5 Amanah agak malas dan bersikap pasif di dalam kelas.Guru-guru di sini hanya menggunakan kaedah tikrar atau latih tubi untuk ayat bacaan secara paksa dan tegas terhadap murid mereka. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang hanya menggunakan mashaf Al-Quran semata-mata mungkin menjadi faktor mereka bosan juga. “ Guru yang cuba mengajar tanpa menimbulkan dan menyemarakkan keinginan serta semangat belajar pada murid-muridnya, sama sahaja dengan orang yang menempa besi dingin.”-(Horace Mann)

Saya telah cuba untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih terdapat murid yang tidak mampu mengikuti dan melibatkan diri dalam

(6)

pengajaran yang saya jalankan.Pada hemat saya,kurangnya penglibatan murid adalah disebabkan kurangnya penumpuan murid sewaktu pengajaran yang saya lakukan dan kurangnya penggunaan sumber pengajaran sewaktu p&p berlangsung.

2.0 FOKUS KAJIAN

Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran (Keefe, 1979).Aspek ini menjadi fokus kajian saya untuk mengkaji tindak balas murid terhadap pengajaran yang saya jalankan samada murid-murid terlibat aktif atau sebaliknya.

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya,saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penglibatan diri murid sewaktu pengajaran Tilawah Al-Quran sahaja.Pelajar saya agak lemah untuk membaca ayat-ayat Al-Quran namun mereka masih tidak melibatkan diri secara maksimum didalam kelas dan tidak mengikuti pengajaran dengan baik.Kesilapan yang mereka lakukan adalah dari segi persepsi dan pandangan terhadap diri sendiri seperti :

• Merasa malu untuk membaca ayat al-quran di hadapan kelas dan rakan-rakan yang lebih baik bacaannya dari mereka.

• Beranggapan bahawa ayat yang telah dibaca sudah memadai dengan sekali bacaan sahaja.

• Mudah berasa bosan dengan hanya mengulangi bacaan yang sama berulangkali daripada teks di dalam buku.

(7)

Kajian Ball (1996) berfokus kepada meningkatkan interaksi sosial dengan menggunakan rakan sebaya.Ball (1996) mendapati, penggunaan rakan sebaya sebagai model dalam mengajar kemahiran sosial memberikan kesan yang tinggi dalam mengekalkan integrasi kanak-kanak di dalam bilik darjah.Oleh sebab yang demikian,saya berpendapat bahawa murid-murid dapat bergiat secara aktif di dalam kelas antara satu sama lain dengan berbantukan bahan-bahan pengajaran yang menarik dan aktiviti yang menyeronokkan di dalam kumpulan untuk meningkatkan penglibatan murid secara aktif di dalam kelas.

Kemahiran sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran: menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Malangnya terdapat kanak-kanak yang tidak dapat mempelajari untuk berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya mereka.(Simpson et al. 1991; Sewell 1998). Kanak-kanak ini tidak dapat mempelajari kemahiran-kemahiran sosial dengan sendiri dan juga dikenali sebagai kumpulan bermasalah pembelajaran (Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran Peringkat Rendah 1999).

Dengan menggunakan sumber pengajaran yang sesuai dan aktiviti yang menyeronokkan,saya yakin bahawa murid-murid akan lebih gembira untuk memberikan tumpuan di dalam kelas secara tidak langsung melibatkan diri dengan segala aktiviti yang dijalankan.Perkara ini saya anggap penting kerana tumpuan di dalam kelas adalah aspek utama dalam menuntut ilmu,lebih-lebih lagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah Al-Quran yang mana seseorang pelajar

(8)

tidak mampu berguru dengan buku sahaja tetapi mestilah berguru secara bersemuka.Aspek penglibatan diri murid amat saya tekankan supaya guru dapat mengetahui sejauh manakah pengamatan dan perhatian yang diberikan oleh murid terhadap pengajarannya dan bukannya guru merasa seronok dengan pengajaran sendiri.

Atas tujuan tersebut,saya telah merancang kaedah pemerhatian yang berkesan untuk mendapatkan maklumat berkenaan murid yang bermasalah sebagai sampel bagi kajian ini.Tinjauan awal dilaksanakan adalah untuk memperoleh sampel yang benar-benar pasif di dalam kelas sewaktu saya mengendalikan kelas dan mengajar bidang Tilawah Al-Quran.Jadual berikut menerangkan aspek pemerhatian yang dijalankan serta proses memperolehi sampel terhasil.

(9)

2.1 Tinjauan Masalah

Jadual 1 : Kaedah bagi meninjau masalah yang berlaku semasa proses P & P Tilawah Al-Quran dijalankan.

Langkah Cara penilaian Tujuan

Langkah 1 Pemerhatian Awal

a) Melaksanakan proses P&P awal dalam kelas. b) Memerhatikan aspek penglibatan murid secara

keseluruhan kelas.

Langkah 2

Pemerhatian penglibatan (individu)

a) Mengenalpasti murid-murid yang kurang aktif semasa proses P&P.

b) Menilai dari aspek,ingin mencuba,bersikap ingin tahu,suka menyoal,sukarela dan menurut segala arahan dari guru.

Langkah 3

Pemerhatian penglibatan (berkumpulan)

a) Memerhatikan aspek hubungan sosial antara murid-murid(komunikasi,kerjasama,)

b) Mengambil bahagian dalam aktiviti atau sekadar ‘sleeping partner’ dalam kumpulan.

c) Menilai sikap berpasukan,tolong menolong,bekerjasama,dan sikap kepimpinan murid.

Langkah 4

Pemerhatian Aspek Tingkah laku

a) Memerhatikan tingkah laku murid semasa proses P&P.

• Postur badan (cara duduk)

• Tingkah laku ‘feedback’ dari arahan guru. • Pandangan mata

(10)

Jadual 1 menunjukkan tinjauan awal yang saya telah jalankan untuk memperoleh sampel dari keseluruhan murid dalam kelas 5 amanah.Prosedur ini adalah perkara yang paling utama dalam menjalankan kajian ini kerana dari sini saya akan memerhatikan sampel yang sesuai dan menilai sendiri tahap masalah mereka berkaitan penglibatan diri di dalam kelas.

Saya menggunakan empat langkah untuk tujuan tinjauan masalah ini bagi mendapatkan sampel.Kesemua langkah tersebut adalah melalui pemerhatian saya ke atas murid-murid sewaktu proses P&P berjalan.Langkah pertama ialah melalui pemerhatian awal yang saya jalankan ke atas kelas 5 amanah sewaktu kali pertama mengajar di dalam kelas ini.Saya hanya melihat gaya pembelajaran murid-murid dan memerhatikan sikap mereka untuk belajar sahaja.

Pada langkah kedua,aspek pemerhatian saya lebih berfokus terhadap gaya pembelajaran individu setelah memerhatikan tingkah laku murid sebelum ini pada langkah yang pertama.Pada langkah ini saya lebih menumpukan kepada beberapa orang sampel yang telah saya kenal pasti sebelum ini.Saya menilai sampel-sampel tersebut daripada aktiviti yang melibatkan individu iaitu seperti melibatkan diri dalam aktiviti P&P secara sukarela,memberikan tumpuan kepada guru,tingkah laku yang ditunjukkan semasa guru mengajar,interaksi bersama guru dan rakan-rakan.

Langkah seterusnya ialah melalui pemerhatian yang melibatkan aktiviti berkumpulan.Pengajaran seterusnya saya mewujudkan aktiviti di dalam kumpulan dan sepanjang aktiviti itu berlaku,saya mencatatkan perubahan tingkah laku serta

(11)

sikap sampel yang telah di pilih.Aspek utama ialah cara sampel dan murid-murid lain interaksi,sikap sampel terhadap aktiviti berkumpulan samada aktif menjalankan aktiviti atau hanya sekadar ‘sleeping partner’ terhadap kumpulan.Melalui aspek ini saya dapat memerhatikan keadaan sampel melalui hubungan sosial dengan murid yang lain bermasalah atau tidak kerana kemungkinan ianya mempengaruhi hasil dapatan kajian ini kelak jika tidak diutamakan.

Langkah seterusnya ialah,saya memerhatikan sampel menerusi tingkah laku yang ditunjukkan sampel sewaktu di dalam bilik darjah.Dari aspek pemerhatian dan fokus terhadap P&P saya dapat menilai melalui cara sampel duduk (postur badan),tumpuan mata,mimik muka,pergerakan tubuh badan dan sebagainya yang mempengaruhi serta menunjukkan penglibatan sampel dalam bilik darjah.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai murid-murid yang bermasalah dalam memberikan tumpuan serta penglibatan secara aktif di dalam kelas.Langkah-langkah tersebut membantu saya mendapatkan maklumat yang diingini bagi membantu murid-murid yang kurang aktif di dalam kelas.Murid-murid saya mengalami sikap yang agak pasif sewaktu mengikuti aktiviti P&P di dalam kelas yang mana mereka tidak mampu untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dan tidak langsung memberikan tumpuan terhadap pembelajaran Mereka akan membuat kerja sendiri jika berasa bosan semasa belajar. Sebagai guru, saya perlu menganalisa permasalahan ini secara efektif bagi memastikan tumpuan murid dan penglibatan murid saya berjaya meningkat semasa belajar. Melalui tumpuan yang baik serta penglibatan yang aktif akan dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid di dalam bidang al-Quran.

(12)

2.2 Analisis tinjauan masalah

Langkah Cara penilaian Masalah yang di fokuskan terhadap sampel kajian

Langkah 1 Pemerhatian Awal

a) Terdapat sebilanagn murid yang memberikan komitmen dalam pembelajaran,sebahagian murid yang lain tidak memberikan perhatian.

Langkah 2

Pemerhatian penglibatan (individu)

Kaedah talaqqi musyafahah secara latih tubi dilakukan oleh guru:

a) Sebahagian sahaja murid yang mengikut bacaan guru,manakala murid lain melakukan perkara yang tidak diingini.

b) Murid menunjukkan sikap yang amat mengecewakan seperti mengganggu rakan,bermain dengan alatan menulis,termenung serta berangan di dalam kelas.

c) Murid tidak mengikuti arahan dari guru untuk membaca ayat Al-Quran.

d) Murid tidak memberikan tumpuan kepada guru.

Langkah 3 Pemerhatianpenglibatan (berkumpulan)

Aktiviti di dalam kumpulan secara bebas oleh murid:

a) Sikap kerjasama murid tidak ditunjukkan.

b) Tiada persefahaman dan agihan tugas dilakukan di dalam kumpulan.

c) Sebahagian sahaja murid yang menyelesaikan tugasan dan sebahagian lagi hanya mengganggu rakan dan membuat bising.

Langkah 4

Pemerhatian Aspek Tingkah laku

Tingkah Laku diperhatikan secara spesifik ke atas sampel yang telah dipilih :

a) Sampel banyak berdiam diri di dalam kelas. b) Tiada tumpuan terhadap pengajaran guru.

c) Tidak menunjukkan penglibatan diri semasa proses P&P.

d) Pasif,tidak bermaya,mengelak dari sebarang aktiviti dan kurang berkomunikasi dengan rakan-rakan serta guru serta memencilkan diri di dalam kelas.

(13)

Jadual 2 : Analisis tinjauan masalah

Merujuk kepada Jadual 2,merupakan suatu analisis daripada tinjauan masalah yang telah dijalankan untuk mengenal pasti sampel.Saya menggunakan kaedah pemerhatian untuk menilai dan memilih sampel kerana ia melibatkan penglibatan murid di dalam kelas dan hanya melalui pemerhatian, saya dapat mengenal pasti sampel serta menilai kriteria masing-masing.

Saya telah menjalankan empat langkah sewaktu memerhatikan sampel di dalam kelas,antaranya ialah langkah pertama iaitu pemerhatian awal,langkah seterusnya ialah pemerhatian ke atas penglibatan diri secara individu,kemudian pemerhatian ke atas penglibatan berkumpulan dan akhir sekali ialah pemerhatian ke atas tingkah laku sampel secara lebih berfokus.Langkah –langkah ini dijalankan adalah supaya saya dapat mengenal pasti sampel yang betul-betul menepati kriteria yang ditetapkan.Ini adalah penting supaya saya tidak salah dalam memilih sampel kajian ini.

Sampel-sampel dipilih dari kelas yang diajar oleh saya.Ini adalah bertujuan supaya saya mudah untuk mentadbir kajian yang dijalankan ke atas sampel yang dipilih tanpa ada sebarang masalah atau gangguan dari pihak sekolah mahupun dari murid-murid itu sendiri yang menjadi sampel kajian.Sesungguhnya kajian ini amat penting ke atas sampel yang dipilih kerana ianya menrupakan inisiatif atau tindakan awal bagi memperbaiki cara belajar mereka ke arah bermutu dan berkualiti.Sebagai seorang guru,beberapa kaedah pengajaran akan saya sediakan untuk memastikan masalah yang di hadapi oleh murid boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama dan kepada murid-murid yang lain.Ianya bukan sahaja tertumpu kepada sampel

(14)

kajian sahaja malah juga kepada murid-murid lain.Sistem kawalan yang digunakan memudahkan guru untuk memantau perubahan yang berlaku ke atas sampel melalui pemerhatian dan sebagainya.Sampel dan guru mempunyai masa yang banyak untuk berinteraksi serta membuat kolaborasi antara mereka bagi mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.Kajin ini sememangnya memberikan kelebihan kepada sekolah selain membudayakan murid-murid memberi tumpuan di dalam kelas serta cintakan ilmu pengetahuan,malah secara tidak langsung meningkatkan kualiti pengajaran yang disampaikan oleh guru semasa P&P.

Sepanjang pemerhatian yang telah dijalankan ke atas murid-murid,saya dapati kebanyakan daripada mereka tidak memberikan komitmen yang baik serta tumpuan yang sepenuhnya kepada guru di dalam kelas.Terdapat segelintir murid yang mengganggu rakan,membuat bising,melakukan kerja selain dari pembelajaran atau arahan guru dan tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru.Jika situasi sebegini berlarutan saya yakin,bahawa murid-murid ini tidak mendapat faedah dari ilmu yang disampaikan oleh guru serta mereka akan keciciran dalam pelajaran terutamanya di bidang Tilawah Al-Quran yang mana mereka tidak mampu untuk membaca Al-Quran dengan lancar seperti murid-murid yang lain.Menerusi aktiviti berkumpulan juga saya perhatikan murid-murid kurang melibatkan diri sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.Wujud suatu kumpulan yang hanya berdiam diri dan memencilkan diri dari ahli kumpulan dan bersikap pasif semasa aktiviti dilakukan.Apabila dikenal pasti,murid-murid ini sememangnya tidak mampu membaca Al-Quran dengan betul dan lancar.Guru selalunya akan terlepas pandang kepada golongan ini dan menganggap semua murid sudah mencapai aras yang ditetapkan berdasarkan hasil tugasan yang diberikan.Demikian halnya melalui

(15)

pemerhatian terhadap tingkah laku murid,saya dapati murid lebih suka memencilkan diri dan mengelak dari mengikuti P&P yang dijalankan oleh guru.Dalam erti kata bidalan iaitu ‘bodoh sombong’ sering menjadikan guru tidak langsung mempedulikan golongan ini.Menurut Felder (1993) yang menyatakan bahawa guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat dalam pembelajaran akan kehilangan azam untuk mengajar.sebagai seorang guru yang amanah terhadap tugasnya,perkara ini perlu dipandang serius.Justeru,apa yang ingin saya lakukan menerusi kajian ini ialah untuk memastikan golongan murid seperti ini bergiat aktif di dalam kelas dan mengambil bahagian di dalam P&P.Secara tidak langsung mereka mampu memperolehi ilmu dan pengetahuan sekiranya mereka terlibat sendiri di dalam proses pembelajaran tersebut. Jean Lightheart ada menyebut bahawa, pendidikan adalah soal kecintaan,kesabaran dan kebijaksanaan. Kebijaksanaan dan kesabaran berkembang apabila didukung oleh kecintaan untuk belajar yang tinggi.

Setelah pemerhatian dilakukan,jelas menunjukkan bahawa hanya murid yang bergiat cergas dan aktif melaksanakan aktivit yang dijalankan oleh guru sahaja yang dapat menguasai kemahiran membaca Al-Quran dengan baik dan tepat.Menerusi kaedah talaqqi musyafahah ini,murid dibimbing untuk membaca dan menyebut huruf-huruf Al-Quran secara langsung berhadapan dengan guru.Kaedah ini sememangnya amat berkesan kerana melalui kaedah ini murid mampu mengikuti sebutan yang tepat dari guru.Murid-murid boleh meniru gaya dan cara sebutan yang sebenar melalui pemerhatian ke atas mimik muka dan cara guru menyebutnya.Namun,melalui kaedah iniatau mana-mana kaedah yang lain,murid-murid di peringkat kanak-kanak tidak dapat memberikan tumpuan untuk suatu tempoh masa yang lama. Bersesuaianlah dengan penyataan Halimah Rahim (2009), “ Perhatian hanya dapat ditumpukan oleh pelajar dalam beberapa minit sahaja, dan

(16)

sukar untuk guru mengekalkan perhatian melainkan dengan mempelbagaikan rangsangan (Paintal, 1980)”. Justeru dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan melaksanakan aktiviti yang pelbagai mampu menarik minat murid terhadap pembelajaran serta meningkatkan penglibatan diri murid semasa P&P.

Kajian ini menekankan kepada cara pembelajaran yang berkesan ke atas diri murid-murid itu sendiri.Ini merupakan anjakan paradigm kepada mereka untuk memperbaiki gaya pembelajaran yang lebih berkesan.Ianya bukan sahaja untuk diaplikasikan dan digunakan pada masa ini,tetapi juga merupakan gaya pembelajaran sepanjang hayat.Peringkat ini,merupakan peringkat awal dan amat sesuai untuk sesuatu perubahan itu dilakukan.Maka pada pandangan saya murid-murid ini masih belum terlambat untuk memperbaiki gaya pembelajaran ke arah lebih baik dan berkesan.Kenyataan tersebut adalah kerana,saya menekankan kepada pengajaran menggunakan sumber pengajaran yang pelbagai serta menyediakan aktiviti yang berkesan mampu melibatkan murid-murid yang pasif kepada aktif serta melibatkan diri dengan maksimum.Inovasi yang saya lakukan ialah selain menggunakan kaedah yang sedia ada dalam menyampaikan pengajaran untuk bidang Tilawah Al-Quran seperti kaedah tasmik,kaedah tadarrus,kaedah tikrar,kaedah iqra’ dan sebagainya,saya mementingkan aspek bahan pengajaran itu sendiri dan aktiviti yang diwujudkan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan.relevannya ialah,sehebat mana pun sesuatu kaedah itu digunakan,tanpa tumpuan,penglibatan aktif murid dan interaksi dua hala,pengajaran tersebut kurang berkesan kepada murid.

(17)

Saya hanya akan menggunakan beberapa sumber pengajaran serta aktiviti yang sesuai untuk sesuatu P&P.Sebagai contoh,menggunakan kaedah talaqqi musyafahah,murid bukan sahaja akan melihat pada mushaf atau buku teks untuk membaca secara latih tubi bersama guru,tetapi sebaliknya,mereka akan dipersembahkan dengan video contoh bacaan dari qari yang hebat,membaca dengan melihat kepada Al-Quran digital,kad imbasan serta beberapa bahan yang mampu menarik murid memberikan tumpuan dan perhatian dari awal aktiviti sehingga tamat P&P itu. Menurut kenyataan Dr, Ismail Zain dalam Utusan Malaysia, 2008 ; Gambar (alat visual) merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.Selain itu,mereka juga dikehendaki terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru seperti menyusun kad-kad kalimah ayat yang dipelajari sebelum membacanya,memilih dan menyusun dahulu susunan ayat Al-Quran menggunakan komputer semasa latih tubi membaca dan sebagainya.Ianya merupakan suatu kaedah alternatif yang membantu sesuatu kaedah yang dijalankan dalam bilik darjah. Penekanan terhadap penggunaan bahan grafik dalam keadah pengajaran tradisional bertujuan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup).

(18)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

2.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan meningkatkan penglibatan diri murid di dalam aktiviti

pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran bidang Tilawah Al-Quran.

2.2 Objektif Khusus

• Meningkatkan keyakinan diri murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti pengajaran yang dijalankan.

• Meningkatkan kemahiran sosial murid antara rakan-rakan di dalam aktiviti berkumpulan.

• Meningkatkan penumpuan murid di dalam kelas terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru.

• Membantu meransang minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P.

• Membantu murid menguasai kemahiran membaca Al-Quran dengan betul.

(19)

2.3 Soalan Kajian

Berpandukan objektif-objektif kajian yang telah disenaraikan,soala-soalan kajian dibina bagi memudahkan untuk mencapai objektif dan tujuan kajian yang dijalankan sebagaimana yang telah digariskan.Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut;

1) Bagaimana meningkatkan fokus belajar Tilawah Al-Quran di kalangan murid?

2) Bagaimana dapat meransang minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P Tilawah Al-Quran?

3) Sejauh manakah pemilihan kaedah pengajaran meransang proses P&P yang efektif?

(20)

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Taming Jaya,Balakong,Selangor Darul Ehsan.Sampel terdiri daripada murid-murid di tahap dua iaitu murid-murid di tahun 5 yang mempunyai sepuluh kelas kesemuanya.Untuk tujuan kajian ini,saya membuat keputusan untuk mengambil sampel dari kelas tahun 5 Amanah yang merupakan kelas ke 5 daripada 10 kelas tersebut.Ini adalah kerana,saya diberikan amanah untuk mengajar murid di kelas ini sepanjang sesi praktikum dan juga internship berlangsung sepanjang tempoh 4 bulan.Ini adalah faktor bagi saya memilih sampel tersebut agar mudah untuk berurusan dengan pihak sekolah dan dapat memberikan tumpuan terhadap pengajaran terutamanya kepada kajian yang dilaksanakan ini.

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah seramai 10 orang murid dari kelas 5 Amanah yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan.Sampel terdiri daripada 5 orang murid tidak memegang sebarang jawatan,2 orang pengawas sekolah manakala 3 lagi merupakan pengawas pusat sumber sekolah.Prestasi sampel daripada markah peperiksaan sebelum ini menunjukkan,2 orang sampel mendapat markah yang cemerlang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam,4 orang pelajar berada pada tahap sederhana manakala 4 lagi berada pada tahap lemah.

(21)

5.0 TINDAKAN

5.1 Prosedur Tindakan

a) Sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah,terlebih dahulu saya telah mencari beberapa sumber pengajaran yang melibatkan penggunaan ICT seperti klip video,slide show,gambar, mahupun bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar.

b) Setiap kali proses P&P berlangsung,murid-murid dikehendaki untuk berada di tempat duduk masing-masing dalam keadaan selesa dan memandang ke hadapan kelas terutama kepada guru yang mengajar.Saya sering menasihati murid-murid agar tidak melakukan perkara lain selain memberi tumpuan yang khusus kepada guru yang mengajar.

c) Kajian menunjukkan bahawa,murid-murid sekolah rendah hanya mampu memberikan tumpuan yang berfokus dalam masa kurang daripada 10 minit.Maka,pada setiap selang masa 10-15 minit saya akan jalankan aktiviti yang melibatkan murid terlibat sepenuhnya di dalam aktiviti yang menggunakan bahan sumber pengajaran di dalam aktiviti tersebut.Tujuannya adalah untuk memastikan murid

(22)

memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan melibatkan diri secara aktif di dalam kelas.

d) Kaedah pengajaran yang telah dipilih oleh saya adalah kaedah pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar atau sumber pengajaran yang berkesan sewaktu proses pembelajaran.Bahan sumber ini akan menarik minat murid memberikan tumpuan di dalam kelas manakala daripada bahan sumber tersebut saya akan menjalankan aktiviti yang menarik.Tujuannya adalah untuk memastikan murid terlibat secara langsung di dalam pengajaran.

e) Kaedah ini dijalankan secara serentak semasa proses P&P Tilawah Al-Quran. Kaedah ini adalah secara berperingkat dan berhubung kait di mana setiap sumber pengajaran yang digunakan mempunyai aktiviti yang menarik dan bersesuaian supaya murid tidak bosan dengan sumber pengajaran semata-mata. Dengan adanya aktiviti seperti ini, mampu merangsang minat murid seterusnya dapat mengekalkan tumpuan semasa belajar.

f) Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah paparan Al-Quran digital, carta,kad imbasan,”PUZZLE’, bahan maujud,gambar,video, dan sebagainya.

(23)

g) Manakala aktiviti yang dijalankan ialah seperti, “bola hikmah”,”roda impian”,”kuiz”,”gerabak keretapi”,”dadu aladdin”,”jambatan roboh”,klu james bond,perbincngan kumpulan dan soal jawab.

5.2 Cara Mengumpul Data

Menurut Mohd. Majid konting (1990),kaedah penyelidikan ialah cara mendapatkan maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan.Ini bermakna,cara mengumpul maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif penyelidikan yang telah dinyatakan.

Kajian ini merupakan kajian tindakan yang menggunakan kaedah kualitatif. Menurut Prof. Madya Dr. Saat md. Yasin (2006),reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan,apakah rawatan yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip.

5.2.1 Pemerhatian :

i- Melihat penglibatkan murid-murid semasa proses P&P dijalankan.

ii- Memerhati tingkah laku murid semasa aktiviti bacaan ayat Al-Quran.(melakukan kerja sendiri atau memberi tumpuan pada bacaan tersebut.)

(24)

iii- Melihat sikap dan kerjasama murid semasa dalam aktiviti berkumpulan. ( cara bersosial dengan rakan, interaksi, penglibatan diri dalam kerja berpasukan).

Dalam kajian ini,aspek pengumpulan data menerusi pemerhatian adalah yang paling utama.Ini adalah kerana melalui kaedah ini,saya dapat melihat sejauh manakah respon ataupun tindak balas sampel yang dipilih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui kaedah ini,sampel dinilai secara terus tanpa ada halangan dari guru untuk menilai dari semasa ke semasa sepanjang proses P&P berlangsung.Melalui pemerhatian juga,aspek utama yang telah dilihat adalah dari segi penglibatan diri murid semasa proses pembelajaran.Dari sini dapat dilihat samada murid tersebut melibatkan diri secara aktif atau sebaliknya.Antara perkara yang dinilai dan diperhatikan di sini dari aspek penglibatan diri murid ialah ialah:

a) Adakah murid mendengar dan mengikuti segala arahan yang diberikan oleh guru samada untuk membaca Al-Quran secara kelas,berkumpulan,berdua atau individu berjaya diikuti oleh murid.

b) Kekerapan murid melibatkan diri secara sukarela untuk menceburi sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan dengan mengangkat tangan untuk mencuba atau hanya berdiam diri.

c) Penglibatan murid di dalam aktiviti berkumpulan,samada aktif bersama ahli kumpulan melaksanakan aktiviti atau bersikap pasif sewaktu aktiviti berlangsung.

(25)

d) Keyakinan diri murid untuk bertanya kepada guru jika terdapat permasalahan atau perkara yang tidak difahami sewaktu pembelajaran.

e) Aspek tingkah laku murid sewaktu memberi respon daripada guru dengan menunjukkan mimik muka,bahasa tubuh postur badan samada bersesuaian dan bertepatan dengan suasana semasa.

Aspek-aspek di atas adalah ukuran yang menunjukkan bahawa seseorang murid itu bersikap aktif atau pasif di dalam pembelajaran.Segala tingkah laku murid dan perubahan yang dipamerkan oleh murid dicatat menerusi borang pemerhatian setiap kali sesi P&P dijalankan.

(26)

Jadual 4 : Senarai Semak Untuk Menilai Tumpuan dan Penglibatan Diri Murid Semasa Proses P&P

5.2.2 Soal selidik :

Aspek penilaian Ulasan/Tarikh Ulasan/Tarikh Ulasan/Tarikh 1. Murid mendengar dan

mengikuti arahan guru: • Murid memandang guru

• Membaca ayat secara individu atau berkumpulan

2. Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela: • Angkat tangan • Beri pandangan 3. Aktiviti berkumpulan: • Bekerjasama • Beri sumbangan • Interaksi salam kumpulan 4. Keyakinan Diri :

• Jawab soalan guru • Bertanya

• Memberi pendapat 5. Tingkah laku :

• Beri perhatian

• Postur duduk yang baik • Tumpuan mata

(27)

Mohd. Majid Konting (1990) menyatakan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta,kepercayaan,perasaan kehendak dan sebagainya.

i- Pembinaan item soal selidik terdiri daripad 10 soalan.Soalan –soalan tersebut menjurus ke arah meninjau sejauh manakah kaedah yang digunakan berjaya menarik minat sampel terhadap pengajaran yang dijalankan.

ii- Aktiviti soal selidik dijalankan secara berbantu.Setiap sampel akan diberikan soalan yang perlu mereka jawab dengan pengawasan daripada saya.

iii- Hasil jawapan soalan tersebut akan saya analisis untuk mengetahui sampel saya dengan lebih dekat supaya mudah saya untuk menarik minat mereka terus belajar.

Di dalam item soal selidik ini,aspek utama yang hendak dinilai ialah,meninjau dan memperoleh komen dari sampel berkenaan kaedah pengajaran yang telah dijalankan.Tujuan utamanya ialah untuk meninjau sejauh manakah keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap sampel dan adakah sampel bersetuju dengan kaedah pengajaran yang dijalankan.Kesemua item soalan ini terlebih dahulu telah di lakukan ‘pilot test’ dan disahkan oleh Ketua Jabatan Pangajian Islam sendiri iaitu Dr.Ismail Abas untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap instrument ini.Proses ini telah ditadbir dengan cermat,di mana setiap item yang dijawab oleh sampel adalah berbantu.Ini bermakna saya menerangkan dengan jelas maksud kesemua item tersebut kepada sampel supaya tidak ada tanggapan dan kefahaman yang bertentangan antara sampel dan pengkaji.

(28)

Borang Soal Selidik

Bil Skala 1 2 3 4 5

1 Saya suka mempelajari Tilawah Al-Quran

2 Saya suka membaca ayat Al-Quran dengan komputer (paparan LCD,audio,video,grafik,al-quran digital) 3 Saya suka belajar bersama kawan-kawan

(pembelajaran berkumpulan)

4 Saya lebih suka membaca ayat Al-Quran sendirian. (pembelajaran individu)

5 Aktiviti di dalam bilik darjah menyeronokkan 6 Saya suka cara guru mengajar

7 Saya cepat bosan semasa belajar Al-Quran di dalam kelas

8 Membaca Al-Quran banyak kali amat letih

9 Saya yakin untuk bertanya kepada ustaz sekiranya tidak faham isi pelajaran

10 Saya suka untuk menjadi sukarela di dalam kelas kepada sebarang aktiviti

Jadual 5 : Borang Soal Selidik

5.2.3 Temubual (sampel):

i. Mengetahui perasaan murid-murid semasa proses P&P Tilawah Al-Quran (seronok/ tidak seronok ).

SKALA 1 2 3 4 5 Sangat Tidak setuju Tidak Setuju Kurang setuju Setuju Sangat Setuju Sangat tidak suka

Tidak suka Kurang suka

(29)

ii. Mengambil maklumat terperinci tentang sampel saya mengenai cara belajar yang di sukai dan perkara yang tidak di sukai semasa belajar serta tahap penguasaan murid terhadap kemahiran membaca Al-Quran.

Aspek temubual bersama murid dijalankan dalam pelbagai bentuk.Dapatan maklumat yang diperolehi adalah menerusi temubual secara formal di mana pada selang waktu tertentu selepas P&P dijalankan saya meminta sampel murid berkenaan untuk ditemubual di tempat yang di pilih seperti bilik guru.Saya juga turut menjalankan aktiviti temubual bersama murid secara tidak formal iaitu sewaktu bertemu di kantin,perpustakaan,padang,dan di mana-mana dalam kawasan sekolah bagi memperolehi maklumat.

Melalui cara ini murid lebih santai untuk berinteraksi tanpa ada tekanan mahupun desakan.Dengan kata lain,maklumat yang saya perolehi adalah dari luahan hati mereka sendiri dengan penggunaan bahasa yang lebih mudah seolah-olah interaksi dengan kawan-kawan mereka. Melalui kaedah ini,hasil dapatan yang diperolehi lebih terperinci.Sewaktu proses temu bual dijalankan,saya dapat menilai hubung kait daripada jawapan yang diberikan oleh sampel dengan tingkah laku yang ditunjukkan.Jawapan yang diberikan lebih ‘valid’ terhadap gerak balas yang ditunjukkan.Contohnya,sekiranya sampel tersebut menyatakan gembira di dalam jawapan yang ditanyakan oleh guru,riaksi sampel mestilah menunjukkan raut wajah yang gembira dan bukan sebaliknya.

Item Temu Bual (Dialog)

1. Guru : Adakah anda minat dengan pelajaran Tilawah Al-Quran? Murid : ...

2. Guru : Adakah anda gembira mengikuti kelas saya? Murid : ...

3. Guru : Secara jujur,adakah anda bosan di dalam kelas saya? Murid : ...

4. Guru : Adakah anda sukarela melibatkan diri dengan aktiviti saya? Murid : ...

5. Guru : Jika tidak faham,apakah yang anda akan lakukan? Murid : ...

(30)

Jadual 6 : Teks temu bual (formal)

7.0 ANALISIS DATA

(31)

Aspek penilaian

Kekerapan Kekerapan (tercapai) (tidak

tercapai) 1. Murid mendengar dan mengikuti

arahan guru:

Murid memandang guru Membaca ayat secara individu atau berkumpulan

10 orang (100%)

0 orang (0%)

2. Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela:Angkat tanganBeri pandangan 7 orang (70%) 3 orang (30%) 3. Aktiviti berkumpulan:BekerjasamaBeri sumbangan

Interaksi salam kumpulan

8 orang

(80%) 2 orang (20%)

4. Keyakinan Diri :

Jawab soalan guruBertanya masalahMemberi pendapat 6 orang (60%) 4 orang (40%) 5. Tingkah laku :Beri perhatian

Postur duduk yang baikTumpuan mata

10 orang

(10%) 0 orang (0%)

(32)

Jadual 7 : Dapatan Proses Pemerhatian

Secara keseluruhannya,jadual 7 menunjukkan dapatan berkenaan hasil daripada proses pemerhatian yang telah saya jalankan ke atas sampel kajian.Pemerhatian dijalankan pada setiap kali proses P&P berlangsung.Hasil dapatan tindak balas sampel telah ditunjukkan seperti jadual 7.Menerusi dapatan kajian ini melalui pemerhatian,saya dapat merumuskan beberapa perkara dari aspek

(33)

yang dinilai.Hasil dapatan menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang saya gunakan banyak menunjukkan perubahan terhadap sampel.

Melalui aspek 1 iaitu dari segi tumpuan terhadap guru dan fokus pembelajaran,mencatatkan 100% pencapaian (10 kekerapan) yang dicatatkan.Ini menunjukkan,sampel memberikan komitmen yang penuh terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru sewaktu proses P&P.

Aspek 2 yang diperhatikan juga turut menunjukkan hasil yang memberangsangkan.Ini adalah kerana sebanyak 7 kekerapan berjaya yang ditunjukkan (70%),manakala baki (30%) tidak berjaya dicapai oleh sampel.Sampel sudah mula bergiat aktif dalam pembelajaran di dalam kelas dengan berani mencuba mengangkat tangan dan memberikan jawapan.Sampel juga menunjukkan keyakinan sewaktu memberikan pandangan walaupun tanpa di minta untuk berbuat demikian oleh guru.

Aspek 3 menunjukkan hasil dapatan kejayaan yang tinggi terhadap aspek aktiviti berkumpulan iaitu sebanyak 8 kekerapan (80%) berjaya.Hanya 2 kekerapan (20%) sampel tidak berjaya menunjukkan sikap yang ditetapkan.Ini mnunjukkan hamper keseluruhan sampel terlibat aktif di dalam aktiviti berkumpulan yang mana mereka terlibat sebagai ahli aktif di dalam kumpulan dengan memberikan buah fikiran,sumbangan idea dan tenaga serta berjaya berinteraksi dengan rakan-rakan lain dengan baik.

Di bahagian aspek penilaian yang ke-4 pula menunjukkan,dapatan hasil pemerhatian ini berada pada tahap sederhana.Dapatan menunjukkan hanya 6 kekerapan (60%) yang dicatatkan pada bahagian kejayaan dan 4 kekerapan lagi (40%) tidak berjaya.Aspek yang dinilai ialah dari segi keyakinan diri.Terdapat sampel yang berasa yakin dengan diri dan terlibat secara aktif dalam P&P manakala

(34)

sebahagian yang lainnya kurang yakin untuk bertanya,memberi pandangan dan sebagainya.

Pada aspek terakhir pula,dapatan menunjukkan 100% kejayaan di mana dari segi tingkah laku yang ditunjukkan oleh sampel terhadap P&P guru.keseluruhan sampel memberikan tumpuan yang penuh dan berfokus sepanjang proses P&P.Sampel tidak lagi melakukan perkara yang tidak diingini seperti mengganggu rakan,bermain dan sebagainya.Tumpuan mata yang berfokus terhadap guru,kedudukan postur badan dan cara duduk sampel membantu dalam memberikan tumpuan yang terbaik.

Secara kesimpulannya,saya amat berpuas hati dengan dapatan dan perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh sampel.Perubahan gaya pembelajaran yang dipersembahkan sewaktu P&P banyak membantu sampel di dalam pembelajaran.Penglibatan diri yang ditunjukkan banyak membantu sampel untuk memperoleh ilmu dengan baik.Sampel dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan baik dan berkesan.Saya sebagai guru juga mudah mengenal pasti pada tahap manakah penajaran itu dikuasai oleh murid dengan cara murid bertanya,memberikan pandangan,menunjukkan contoh bacaan dan tingkah laku yang ditunjukkan.Melalui kaedah ini,saya yakin perubahan gaya pembelajaran sangat membantu murid menguasai isi pelajaran yang disampaikan.

7.2 Dapatan Soal Selidik Pelajar

1) Saya suka mempelajari Tilawah Al-Quran.

Jadual 7(a): Dapatan Soal Selidik Mengikut Minat Murid Terhadap Tilawah

(35)

0

0

1

3

6

0%

0%

10%

30%

60%

0

2

4

6

8

Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5

MinatMuridTerhadapTilawah

Kekerapan

Peratus (%)

1 0 0 2 0 0 3 1 10 4 3 30 5 6 60

Jadual 7(a) menunjukkan dapatan mengenai minat atau kesukaan sampel terhadap pelajaran Tilawah Al-Quran.Data menunjukkan kekerapan tertinggi pada skala ke-5 iaitu sebanyak 6 kekerapan (60%) yang sangat suka terhadap pelajaran tilawah Al-Quran.Sebanyak 3 kekerapan (30%) yang menyatakan suka,manakala 1 sampel yang mewakili seorang sampel menunjukkan kurang suka belajar tilawah Al-Quran.

2) Saya suka membaca ayat Al-Quran melalui komputer (paparan LCD).

Jadual 7(b) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Minat Terhadap Komputer dalam P&P

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)

1 0 0

2 1 10

(36)

4 4 40

5 5 50

Jadual 7(b) menunjukkan data berkenaan minat murid terhadap penggunaan komputer di dalam P&P.Tiada murid yang menyatakan sangat tidak bersetuju (skala 1) dan kurang setuju (skala 3) terhadap penggunaan komputer.Kekerapan tertinggi menunjukkan pada skal 5 di mana seramai 5 sampel (50%) yang sangat bersetuju dan suka pembelajaran menggunakan komputer.Manakala 4 orang sampel menyatakan setuju dan seorang sampel sahaja yang menyatakan tidak setuju.

3) Saya suka belajar bersama rakan-rakan (pembelajaran berkumpulan)

Jadual 7(c) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Pembelajaran Berkumpulan

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)

1 1 10

(37)

3 0 0

4 6 60

5 1 10

Jadual 7(c) menunjukkan data yang mengandungi maklumat berkenaan minat sampel terhadap pembelajaran berkumpulan.Terdapat 1 kekerapan yang mewakili seorang sampel (10%) yang sangat tidak bersetuju iaitu sangat tidak berminat untuk belajar secara berkumpulan.Pada skala bacaan 2 pula menunjukkan terdapat dua kekerapan yang mewakili dua orang sampel (20%).Kekerapan tertinggi adalah pada skala 4 di mana sebanyak 6 orang sampel (60%) bersetuju dengan pernyataan bahawa suka belajar bersama rakan-rakan(berkumpulan).Manakal terdapat seorang sampel (10%) yang sangat menyukai aktivit berkumpulan sewaktu P&P.

4) Saya lebih suka membaca ayat Al-Quran sendirian (pembelajaran individu)

Jadual 7(d) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Pembelajaran Secara Individu

(38)

1 7 70

2 1 10

3 1 10

4 1 10

5 0 0

Jadual 7 (d) menunjukkan data berkenaan gaya pembelajaran secara individu.Hampir keseluruhan sampel sangat tidak bersetuju dengan gaya pembelajaran ini yang menunjukkan bacaan kekerapan sebanyak 7 orang (70%).Pada skala 2,3, dan 4 pula masing-masing mencatatkan seorang sampel (10%) dan pada skala 5 tidak menunjukkan bacaan.

5) Aktiviti di dalam bilik darjah menyeronokkan.

(39)

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%) 1 0 0 2 0 0 3 0 0 4 2 20 5 8 80

Jadual 7 (e) menunjukkan dapatan mengikut minat murid terhadap Aktiviti P&P yang dijalankan oleh duru di dalam bilik darjah.Pada aspek ini,dapatan adalah positif di mana sebanyak 8 kekerapan (80%) yang mencatatkan kekerapan tertinggi pada skala 5.Ini menunjukkan majority sampel sangat bersetuju dan sangat berminat dengan aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah.Selebihnya iaitu 2 orang sampel menandakan pada skala 4 yang masih juga pada tahap setuju dan berminat terhadap aktivit P&P.Tiada dapatan yang menunjukkan sampel menyatakan tidak minat terhadap aktiviti P&P tersebut.

6) Saya suka cara guru mengajar

Jadual 7 (f) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Kaedah Pengajaran Guru

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)

1 0 0

(40)

3 0 0

4 4 40

5 6 60

Jadual 7 (f) turut mencatatkan dapatan ke arah persetujuan keseluruhan sampel berkenaan kaedah pengajaran guru.Dapatan ini menunjukkan 100% sampel bersetuju dan suka kaedah yang digunakan oleh guru semasa proses P&P di dalam kelas.Cuma,dapatan yang menunjukkan sangat setuju iaitu pada skala lima adalah 6 kekerapan (60%) manakala pada skala empat yang juga membawa maksud setuju dan suka dengan kaedah pengajaran mencatatkan 4 kekerapan yang mewakili (40%) sampel.Tiada dapatan yang menunjukkan sampel kurang setuju,setuju dan sangat tidak setuju berkenaan item ini.

7) Saya cepat bosan semasa belajar Al-Quran di dalam kelas.

Jadual 7 (g) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Persepsi Murid Terhadap P&P

(41)

1 6 60

2 4 40

3 0 0

4 0 0

5 0 0

Jadual 7 (g) menunjukkan dapatan berkenaan persepsi murid terhadap P&P yang dijalankan samada menarik,bosan dan sebagainya.dapatan mencatatkan sebanyak 6 kekerapan (60%) sampel menyatakan sangat tidak setuju dengan item yang disoal.Ini membawa maksud pengajaran Al-Quran sangat tidak membosankan sampel.Manakal sebanyak 4 kekerapan (40%) daripada sampel tidak setuju dengan pernyataan yang dinyatakan.Manakala tiada bacaan (0%) pada skala 3,4 dan 5 yang masing-masing membawa maksud pengajaran membosankan.

8) Membaca Al-Quran banyak kali amat letih

Jadual 7 (h) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Kesungguhan Murid latih Tubi Bacaan

(42)

1 5 50

2 2 20

3 2 20

4 1 10

5 0 0

Jadual 7 (h) mancatatkan berkenaan dapatan soal selidik berkaitan tingkah laku dan kesungguhan murid mengikuti arahan dan aktiviti yang dijalankan oleh guru.Item ini meninjau adakah seseorang sampel itu bersikap bersungguh-sungguh atau sebaliknya.Kekerapan tertinggi ditunjukkan pada dapatan skala 1 iaitu sebanyak (50%) yang mewakili 5 kekerapan.Pada skala 2 dan 3 masing-masing menunjukkan dapatan yang sama iaitu sebanyak 2 kekerapan (20%) manakala pada skala 4 pula hanya terdapat 1 kekerapan yang mewakili (10%) daripada sampel.

9) Saya yakin untuk bertanya kepada ustaz sekiranya tidak faham isi pelajaran.

Jadual 7 (i) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Keyakinan Murid

(43)

1 0 0

2 0 0

3 0 0

4 2 20

5 8 80

Jadual 7 (i) menunjukkan dapatan soal selidik mengikut tahap keyakinan murid berdasarkan perlaksanaan murid untuk berani bersuara dan interaksi di dalam kelas semasa P&P berlaku.Dapatan ini menunjukkan sebilanngan besar sampel iaitu sebanyak 8 kekerapan (80%) menyatakan sangat setuju dan yakin untuk bertanya kepada ustaz atau guru sekiranya tidak memahami pengajaran yang disampaikan kepadanya.Selebihnya ialah pada skala 4 yang masih dengan pendirian yang sama iaitu yakin untuk bertanyakan soalan kepada guru yang mengajar sekiranya tidak memahami isi pelajaran.Tiada sampel menyatakan kurang setuju,tidak setuju dan sangat tidak setuju terhadap item yang dinyatakan.

10) Saya suka untuk menjadi sukarela di dalam kelas kepada sebarang aktiviti

Jadual 7 (j) : Dapatan Soal Selidik Mengikut Kesungguhan Murid Melibatkan Diri

SKALA KEKERAPAN PERATUS (%)

(44)

2 0 0

3 2 20

4 1 10

5 7 70

Jadual 7 (j) memaparkan dapatan berkenaan sikap murid dan kesungguhan mereka untuk mengambil bahagian secara sukarela di dalam aktivit yang dijalankan oleh guru di dalam P&P.terdapat tiga bacaan yang diperolehi.Kekerapan yang tertinggi ialah pada skala 5 iaitu sebanyak 7 sampel (70%),diikuti dengan skala 3 yang menyatakan dua orang sampel manakal pada skala 4,hanya satu sampel (10%) menyatakan persetujuannya bagi item soalan ini.

(45)

Jadual 8 : Dapatan proses temubual sampel

Jadual 8 menunjukkan dapatan hasil temu bual yang dijalankan ke atas sampel (murid-murid) selepas kaedah pengajaran disampaikan.Tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat dan komen dari sampel sendiri tentang kaedah pengajaran yang digunakan oleh saya di dalam bilik darjah.Hasil dapatan ditunjukkan seperti jadual di atas.

Dapatan dari temu bual bersama sampel menunjukkan keseluruhan sampel (100%) menyatakan suka dan sangat berminat terhadap pelajaran Tilawah Al-Quran.Tiada seorang sampel yang tidak berminat atau kurang suka terhadap pelajaran Tilawah.

Begitu juga dari aspek pengajaran saya di dalam kelas.Keseluruhan sampel menyatakan gembira mengikuti kelas yang diajar.Ini menunjukka,kaedah pengajaran

Bil

Aspek Yang Ingin Diketahui/Dinilai Temu Bual Kekerapan

(+)

Kekerapan

(-)

1 Minat/Tidak pelajaran Tilawah Al-Quran

10 orang (100%)

0 (0%)

2 Gembira/Tidak mengikuti kelas 10 orang(100%) (0%)0

3 Bosan/Tidak semasa P&P dalam bilik darjah

1 orang (10%)

9 orang (90%)

4 Sukarela/Tidak melibatkan diri dalam aktiviti

6 orang (60%)

4 orang (40%)

(46)

amat sesuai digunakan terhadap sampel tersebut.Walaupun pelajaran Tilawah yang hanya melibatkan bacaan,namun sampel menyatakan sangat gembira mengikuti P&P yang dijalankan.

Dari aspek,perasaan dan pandangan sampel,dapatan menunjukkan sebilangan besar sampel iaitu sebanyak 9 orang (90%) menyatakan tidak bosan dengan proses P&P di dalam kelas manakala terdapat seorang (10%) sampel yang menyatakan bosan di dalam kelas.Ini menunjukkan kaedah yang digunakan amat berjaya terhadap Sembilan orang sampel tersebut dan sampel yang menyatakan bosan di dalam kelas kemungkinan tidak sesuai dengan kaedah tersebut dan mungkin mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dari sampel yang lain.

Faktor yang amat menarik perhatian saya ialah di mana,peningkatan sampel melibatkan diri di dalam aktiviti P&P amat menggalakkan.Walaupun dapatan menunjukkan hanya 6 orang sampel (60%) yang menyatakan sukarela mengikuti aktiviti namun ianya suatu jumlah yang cukup besar jika dibandingkan dengan sebelumnya.Terdapat juga 4 orang sampel (40%) yang menyatakan terpaksa dan bukannya sukarela dalam aktiviti yang dijalankan.Walau bagaimanapun,ianya suatu kejayaan apabila sampel terlibat secara aktif dalam proses P&P samada secara sukarela ataupun tidak.Ada waktunya,seseorang itu perlu di desak untuk membantu dirinya ke arah yang lebih baik.Saya merasakan desakan di dalam kelas adalah waktu yang terbaik demi memastikan wujud anjakan paradigma di dalam gaya

(47)

Referensi

Dokumen terkait

Saya telah membuat keputusan untuk menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga

Berdasarkan keputusan pemerhatian yang telah dijalankan selama empat belas hari berturut-turut di dapati jenis awan pertengahan mempunyai kekerapan yang lebih

Kajian tindakan ini dijalankan apabila saya dapati Roy dan Juli langsung tidak dapat menguasai fakta asas tambah yang secara tidak langsung mengakibatkan mereka tidak mahu

Selain itu, terdapat murid yang menyatakan bahawa mereka mengetahui nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang diberikan, namun mereka menghadapi masalah untuk membina ulasan

41 Melalui pemerhatian yang telah penyelidik jalankan, perubahan tingkah laku murid setelah kelas akronim dijalankan adalah bersesuaian dengan pendapat Mok Soon Sang

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya

Saya telah memarahi, mendenda dan meminta pelajar 5Sains2 menulis di atas sekeping kertas, sebab- sebab mereka gagal di dalam kimia, Saya juga telah meminta semua guru yang

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah teori konstruktivisme mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid terhadap teknik catan, menentukan