• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Kajian Tindakan SAINS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Kajian Tindakan SAINS"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH KAJIAN TINDAKAN

PROJEK MODEL PENSIANGAN SALINATAN

TAJUK KAJIAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) BAHAGIAN B

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 SK SUNGAI TAKA

OLEH :

NOOR HANA BINTI CHE HASAN SK SUNGAI TAKA

09800 SERDANG KEDAH DARUL AMAN

SEPTEMBER 2008

(2)

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid Tahun Enam yang kurang menguasai cara menjawab soalan bahagian B kertas sains yang melibatkan kemahiran proses sains (KPS). Seramai 25 orang murid Tahun Enam terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, soal selidik, membuat pemerhatian, dan berdasarkan ujian bulanan. Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS). Begitu juga dengan soalan latihan yang diberikan, segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun penerangan tentang soalan telah diberikan. Untuk mengatasi masalah ini, saya menjalankan kajian dengan melakukan beberapa aktiviti seperti memberi penerangan tentang teknik menjawab soalan sains bahagian B. Melalui aktiviti ini, saya menerangkan kepada murid tentang kaedah mendapatkan maklumat daripada soalan. Untuk memantapkan penguasaan murid terhadap kosa kata sains dalam bahasa Inggeris saya membimbing mereka cara menggunakan buku glosari sains dan ’wordlist’ dengan betul. Seterusnya murid diberi modul latihan menjawab soalan KPS dan latih tubi soalan. Saya juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini saya meminta mereka membina peta minda. Saya percaya jika murid dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul, mereka boleh mendapatkan markah yang lebih baik lagi pada bahagian ini. Perbandingan keputusan Ujian Pra (Ujian Bulan April) sebelum aktiviti dijalankan dengan Ujian Pasca ( Peperiksaan Percubaan Negeri) selepas aktiviti dijalankan menunjukkan peningkatan walaupun tidak seperti yang diharapkan.

(3)

Muka surat

Abstrak ii Isi Kandungan iii 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

2. Fokus Kajian 3. Objektif Kajian 4. Kumpulan Sasaran 5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Merancang Tindakan 5.4 Melaksanakan Tindakan

a) Aktiviti 1- Teknik Menjawab Soalan b) Aktiviti 2- Glossari dan ’Wordlist’ c) Aktiviti 3- Latihan Menjawab Soalan d) Aktiviti 4- Peta Minda

5.5 Refleksi Kajian 6. Cadangan Lanjutan

Lampiran

(4)

Murid Tahun 6 dalam kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan murid yang lemah pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memang dapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah semasa mempelajari mata pelajaran Sains.

Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS). Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain daripada itu, melalui soal jawab saya dengan murid, saya mendapati ada di antara mereka tidak memahami kehendak soalan, tidak memahami istilah sains, dan perkataan Sains dalam Bahasa Inggeris serta tidak memahami sebahagian tajuk yang telah diajar.

Kegagalan murid mendapat markah pada bahagian B semasa peperiksaan amat merugikan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan bahagian B dengan betul, saya merasakan masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang mereka hadapi.

(5)

Berdasarkan keputusan ujian bulanan Kedua (April) yang dijalankan, hampir keseluruhan murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan-soalan di bahagian B iaitu mendapat markah melebihi 16/20 markah. Hanya seorang sahaja yang mendapat markah melebihi 16/20 markah, seramai empat orang mendapat markah antara 10-15, manakala bilangan murid mendapat markah bawah daripada 10 adalah seramai 25 orang. Memandangkan hasil ujian yang tidak memuaskan dan amat membimbangkan, maka saya terfikir untuk membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan pada bahagian B ini. Antara kelemahan murid-murid ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut :

• tidak menguasai kemahiran proses sains. • tidak memahami kaedah guru mengajar

• tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul

• tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari. • tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah

• tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) dan perkataan sains dalam Bahasa Inggeris.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan di bahagian ini, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada kaedah atau teknik menjawab soalan Kemahiran Proses Sains Bahagian B.

(6)

3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum

Meningkatkan prestasi murid dengan menjawab soalan Sains Bahagian B dengan betul.

Objektif Khusus

i Meningkatkan pengetahuan murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B.

ii Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B

iii Membantu murid mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan sains dengan betul.

iv Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk glosari sains atau kamus.

v Meningkatkan peratus lulus murid bagi mata pelajaran Sains.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang murid Tahun 6 SK Sungai Taka yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.

(7)

5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian terhadap masalah tersebut dilihat daripada aspek berikut :

a) Pengetahuan sedia ada murid memahami maklumat yang terdapat di dalam soalan melalui temu bual dan soal selidik.

b) Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan Sains Bahagian B. c) Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas

mempelajari sesuatu topik dalam subjek Sains.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah a) Hasil Temubual Dengan Murid

Hasil temu bual dengan murid saya mendapati sebahagian 10/25 orang murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk yang dipelajari, 15/25 tidak menguasai teknik menjawab soalan, tidak

membaca soalan dengan teliti dan ada juga yang tidak berminat untuk menjawab soalan.

b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja

Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B juga ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan.

(8)

i) Tidak memahami kehendak soalan.

ii) Murid belum menguasai istilah penting dalam KPS seperti membuat inferens, hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan mentafsir data.

iii) Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan sama ada maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta palang, gambar rajah dan pernyataan ayat.

c) Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian Topikal yang diadakan setelah selesai sesuatu topic.

Jadual 1 : Hasil tinjauan Penguasaan Murid Menjawab Soalan KPS Berdasarkan Ujian Topikal.

( contoh soalan - Rujuk Lampiran 1)

Perkara yang ditinjau Bilangan murid Murid tidak dapat menjawab

Soalan (a) Soalan (d)

16 18 Murid tidak dapat menjawab soalan

mengawal pemboleh ubah (b)

15 Murid tidak dapat menjawab soalan

mentafsir data (c)

16

5.3 Merancang Tindakan

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan.

(9)

i. Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B ii. Penggunaan Glosari Sains atau kamus

iii.Latihan menjawab soalan Sains Bahagian B iv.Membina mengikut topik yang dipelajari 6. Melaksanakan Tindakan

a) Aktiviti 1 :

Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B

Saya mengambil masa selama dua jam untuk menerangkan kepada murid tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B menggunakan aplikasi komputer ’power point’ dengan memaparkannya di skrin. Panduan (rujuk Lampiran 2) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan Sains Bahagian B dan istilah-istilah penting KPS diedarkan kepada murid. Untuk menarik minat murid dalam slot ini, saya menyediakan soalan (rujuk Lampiran 3) untuk dijawab oleh murid. Saya fokuskan soalan yang mudah mendapatkan markah berpandukan maklumat yang terdapat pada perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

Contoh Soalan:

Maklumat yang boleh didapati dari perenggan, gambar rajah dan pernyataan ayat.

A group of people are asked to construct three tower models of equal height using manila cards. The three models constructed by the group are shown in table below.

(10)

Pemerhatian :

Walaupun sebelum ini, saya telah menerangkan teknik menjawab soalan kepada murid, masih lagi ada murid yang kurang faham dan keliru untuk menjawab soalan bahagian B ini.

Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati sebahagian murid-murid menunjukkan reaksi positif manakala sebahagian lagi masih kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan. Setelah ’hand out’ panduan menjawab soalan diedarkan dan saya menerangkan cara merujuknya barulah murid yang keliru tadi dapat memahami cara menjawab soalan. Namun masih ada murid yang kategori lemah tidak

Gambar rajah

Pernyataan ayat

(11)

faham langsung walaupun dibimbing oleh saya.

Refleksi :

Lebih kurang 72 % orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan manakala sebahagian lagi dibimbing oleh saya.

Aktiviti 2 :

Penggunaan Glosari Sains, ’Wordlist’ dan kamus

Saya menggalakkan murid merujuk pada buku glosari sains yang dibekalkan oleh kementerian, dan ‘wordlist’ (rujuk lampiran) yang disediakan oleh saya untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami secara berterusan dan menambah penguasaan istilah dan perbendaharaan kata sains dalam bahasa Inggeris. Setiap murid diberikan ‘Wordlist’ atau senarai perkataan sains dalam Bahasa Inggeris. Diakhir setiap pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengadakan kuiz teka kata secara spontan untuk dijawab oleh murid berdasarkan topik yang dipelajari.

Contoh soalan Kuiz :

Questions Answer

Species of plant or animal that are almost extinct Endangered An interaction in which two or more organisms living in

the same habitat, trying to gain control of the same resources

(12)

Pemerhatian :

Dari pemerhatian yang dibuat, seramai 18 orang murid telah mencatat perkataan-perkataan yang mereka tidak faham di dalam buku ‘vocabulary’ mereka. Murid juga berminat dengan aktiviti kuiz yang dijalankan.

Refleksi :

Murid-murid sememangnya boleh menguasai kosa kata sains dalam B.Inggeris sekiranya mereka sentiasa membaca, merujuk dengan menggunakan buku glosari sains senarai perkataan sains dan berbincang sesama mereka. Perbendaharan kata murid akan lebih meningkat lagi.

Aktiviti 3 :

Latihan Menjawab Soalan Bahagian B.

• Guru memberi modul soalan KPS yang dibekalkan oleh JPN kepada murid. Sebelum menjawab soalan latihan daripada modul, murid diminta supaya mengingat kembali teknik-teknik menjawab soalan seperti memahami maklumat yang terdapat dalam perenggan / penyataan ayat / gambarajah / carta palang / jadual dan mencari kata kunci soalan dengan menggaris di bawahnya.(Rujuk lampiran)

• Guru mengedarkan kad soalan (rujuk lampiran) kepada murid secara berkumpulan, murid dikehendaki mencari maklumat penting dan menggariskan kata kunci yang terdapat pada soalan.

(13)

• Setiap minggu murid akan diberikan sekurang-kurangnya 2 soalan latihan bahagian B (rujuk lampiran) samada berbentuk gambarajah, jadual dan carta palang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari melibatkan tujuan penyiasatan/eksperimen, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat, membuat inferens, membuat hipotesis, mentafsir data dan membuat ramalan.

Pemerhatian

• Masih terdapat murid yang tidak ingat teknik-teknik menjawab soalan. Sebahagian murid tidak dapat mencari maklumat yang terdapat dalam soalan seperti dalam perenggan / ayat / gambarajah / carta palang / jadual dan mencari kata kunci dengan menggaris di bawahnya. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membimbing murid-murid yang di kenalpasti kelemahan mereka menjawab soalan. Saya membimbing mereka secara kumpulan semasa waktu rehat dan selepas waktu persekolahan selama lebih kurang 10 hingga15 minit.

• Aktiviti menjawab kad soalan secara berkumpulan ini telah menunjukkan peningkatan. Murid-murid dapat berbincang dalam kumpulan dengan mengenalpasti maklumat-maklumat penting yang terdapat dalam soalan. Murid-murid yang lemah juga dibimbing oleh rakan sebaya.

• Soalan latihan mingguan ini dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam menjawab soalan sains bahagian B ini. Refleksi

(14)

Melalui aktiviti ini, lebih ramai murid menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan setelah diberi bimbingan oleh guru dan rakan sebaya.

Aktiviti 4 : Membina Peta Minda Mengikut Topik Yang Dipelajari.

Saya juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini saya meminta mereka membina peta minda (rujuk lampiran) berdasarkan topik yang telah dipelajari.Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru. Berdasarkan peta minda yang dibina, murid diminta memahami konsep atau fakta yang terkandung di dalam peta minda tersebut.

Pemerhatian

Melalui pemerhatian semasa P&P dijalankan, kebanyakan murid dapat membina peta minda berdasarkan topik yang dipelajari. Ini menunjukkan aktiviti membina peta minda dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka terhadap topik yang dipelajari. Namun masih terdapat murid yang lemah membina peta minda terutamanya murid yang masih lemah dalam bacaan dan tidak boleh membaca. Untuk mengatasi masalah ini guru membimbing murid dengan membaca nota dan memberi panduan kepada murid yang lemah.

Refleksi

Aktiviti membina Peta minda dalam P&P dapat menarik minat murid dalam pembelajaran. Selain itu, peta minda juga dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap topik- topik yang telah dipelajari.

(15)

7. REFLEKSI KAJIAN

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang prestasi murid menjawab soalan diukur daripada pemeriksaan buku latihan, lembaran kerja, markah penilaian ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Berdasarkan Peperiksaan Percubaan Negeri didapati markah paling minima yang diperolehi oleh murid selepas kajian ini ialah 2 markah. Tidak ada lagi murid yang mendapat 0 markah. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh saya semasa menjalankan aktiviti yang dirancang seperti murid tidak serius dan bersungguh-sungguh menjawab soalan. Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan Sains bahagian B walaupun tidak sepenuhnya.

Jadual 2 : Analisis Markah Sains Bahagian B dalam Ujian dan Peperiksaan Percubaan Negeri.

Berdasarkan analisis markah ini terdapat peningkatan pencapaian murid dalam peperiksaan percubaan.

Markah Bilangan Murid Ujian Bulanan (April) Pep.Percubaan UPSR Negeri 16 - 20 0 4 10 – 15 0 11 0 - 9 25 10

(16)

8. CADANGAN LANJUTAN

Memandangkan bilangan murid yang mendapat markah bahagian B Sains bawah 10 markah masih ramai maka saya akan meneruskan kajian ini dengan membuat penambahbaikan seperti mengadakan program Mentor Mentee yang melibatkan dua orang guru sains. Murid akan di bahagikan kepada dua kumpulan supaya murid dapat dibimbing dengan lebih berkesan untuk mencapai sasaran markah bahagian B iaitu mendapat markah lebih daripada 10 markah.

(17)

Contoh Soalan

A small ball was pushed with the same force along different surfaces. Table 2 shows  the  time taken by the ball to move a distance of 2 metres on different surfaces.

Surface Time taken (s)

Glass 2 Plank 4 Cement floor 7 Sand paper 12 Table 2 (a) Give your inference on the differences in time taken by the ball to move the same        distance.     ………      ……… [ 1 mark ] (b) State the thing that is      1. changed : ………      2. observed : ……….. [ 2 marks ] (c)What is the relationship between the frictional force produced and type of surface?      ………...      …...……… [1 mark ] (d) Ani has two pair of shoes. One pair has a smooth sole while the other has a  Lampiran 1

(18)

     patterned sole. Which pair of shoes is safer to wear? Give reason for your answer.      ...      ………..

[1 mark ]

Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B:

Kemahiran Proses Sains - KPS ( Science Process Skills – SPS) yang diuji dalam Kertas Soalan Sains UPSR Bahagian B.

1. Inferens ( Inference) 2. Hipotesis (Hyphothesis)

3. Mengawal Pemboleh ubah (Variables / Things) 4. Mentafsir data (Interpreting data )

5. Meramal (Prediction) 6. Application (Aplikasi)

Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B: Fahamkan maklumat yang diberi pada

- perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

Fahamkan soalan

- cari kata kunci ( keyword) dan gariskan seperti

- ‘ change, observe, keep the same, two information, aim/ purpose, hyphothesis, relationship, conclusion, inference, reason, trend, pattern’.

(19)

Cari jawapan dari :

i) perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

ii) Topik yang dipelajari atau iii) Kemahiran berfikir logic atau

(20)

Gambar

Gambar  rajah

Referensi

Dokumen terkait

bercampur darah dari jalan lahir, keluar cairan berbau amis dari jalan lahirdan nyeri yang hebat dari pinggang menjalar keperut bagian bawah. Apabila ibu

Jurnal Ilmiah kebijakan Hukum menerima naskah karya tulis Imiah di bidang Hukum dan kebijakan hasil Penelitian, Kajian, dan tinjauan hukum yang belum pernah

Tetapi guru tidak menggunakan sebarang instrumen yang boelh mengukur perkembangan prestasi murid dengan lebih mudah dan teratur. 5.3

Melanjutkan tugas yang diberikan Pak Bayu, Mengkoreksi instalasi pipa instalasi pipa di windlal diforcestle dan Mooring winch diburitan. NAMA GALANGAN:

Wilayah transmigrasi di kecamatan Tolangohula provinsi Gorontali merupakan wilayah yang memiliki masyarakat multietnis.Pembauran masyarakat suku Gorontalo dan suku

Sehingga hal tersebut mendasari penggunaan diagram kendali MEWMV dan MEWMA untuk memonitoring variabilitas dan target proses Ex-Mixer produk BR 1 SP Crumble, dimana

Penelitian skripsi yang ditulis oleh Aminah Umi Rahayu 2016 yang berjudul “Optimalisasi Upaya BAZNAS Kabupaten Banyumas dalam Meningkatkan Jumlah Muzakki”

Adapun masalah yang dihadapi yaitu waktu yang kurang pada saat pembelajaran dikelas menyebabkan diskusi dan latihan soal belum terbahas dan mahasiswa masih belum