• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN TINDAKAN TEKNIK jigsaw FHC

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN TINDAKAN TEKNIK jigsaw FHC"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

SMK SERI TANJONG

TANJONG KLING, MELAKA

DRAF KAJIAN TINDAKAN

GEOGRAFI FIZIKAL

TINGKATAN 6(PPU)

Tajuk:

Menggunakan teknik FHC bagi meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran pelajar PPU tahun 2 Geografi

menulis jawapan bagi soalan tema Atmosfera bertajuk cuaca

dan iklim.

Pengkaji : Pn Normah bt Zainal

Sekolah : SMK Seri Tanjong,

(2)
(3)
(4)
(5)

SMK SERI TANJONG, 76400 MELAKA UNIT GEOGRAFI PPU/PANITIA GEOGRAFI 2018

DRAF KAJIAN TINDAKAN GEOGRAFI FIZIKAL

1. Tajuk Kajian : Menggunakan teknik FHC bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar PPU tahun 2 Geografi menulis jawapan bagi soalan tema Atmosfera bertajuk cuaca dan iklim.

2. Nama

Penyelidik : NORMAH BINTI ZAINAL

3. Nama

Sekolah : SMK Seri Tanjong, Tanjong Kling, 76400 Melaka

4. Refleksi P & P Yang Lalu :

Saya mengajar Geografi tingkatan 6 bagi pelajar PPU Geografi tahun 1 pada tahun lepas 2017. Masalah utama pelajar saya ialah mereka tidak dapat menjawab dengan baik atau menjawab dengan betul soalan-soalan struktur dan soalan esei. Pelajar lebih cenderung menulis jawapan yang bersifat am sahaja. Tidak ada kekuatan dalam jawapan mereka dan pelajar cenderung menulis jawapan yang amat ringkas dan tidak menepati kehendak soalan. Hasilnya jawapan menjadi terlalu am dan tidak dapat diberikan markah berdasarkan skima jawapan. Ini dapat dibuktikan daripada keputusan peperiksaan percubaan penggal 1 yang lalu(sila lihat analisis keputusan peperiksaan percubaan penggal 1 STPM). Ini mungkin disebabkan mereka kurang didedahkan dengan teknik menulis jawapan yang betul yang menyebabkan jawapan mereka tidak dapat diberi markah penuh atau tiada markah lansung.

Pada tahun ini 2018, pelajar-pelajar yang sama PPU Geografi tahun 2 sedang mempelajari tema atmosfera tajuk cuaca dan iklim. Tajuk ini adalah antara tajuk yang saya dapati pelajar lemah menguasainya berdasarkan soalan-soalan kuiz yang dijawab oleh pelajar selepas Pdpc. Buktinya setiap kali soalan-soalan dikemukakan mengenai tajuk cuaca dan iklim pelajar tidak dapat menjawab dengan lengkap dan memuaskan.

5. Isu/Keperihatinan

Yang Dikaji :

Daripada refleksi di atas didapati pelajar tidak dapat menulis jawapan atau menguasai kemahiran menulis jawapan yang betul seterusnya dapat diberikan markah penuh. Masalah ini berlaku dikalangan pelajar kerana jawapan mereka tidak mempunyai fakta(F), huraian(H) dan

contoh( C) (FHC). Jika perkara ini tidak ditangani masalah akan menjadi teruk, pelajar akan terus dengan cara biasa mereka. Bagi mengatasi masalah ini saya akan cuba memfokuskan

cara-cara menulis jawapan yang paling betul bagi para pelajar menjawab soalan berkaitan tema atmosfera tajuk cuaca dan iklim. Semasa membincangkan jawapan bagi soalan struktur dan soalan esei tajuk cuaca dan iklim menggunakan kaedah yang biasa iaitu dengan membincangkan sahaja jawapan, saya rasakan ada kekurangannya. Para pelajar sepatutnya didedahkan dengan teknik menulis jawapan yang betul menggunakan teknik FHC setiap kali membuat perbincangan jawapan. Dengan cara ini para pelajar akan tahu cara menjawab soalan yang betul dan memberikan mereka markah. Dengan ini secara tidak lansung guru telah melatih mereka teknik menjawab yang dikehendaki oleh skima jawapan geografi peperiksaan STPM. Masalah-masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar dalam menulis jawapan ialah

:- Pelajar tidak dapat dapat menulis jawapan yang paling betul kerana tidak tahu di mana fakta, di mana huraian dan di mana contoh.

(6)

 Pelajar tidak menjawab soalan berkaitan tajuk cuaca dan iklim kerana tidak faham kebanyakan perkara dalam topik tersebut.

 Pelajar tidak suka soalan-soalan berkaitan tajuk cuaca dan iklim yang dianggap lebih sukar berbanding soalan-soalan berkaitan tajuk geografi kemanusiaan.

6. Objektif

Kajian :

a) Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menulis jawapan yang lengkap dan tepat mengunakan teknik FHC bagi tema atmosfera berkaitan tajuk cuaca dan iklim.

b) Objektif Khusus

 Meningkatkan pemahaman pelajar mengenai tema atmosfera-tajuk cuaca dan iklim.

 Meningkatkan kemahiran pelajar menulis jawapan yang paling betul/tepat berkaitan tema atmosfera tajuk cuaca dan iklim.

 Membantu pelajar menguasai teknik-teknik menjawab bagi soalan tema atmosfera berkaitan tajuk cuaca dan iklim.

 Meningkatkan minat pelajar mempelajari geografi fizikal khususnya tajuk cuaca dan iklim

7. Kumpulan Sasaran :

Pengkaji melibatkan 20 pelajar PPU Geografi tahun 2 tahun 2018.

8. Tindakan Yang Dicadangkan :

a) Tinjauan Awal Masalah

Sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti yang dicadang untuk dilaksanakan, tinjauan awal masalah akan dibuat oleh pengkaji. Tujuan tinjauan awal ini dilaksanakan adalah untuk memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari tajuk cuaca dan iklim dalam geografi fizikal. Antara perkara-perkara yang akan dilakukan oleh pengkaji adalah:

 Mengadakan ujian pra berbentuk soalan struktur dan esei bagi tajuk cuaca dan iklim.

 Mengadakan kuiz bagi menjawab soalan spontan berkaitan tajuk cuaca dan iklim.

 Guru meminta pelajar memberikan sebab mengapa mereka menulis jawapan tersebut yang difikirkan telah lengkap dan tepat.

 Guru menanda jawapan pelajar dan memberikan markah/skor.

b) Menjawab soalan struktur dan esei (1)

Untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar menjawab soalan tema atmosfera tajuk cuaca dan

iklim:- Pengkaji akan meminta pelajar-pelajar membaca tajuk cuaca dan iklim.

 Pelajar diberi soalan-soalan struktur berkaitan tajuk cuaca dan iklim.

 Pelajar diminta menjawab dengan betul soalan yang ada.

 Guru menunjukkan soalan dan jawapan yang betul berdasarkan teknik FHC menggunakan Power Point dan meminta pelajar memberikan respon.

 Pelajar diminta mencatatkan jawapan yang betul menggunakan teknik FHC bagi setiap soalan.

 Guru menanda jawapan pelajar dan memberikan markah/skor.

c) Menjawab soalan struktur dan esei(2)

 Pelajar diberi soalan-soalan berkaitan tajuk cuaca dan iklim.

(7)

 Guru menanda jawapan pelajar dan memberikan markah/skor.

 Guru menganalisis markah dan membuat refleksi. Jika tiada berlaku perubahan tingkahlaku pelajar dalam jawapan mereka, proses ini akan diulang semula.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian :

Bil Aktiviti Tempoh Pelaksanaan

1 Mengenalpasti masalah dan mengumpul data awal 16.1.2018

2 Menulis kertas cadangan 02.2.2018

3 Merancang tindakan 12.2.2018

4 Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 19.2.2018

5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 09.3.2018

6 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 26.3.2018

7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 02.4.2018 8 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 17.4.2018

9 Refleksi kajian 23.4.2018

10 Menulis laporan kajian 02.5.2018

11 Pembentangan dapatan kajian 15.5.2018

10. Peralatan/Bahan

 Kertas A4 untuk pelajar - kertas soalan

 Komputer

 LCD untuk persembahan

 Alat-alat tulis

11. Peruntukan Kewangan : Tidak Diperlukan

Disediakan oleh,

Referensi

Dokumen terkait

Bagi Soalan 2, secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan peratus pelajar lelaki yang betul bagi kesemua kemahiran yang berkaitan dalam menyelesaikan masalah

Dapatan pemerhatian ini dapat telah menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu peserta kajian sudah dapat menulis dan membina ayat tunggal dengan betul tanpa

Arahan: Kertas soalan Bahagian A berbentuk objektif dan anda dikehendaki menjawab semua soalan yang diberi dengan jawapan yang tepat1. Gereja ialah tempat ibadat

Kamu dikehendaki menjawab semua soalan. Bahagian A, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D..Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Bulatkan

Saya telah membuat keputusan untuk menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga

Murid-murid lain sudah pandai membaca perkataan dan gambar serta dapat menjawab soalan lisan guru walaupun mereka masih menggunakan bahasa ibunda mereka (Bahasa Iban). Semasa

MENULIS JAWAPAN TIDAK MENGIKUT SKEMA YANG BETUL BENGKEL TEKNIK MENJAWAB JULAI HINGGA OKTOBE R KETUA PANITIA DAN GURU SUBJEK KEBERKESANAN 1, PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR CARA

Mempelbagaikan kemahiran pedagogi semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) boleh menarik minat pelajar untuk lebih menyesuaikan diri mereka dalam menjawab soalan aras