• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Penggunaan Rumus

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Penggunaan Rumus"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Penggunaan Rumus “JeBaGaL” dalam Meningkatkan Kemahiran Membina Ulasan Nilai Murni dalam Kalangan Murid Tahun 4

Oleh: Oi Tze Hooi

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shang Cheng 09400 Padang Serai

Kedah.

ABSTRAK

(2)

1.0 Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran Lalu

Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Kelas 4M pada tahun ini. Sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk menentukan nilai murni yang sesuai dan menulis ulasan nilai murni berdasarkan teks yang diberikan.

Semasa ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun, markah yang diperolehi murid-murid untuk bahagian ini hanyalah dalam lingkungan 2 hingga 7 markah, sedangkan markah penuh untuk bahagian ini adalah 20 markah. Hal ini telah membuktikan bahawa mereka tidak dapat menguasai kemahiran membuat ulasan apabila petikan nilai murni diberikan kepada mereka.

Berdasarkan pemerhatian saya, antara kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid ialah tidak dapat menentukan nilai murni yang tepat berdasarkan pernyataan yang diberikan. Di samping itu, terdapat juga murid-murid yang tidak dapat membuat ulasan dengan menggunakan ayat yang lengkap. Banyak ayat tergantung yang dibina oleh mereka. Malahan, terdapat murid-murid yang hanya menyalin semula teks yang diberikan kepada mereka kerana tidak mengetahui cara untuk menjawab soalan ini.

Apabila saya bertanyakan keadaan ini kepada murid-murid, mereka menyatakan bahawa mereka malas untuk membaca teks nilai murni yang diberikan. Di samping itu, terdapat juga murid-murid yang menyatakan bahawa mereka tidak berupaya mencari nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang diberikan. Selain itu, terdapat murid yang menyatakan bahawa mereka mengetahui nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang diberikan, namun mereka menghadapi masalah untuk membina ulasan dalam ayat yang lengkap.

(3)

2.0 Fokus Kajian

Murid-murid di kelas saya menghadapi banyak masalah semasa menjawab Bahasa Melayu Kertas 2. Namun, saya hanya akan memfokuskan kajian ini kepada masalah penulisan ulasan nilai murni. Hal ini disebabkan murid-murid di kelas saya tidak dapat membuat ulasan berdasarkan teks nilai murni yang diberikan. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid ialah seperti berikut:

i. Murid-murid tidak dapat menentukan nilai murni berdasarkan pernyataan yang diberikan.

ii. Mereka menghadapi masalah untuk membina ayat yang lengkap semasa membuat ulasan.

Melalui penggunaan rumus “JeBaGaL”, saya akan memfokuskan kajian ini dalam dua aspek iaitu

i. Menentukan nilai murni yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberikan.

ii. Menggunakan ayat yang lengkap dan betul semasa membuat ulasan nilai murni.

Melalui penggunaan rumus “JeBaGaL”, saya yakin murid-murid dapat menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang diberikan. Di samping itu, mereka juga dapat membuat ulasan dengan menggunakan ayat yang lengkap. Saya berharap kajian ini dapat membantu murid-murid memperolehi markah yang lebih tinggi untuk Bahagian C dalam Bahasa Melayu Kertas 2.

(4)

3.1. Objektif Umum:

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahagian C, penulisan Bahasa Melayu Kertas 2.

3.2. Objektif Khusus:

i. Memastikan sekurang-kurangnya 15 orang daripada 28 orang murid di Kelas 4M mendapat sekurang-kurangnya 12 markah dalam Bahagian C, penulisan Bahasa Melayu Kertas 2.

ii. Meningkatkan kemahiran murid dalam menentukan nilai murni yang tepat berdasarkan teks yang diberikan.

iii. Meningkatkan kemahiran murid dalam membina ulasan dengan menggunakan ayat yang lengkap.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 28 orang murid dari Kelas 4M SJK(C) Shang Cheng yang terdiri daripada 15 orang perempuan dan 13 orang lelaki. Terdapat 11 orang murid Melayu, 11 orang murid Cina, 3 orang murid Siam, 2 orang murid India dan seorang murid Sikh di kelas ini. Selain itu, terdapat 2 orang murid yang dikategorikan sebagai golongan kurang upaya di kelas ini kerana menghadapi masalah pembelajaran.

5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah

(5)

Langkah

dan Tarikh Cara Penilaian KumpulanSasaran Tujuan Langkah 1

23.6.14 Pemerhatian 28 orang murid 4M

Mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid.

Langkah 3

25.6.14 Ujian 28 orang

murid 4M

Mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid. Jadual 2 : Analisis Tinjauan Masalah

Langkah

dan Tarikh Cara Penilaian KumpulanSasaran Masalah telah dikenalpasti Langkah 1

23.6.14 Pemerhatian 28 orang murid 4M

Murid-murid kurang memberi respon terhadap soalan yang diajukan.

(6)

lengkap dan betul. mendapati semua murid-murid mendapat kurang daripada 7 markah untuk soalan ini.

Langkah 4

26.6.14 Temubual Secara Tidak Formal

28 orang murid 4M

i. Seramai 6 orang telah saya temubual dan didapati mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan nilai murni yang betul berdasarkan pernyataan.

ii. Mereka juga menyatakan bahawa tidak mengetahui cara untuk menulis ulasan nilai murni.

5.3 Tindakan yang Dijalankan/ Pemerhatian/ Refleksi

(7)

kata kunci atau huraian bagi nilai murni yang telah dipelajari. Melalui aktiviti ini, murid-murid dilatih untuk menjelmakan nilai-nilai yang yang tersirat di sebalik pernyataan-pernyataan yang diberikan. Aktiviti ini dijalankan sebanyak 4 kali.

Pemerhatian:

Pada peringkat awal aktiviti, murid-murid tidak menentukan nilai murni yang sesuai berdasarkan pernyataan nilai murni yang diberikan. Namun, selepas beberapa kali aktiviti dijalankan, murid-murid telah menunjukkan kemajuan dan keyakinan.

Refleksi:

Murid-murid memberi respon positif terhadap aktiviti yang dijalankan. Mereka juga mula menunjukkan minat terhadap penulisan ulasan nilai murni. Namun, bagi murid-murid yang lemah, mereka memerlukan bimbingan guru semasa menentukan nilai murni yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Langkah 2 : Baca

Selepas murid-murid telah membiasakan diri dengan pernyataan-pernyataan nilai murni, muird-murid diberi teks nilai murni. Mereka diajar untuk membaca dan memahami isi teks. Dalam aktiviti ini, murid-murid membaca teks nilai murni yang diberikan. Murid-murid perlulah membaca teks dengan lancar dan teliti. Bagi murid-murid yang lemah, mereka digalakkan untuk membaca teks yang diberikan sekuarang-kurangnya dua kali untuk memahami isi tersirat teks tersebut.

Pemerhatian:

Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati terdapat sesetengah murid yang tidak dapat membaca teks dengan lancar tanpa bimbingan guru, terutamannya murid-murid berbangsa Cina. Mereka juga tidak dapat memahami isi teks tanpa bimbingan guru. Refleksi:

Walaupun masih terdapat murid-murid yang tidak dapat membaca teks dengan lancar, namun mereka telah menunjukkan minat dan kesungguhan terhadap apa yang dipelajari. Saya berasa ia merupakan satu fenomena yang baik dan positif.

(8)

Selepas membaca, murid-murid mencari kata kunci dalam teks tersebut. Semasa pembelajaran dan pengajaran kali pertama dan kedua, saya membaca pernyataan yang perlu digaris oleh murid. bagi pembelajaran dan pengajaran seterusnya, murid-murid mencari sendiri pernyataan atau kata kunci yang mengandungi nilai murni. Murid-murid perlu membaca setiap ayat yang terdapat dalam teks dengan teliti untuk mencari kata kunci. Seterusnya, mereka menggariskan kata kunci atau pernyataan tersebut. Kemudian, secara berkumpulan, murid-murid melakukan perbincangan untuk menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang telah digaris. Mereka dikehendaki menulis nilai murni di atas pernyataan yang telah digaris. Guru dan murid-murid bersama-sama melakukan perbincangan untuk mencari jawapan yang betul.

Pemerhatian:

Melalui pemerhatian saya, didapati murid-murid amat menyukai aktiviti ini. Mereka berasa puas dan gembira apabila berjaya menggariskan pernyataan yang betul atau berjaya menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang digariskan. Selain itu, perbincangan kumpulan juga membolehkan murid-murid membantu rakan-rakan yang lebih lemah.

Refleksi:

Murid-murid kelihatan berminat dan gembira semasa menggariskan pernyataan dan menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan. Mereka juga lebih yakin dan memberi respon terhadap soalah yang diajukan. Walaupun mereka masih tidak dapat menjawab soalan yang dikemukan dengan betul, namun perubahan yang ditunjukkan ini telah memotivasikan saya agar lebih berusaha.

Langkah 4: Lengkapkan Jadual

(9)

murid-murid hanya perlu memindahkan maklumat yang terdapat di dalam jadual ke dalam bentuk perenggan.

Pemerhatian:

Untuk kali pertama, ramai murid yang tidak dapat melengkapkan jadual dengan betul. Namun selepas diberi bimbingan dan tunjuk ajar, kini mereka dapat melengkapkan jadual dengan kesalahan yang minimun tanpa bimbingan guru. Namun, masih terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat melengkapkan jadual tanpa bimbingan guru. Saya juga mendapati kaedah jadual amat membantu dalam membina ayat yang lengkap.

Refleksi:

Saya berasa puas hati dan gembira apabila melihat murid-murid menunjukkan minat terhadap apa yang dipelajari. Hal ini kerana penggunaan jadual memudahkan mereka untuk membina ayat yang lengkap dan betul. Bagi murid-murid yang memerlukan bimbingan guru semasa melengkapkan jadual, saya akan meminta mereka melakukan latihan ini secara berulang kali. Saya yakin mereka pasti akan menunjukkan peningkatan dalam membina ulasan nilai murni.

5.4 Refleksi Kajian

Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca. Kebanyakan murid mendapat keputusan yang lebih memberangsangkan dalam ujian pasca berbanding ujian pra. 5.4.1 Penilaian Pencapaian Murid

Jadual 3 : Perbandingan keputusan ujian pra dengan ujian pasca Respode

n

Skor

Ujian pra Ujian pasca

1 4 9

2 2 8

3 6 13

4 1 1

5 1 3

6 3 3

(10)

8 1 3

Jadual 4 : Analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca

Skor Bilangan Respoden (orang)

Ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan untuk menguji kemajuan responden. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden menunjukkan peningkatan. Namun, masih terdapat beberapa orang responden yang tidak menunjukkan peningkatan. Hal ini disebabkan mereka tidak dapat memahami teks nilai murni yang diberikan.

(11)

Selepas menggunakan rumus “JeBaGaL”, seramai 12 orang responden mendapat skor pada julat 5-8 semasa ujian pasca berbanding 7 orang semasa ujian pra. Selain itu, masing-masing 7 orang dan 2 orang responden mendapat skor pada julat 9-12 dan 13-16 semasa ujian pasca sedangkan tiada responden yang mendapat skor pada julat tersebut semasa ujian pra.

Graf 1 : Graf perbandingan keputusan ujian pra dengan ujian pasca

1 hingga 4 5 hingga 8 9 hingga 12 13 hingga 16

Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan bahawa rumus “JeBaGaL” sesuai digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran membina ulasan nilai murni. Selepas penggunaan rumus “JeBaGaL” dalam pengajaran dan pembelajaran, prestasi responden telah menunjukkan peningkatan.

5.4.2 Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan

(12)

i. Perubahan Sikap Murid

Perubahan sikap murid merupakan perubahan yang paling ketara dikesan selepas kajian dilakukan. Sebelum ini, murid-murid di kelas ini tidak menyukai mata pelajaran Bahasa Malaysia terutamanya penulisan. Mereka selalu menyatakan bahawa mata pelajaran Bahasa Malaysia amat sukar dan membosankan. Selain itu, semasa sesi soal jawab, mereka juga tidak memberi respons terhadap soalan yang diajukan.

Namun, selepas kaedah “JaBaGaL” diperkenalkan, murid-murid di kelas saya mula menunjukkan keyakinan semasa membina ulasan nilai murni. Mereka juga meminati mata pelajaran Bahasa Malaysia dan selalu bertanya “... cikgu...esok nak buat aktiviti nilai murni...”. di samping itu, suasana pembelajaran dan pengajaran juga menjadi lebih ceria. Semasa perbincangan jawapan, kedengaran suara “yeah...” apabila mereka berjaya menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang digariskan. Perubahan sikap yang ditunjukkan mereka telah menyentuh perasaan saya dan memberi dorongan kepada saya agar lebih berusaha untuk membantu meningkatkan prestasi mereka.

ii. Perubahan pada Pembelajaran Murid

Selepas kajian, murid-murid telah menunjukkan peningkatan dalam penulisan ulasan nilai murni. Kini, bagi murid-murid perdana, mereka dapat menentukan sekurang-kurangnya 2 daripada 4 nilai murni berdasarkan pernyataan yang diberikan dengan betul. Di samping itu, kesalahan dari segi struktur ayat juga berkurangan. Bagi saya , ia adalah perkembangan yang baik dan wajar diteruskan.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

(13)

Namun, kaedah ini kurang sesuai untuk murid-murid LINUS memadangkan mereka tidak menunjukkan peningkatan. Oleh sebab itu, kaedah-kaedah lain yang sesuai perlu diterokai dan dikaji untuk membantu mereka.

7.0 Rujukan

Abdul Rahman Kamil bin Abu Naim. Mohd Shukri bin Ismail. (2013). UPSR Joyful Learning Bahasa Malaysia. The Malaya Press Sdn Bhd.

Bryan Chang. (2012). Latihan Penulisan. Hup Lick Publishing (M) Sdn Bhd.

Faridah bt.Doya. (2012). Meningkatkan Kemahiran Membuat Ulasan Dalam Bahasa Melayu Penulisan,Bahagian C-Tahun 5 Menggunakan Modul “Jelmaan”. Dicapai dari http://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.html

Leeza. (2013). Penulisan Ulasan Nilai:Bahagian C (UPSR). Dicapai dari

http://www.santaileeza.com/2013/03/penulisan-ulasan-nilaibahagian-c-upsr.html

Mohamad Nazri Musa. (2011). Praktis Membuat Ulasan Bahasa Melayu. Tunas Pelangi Sdn Bhd

Mohd Ruslee Bin Mohd Salleh. (2012). Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan Dan Menulis Ulasan Nilai Murni Di Kalangan Murid Tahun Enam. Dicapai dari

http://www.scribd.com/doc/118081852/MENINGKATKAN- KEMAHIRAN-MENGINGAT-MENGESAN-DAN-MENULIS-NILAI-MURNI-DI-KALANGAN-MURID-TAHUN-ENAM

(14)

8.0 Lampiran

Lampiran 1 : Latihan Jelmaan Latihan 1

Bil .

Pernyataan Nilai Murni

1 Saya akan tiba awal di sekolah setiap hari. 2 Chee Hong suka membantu orang yang susah. 3 Jia Jie sendiri yang mencuci kasut sekolahnya. 4 Kita diajar bersalaman dengan orang tua.

5 Duit sakunya yang lebih dimasukkan ke dalam tabung. 6 Penduduk kampung Damai bergotong-royong

membersihkan taman.

7 Ibu bapa selalu menasihati anak-anaknya menjadi orang berguna.

8 Ibu tidak pernah mengeluh dengan rezeki yang ada. 9 Kita perlu berasa bangga dan mencintai tanah air kita. 10 Setiap hari, ayah bersenam di halaman rumah.

Latihan 2 Bil

.

Pernyataan Nilai Murni

1 Anis melintas jalan menggunakan jejantas.

2 Ai Ping selalu ingat akan pesanan ibunya supaya menjadi orang yang baik.

3 Pemandu kereta itu berhenti apabila lampun isyarat berwarna merah menyala.

4 Natalie menyapu sampah di kelasnya.

(15)

itu.

7 Lina mengambil tahu tentang kesihatan rakannya. 8 Kita perlu menyayangi keluarga kita.

9 Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin. 10 Sandy membantu orang itu tanpa mengharapkan balasan.

Latihan 3 Bil

.

Pernyataan Nilai Murni

1 Selepas makan, Kai Jie membuang sisa makanan ke dalam tong sampah.

2 Kit Wei mengucapkan terima kasih selepas menerima hadiah daripada guru kelasnya.

3 Natasha menjaga adik-adiknya semasa ibu bapanya menghadiri majlis perkahwinan jirannya.

4 Hafizi berdiri di tepi jalan sebelum melintas jalan.

5 Jia Jia menunggu lampu isyarat berwarna merah sebelum sebelum melintas jalan.

6 Ali membantu orang tua itu melintas jalan.

7 Orang tua mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang membantunya melintas jalan.

8 Kai Feng bangun pada pukul 6.00 pagi setiap hari. 9 Mei Ling mengemas bilik tidur sendiri.

10 Setiap pagi, Nini bersarapan dengan keluarganya.

Latihan 4 Bil

.

Pernyataan Nilai Murni

1 Ali dengan rela hati membantu ibunya mencari pendapatan tambahan untuk menyara keluarganya.

2 Wei Heng amat menyayangi keluarganya.

3 Pada setiap malam, Farid akan mengulang kaji pelajarannya. 4 Haikal memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya. 5 Murid-murid bergotong-royong membersihkan kelas. 6 Suki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 7 Adik memasukkan wang bakinya ke dalam tabung setiap

hari.

8 Setiap hari, Ahmad memakai pakaian seragam ke sekolah. 9 Kenny terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan budak

yang hampir lemas itu.

(16)

dedak dan jagung.

Lampiran 2 : contoh jadual

Penanda Wacana

Kata ganti nama

Kata bantu

nilai Kata

hubung

(17)

Lampiran 4 : Ujian pra dan Ujian Pasca

Tulis 4 nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, Kim Seng terus masuk ke dalam bilik untuk menyimpan beg sekolahnya. Kemudian, dia terus ke bilik air untuk mandi. Semasa mandi, Kim Seng membersihkan badannya dengan sabun dan menyampu rambutnya. Selepas itu, dia makan tengah hari bersama-sama adiknya. Selepas makan, Kim Seng menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya.

Pada waktu petang, Kim Seng membantu ibu dan bapanya berniaga di kedai runcit kepunyaan datuknya. Semasa ketiadaan pelanggan, Kim Seng akan membaca buku pelajarannya. Setelah pulang dari kedai runcit, Kim Seng berjoging dengan kawan-kawannya di taman rekreasi.

Referensi

Dokumen terkait

 Direct Labor Cost Method Direct Labor Cost Method  Direct Labor Hours Method Direct Labor Hours Method  Machine Hours Machine Hours.  Activity-based Costing (ABC)

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 16 ayat (1) Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 13 tahun 2010 tentang Pedoman Teknis Tata Cara Pencalonan Pemilihan Umum Kepala Daerah dan

Guru praktikan memberikan penilaian terhadap kualitas guru pamong berdasar hasil dari observasi kelas yang telah dilaksanakan pada tanggal 4, 6, dan 11 Agustus 2012. Ada empat

Penelitian ini bertujuan untuk menguji dan menganalisis pengaruh perceived ease to use dan subjective norm terhadap intention to use dengan perceived usefulness

pembuangan dan itu mengakibatkan dampak bagi lingkungan di sekitar tetapi sekarang banyak ditemukan cara atau solusi untuk menangani dampak-dampak yang dihasilkan oleh limbah,

Tabel 3 menunjukkan terdapat perbedaan yang bermakna secara statistik pada perubahan skor tingkat pengetahuan, sikap dan perilaku ibu serta tingkat kecukupan energi,

Bale Seni Barli Kota Baru Parahyangan sebagai destinasi wisata seni yang. bermuatan edukasi dan menyenangkan dengan mengembangkan

Penulis melakukan penelitian di Program Studi MRL yang terletak di Gedung FPIPS Universitas Pendidikan Indonesia Lt. Alasan penulis melakukan penelitian di Prodi MRL