• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN MORAL.doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN MORAL.doc"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

SEMESTER 1 - SESI 2013/14

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

TAJUK

Penggabungjalinan Unsur Muzik Dan Seni Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Pendidikan Moral Dapat Meningkatkan Pemahaman Murid- Murid Tahun 4 Tentang

Kepelbagaian Budaya Di Malaysia

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO MATRIKNO TELEFONKAREN NANCY A/P

ANTHONYSAMYM201220015270124708653

PENSYARAH: DR ABDUL TALIB HASHIM

(2)

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN MORAL

Tajuk Kajian :

Penggabungjalinan Unsur Muzik Dan Seni Dalam Pengajaran &

Pembelajaran Pendidikan Moral Dapat Meningkatkan Pemahaman

Murid- Murid Tahun 4 Tentang Kepelbagaian Budaya Di Malaysia

ABSTRAK

Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis yang merupakan salah satu kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan pedagogi pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Oleh sebab itu, penggabungjalinan unsur muzik, seni visual, dan sivik dalam Pendidikan Moral boleh meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid bagi isi pelajaran Pendidikan Moral pada hari berkenaan serta pemahaman tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa dan secara tidak langsung masyarakat di negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa dan pemakaian yang berlainan di antara satu sama lain. Ciri-ciri kebudayaan ini adalah seperti bahasa, agama, makanan kebiasaan, agama dianuti dan sebagainya. Kajian ini dilakukan terhadap dua puluh satu orang pelajar dari tahun 4 Anggerik di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Perak River Valley. Sebelum kajian tindakan ini dilaksanakan tinjauan telah dibuat menggunakan pemerhatian dan soal selidik kepada kumpulan sasaran. Sehubungan dengan itu, saya telah menyediakan empat siri kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penggunaan unsur muzik dan seni visual yang bertujuan meningkatkan kemahiran bernilai tambah murid yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid dan senario dunia yang global serta meningkatkan pemahaman kepelbagaian budaya. Empat set rancangan pengajaran dan pembelajaran telah disediakan untuk menjayakan kajian tindakan ini. Pemahaman pelajar diuji melalui lembaran kerja yang disediakan pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Hasil pelaksanaan kemahiran kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan kefahaman pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid kumpulan sasaran kajian.

(3)

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Semasa pengajaran dan pembelajaran yang lalu, terdapat murid- murid yang tidak dapat menjelaskan tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. Hampir keseluruhan pelajar dari Tahun 4 Anggerik gagal menyatakan adat resam dan budaya kaum-kaum di Malaysia. Topik Kepercayaan kepada Tuhan adalah topik yang penting untuk meningkatkan pengetahuan murid- murid tentang kepelbagaian budaya Apabila dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid sering tidak dapat menyatakan kepentingan menganuti agama dan kepentingan menghormati agama lain. Murid hanya meneka dan tidak dapat menyatakan mengapa rakyat Malaysia perlu menghormati budaya kaum lain di negara kita. Murid memberi ulasan, bahawa pemahaman budaya kaum lain amat sukar dilaksanakan. Guru-guru lain juga memberikan respons yang serupa apabila mendapati murid amat sukar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan berkaitan budaya di Malaysia. Murid sering melakukan kesilapan yang serupa setiap kali melibatkan soalan berkaitan kepelbagaian budaya di Malaysia. Murid juga memberikan alasan amat sukar untuk mengingati konsep pendidikan kepelbagaian budaya di negara kita. Topik ini dirasakan penting kerana murid-murid negara kita perlu menghormati adat dan budaya kaum lain kerana negara kita merupakan negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah: Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; Berpegang teguh pada ajaran agama; Prihatin kepada alam sekitar; Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; Bersemangat patriotik; Menghormati hak asasi manusia; dan Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan bersikap toleransi. Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip – prinsip tersebut sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Maklum balas yang diberikan oleh murid dan guru serta keazaman untuk meningkatkan pemahaman tentang hubungan kepelbagaian budaya dalam kalangan murid telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

(4)

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh murid- murid tahun 4 Anggerik dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah murid-murid yang tidak dapat memahami tentang kepelbagaian budaya di negara kita. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid- murid adalah

:-a) Kesilapan dalam menyatakan adat dan budaya kaum lain.

b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam menghuraikan perayaan, makanan, pakaian dan topik –topik yang lain tentang pelbagai kaum di Malaysia.

Topik ini boleh dikatakan mudah jika pelajar dapat memahami kepelbagaian budaya di Malaysia. Namun bagi murid- murid ini, mereka lebih mudah untuk mengingati sesuatu perkara yang berkaitan atau hampir dengan kehidupan seharian mereka. Saya yakin dengan mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran iaitu dengan menggunakan penggabungjalinan unsur muzik dan seni, murid akan lebih berminat untuk belajar. Dengan menerapkan kaedah yang mudah untuk mereka ingati serta berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka, adalah lebih mudah untuk mereka belajar. Minat setiap kumpulan murid adalah berbeza. Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meningkatkan pemahaman murid- murid tentang kepelbagaian budaya di Negara kita. Kajian ini juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Para murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celek teknologi.

(5)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan murid -murid yang telibat dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Pemahaman murid- murid terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia akan dipertingkatkan. Keyakinan murid-murid juga akan bertambah apabila menyelesaikan masalah melibatkan pemahaman kepelbagaian budaya.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

3.2.1 Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia; 3.2.2 Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;

3.2.3 Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan

3.2.4 Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 31 orang murid- murid yang keseluruhannya terdiri dari pelajar India. Pelajar tersebut akan disaring berdasarkan daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang yang teramat lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 21 orang pelajar sahaja yang terpilih.

Murid- murid 4 Anggerik Lelaki : 10 orang

Perempuan : 11 orang Jumlah : 21 orang

(6)

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan terhadap masalah mengenal pasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos, soal selidik dan buku latihan serta lembaran kerja.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan. Sebagaimana kebiasaannya, pelajar perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yang dijalankan.

5.1.2 Ujian Pra dan Pos

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka mengenai sub topik Kepercayaan Kepada Tuhan. Item Ujian Pra merupakan item Kertas 1 – Program Gerak Gempur Pendidikan Moral Negeri Perak bagi tahun 2013. Selepas saya menyemak jawapan murid- murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan murid- murid dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan Rancangan Pengajaran Harian dengan penggabungjalinan unsur muzik dan seni dan 24 hari selepas itu saya telah memberikan Ujian Pos 1 menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra. Lebih kurang empat minggu selepas Ujian Pos 1, pelajar saya telah menduduki Peperiksaan Akhir Tahun Selaras bagi Negeri Perak dan saya telah menggunakan item kertas 1 berkenaan topik Kepercayaan kepada Tuhan sebagai Ujian Pos 2.

5.1.3 Soal selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid- murid untuk mendapatkan maklum balas murid- murid berkenaan Topik Kepercayaan kepada Tuhan, sebelum dan selepas memperkenalkan Rancangan Pengajaran Harian dengan penggabungjalinan unsur muzik dan seni diperkenalkan .

(7)

Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada rakan – rakan guru yang ada dan tiada latar belakang pendidikan moral untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai Rancangan Pengajaran Harian dengan penggabungjalinan unsur muzik dan seni.

5.1.4 Buku Latihan dan Lembaran Kerja

Buku latihan dan nota pelajar dilihat untuk melihat kesungguhan murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral. Didapati murid-murid tidak berminat untuk mempelajari Pendidikan Moral. Di sini guru memainkan peranan untuk menjadikan P&P lebih menarik. Lembaran Kerja dilihat untuk mengetahui tentang kebolehan murid- murid dalam membuat aktiviti yang diberikan oleh guru.

5.2

ANALISIS TINJAUAN MASALAH.

5.2.1 Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati :

- Murid- murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menundukkan muka apabila guru menyoal.

-Murid- murid berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat oleh guru untuk menguji kefahaman dan ingatan pelajar.

-Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan. -Murid- murid melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dengan lebih aktif.

(8)

5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos.

Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut :

Gred Bilangan Pelajar

Pra Pos 1 Pos 2

A B C D E G TH 0 1 7 7 1 3 2 5 2 8 3 1 2 1 8 5 5 3 0 0 0

Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Walaupun masih terdapat pelajar yang gagal tetapi tiada seorang pun pelajar yang mendapat sifar berbanding dengan Ujian Pra dimana 3 orang pelajar telah mendapat sifar.

5.2.3 Analisis Soal Selidik

Pelajar telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar

:-Skala Likert : 1 - sangat tidak setuju 2 - tidak setuju 3 - kurang setuju 4 - setuju

5 - sangat setuju

Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru – guru pula adalah seperti berikut:

(9)

Guru Pendidikan Seni :-

Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar kerana muzik dan seni adalah dua perkara yang ringkas dan padat jika dibandingkan dengan nota.

Guru Bahasa Inggeris :

 Satu teknik yang menyamai ‘Peta Minda’. Unsur muzik dan seni adalah seronok dan menarik minat.

 Penggunaan unsur muzik dan seni berkesan untuk menjelaskan aliran proses dan meningkatkan pemahaman murid-murid.

 Proses lebih mudah dihafal dan difahami oleh pelajar. Guru Sains

Teknik ini dapat menambah ingatan dan kefahaman pelajar di samping dapat melihat secara menyeluruh dan mengetahui hubung kait antara sub-sub topik dalam sesuatu tajuk besar.

(10)

SKALA

1 2 3 4 5

ITEM

( BILANGAN MURID-MURID)

1.

Pendidikan Moral merupakan subjek yang mudah.

2.

Kepelbagaian budaya merupakan satu cabang Pendidikan Moral yang mudah dikuasai walaupun tanpa unsur muzik dan seni.

3.

Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiri daripada unsur muzik dan seni.

4.

Saya mudah memahami tentang kepelbagaian budaya selepas guru memperkenalkan unsur muzik dan seni.

5.

Saya mudah mengingati tentang kepelbagaian budaya selepas guru memperkenalkan unsur muzik dan seni.

6.

Saya rasa lebih seronok belajar tajuk kepelbagaian budaya menggunakan unsur muzik dan seni.

7.

Saya akan menggunakan unsur muzik dan seni bagi tajuk lain dalam

Pendidikan Moral.

8.

Saya akan menggunakan unsur muzik dan seni untuk mata pelajaran lain .

9.

Unsur muzik dan seni membantu meningkatkan daya kreativiti saya.

1 2 0 0 0 0 0 0 0 3 3 10 0 0 0 0 0 0 10 13 9 0 4 0 4 5 4 4 0 1 11 15 10 13 15 9 3 3 1 10 2 11 4 1 8

(11)

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1.Selepas murid-murid menjalani Ujian Pra, saya telah meminta murid- murid tahun 4 Anggerik untuk bersedia untuk belajar topik Kepercayaan kepada Tuhan kerana saya ingin memperkenalkan satu teknik P & P yang dapat membantu mereka memahami dengan lebih mendalam.

2.Sebelum saya membimbing murid-murid saya telah menerangkan serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja.

3.Saya juga telah menyentuh perihal kepentingan mempelajari kepelbagaian budaya dalam kehidupan sebagaimana yang dinyatakan oleh James A.Banks. Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James A.Banks dan Cherry A. McGee Banks, 2003).

4.Seterusnya saya membimbing murid- murid melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan berasaskan unsur muzik dan seni. Sebelum itu saya telah mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada pelajar terlebih dahulu.

5.Murid- murid diingatkan untuk mempelajari tentang perayaan, adat resam, pantang larang dengan menggunakan unsur muzik dan seni dan dapat membezakan antara satu tindak balas dengan tindak balas yang lain.

6.Murid-murid membina kad perayaan di atas dengan menggunakan kertas warna ( rujuk lampiran ).

7.Murid-murid menjalani Ujian Pos 1 dan Pos 2. Selepas ujian Pos 1 dan 2, saya dan murid-murid akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.

8.Setiap kali kelas pendidikan Moral, saya mengingatkan murid-murid supaya membaca atau memahami topik Kepercayaan kepada Tuhan untuk mengukuhkan daya ingatan.

(12)

5.4

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/

PENILAIAN.

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 6 minggu. Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan sukatan pelajaran Pendidikan Moral. Saya telah memperuntukkan dua waktu P&P untuk membimbing murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan unsur muzik dan seni. Pelajar telah menjalani ujian Pos1, 24 hari selepas menjalankan aktiviti tentang kepelbagaian budaya dan Ujian Pos 2, sebulan selepas itu. Selepas Ujian Pos 2, pelajar diminta memenuhkan borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang aktiviti berunsur muzik dan seni. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai aktiviti berunsur muzik dan seni kepada rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan. Berdasarkan pemerhatian saya aktiviti ini berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam sub topik Kepercayaan kepada Tuhan. Pelajar berlumba – lumba hendak menjawab soalan guru, lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan dari negeri – negeri lain. Saya berasa lebih seronok, tidak lagi marah- marah dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke kelas 4 Anggerik. Rakan – rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan terhadap usaha saya. Malah beberapa orang guru telah meminta saya mengajar anak – anak mereka tentang kepelbagaian budaya di Malaysia.

5.5

REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan mempelajari tentang kepelbagaian budaya merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam Pendidikan Moral dan secara kebetulan. 21 daripada 31 orang murid Tahun 4 Anggerik mempunyai kecerdasan dominan di dalam Muzik dan Seni. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan unsur muzik dan seni banyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan. Masih terdapat pelajar yang gagal dalam Ujian Pos 1 dan 2 kerana pada hari saya memperkenalkan aktiviti berunsur muzik dan seni ada seramai 2 orang pelajar tidak hadir ke sekolah kerana hujan lebat. Selain daripada itu ada 4 orang murid Tahun 4 Anggerik yang kerap tidak hadir ke sekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam Ujian Pos. Saya sepatutnya menerangkan dan memastikan bahawa mereka faham dan buat lembaran kerja bukan hanya sekadar mengarahkan mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya juga sepatutnya harus lebih bertegas terhadap segelintir pelajar lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa. Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang murid Tahun 4 Bakawali menghantar SMS meminta saya mengajar mereka aktiviti berunsurkan muzik dan seni dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan ada yang menyalin dari murid Tahun 4 Anggerik sebelum disuruh. Saya yakin bahawa Pendidikan Moral dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman mereka

(13)

Tahun 4 Anggerik menunjukkan peratus kelulusan Pendidikan Moral adalah di tangga ke 5 selepas BM, BI, Matematik dan Bahasa Tamil.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tersebut, beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

 mengguna pakai aktiviti berunsurkan muzik dan seni sebaik sahaja guru mengajar bab Kepercayaan Kepada Tuhan.

 memasukkan unsur warna dalam kaedah / teknik P&P yang lain seperti peta minda, rajah pengurusan grafik dan carta berwarna

 guru boleh menyediakan satu modul Kepelbagaian Budaya dalam P&P secara lebih terancang / teratur.

 selepas melibatkan diri dalam aktiviti unsur muzik dan seni, murid-murid dibekalkan dengan soalan-soalan yang dapat membantu mereka meningkatkan kefahaman dan daya ingatan.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar . Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata

prasarana

GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN BERERTI Kondusif

(14)

7.0 BIBLOGRAFI

Berk, L.E. 1989. Child development. Boston : Allyn and Bacon.

Chan, K.Y. 2000. Need for quality teachers. Surat. Sunday Star, 23 Januari : 6.

Concerned Parent. 1999. No flexibility in marking for Moral Studies. Surat kepada editor. Sunday Star, 8 Ogos: 6.

Gage, N.L. & Berliner, D.C. 1988. Educational psychology. Boston : Houghton Mifflin Company.

Gibbs,J.C., Basinger, K.S. & Fuller, D. 1992. Moral maturity, measuring the development of sociomoral reflection. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Hersh, R.H., Paolitto, D.P. & Reimer, J. 1979. Promoting moral growth, from Piaget to Kohlberg. New York : Longman.

Jeevajothi, N. 1997. Keberkesanan perbincangan dilema moral dalam perubahan peringkat penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan IV. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

Kitwood, T. 1990. Concern for others, a new psychology of conscience and morality. London : Routledge.

Kohlberg, L. 1975. The cognitive-developmental approach to Moral Education. Phi Delta Kappan LVI (10) : 670 677.

Loganathan, R. 1995. Peringkat perkembangan moral di kalangan pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

New Straits Times. 1999. Youth Quake : Down with Moral Studies. 9 Julai :1.

New Straits Times. 1999. Teachers and parents have their say. 9 Julai : 3.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. Sukatan pelajaran sekolah menengah : Pendidikan Moral. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rest, J.R. 1976. The research base of the cognitive developmental approach to Moral

Education. Dlm. Hennessy, T.C. (pnyt.). Values and moral development, hlm. 102 123. New York : Paulist Press.

Ruslin Amir. 1996. Kesan teknik perbincangan dilema moral ke atas tahap pertimbangan moral pelajar-pelajar tingkatan 4 Sek. Men. Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wilson, J. 1973. The assessment of morality. Great Britain : NFER Publishing Company Ltd.

(15)

Zarin Ismail. 1990. Kajian tentang tanggapan mengenai masalah pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Tingkatan 1 di sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

1) PKn sebagai mata pelajaran yang memiliki aspek utama sebagai pendidikan nilai dan moral pada akhirnya akan bermuara pada pengembangan watak atau karakter

Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.. Penguasaan

1. Guru-guru digalakkan memberi banyak latihan dan kerja rumah kepada murid terutama mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik

Mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan

Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.. Penguasaan

1) PKn sebagai mata pelajaran yang memiliki aspek utama sebagai pendidikan nilai dan moral pada akhirnya akan bermuara pada pengembangan watak atau karakter

Pengintegrasian dalam mata pelajaran atau pengembangan proses pembelajaran dilakukan guru dengan cara mengaitkan pendidikan moral dengan materi mata

Inilah asas atau teras pembinaan acuan Malaysia.Penekanan kepada moral dan nilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran