• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendahuluan kajian tindakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pendahuluan kajian tindakan"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KURSUS:

PJM 3116

PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TAJUK:

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

UNTUK PERHATIAN:

EN. MOHD EDDY CHIN BIN ABDULLAH

DISEDIAKAN OLEH:

KHAIRUL SYAHMI BIN RAMLI

900930-02-6375

TARIKH SERAHAN:

01 APRIL 2013

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN

KEPUJIAN

( PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH )

SEMESTER 7

(2)

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 PINTAR TERHADAP

KEMAHIRAN HANTARAN DALAM PERMAINAN BOLA BALING

KHAIRUL SYAHMI BIN RAMLI

(3)

1.0 PENGENALAN

Permainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan- peraturan tertentu. Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan panca indera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah.

Kesukanan adalah tunjang utama dalam pendidikan jasmani dan semestinya disertai oleh semua lapisan murid tanpa mengira tahap kebolehan kemahiran (Holt, Strean and Bengoecha, 2002). Di Malaysia, kesukanan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Guru Pendidikan Jasmani di Malaysia boleh berperanan sebagai jurulatih sebagai salah satu cara peningkatan mutu sukan negara. Justeru itu, jurulatih harus menghayati falsafah kejurulatihan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta berusaha meningkatkan prestasi sukan dan permainan murid-murid. Guru yang bertindak sebagai jurulatih boleh menjadikan waktu Pendidikan Jasmani dengan memperkenalkan program latihan permainan untuk meningkatkan prestasi permainan.

Kemerosotan mutu sukan Malaysia terutamanya dalam bidang permainan telah mendapat perhatian kerajaan dan media. Kemerosotan ini cuba diatasi melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menggunakan beberapa strategi pengajaran bagi meningkatkan kualiti

(4)

kurikulum Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah kemerosotan mutu sukan dan permainan. Negara menggalakkan murid menyertai aktiviti permainan melalui program latihan seterusnya meningkatkan prestasi permainan, tahap kesihatan dan kecergasan mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah hanya sehala dan tidak begitu praktikal serta kurang mencapai matlamat yang dikehendaki. Penglibatan aktif sama ada daripada guru atau murid lebih berkesan dalam menyampaikan sesuatu kemahiran. Murid-murid akan mudah memahami sesuatu konsep baru yang diperkenalkan , apabila mereka melakukannya sendiri.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Oleh yang demikian, ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang

(5)

memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan..

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan memberi pelajar peluang menyedari akan keadaan dirinya, membuat penyesuaian terhadap masalah-masalah lokomotor seperti koordinasi anggota badan, demi untuk memupuk keyakinan diri. Kegiatan-kegiatan jasmani yang dicadangkan akan membantu memudahkan proses sosiolisasi dengan memberi pelajar peluang berinteraksi di antara satu sama lain, dan berinteraksi dalam masyarakat di sekolah serta di komuniti.

Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu pemukul & pemadang, sasaran, jaring dan serangan. Dalam permainan kanak-kanak, murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan asas seperti kriket, boling, badminton, skuasy, bola sepak , bola baling dan sebagainya. Selain itu murid-murid juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan selain dapat menjadi lebih kreatif, meningkatkan kesihatan, dapat fokus terhadap sesuatu perkara, meransang otak kiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan banyak lagi faedah lain yang boleh kita perolehi melalui permainan kanak-kanak ini. Melalui permainan, kanak-kanak juga dapat mengeluarkan idea yang bernas dan kreatif untuk mencipta sesuatu permainan yang baru dan dapat memanipulasi sesuatu alatan itu kepada suatu permainan yang baru yang lebih menarik.

(6)

1.1 Refleksi pengalaman yang lalu

Pemilihan aktiviti menjadi perkara yang sangat penting dalam Pendidikan Jasmani. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam menghidupkan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani juga sangat penting dalam memastikan murid mencapai objektif pembelajaran yang dirancang serta murid berasa seronok semasa belajar. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan sifat keyakinan terhadap diri sendiri dan subjek Pendidikan Jasmani mampu untuk membina perkembangan minda murid.

Prestasi pemain dalam permainan bola baling bukan sahaja bergantung kepada komponen kemahiran, kecergasan fizikal, minat dan ketahanan mental kerana dalam permainan bola baling, pemain harus dilatih untuk mengawal bola, membuat keputusan tentang pemilihan taktik dan kemahiran berdasarkan pengetahuan permainan serta dapat melaksanakan kemahiran dalam situasi permainan. Semasa pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran komponen kemahiran permainan bola baling, respon murid yang menyatakan aktiviti yang dijalankan juga seronok tetapi kerana aktiviti yang dijalankan adalah sama dan berulang-ulang, maka murid mula berasa bosan untuk melakukan aktiviti yang dijalankan selain itu, dalam situasi permainan, pemain harus bertindak cepat dan tepat dalam membuat keputusan terhadap penggunaan taktik dan kemahiran yang sesuai pada masa dan tempat yang sesuai bagi mencapai kejayaan dalam permainan. Untuk melatih dan meningkatkan kemahiran dalam permainan, pengkaji perlu merangka program untuk meningkatkan kemahiran permainan perlu disusun dengan memanipulasikan komponen utama permainan.

(7)

Guru mungkin boleh menilai perasaan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan melihat riak muka, penglibatan murid dan tahap keterujaan murid. Sekiranya murid tersebut senyap dan tidak bersemangat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, guru bakal berdepan dengan masalah yang besar. Justeru itu, berdasarkan pemerhatian selama berpraktikum, pendekatan pengajaran yang sesuai dapat meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam melakukan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menentukan sama ada murid teruja untuk melakukan aktiviti seterusnya atau tidak. Cara guru mengelolakan setiap aktiviti yang dirancang amatlah penting. Kesimpulan pengkaji berdasarkan pemerhatian awal ialah pendekatan yang diterapkan oleh guru adalah penentu mood murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kesilapan dalam menentukan pengajaran yang kurang berkesan boleh mengakibatkan murid berasa bosan untuk melakukan aktiviti yang dirancang dan seterusnya membuat guru tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, pengkaji mendapati bahawa beberapa orang murid tahun 4 Pintar kurang kefahaman tentang kemahiran hantaran dalam permainan bola baling. Pada pemikiran pengkaji, hal ini berlaku kerana aktiviti yang dijalankan adalah tidak dapat membantu murid meningkatkan kemahiran hantaran murid. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tentang cara mempelbagaikan gerak kerja yang dapat membantu murid meningkatkan kefahaman tentang kemahiran hantaran dalam permainan bola baling. Selain itu, dengan gerak kerja yang dirancang

(8)

diharap dapat menarik minat murid untuk meneruskan pembelajaran ketika kelas Pendidikan Jasmani.

1.2 Refleksi sorotan literatur

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mendukung cita-cita murni dan unggul Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengubalan kurikulum berhasrat untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan Jasmani membantu murid menjadi cergas, aktif, dan berpengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai, dan amalan kecergasan (Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah, 1999 ). Menurut Choong Lean Keow (2008) antara objektif peringkat pendidikan rendah adalah supaya murid dapat menjaga kesihatan dan kecergasan diri, membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri, memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran, dan mengembangkan bakat dan kreativiti.

Menurut Heidi Bates (2006), pembelajaran Pendidikan Jasmani mampu meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Hal Ini sangat penting kerana pada umur yang muda, keyakinan diri itu sangat penting untuk dipupuk dalam memastikan murid tersebut tidak berasa terpinggir ataupun terasing. Keyakinan yang ada dalam diri mereka memastikan mereka berani untuk melakukan sesuatu tugasan yang diberikan tanpa rasa segan ataupun malu. Untuk mencapai objektif ini, peranan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang

(9)

dirancang mestilah selari dengan tuntutan kurikulum dan juga haruslah membuatkan murid berasa teruja untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang. Keterujaan yang ingin ditimbulkan dalam diri murid merupakan satu cabaran yang sangat besar untuk guru Pendidikan Jasmani. Walaupun aktiviti yang telah dirancang menarik , tidak semua murid mempunyai tahap kecergasan kognitif yang sama. Melalui pemerhatian yang dibuat, hal ini menyebabkan keciciran murid dalam melibatkan diri dalam sesuatu kemahiran yang telah diajar. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran motor asas biasanya menunjukkan reaksi yang kurang berminat meneruskan aktiviti yang lebih sukar kerana mereka tidak berkebolehan. Masalah ini juga meyebabkan penglibatan mereka terhadap aktiviti sekadar untuk menghabiskan proses pengajaran dan pembelajaran itu.

Sehubungan itu guru Pendidikan Jasmani perlu mempunyai kepercayaan yang positif dan keyakinan kendiri untuk menjadikan seseorang berinovatif dalam menyusun proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga harus memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar,meransang pembelajaran dan menyeronokan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti penting untuk dipelajari serta berguna untuk masa hadapan. Justeru, satu anjakan pradigma harus dilakukan untuk menjadikan pelajaran Pendidikan Jaasmani lebih berkesan, menarik dan menggembirakan.

(10)

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Kajian tindakan yang dijalankan adalah menfokuskan kepada kefahaman murid terhadap kemahiran hantaran dalam permainan bola baling. Tujuan pengkaji menfokuskan kajiannya ini adalah untuk meningkatkan perubahan lakuan murid semasa membuat hantaran bagi menghasilkan ketepatan pada sasaran.

2.1.1 Tinjauan Awal

Tinjauan awal dijalankan kepada murid-murid kelas 4 Pintar untuk mengetahui isu kajian yang sebenar. Proses tinjauan dimulakan dengan memulakan pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran dalam permainan bola baling. Kemahiran hantaran atas bahu di ajar menggunakan kaedah latihan yang dicadangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Didapati ada beberapa murid yang tidak dapat melakukan hantaran dengan baik seperti lakuan yang tidak betul dan tidak tepat ke arah sasaran. Murid juga berasa cepat bosan ketika melakukan latihan yang diajar kerana banyak pengulangan yang sama dan tidak menarik minat murid. Melalui pemerhatian juga, murid tidak dapat menguasai kemahiran yang di ajar dengan teknik yang betul dan sekaligus tidak melibatkan diri dalam sesi pembelajaran. Hal ini sekaligus tidak mencapai objektif berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran.

(11)

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal

Perubahan dilakukan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih mudah dan menarik tetapi murid masih tidak dapat meguasai kemahiran yang diajar. Berdasarkan masalah ini, borang skor untuk Ujian Kemahiran Hantaran Atas bahu digunakan untuk mengetahui tahap kebolehan dan kelemahan murid di akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada ujian yang telah dilakukan kepada murid kelas 4 Pintar seramai 20 orang, hasil ujian mendapati 6 orang daripada kelas tersebut mencatatkan skor yang sangat lemah. Hal ini kerana murid- murid tidak dapat menguasai kemahiran hantaran atas bahu berdasarkan pengajaran yang disampaikan. Maka dengan ini 6 orang murid tersebut dijadikan subjek kajian dalam kajian ini.

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Kajian tindakan yang dijalankan bertujuan memfokuskan meningkatkan kefahaman murid tentang kemahiran hantaran dalam permainan bola baling yang melibatkan murid tahun 4. Pendekatan permainan yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai kaedah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam permainan bola baling. Walaupun terdapat pelbagai kemahiran dalam permainan bola baling seperti menyambut, menggelecek, menjaring, menghadang dan sebagainya serta terdapat beberapa jenis hantaran dalam permainan ini, kefahaman terhadap kemahiran hantaran dikaji berdasarkan masalah murid yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran

(12)

Pengolahan gerak kerja yang menjurus ke arah kefahaman dalam kemahiran hantaran dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan mudah difahami dapat menarik perhatian murid supaya melibatkan diri terutama semasa mengajar topik ini. Murid yang berjaya menguasai kemahiran ini menunjukkan minat dan sekaligus keinginan mereka untuk menceburkan diri dalam permainan ini pada masa akan datang menjadi lebih cerah. Melalui pemerhatian , kegagalan murid menguasai kemahiran yang paling asas ini akan menyebabkan motivasi mereka untuk meneruskan pembelajaran ini dan sekaligus tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Masalah ini akan diatasi dengan mempelbagaikan gerak kerja sebagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran hantaran atas bahu dalam permainan bola baling. Masa yang diambil untuk merangka permainan ini juga tidak lama kerana berpandukan latihan-latihan rancangan pengajaran harian yang dirancang melibatkan aktiviti permainan untuk tunjang kemahiran bola baling. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan tepat pada masa agar aktiviti dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Kajian tindakan ini penting bagi meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran hantaran murid dalam permainan bola baling. Murid yang tidak menguasai kemahiran asas berkemungkinan sukar meneruskan kemahiran pada tahap yang lebih tinggi. Masalah ini menyebabkan tahap penglibatan murid kurang memuaskan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan sekaligus tidak mencapai objektif pengajaran yang dirancang oleh guru. Justeru itu, kepentingan kajian ini adalah untuk menguasai kemahiran

(13)

hantaran agar murid berkeyakinan untuk mempelajari kemahiran lain dalam permainan bola baling.

Kawalan dari segi tempoh pelaksanaan dapat dikawal melalui tempoh masa dan kawalan terhadap murid. Pelaksanaan mengikut intervensi yang telah dirancang berdasarkan masa selama dua minggu yang telah ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar. Komunikasi antara guru dengan murid memainkan peranan yang penting bagi memastikan arahan yang disampaikan jelas dan tepat kepada subjek kajian. Kesediaan murid yang akan menjalankan aktiviti dipastikan dari segi mental dan fizikal supaya kajian dapat dijalankan dengan lancar . Kawalan dari segi tingkah laku murid diberi perhatian semasa ujian dijalankan supaya mereka dapat mendengar arahan dengan baik dan mematuhi arahan yang akan dilaksanakan.

Kerelevenan dapat dilihat dari sudut meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran hantaran dalam permainan bola baling. Masalah ini dikaji kerana ingin meningkatkan kemahiran murid melalui pendekatan yang digunakan kerana tidak semua murid mempunyai bakat atau kemahiran motor asas yang sama.

(14)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman hantaran dalam permainan bola baling murid tahun 4 Pintar dalam kelas Pendidikan Jasmani dengan menvariasikan kaedah gerak kerja dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk :

1. Meningkatkan kefahaman murid –murid tahun 4 Pintar terhadap kemahiran hantaran dalam permainan bola baling?

2. Mengenal pasti keberkesanan menvariasikan gerak kerja semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dapat membantu meningkatkan kefahaman murid tentang kemahiran hantaran dalam permainan bola baling.

3.3 Persoalan Kajian

1. Adakah murid dapat memahami kemahiran hantaran dalam permainan bola baling dengan baik.

2. Adakah dengan menvariasikan gerak kerja semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, dapat membantu meningkatkan kefahaman murid tentang kemahiran hantaran dalam permainan bola baling?

(15)

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 6 orang tahun 4 Pintar Sekolah Kebangsaan Arau yang mana terdiri daripada dan 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang telah dipilih. Kesemua 6 orang murid ini dipilih sebagai sampel kajian melalui ujian dilakukan semasa dalam kelas Pendidikan Jasmani. Pemilihan subjek kajian ini dipilih berdasarkan keputusan ujian murid yang menunjukkan kemahiran hantaran yang lemah dalam permainan bola baling semasa kelas Pendidikan Jasmani.

Rajah 1. Pecahan Subjek Kajian Mengikut Jantina

50% 50%

Bilangan Murid Mengikut Jantina

(16)

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Di dalam memastikan kajian dapat dilaksanakan mengikut perancangan, prosedur dalam menjalankan kajian tindakan telah dirangka mengenai meningkatkan kemahiran hantaran bola baling murid dalam kelas Pendidikan Jasmani. Pengkaji telah mengambil beberapa prosedur kajian tindakan iaitu :

i. Menentukan matlamat dan objektif kajian

Prosedur menentukan matlamat dan objektif kajian ini adalah penting agar panduan semasa melakukan kajian tindakan dapat di jalankan secara lancar. Matlamat dan objektif kajian ini untuk memastikan tahap pencapaian kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii. Meminta kebenaran daripada pihak sekolah

Kebenaran daripada pihak sekolah telah di minta untuk menjalankan kajian tindakan. Guru Besar berbesar hati serta memberi kebenaran sepenuhnya untuk menjalankan kajian tindakan. Sebelum memperolehi kebenaran tersebut, penerangan telah diberikan kepada Guru Besar tentang kajian tindakan yang akan dijalankan. Kajian tersebut melibatkan murid semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.

(17)

iii. Menentukan tempat atau lokasi kajian

Kajian telah dijalankan di sebuah sekolah di kawasan Arau, Perlis. Kajian dijalankan di padang sekolah.

iv. Menentukan bilangan subjek kajian

Seramai 6 orang murid telah dipilih bagi kajian tindakan ini. Pemilihan sampel ini dipilih berdasarkan keputusan ujian murid yang menunjukkan kemahiran hantaran atas bahu yang lemah dalam permainan bola baling semasa kelas Pendidikan Jasmani.

v. Persiapan teknikal

Persiapan teknikal perlu diberi perhatian sebelum proses pengumpulan data dilakukan. Ia bertujuan memastikan sesi pengumpulan data yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

(18)

5.1 Perancangan Tindakan

Semua murid akan diuji dengan ujian kemahiran hantaran atas bahu dan skor akan dicatatkan. Berdasarkan keputusan ujian, murid yang mendapat keputusan skor yang lemah dalam ujian dijadikan subjek kajian. Selepas itu subjek kajian menjalani satu proses pengajaran dan pembelajaran komponen kemahiran permainan bola baling yang telah dirancang berdasarkan masalah yang didapati. Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah dengan mempelbagaikan gerak kerja yang khusus terhadap kemahiran hantaran dalam permainan bola baling.

Dalam pendekatan ini, pengkaji akan menggunakan konsep 5W 1H iaitu what (apa) , when (bila) , where (mana) , who (siapa) , why (kenapa) dan how (bagaimana). Pengkaji mempelbagaikan gerak kerja berdasarkan konsep ini. Konsep ini mempunyai 6 cabang, pengkaji akan merancang gerak kerja berdasarkan setiap cabang yang ada. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, pemerhatian juga dibuat untuk melihat reaksi murid terhadap pendekatan yang digunakan. Gerak kerja ini akan diulang sebanyak 3 kali

I. What (apa)

Cabang yang pertama ialah what (apa). What ialah perkataan dari bahasa inggeris yang membawa maksud apa. Dalam konteks permainan bola baling, apakah alatan yang perlu digunakan atau diperlukan untuk membuat hantaran? Jawapannya tentu sekali bola. Oleh itu, untuk cabang pertama iaitu what tidak perlu untuk disediakan gerak kerja.

(19)

II. When (bila)

Cabang kedua pula ialah when (bila). When membawa maksud bila. Dalam konteks permainan bola baling ini, bilakah pemain perlu membuat hantaran kepada pemain lain? Untuk melatih murid mengenai masa yang terbaik untuk membuat hantaran, satu gerak kerja telah disediakan:

Prosedur:

1. Murid perlu membuat hantaran kepada penerima yang tidak dikawal oleh penghadang.

2. Penghadang perlu menghadang penerima yang berbeza pada setiap pusingan.

3. Ulang beberapa kali.

(20)

III. Where (ke mana)

Cabang seterusnya pula ialah where. Where bermakud kemana. Dalam konteks ini, dimanakah pemain perlu membuat hantaran? Gerak kerja untuk cabang ini adalah seperti berikut:

Prosedur :

I. Penerima perlu bergerak ke kiri atau kanan penghadang, dan subjek membuat hantaran kepada penerima.

II. Penghadang hanya berada ditengah-tengah. III. Ulang beberapa kali.

(21)

IV. Who (siapa)

Cabang seterusnya pula ialah who. Who bermakud siapa. Dalam konteks ini, kepada siapakah pemain perlu membuat hantaran? Gerak kerja untuk cabang ini adalah seperti berikut:

Prosedur:

1. Penerima dan penghadang bergerak dalam keadaan rawak.

2. Apabila wisel dibunyikan seorang sahaja penerima akan berhenti berlari, subjek perlu menghantar bola kepada penerima tersebut.

(22)

V. Why (mengapa)

Cabang seterusnya pula ialah why. Why bermakud mengapa. Dalam konteks ini, mengapakah pemain perlu membuat hantaran? Gerak kerja untuk cabang ini adalah seperti berikut:

Prosedur:

1. Subjek berlari sambil membawa bola, apabila tiba di penghadang subjek harus menghantar bola kepada penerima dan penerima menghantar bola semula kepada subjek selepas subjek melalui penghadang.

2. Ada 4 orang penghadang, subjek harus melalui keempat-empat penghadang tersebut.

3. Ulang beberapa kali. Mula

penerima

(23)

Vi. How (bagaimana)

Cabang seterusnya pula ialah how. How bermakud bagaimana. Dalam konteks ini, bagaimanakah pemain perlu membuat hantaran? Gerak kerja untuk cabang ini adalah seperti berikut:

Prosedur:

1. Ada 4 orang penerima, setiap penerima mempunyai nombor tertentu seperti satu, dua, tiga dan empat.

2. Penerima bergerak secara rawak.

3. Penghadang tidak dibenarkan bergerak, penghadang hanya berada ditempatnya sahaja menghadang dalam keadaan statik.

4. Guru perlu menyebut nombor penerima dan subjek harus menghantar bola kepada penerima yang bernombor tersebut.

(24)

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Dalam kajian yang saya lakukan ini, saya menggunakan dua kaedah untuk mengumpul data iaitu kaedah pemerhatian dan pengumpulan data. Kaedah pemerhatian dilakukan untuk meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Dalam penyelidikan ini, kaedah pemerhatian saya jalankan semasa mengenal pasti masalah murid semasa murid membuat hantaran. Saya membuat pemerhatian terhadap terhadap teknik lakuan semasa murid membuat hantaran. Sebelum saya membuat pemerhatian, saya telah mengenal pasti terlebih dahulu aspek-aspek yang ingin diperhatikan semasa lakuan dijalankan. Antara aspek lakuan yang perlu saya perhatikan semasa menghantar adalah seperti cara memegang bola, teknik lakuan dan postur badan.

Kaedah kedua yang saya gunakan dalam kajian ini ialah kaedah pengumpulan data. Kaedah ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebolehan seseorang murid dalam melakukan kemahiran hantaran. Dalam kajian ini, pengumpulan data akan dijalankan tiga kali. Data akan diambil buat pertama sekali pada latihan yang pertama kali. Kemudian, gerak kerja akan diulangi buat kali kedua dan pengumpulan data akan dijalankan buat kali kedua. Dalam ujian ini, satu senarai semak telah saya buat untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid.

(25)

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Kajian ini dianalisis mengunakan analisis diskriptif berbantukan perisian

Microsoft Office Excel. Carta bar juga digunakan untuk menujukkan hasil

peratusan ujian dan pemerhatian yang telah dianalisis.

Bagi menganalisis data, data pertama yang dikumpul dan data kedua yang dikumpul, hasil dapatan skor murid yang diperolehi akan digunakan. Skor ini digunakan untuk melihat peningkatan dari segi lakuan murid. Satu perbandingan akan dijalankan untuk melihat perbezaan lakuan murid, dimana hasil dapatan skor data pertama akan dibandingkan dengan hasil dapatan skor data kedua. Keputusan pemerhatian akan dianalisis secara bertulis.

Bagi menganalisis data, ia akan dilakukan mengikut jumlah lakuan yang dapat dilakukan dengan betul berdasarkan aspek-aspek yang ditetapkan.. Maklumat ini akan digunakan untuk mencari frekuensi, min dan juga peratus. Maklumat ini akan ditukarkan menjadi graf atau jadual untuk melihat peningkatan yang berlaku terdapat murid yang terlibat dalam kajian ini..

(26)

5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan

5.4.1 Jadual perancangan/ carta gantt

Bil.

Tarikh / Tempoh

Masa

Perkara Tindakan / Catatan

1.

30 Januari - 10 Februari 2013

Perbincangan awal bersama pensyarah penyelia.

i. Mengenalpasti masalah yang dialami pada praktikum yang lalu.

ii. Pengumpulan data awal. iii. Kolaborasi bersama

pensyarah penyelia. 1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah penyelia 2. 8 Februari - 24 Februari 2013

Menulis draf kertas cadangan. i. Mengikut format pentaksiran

Amali Penyelidikan Tindakan 1.

ii. Kolaborasi bersama pensyarah penyelia.

Menyerahkan draf kertas cadangan kepada pensyarah penyelia untuk semakan.

1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah

(27)

3.

21 Februari - 23 Februari 2013

Merancang Tindakan.

i. Beradasarkan masalah atau persoalan yang telah dikenalpasti.

ii. Kolaborasi bersama pensyarah penyelia. 1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah penyelia Bil. Tarikh / Tempoh Masa

Perkara Tindakan / Catatan

4.

27 Februari - 9 Mac 2013

Melaksanakan Tindakan (Kitaran 1) i. Berdasarkan perancangan

tindakan.

ii. Mengumpulkan data dan maklumat daripada pelbagai kaedah.

iii. Menyediakan animasi untuk proses pengajaran

iv. Menyediakan set soalan

1. Pelajar PISMP

5.

10 Mac - 18 Mac 2013

Membincangkan masalah yang timbul dalam Kitaran 1.

i. Membuat refleksi atau menilai kesan-kesan tindakan yang telah dijalankan.

ii. Melakukan penambahbaikan kepada kelemahan yang berlaku dalam pelaksaan Kitaran 1.

1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah

(28)

6.

19 Mac - 23 Mac 2013

Melaksanakan Tindakan (Kitaran 2) i. Berdasarkan perancangan

Kitaran 1 atau

penambahbaikan yang dirancangkan.

ii. Mengumpulkan data dan maklumat daripada pelbagai kaedah. 1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah penyelia Bil. Tarikh / Tempoh Masa

Perkara Tindakan / Catatan

7.

24 Mac - 26 Mac 2013

Membincangkan masalah yang timbul dalam Kitaran 2.

i. Membuat refleksi atau menilai kesan-kesan tindakan.

ii. Membuat refleksi kajian. iii. Kolaborasi dengan penyelia.

1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah penyelia 8. 27 Mac - 1 April 2013

Semakan akhir penulisan kertas cadangan kajian tindakan.

i. Kolaborasi akhir bersama pensyarah penyelia.

1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah

penyelia

9. 2 April 2013

Menyerahkan penulisan kertas cadangan kajian tindakan.

1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah

penyelia 3. Penyelaras

(29)

10.

30 Julai - 17 Ogos 2013

Menulis Laporan Kajian Tindakan i. Menyediakan laporan

lengkap kajian tindakan yang telah dijalankan.

ii. Proses semakan dan bimbingan dengan penyelia.

1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah penyelia Bil. Tarikh / Tempoh Masa

Perkara Tindakan / Catatan

11.

27 Ogos - 14 September

2013

Pembentangan Dapatan Kajian i. Persediaan pembentangan. ii. Menyerahkan laporan

berkulit lembut untuk semakan penilai.

iii. Semakan oleh pensyarah

1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah penyelia 3. Pensyarah penilai 4. Penyelaras kursus 12. 17 September - 5 Oktober 2013

Menyerahkan Laporan Berkulit Keras.

i. Membuat pembetulan berdasarkan teguran dan komen daripada pensyarah penyelia dan penilai.

ii. Menyediakan laporan berkulit keras. (5 salinan laporan)

iii. Menyerahkan laporan lengkap kepada penyelaras.

1. Pelajar PISMP 2. Pensyarah penyelia 3. Pensyarah penilai 4. Penyelaras kursus

(30)

30

Carta Gantt Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil. Perkara

Jan. Feb. Mac April

4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1.

Kolaborasi bersama pensyarah penyelia.

2.

Perbincangan awal bersama pensyarah penyelia.

3. Menulis draf kertas cadangan.

4. Merancang tindakan.

5. Melaksanakan tindakan : Kitaran 1

6. Melaksanakan tindakan : Kitaran 2

7. Semakan akhir kertas cadangan.

8.

Menyerahkan kertas cadangan kajian tindakan.

Penulisan Laporan Kajian Tindakan

Jul. Ogos Sept. Okt.

4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 9. Menulis laporan kajian tindakan.

10. Pembentangan dapatan kajian.

11.

Menyerahkan laporan berkulit keras.

(31)

31 5.4.2 Kos kajian

Anggaran Kos

Bil. Perkara Kuantiti

Kos Seunit (RM) Kos Keseluruhan (RM) 1. Kertas A4 2 13.00 26.00

2. Cartridge Printer (Hitam) 2 40.00 80.00

3. Upah fotostat 100 0.20 20.00

4. Upah jilid buku kulit keras 5 25.00 125.00 5. Sewa internet Cyber Cafe 5 2.00 10.00

6. Binding 2 3.00 6.00

(32)

32

6.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Heidi Bates (2006), pembelajaran Pendidikan Jasmani mampu meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Hal Ini sangat penting kerana pada umur yang muda, keyakinan diri itu sangat penting untuk dipupuk dalam memastikan murid tersebut tidak berasa terpinggir ataupun terasing. Keyakinan yang ada dalam diri mereka memastikan mereka berani untuk melakukan sesuatu tugasan yang diberikan tanpa rasa segan ataupun malu

Jensen (1965) dalam bukunya yang bertajuk ‘Comparison of method og worm-up on gymnastic performance”, mempercayai bahawa memanaskan badan dengan melakukan kemahiran-kemahiran yang khusus dalam sesuatu aktiviti akan dapat mempertajamkan koordinasi serta ‘timing’ si pelaku itu. Akan tetapi beliau tidak dapat memastikan setakat mana pencapaian darjah seseorang itu dapat mempertajamkan sesuatu kemahiran itu.

Latihan memanaskan badan merupakan satu aktiviti yang penting sebelum seseorang atlet memulakan latihan atau pertandingan. Menurut B.P garfoot (1967) sebagai suatu persediaan khas yang terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilakukan pada permulaan sesuatu aktiviti-aktiviti fizikal dalam sesi latihan atau sebelum sesuatu perlawanan dengan tujuan menhasilkan prestasi kerja yang optima (optimum work performance).

(33)

33

7.0 RUJUKAN

Australian Sport Commission.(1997). Game sense: developing thinking

players. Belconnen: Author.

Belka ,D.E. (2004). Combining and sequencing games skills. Journal of Physical Education Recreation and Dance. 75(4).

Choong Lean Keow.(2008) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for today's children (3rd ed.). Madison: Brown & Benchmark.

Grehaigne, J. F., & Godbout, P. (1995). Tactical knowledge in tean sports from contructivist and cognitive perspective. Quest, 47, 490-505.

Griffin, L., Dodds, P., & Rovengo, I. (1996). Pedagogical content knowledge for teachers: Integrate everything you know to help students learn. Journal of Physical Education, Recreation and Dance, 67(9), 58-61 http://chedinpjk.blogspot.com/2012/08/kemahiran-asas-menghantar-bola-baling.html http://www.slideshare.net/jafri1980/kemahiran-menerima-dan-menghantar-bola http://www.zairedin.com/2011/03/kemahiran-asas-bola-baling.html http://sklikashandball.wordpress.com/teknikal/kemahiran/

Referensi

Dokumen terkait

Semasa aktiviti, guru menerangkan satu persatu kemahiran manipulative sains kepada murid dari pertama sehingga akhir.. Murid menyelesaikan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat,

Tidak ketinggalan juga, semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini

Pengkaji juga merumuskan bahawa pendekatan kolaboratif yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran memang dapat memantapkan kemahiran asas bahasa pelajar

Pengkaji telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan penggunaan lagu kanak-kanak untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Tahun

pengajaran yang pertama, aktiviti komunikatif seperti bercerita yang dijalankan oleh peserta kajian telah dapat menimbulkan hasrat kepada semua murid untuk

Aktiviti pengajaran boleh dijalankan oleh guru mengikut kesesuaian murid masalah pendengaran yang ada di sekolah.. Antara aktiviti pengajaran

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah teori konstruktivisme mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid terhadap teknik catan, menentukan