• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SR3B. Modul Pra-UPSR 2. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Tahap SR3B. Modul Pra-UPSR 2. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR3B

Modul Pra-UPSR 2

Nama : ____________________________

(2)

Markah Kuiz Komputer Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata

(%)

Peribahasa (%)

Lain-lain

1 2 3 4 5

(3)

Kertas 1 (Pemahaman) Bahagian A (20 Markah) Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. "_____ harus pandai menjaga nama baik sekolah apabila berkunjung ke tempat lawan nanti. Tunjukkan budi bahasa sebagai orang Timur," pesan Cikgu Ali kepada kami.

A. Anda ... kamu C. Kalian … kamu B. Kita ... kita D. Kalian … kita

2. Cikgu Hanim memberitahu murid-muridnya supaya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran. _____

merupakan seorang guru kaunseling di sekolah.

A. Beta C. Dia

B. Beliau D. Mereka

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 1

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

3. Dua orang pegawai sukan _____ seutas reben di garisan penamat bagi acara balapan.

A. meregang C. merentang B. merintang D. menghulur Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Pasangan suami isteri itu kelihatan sungguh _____ memakai pakaian yang sedondon.

A. hebat C. anggun

B. cocok D. hodoh

5. Puan Azian meminta Farah mengambil tiga _____ surat khabor di atas mejanya di bilik guru.

A. helai C. keping

B. naskhah D. buah

6. Negeri-negeri di Pantai Timur akan dilanda angin _____ selama beberapa minggu.

A. laju B. deras C. pantas D. kencang

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 2

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

7. Biskut baharu keluaran syarikat tempatan itu kian mendapat sambutan lantaran rasanya yang sedap dan _____ .

A. rapuh C. garing B. rangup D. nyaman

8. Janganlah kita _____ apabila berbelanja kerana amalan ini boleh mengundang bencana pada masa hadapan.

A. bongkak C. boros

B. kedekut D. tamak

9. Negeri Johor terletak di _____ Semenanjung Malaysia.

A. barat C. timur

B. selatan D. tenggara

10. Sebagai ketua keluarga, kita harus mengambil berat _____

ahli keluarga kita.

A. tentang C. dengan

B. pada D. terhadap

11. Pada musim kemarau, kawasan padang rumput itu akan menjadi _____ .

A. lekak-lekuk B. kontang-kanting C. licin-licau

D. kering-kontang

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 3

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Hakim mahkamah tidak _____ untuk menjatuhkan hukuman berat ke atas penjenayah itu.

A. segan-silu C. teragak-agak B. terburu-buru D. serta-merta

13. Cikgu Allani _____ Alia sekotak pensel kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

A. menghadiahi C. menganugerahi

B. menghadiahkan D. menganugerahkan

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. "Saya akan bertolak ke Labuan esok," kata Max Woo kepada Han Siang.

A. Max Woo dan Han Siang akan ke Labuan esok.

B. Max Woo mengajak Han Siang pergi ke Labuan esok.

C. Han Siang memberitahu Max Woo bahawa dia akan ke Labuan

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 4

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

esok.

D. Max Woo memberitahu Han Siang bahawa dia akan ke Labuan esok.

15. Puan Salina menyidai pakaian itu selepas mencucinya.

A. Pakaian itu dicuci dan disidai oleh Puan Salina.

B. Pakaian itu dicuci selepas disidai oleh Puan Salina.

C. Selepas menyidai pakaian itu, Puan Salina mencucinya.

D. Selepas mencuci pakaian itu, Puan Salina menyidainya.

Pilih ayat yang betul.

16. A. Perahu itu diperbuat dari kayu resak.

B. Shah Alam ialah ibu negeri Selangor.

C. Ratu cantik dari Malaysia kelihatan paling cantlk sekali.

D. Arif mendapat tempat pertama di dalam pertandingan pidato.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BERANANG, 8 JUN 2015 - Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Semenyih telah menganjurkan Bengkel Portal Pendidikan. Bengkel tiga hari itu telah dihadiri oleh 50 orang guru sekolah menengah dan guru sekolah

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 5

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

rendah di daerah ini. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peranan Internet dalam pendidikan kepada para peserta kursus. Setiap peserta diminta untuk membina atau menghasilkan bahan bagi dimuatkan ke dalam portal tersebut.

Pada dasarnya, penerokaan melalui Internet ini adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini telah terbukti berkesan dan sangat diperlukan bagi melahirkan murid-murid yang bermaklumat. Justeru, penerokaan ilmu melalui Internet perlu diperluas kepada murid-murid di luar bandar serta di kawasan pedalaman. Arus kemajuan globalisasi ini telah mewarnai corak pendidikan di negara kita.

Menurut seorang peserta bengkel, Cikgu Amran bin Ali berpendapat bahawa bengkel teknologi maklumat dan komunikasi itu telah memberikan satu pengalaman baharu buatnya. Bengkel itu juga dapat membimbing para guru untuk mencari dan meneroka maklumat dengan cepat dan mudah. Selain itu, kaedah penerokaan ilmu ini dapat mengelakkan rasa bosan dalam kalangan murid. Guru pula akan menjadi lebih kreatif semasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai contoh, guru boleh memandu murid-muridnya bagi meneroka maklumat berpandukan alamat-alamat portal pendidikan yang telah disediakan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 6

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(9)

Pada hari terakhir bengkel tersebut, para peserta masih menampakkan minat dan kesungguhan untuk menghasilkan bahan ilmiah bagi dimuatkan ke dalam Portal PPD Hulu Semenyih. Semua peserta berharap agar bengkel seperti ini dapat diadakan lagi kerana terbukti sangat berguna dan berkesan. Para peserta juga dapat mempelajari cara meneroka ilmu dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

17. Kita perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi supaya

A. dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

B. boleh meneroka ilmu dengan mudah dan cepat.

C. mahir menggunakan semua peralatan computer.

D. mudah untuk menjawab semua soalan peperiksaan.

18. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.

A. Bahan yang dihasilkan oleh para peserta kursus sangat berkualiti.

B. Para peserta kursus telah didedahkan tentang penggunaan Internet.

C. Portal pendidikan merupakan salah satu sumber ilmu yang boleh dilayari.

D. Bengkel Portal Pendidikan dihadiri oleh guru sekolah menengah

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 7

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(10)

dan rendah.

19. Yang manakah bukan kepentingan pengajaran dan pembelajaran melalui Internet?

A. Memperoleh ilmu yang baharu dan terkini.

B. Sentiasa berasa seronok dan gembira semasa belajar.

C. Dapat menghasilkan portal pendidikan yang cantik dan menarik.

D. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik.

20. Perkataan kreatif dalam petikan bermaksud

A. melahirkan pendapat.

B. menyediakan bahan.

C. menghasilkan alat bantu mengajar.

D. mencipta sesuatu idea yang baharu.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 8

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(11)

Bahagian B (30 Markah) Soalan 21 (4 markah)

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

Bersenam merupakan aktiviti yang patut dilakukan __________ setiap murid. Aktiviti bersenam bukan terhad __________ berlari sahaja,

tetapi berjalan, berkebun, dan bermain sukan juga termasuk dalam aktiviti bersenam. Pada waktu pagi atau petang, kita digalakkan keluar

__________ rumah __________ melakukan aktiviti yang menyihatkan

badan ini.

Soalan 22 [2 markah]

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat tanya:

_________________________________________________

_________________________________________________

Jawapan: Pertandingan bercerita itu dimenangi oleh pasukan Sekolah Kebangsaan Seri Kundang.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 9

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

_________________________________________________

_________________________________________________

[2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_________________________________________________

_________________________________________________

[2 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 10

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(13)

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Antara tanda keracunan makanan ialah cirit-birit dan muntah-muntah.

Keracunan makanan jika tidak dirawat akan membawa maut. Bagi mengelakkan keracunan makanan, kita perlu menyimpan makanan dengan betul. Ini adalah untuk memastikan makanan tahan lama dan tidak menjadi rosak serta selamat untuk dimakan.

Makanan menjadi rosak dan beracun akibat tindakan bakteria dan kulat yang banyak terdapat dalam udara. Bakteria dan kulat merupakan hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bakteria dan kulat tidak dapat membuat makanannya sendiri, tetapi mereputkan bahan makanan untuk dijadikan sumber makanannya.

Semasa proses pereputan ini, bakteria dan kulat akan menghuraikan bahan makanan kepada bentuk yang lebih ringkas.

Bakteria dan kulat ini paling aktif atau cepat membiak dalam keadaan lembap, gelap dan suhu yang sederhana panas. Makanan boleh disimpan lama dan dalam keadaan segar dengan cara mengawetnya. Melalui proses pengawetan, bahan makanan diproses supaya keadaannya tidak menggalakkan kulat dan bakteria aktif. Walau bagaimanapun, kita perlu peka pada keadaan makanan itu dan tidak melepasi tarikh luput yang dipaparkan pada pembungkus makanan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 11

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

a. Keracunan makanan boleh berlaku kerana __________________.

[1 markah]

b. Bagaimanakah proses kerosakan makanan berlaku?

_________________________________________________

_________________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

[2 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah tanpa mengira lokasi atau jenis sekolah. Menurut Kamus Dewan kegiatan kokurikulum ditakrifkan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar bilik darjah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 12

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(15)

Semua murid termasuk murid berkeperluan khas diwajibkan menyertainya. Lazimnya, terdapat tiga jenis aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah, iaitu aktiviti kelab dan persatuan, sukan atau permainan, dan kegiatan unit beruniform.

Dengan menyertai kegiatan ini, murid-murid dipercayai dapat memperoleh banyak faedah. Antara faedah menyertai kegiatan ini ialah murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Misalnya, melalui pasukan pengakap, murid-murid akan belajar jenis- jenis ikatan, cara mendirikan khemah, dan ilmu ikhtiar hidup.

Melalui kegiatan ini juga, murid dapat mengelakkan diri daripada membuang masa dan terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merayau-rayau, dan pergaulan bebas. Justeru, murid-murid dapat mengisi masa terluang dengan lebih bermanfaat.

Tidak ketinggalan juga, semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, malah dapat menambahkan bilangan rakan.

Di samping itu, murid-murid dapat memperoleh sijil penyertaan bagi unit-unit yang disertai. Sijil penyertaan ini sangat berguna apabila murid-murid memohon memasuki sekolah berasrama penuh ataupun universiti.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 13

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(16)

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum banyak membawa kebaikan kepada murid. Justeru, aktiviti ini perlu dipupuk dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah lagi.

a. Perkataan mengeratkan dalam petikan boleh juga digantikan

dengan perkataan __________________________. [1 markah]

b. Apakah aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah?

_________________________________________________

_________________________________________________

[2 markah]

c. Mengapakah murid-murid tidak digalakkan mensia-siakan masa?

_________________________________________________

_________________________________________________

[2 markah]

d. Pada pendapat anda, bagaimanakah hendak meyakinkan ibu bapa tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum?

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

[3 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 14

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(17)

Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mari berdiri di tepi pagar,

Sambil melihat si anak tupai;

Kalau kita rajin belajar,

Pasti akan menjadi pandai.

Murai hinggap di dahan lada,

Hinggap bersama burung merpati;

Kalau ilmu penuh di dada,

Ke mana pergi akan dihormati.

Nyonya memakai kebaya kasa,

Kebaya berwarna merah jingga;

Apabila kita sudah dewasa, Ayah dan ibu perlu dijaga.

a. Apakah maksud rangkap kedua pantun di atas?

_________________________________________________

_________________________________________________

[2 markah]

b. Apakah kelebihan orang yang rajin belajar?

_________________________________________________

[1 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 15

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

[3 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 16

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(19)

Kertas 2 (Penulisan) Bahagian A (10 Markah) Gambar di bawah menunjukkan suasana di tepi pantai.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di tepi pantai itu.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 17

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(20)

Bahagian B (15 Markah)

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti murid-murid semasa cuti sekolah.

Tulis ulasan tentang aktiviti tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 18

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(21)

Bahagian C (25 Markah)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Pada minggu lepas kamu dan rakan sekelas telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas.

Tulis catatan kamu tentang aktiviti itu selengkapnya.

ATAU Soalan 2

Pantun di atas menunjukkan kesan pencemaran alam sekitar.

Tulis sebuah karangan bertajuk "Kesan Pencemaran Alam Sekitar kepada Manusia".

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B-Pra-UPSR02 19

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(22)
(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Gambar

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti murid-murid semasa cuti  sekolah.

Referensi

Dokumen terkait

Pada dasarnya limbah adalah sejenis kotoran yang berasal dari hasil pembuangan dan itu mengakibatkan dampak bagi lingkungan di sekitar tetapi sekarang banyak ditemukan cara atau

Dengan mengikuti aktiviti kokurikulum yang terancang, setiap orang murid akan dapat memilih serta membugar kerjaya yang bersesuaian dengan diri serta kemahiran dan kebolehan

GITA SETYANDARI PERTIWI SD Kanisius Mangunan Berbah 726 3114 CICILIA SURATIWI MARTININGRUM SD Kanisius Mangunan Berbah 727 3118 YOSEP MULHARSA SD Kanisius Mangunan Berbah 728

Perencanaan adalah kegiatan perancangan untuk pemecahan masalah. Tahap pendahuluan yang dilakukan oleh peneliti adalah sebagai berikut: 1) melakukan pertemuan dengan guru

Berdasarkan analisis kebutuhan yang dilakukan dapat dikemukakan bahwa kebutuhan isi terhadap pengembangan buku pengayaan menulis cerita anak bermuatan nilai

一方(鍵盤操作側) がアイデアを出す: 音でアイデアを次々 に提示。一方の参加 者は鍵盤に貢献して

interaksi antara proporsi sari nanas dan konsentrasi starter terhadap kesukaan rasa kefir nanas yang ditandai dengan nilai F (70.920) > Sig. Rasa kefir nanas yang

Setiap negara merumuskan kebijakan politik luar negeri, tetapi tidak akan mungkin mengatur dan menetapkan proses dinamika internasional sebagai akibat dari