• Tidak ada hasil yang ditemukan

Miskonsepsi Magnet Jurnal 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Miskonsepsi Magnet Jurnal 1"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 3 FAIRUZ

TERHADAP TAJUK MAGNET MELALUI

AKTIVITI HANDS-ON “PEN BERMAGNET”

Oleh:

Suhaiza binti Shuib, Suriany Mat Noor Jabatan Sains, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail suhaiza_91@yahoo.com, surianymn@yahoo.com

ABSTRAK

Hasil refleksi PdP yang lalu mendapati bahawa kebanyakan murid tahun 3 Fairuz tidak dapat menguasai tajuk magnet dengan baik. Melalui pemerhatian serta analisis dokumen seperti lembaran kerja, didapati terdapat beberapa kesilapan yang acap kali dilakukan oleh murid antaranya murid tidak dapat mengitlak tindakan magnet ke atas objek seterusnya mengelaskan objek-objek tersebut kepada bahan magnet dan bahan bukan magnet. Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan murid tahun 3 Fairuz bagi tajuk magnet melalui aktiviti hands-on Pen bermagnet. Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan telah dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen, ujian pra dan pasca serta soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa intervensi yang digunakan ini berjaya dalam membantu murid menguasai tajuk magnet dengan baik. Malah murid berjaya mengitlak tindakan magnet ke atas objek-objek yang diberikan serta mengelaskannya mengikut kumpulan bahan magnet dan bahan bukan magnet dengan tepat. Kekuatan aktiviti hands-on Pen bermagnet ini ialah dapat membantu meningkatkan fokus, minat sekaligus membentuk kefahaman murid terhadap tajuk magnet. Alat ini boleh ditambah baik untuk digunakan dalam mata pelajaran yang lain.

Kata Kunci: meningkatkan, penguasaan, magnet, aktiviti hands-on, Pen bermagnet

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri (Izani,2012).

Pada praktikum fasa tiga, pengkaji telah berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah dan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kelas tahun 3 Fairuz. Kelas ini merupakan kelas yang kedua daripada tiga kelas tahun 3 di sekolah ini. Pencapaian akademik murid tahun 3 Fairuz ini adalah sederhana serta mengalami beberapa permasalahan dalam pembelajaran tajuk magnet. Pengkaji telah mengajar konsep asas magnet dengan pendekatan konstruktivisme namun masih terdapat segelintir murid yang memberi respon tidak faha, tidak

(2)

berminat dan kurang melibatkan diri semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung.Maka, pengkaji telah menjalankan kajian tindakan ke atas murid-murid tahun 3 Fairuz bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap tajuk magnet melalui aktiviti hands-on Pen bermagnet.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) maksud penguasaan ialah perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu). Sebelum kajian tindakan ini dijalankan oleh pengkaji, pengkaji telah membuat rujukan terlebih dahulu berhubung dengan keberkesanan penggunaan aktiviti hands-on dalam membantu meningkatkan penguasaan murid terhadap tajuk magnet. Rujukan-rujukan ini diambil daripada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dari seluruh tempat.

Kajian lepas yang dirujuk oleh pengkaji ialah, kajian daripada Chai Jia Yun (2012) yang bertajuk “Kesan Penggunaan Kaedah “hands-on” dalam proses pembelajaran sains tahun 3”. Pengkaji ini telah menjalankan dua aktiviti hands-on yang berlainan dalam membantu murid menguasai tajuk magnet dengan baik. Aktiviti hands-on yang pertama mengkehendaki murid untuk mengenalpasti 12 jenis bahan magnet dan 12 jenis bahan bukan magnet. Murid-murid perlu membuat andaian awal terhadap bahan-bahan yang disediakan oleh pengkaji sama ada ditarik oleh magnet ataupun tidak ditarik oleh magnet. Murid-murid seterusnya mengelaskan bahan-bahan tersebut mengikut bahan magnet dan juga bahan bukan magnet. Aktiviti yang kedua yang telah beliau jalankan ialah aktiviti “magnetic shoe box”. Dalam aktiviti ini murid-murid dikehendaki untuk mengesan tempat pada kotak kasut yang dapat menarik klip kertas. Setelah selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ujian pra dan pasca dijalankan oleh pengkaji. Didapati hasil daripada aktiviti hands-on yang telah dijalankan, murid-murid menunjukkan keputusan yang lebih positif dalam ujian pasca yang dijalankan oleh pengkaji.

Kajian lepas yang seterusnya ialah kajian daripada Mary Tan Mui Yee (2012) iaitu

“Kesan penggunaan aktiviti hands-on dalam proses pembelajaran sains tahun empat”.

Dalam kajian ini beliau telah menjalankan aktiviti hands-on bagi tajuk Sifat bahan.

Pengkaji ini telah menyediakan satu set litar elektrik ringkas dan pelbagai jenis bahan

untuk diuji oleh peserta kajian beliau. Peserta kajian beliau menguji sendiri setiap

bahan-bahan yang dibekalkan oleh pengkaji dan menguji sama ada bahan yang diuji

tersebut konduktor ataupun penebat. Daripada aktiviti hands-on yang telah dijalankan

oleh pengkaji ini, beliau mendapati aktiviti hands-on benar-benar membantu murid

melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran sekaligus mewujudkan rasa minat

mereka terhadap aktiviti pembelajaran sains.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 3 Fairuz Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah bagi tajuk magnet melalui aktiviti hands-on Pen-bermagnet.

Objektif

i. Meningkatkan fokus murid terhadap tajuk magnet melalui aktiviti hands-on “Pen bermagnet”.

ii. Meningkatkan minat murid terhadap tajuk magnet dengan menjalankan aktiviti hands-on “Pen bermagnet”

iii. Meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran sains melalui aktiviti hands-on “Pen bermagnet”

(3)

iv. Meningkatkan penguasaan murid tentang tajuk magnet melalui aktiviti hands-on “Pen bermagnet”.

Persoalan Kajian

i. Adakah aktiviti hands-on “Pen-bermagnet” dapat meningkatkan fokus murid terhadap tajuk magnet?

ii. Adakah aktiviti hands-on “Pen-bermagnet” dapat meningkatkan kefahaman murid tentang tajuk magnet?

iii. Adakah aktiviti hands-on “Pen-bermagnet” dapat meningkatkan minat murid terhadap sains?

iv. Adakah aktiviti hands-on “Pen-bermagnet” dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran sains?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan 5 orang peserta kajian yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan dari tahun 3 Fairuz. Peserta kajian dipilih berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam ujian diagnostik yang dijalankan. Pengumpulan data menggunakan instrumen pemerhatian, analisis dokumen, ujian pra dan pasca serta soal selidik. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.

Instrumen pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji merupakan pemerhatian tidak berstruktur dan pemerhatian berstruktur. Bagi pemerhatian berstruktur, pengkaji telah menggunakan borang senarai semak yang mencatatkan tingkah laku negatif yang dilakukan oleh peserta kajian. Pengkaji merekodkan data kajian dalam bentuk kuantitatif iaitu kekerapan peserta kajian melakukan tingkah laku negatif sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran berlansung. Data daripada pemerhatian berstruktur dianalisis dan diinterpretasi dalam bentuk graf bar. Seterusnya, pemerolehan data bagi instrumen pemerhatian tidak berstruktur telah dilaksanakan dengan bantuan daripada pengkaji lain. Pengkaji mencatatkan sebarang perubahan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian dengan menggunakan catatan nota lapangan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Pengkaji membuat banding beza peratus penglibatan aktif peserta kajian sebelum intervensi dilaksanakan dan selepas intervensi dilaksanakan dan diterjemahkannya dalam bentuk kekerapan jadual dan graf.

Lembaran kerja yang digunakan merangkumi latih tubi berkaitan seluruh tajuk magnet seperti mengenal pasti bentuk-bentuk magnet, mengenal pasti objek yang dapat ditarik dan tidak dapat ditarik oleh magnet serta mengelaskan objek kepada bahan magnet dan juga bahan bukan magnet Data ini dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif dan dipersembahkan dalam bentuk graf. Penguasaan peserta kajian terhadap tajuk magnet diukur berdasarkan peratus markah lembaran kerja mereka.

Borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji adalah diubahsuai daripada skala Guttman. Peserta kajian perlu menandakan jawapan “Ya” atau “Tidak” pada borang soal selidik tersebut. Soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh peserta kajian dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi di bawah subtajuk magnet. Data daripada instrumen soal selidik dianalisis secara deskriptif berdasarkan jumlah jawapan “Ya” dan “Tidak” dan diinterpretasi dalam bentuk peratusan dan dipamerkan dalam bentuk jadual.

Pengkaji telah menjalankan dua jenis ujian ke atas peserta kajian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Soalan bagi kedua-dua ujian ini adalah berbeza bagi mengelakkan peserta kajian

(4)

daripada menghafal jawapan daripada ujian yang sebelumnya. Ujian ini mengandungi 5 soalan subjektif yang membawa kepada 100 markah. Analisis data dilakukan dengan membandingkan peratus perubahan markah peserta kajian bagi kedua-dua ujian tersebut. Pengkaji turut membuat banding beza dari segi perubahan gred bagi setiap peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif dan diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf bar.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Intervensi yang telah pengkaji hasilkan bagi membantu meningkatkan penguasaan murid tahun 3 terhadap tajuk magnet adalah melalui aktiviti hands-on Pen-bermagnet. Penghasilan pen bermagnet adalah daripada sebatang magnet bar yang dihias kelihatan seolah-olah sebatang pen kemudian didatangkan bersama sebuah model rumah. Model rumah yang dibina ini dihiaskan dengan pelbagai jenis objek yang terdiri daripada bahan yang boleh ditarik oleh magnet dan bahan yang tidak boleh ditarik oleh magnet. Peserta kajian perlu menggunakan pen bermagnet untuk menguji setiap objek yang terdapat di dalam rumah tersebut kemudian mengelaskan objek-objek tersebut kepada dua kumpulan utama iaitu bahan magnet iaitu bahan yang boleh ditarik oleh magnet dan bahan bukan magnet iaitu bahan-bahan yang tidak dapat ditarik oleh magnet.

Pen bermagnet

Pen ini merupakan hasil kreativiti pengkaji dalam mengolah sebatang magnet bar agar kelihatan seperti sebatang pen dengan menggunakan kertas warna dan pelekat kilat agar pen bermagnet ini kelihatan lebih menarik.

Model Rumah

Model rumah ini dibina dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti tisu, batang aiskrim, mainan plastik penutup botol dan lain-lain. Setiap kumpulan murid akan diberikan sebuah model rumah bagi membolehkan murid menjalankan tindakan menguji bahan-bahan tersebut dengan menggunakan pen bermagnet yang dibekalkan oleh pengkaji.

Pelaksanaan Intervensi

Murid diletakkan di dalam beberapa kumpulan berempat-empat. Setiap kumpulan diberikan sebuah model rumah dan pen bermagnet. Murid perlu menggunakan pen bermagnet tersebut dan menyentuh setiap objek yang terdapat di dalam rumah tersebut. Murid mengenal pasti objek yang ditarik oleh magnet dan tidak ditarik oleh magnet. Murid kemudian melengkapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

(5)

DAPATAN KAJIAN Pemerhatian

Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian dalam memerhatikan segala perlakuan

negatif yang ditunjukkan oleh peserta kajian semasa sesi pembelajaran dan pengajaran

berlansung. Instrumen pemerhatian dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi sebelum

intervensi dan sesi selepas intervensi dijalankan. Tujuan instrumen pemerhatian

digunakan selepas intervensi dilaksanakan ialah bagi memberi petunjuk kepada

pengkaji perubahan-perubahan tingkah laku yang telah ditunjukkan oleh peserta kajian

sama ada ke arah mencapai objektif kajian ataupun sebaliknya. Berikut merupakan

analisis tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian. Seperti yang dapat

diperhatikan dalam jadual yang ditunjukkan kesemua peserta kajian menunjukkan

tingkah laku yang lebih positif setelah intervensi ini dilaksanakan.

Analisis Tingkah Laku Peserta Kajian Sebelum dan Selepas Intervensi Dilaksanakan

Kod Perkara Kekerapan

(SB)

Kekerapan (SL)

1 Berjalan-jalan di dalam kelas 5 2

2 Membuat origami kertas 3 0

3 Menukar tempat duduk dengan rakan 3 1 4 Mengganggu rakan dengan mengambil buku

rakan

4 2

5 Keluar ke tandas 5 3

6 Bercakap sesuatu yang tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu

5 0

7 Membuat bising 6 2

8 Menjerit di dalam kelas 4 1

Soal Selidik

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik ke atas peserta kajian sebelum dan

selepas intervensi kajian dilaksanakan. Instrumen soal selidik ini digunakan pengkaji

dalam mencapai objektif yang kedua iaitu meningkatkan minat murid terhadap tajuk

magnet dengan menjalankan aktiviti hands-on “Pen bermagnet”. Bagi instrumen soal

selidik, pengkaji telah menyenaraikan sepuluh item soal selidik berhubung dengan

minat peserta kajian terhadap tajuk magnet. Instrumen soal selidik yang digunakan

adalah berdasarkan kepada skala Guttman di mana peserta kajian perlu memilih dua

jawapan sahaja iaitu “Ya” ataupun “Tidak”.

(6)

Analisis Soal Selidik

Item Soalan Sebelum

Intervensi Selepas Intervensi Ya (%) Tidak (%) Ya (%) Tidak (%)

1 Saya minat belajar sains. 50 50 96 4

2 Mata pelajaran sains seronok. 40 60 98 2 3 Mata pelajaran sains tidak membosankan 40 60 90 10 4 Saya suka belajar sains kerana sains itu

mudah.

50 50 90 10

5 Saya suka bermain semasa belajar. 90 10 100 0 6 Saya suka buat aktiviti sains. 80 20 100 0 7 Saya suka belajar sains melalui aktiviti 88 12 100 0 8 Saya seronok melakukan aktiviti sains. 80 20 100 0 9 Saya ingin terlibat secara aktif dalam

aktiviti sains.

70 30 100 0

10 Saya suka mempelajari tajuk Magnet. 50 50 100 0

Didapati peserta kajian mula menunjukkan minat apabila pengkaji menjalankan aktiviti hands-on Pen-bermagnet ini kerana peserta kajian semakin menyukai untuk belajar tentang tajuk magnet dan ingin lebih terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran sains.

Analisis Dokumen

Sebelum intervensi ini dilaksanakan, pengkaji mendapati peserta kajian menghadapi

masalah dalam mengenal pasti bentuk magnet, mengitlak tindakan magnet ke atas

pelbagai objek, mengelaskan objek berdasarkan tindakan magnet, serta kegunaan

magnet dalam kehidupan. Ini dapat diperhatikan dalam jadual yang ditunjukkan di

bawah ini. Di mana peserta kajian masih mengalami kesukaran dalam menguasai

keseluruhan topik magnet dengan baik.

Analisis Lembaran Kerja Sebelum Intervensi Dilaksanakan

Item Peserta Kajian

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5

Mengenal pasti bentuk magnet / / /

Mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek / /

Mengelas objek berdasarkan tindakan magnet ke atasnya

/ /

Kegunaan magnet dalam kehidupan / / /

Namun, setelah intervensi dilaksanakan, pengkaji mendapati para peserta kajian sudah mula menguasai tajuk magnet dengan baik apabila peserta kajian ini berhasil dalam mengenal bentuk-bentuk magnet, mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek, serta mengelaskan objek-objek tersebut berdasarkan tindakan magnet ke atasnya.

(7)

Analisis Lembaran Kerja Selepas Intervensi Dilaksanakan

Ujian pra dan ujian pasca

Ujian pra dan pasca telah dijalankan oleh pengkaji pada masa sebelum dan selepas

intervensi ini dilaksanakan. Tujuan ujian ini dijalankan adalah sebagai indikator

kepada pengkaji bahawa peserta kajian yang telah dipilih oleh pengkaji berjaya

menguasai tajuk magnet dengan baik melalui pengaplikasian aktiviti hands-on Pen

bermagnet dalam pembelajaran sains ini. Hasilnya, kesemua peserta kajian

menunjukkan peningkatan dalam pencapaian gred dalam ujian pasca yang dijalankan

pengkaji. Jurang perbezaan yang besar ini telah membuktikan bahawa aktiviti

hands-on “Pen-bermagnet” yang dilaksanakan oleh pengkaji berjaya membantu peserta

kajian dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam menguasai tajuk magnet.

Kesimpulannya, pengaplikasian aktiviti hands-on “Pen-bermagnet”berjaya membantu

peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan mereka tentang tajuk magnet secara

keseluruhannya sekaligus membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian

yang telah dijalankan ini.

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

PESERTA KAJIAN UJIAN PRA UJIAN POS PERUBAHAN POLA

PK 1 54 76 22 Meningkat PK 2 50 74 24 Meningkat PK 3 58 86 28 Meningkat PK 4 48 76 28 Meningkat PK 5 64 82 18 Meningkat Min 54.8 78.8 24 Meningkat KESIMPULAN

Intervensi aktiviti hands-on Pen-bermagnet ternyata membantu para peserta kajian dalam menguasai tajuk magnet dengan baik. Hal ini demikian kerana aktiviti ini bukan sahaja melibatkan semua murid secara aktif malah membantu meningkatkan rasa minat dan keterujaan mereka untuk mempelajari sesuatu konsep sains. Sekaligus membantu menghapuskan pandangan negatif mereka terhadap sains yang sebelum ini mengatakan sains itu bosan malah sukar untuk difahami. Aktiviti ini membantu mengekalkan fokus murid terhadap pembelajaran sains kerana murid menggunakan kesemua deria mereka untuk satu pembelajaran sains. Murid terlibat secara lansung dalam aktiviti pembelajaran menyokong pembentukan konsep dan kefahaman baru tentang tajuk yang dipelajari oleh mereka.

Item Peserta Kajian

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5

Mengenal pasti bentuk magnet / / / / /

Mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek / / / / /

Mengelas objek berdasarkan tindakan magnet ke atasnya

/ / / /

(8)

Kekuatan intervensi ini ialah intervensi ini menarik, berwarna warni, mudah untuk dikendalikan murid, tidak melibatkan kos penghasilan yang tinggi, malah bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan intervensi ini mudah untuk didapati di mana sahaja kedai buku.

Kelemahan intervensi ini ialah mudah rosak apabila tidak disimpan dengan baik kerana model rumah ini dihasilkan daripada foam board yang ringan dan mudah patah apabila digunakan dengan kasar. Selain itu pen bermagnet ini juga mudah hilang kuasa apabila pen bermagnet ini acap kali dibiarkan jatuh ataupun terdedah kepada haba yang melampau menyebabkan kemampuan magnet ini untuk menarik sesuatu objek semakin lemah.

Intervensi ini boleh dilakukan inovasi bergantung kepada kreativiti setiap pengkaji yang akan datang.

RUJUKAN

Abu Hassan Kassim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Modul

Pengajaran. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai, Johor.

Aziz Nordin dan Lin, Hui Ling (2011) Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains

dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan dua. Johor: Universiti

Teknologi Mara.

Chai Jia Yun (2012). Kesan penggunaan kaedah “hands-on” dalam pembelajaran

sains tahun 3. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012,

ms.165-179

David, R.Krathwohl. (2002). A Revision of Bloom’s Taxonomy: An Overview. United

States of America: American Educational Research Association.

Hisyamudin Abdul Razab (2012). Kaedah nyanyian dalam mengatasi masalah

miskonsepsi dalam kalangan murid tahun 3 dalam topik magnet. IPG KTB,

Pulau Pinang.

Ibrahim, Azizah, Saidah & Hairani (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Izani Hj Daud (2012). Kreativiti Guru dalam Pengajaran Bahasa. Pelita Bahasa,

Kuala Lumpur.

Lee Chiong Heng (2012). Pembelajaran Melalui Aktiviti Hands-On Dalam Membantu

Murid Prasekolah Untuk Meningkatkan Minat Serta Tahap Kefahaman

Terhadap Isi Pembelajaran Yang Disampaikan. Seminar Penyelidikan

Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.126-137.

Mary Tan Mui Yee (2012). Kesan Penggunaan Aktiviti Hands-on dalam proses

pembelajaran sains tahun empat. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL

(9)

Nor Azimah (2013). Meningkatkan kefahaman tajuk siratan makanan melalui kaedah

T.I.S bagi murid tahun 5 Bijak. IPG KDRI, Terengganu.

Rosinah Edinin (2013). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Freemind

Horizons, Kuala Lumpur.

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian deskriptif yang diadakan pada waktu bakti sosial wabah skabies di Dusun Gunung Pentul, Pengasih, Kulonprogo diperoleh hasil bahwa keadaan lingkungan di

Kualitas kepemimpinan unit pengusul dinilai antara lain dari kualitas proposal secara keseluruhan dan kemampuan unit pengusul untuk merencanakan dan menjalankan

SLB tuna netra ini direncanakan semaksimal mungkin dapat membantu dan menfasilitasi siswa tuna netra, yang mengedepankan aspek kemadirian dan menyenangkan dengan

Dengan mengikuti aktiviti kokurikulum yang terancang, setiap orang murid akan dapat memilih serta membugar kerjaya yang bersesuaian dengan diri serta kemahiran dan kebolehan

hidup sesuai dengan nilai dan sebagai ilmu yang mengkaji hubungan sebagai ilmu yang mengkaji hubungan norma yang berlaku dalam.. norma yang berlaku dalam masyarakat

Dibuktikan dengan permeabilitas berbanding lurus dengan porositas, berbanding terbalik dengan densitas dan berbanding terbalik dengan stabilitas, juga nilai koefisien

Sejak dahulu masyarakat Indonesia telah menggunakan produk kerajinan sebagai alat untuk memenuhi kebutuhan hidup sehari-hari, dari mulai kebutuhan hidup sehari-hari, rumah

一方(鍵盤操作側) がアイデアを出す: 音でアイデアを次々 に提示。一方の参加 者は鍵盤に貢献して