• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Kajian Tindakan Panitia Bahasa Inggeris 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Kajian Tindakan Panitia Bahasa Inggeris 2014"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Bahasa Inggeris :

Penggunaan Lagu Kanak-kanak

Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Murid Tahun 1 Bestari

Panitia Bahasa Inggeris SK Bagan, Batu Pahat

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah teknik penggunaannyanyian Lagu Kanak-kanak dalam P&P dapat meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 1. Responden dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 1 Bestari SK Bagan, Batu Pahat iaitu seramai 6 orang murid. Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji telah menggunakan teknik nyanyian dengan perkataan Bahasa Inggeris dalam meningkatkan kemahiran murid menguasai kosa kata dalam Bahasa inggeris untuk keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Merujuk kepada dapatan kajian yang dilakukan, maka dapat disimpulkan bahawa teknik nyanyian lagu kanak-kanak dengan perkataan Bahasa Inggeris ini dapat membantu murid yang lemah untuk menguasai kosa kata Bahasa Inggeris.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Daripada proses P&P, pengkaji dapati terdapat pelbagai masalah telah berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji telah mengenal pasti bahawa majoriti murid-murid Tahun 1 Bestari tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris walaupun kosa kata itu banyak kali diulang semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Walaupun mereka selalu menyebut sesuatu kosa kata, namun mereka tidak memahami apakah maksud kosa kata tersebut. Murid-murid sering menghadapi masalah apabila diminta untuk mengingati pelajaran Bahasa Inggeris yang telah dipelajari. Murid-murid juga tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran lepas. Sering kali pengkaji terdengar mereka berkata, “Ala, cikgu, saya lupalah”, “Saya tak tahu” dan kadang-kala murid-murid hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah guru (pengkaji) mengharapkan jawapan apabila tidak dapat menjawab pertanyaan dalam Bahasa Inggeris.

Penggunaan Bahasa Inggeris murid-murid berbangsa Melayu sangat lemah terutamanya dalam kalangan murid-murid prasekolah dari segi perbendaharaan kata dan juga perbualan mudah. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani dengan lebih awal agar masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka menjejakkan kaki ke kelas arus perdana.

2. FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, walaupun pengkaji telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 1 Bestari ini dalam pengajaran Bahasa Inggeris, namun pengkaji akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris sahaja. Ini adalah kerana penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah tunjang utama dalam Bahasa Inggeris sebelum murid dapat menguasai perbualan mudah dan kemahiran-kemahiran lain.

(2)

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek-subjek kajian. Bahasa pertama bagi keenam-enam subjek-subjek adalah Bahasa Melayu. Subjek menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di rumah mahupun di sekolah. Mungkin faktor ini menyebabkan mereka sukar dan tidak fasih berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua walaupun dengan menggunakan bahasa mudah.

Mungkin latar belakang keluarga, masalah keluarga, kurangnya perhatian daripada ibu bapa juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mungkin mereka tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di rumah yang menyebabkan mereka masih tidak menguasai perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang mudah.

Justeru, ekoran daripada masalah ini pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menjalankan penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek agar masalah ini dapat diatasi. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan penggunaan lagu kanak-kanak untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Tahun 1 Bestari.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 1 Bestari.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk;

(i) Mengetahui tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 1 Bestari selepas penggunaan lagu kanak-kanak.

Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 1 Bestari dengan penggunaan lagu kanak-kanak.

4. KUMPULAN SASARAN

Jadual 1 di bawah adalah butiran berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam penyelidikan ini; Jadual 1: Kumpulan sasaran penyelidikan tindakan

Bilangan sasaran 6 daripada 28(dipilih secara rawak mudah)

Jantina 3 orang lelaki

3 orang perempuan

Umur 7 tahun

Prestasi akademik - Pasif dalam slot P&P Bahasa Inggeris

- Mempunyai masalah penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad

(3)

5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah

Bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris, pengkaji akan menggunakan dua alat kajian iaitu pemerhatian dan temu bual secara individu dengan subjek sebagai tinjauan awal menggunakan borang senarai semak. Jadual 2 di bawah adalah cara tinjauan masalah dalam penyelidikan ini:

Jadual 2: Cara Tinjauan Masalah Langkah Cara tinjauan masalah Kumpulan

sasaran Tujuan Langkah 1 Pemerhatian catatan pemerhatian menggunakan Borang Rekod Pemerhatian pada Lampiran A 28 orang murid-murid Tahun 1 Bestari

- Melihat penggunaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid

- Melihat respon murid semasa P&P slot Bahasa Inggeris Langkah 2 Tinjauan awal

menggunakan Senarai Semak pada Lampiran

B

6 orang subjek yang terlibat

- Mengenal pasti dan mengetahui tahap

penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris subjek

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil daripada analisis pemerhatian semasa tinjauan awal yang telah dijalankan, terdapat 6 orang murid mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Masalah ini menyebabkan aktiviti P&P slot Bahasa Inggeris sedikit terganggu kerana murid tidak memahami apa yang diperkatakan oleh guru. Jadual 3 di bawah adalah hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek.

Jadual 3: Hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek

Sampel Pemerhatian / Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris Jumlah kekerapan 1 2 3 4 5 A 1 2 0 1 0 4 B 2 1 0 1 1 5 C 0 0 1 0 0 1 D 1 0 1 0 0 2 E 1 1 0 2 0 4 F 0 0 0 1 1 2

Kenam-enam subjek telah dikenal pasti kurang aktif semasa sesi P&P slot Bahasa Inggeris dijalankan kerana masing-masing hanya menuturkan 2 kosa kata Bahasa Inggeris ke bawah sahaja dalam setiap slot P&P Bahasa Inggeris. Selepas 5 kali pemerhatian dibuat, jumlah kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek B adalah 5 kosa kata, subjek A dan E 4 kosa kata, subjek D dan F dengan 2 kosa kata dan subjek C dengan 1 suku kata.

(4)

Jadual 4 di bawah adalah hasil analisis daripada senarai semak yang dijalankan pada tinjauan awal.

Jadual 4: Hasil analisis tinjauan awal terhadap subjek

Sampel A B C D E F

Jumlah jawapan yang betul 2/18 3/18 0/18 1/18 5/18 6/18

Peratusan (%) 11.11 16.67 0 5.56 27.78 33.33

Hasil analisis mendapati subjek F hanya dapat menjawab 6 soalan dengan tepat daripada 18 soalan yang telah diajukan iaitu sebanyak 33.33%. Subjek E 27.78%, subjek B 16.67%, subjek A dengan 11.11% dan subjek D dan C masing-masing memperoleh 5.56% dan 0%. Oleh itu, keenam-enam subjek ini mengalami masalah kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad kerana hanya mencapai 33.33% ke bawah sahaja iaitu min sebanyak 15.74% sahaja.

Hasil dapatan mendapati bahawa kenam-enam subjek kurang aktif semasa sesi P&P slot Bahasa Inggeris dijalankan. Subjek kurang memberikan perhatian dan hanya mendiamkan diri sepanjang P&P dijalankan. Subjek mempunyai kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad. Oleh itu, latihan demi latihan perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata subjek.

5.3 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Penggunaan lagu kanak-kanak (Nursery rhymes) Unit 7 & 8 : Look at Me (7) and Stay Clean, Be Happy (8) Lagu : i. Head, Shoulders, Knees and Toes

ii. I can, I can, I can (Action Song) iii. This Is The Way

1.1 Murid diajar menyanyikan lagu kanak-kanak menggunakan carta lagu bergambar sehingga murid benar-benar dapat menghafal 2 lagu tersebut.

1.2 Murid diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan muzik untuk mendapatkan rentak dan tempo yang betul.

1.3 Beberapa perkataan yang dipilih diberi penekanan yang lebih. Murid diterangkan dengan maksud atau pengertian dalam Bahasa Melayu setiap perkataan yang ingin diuji.

1.4 Bagi perkataan-perkataan yang menunjukkan ‘verb’, murid melakukan simulasi untuk menunjukkan maksud perkataan tersebut.

1.5 Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan sebagai salah satu rutin dalam Tahun 1 Bestari iaitu seperti pada waktu Perbualan Pagi, waktu Rehat atau dalam waktu P&P

Pemerhatian

i. Lirik lagu difotostat dan dilaminet bagi setiap murid yang terlibat. ii. Murid dapat menyebut dan menghafal hampir 80% lirik lagu.

iii. Murid dapat menulis sekurang-kurangnya 5 perkataan ‘verb’ dalam setiap lagu yang dinyanyikan dan memahami maksudnya.(menjawab soalan secara lisan)

iv. Murid dapat melakukan simulasi bagi perkataan ‘verb’ Refleksi

Perubahan murid dapat dilihat dari segi penggunaan kosa kata dari lagu yang diajar. Murid juga dilihat gembira menjalankan aktiviti seperti ini.

(5)

Aktiviti 2 : Wheel of Sounds

2.1 Murid membuang dadu. Berdasarkan nombor dadu yang terpapar, murid merujuk kepada sektor yang terdapat pada “Wheel of Sounds”.

2.2 Murid membentuk perkataan yang ada pada sektor. Pada sektor berkenaan, terdapat huruf-huruf dan gambar sebagai panduan kepada murid untuk membentuk perkataan.

2.3 Murid mengeja dan menulis perkataan yang dibentuk pada kad yang disediakan. Pemerhatian

Murid memberikan respon yang positif dan memberangsangkan terhadap aktiviti ini. Semua murid bersungguh-sungguh untuk mengambil bahagian dalam membina perkataan. Ini menunjukkan bahawa perasaan malu dan rendah diri murid-murid berkenaan telah berkurangan.

Refleksi

Hasil dari aktiviti ini, kemahiran murid dalam membentuk perkataan telah meningkat. Aktiviti ini juga membantu murid-murid yang terlibat menulis perkataan dengan huruf dan ejaan yang betul.

5.4 Penilaian

1. Keputusan ujian Pra (Jadual 4). 2. Keputusan ujian Post. (Jadual 5) 3. Kerja tulis murid.

4. Terdapat murid yang masih mendapat markah rendah tetapi boleh diperbaiki lagi. 5. Murid mula rajin dan aktif dalam P&P.

Jadual 5: Hasil analisis Ujian Post terhadap subjek

Sampel A B C D E F

Jumlah jawapan yang betul 12/18 10/18 8/18 8/18 9/18 14/18

Peratusan (%) 66.7 55.6 44.4 44.4 50.0 77.8

Refleksi Kajian

Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Nyanyian dan Aktiviti Permainan banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan.

6. Cadangan untuk kajian seterusnya

Untuk kajian seterusnya, pihak Panitia Bahasa Inggeris telah bercadang untuk menjalankan kajian berkaitan “Memupuk minat murid membaca bahan-bahan dalam Bahasa Inggeris”. Fokus kajian adalah untuk membantu murid-murid menambah perbendaharaan kata dan membina keyakinan untuk melibatkan diri secara aktif dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah.

(6)

7. Rujukan

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam Penyelidikan Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Helen Bee, D. B. (2007). The Developing Child, 8th Edition. Boston: Pearson Education, Inc.

Hidayatul Akmal Hashim, N. M. (2010, Ogos 11). Cara Pemerolehan Bahasa Kedua. Didapatkan Mac 6, 2011, daripada Retibasa: http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.html

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum Standard Tahun 1 Bestari Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mok S.S. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

(7)

8. Lampiran

LAMPIRAN A

BORANG REKOD PEMERHATIAN

Di bawah ini adalah borang rekod pemerhatian bagi merekod kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek di dalam bilik darjah. Sila isikan kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan pada ruang yang disediakan. Sila catat jumlah kekerapan kosa kata di dalam kotak yang telah disediakan.

Nama subjek : ... Tarikh : ...

PEMERHATIAN: 1 2 3 4 5 (Bulatkan nombor mengikut pemerhatian)

WAKTU PEMERHATIAN

KOSA KATA BAHASA INGGERIS YANG DITUTURKAN ANALISIS

Masa : ...

(8)

LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK

UJIAN TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS

UJIAN FASA* 1 2 (Bulatkan nombor mengikut fasa)

Nama : ... Tarikh : ... Masa : ...

Aktiviti:

(i) Murid menulis dan menyebut perkataan yang diberikan dalam Bahasa Inggeris.

(ii) Guru menandakan pada kotak yang disediakan sama ada jawapan murid betul atau salah. Jika salah, tuliskan jawapan yang diberikan pada ruangan catatan.

(iii) Murid membuat pembetulan di dalam buku tulis.

Bil Perkataan / Objek Jawapan Catatan

Betul Salah 1 Kepala 2 Bahu 3 Lutut 4 Kaki 5 Mata 6 Hidung 7 Mulut 8 Telinga 9 Melompat 10 Berlari 11 Berjalan 12 Basuh 13 Gosok

(9)

14 Tikar 15 Paip 16 Semut 17 Peta 18 Duduk Jumlah

Referensi

Dokumen terkait

Devy Widya Damayanti (A520080316), Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggris Anak Usia Dini Melalui Metode Lagu (Song) Di Tk Bina Putra Sanggrahan Tahun Ajaran

Dari data yang ditunjukkan di atas dapat dikatakan bahwa kegiatan bernyanyidapat meningkatkan kemampuan anak dalam penguasaan kosa kata bahasaInggris jika kegiatan

Penelitian penguasaan kosa kata bahasa Indonesia murid kelas VI SD menurut hemat kami baru dilakukan di daerah Jawa Barat oleh tim peneliti IKIP Bandung pada tahun 1976/1977.

Dari data yang ditunjukkan di atas dapat dikatakan bahwa kegiatan bernyanyidapat meningkatkan kemampuan anak dalam penguasaan kosa kata bahasaInggris jika kegiatan bernyanyi

Teknik observasi dilakukan secara terus menerus dalam kegiatan pembelajaran. Sedangkan observasi ini dilakukan untuk mengetahui kemampuan menghafal kosa kata

Berdasarkan hasil siklus I tersebut dapat diambil kesimpulan bahwa penguasaan kosa kata peserta didik kelas VII D belum mencapai 75%. Hal ini disebabkan tindakan yang

Dapatan kajian juga menunjukkan guru Pendidikan Islam tidak bersedia dalam pengajaran subjek bahasa Arab kerana: (a) penguasaan yang rendah terhadap kosa kata (b) penguasaan

Penggunaan peta pemikiran m-cycle dalam pengajaran bahasa melayu bagi murid pekak: satu kajian tindakan di sekolah pendidikan khas ABSTRACT Kajian tindakan ini bertujuan untuk