• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB : SATU KAJIAN TERHADAP GURU PELATIH DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM DI KUIS.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB : SATU KAJIAN TERHADAP GURU PELATIH DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM DI KUIS."

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

57

KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB : SATU KAJIAN TERHADAP GURU PELATIH DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN

ISLAM DI KUIS Oleh :

Noor Shamshinar binti Zakaria, Zetty Nurzuliana binti Rashed, Mohd Kamal bin Din

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan guru Pendidikan Islam dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam pengajaran subjek bahasa Arab. Peserta kajian ini terdiri daripada 9 orang guru pelatih Diploma Perguruan Pendidikan Islam dalam semester 3, di KUIS. Proses mengumpul data kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah temubual secara separa struktur. Prosedur analisis data bermula dengan proses coding untuk membentuk tema dapatan daripada responden. Seterusnya dinilai frekunsi setiap tema yang diperolehi untuk menentukan kedudukan setiap cabaran yang dihadapi oleh responden di dalam mengajar subjek bahasa Arab. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru Pendidikan Islam yang tidak mempunyai opsyen subjek bahasa Arab menyatakan bahawa cabaran utama ialah kesukaran dalam menguasai dan memahami bahasa Arab dan menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar subjek bahasa Arab. Dapatan kajian juga menunjukkan guru Pendidikan Islam tidak bersedia dalam pengajaran subjek bahasa Arab kerana: (a) penguasaan yang rendah terhadap kosa kata (b) penguasaan yang rendah terhadap kemahiran-kemahiran bahasa Arab, (c) tiada keyakinan diri untuk mengajar subjek ini,(d) tidak mampu untuk berusaha secara bersendirian bagi menguasai bahasa Arab (e) iklim sekolah yang tidak membantu, dan (f) guru merasakan bahawa mereka telah berada dalam zon selesa. Berdasarkan dapatan kajian ini akan dibincangkan mengenai cadangan tindakan yang sesuai terhadap guru Pendidikan Islam bagi menyediakan mereka mengajar subjek bahasa Arab kerana walaupun bahasa Arab bukan opsyen mereka, kebanyakan Sekolah Rendah Agama, JAIS di Selangor khasnya masih kekurangan guru bahasa Arab dan mengkehendaki mereka mengajar subjek ini.

Kata kunci ; Guru, Pendidikan Islam & Bahasa Arab

PENGENALAN

Penguasaan ilmu bahasa Arab yang baik penting untuk mendalami ilmu-ilmu Islam seperti mana menurut Rosni Samah (2009) tanpa bahasa Arab yang baik ulama-ulama tidak akan dapat memahami ilmu Islam secara mendalam. Oleh yang demikian, dapatlah dinyatakan bahawa penguasaan bahasa Arab telah membantu ulama-ulama memahami al Quran dan Hadis serta dapat menyampaikan ilmu-ilmu Islam dengan lebih berkesan.Tidak hairanlah juga menurut beliau lagi kemunculan pusat-pusat pengajian Islam sejak awal menekankan pelajar-pelajarnya untuk mendalami bahasa Arab sebagai prasyarat bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam.

Walaupun terdapat hubungan yang rapat di antara penguasaan bahasa Arab dengan guru Pendidikan Islam, namun, sejauh manakah guru-guru opsyen Pendidikan Islam benar-benar menguasai bahasa Arab. Selain itu apakah cabaran-cabaran yang mereka hadapi di dalam

(2)

58

pengajaran bahasa Arab. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan guru Pendidikan Islam dan cabaran yang mereka hadapi untuk menguasai bahasa Arab serta kesediaan mereka di dalam pengajaran bahasa tersebut. Kajian ini telah membahagikan kepada tiga perkara yang berikut :

OBJEKTIF KAJIAN

1. Meninjau tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan guru Pendidikan Islam. 2. Mengenalpasti cabaran guru-guru Pendidikan Islam untuk menguasai bahasa Arab. 3. Mengetahui tentang kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran subjek

bahasa Arab. PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan guru Pendidikan Islam? 2. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam untuk menguasai

bahasa Arab?

3. Apakah guru Pendidkan Islam bersedia mengajar subjek bahasa Arab sedangkan mereka tidak mempunyai opsyen bahasa tersebut?

KEPENTINGAN PENGUASAAN BAHASA ARAB TERHADAP GURU PENDIDIKAN ISLAM

Bagi menyahut cabaran semasa, Rosni Samah (2009) dalam kenyataannya menegaskan bahawa sistem Pendidikan Islam perlu turut berubah kepada sistem sekolah yang memberi ruang yang luas kepada bahasa Arab. Pelaksanaan pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah adalah berdasarkan kepada keperluan semasa iaitu bagi membina hala tuju pendidikan yang dapat menyesuaikan dengan keperluan di maktab, kolej mahupun universiti. Di peringkat ini bahasa Arab ditawarkan sebagai bahasa untuk berkomunikasi. Hasrat universiti akan tercapai dengan adanya calon yang memasuki memenuhi syarat keperluan universiti. Oleh yang demikian, keperluan tersebut hendaklah dibina di peringkat sekolah lagi kerana ia mempunyai hubung kait di peringkat universiti.

Bagi memenuhi keperluan semasa dan mencapai hasrat memperkasakan sistem Pendidikan Islam, pihak pentadbir di peringkat sekolah hendaklah melihat semula hala tuju dalam usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penguasaan bahasa Arab yang baik dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Hasil usaha gabungan di antara pihak pengurusan sekolah dan guru Pendidikan Islam akan dapat mewujudkan sistem Pendidikan Islam yang berkesan dan melahirkan guru yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Oleh itu, untuk memastikan objektif pendidikan betul-betul tercapai, guru perlu mempunyai motivasi, strategi dan daya saing yang tinggi. Guru juga perlu berkompetensi tinggi. Pengurusan pula perlu kepada kreatif dan inovasi. Kemudahan prasarana yang kondusif perlu bagi menjamin kelancaran proses PdP. Di samping itu, aktiviti kokurikulum perlu bagi membina sahsiah dan jati diri guru Pendidikan Islam terutama dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Arab. Hasil daripada gabungan keperluan di atas, tidak mustahil dapat melahirkan guru Pendidikan Islam yang memenuhi kemahiran yang dibincangkan dan dapat berinteraksi di peringkat kebangsaan

(3)

59

dan antarabangsa khususnya mempunyai keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik.

CABARAN UNTUK MENGUASAI BAHASA ARAB

Menurut Baharuddin & Shahman (2012), kebanyakan institusi agama di Malaysia hari ini menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama dan bahasa pengantar di dalam kitaran hidup harian guru dan pelajar di sekolah. Namun, walaupun penggunaan bahasa ini diberi penekanan dan merupakan bahasa utama dan bahasa pengantar, prestasi pelajar dalam penguasaan bahasa Arab didapati semakin merosot (Mohd Zaini bin Sejo:2012). Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan antaranya oleh Abdul Aziz Musa (1998), Che Kamaruddin Kamel Che Muhammad (1999) dan Abdul Ghani Md Hassan (1999), antara dapatan mereka bahawa pelajar yang mempunyai masalah lemah dalam penguasaan bahasa Arab didapati sangat lemah dalam pengetahuan asas bahasa.

Tidak dinafikan mempelajari sesuatu bahasa asing mempunyai kesukaran dan kesulitan dalam proses pembelajarannya (Baharuddin & Shahman : 2012) kerana ia bukan bahasa bagi penutur jati. Beberapa tinjauan yang dibuat dalam pencapaian pelajar dalam kemahiran bahasa Arab (Ishak : 1992) telah menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pelajarannya di sekolah menengah mempunyai pencapaian yang rendah dalam kemahiran-kemahiran bahasa manakala menurut Nik Mohd Rahimi (1999) mendapati tahap kemahiran bertutur bahasa Arab yang dicapai oleh responden kajiannya berada pada tahap sederhana.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan tersebut menunjukkan kebanyakan pelajar menghadapi cabaran untuk menguasai bahasa Arab dengan baik. Antara sebab yang dapat dikenalpasti adalah kekeliruan di dalam memahami membina struktur ayat di dalam bahasa Arab di samping faktor-faktor yang lain. Apabila kelemahan seperti ini timbul, maka penguasaan tidak mungkin tercapai sepenuhnya (Baharuddin & Shahman : 2012).

Penguasaan bahasa Arab yang baik dapat diatasi sekiranya tugas di dalam pengajaran bahasa Arab bukan sahaja dipikul oleh guru opsyen bahasa Arab malah turut dimainkan oleh guru Pendidikan Islam. Sepertimana yang dinyatakan oleh Rosni Samah (2009), penguasaan ilmu bahasa Arab yang baik penting untuk mendalami ilmu-ilmu Islam. Tanpa bahasa Arab yang baik ulama-ulama tidak akan dapat memahami ilmu Islam secara mendalam. Dengan adanya penguasaan ilmu bahasa Arab yang baik juga, ulama-ulama (guru Pendidikan Islam) dapat pula menyampaikan ilmu-ilmu Islam dengan lebih berkesan.

KAEDAH KAJIAN DAN METODOLOGI

Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan kualitatif digunakan kerana kajian ini bertujuan untuk memahami secara mendalam tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan guru Pendidikan Islam di samping meninjau cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk menguasai bahasa Arab dan mengetahui kesediaan mereka dalam pengajaran subjek bahasa Arab.

Teknik pengumpulan data ialah menggunakan teknik temu bual separa berstruktur sebagai teknik utama. Peserta terdiri daripada guru-guru pelatih Diploma Perguruan Pendidikan Islam (separuh masa) yang sedang menjalani kursus Asas Pengajaran Bahasa Arab dalam semester 3, di KUIS. Mereka terdiri daripada guru-guru di Sekolah Rendah Agama di bawah pentadbiran Jabatan

(4)

60

Agama Islam Selangor (JAIS). Kriteria peserta kajian ialah meliputi guru Pendidikan Islam yang telah berkhidmat melebihi lima tahun di SRA JAIS agar pengalaman yang diperolehi mencukupi bagi menjawab persoalan kajian dan bersedia berkongsi pengalaman.

Seramai 9 orang guru Pendidikan Islam yang terlibat dalam kajian ini iaitu yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Proses prosedur analisis data dimulakan dengan proses coding untuk membentuk tema dapatan daripada responden. Seterusnya dinilai frekunsi setiap tema yang diperolehi untuk menentukan kedudukan setiap cabaran yang dihadapi oleh responden di dalam mengajar subjek Bahasa Arab.

DAPATAN KAJIAN

Seperti yang dinyatakan di atas, dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan melalui kaedah temubual secara separa berstruktur terhadap 9 orang guru pelatih Pendidikan Islam yang sedang mengikuti kursus Asas Pengajaran Bahasa Arab dalam semester 3 di KUIS. Mereka terdiri daripada sebahagian guru Pendidikan Islam yang bersedia untuk ditemubual. Jadual 1 di bawah menunjukkan profil peserta-peserta yang terlibat.

Jadual 1 : Profil Guru Pelatih Pendidikan Islam (separuh masa) dalam semester 3 di KUIS

Bil. Nama Jantina Pengalaman Jawatan (bukan nama sebenar) Bekerja (Tahun)

1. Saad Lelaki 10 GPK 1

2. Yusuf Lelaki 6 Guru Pend. Islam 3. Salmah Perempuan 5 Guru Pend. Islam 4. Yasmin Perempuan 5 Guru Pend. Islam 5. Mona Perempuan 7 Guru Pend. Islam 6. Siti Perempuan 6 Guru Pend. Islam 7. Munirah Perempuan 6 Guru Pend. Islam 8. Shahirah Perempuan 8 Guru Pend. Islam 9. Puteri Perempuan 8 Guru Pend. Islam

Terdapat 2 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan. Pengalaman mereka dalam pengajaran Pendidikan Islam di antara 5-10 tahun di Sekolah Rendah Agama JAIS.

ANALISIS DATA

1. Tahap Penguasaan Bahasa Arab

Berdasarkan hasil temubual bersama peserta, didapati kesemua peserta berpendapat bahawa mereka menghadapi kesukaran dalam menguasai bahasa Arab. Bahasa tersebut didapati amat susah untuk dipelajari dan difahami terutama terhadap ilmu Nahw dan pembinaan struktur ayat. Disebabkan kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam ini dalam memahami dan mempelajari bahasa tersebut telah menyebabkan tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Arab juga agak lemah seperti yang dinyatakan oleh salah seorang peserta, “bahasa Arab memerlukan

(5)

61

kefahaman yang tinggi untuk memahami maksudnya kerana jika salah menyebut sesuatu perkataan atau baris akan memberi maksud yang lain” [Saad]. Seorang lagi peserta turut menyatakan bahawa beliau merasa sangat susah untuk memahami bahasa Arab dengan baik kerana sering lupa makna perkataan yang dihafal [Munirah].

Walaupun demikian, peserta menyatakan mereka minat terhadap bahasa Arab kerana ia merupakan bahasa al Quran. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa walaupun bahasa Arab dikatakan sukar dipelajari dan difahami namun, kajian ini telah menunjukkan satu dapatan yang memberangsangkan kerana ia boleh dijadikan sandaran kuat untuk menegaskan bahawa bahasa Arab boleh dipelajari dan difahami oleh guru Pendidikan Islam dengan baik walaupun mereka tidak mempunyai opsyen dalam bahasa ini kerana mereka meminatinya.

2. Cabaran-cabaran Terhadap Penguasaan Bahasa Arab

Terdapat enam tema dapatan kajian yang telah dihasilkan mengenai cabaran guru Pendidikan Islam dalam penguasaan bahasa Arab. Tema-tema yang telah ditetapkan telah dinilai dengan menggunakan frekunsi untuk menentukan kedudukan setiap cabaran yang dihadapi oleh peserta.

2.1 Penguasaan yang Rendah Terhadap Kosa Kata Bahasa Arab.

Majoriti peserta menyatakan bahawa mereka mempunyai tahap penguasaan kosa kata bahasa Arab yang rendah. Kekurangan kosa kata ini telah menimbulkan kesukaran bagi mereka untuk menguasai dan memahaminya dengan baik. Kenyataan ini selari dengan hasil temubual di dalam bahasa Arab bersama peserta di mana terdapat sejumlah kesalahan yang ditemui. Kesalahan-kesalahan ini berpunca dari lemahnya peserta dalam kosa kata bahasa Arab tersebut. Di antara contoh-contoh kosa kata yang mempunyai kesilapan, “Umruka Sittah wa ‘Isyrun” [Yusuf] ketika ditanya : “Kam umruka?”, “Taskunina fi Gombak” [Mona] ketika ditanya : “Aina taskunina?”, “Fa’ala, fa’alaa, fa’aluu, fa’alat, fa’alatuma, fa’altum, …….. fa’altunna, ….. fa’altu, fa’alnaa” [Siti] ketika diminta menyebut tasrif fi’l al Madhi.

2.2 Penguasaan Yang Rendah Terhadap Kemahiran-kemahiran Bahasa Arab.

Kesemua peserta juga menyatakan mereka mempunyai tahap penguasaan yang rendah terhadap kemahiran-kemahiran bahasa Arab seperti kemahiran mendengar, komunikasi, membaca dan menulis dalam bahasa Arab. Dalam kemahiran mendengar peserta mempunyai masalah untuk memahami maksud dan struktur ayat yang diutarakan atau yang didengar samada secara langsung mahupun tidak langsung, “saya tak faham langsung apa yang ustazah soal” [Puteri] dan “ustazah boleh tak soal kami dalam bahasa Melayu?” [Yasmin]. Bagi kemahiran komunikasi peserta berpendapat mereka amat jarang menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan ataupun dengan pelajar mereka di sekolah. Keadaan sekeliling juga tidak membantu mereka untuk bertutur di dalam bahasa Arab, “kami tak pernah langsung cakap bahasa Arab sesama kami” [Saad & Yusuf]. Manakala kemahiran membaca pula responden hanya dapat memahami maksud kosa kata dan struktur ayat dengan merujuk kepada kamus sebagai alat bantu, “itupun kadang-kadang tak tahu macamana nak cari perkataan asal bagi perkataan yang dicari” [Salmah]. Kemahiran menulis juga sukar bagi responden kerana mereka tidak menguasai ilmu Nahw dengan baik dan lemah dalam menguasai konsep pembentukan dan penstrukturan ayat bahasa Arab di samping gangguan dan pengaruh dari bahasa ibunda mereka,

(6)

62

“masalah utama saya ketika menulis ialah saya menterjemahkan semula bahasa Melayu kepada bahasa Arab satu persatu” [Puteri], “saya tidak pasti penggunaan mufrad dan jama’ jika menggunakan ayat yang dimulakan dengan jumlah ismiyyah” [Shahirah].

2.3 Tiada Keyakinan Diri Untuk Mengajar Subjek Bahasa Arab.

Seramai 6 orang peserta yang menyatakan mereka tidak mempunyai keyakinan diri jika diberi peluang untuk mengajar subjek bahasa Arab. Situasi ini timbul adalah disebabkan faktor-faktor kesukaran dalam memahami dan mempelajari bahasa Arab serta mempunyai tahap penguasaan yang rendah terhadap kosa kata dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan bahasa tersebut, “bagaimana saya hendak mengajar bahasa Arab sedangkan saya sendiri tak menguasai bahasa tu” [Mona]. Malah, tambah beliau lagi “kalau saya diberi peluang untuk mengajar subjek bahasa Arab di sekolah, saya akan berfikir sepuluh kali”. Namun, terdapat 3 peserta yang menyatakan kesediaan mereka untuk mengajar subjek bahasa Arab jika diberi peluang mengajar subjek tersebut.

2.4 Tidak Mampu Untuk Berusaha Secara Bersendirian Bagi Menguasai Bahasa Arab. Seramai 5 orang peserta daripada 9 peserta yang merasakan mereka tidak berpeluang untuk berusaha memperbaiki kelemahan mereka terhadap penguasaan bahasa Arab kerana terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti tiada kesesuaian masa untuk menghadiri kelas-kelas intensif bahasa Arab, “surau dekat rumah saya ada menganjurkan kelas bahasa Arab pada setiap hari Khamis pada waktu selepas Maghrib, tapi saya tidak berkesempatan lagi nak join” [Puteri], kekurangan bahan bacaan dan rujukan di dalam bahasa Arab, “di sekolah kami kurang buku-buku dalam bahasa Arab” [Yusuf, Salmah & Siti]. Masalah mempunyai anak atau ahli keluarga yang ramai juga dijadikan alasan oleh peserta-peserta ini “saya tak sempat untuk rujuk buku-buku bahasa Arab sebab terpaksa uruskan anak-anak saya yang ramai dan masih kecil” [Munirah]. Sebaliknya, terdapat 2 peserta yang sedia berusaha menguasai dan meningkatkan keupayaan mereka dalam mempelajari bahasa Arab dan bersedia mengajar bahasa Arab. Kenyataan ini disokong oleh 2 lagi peserta yang lain.

2.5 Iklim Sekolah Yang Tidak Membantu.

Sebahagian peserta iaitu seramai 4 orang menyatakan faktor iklim sekolah yang tidak membantu mereka untuk menguasai bahasa Arab. Mereka tidak pernah diberi peluang untuk mengajar subjek bahasa Arab di sekolah, “walaupun saya sudah hampir lapan tahun mengajar di sekolah dalam bidang Pendidikan Islam, saya tak pernah disuruh oleh pihak pengurusan untuk mengajar subjek bahasa Arab” [Shahirah & Puteri]. Di samping itu, tidak terdapat budaya bersaing dalam meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan guru, “prestasi kami semua hampir sama saja kerana masing-masing memegang subjek yang sama dari awal kerjaya hinggalah sekarang” [Yasmin].

2.6 Guru Merasakan Bahawa Mereka Telah Berada Dalam Zon Selesa.

Walaupun seramai 2 orang peserta sahaja yang mengaku mereka merasakan bahawa mereka telah berada dalam zon selesa dan tidak mahu mencuba menceburi bidang pengajaran bahasa Arab, jawapan ini boleh memberi kesan negatif kepada guru Pendidikan Islam yang lain, “saya

(7)

63

rasa saya dah selesa mengajar subjek Pendidikan Islam sebab kalau diminta mengajar subjek bahasa Arab, saya perlu hadir pelbagai kursus pulak nanti” [Saad]. Tambahnya lagi “lagipun memegang jawatan sebagai GPK 1 ni banyak kerja dan mesyuarat sana sini”.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Bahagian ini adalah berkaitan dengan pandangan-pandangan yang telah dilontarkan oleh para peserta kajian mengenai tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Arab, cabaran-cabaran yang mereka hadapi dalam menguasai bahasa Arab dan kesediaan peserta dalam pengajaran subjek bahasa Arab. Keputusan kajian juga telah memberi satu gambaran yang jelas mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam yang perlu mengajar subjek bahasa Arab sedangkan mereka tidak mempunyai opsyen berkenaan. Hasil perbincangan adalah seperti berikut :

1. Mengatasi Masalah Sukar Memahami dan Mempelajari Bahasa Arab

Hasil kajian mendapati bahasa Arab merupakan bahasa yang sukar dipelajari dan difahami oleh kebanyakan guru Pendidikan Islam yang merupakan bukan opsyen mereka. Walaupun begitu, jika guru tersebut berusaha dan mengubah sikap daripada mempunyai persepsi yang sedemikian, kita akan mendapat guru yang sanggup berusaha dan memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja mereka (Lim Bee Lan & June M.L. Poon :1997). Manakala Rosni Samah (2009) turut menegaskan bahawa bahasa Arab telah diajar sebagai bahasa utama untuk memahami ilmu-ilmu Islam dan juga memahami buku-buku rujukan Islam. Tanpa bahasa Arab yang baik ulama (guru Pendidikan Islam) tidak akan dapat memahami al Quran, Hadis dan ilmu-ilmu Islam yang lain dengan lebih berkesan. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya guru-guru Pendidikan Islam mengorak langkah dengan cuba mempelajari dan mendalami bahasa Arab. Kenyataan bahawa bahasa Arab adalah suatu bahasa yang sukar dipelajari dan difahami perlu disingkirkan dari dalam minda mereka. Dengan memiliki ilmu bahasa Arab sudah pasti guru Pendidikan Islam dapat mengangkat martabat profesion mereka sebagai seorang guru agama yang mempunyai kekuatan ilmu khusus dan am serta menyambung semula kegemilangan guru Pendidikan Islam yang terdahulu.

2. Menambah Kosa Kata Dan Meningkatkan Kemahiran-kemahiran Bahasa Arab

Tahap penguasaan yang rendah terhadap kosa kata bahasa Arab serta kemahiran-kemahiran bahasa yang menjadi cabaran utama guru Pendidikan Islam pula dapat diatasi sekiranya guru mempunyai minat dan iltizam yang tinggi dan mantap untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Dengan sifat ini, guru-guru tanpa dipaksa akan terus belajar, mencari, menerokai, mendalami dan mengajar ilmu dengan lebih berkesan (IKIM : t.t). Di samping itu, dengan adanya usaha yang berterusan segala kelemahan yang dialami tersebut dapat diatasi dan dapatlah guru membina keyakinan diri dalam pengajaran bahasa Arab. Sememangnya, kosa kata merupakan aset penting dalam mempelajari bahasa asing seperti bahasa Arab. Bahasa yang baik bergantung kepada penguasaan kosa kata yang baik. Mengikut pendapat Rosni Samah (2009), proses pembelajaran bahasa Arab pada hari ini kurang berjaya disebabkan kurang menguasai

(8)

64

kosa kata. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab dengan baik, pendedahan kosa kata hendaklah diutamakan.

3. Memperolehi Keyakinan Diri

Di antara cara mengatasi masalah seorang guru yang tidak yakin terhadap kebolehan dirinya seperti yang dinyatakan oleh (Lim Bee Lan & June M.L. Poon : 1997) iaitu mereka harus didedahkan kepada individu yang berjaya (misalnya guru yang berprestasi cemerlang sebagai model. Ini berfungsi sebagai dorongan kepada guru itu untuk mencotohi model tersebut. Selain itu, guru tersebut harus dibantu dengan memberinya peluang melakukan tugas-tugas yang mirip kepada tugas yang dirasai bermasalah. Kejayaan yang diperoleh berkenaan akan membentuk keyakinan baru dalam sanubari guru tersebut sekaligus dapat membentuk tingkah laku yang lebih dinamik dalam diri guru tersebut untuk memburu tugas-tugas yang lebih mencabar. Demikian juga bagi seorang guru Pendidikan Islam, mereka hendaklah memperbaiki diri mereka terlebih dahulu dengan memiliki sekurang-kurangnya ilmu asas bahasa Arab yang bertujuan supaya guru tadi mempunyai keyakinan diri dan sekaligus dapat membantu guru tersebut berkemampuan untuk membaca dengan baik dan dapat mengelakkan kesalahan dalam membaca al Quran (Abdullah al-Amin Al- Na’miy :1994). Cara ini akan menambahkan lagi keyakinan guru walaupun subjek yang diajar adalah bukan merupakan opsyen mereka.

4. Mempunyai Usaha Yang Berterusan Untuk Berjaya

Adalah menjadi satu kesilapan bagi seorang guru jika tidak mahu berusaha untuk mencapai sesuatu ilmu sedangkan tugas seorang guru bukan sekadar mengajar malah belajar secara berterusan. Menurut Dr Isjoni (2005) belajar bagi guru adalah suatu kewajipan dan tidak pernah berhenti. Melalui pembelajaran guru akan lebih mengetahui dengan jelas tugas yang diamanahkan kepadanya kerana dengan ilmu yang terbatas tidak akan menjadikan guru tersebut maju dan cemerlang dalam profesionnya. Kenyataan ini turut disokong oleh Rahimah Hj Ahmad (2000) yang menegaskan bahawa pada zaman moden ini, guru juga adalah pelajar yang belajar sepanjang hayat. Guru adalah insan mulia, bersikap mulia dan mempunyai nilai contoh kerana guru di tempat kerja, malah di kalangan masyarakat adalah manusia contoh. Seharusnya mereka menjadi golongan insan moden, berkebolehan, berdaya maju, berdaya saing, berinovasi dan mampu menguasai teknologi maklumat (IT) serta sentiasa meningkatkan diri sejajar dengan perkembangan masa dan tuntutan ke atas pendidikan dan sekolah. Menurut beliau lagi cabaran bagi guru adalah banyak kerana masih ramai antara guru dan masyarakat beroperasi dalam paradigm lama, dengan andaian dan kepercayaan lama terhadap apakah itu guru dan apakah yang diharapkan daripada pihak sekolah. Oleh itu, hasil kajian ini perlu diketengahkan kepada pihak yang berwajib agar guru Pendidikan Islam tersebut sentiasa dipantau agar tidak menjadikan keperluan belajar dan menguasai bahasa Arab sesuatu yang tidak penting bagi mereka.

(9)

65

Hasil kajian yang seterusnya menunjukkan terdapat faktor iklim sekolah yang tidak membantu guru Pendidikan Islam tersebut dalam menceburi bidang pengajaran bahasa Arab. Faktor iklim sekolah merupakan satu faktor yang turut membantu mewujudkan guru Pendidikan Islam yang akan sentiasa berusaha ke arah menambahkan kemajuan diri termasuklah dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah mereka. Mereka harus diberi peluang untuk menceburi bidang pengajaran ini memandangkan kebanyakan guru Pendidikan Islam ini telah berkhidmat di sekolah hampir melebihi 5-10 tahun. Mengikut pandangan Rosnani (1998), pihak pengurusan sekolah hendaklah berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan dan bermotivasi supaya warga sekolah merasa sentiasa ingin berbakti dan berusaha untuk maju dalam pelajaran dan kerjaya berdasarkan dorongan yang lebih tinggi, iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T. dan bukan sekadar untuk menggembirakan atau menjaga nama baik dan prestasi sekolah. Ibrahim (1993:78) juga menegaskan bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Sekiranya iklim baik, guru akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik. Oleh itu, pentadbir sekolah harus sentiasa memberi guru galakan yang membina terhadap segala usaha yang dijalankan oleh guru mereka. Malahan pentadbir dan pihak sekolah mesti sentiasa mewujudkan suasana yang menyeronokkan guru kerana menurut Bandura (1986), dorongan secara lisan dan keadaan emosi yang positif dapat meningkatkan tahap keyakinan diri guru.

6. Mengelakkan Diri Daripada Berada Di Situasi Zon Selesa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (The Malaysian Insider : Mei 2013) menegaskan generasi muda tidak seharusnya berada dalam 'zon selesa' sebaliknya perlu mencabar diri masing-masing untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, "Saya berharap lebih ramai orang muda merasakan diri mereka tercabar untuk melakukan sesuatu di luar daripada biasa," katanya dalam ucapannya sewaktu menyambut kepulangan juruterbang termuda negara Kapten James Anthony Tan, 21, yang pulang selepas mengelilingi dunia di Lapangan Terbang TUDM Subang di sini.

Dalam konteks guru , istilah “zon selesa” iaitu guru kini hanya memahirkan diri dengan matapelajaran yang diajar, semakin selesa kerana semakin mahir dari tahun ke tahun, kursus sana sini, dan akhirnya masa yang selebihnya dihabiskan dengan bersembang isu fesyen, masakan, anak-anak, pengasuh, suami, kuih raya dan sebagainya yang membuatkan hilangnya kredibiliti seorang guru (Umairahqist :2013). Situasi seperti inilah merupakan penyebab utama kebanyakan guru bersikap acuh tidak acuh dalam dunia pendidikan mereka. Gejala seperti ini jika tidak dibendung akan memberi kesan negatif kepada generasi guru akan datang. Di sinilah pentingnya guru meningkatkan potensi diri, intelektual diri dan keluar dari zon selesa seperti membaca bahan-bahan ilmiah, mengetahui hal-hal dunia, menceburkan diri kepada persatuan-persatuan NGO atau menyambung pelajaran sehingga mereka mencapai tahap Phd. Dengan cara ini akan dapat meningkatkan lagi taraf profesionalisme perguruan mereka terutama guru yang menceburi bidang agama.

RUMUSAN

Kajian ini memfokuskan kepada dua bahagian: tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan guru Pendidikan Islam dan keduanya mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dan kesediaan mereka untuk mengajar subjek bahasa Arab. Dapatan kajian

(10)

66

untuk bahagian yang pertama menunjukkan guru mempunyai minat terhadap bahasa Arab. Walau bagaimana pun, guru merasakan bahasa Arab sukar dipelajari dan difahami. Oleh itu, bagi meningkatkan tahap bahasa Arab yang tinggi dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam adalah dengan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang ditimbulkan. Manakala bagi bahagian kedua iaitu guru Pendidikan Islam menghadapi pelbagai cabaran dalam pengajaran bahasa Arab, guru Pendidikan Islam sendiri mahupun pihak tertentu seperti pentadbir sekolah perlu mengatasi cabaran-cabaran tersebut supaya keupayaan menguasai bahasa Arab dalam kalangan guru Pendidikan Islam dapat diperkasakan bagi melahirkan generasi guru Pendidikan Islam yang berwibawa yang dapat berinteraksi dalam arus perdana pendidikan dan pasaran kerja. Seperti menurut Wan Zah Wan Ali (1998), konsep menyemai semangat kerjasama serta menghargai pengalaman dan pengetahuan orang lain meletakkan manusia sebagai insan yang aktif dan sentiasa dahagakan pengetahuan, bukan insan yang pasif dan sentiasa mengharapkan sesuatu dari luar untuk mengisi kekosongan itu.

RUJUKAN

Abdullah Al Amin Al Na’miy. 1994. Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun Dan Al Qabisi. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ab. Halim Mohamad. 2009. Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia, Journal of Islamic and Arabic Education. Baharuddin, Shahman. 2012. Analisis Kontrastif Struktur Asas Ayat Bahasa Arab dan Melayu.

Masters Thesis, Universiti Malaya.

H. Isjoni, M.Si. 2005. Citra Guru Antara Tuntutan Dan Pengabdian. Unri Press, Riau, Jakarta. Lim Bee Lan & June M.L. Poon. 1997. Kesan Efikasi Diri Terhadap Komitmen, Daya Usaha,

Dan Prestasi Kerja Di Kalangan Guru Sekolah. Jurnal pendidikan Jilid 18, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Mohd Zaini Bin Sejo. 2012. Penekanan Ilmu Morfologi Dalam Buku Teks Bahasa Arab Kurikulum Baru Sekolah Menengah. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012, Fakulti Bahasa Dan Linguistik, UM Kuala Lumpur. Rahimah Hj Ahmad. 2000. Guru Dan Sekolah Pada Milenium Baru, Masalah Pendidikan Jilid

23, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Rosnani Hashim. 1998. Pengurusan Pendidikan Untuk Sekolah Daripada Perspektif Islam. Prosiding Seminar Pendidikan Guru Untuk Sekoalah Berkesan 62-63.

Rosni Samah. 2007. Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-Sekolah Agama. Prosiding Seminar Penyelidikan Dalam Pengajian Islam Ke 4 2007, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.

Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia. USIM, Bandar Baru Nilai. Wan Zah Wan Ali. 1998. Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran Di Abad Ke 21 : Satu

Perbincangan. Masalah pendidikan Jilid 21, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri et.al. 2011. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil analisisyang didapatkan dari siswa kelas eksperimen dalam pembelajaran dengan strategi PDEODE pada materi organisasi kehidupan diketahui setiap

Gambar 2 tersebut memperlihatkan bahwa implementasi pelatihan tentang pembelajaran berbasis kecer dasan jamak telah dapat meningkatkan pemahaman guru tentang proses

Dari beberapa pembahasan tersebut dapat ditarik benang merah sebagai inti pembahasan bahwa nilai-Nilai Pendidikan karakter dalam Tradisi Masyarakat Bugis Bone tercermin

karena menurut penulis permohonan ijin dispensasi tidak relefansi dengan undang-undang perlindungan anak pasal 26 ayat 1 huruf c, bahwa orang tua berkewajiban

terdiri dari 4 aksesi yang mengelompok pada koefesien 99% yaitu 16/KBM, 16/MLGTPG5, 16/KDR1 dan 16/MLGJKT1 dengan kesamaan karakter yang didapatkan yaitu letak tangkai

Metode Penetapan Kalender Hijriah Pada Majelis Tarjih Muhammadiyah Dan Bahsul Masail Nahdlatul Ulama. Tesis Program Pascasarjana IAIN Sumatera Utara, 2013. Kalender Hijriah

Rotifera memegang peranan penting dalam rantai makanan pada ekosistem perairan tawar di satu pihak memakan serpihan-serpihan organik dan ganggang bersel satu, di lain pihak

Nilai tumpang tindih relung makanan jika diolah menjadi dendrogram maka dapat terlihat bahwa antar kelompok ukuran baik pada ikan jantan maupun betina mengalami