• Tidak ada hasil yang ditemukan

ilmu pendidi kan integrasi nasional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ilmu pendidi kan integrasi nasional"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 - PENGENALAN

Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat sehinggalah dapat melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi kehidupan dan cabaran yang sebenar. Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini, sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan kesepaduan yang ada dalam diri masyarakat tersebut.

Sistem pendidikan merupakan medium yang terbaik untuk digunakan bagi merealisasikan impian ini. Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan asas transisi kepada penghasilan modal insan untuk memacu ke arah pembinaan negara. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara yang diimpikan tidak akan tercapai dengan jayanya. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, pendidikan merupakan satu pendekatan yang terbaik bagi memastikan perencanaan konsep negara bangsa itu menjadi satu kenyataan. Dalam hal ini, negara memerlukan pendidik yang seimbang dari setiap aspek seperti jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

Seperti yang kita maklum, negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada komuniti yang berbeza adat dan bangsa. Bukan mudah untuk menjadikan negara berbilang bangsa ini mempunyai kesatuan yang utuh dalam membangunkan minda pasca merdeka. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan satu mekanisme yang memperkuatkan hubungan ini dengan memperkenalkan Integrasi Nasional.

(2)

Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-2010) yang bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020

2.0 – KEPENTINGAN INTEGRASI NASIONAL .

2.1 – MEMUPUK DAN MEMPERTINGKATKAN PERPADUAN MASYARAKAT

Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu proses dinamik di mana rakyat daripada pelbagai kaum dan etnik yang berbeza sosio-budaya, agama, adat resam, wilayah dapat hidup dalam suasana aman damai yang berteraskan kepada persefahaman, penghayatan kepada Perlembagaan serta menjadikan Rukun Negara sebagai teras budaya dan gaya hidup. Ia juga satu proses untuk mengukuhkan jalinan inter dan intra kaum dan etnik di negara ini. Mengapakah integrasi nasional amat penting dalam perpaduan? Hal ini kerana, definisi integrasi itu sendiri yang membawa maksud kesatuan dan penggabungan.

Maka sesebuah negara perlu untuk mempunyai satu hadaf mahupun tujuan yang satu ke arah melestarikan hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Bidayuh mahupun Bajau. Melalui cara seperti mengadakan rumah terbuka setiap perayaan yang disambut di Malaysia sebenarnya adalah salah satu kunci perpaduan. Daripada amalan ziarah – menziarahi, masyarakat dapat mengetahui adat resam sesuatu masyarakat dan cara pemikiran di samping mengeratkan hubungan ukhuwwah sesama bangsa. Jika kita mengabaikan perpaduan terutama di negara yang berbilang agama dan bangsa, justeru peristiwa berdarah 13 Mei 1969 pasti akan berulang kembali.

(3)

pada ketika itu perhubungan antara kaum umpama api dalam sekam; sedikit pergeseran mampu mencetuskan pertelingkahan besar. Apabila satu kaum menyinggung kaum yang lain, maka terccetuslah pertelingkahan besar seperti peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur. Tarikh di mana mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila timbul perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya. Setelah peristiwa 13 Mei ,telah tamatnya proses perpaduan negara atas prinsip asimilasi dan proses membina negara yang bersatu padu dilaksanakan atas prinsip integrasi nasional. Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah belajar mengambil ibrah dan pengajaran daripada sejarah-sejarah silam.

2.2 – MEMELIHARA SOSIOEKONOMI NEGARA

Perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik diberi kebebasan untuk menceburi bidang ekonomi kerana mereka adalah rakyat Malaysia. Maka, mengapa harus disekat kebebasan menjalankan ekonomi seperti mana yang pernah dilakukan oleh penjajah British sebelum era kemerdekaan dengan menetapkan status dan peranan sosioekonomi yang berlainan bagi kaum Melayu, India dan Cina.

Contohnya golongan bangsawan Melayu diberikan jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam perkhidmatan awam sementara orang Melayu kebanyakkannya digalakkan terus menetap di kawasan luar bandar. Orang cina dikawasan lombong dan di bandar manakala orang India mengusahakan lading-ladang getah. Impaknya, komunikasi proses interaksi menjadi terhad pada zaman itu serta mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang di antara kaum. Tidak dapat dinafikan suasana sosioekonomi ini telah mengancam proses pembinaan perpaduan negara kerana menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum.

(4)

perkembangan ekonomi. Sebagai bukti, Felda Global Ventures Holding (FGV) adalah syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan, manakala IHH Healthcare Bhd.(IHH) pula pengendali hospital terbesar di Asia. Antara salah satu faktor kejayaan ekonomi negara itu juga adalah hasil daripada kesungguhan rakyat Malaysia yang terdiri daripada usahawan, graduan sehingga pekerja dalam industri-industri utama atas sumbangan mereka serta pengawasan ekonomi yang mantap oleh pihak kerajaan, khususnya melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

2.3 – MENJAGA KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN NEGARA

Kehidupan masyarakat di Malaysia disinonimkan dengan peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum, namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Perpaduan integrasi nasional merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa integrasi , tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati. Kepentingan integrasi dapat menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum merdeka, pelbagai ranjau berduri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil integrasi perpaduan, Tanah Melayu ketika itu sama-sama berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

(5)

2.4 – MEREALISASIKAN WAWASAN 2020

Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara

maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan hala tuju untuk

mencapai status negara maju. Berakar umbikan semangat perpaduan, konsep negara

bangsa cuba direalisasikan melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia berstatus negara maju pada tahun 2020. Hal ini merujuk kepada buah fikiran yang diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pembentangan kertas kerja beliau yang bertajuk, Malaysia: Melangkah ke Hadapan, pada 28 Febuari 1991. Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, masyarakat harus sedar bahawa perpaduan adalah teras utama yang menunjangi konsep ini.

Oleh sebab itu, pelbagai aspek perlu diberikan penekanan khususnya yang berkaitan dengan semangat perpaduan kerana tanpa kesepakatan dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat, sudah pasti hasrat mencapai taraf negara maju menemui jalan buntu. Sekiranya komuniti hari ini mampu bersatu hati dalam semua perkara, maka usaha untuk memajukan negara menjadi semakin mudah. Hal ini demikian kerana kekuatan sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada struktur pentadbirannya semata-mata tetapi ia turut dinilai melalui kekuatan moral yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat yang mendiami di dalam sesebuah negara tersebut. Oleh hal yang demikian, masyarakat harus bersedia untuk berfikiran liberal dengan melihat setiap perangkaan yang dirancang oleh pihak kerajaan adalah demi kebaikan bersama.

(6)

2.5 – MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BUDAYA

Kepentingan integrasi nasional seterusnya adalah memelihara dan memulihara budaya yang mampu mewujudkan kesefahaman antara sesama kaum. Pengwujudan kesefahaman amat penting agar tidak berlaku sebarang perlekehan atau persendaan yang akhirnya diakhiri dengan persengketaan dan perpecahan kaum. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya kita benar-benar memahami budaya mereka. Antara cara untuk mengenali adat budaya masyarakat adalah dengan bergaul dengan masyarakat berbilang kaum mahupun menghadiri ke majlis perayaan setiap etnik sebagai tanda menghormati dan meraikan perayaan mereka.

Hakikatnya Malaysia adalah tempat pelancongan yang paling digemari oleh para pelancong kerana mempunyai adat yang sangat unik dan mampu hidup sejahtera tanpa persengketaan. Tambahan pula, pengetahuan am masyarakat bertambah melalui pemerhatian serta dapat dipelihara adat dek dimamah usia. Semangat untuk mempertahankan budaya amat penting kerana budaya adalah aset yang tiada galang gantinya. Justeru bertepatan dengan pepatah Melayu, ‘ biar mati anak, jangan mati adat’, adat budaya melambangkan zaman kegemilangan dan warisan masyarakat tersebut yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang mereka.

3.0 – IMPLIKASI TERHADAP PERANAN GURU

3.1 – MEMPERTINGKATKAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada

seorang indidvidu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden

ini, adalah dipertangunggjawab untuk mmemberi pendidikan dan menghasilkan

perubahan ke atas kendiri muridnya. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan

syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Untuk memastikan kualiti guru dalam

pengajaran dan pembelajarannya, beberapa sifat dan kriteria guru harus dipenuhi iaitu

(7)

pengetahuannya. Guru akan selalu menambah, mempelajari dan menyesuaikan diri

yang sering berubah-ubah sama ada daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar.

Di samping itu, pengetahuan ikhtisas akan melangkapkan dirinya dengan

pelbagai ilmu pengetahuan seperti psikologi kanak-kanak. Guru yang melengkapkan

dirinya dengan keperluan ini adalah guru yang telah mencapai kualiti professional dalam

konteks pendidikan. Secara tidak langsung, pendidik seperti ini akan sentiasa peka

terhadap isu integrasi perpaduan dan berusaha untuk menerapkannya di dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran (PdP). Justeru, proses mengintegrasikan prinsip

kepercayaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar serta memupuk

nilai toleransi dan kerjasama dalam kalangan pelajar berlaku.

3.2 – PELAKSANAAN RIMUP DI SEKOLAH-SEKOLAH.

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah hasil ilham Perdana Menteri, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri, daerah dan sekolah.

(8)

Program RIMUP mempunyai tiga komponen utama iaitu akademik, kokurikulum dan sukan, serta e-integrasi dan akan dilaksanakan melalui kegiatan dalam enam bidang berikut. Antaranya adalah aktiviti kesukanan dan permainan serta aktiviti kokurikulum. 1 Murid 1 Sukan (1M1S) adalah salah satu program yang perlu dilaksanakan oleh para guru. Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

3.3 – MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN

Sejak mencapai kemerdekaan malah hatta sebelum merdeka lagi bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan sehari-hari antara kaum yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu. Lihat saja paparan watak seperti yang digambarkan oleh Seniman Agung P.Ramlee lewat filemnya. Watak Apek, Cheti begitu bersahaja menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja dalam bentuk bahasa pasar, malah juga dalam bahasa yang begitu baik semasa berbual. Inilah jati diri bagi negara ini dan yang perlu dipertahankan sejak dulu, kini dan selama-lamanya, bukannya mengambil satu bahasa dari negara lain untuk bersama-sama memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan apatah lagi jika untuk mengambil alih peranan bahasa Melayu tersebut sebagai bahasa ilmu di samping bahasa perpaduan. Berdasarkan sejarah negara ini, tidak ada bahasa lain yang lebih layak dan mampu menjadi bahasa perpaduan selain bahasa Melayu. Bahasa Melayu satu-satunya bahasa yang benar-benar “merakyat” dari Padang Besar di utara semenanjung ke Tanjung Piai di selatan Johor.

(9)

menggariskan tiga asas utama iaitu sistem persekolahan seragam, penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungannya dan bercorak kebangsaan. KPM telah berusaha Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Unsur-unsur dan nilai perpaduan dijadikan teras Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Pendidikan juga dapat memupuk integrasi nasional di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu perlu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan sahaja meletakkan taraf Bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara kaum di sekolah dengan penggunaan satu bahasa.

Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan murid mengikut bahasa pengantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan murid. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang seolah-olah sengaja diadakan. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum.

3.4 – GURU SEBAGAI AGEN PEMBAHARUAN DAN SOSIAL NEGARA

Menyedari betapa peri pentingnya integrasi nasional dalam negara ini, implikasi kepada pendidikan terutamanya para guru adalah sebagai agen pembaharuan dan sosial negara. Agen pembaharuan ialah indidvidu atau seseorang yang berperanan untuk mempengaruhi atau sasaran perubahan agar mereka mengambil keputusan sesuai dengan arah yang dikehendakinya. Ia merupakan penghubung antara sumber perubahan dengan sistem masyarakat yang menjadi target perubahannya.

(10)

Dalam hal ini guru wajib menunjukkan sahsiah yang baik kerana setiap inci gerak geri seorang guru pasti diteliti oleh anak murid. Jadi, guru hendaklah menunjukkan contoh teladan mahmudah kepada para pelajar memandangkan pemikiran dan pandangan mereka mempercayai guru lebih tinggi daripada ibu bapa. Oleh yang demikian, guru dilarang untuk mengambil peluang menyebarkan sebarang perkara yang salah dan bercanggah kepada murid-murid yang boleh membawa kepada perpecahan kesepaduan masyarakat.Kesimpulannya, guru adalah sebagai agen perubahan yang membentuk dan melahirkan generasi yang akan dating adalah bertanggungjawab merealisasikan cita-cita dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

3.5 – PERSAMAAN HAK DALAM PENDIDIKAN

Budaya yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat kita diberikan pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki ( 2010 ) ,budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran kearah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Kepelbagaian masyarakat ini memerlukan usaha berterusan untuk membentuk masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain. Dalam proses tersebut melibatkan budaya antara setiap kumpulan.

Pendidik ibarat sebagai seorang hakim ketika di dalam kelas dan sesi pengajaran pembelajaran berlangsung. Oleh itu, guru perlu memberi layanan yang sama rata kepada semua murid. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Justeru, sudah pasti di dalam kelas ada berbagai-bagai norma kumpulan, sama ada dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Melalui perkembangan ini, guru-guru perlu memahami perbezaan indiividu dalam pendidikan. Guru perlu memahami perbezaan secara individu dalam kelasnya. Ini dapat dikesan dengan memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid. Kemudian, barulah seorang guru itu dapat menentukan bagaimana bahan pengajaran dan pembelajaran itu.

(11)

4.0 - RUMUSAN DAN CADANGAN

Sesungguhnya isu-isu yang ditimbulkan itu seperti ketuanan Melayu, kontrak sosial, kesamarataan dan sebagainya amatlah besar, sensitif, rumit. Kerana menyedari bahawa ianya sensitif dan rumit maka semua pihak yang ingin membicarakannya hendaklah berhemah dan berhati-hati. Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Banyak cabaran- cabaran yang harus ditempuhi seperti cabaran mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum serta mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.

Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat malah menyihatkan.

Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui pengalaman sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya melalui sektor pendidikan impian untuk membentuk negara bangsa yang selama ini berteraskan kepada bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan. Sejarah dan pendidikan berupaya menjadi alat bagi mencapai matlamat tersebut seterusnya membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

(12)

dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan perlu melihat semula kepada pemahaman yang jitu dan tulen. Justeru, adalah wajar kita merenung kembali dan bersama – sama merencanakan pendidikan yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat. Oleh itu, pendidikan akan berbalik semula kepada seorang guru yang perlu menekankan unsur bersatu padu dalam segala kegiatan serta memastikan setiap kaum berinteraksi antara satu sama lain.

(13)

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan dan komitmen terhadap perkara lain. Terima kasih kepada pensyarah, Encik Ridzuan bin Ahmad kerana melalui tugasan ini, saya mendapat pengetahuan tentang isu integrasi nasional dan implikasi kepada peraanan guru sebagai pembina negara bangsa. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi ilmu dan meluangkan masa bersama dalam menyelesaikan masalah tugasan dengan perbincangan dan bertukar info. Jutaan terima kasih juga dedikasi khas buat kedua ibu bapa saya yang tidak jemu memberikan sokongan dan semangat dalam mengharungi cabaran di alam IPT ini.

Dalam menghasilkan tugasan , banyak ilmu pengetahuan tentang subjek Pengantar Pengajian Profesional (GPP 1063) yang dapat saya kumpulkan. Sebenarnya, sebagai bakal seorang murabbi, saya perlu memperluas bacaan-bacaan isu semasa dan menguasai semua bidang keilmuan mahupun ilmu ikhtisas. Hal ini kerana, guru adalah aset yang utama dalam pembentukan insan serta pewaris para nabi dan ulama. Guru pembina wasatiyyah ummah. Pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunah serta mengintegrasikan Tuhan di dalam pendidikan amat penting sebagai masdar kehidupan seseorang individu.

(14)

tidak perlu digembar gemburkan sudah pun diungkit. Sebelum pergi lebih jauh, adakah kita mahu integrasi kaum yang tulen sebagai insuran bagi Malaysia pada tahun 2020?

Selain itu, persoalan yang timbul hasil daripada kursus ini, mengapakah masih ada lagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan India. Mengapa masih ada lagi bangkangan daripada pihak lain? Jika begitu, sampai bilakah kita akan betul-betul menikmati integrasi nasional yang tulen? Justeru, masyarakat perlu segera menukar persepsi dan pandangan kearah bersatu hati dan bekerjasama. Mencapai kata sepakat amat diperlukan untuk menjamin sistem ekologi yang mapan seterusnya Gagasan Malaysia akan terus digenggam melalui kesepaduan rakyat.

Semangat perpaduan dan integrasi antara kaum amat penting diluntur pada usia muda seawal kanak-kanak. Ini bagi melahirkan satu suasana kesefahaman dan toleransi yang sebenar.Apabila nilai-nilai yang positif dibentuk pada usia ini,mereka akan dapat meneruskan kerana telah dilatih untuk menjadi warga yang memahami kepelbagaian kaum.Kanak-kanak adalah usia yang mudah dibentuk,mereka tidaka pandai untuk menipu dan kejujuran dalam hubungan antara kaum akan kelihatan dengan jelas.

(15)

BIBLIOGRAFI

RUJUKAN BUKU

Mok Soon Sang.(2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Nadzan Haron, Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayuddin, Zakiah Noordin.(2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon.(2010). Budaya dan Pembelajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon.(2013). Guru dan Cabaran Semasa.. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

RUJUKAN JURNAL

Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah,

Muhammad Sukri Saud.(2011, September). Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi [Abstract]. Journal of Edupres Volume 1, 350 – 356. Retrieved Mac 7, 2015 from http://eprints.utm.my/17084/1/JOE-1-2011-042.pdf

Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia : Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT 36 ,90 – 106. Retrieved Mac 5, 2015 from http://journalarticle.ukm.my/362/1/1.pdf

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia : Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari Bil 3, 61-84. Retrieved Mac 5, 2015 from

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Berger (Denmark, 1973), seseorang yang memiliki penerimaan diri adalah seseorang yang memiliki ciri sebagai berikut 1) bersandar pada nilai dan standar internal

Dipilih model studi kasus karena peneliti melakukan proses konseling kepada perempuan korban kekerasan, melalui proses konseling yang dilakukan kepada perempuan korban

Adapun langkah pengadopsian konsep pemberdayaan holistik dapat diterjemahkan dengan melakukan penguatan bagi setiap elemen terkait (buruh, serikat pekerja, pengusaha, pemerintah

Kesimpulan yang dapat diambil dari pelaksanaan kegiatan ini adalah adanya peralihan penggunaan alat penyelaman dari kompresor tambal ban menjadi penyelaman dengan menggunakan

Sumber data yang digunakan peneliti dalam penelitian mengenai pengaruh penerapan akuntansi sektor public dan pengawasan internal terhadap kinerja instansi pemerintah

Pada penelitian ini dilakukan ekstrak terhadap bahan alam kulit jeruk dan mangga sebagai penghambat laju korosi pada baja karbon API 5L Gr B dalam media air laut buatan.. Latar

Berdasarkan model estimasi fixed effect, diketahui bahwa variabel penanaman modal asing mempunyai pengaruh yang signifikan pada taraf 10 persen terhadap ketimpangan

Namun demikian, secara keseluruhan total bakteri dari awal hingga akhir penelitian dalam air pemeliharaan tertinggi pada perlakuan A1 (pemberian isolat BL542 ke dalam air