• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sistem Pendidikan Islam di Kelantan dan"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI KELANTAN

DAN PEMBINAAN JATI DIRI MUSLIMAH:

MAAHAD MUHAMMADI (P) KOTA BHARU

SEBAGAI CONTOH AMALAN TERBAIK

Nurhafilah Musa

Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

hafilah@ukm.edu.my

Asmak Husin

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UITM Shah Alam

fursansoleh@gmail.com

ABSTRAK

Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan keluarga, masyarakat dan negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, sudah tentu wanita Islam mempunyai peranan penting dalam pembinaan masyarakat. Wanita Islam perlu mempunyai jati diri yang teguh yang mampu mendepani pelbagai cabaran semasa dan memahami keperluan masa depan dalam mendidik generasi akan datang. Kelantan sebagai sebuah negeri yang terkedepan dari segi pendidikan Islam, mempunyai beberapa buah sekolah agama yang dikhususkan untuk pelajar perempuan. Mereka diberikan peluang yang sama dengan pelajar lelaki dari segi pendidikan. Kini, ada lebih kurang 5 buah sekolah agama perempuan di Kelantan yang ditadbir oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Salah sebuah sekolah yang mengeluarkan ramai pelajar perempuan yang berjaya dalam pelbagai bidang ialah Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu. Ramai tokoh dalam pelbagai bidang telah dilahirkan oleh Maahad Muhammadi (P) sejak penubuhannya pada tahun 1937. Tujuan penulisan ringkas ini ialah untuk berkongsi sedikit pengalaman sistem pendidikan Islam di Kelantan, khususnya di Maahad Muhammadi (P) dengan melihat kepada sistem yang telah disusun dan mengamati pengalaman beberapa orang lepasan Maahad Muhammadi (P) yang berjaya dalam karier masing-masing.

Pengenalan

(2)

semasa dan memahami keperluan masa depan dalam mendidik generasi akan datang.

Kelantan sebagai sebuah negeri yang terkedepan dari segi pendidikan Islam, mempunyai beberapa buah sekolah agama yang dikhususkan untuk pelajar perempuan. Mereka diberikan peluang yang sama dengan pelajar lelaki dari segi pendidikan. Kini, ada lebih kurang 5 buah sekolah agama perempuan di Kelantan yang ditadbir oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Salah sebuah sekolah yang mengeluarkan ramai pelajar perempuan yang berjaya dalam pelbagai bidang ialah Maahad Muhammadi (P) (MMP) Kota Bharu. Ramai tokoh dalam pelbagai bidang telah dilahirkan oleh Maahad Muhammadi (P) sejak penubuhannya pada tahun 1937.

Tujuan penulisan ringkas ini ialah untuk berkongsi sedikit pengalaman sistem pendidikan Islam di Kelantan, khususnya di MMP dengan melihat kepada sistem yang telah disusun dan mengamati pengalaman beberapa orang lepasan Maahad Muhammadi (P) yang berjaya dalam karier masing-masing. Penulisan ini dimulakan dengan melihat falsafah pendidikan Yayasan Islam Kelantan yang menaungi Maahad Muhammadi (P). Kemudian, falsafah Maahad Muhammadi (P) dihuraikan dan dibincangkan. Bahagian ini diikuti dengan perkongsian pengalaman beberapa orang pelajar lepasan MMP. Pengalaman yang dikongsi di sini memfokuskan kepada kesan sistem pendidikan yang dilalui di MMP ke atas diri sendiri dan ke atas karier yang dipilih. Seramai 13 orang responden termasuk penulis sendiri berkongsi apa yang diperolehi daripada sistem pendidikan Islam MMP yang memina jati diri mereka sebagai muslimah.

Pendekatan Pendidikan dan Tarbiah Maahad Muhammadi (P)

Sebagai sekolah menengah agama arab, tarbiah menjadi fokus utama Maahad Muhammadi (P) dalam pembangunan sahsiah pelajar. Ini jelas dapat dilihat melalui falsafah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang mendefinisikan pendidikan Islam sebagai:

(3)

Secara dasarnya, falsafah ini diserap dalam semua pelaksanaan sekolah-sekolah di bawah YIK termasuk MMP.

Majalah sekolah MMP yang dipanggil Majalah An-Nur, pada tahun 1997, meletakkan falsafah ‘Sekolah al-Maahad Muhammadi lil Banat’ pada muka surat ketiga,

1. Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk dididik menjadi seorang insan mu’min yang berilmu, bersopan, beramal soleh yang mepunya kelengkapan mengabdikan kepada Allah dalam pembangunan ummah dan negara

2. Bahawasanya kami pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pelajaran dan meningkatkan kerohanian murid-murid di sekolah ini.

3. Bahawasanya kami guru-guru di sekolah ini berpendapat iaitu hubungan di antara guru-guru dengan ibu bapa adalah satu daripada jalan untuk mencapai cita-cita untuk meningkatkan pelajaran murid-murid dengan bermuafakat di antara kedua-dua pihak dan dengan ini akan mencari jalan merapatkan lagi hubungan ini.

4. Bahawasanya kami guru-guru di sekolah ini memandang akhlak adalah satu jalan pengukur kemajuan murid-murid dan akan berusaha menentukan murid-murid di sekolah ini meningkatkan akhlak murid dan dengan demikian akan belajar dengan lebih sempurna lagi.

5. Bahawasanya kami guru-guru di sekolah ini merasa kesan mengajar dan pelajarn akan bertambah dengan cara mempelbagaikan kaedah-kaedahnya supaya tidak menjadi bosan dan akan menjadi lebih seronok dan dengan ini akan sedaya upaya mencari jalan dan memikrikan serta mengambil tindakan dalam perkara ini supaya murid-murid akan mendapat keuntungan dari usaha daya usaha kami.

Matlamat Sekolah al-Maahad Muhammadi lil Banat (yang dinyatakan dalam majalah yang sama):

Bahawa kami guru-guru Maahad Muhammadi bahagian perempuan, Kota Bharu, Kelantan, meletak harapan dan matlamat berikut di bawah ini sebagai landasan untuk kami lalui:

(4)

menjadi hasrat kami mengurangkan pencapaian yang rendah dan mensia-siakan kebolehan dalam sekolah. Tiap-tiap murid akan dikaji dan ditimbang kemajuan dalam pelajaran dan membaiki kelemahan-kelemahan supaya ia akan dapat faedah dalam masa ia berada di sini. Apa yang hendak kita lihat ialah ada kemajuan dari masa ke semasa. Dari tingkata ke tingkatan hingga mereka akan terasa berpuas hati dalam pencapaian masing-masing mengikut setakat kebolehan masing-masing. ii. Nilai dan Kesusilaan – Murid-murid akan diasuh supaya

memahami, menghargai dan mematuhi ajaran-ajaran Islam serta peraturan-peraturan sekolah juga peraturan-peraturan lain agar mereka menjadi manusia yang taat kepada Allah dan peraturan-peraturan untuk kepentingan dirinya sendiri.

iii. Berdikari, Kepercayaan Diri Sendiri – Adalah menjadi satu daripada matlamat kita supaya tiap-tiap orang dan murid di sekolah ini dapat berdiri di atas kaki sendiri dan kepada mempercayai dirinya. Tiap-tiap satu perkara yang dibuat seharuslah perkara ini. Guru tidak seharusnya membuat serba serbi, tunjuk jalan dan menjadi pemandu adalah tugas guru tetapi yang melakukan ialah murid-murid sendiri.

iv. Perkembangan Sosial dan Perpaduan – Kita menghendaki tiap-tiap seorang murid di sekolah ini berkembang dari segi personaliti dan pergaulan di antara satu sama lain dan mengambil bahagian cergas dalam gerak kerja sekolah dapat interaksi di antara satu sama lain dan mengukuhkan.

v. Belajar Seumur Hidup Kerana Ilmu Pengetahuan – Adalah menjadi hasrat kami bahawa murid-murid seharusnya bukan sahaja membaca untuk lulus satu-satu peperiksaan tetapi untuk hidup kemuliaan pengetahuab dengan firman Allah subhanahu wa taala yang bermaksud, Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan berilmu. Kedudukan dalam sekolah adalah fasal penting dalam hidup dan akan menjadi persediaan untuk masa hadapan dan seterusnya.

(5)

dari aspek rohani, akidah, intelek, emosi dan jasmani berdasarkan ajaran Islam. Islam menjadi teras utama dalam pembangunan falsafah sekolah yang memacu setiap pembangunannya. Dalam pelan strategiknya, MMP menggariskan 5 fokus utama berlandaskan Prinsip Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqaniyyah ke arah MMP terunggul iaitu:

 Kepatuhan dan Ketaqwaan  Kejayaan dan Kecemerlangan  Keselamatan dan Keselesaan  Kebersihan dan Keceriaan  Kerjasama dan kekeluargaan

MMP tidak mengabaikan sistem pendidikan arus perdana yang berintegrasi dengan sistem pendidikan agama berteraskan sistem dari universiti terkemuka di dunia iaitu al-Azhar, menjadikan permintaan kemasukan ke tingkatan satu sekolah ini bertambah dari tahun ke tahun. Selain itu, sistem tarbiah juga ditekankan dalam pendidikan sejak awal penubuhan hingga sekarang. Malahan pada hari ini sistem tarbiah yang tersusun telah dilaksanakan dan ia melibatkan kedua-dua peringkat iaitu guru dan pelajar.

(6)

Carta aliran sistem persekolahan MMP adalah seperti berikut:

Di samping itu, pendidikan informal berbentuk tarbiah Islamiah diterapkan dalam pembangunan pelajar. Dasar pihak pentadbir adalah menghasilkan kepimpinan berdikari dari kalangan pelajar. Pelajar digalakkan menguruskan organisasi secara menyeluruh bermula dari merangka plan strategik, membina kertas kerja dan melaksanakan program. Pemimpin pelajar dilatih agar menjadi idola pelajar lain samaada dari sudut kepimpinan, pengurusan organisasi, keluhuran peribadi, semangat dakwah dan kecemerlangan akademik. Oleh itu kebiasaannya ketua pelajar akan termotivasi untuk menjadi pelajar cemerlang dalam setiap peperiksaan yang didudukinya. Nilai demokrasi dan keterbukaan gender diamalkan selaras dengan sejarah perjuangan Islam yang memaparkan sifat pemimpin wanita Islam yang terbuka kepada kepimpinan secara demokrasi.

(7)

Kemudiannya pada tahun 1981 ia dimansuhkan. Pada 2 Mei 1993 ia diwujudkan secara rasmi dan dijenamakan sebagai BADATI (Badan Dakwah dan Tarbiah Islamiah) hasil ilham Ustaz Mas Sulaiman. Pada hari ini, BADATI adalah badan induk di Bahagian Hal Ehwal Murid. Mereka bertanggungjawab menjalankan dan memantau program tarbiah seperti usrah, tamrin, qiamullail, pengisian kem dll. Kesemua aktiviti tarbiah disusun secara sistematik dan bersepadu dengan falsafah pendidikan YIK dan MMP. Pelaksanaan usrah adalah berdasarkan sukatan yang disediakan oleh YIK iaitu Manhaj Qurani. Berikut adalah maklumat berkaitan pelaksanaan usrah:

 Usrah diadakan setiap satu minggu sekali atau tiap-tiap dua

minggu sekali dan merupakan program tarbiah yang tetap.

 Majlis usrah dikendalikan oleh seorang atau dua orang

naqib/naqibah yang dipimpin oleh guru( murabbi ).

 Guru-guru pembimbing akan diselia oleh seorang ketua

(mursyid).

 Penentuan naqib/naqibah adalah seperti berikut:

i. Usrah Pelajar Biasa

NAQIB/NAQIBAH MAD’U

Tingkatan 3 Tingkatan 1 Tingkatan 4 Tingkatan 2 Tingkatan 5 Tingkatan 3 Tingkatan 6 Tingkatan 4 Guru Tingkatan 5

Guru Tingkatan 6

 Usrah Tingkatan 5 dan 6 dikendalikan oleh guru secara usrah umum dan dibahagikan kumpulan-kumpulan kecil daripada kumpulan besar tersebut. Naqib/naqibah akan meminta wakil dari setiap kumpulan untuk membuat pembentangan pada setiap kali usrah diadakan.

ii. Usrah Nuqaba’

NAQIB/NAQIBAH MAD’U

(8)

Guru Tingkatan 5 Guru Tingkatan 6

 Setiap kumpulan usrah dianggotai oleh 7–10 orang ahli. Setiap

kumpulan usrah hendaklah melantik seorang ketua dan bendahari.

 Menggunakan teks usrah Manhaj Qurani iatu sukatan yang digubal YIK dan beberapa buku rujukan jika perlu.

 Naqib/naqibah menetapkan silibus usrah yang akan dijalankan

kepada semua ahli sebagai persediaan sebelum majlis usrah berlangsung. Sebaik-baiknya naqib menentukan siapakah ahli yang dipertanggungjawabkan untuk membentangkan isi usrah.

 Setiap hadith 40 dari buku Manhaj Qurani hendaklah dihafaz

oleh naqib/naqibah atau ahli sebelum usrah dijalankan.

 Setiap ahli hendaklah memberi perhatian dan membuat catatan isi

perbincangan usrah.

 Setiap sesi usrah mestilah diakhiri dengan kesimpulan atau

rumusan oleh naqib/naqibah.

 Pengisian bahan usrah adalah seperti berikut:

Muqaddimah / bacaan al-Quran 5 minit Pembentangan Hadith 40 10 minit Pembentangan sirah / maza ya’ni 10 minit Perbincangan bahan usrah / isu 30 minit Kesimpulan 5 minit

60 minit

Pembinaan Jati Diri Muslimah:

Pekongsian Pengalaman Pelajar Lepasan MMP

Beberapa orang individu lepasan MMP telah dipilih secara rawak dan mereka ditanya megenai pengalaman pengajian mereka di MMP yang memberi kesan kepada kehidupan dan kerjaya mereka. Ada di antara mereka menjadi peguam dan mempunyai firma guaman sendiri, ada yang menjadi juruhebah radio, senator Dewan Negara, doktor perubatan, pensyarah, kaunselor, penceramah, usahawan wanita dan hakim mahkamah syariah.

(9)

Aspek Pertama: Kecemerlangan

 Menurut Ustazah Asmak Husin pelajar MMP juga dilatih

bahawa pemimpin pelajar mesti dapat jadi pelajar cemerlang.

 Walaupun pemimpin pelajar di MMP sibuk menguruskan

pelbagai aktiviti, kebanyakan pelajar yang aktif itulah yang menjadi pelajar cemerlang dalam SPM.

Aspek Kedua: Kebebasan

 Kebebasan untuk melakukan pelbagai perkara kerana semua

pelajar perempuan

 Menurut YA Puan Aishah, para pelajar di MMP diberi peluang

untuk berpersatuan dan berprogram. Ini menjadikan kita ‘independant’ dan berani bersuara.

 Kebebasan bersuara secara terpimpin. Ustazah Asmak Husin

menyatakan, “Mungkin kita perempuan semua jadi tiada halangan untuk bersuara dan bertindak. Suara kita juga didengari di peringkat YIK. Kita pernah hantar memorandum pada YIK untuk menyatakan pendapat kita.”

Aspek Ketiga: Pergaulan dan Akhlak

 Menurut peguam terkenal di Kelantan, Puan Hajah Ibtisam,

“Pengalaman belajar di Maahad ni dari segi pembentukan akhlak dan syakhsiahnya bagus, membentuk jatidiri wanita muslimah, dari environment cara berpakaian dan disiplin yang ketat walaupun peraturan agak rigid tapi berkesan. Apabila keluar Maahad masih teringat benda-benda yg tak dibenarkan buat tu.

 Pada pandangan Puan Mahyana, contoh akhlak terpuji yang

ditonjolkan oleh pelajar-pelajar yang lebih tua dan guru-guru telah meninggalkan kesan yang mendalam dan diingati hingga ke hari ini. Contohnya, semasa perhimpunan, seorang ustazah menegur para pelajar mengenai masalah tandas tersumbat secara lembut dan berhikmah. Guru-guru Maahad betul-betul mentarbiah dengan Al-Quran, bukan mengherdik.

 Menurut Puan Yusnita, “Dari segi kemahiran sosial yang saya

(10)

peralihan hingga tingkatan 6 dan saya naik turun kelas, saya boleh bergaul dengan semua peringkat.

 Tiga orang daripada responden menyatakan bahawa ukhuwwah

yang dibina di Maahad sangat memberi kesan kepada mereka, contohnya, ada sahabat yang sering berkongsi dan bertahajjud bersama. Ikatan ukhuwwah yang dibina di MMP terbawa-bawa sehingga ke universiti yang menyebabkan mereka cenderung untuk memilih kawan dan teman sebilik yang berasal daripada sekolah yang sama kerana sahabat seperti ini sering mengingatkan banyak perkara.

Aspek Keempat: Tarbiah dan Keagamaan

 Ustazah Asmak menyatakan bahawa dalam program tarbiah di

MMP, semasa usrah para pelajar sudah didedahkan dengan perbincangan kitab yang agak matang.

 Menurut Senator Khairiah Mohamad, “Ada di kalangan kami

(kumpulan pelajar SPM 1992) yang terlibat dengan bidang kecantikan. Dengan teknologi-teknologi canggih mengekalkan kecantikan pada hari ini seperti botox dan yang terbaru, 'benang'. Panjang perbincangan pasal 'benang' ni sebab ramai yang mati kutu ... Benang apa pulak.. Konklusi .. Cabaran bidang kecantikan di luar sana amat sengit ... Memang mencabar iman. Tapi benteng paling ampuh adalah jati diri anak Maahad yang belajar agama ... ‘Nasib baik aku budak maahad. Tak terpengaruh dengan teknologi kecantikan yang bercanggah dengan agama. Walaupun cubaan kiri kanan depan belakang.’

 Pada pandangan Puan Marisa, peguam yang meguruskan hal

ehwal hartanah, “Impak pendidikan di MMP dalam kerjaya saya,

1. Amanah dalam menjalankan tugas anak guam..kena bertanggungjawab dengan tugas kita, tak boleh lembab betat macam siput

2. Jujur apabila melibatkan bab duit. Kena catat. Juga urusan melibatkan pejabat tanah..urusan kena clear..takde main hulur-hulur.

(11)

 Puan Nazira, juruhebah radio, menyatakan bahawa beliau

berjaya memperkenalkan beberapa program berunsur agama di stesen radio tempat bekerja seperti Tazkirah Usrah dan Laman Iman. Beliau juga menjadi pencetus program radio bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan pernah mendapat anugerah Media Islam Negara bagi siaran rancangan radio bertajuk “Makan di Hotel Halal Atau Haram” sebagai penerbit dan peneraju program kepenggunaan Islamik.

 Dr. Wan Iryani, pensyarah yang terkenal dengan kajian

saintifik tentang madu, menyatakan bahawa pengajian di Maahad telah menjadikan jiwanya meletakkan redha Allah dan Rasul sebagai matlamat hidup, menjadikan segala hidup berkarier sekarang ini lebih bermakna dan tahu hala tujunya. “Buat dan sebar sebaik mungkin ilmu yg ada supaya masyarakat berpengetahuan dan mengharapkan redha Allah dan Rasul dlm hidup masing-masing. Beliau juga menambah, “Ilmu agama yg dipelajari dululah sebenarnya yang menjadi rujukan supaya apa yang dilakukan dalam hidup berkarier dan berkeluarga ni tidak lalai atau tergelincir dari matlamat asal kehidupan dan manfaat untuk semua.

 Puan Wan Nor Hasnita, bekas pegawai Jabatan Peguam Negara

dan kini usahawan, berkata, “Bagi saya, dulu kerja, saya agak banyak 'kuasa', nak tuduh atau nak bebaskan orang... Ilmu agama yang saya belajar sangat mendidik supaya saya jujur dan kena (bawa kes) berasaskan bukti. Selain itu, pengajian di MMP memberi kesan pada gaya hidup. Bercukup-cukup dengan apa yang ada sebab saya rasa ramai yang lain yang saling berlumba-lumba bermewah-mewah sedangkan pangkat dan gaji tidak sepadan. Ini menyebabkan ada yg mudah 'meminta' dari orang lain.

Aspek Kelima: Keilmuan

 Menurut Puan Ibtisam, “Silibus pengajian di Maahad yang

(12)

Aspek Keenam: Keberanian, Pembinaan Jati Diri dan Identiti Muslimah

 Puan Ibtisam turut menyatakan, “Satu lagi yg amat-amat

dipelajari di MMP ialah wanita boleh! Angkat kerusi meja boleh, jadi.pemimpin boleh. Kalau sekolah bercampur, sure perempuan jadi.penolong sahaja. Masa tu akak jadi Pengerusi Kelab Komputer yang pertama. Memang mencabar tapi cikgu-cikgu banyak membantu menghidupkan jati diri kendiri. Buat sendiri belako sehingga boleh buat.pameran utk.orgramai masa tu.

 Beliau menambah, “Jatidiri ini terbawa-bawa sampai ke hari

ini. Buka firma nama sendiri, handle everything sendiri, bersaing dengan firma-firma lelaki but mesti prove yang wanita boleh !!!

 Senator Khairiah berkongsi cerita menjadi salah seorang ahli

redaksi Majalah MMP An-Nur,” Hari ni ramai org suka sgt akronim DIY ... MMP dah lama guna teknik DIY ni ... Semua buat sendiri tak mengharapkan guru sangat. Saya AJK Badan Redaksi sekolah masa tuu .. Menerbitkan Majalah An-Nur, Semua buat sendiri. Cikgu guide sahaja dan akhirnya cikgu tolong drive kereta bawa ke percetakan Pustaka Aman Press dengan bahan untuk cetakan yang kita dah siapkan. That was the job of 17, 16 years old female students. Bila teringat balik... That was awesome. Masa tu semua pakai kamera dengan filem, typwriter dan lukisan-lukisan tangan sahaja.

Aspek Ketujuh: Bersedia Berkhidmat Kepada Masyarakat Demi Islam

 Menurut Ustazah Asmak, tarbiah MMP telah menerbitkan

jatidiri yang kuat dalam diri dan terkesan sampai ke alam universiti dan pekerjaan. Jatidiri yang dibawa membuahkan keyakinan untuk kita berkhidmat kepada masyarakat dan Islam sehingga ke peringkat antarabangsa.

 Pelajar diajar untuk meletakkan Islam sebagai dasar dalam

(13)

 Kesan ketara yang nampak apabila berada di alam pekerjaan

yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan karenah. Namun kesan tarbiah mendidik bekas pelajar MMP agar kreatif dan teguh membawa perubahan dan kejayaan demi Islam.

Perbincangan dan Penutup

Berdasarkan falsafah dan matlamat Maahad Muhammadi (P) yang dinyatakan pada bahagian awal penulisan ini, apa yang dinyatakan oleh para responden mengenai pelbagai aspek dalam kehidupan mereka hari ini berkait rapat dengan pengajian mereka di MMP. Pendekatan integrasi pendidikan akademik dan agama menghasilkan tenaga kerja wanita dalam pelbagai bidang tetapi yang paling penting adalah dasar sistem tarbiah yang diterapkan telah mengukuhkan jatidiri sehingga mereka kreatif dan teguh melaksanakan Islam dalam pelbagai bidang yang diceburi. MMP terbukti menjadi pusat penjanaan modal insan dan tenaga kerja wanita yang efisyen dari sudut akliah, jasadiyah, rohaniyyah dan nilai perjuangan Islam. Dasar keterbukaan gender juga telah memacu pelajar MMP hingga berjaya ke taraf antarabangsa dengan identiti muslimah yang disemai sejak sekolah. Ini salah satu bukti yang menunjukkan bahawa sistem pendidikan agama di bawah Yayasan Islam Kelantan khususnya MMP untuk pelajar perempuan di peringkat menengah berjaya membuahkan hasil yang memberi kesan kepada masyarakat, negara dan agama.

Rujukan

Sekolah kementerian tiru amalan pelajar Yik:

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/39353-sekolah-kementerian-tiru-amalan-pelajar-yik

Manual Usrah Manhaj Qurani (MQ):

http://binnadwah.blogspot.my/2011/08/manual-usrah-manhaj-qurani-mq.html

Blog BADATI MMP : http://badandakwahdantarbiah.blogspot.my/

Laman Web Rasmi Yayasan Islam Kelantan:

http://www.yik.edu.my/v3/index.php/my/

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Nilai tegangan tanah hasil stabilisasi semen:tanah dapat meningkat pada kadar air LI = 1 maupun LI = 1.25, nilai tegangan tanah meningkat seiring meningkatnya proporsi

Dapat disimpulkan bahwa penggunaan media audio visual pada paduan suara SD Muhammadiyah Kleco 2 Yogyakarta kelas percobaan A dan B pada berbagai macam lagu

Salah satu cara untuk dapat menumbuh kembangkan kemampuan pemecahan masalah dan komunikasi matematis adalah dengan cara membiasakan dan melatih siswa untuk

Metode pengumpulan data yang dilakukan yaitu wawancara (terstruktur), observasi dan dokumentasi.Sedangkan analisis data yang digunakan dalam penelitian ini adalah reduksi,

"arena kapasitas mata untuk menahan atau menyimpan cairan dan salep terbatas, pada umumnya obat mata diberikan dalam +olume yang kecil. Preparat cairan

Hasil obVHUYDVL \DQJ GLODNXNDQ ROHK SHQHOLWL SDGD KDUL MXP¶DW WDQJJDO agustus 2016 pada pukul 22:00 sampai 01:00 di salah satu rumah warga bernama BH, peneliti melihat remaja

Untuk itu perlu dilakukan penelitian pengaruh pemberian ekstrak teh hijau (sebagai antioksidan) terhadap potensial membran sel telur ikan nila ( Oreochromis Niloticus ) yang

Pemberian edukasi gizi kepada pasien dan keluarga pasien mengenai diet yang diberikan (jenis diet, tujuan diet, syarat diet, makanan dianjurkan dan makanan tidak