• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kokurikulum Di Dalam Sistem Pendidikan D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kokurikulum Di Dalam Sistem Pendidikan D"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Kokurikulum Di Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia : Satu Tinjauan Awal.

Othman, N. UTM Perdana School

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur Malaysia

Tel: +6013-3973620 E-mail: [email protected] Wardatul Aishah, M.

Malaysian Institute of Information Technology, 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +6013-3973620 E-mail: [email protected]

Mohd Nasrul Hakim, J

Technopreneur Development Department, Chancellery UniKL, 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +019-2184142 E-mail: [email protected]

Abstrak

Artikel ini akan membincangkan berkaitan dengan sejarah pendidikan di Malaysia dari aspek kokurikulum. Kokurikulum adalah satu agenda penting yang menyumbang kepada pembentukan modal insan yang bersifat holistik merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadikan kokurikulum sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, kokurikulum turut memberi impak kepada pencapaian akademik pelajar. Artikel ini akan membincangkan mengenai dasar pendidikan negara berkaitan dengan kokurikulum dalam pendidikan.

Kata Kunci: Falsafah Pendidikan Negara, Sistem Pendidikan, Kokurikulum, Modal Insan, Pencapaian Akademik

Pengenalan

Aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar dititikberatkan dewasa kini seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Banyak kajian telah dijalankan mengenai keberkesanan kokurikulum dalam membantu membentuk peribadi pelajar dan dalam masa yang sama turut membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

(2)

tuntutan semasa memerlukan remaja yang mempunyai kualiti diri yang tinggi.

Walaubagaimanapun, hasrat negara untuk melahirkan remaja yang seimbang dan mengembangkan potensi individu secara menyeluruh adalah merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah digariskan oleh sistem pendidikan negara. Justeru, pelaksanaannya akan berubah mengikut keperluan dan peredaran semasa. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah cukup sempurna dalam menyeimbangkan antara faktor ilmu, fizikal, akhlak dan sumbangan kepada keharmonian negara

Artikel ini akan membincangkan mengenai kokurikulum di dalam sistem pendidikan di Malaysia serta hubungannya dengan peribadi pelajar dan pencapaian akademik mereka. Penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum membolehkan mereka menguasai kemahiran dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek menjadikan mereka pelajar yang seimbang antara keperluan mental dan keperluan fizikal. Tambahan pula, sistem pendidikan negara masa kini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjadikan kokurikulum sebagai salah satu subjek wajib Universiti menjadikan subjek kokurikulum ini sebagai satu syarat wajib untuk bergraduasi.

Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal berdasarkan dasar dan ideologi negara. Falsafah Pendidikan Negara juga dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berlandaskan tiga ideologi iaitu, Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (RMK 3, 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (2012). Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. ( KPM, 2001).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi tumpuan kepada pembentukan peribadi remaja secara holistik yang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen akhlak, moral dan nilai murni adalah unsur yang penting bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai. Ini jelas tertulis di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan Kokurikulum, 2005)

Pembentukan remaja yang seimbang antara jasmani, emosi, rohani dan intelek yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah persediaan negara untuk generasi muda masa kini berhadapan dengan cabaran bagi menerajui kepimpinan pada masa akan datang. Justeru, penekanan kepada penerapan pembentukan peribadi adalah penting. Pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan nilai murni (Zakaria et al, 1996)

(3)

bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd Arif et al, 2005). Ini adalah seiring dengan matlamat pendidikan negara yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan di Malaysia.

Sistem Pendidikan di Malaysia dari sudut kokurikulum

Sistem pendidikan negara masa kini telah mengalami perubahan kepada penyeimbangan antara kokurikulum dengan kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang taat setia, bersatu padu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Matlamat pendidikan yang telah digariskan mencakupi aspek IQ dan EQ pelajar bagi membolehkan mereka berjaya dengan seimbang antara keperluan diri dan keperluan negara.

Menurut (http://www.mohe.gov.my) pada tahun 2007 Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan dan dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.

Keseimbangan yang dilakukan di dalam PIPP 2006-2010 akan membolehkan hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dapat dilaksanakan. Terdapat enam teras strategik digariskan melalui PIPP iaitu (1) Membina negara-negara bangsa (2) Membangunkan modal Insan (3) Memperkasakan sekolah kebangsaan (4) Merapatkan jurang pendidikan (5) Memartabatkan profesyen perguruan (6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

PIPP yang dilancarkan seiring dengan Misi Nasional (2006-2020) yang mengandungi lima teras utama yang telah dirangka antaranya ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama bagi melonjak negara ke status negara maju (KPM 2006). Antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan ialah menambah pembaikan sistem pendidikan, mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memperbanyakkan institusi kemahiran (Utusan, 2006).

Oleh hal yang demikian pada tahun 2009, Kementerian Pengajian Tingi (KPT) telah menggariskan lapan teras kokurikulum bagi membolehkan remaja terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang mempunyai pelbagai bidang dan kemahiran untuk menyeimbangkan potensi diri antara kokurikulum dengan kurikulum.

Nooraini (2014) mengatakan bahawa bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagaimana yang telah diilhamkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Malaysia tidak boleh hanya maju di dalam bidang ekonomi semata bahkan Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang membangun dan maju dari semua sudut seperti ekonomi, sistem politik, aktiviti sosial, politik, rohani, psikologi dan budaya

(4)

iaitu (1) kemahiran berkomunikasi (2) pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (3) kemahiran kerja berpasukan (4)Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat (5) kemahiran keusahawanan (6) Etika dan moral profesional (7) kemahiran kepimpinan.

Pembangunan modal insan secara holistik melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang telah dilancarkan pada 27 Ogos 2008 adalah seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terangkum dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara, masyarakat dan negara.

Seiring dengan kepentingan kemahiran insaniah di dalam pembangunan individu secara holistik maka Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mencadangkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah bagi Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Tujuan pelaksanaan modul ini adalah untuk menangani isu kualiti graduan IPT yang dihasilkan sama ada dari segi akhlak, kecekapan peribadi dan faktor pekerjaan. Modul ini bukan sahaja untuk menambahbaik kemahiran insaniah remaja bahkan jua untuk memberi keyakinan kepada pihak majikan terhadap kualiti pekerja yang akan dihasilkan (Radin Umar, 2008).

Kokurikulum di dalam aktiviti pembelajaran

Wardatul Aishah et al (2014) menyatakan ilmu yang dipelajari secara praktikal akan lebih dihayati oleh remaja berbanding dengan ilmu yang diperolehi secara teori kerana pengalaman yang diperolehi akan memberikan impak yang besar kepada diri remaja. Oleh kerana itu, ajaran di dalam Islam amat menekankan gabungan antara teori dan praktikal. Teorinya, remaja akan dapat mempelajari ilmu di dalam sesuatu matapelajaran di tempat pengajian. Di situ juga, remaja akan didedahkan dengan penglibatan di dalam aktiviti kokurikulum. Keterlibatan dan keaktifan pelajar dalam bidang kokurikulum akan menjadikan pelajar tersebut selangkah lebih maju berbanding dengan mereka yang tidak aktif.

Jumali et al (2011) turut menyatakan bahawa pembelajaran tidak cukup dengan hanya apa yang dipelajari di dalam kelas semata. Pelajar harus di beri kebebasan untuk meneroka dan berinteraksi dengan alam sekitar supaya mereka lebih mengetahui peranan sebagai seorang pelajar dan remaja kepada masyarakat dan negara. Penilaian yang berasaskan gred dan yang terlalu berorientasikan sistem peperiksaan bertulis dan proses pembelajaran pasif yang berpusatkan pensyarah dikatakan menjadi halangan kepada proses pembelajaran yang efektif dan penguasaan kemahiran insaniah.

(5)

yang di ajar di sekolah. Justeru, keseimbangan akan apat dicapai melalui penglibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum dan juga aktiviti kurikulum yang digariskan oleh pihak sekolah.

Oleh hal yang demikian, pendekatan pengajaran masa kini lebih memberi tumpuan kepada pengajaran berasaskan pelajar. Pelajar yang seharusnya memainkan peranan utama di dalam sesuatu mata pelajaran kerana impak yang diperolehi adalah berbeza jika hendak dibandingkan dengan pengajaran berasaskan guru.

Remaja yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum membolehkan mereka menggunakan segala kemahiran yang ada bagi menjalankan sesuatu aktiviti dan ini akan membolehkan mereka mencungkil bakat dan potensi diri untuk diketengahkan dan digilap supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang (Wardatul Aishah et al, 2014)

Kokurikulum membentuk modal insan secara holistik

Pembangunan modal insan yang menyeluruh menuntut institusi pengajian tinggi menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan seimbang agar kehidupan di kampus dapat melonjakkan kecemerlangan akademik dan juga perkembangan sahsiah pelajar. Perkara ini dapat disokong melalui kursus kokurikulum yang merupakan pelengkap kepada kursus akademik ( Jamaludin et al, 2009). Penggabungan antara ilmu pengetahuan dan aktiviti praktikal akan menjadikan pembentukan remaja yang sempurna secara menyeluruh. Aspek kokurikulum atau pembelajaran di luar kelas penting untuk membina pembangunan diri secara holistik. Beberapa penyelidik telah mendapati terdapatnya korelasi yang positif antara aktiviti kokurikulum dengan kecemerlangan pembelajaran (Hanks & Eckland, 1976). Keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum akan membolehkan mereka lebih mengenali diri sendiri sekaligus akan merangsang untuk turut mengenali persekitaran mereka. Ini kerana aktiviti kokurikulum membantu remaja untuk bersosial bersama kawan-kawan dan masyarakat sekaligus, menjadikan mereka lebih mudah untuk didekati dan bersifat terbuka apabila ditegur sekiranya melakukan kesilapan atau terdapatnya kekurangan semasa menjalankan sebarang aktiviti.

Pembangunan holistik dalam diri remaja adalah dituntut seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan pelajar-pelajar yang akan dihasilkan bersifat seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan spiritual. Jabatan Pengajian tinggi telah mengenalpasti kursus kokurikulum adalah merupakan alat yang mampu untuk mebangunkan kemahiran insaniah pelajar selain daripada ilmu-ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah (Wardatul Aishah & Nooraini, 2014)

Berakhlak mulia dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu merupakan faktor yang menyumbang kepada terhasilnya warganegara yang baik. Tambahan pula, matlamat kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang seimbang antara ilmu dan kemahiran menjadikan remaja kini perlu menjadi modal insan yang sempurna bagi meneruskan legasi keamanan dan kepimpinan negara.

(6)

(SPPK). PBS adalah satu sistem yang menilai pelajar dari aspek keseluruhan pembangunan pelajar iaitu merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Sistem ini menekankan penilaian dari sudut akademik dan kokurikulum. Justeru, salah satu komponen yang ada di dalam sistem PBS ini adalah penilaian berasaskan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) (Lembaga Peperiksaan, KPM, 2014; Wardatul Aishah & Nooraini, 2014). Ini adalah salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan remaja bergerak secara seiring dengan tuntutan pendidikan masa kini.

Kokurikulum memberi impak yang positif kepada pencapaian akademik

Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang sudah dilazimi oleh remaja sejak bermula dari alam persekolahan lagi. Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu cabang kurikulum yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberikan ilmu, pembentukan peribadi dan kemahiran kepada remaja. Keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum juga boleh mendedahkan mereka kepada pembangunan modal insan yang sempurna yang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pembangunan modal insan yang sempurna akan membentuk sahsiah yang tinggi dalam kalangan remaja dan akan membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka (Wardatul Aishah & Nooraini, 2014)

Terdapat beberapa kajian lepas yang menyokong hujah berkaitan dengan keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum membolehkan mereka berjaya di dalam akademik secara khusus. Ini kerana, penglibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum akan memberi tindakalas yang positif kepada semua aspek JERI pelajar. Aspek kokurikulum atau pembelajaran di luar kelas penting untuk membina pembangunan diri secara holistik. Beberapa penyelidik telah mendapati terdapatnya korelasi yang positif antara aktiviti kokurikulum dengan kecemerlangan pembelajaran pelajar di dalam kelas (Hanks & Eckland, 1976; Wardatul Aishah et al, 2014).

Selain itu, antara kajian yang telah dijalankan di Malaysia yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum adalah melalui kajian oleh Mohd Khata & Ahmad Firdaus (2012) yang telah dirumuskan oleh Wardatul Aishah & Nooraini (2014) mengenai kecenderungan pelajar tahun akhir di Institusi Kemahiran Mara terhadap bidang keusahawanan secara khusus. Dapatan kajian yang ditunjukkan ke atas pelajar tahun akhir di Institut Kemahiran Mara terhadap bidang keusahawanan menunjukkan nilai min purata terhadap pendedahan kursus keusahawanan kepada remaja adalah pada tahap yang tinggi. Selain itu, Hassan Adnan et al (2010) telah menjalankan kajian mengenai keberkesanan pelaksanaan aktiviti fizikal terhadap pembangunan diri pelajar: satu tinjauan ke atas remaja di Universiti teknikal Malaysia di Melaka yang juga menyentuh aspek kokurikulum secara khusus. Dapatan kajian juga menunjukkan aktiviti luar memberi impak yang positif kepada pelajar dalam membentuk modal insan yang mempunyai kemahiran kepimpinan, mampu berkomunikasi dengan berkesan, berdisiplin dalam mengurus diri dan membentuk gaya hidup yang sihat kepada pelajar melalui kegiatan kokurikulum.

(7)

tanggungjawab yang diberikan dan komunikasi di dalam kelas. Keberkesanan juga boleh membantu remaja untuk berjaya dengan cemerlang di kolej sama ada dari sudut akademik dan psikologi (Leung et al, 2011). Sekiranya digabungkan elemen teori (akademik) dan praktikal (kokurikulum) maka hasil pembelajaran akan menjadi lebih berkesan

Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Iskandar, Rohaty & Zuria (2009) ke atas 265 orang pensyarah universiti di Daerah Jambi di Indonesia mendapati dimensi kemahiran sosial dalam kecerdasan emosi menyumbang secara signifikan kepada komitmen pekerjaan. Kerana itu, kemahiran-kemahiran yang pelbagai perlu dikuasai oleh remaja ketika berada di institusi pengajian tinggi bagi membolehkan mereka komited dan mempunyai nilai positif yang tinggi ketika berada di alam pekerjaan.

Penutup

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan bahawa keseimbangan dalam melahirkan remaja antara aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sememangnya ditekankan di dalam sistem pendidikan negara. Keseimbangan ini adalah untuk mempersiapsiagakan remaja negara bagi menghadapi cabaran semasa dan cabaran-cabaran pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, sistem pendidikan negara telah berubah mengikut tuntutan dan keperluan semasa. Banyak pembaharuan di dalam sistem pendidikan negara dilakukan demi menambahbaik kualiti pendidikan agar sesuai dengan keperluan semasa.

Aspek kokurikulum tidak terlepas dari mendapat perubahan-perubahan yang ketara di dalam sistem pendidikan negara. Remaja yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum juga akan memberi impak yang positif kepada pencapaian akademik mereka. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan kerana menurut Wardatul Aishah et al (2013) ilmu yang dipelajari secara praktikal akan lebih dihayati oleh remaja berbanding dengan ilmu yang diperolehi secara teori kerana pengalaman yang diperolehi akan memberikan impak yang besar kepada diri remaja. Oleh kerana itulah, ajaran di dalam Islam amat menekankan gabungan antara teori dan praktikal

(8)

Perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh kementerian adalah untuk persediaan masa hadapan sistem pendidikan negara berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah ditetapkan. Anjakan positif ini diharapkan dapat memberi kesan positif jua kepada sistem pendidikan negara dalam mencermati Matlamat Pendidikan Negara untuk melahirkan remaja yang berperibadi tinggi dan mulia.

Rujukan

Hanks, M,. & Eckland, B. ( 1976). Athletics and social participation in the educational attainment in the educational attainment process. Sociology of education, 49, 271-294

Iskandar, Rohaty Mohd Majzub & Zuria Mahmud. 2009. Kecerdasan Emosi dan Komitmen Pekerjaan dalam Kalangan Pensyarah Universiti di Indonesia. Jurnal Pendidikan

Malaysia 34(1)(2009): 173 – 186

Jamaludin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd Majid Konting, Turiman Suandi, Maria Salih & Norhafezah Yusof. 2009. Pembangunan Pelajar : Memperkasakan Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan Edis ketiga. Perpustakaan Negara Malaysia

Jumali Hj Selamat, Khaidzir Hj Ismail & Shaharudin Ahmad. 2010. Objektif dan faedah berpersatuan Dlm Shaharudin Ahmad, Khaidzir Hj Ismail & Jumali Hj Selamat. Mengurus Persatuan: Proses dan Kemahiran, Bangi. Penerbit UKM.

Leung, K., Huang, K. L., Su, C. H., & Lu, L. (2011), "Curvilinear relationships between role stress and innovative performance: Moderating effects of perceived support for innovation.", Journal of Organizational and Occupational Psychology, 84, 4, 741-758.

Mohd Arif Hj Ismail, mohd Jasmay Abd Rahman & Rosnaini Hj Mahmud. 2005. Nilai-nilai murni dan pendidikan bersepadu.: ke arah kemanusiaan sejagat. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 4) Pendidikan

Nooraini Othman & Khairul Azmi Mohamad. 2014. Thinking skill education and transformational progress in Malaysia. International Education Studies; vol. 7, No 4; 2014 ISSN 1913-9020 E-ISSN 1913-9039

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1998. Nilai-nilai murni dalam KBSM : Cabaran untuk pendidik. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1993. Buku peneranagn kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

(9)

presentation at AKEPT International Conference Leadership in Higher Education: Framing the Future

Siti Rahayah Arifin, T. Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zin. 2004. Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) Di kalangan pensyarah di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41 € Dis.2004 : 33-42. Universiti Teknologi Malaysia

Utusan Malaysia. 2006. Retrieve daripada : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2006&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1994. Ke arah pelaksanaan nilai-nilai murni di dalam KBSM: Falsafah Pendidikan Negara. Kertas kerja yang dibentangkan di dalam Seminar Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum Dalam KBSM di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

Wardatul Aishah, Azis Jakfar Soraji & Norsazali Abdullah. 2014. Pembentukan sahsiah remaja melalui penglibatan diri di dalam aktiviti di luar kelas. Prosiding Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2014; Isu, penilaian dan pemerkasaan (ISBN 978-967-12078-1-9). KUIM, Malaysia.

Wardatul Aishah & Nooraini Othman. 2013. Kokurikulum sebagai medan pembentukan akhlak seimbang dalam kalangan remaja di institusi pengajian tinggi. e- Prosiding Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC 2013). UTM Malaysia Wardatul Aishah & Nooraini Othman. 2014. Kesedaran kendiri terhadap aktiviti kokurikulum dan keberkesanannya kepada remaja. e- Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

Referensi

Dokumen terkait

Robiatul Adawiah Bt Othman “ Pembangunan Insan dalam Kurikulum Pendidikan Awal kanak- kanak: Suatu Kajian Di Pusat Asuhan Kanak-kanak Universiti Islam Antarabangsa (IIUM EDUCARE)”

Seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi dan pemanfaatan jaringan internet, dimungkinkan untuk bisa memperoleh gelar sarjana keperawatan melalui pendidikan jarak

Dari data di atas dapat diketahui bahwa perkembangan laju penanaman modal asinglangsung di Indonesia selama 10 tahun terakhir mengalami fluktuatif. Pada tahun 2008 terjadi

Perkara ini tidak menjadi satu permasalahan kerana Islam mendidik setiap mukmin adalah bersaudara dan para pelajar yang belajar di institusi pengajian pondok bermatlamat

Suatu daerah yang memiliki masyarakat dengan kualitas sumber daya manusia yang memadai untuk melaksanakan pembangunan akan menjadi modal dasar pemberdayaan masyarakat di

Sedangkan Sasaran pembangunan pendidikan pada tahun 2008 secara lebih rinci adalah : 1) meningkatan layanan pendidikan kepada anak usia dini, 2) menyusun

Ummi Edisi Spesial, (Jakarta: PT Insan Media Pratama, 2008), hal. 16 Ahmad Syarifuddin, “Mendidik Anak”…, hal.. Selain memperhatikan metode apa yang sebaiknya diberikan pada anak

42 Tahun 2008 bertentangan dengan Pasal 1 ayat (2), Pasal 27 ayat (1), dan Pasal 28Iayat (2) UUD 1945 adalah tidak benar karena untuk menentukan Pemohon dapat