• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dalam memperbaiki sistem pendidikan Mala

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dalam memperbaiki sistem pendidikan Mala"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

BIL

TAJUK

HALAMAN

1.

ISI KANDUNGAN

1

2.

APAKAH YANG ANDA FAHAM MENGENAI

ASPIRASI PENDIIDKAN NEGARA

2-4

3.

PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN

NEGARA BANGSA

4-6

4.

CABARAN DAN LANGKAH MENGATASINYA

6-9

8.

RUJUKAN

10-11

9.

LAMPIRAN

12

(2)

Apakah yang anda faham mengenai aspirasi pendidikan Malaysia?

Dalam memperbaiki sistem pendidikan Malaysia dan membawanya ke aras yang lebih tinggi, kerajaan telah melaksanakan suatu kajian dalam usaha menaiktaraf sistem pendidikan berdasarkan taraf pendidikan antarabangsa. Penyediaan pelan baharu ini mengambil kira peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara, Ini adalah untuk mempersiapkan generasi muda kita mengharungi abad ke-21. Pelan baharu yang telah diwujudkan sejajar dengan visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi akademik dan mental serta berfikiran kreatif, berpengetahuan luas dan mempunyai perasaan cinta terhadap negara tersayang.

Selama 11 bulan kajian dijalankan, ia telah melalui pelbagai transformasi bertujuan untuk memadatkan lagi keberkesanannya. 6 ciri utama yang perlu ada pada seseorang pelajar bagi mencapai standard global adalah antaranya pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Pelbagai seminar diadakan dan pelbagai jenis pendapat dipertimbangkan dan akhirnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pada bulan Disember tahun 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang merupakan dokumen rasmi setebal 300 muka surat itu amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.

(3)

Antara lima aspek yang digariskan adalah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Aspek akses menitikberatkan peranan sekolah peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing. Setiap lapisan murid perlulah mempunyai akses dan enrolmen dalam pendidikan. Ini hanya mampu direalisasikan sekiranya prinsip pendidikan untuk semua diperkenalkan. Proses ini harusah dimulakan daripada peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah. Jadi, pihak sekolah haruslah berkomitmen tinggi bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5. Ciri ini bertujuan utama untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping meningkatkan peratus graduan pada masa hadapan.

Aspirasi kedua iaitu kualiti, bertujuan untuk menjadikan sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju lain. Jadi sekolah sepatutnya menyediakan proses pendidikan yang berstandard tinggi ke arah mencapai aspirasi ini. Langkah ini turut melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi selain daripada matapelajaran asas. KPM mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun. Program i-THINK dan Frog VLE perlulah dijalankan dengan serius kerana ia adalah kerangka asas dalam pencapaian aspirasi ini.

(4)

Perpaduan dapat dicapai sekiranya perkongsian pengalaman dan nilai berlangsung antara kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Sejak merdeka lagi, aspirasi negara yang utama ialah untuk mewujudkan perpaduan . Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian akan mempamerkan perpaduan yang teguh. Murid menghabiskan sejumlah besar hari mereka di sekolah. Jadi, sekolah merupakan medan yang subur untuk memupuk semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian. Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan telah memperuntukan perbelanjaan besar menerusi bajet tahunan kepada sektor pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Program pendidikan yang digunakan haruslah menggunakan segala sumber yang ada dengan lebih efisien dan berkesan. Ini harus membuahkan hasil yang baik dan memberangsangkan.

Peranan guru dalam menjayakan pembinaan negara bangsa.

(5)

Tanggungjawab seorang guru yang utama terbahagi kepada tiga perkara yang menekankan kekuatan dalaman para pelajar. Untuk membina insan yang mulia, guru haruslah bersedia sepenuhnya. Mereka harus memandang serius perkara ini kerana masa hadapan negara terletak di tangan generasi muda sekarang. Seseorang guru perlulah beretika. Perkataan etika bermaksud prinsip moral yang merangkumi dasar akhlak, adat atau tingkah laku, atau kesusilaan. Seorang guru harus mematuhi etika profesional dan mempraktikkan semua garis panduan untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan.

Peranan guru yang utama ialah dengan bersikap adil terhadap para pelajar yang diajar tanpa mengira kaum, keturunan dan bangsa. Kebajikan para pelajar haruslah diutamakan dan guru tidak harus mengambil bayaran daripada pelajar. Bimbingan yang tepat haruslah diberikan kepada pelajar di dalam bilik darjah. Guru haruslah berpakaian sopan dan kemas. Pertuturan dan tingkah laku guru tidak seharusnya berunsur negatif kerana perlakuan mereka akan diikuti oleh para pelajar. Mutu pendidikan yang disampaikan haruslah ditingkatkan dengan menyertai penyelidikan, lawatan dan seminar.

Selain daripada pelajar, guru juga berperanan untuk menghormati tanggungjawab para ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Mereka haruslah sentiasa berusaha untuk mewujudkan hubungan yang mesra dengan para ibu bapa. Ini dapat mengeratkan institusi pendidikan dengan rumah tangga. Guru haruslah menyimpan maklumat sulit yang dikongsikan oleh para ibu bapa dan tidak membocorkannya. Sekiranya diperlukan, guru akan memberikan laporan mengenai pelajar kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Akhirnya, guru haruslah mengelak diri daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibu bapa pelajar semasa membuat keputusan.

(6)

kerjasama di antara guru dan ibu bapa dan seterusnya menjaga adab sopan supaya disenangi masyarakat sekeliling.

Seorang guru juga sepatutnya amanah terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. Mereka harus menghindarkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama rakan sejawat di hadapan pelajar atau ibu bapa. Guru juga tidak digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh menjejaskan kecekapannya dalam mengajar. Ada segelintir guru yang berniaga ataupun mengajar tuisyen. Guru haruslah membantu guru baru yang dilantik dan membimbing mereka. Asalnya, peranan guru dalam membina negara bangsa telahpun wujud semenjak sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

Cabaran-cabaran yang harus dihadapi dalam pembinaan negara bangsa.

Jikalau dilihat, Abu Hassan (1997) mengatakan bahawa lima faktor-faktor penghalang dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia iaitu, pemisahan ras dan etnik, pemisahan wilayah, parti-parti politik berteraskan etnik, nilai parokialisma, sikap prejudis, serta permasalahan sosial.

Pertamanya, kita akan melihat apakah yang dimaksudkan melalui faktor pemisahan ras dan etnik. Keadaan ini dilihat melalui pemisahan sosial yang masih wujud disebabkan oleh perbezaan budaya, agama, bahasa, pengaruh media-massa, pendidikan, penglibatan organisasi sosial yang bersifat perkauman atau pertubuhan perniagaan dan sebagainya yang bersifat eksklusif untuk sesuatu kumpulan etnik atau sub-etnik. Ini pastinya akan memperkukuhkan sentimen nilai etnik dan kesukuan. Malah, identiti etnik masih merupakan asas untuk pendaftaran formal dan sebagainya.

(7)

parti-parti ini bergabung, namun sering juga muncul konflik dikalangan parti-parti komponen yang mungkin mengugat kestabilan politik dan hubungan antara kaum.

Di samping itu, salah satu fenomena yang sering menjadi penghalang kepada proses pembinaan negara-bangsa Malaysia ialah wujud nilai-nilai parokialisma, sikap prejudis dan curiga dikalangan ahli masyarakat. Sikap prejudis wilayah masih menjadi perintang kepada pembinaan semangat persefahaman dan perpaduan dikalangan penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Parokialisme (parochialism) adalah sebuah pandangan pribadi terhadap dunia hanya didasarkan pada perspektif dan nilai-nilai sendiri. Pandangan ini tidak mengakui atau menghormati perspektif atau cara hidup lain.

Cabaran seterusnya ialah permasalahan sosial. Jika permasalahan sosial ini tidak dibendung, ia akan membebankan negara serta memberi kesan negatif kepada pembinaan bangsa Malaysia yang progresif, dinamik dan bermoral. Permasalahan sosial itu adalah seperti penduduk setinggan, pendatang asing, penjenayahan, pengambilan dadah, penderaan dan sebagainya. Jadi, kerajaan seharusnya mengambil langkah yang sepatutnya untuk membanteras masalah-masalah sosial ini.

Tahap globalisme yang dihadapi turut merupakan cabaran ke arah mencapai negara bangsa. Globalisme dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Sempadan negara bangsa akan berakhir melalui globalisme ini. Ancaman diimbangi dengan memastikan kekuatan nasionalisme dan patriotisme sebagai benteng terakhir yang kukuh demi mempertahankan negara bangsa. Melalui budaya kita sendiri, kita dapat mengekalkan jati diri serta sikap yang tidak mengenang budi dan melupakan jasa-jasa pejuang kemerdekaan terhindar terus daripada minda mereka. Globalisasi memaksa proses perubahan demografi, teknologi, penghapusan sempadan, penembusan budaya, perkahwinan bahasa dan pelbagai lagi ke atas umat manusia.

(8)

bahan bacaan daripada barat. Justeru, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan bangsa.

Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.

Seperti mana globalisme, ancaman ini harus ditangani dengan bijak di mana kebimbangan terhadap ancaman perpecahan itu dapat diimbangi dengan menggunakan kekuatan kepelbagaian budaya yang wujud sebagai suatu cara melahirkan bangsa yang maju dan berjaya serta berdaya saing. Oleh yang demikian, keperluan kepada suatu budaya kebangsaan yang dapat diterima oleh semua kelompok atau kaum adalah suatu kewajipan yang tidak dapat dielakkan serta perlu dipupuk dan dimajukan sehingga ia diterima secara terbuka oleh semua kaum sebagai suatu identiti kebangsaan.

Langah mengatasi cabaran.

Kebijaksanaan menangani kewujudannya akan dapat membantu proses pembinaan negara bangsa tanpa mengetepikan faktor ini. Pertahanan yang kukuh diperlukan bagi menghadapinya iaitu dengan kewujudan perlembagaan dan undang-undang yang sentiasa kebal dalam mempertahankan keadilan. Justeru itu, rakyat perlu dipersiapkan dengan ketahanan daripada keadaan sedemikian supaya sikap liberalisme yang terlampau dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat nasionalisme dan patriotisme demi kepentingan nasional.

(9)

negara bangsa perlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga tidak boleh dipandang remeh. Agensi ini memainkan peranan penting dalam usaha ke arah pembinaan negara bangsa melalui aktiviti pemantapan dan perancangan bahasa, sastera kebangsaan dan penerbitan. DBP yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 hasil daripada persidangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 di Johor Baharu dan Singapura merupakan suatu badan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menjaga kedaulatan bahasa Melayu. Masalah ini boleh diselesaikan dengan baik sekiranya semua pihak mampu bersepakat menerima kebudayaan Kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini. Budaya melambangkan satu identiti bagi sesebuah negara.

(10)
(11)

BUKU

A. Aziz Deraman (2000), Tamadun Melayu Dan Pembinaan Negara Bangsa Malaysia,

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Abd. Rahim Rashid, (2004), Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mohd. Fuad Razali (2008), 6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP, Pendidik Bil 44/Jan 2008, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Selangor

Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

INTERNET

http://forum-rencana-pmrsibu.blogspot.com/2008/09/merenung-sejarah-di-sebalik-penubuhan.

htmlhttp://aidc-editor.blogspot.com/2008/11/liberalisma-dan-pluralisma-agama.html

(12)

http://www.scribd.com/doc/9646199/Pembentukan-Negara-Dan-Bangsa-http://negara-bangsa.blogspot.com/

http://alfilsuf.wordpress.com/2011/08/08/cabaran-pembentukan-negara-bangsa/

Referensi

Dokumen terkait