KEPENTINGAN PENERAPAN PENDIDIKAN ISLAM AWAL KANAK-KANAK Oleh :
Cik Nurul Aini Binti Hashim1
Abstrak
Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat penubuhan pendidikan Islamawal kanak-kanak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia. Jika al-Quran dan al-Sunnah menjadi acuannya, maka akan terbentuklah generasi yang hebat dari segala segi. Artikel ini akan mengupas kepentingan penerapan pendidikan Islam awal kanak-kanak dalam pembentukan ummah diikuti cabaran yang harus ditempuhi dan cadangan kurikulum yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan Islam awal kanak-kanak.
Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia mempunyai dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak(TASKA) untuk kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun.Peringkat kedua ialah prasekolah atau Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) untuk kanak-kanak yang berumur empatsehingga enam tahun.Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka memberi nama program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau TABIKA. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empatsehingga enam tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal. Walau bagaimanapun, di Malaysia terdapat prasekolah jenis kerajaan iaitu KEMAS dan prasekolah bukan jenis kerajaan.
Pada masa ini penubuhan institusi-institusi swasta dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia semakin diberi perhatian. Walau bagaimanapun, program pendidikan awal kanak-kanak ini masih di tahap yang belum mencapai piawaian pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pihak institusi berlumba-lumba menawarkan program berkenaan tetapi tidak dapat menyediakan bidang sebenar pendidikan awal kanak-kanak. Keadaan ini memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak di TASKA dan TADIKA.
Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak
Islam menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama dalam mencapai maksud merubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredaan Allah.Matlamat pendekatan pendidikan Islam awal kanak-kanak ini adalah untuk memupuk minda yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sejajar dengan matlamat sebagai hamba Allah dengan menjalani kehidupan berpaksikan prinsip tauhid. Minda ini bukan hanya berpaksikan pengetahuan dan kemahiran tetapi juga emosi, moral dan kepekaan estetika.
Pendidikan Islam yang bersesuaian untuk kanak-kanak perlu ditumpukan kepada skop yang lebih luas terhadap pertumbuhan minda yang seiring dengan pengalaman sebagai garis panduan dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengar oleh seorang kanak-kanak di sekelilingnya merupakan satu pendidikan bagi mereka kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai pemikiran yang sama tentang pendidikan awal ini yang dibentuk sejak dari awal pertumbuhan kanak-kanak. Tetapi, yang membezakannya ialah Islam lebih menekankan pemantapan akidah atau akhlak seiring dengan penerapan iman di dalam roh dan jiwa dan bukan hanya dari tahap pertumbuhan fizikal sahaja.
Hakikatnya, pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori oleh para ilmuwan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering menyebut tentang Jean Piaget dan Teori Perkembangan Kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina (370-428 H/980-1036 AD) yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang EmotionalIntelligent
yang dipelopori oleh HowardGadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808 H/1332-1406 M)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya al-Muqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu dalam kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan al-Ghazali dan hujah-hujahnya dalam membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.
Kepentingan Pendedahan Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak
tahap perkembangan inteleknya, namun hakikatnya aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangan.
Perkara ini jelas disebut dalam satu pesanan yang jelas menghuraikan tentang kepentingan ilmu, iman dan amal dalam kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Pesanan Sayidina Ali r.a. yang bermaksud, "didiklah anak-anak kamu supaya mereka boleh hidup di zaman yang amat berlainan sekali dengan zamanmu. Maka, jika ini gagal dilaksanakan, bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam setiap sel pembentukan individu hingga mengakibatkan sejarah lama akan berulang kembali (zaman jahiliah).Oleh itu kita harus berfikiran luas dan berwawasan jauh ke hadapan dalam mengenengahkan pendidikan islam yang diberikan seawal usia diikuti mengikut perkembangan zaman dan tidak tersish. Dengan mempersiapkan anak menghadapi tentangan zaman sebenar bukan hanya untuk kepentingan diri anak itu sendiri malah demi kepentingan agama islam itu tersendiri.
Cabaran dan Cadangan
Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak sama ada ianya secara sedar ataupun tidak, secara langsung atau tidak langsung yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses tumbesaran mereka. Satu persoalan perlu dikemukakan dalam pembentukan kurikulum pendidikan Islam, adakah segala yang dirancangpada hari ini pastinya nanti dapat melahirkan generasi rabbani pewaris anbiadan ulama?
Ada bukti yang menunjukkan, masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang membuat kajian, pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan kanak-kanak Islam hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan, kenapa tahap pemikiran kanak-kanak Islam secara umumnya tidak advance? Kenapa keterampilan, pemikiran, kewibawaan, daya intelek kanak-kanak Islam selalu dikatakan agak ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak di negara-negara barat umpamanya? Mengapakah anak-anak ini meskipun disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala sosial yang memalukan? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan Islam awal kanak-kanak atau mungkin kekurangan tenaga pengajar yang mendalami erti sebenar pendidikan Islam awal kanak-kanak secara praktikal? Adakah mungkin kerana ini yang kita katakan memerlukan kepada satu tajdid atau perubahan?
penting dalam membantu pembentukan sahsiah kanak-kanak iaitu aspek kerohanian, aspek jasmani, aspek kognitif,apek emosi, aspek sosial, dan aspek kepimpinan.
Aspek Penting Dalam Pembentukan Kurikulum Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak Pertama : Aspek Kerohanian
Aspek ini akan menjamin kebersihan rohani dan menyucikan jiwa anak-anak Islam daripada sifat-sifat yang boleh meruntuhkan akhlak mereka seterusnya dapat menjamin bahawa asosiasi yang bakal dilahirkan nanti menjadi insan yang soleh.Bagi memastikan aspek kerohanian dapat diperkembangkan melalui Kurikulum Pendidikan Islam, pengetahuan seperti tauhid, akidah, pengetahuan tentang perkara-perkara yang halal dan haram, hukum-hukum syariah Islam, pengetahuan tentang aspek kerohanian dan kehidupan serta pengetahuan tentang realiti alam ini mestilah diajarkan kepada mereka. Doa-doa asas kehidupan dan membaca al-Quran perlulah diajarkan. Aspek ini akan dapat memandu anak-anak Islam untuk memahami tentang kejadian alam ini, penciptanya, memahami diri mereka serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul. Anak-anak yang bukan Islam juga boleh diajarkan aspek akhlak yang baik.
Kedua : Aspek Jasmani
Dalam konteks ajaran Islam, faktor luaran dan dalaman mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Islam bukan sahaja menilai dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang tetapi juga mementingkan kebersihan diri dan kesihatan fizikal, iaitu aspek luaran. Aspek jasmani perlu seiring dengan ilmu yang dimiliki kerana ia akan mencerminkan keperibadian seseorang. Oleh itu, amat perlu agar anak-anak Islam turut diajar tentang cara untuk menjaga kesihatan fizikal atau jasmani.
Ketiga : Aspek Kognitif
Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telah pun dikuasai. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan dengan maklumat dan budaya dalam memberi tunjuk ajar kepada mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.
Keempat : Aspek Emosi
mengawal emosinya. Akal merupakan salah satu punca pengetahuan selain daripada deria dan intuisi. Sekiranya asosiasi yang hendak dididik itu mempunyai tahap kewarasan akal yang baik, maka mereka akan mampu mencapai tahap ilmu pengetahuan yang tertinggi serta dapat menggunakan pengetahuan tersebut dengan sebaik mungkin.
Kelima : Aspek Sosial
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.
Keenam : Aspek Kepimpinan
Kesimpulan
Berdasarkan daripada perbincangan-perbincangan yang telah dibuat, maka dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan kepada anak-anak Islam perlu di ketengahkan dalam institusi pendidikan terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Islam juga mempunyai asas tersendiri dalam mendidik dan menyemai asas-asas islam dalam kehidupan seharian seawal usia. Namun demikian, dalam menyemaikan pendidikan islam di awal usia dan menjadikan seorang anak yang senantiasa rindukan syurga bukanlah perkara yang mudah terutamanya di zaman yang serba moden ini. Oleh itu, sebagai insan yang telah diamanahkan, kita haruslah mencuba sedaya upaya untuk menangani masalah isu pendidikan islam awal kanak-kanak dengan segera.
Sebagaimana yang telah diperjelaskan anatara usaha yang paling utama adalah melalui pendekatan yang perlu di terapkan dalam kurikulum pendidikan islam awal kanak-kanak perlu dirangkumi dengan enam aspek penting iaitu rohani, jasmani, kognitif, emosi, sosial, dan kepimpinan dalam melahirkan insan yang soleh dan seimbang. Maka individu-individu khususnya anak-anak Islam perlu diajar dengan kurikulum yang sesuai dan dapat memenuhi tuntutan agama agar mereka ini akan lahir sebagai seorang insan mukmin yang dapat memikul tanggungjawab untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, negara dan paling penting untuk agama.
Seorang muslim mungkin telah berusaha maksimal dalam upaya dalam merealisasikan pendidikan islam awal kanak-kanak tetapi tidak berhasil. Hasilnya, ada anak yang menjadi orang shaleh sekalipun terdidik di tengah lingkungan yang menyimpang dan jelek; bahkan mungkin dibesarkan tanpa mendapat perhatian pendidikan. Petunjuk itu semata-mata dari Allah. Dialah berfirman : “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi perunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-NYA..” (Al-Qashash: 56). Oleh yang demikian, kite digalakkan untuk berusaha dalam golongan yang terpilih. Adalah diharapkan masyarakat Muslim, khususnya institusi pendidikan dengan melahirkan pendidik yang bukan sahaja mempunyai asas sebagai bidang pendidikan Islam awal kanak-kanak dan mengambil peluang yang ada untuk mempelajari ilmu Islam untuk disampaikan kepada kanak-kanak seawal usia kerana ilmu itu adalah sunnah dan ajaran Rasulullah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Apa yang di bawa oleh rasul hendaklah kamu mengikutinya, sedang yang dilarang, hendaklah kamu menjauhinya”. (Surah al-Hasyr, Ayat:7). Adalah diharapkan dengan adanya kandungan kurikulum pendidikan yang baik, matlamat untuk melahirkan insan mukmin yang soleh akan terlaksana.
Rujukan
Islam, PTS Milennia Sdn. Bhd.
Mas Udik Abdullah, (2008). ChildrenTo Heaven Menjadikan Anak Rindu Surga, Pro U Media.
Syaikh Yūsuf Muhammad al-Hasan, (2010).Pendidikan Anak Dalam Islam, Maktabah Abu Salma al-Atsari