• Tidak ada hasil yang ditemukan

BANK SIMPANAN NASIONAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BANK SIMPANAN NASIONAL"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK (Sila baca Penyata Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memohon Kad Debit/-i Visa BSN. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat am. Dapatkan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional jika anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma am).

BANK SIMPANAN NASIONAL

PRODUK : KAD DEBIT/-i VISA BSN TARIKH :

(Untuk diisi oleh Wakil Jualan / Cawangan)

1. Apakah produk ini?

Ini ialah Kad Debit/-i Visa, satu instrumen pembayaran yang membolehkan pemotongan terus dibuat daripada akaun simpanan anda (Giro/Giro-i) untuk pembelian barangan dan perkhidmatan di institusi perniagaan runcit dan perkhidmatan melalui rangkaian Visa atau di mana-mana rangkaian Bank Simpanan Nasional (BSN). Kad Debit/-i juga membolehkan anda membuat pengeluaran wang tunai dari mana-mana Mesin Teler Automatik (ATM) BSN, MEPS dan Visa PLUS di seluruh dunia. Pemegang Kad perlu mengekalkan akaun deposit di BSN supaya dapat dihubungkan dengan Kad Debit/-i anda. Sekiranya Pemegang Kad menutup akaun deposit ini, sebarang transaksi melalui Kad Debit/-i tidak dapat dilakukan.

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit/-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad.

2. Apakah ciri-ciri unik pada Kad Debit/-i Visa BSN?

Kad Debit/-i Visa BSN merupakan kad pertama yang mempunyai ciri 5 dalam 1 yang menggabungkan aplikasi pembayaran melalui Visa, Visa payWave dan Touch „n Go serta program-program kesetiaan BCard dan PLUSMiles.

Aplikasi pembayaran Visa dan ciri tanpa sentuh Visa payWave dalam satu kad yang membolehkan pemegang kad menikmati kebebasan transaksi tanpa tunai, mudah dan selamat untuk perbelanjaan harian anda. Kad ini juga dibina dengan aplikasi Touch ‘n Go bagi kemudahan pembayaran tol di lorong Touch „n Go dan SmartTAG hampir di kesemua lebuhraya di Malaysia.

Program Kesetiaan PLUSMiles ialah satu program kesetiaan pelanggan yang direka khusus oleh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) untuk menghargai pemegang Kad Debit/-I BSN yang menggunakan kad ini bagi pembayaran tol melalui Touch „n Go di lebuhraya-lebuhraya milik PLUS Berhad. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.plus.com.my.

.

Pemegang Kad juga akan serta-merta menikmati ganjaran dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Program Kad Setia BCARD. BCARD yang dimiliki dan diuruskan oleh BLoyalty Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Berjaya Corporation Berhad adalah program gaya hidup premier Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bcard.com.my.

3. Apakah manfaat yang saya perolehi dari produk ini? Point-of-Sale Purchases(POS)

Membuat pembelian di lebih 29 juta peniaga yang menggunakan perkhidmatan Visa di seluruh dunia. Anda juga boleh menggunakan kad ini untuk pembelian secara talian “online”, pendaftaran

pembayaran auto-bil dan apa-apa pembelian melalui pesanan mel-telefon di seluruh dunia.  Pengeluaran Tunai

Pengeluaran wang tunai di dalam dan di luar negara di lebih 1.4 juta mesin ATM yang memaparkan logo BSN, MEPS atau Visa Plus.

Diskaun & Keistimewaan

Menikmati pelbagai ganjaran dan keistimewaan termasuk diskaun dan tawaran dari BSN dan Visa serta rebat dan mata ganjaran melalui Program Kesetiaan PLUSMiles dan BCard.

(2)

Penggunaan Visa payWave Tanpa Sentuh

Hanya imbas untuk pembayaran yang cepat, mudah dan selamat.  Rekod Transaksi Dalam Talian

Semak rekod transaksi anda melalui laman Perbankan kami di www.mybsn.com.my. Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan Perbankan Dalam Talian BSN semasa permohonan kad atau kunjungi mana-mana cawangan kami.

Langkah-langkah Keselamatan

 Ciri-ciri keselamatan Cip Pintar EMV sedia ada.

 Kawal Had Pengeluaran Tunai Harian dan Had Pembelian Harian anda di mana-mana cawangan atau ATM BSN. Had pembelian harian telah ditetapkan pada RM1,000 bagi akaun dewasa dan RM500 bagi akaun remaja. Anda boleh menukar had pembelian ini kepada amaun antara RM0 ke RM10,000.

 Anda perlu mengaktifkan Fungsi Transaksi Luar Negara bagi membolehkan pengeluaran tunai dan pembelian di luar negara.

 Anda perlu mengaktifkan Fungsi Pembelian Atas Talian untuk membolehkan transaksi tersebut dilakukan. Pengaktifan Fungsi Transaksi Luar Negara dan Pembelian Atas Talian boleh dibuat melalui ATM BSN,MyBSN,Pusat Panggilan BSN ataupun di mana-mana cawangan BSN,

 Anda dinasihatkan supaya berwaspada terhadap risiko-risiko transaksi tidak sah sekiranya anda mengaktifkan Fungsi Transaksi Luar Negara dan Pembelian Atas Talian.

 Anda dinasihatkan untuk melayari laman sesawang yang selamat apabila melakukan sebarang pembelian atas talian.

 Anda juga boleh membatalkan Fungsi Transaksi Luar Negara dan Pembelian Atas Talian melalui ATM BSN, MyBSN, Pusat Panggilan BSN ataupun dimana-mana Cawangan BSN.

 Makluman melalui SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan tanpa sebarang kos apabila anda melakukan transaksi yang mencapai kriteria – kriteria tertentu atau melebihi jumlah had yang ditetapkan oleh Bank. Sila pastikan nombor telefon bimbit terkini anda berdaftar dengan BSN.

 Anda dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Panggilan BSN dengan kadar segera untuk membatalkan Kad Debit/-i anda sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian.

4. Apakah caj-caj lain yang perlu saya bayar?

Yuran dan Caj

Perkara Yuran / Caj

Yuran Tahunan

(Yuran tahunan akan dikenakan pada tarikh ulangtahun Kad. Ia tidak akan dikenakan pada tahun yang sama Kad dikeluarkan kepada Ahli Kad)

RM8

Yuran Pengeluaran/Pembaharuan Kad RM12 Penukaran/Naiktaraf dari Kad ATM atau Kad Debit/-i Matrix Visa

Electron BSN atau Kad Debit/-i Batman Visa BSN kepada Kad Debit/-i Visa BSN

RM12

Yuran Penukaran Kad

(Untuk kerosakan kad disebabkan kecuaian Ahli Kad, hilang atau dicuri)

RM12

PengeluaranTunai ATM: Domestik

(3)

 ATM di Bank-bank Tempatan yang lain melalui MEPS  ATM di Bank-bank Luar yang lain melalui MEPS Antarabangsa

 Rangkaian ATM melalui VISA PLUS

RM1/pengeluaran tunai RM4/pengeluaran tunai

RM12/pengeluaran tunai

Pertanyaan Baki ATM Percuma

Rekod Transaksi (Bagi 2 bulan terakhir)

Perbankan Dalam Talian (mybsn.com.my) Percuma

Pemindahan Wang melalui ATM bank-bank ahli MEPS RM1setiap transaksi Yuran Permintaan Semula Slip Jualan RM15 setiap salinan

Bayaran Penukaran untuk Urus Niaga Luar Negara Mengikut kadar pertukaran yang ditentukan oleh VISA + yuran transaksi dikenakan oleh VISA (bersamaan dengan 1%)

Nota:Semua Yuran dan Caj yang dikenakan ke atas Kad Debit/-i Visa BSN anda adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6% berkuatkuasa 1 April 2015.

5. Bolehkah saya menggunakan Kad Debit/-i saya untuk pembelian petrol di pam luar?

Ya, Kad Debit/-i Visa BSN boleh digunakan untuk pembelian petrol di pam luar. Semasa memasukkan kad ke dalam slot pembaca kad dan selesai membuat transaksi, jumlah pra-caj sebanyak RM200 – RM250 (tertakluk kepada sebarang perubahan pada masa depan) akan didebitkan dari akaun simpanan anda yang dihubungkan dengan Kad Debit/-i anda. Perbezaan jumlah asal dari pra-caj yang dikenakan akan dikembalikan kepada akaun anda setelah penyelesaian dilakukan oleh peniaga dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh urus niaga dilakukan. Anda dinasihatkan untuk membuat transaksi di kaunter juruwang jika tidak mengingini sebarang caj dikenakan.

6. Program Pembayaran Balik Yuran MEPS

Dapatkan pengeluaran tunai tanpa caj di mana-mana ATM MEPS tempatan melalui pendaftaran dengan mana-mana pelan yang ditawarkan dibawah Program Pembayaran Balik Yuran MEPS. Tertakluk pada Terma dan Syarat.

7. Apakah tanggungjawab saya?

a) Anda hendaklah menandatangani di belakang Kad Debit/-i Visa BSN sebaik sahaja menerima kad. b) Lindungi Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) anda.

(i) Jangan menulis nombor PIN anda pada Kad Debit/-i Visa BSN atau menyimpan bersama-sama dengan Kad Debit/-i anda.

(ii) Jangan menggunakan tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nombor telefon sebagai PIN atau kata laluan.

c) Anda hendaklah sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kehilangan atau kecurian Kad Debit/-i Visa BSN selain mendedahkan nombor (PIN) kepada sebarang individu.

d) Sebarang kehilangan, kecurian Kad Debit/-i Visa BSN atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga dan penggunaan Kad tanpa kebenaran hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Bank dengan menghubungi Pusat Panggilan BSN di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (luar negara).

e) Anda tidak boleh membenarkan atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN. Anda juga tidak boleh memindahkan, melepaskan kawalan dan pemilikan Kad serta menggunakannya untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh pihak Bank.

(4)

f) Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan jumlah wang di dalam akaun adalah mencukupi sebelum melakukan sebarang urus niaga.

g) Semak rekod transaksi anda dari masa ke masa melalui www.mybsn.com.my untuk memastikan urusniaga yang dilaksanakan adalah betul dan maklumkan kepada kami secara bertulis dalam tempoh 14 hari dari tarikh transaksi jika terdapat sebarang kesilapan atau ketinggalan. Jika tidak, transaksi tersebut akan dianggap tepat.

h) Ahli kad hendaklah menggunakan Kad Debit/-i Visa BSN secara bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan bagi mana-mana aktiviti tidak sah atau menyalahi undang-undang; menggunakan Kad untuk transaksi perjudian melalui Internet (untuk Kad Debit-i); atau menggunakan Kad untuk transaksi yang dilarang berdasarkan garis panduan Shariah (untuk Kad Debit-i).

i) Ahli kad tidak akan dipertanggungjawabkan keatas kerugian yang disebabkan oleh urusniaga e-perbankan, debit langsung atau kad tidak dikemukakan melainkan Bank dapat membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa:

a) Ahli kad bertindak secara „fraud‟.

b) Ahli kad gagal untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang telah dimaklumkan oleh Bank kepada Ahli kad:

(i) Sengaja atau tidak sengaja mendedahkan identiti akses (ID) dan kod laluan kepada mana-mana orang lain melalui e-mel yang tidak diminta atau mana-mana laman web selain daripada laman web rasmi Bank (BSN);

(ii) Ahli kad gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan peranti keselamatan selamat pada setiap masa; atau

(iii) Ahli kad gagal melaporkan kebocoran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan kadar segera.

c) Ahli kad gagal menjalankan kewajipannya untuk melaporkan sebarang transaksi yang tidak sah kepada pihak Bank dengan kadar segera apabila Ahli kad menyedari tentang transaksi tersebut. 8. Bagaimana jika saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya?

Pemegang Kad hendaklah sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kehilangan Kad Debit/-i atau PIN anda. Jika Pemegang Kad mendapati Kad Debit/-i anda hilang atau dicuri, anda hendaklah memaklumkan kepada BSN dengan kadar segera dan kemudiannya mengemukakan salinan laporan polis. Tanggungan maksimum untuk transaksi tanpa kebenaran yang disebabkan dari kehilangan atau kecurian kad adalah tidak melebihi RM250.00 (dengan syarat anda tidak melakukan penipuan / menyalahi undang-undang).

9. Apakah risiko-risiko utama?

Anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada kami dengan kadar segera sebaik sahaja anda menyedari Kad Debit/-i anda hilang/dicuri atau ada transaksi yang tidak sah telah dilakukan menggunakan Kad Debit/-i anda bagi membolehkan kami menyekat penggunaan dari kad tersebut dengan serta merta.

10. Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?

Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada Bank dengan kadar segera jika terdapat perubahan pada maklumat peribadi bagi memastikan semua urusan surat-menyurat anda diterima tepat pada masanya. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi di mana-mana cawangan kami atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900.

11. Apa yang perlu saya lakukan jika Transaksi Pembelian Atas Talian ataupun Luar Negara tidak berjaya?

Anda perlu mengaktifkan Fungsi Pembelian Atas Talian dan Fungsi Transaksi Luar Negara bagi membolehkan transaksi ataupun penggunaan tersebut dibenarkan. Pengaktifan boleh dilakukan melalui ATM BSN,MyBSN,Pusat Panggilan BSN ataupun di mana-mana cawangan BSN,

(5)

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Kad Debit/-i Visa BSN, sila layari laman web www.mybsn.com.my. Untuk sebarang aduan rasmi atau pertanyaan lanjut, sila hubungi/faks /tulis

kepada kami di:

Jabatan Perniagaan Kad / Bank Simpanan Nasional,

Tingkat Bawah, Blok A, 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 603- 2142 5258

Faks: 603- 2141 1291 Email: customercare@bsn.com.my

Jika jawapan kami untuk pertanyaan atau aduan anda tidak memuaskan,anda juga boleh mengemukakan aduan anda kepada LINK Bank Negara Malaysia atau TELELINK:

Blok D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato‟ Onn, 50450 Kuala Lumpur. Tel : 1-300-88-LINK (5465)

Faks : 603-2174 1515 E-mail : bnmtelelink@bnm.gov.my

13. Apakah produk Kad Debit/-i lain yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional?

BSN turut menawarkan produk Kad Debit/-i Batman Visa. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mybsn.com.my.

Referensi

Dokumen terkait

Sebagaimana disampaikan Kepala Biro Pembinaan dan Pengawasan Sistem Resi Gudang dan Pasar Lelang Komoditas, Badan Pengawas Perdagangan Berjangka Komoditi (Bappebti), Retno

Gabungan kelompok tani (GAPOKTAN) adalah kumpulan dan beberapa kelompok tani yang mempunyai ke pentingan yang sama dalam pengembangan komoditas usaha tani tertentu untuk menggalang

Gambaran histopatologi hasil pewarnaan AgNOR dari sel tumor glandula mammae kelompok kontrol positif (perbesaran 100x10) : contoh AgNOR (titik hitam dalam sel), terlihat

Upah yang haram adalah upah yang diperoleh dari pekerjaan yang dilarang oleh agama. Karena dapat mengandung bahaya dan kerusakan baik bagi dirinya maupun orang lain. Upah yang

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilaksanakan dari pra tindakan, siklus I, dan siklus II setelah digunakannya metode pem- belajaran Index Card Match (ICM),

Pegawai khidmat pelanggan Toyota '24SEVENROAD ASSIST' akan menghubungi anda semula untuk memaklumkan nama pegawai perkhidmatan 24SEVEN, nombor telefon dan nombor pendaftaran

3.3 Jika kegunaan Premis Pengguna telah diubah atau Premis Pengguna sedang diubah suai, tidak termasuk pengubahsuaian kecil, Pemegang Lesen Pengagihan Airberhak

1) Form utama: merupakan form gerbang utama atau pembuka pada saat pertama kali user akan menggunakan aplikasi koreksi ljk hasil uas kelas X di SMAN 7 Plus