• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOR HAYATI BT ISMAIL NO. KAD PENGENALAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NOR HAYATI BT ISMAIL NO. KAD PENGENALAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK TAJUK:

TEORI PERKEMBANGAN FISHER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA IMPLIKASI KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

___________________________________________________________________________ NAMA PELAJAR:

NOR HAYATI BT ISMAIL

NO. KAD PENGENALAN

751112-03-5716

(No. Telefon: 017-9102975)

NO. MATRIK:

751112035716002

(2)

1.0 PENGENALAN

Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ia bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ia berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea.Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuatmetafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi‟. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring

something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan

mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.

Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.

(3)

Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)Beliau mencadangkan Ujian IQ

bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

Menurut June King McFee, beliau mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.

Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dandimensi lain (analogi).

Apa yang lebih menariknya tentang kreativiti ini ialah seseorang kanak-kanak itu akan mencuba untuk menghasilkan satu idea yang menarik dan yang lebih baru dari yang sedia ada iaitu mampu mencipta sesuatu yang baru yang belum dicipta oleh orang lain dan mampu menarik perhatian audien tentang apa yang dihasilkan. Menghasilkan benda yang baru bukanlah mudah dan memerlukan pengertian yang sebenarnya tentang kreativiti dan idea yang dijana itu hendaklah sesuatu yang baru dan tiada peniruan dari pihak lain.

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

(4)

2.0 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER

Perkembangan Kreativiti Fisher terbahagi kepada 5 iaitu:

(a) Peringkat Rangsangan

Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan

Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

(c) Peringkat Perancangan

Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: • Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya.

• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti

Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti „‟Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?‟‟

(e) Kajian Semula

Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.

Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

(5)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KELAS : TAHUN 4

MATAPELAJARAN : Pendidikan Seni Visual

BIDANG : Membuat corak dan Rekaan

TEMA/TJUK : Kad ucapan Hari Jadi

TEKNIK : Guntingan dan tampalan

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid-murid pernah melihat dan menerima kad ucapan Harijadi.

Hasil Pembelajaran : Aras 1

i) Mencorak dengan menggunakan elemen asas seni reka seperti garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang melalui penerokaan.

Aras 2

i) Menyusun motif mengikut grid untuk menghasilkan corak.

Aras 3

i) Menghasilkan corak untuk dijadikan seperti penanda buku, pembalut hadiah, kad ucapan dan bekas.

ii) Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat :-

1. Menghasilkan corak dengan menggunakan pelbagai teknik, bahan dan alat.

2. Menggunakan motif geometri sebagai corak pada

kad ucapan.

KBKK : Mengenalpasti, membanding beza , menjana idea dan menghubungkait.

PENERAPAN NILAI : Menghargai estetika, sabar, tekun dan berhati-hati

(6)

ALAT BANTU MENGAJAR : Sukatan Pelajaran PSV KBSR, Huraian Sukatan Pelajaran ,PSV Tahun 4, Rancangan Tahunan PSV KBSR, Pelbagai Kad Ucapan

ALAT DAN BAHAN-BAHAN : Gunting, kertas warna, kad manila ,gam ,LCD , Laptop , pembesar suara.

PROSEDUR

Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Perkembangan Fisher,Teori kecerdasan Pelbagai, Kaedah Sumbang Saran (Brainstorming),dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.

Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru memulakan aktiviti dengan set induksi mengaitkan sambutan hari ulang tahun dengan kad ucapan. Guru menunjukkan cara dan membimbing murid dalam proses membuat topeng. Guru juga menerapka Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu mengenalpasti,membandingbeza,menjana idea dan menghubungkait.

Refleksi guru

Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menghasilkan kad ucapan hari jadi. Pelbagai kad ucapan hari jadi telah dapat dihasilkan. Pelajar telah Berjaya membuat penerokaan bahan. Objektif tercapai dengan jayanya.

Perkembangan kreativiti Fisher beserta aras soalan yang mencapai aras kritikal dan menguji minda kanak-kanak mengikut aras soalan Taksonomi Bloom

(7)

Aras soalan Taksonomi Bloom

pengetahuan Nyatakan,namakan,terangkan,labelkan

1. Apakah acara yang diraikan dengan menggunakan kek? 2. Apakah lagu yang biasa dinyanyikan semasa sambutan hari

ulangtahun?

3. Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hari jadi seseorang?

Kefahaman Pilih,terangkan,tulis semula

1. Terangkan alat-alat atau bahan yang digunakan untuk menghasilkan corak membuat kad ucapan hari jadi?

aplikasi Selesaikan,ramalkan,cari,kesilapan,

1. Jelaskan cara untuk membuat kad ucapan hari jadi dengan menggunakan bahan-bahan yang kamu dapat?

analisis Bezakan, pastikan pilih

1. Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?

sintesis Bina,hasilkan,susun,kembangkan

1. Bagaimana harus kita hias kad ucapan hari jadi boleh juga menjadi kad penanda buku?

penilaian Pilih,kritik,berikan alas an,buktikan

1. Berikan alasan kamu kenapa memilih corak karya sebegitu?

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran di atas, sesi induksi cuba untuk menerapkan peringkat ransangan dimana pemikiran kreatif diransang dengan guru meletakkan sebiji kek di atas meja dengan mengingatkan murid tentang hari jadi atau hari ulang tahun seseorang murid dalam kelas. Sewaktu guru menjemput dan meminta murid menyanyikan Lagu „Selamat Hari Jadi‟,secara tidak langsung pemikirn murid telah teransang dengan perasaan ingin tahu serta membuat analisa tentang sambutan hari jadi berkenaan.

(8)

Guru boleh membuat sesi soaljawab dengan murid berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu Pengetahuan seperti contoh:

1. Apakah acara yang diraikan dengan menggunakan kek?

2. Apakah lagu yang biasa dinyanyikan semasa sambutan hari ulangtahun? 3. Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hari jadi seseorang? Dengan itu, murid menyedari bahawa berbagai cara boleh dilakukan untuk meraikan hari jadi seseorang. Jadi mudahlah untuk guru meransang murid-murid dengan mengaitkan sambutan hari jadi dengan isi pembelajaran. Di sini, guru membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap tajuk yang ingin dipelajari.soalan-soalan yang diajuka oleh guru seperti di atas boleh merangsag minda murid dengan dipelajari.soalan-soalan kritikal.

Seterusnya perkembangan Kreativiti Fisher yang kedua iaitu peringkat penerokaan memerlukan seseorang murid untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat ransangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalah yang timbul. Pada peringkat ini juga murid-murid berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai taknik,cara dan gaya. Setelah guru menerangkan tajuk pelajaran, guru menerangkan juga alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan corak pada kad ucapan.sebelum itu guru menyoal murid dengan aras Taksonomi Bloom iaitu aras soalan kefahaman:

1. Terangkan alat-alat atau bahan yang digunakan untuk menghasilkan corak membuat kad ucapan hari jadi?

Seterusnya peringkat perkembangan Fisher diikuti dengan peringkat perancangan. Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Pada peringkat Perancangan ini guru menunjukkan beberapa contoh kad ucapan hari jadi yang telah siap,yang ditampal dengan corak geometri. Teknik guntingan dan lipatan digunakan untuk menghasilkan corak geometri pada kad ucapan. Guru menjelaskan mengenai corak geometrid an menunjukkan beberapa contoh kepada murid. Guru juga menunjukkan cara melipat ,menggunting dan menampal corak di atas kad. Di sini guru boleh memberikan soalan Taksonomi Bloom iaitu soalan aras aplikasi yang menguji minda kanak-kanak iaitu:

1. Jelaskan cara untuk membuat kad ucapan hari jadi dengan menggunakan bahan-bahan yang kamu dapat?

(9)

Pada peringkat murid menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis apabila murid menilai, mengenalpasti, dan membanding beza. Aktiviti pada peringkat perancangan ini dilakukan melalui 3 cara iaitu perancangan secara verbal iaitu murid telah melalui proses perbincangan tentang alat atau bahan yang ingin digunakan permerhatian iaitu murid memerhati tentang cara untuk membuat kad ucapan hari jadi dan berinteraksi untuk cuba memahaminya.

Di sini,guru cuba menjelaskan mengenai corak geometri dan menunjukkan beberapa contoh kepada murid.setelag guru mengedarkan kepada murid sekeping kad dan kertas warna,serta menunjukkan cara melipat ,menggunting dan menampal corak di atas kad.

Akhir sekali perkembangan Fisher yang terakhir iaitu peringkat Kajian semula.

Seterusnya perkembangan kreativiti krisher diikuti dengan peringkat Aktiviti. Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui soalan-soalan analisis dan sintesis mengikut aras soalan-soalan Taksonomi Bloom iaitu :

Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?

Bagaimana harus kita hias kad ucapan hari jadi boleh juga menjadi kad penanda buku?

Pada langkah 3, iaitu peringkat aktiviti, murid digalakkan menggunakan pelbagai jenis warna mengikut kreativiti dalam penghasilan lipatan dan guntingan. Guru memantau dan membimbing murid mengemaskini penanda buku yang telah siap dianyam. Ini kerana idea timbul apabila kad ucapan hari jadi boleh juga digunakan sebagai penanda buku. Murid melakukan aktiviti mengemas,menghias,menebuk lubang,dan mengikat reben mengikut kreativiti masing-masing.

Akhir sekali masuklah peringkat pengajaran dan pembelajaran terakhir yang mana dikaitkan juga dengan teori perkembangan Fisher iaitu peringkat Kajian semula. Peringkat ini juga boleh dikategorikan sebagai apresiasi,kritikan seni dan nilai estetika. Langkah akhir ini guru memilih seorang daripada setiap kumpulan untuk menerangkan karya masing-masing. Guru juga menjelaskan elemen asas Seni Reka dalam karya. Murid diminta menyatakan perasaan masing-masing semasa melakukan aktiviti seni.

(10)

Di sini soalan yang beraras Taksonomi Bloom diguna pakai iaitu soalan peringkat penilaian : Berikan alasan kamu kenapa memilih corak karya sebegitu?

Peringkat perkembangan Fisher yang terakhir iaitu peringkat Kajian semula ini,menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini,pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

3.0 Analisis 5 peringkat Rangsangan Penerokaan, Perancangan, Aktiviti Dan Kajian Semula Dan Dikaitkan Dengan Perkembangan Diri Kanak-Kanak iaitu Sosial, Fizikal,Emosi.

Melalui hasil analisa yang dibuat ke atas pelajar tahun 4 dalam pengajaran dan pembelajaran seni di atas, jelas membuktikan bahawa pemikiran murid-murid telah diransang melalui kek dan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi tersebut. Dengan ini secara tidak langsung murid mempunyai daya ingin tahu yang tinggi melalui sesi soaljawab. Mereka buka sahaja berani ,bahkan sensitif dan peka kepada soalan-soalan yang diajukan. Begitu juga dengan kek yang disediakan oleh guru membolehkan murid peka bahawa mestilah sambutan hari jadi dengan menyanyikan lagu selamat hari jadi, Melalui teori ini juga perkembangan kreativiti dan ciri-ciri positif individu setiap kanak-kanak dapat dilihat secara perlahan-lahan.

Pada peringkat penerokaan berdasarkan Teori Perkembangan Fisher, murid cuba untuk menjadikan Kad Selamat Hari Lahir disesuaikan sebagai kad penanda buku. Murid cuba untuk membuat kad penanda buku yang sangat menarik setelah mendapat penerangan daripada guru. Kad-kad yang dihasilkan oleh murid sangat menarik mengikut kemampuan kreativiti mereka sendiri. Di sini murid berkreativiti bercirikan idea yang asli dan tulen. Murid diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan untuk memberikan peluang kepada murid menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. Sehubungan itu,hasil kad yang murid cipta adalah berbeza.

(11)

Semasa menjalankan aktiviti pada peringkat penerokaan mengikut Teori Fisher, aktiviti dirancang dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir dan meneroka. Murid tidak boleh diberi tekanan yang melampauuntuk melengkapkan aktiviti seni visual mereka kerana ia boleh membunuh minat murid terhadap seni visual. Maknanya emosi murid terpelihara.

Berdasarkan analisis 5 perkembangan Teori Fisher juga tahap perkembangan diri kanak-kanak dari segi sosial, fizikal , dan emosi dapat dikaitkan. Semasa peringkat kajian semula, pameran karya murid boleh meransang murid untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. Guru juga perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini juga guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalam menghasilkan karya seni visual mereka.

4.0 Kaitan aktiviti pembelajaran dengan Perkembangan Kreativiti (keaslian, kelancaran, keanjalan dan kepekaan)

Peringkat Rangsangan

Guru merangsang murid tahun 4 dengan meletakkan sebiji kek harijadi dengan mengadakan sesi soal jawab 2 hala:

1. Apakah acara yang diraikan dengan menggunakan kek?

2. Apakah lagu yang biasa dinyanyikan semasa sambutan hari ulangtahun? 3. Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hari jadi seseorang?

Melalui analisa yang dibuat lebih kurang 32 orang murid boleh menjawab soalan tersebut berbanding 4 orang murid yang masihntidak berani untuk cuba menjawab. Mengikut teori fisher peringkat rangsangan ini, murid-murid menjawab dengan lebih lancer. Biasanya murid yang kreatif ini tidak mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Jadi dengan sepantasnya memikirkan yang bberkaitan dengan hari jadi.

(12)

Peringkat Penerokaan

Soalan yang dikemukan oleh guru pada peringkat penerokaan adalah;

1. Jelaskan cara untuk membuat kad ucapan hari Lahir dengan menggunakan bahan-bahan yang kamu dapat?

Dalam peringkat ini murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk membuat kad ucapan hari lahir. Dengan memberikan peluang kepada murid untuk memilih alatan dan bahan tersebut, ia member peluang kepada murid untuk menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. Secara tidak langsung, ia juga member eluang kepada murid untuk mengatur dan menetapkan gaya hasil karya mereka dalam menghasilkan kad ucapan hari lahir.

Peringkat Perancangan.

Melalui analisis yang dilakukan, soalan yang dikemuka oleh guru adalah seperti beriku: 1. Jelaskan cara untuk membuat kad ucapan hari jadi dengan menggunakan bahan-bahan

yang kamu dapat.

Pada peringkat ini ,kelancaran golongan murid yang kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Di sini murid-murid akan pandai dan bijak merancang agar kad ucapan hari lahir dirancang dengan selamat dan berjalan lancer. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

Peringkat Aktiviti

Guru cuba memberi cadangan bahawa kad ucapan hari lahir boleh juga disesuaikan menjadi kad penanda buku. Soalan yang dikemuka oleh guru menunjukkan keanjalan menyesuaikan dirinya dalam keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan yang optimis. Contoh soalan tersebut:

Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?

Bagaimana harus kita hias kad ucapan hari jadi boleh juga menjadi kad penanda buku?

Murid juga dilihat seorang yang kreatif seperti bersifat fleksibel contohnya juga,jika berlaku kemalangankecil semasa menjalankan aktiviti seni mereka tidak mudah cepatpanik malahan cepat bertindak meredakan keadaan dan cuba menyelesaikan secepat yang boleh mengikut keadaan dan kesesuaian.

(13)

Peringkat Kajian semula

Berdasarkan analisa yang dijalankan dalam peringkat kajian semula, soalan yang dikemuka adalah seperti:

Berikan alasan kamu kenapa memilih corak karya sebegitu?

Kanak-kanak sememangnyacepat bosan dan mudah putus asa. Oleh itu guru pendidikan seni visual perlu terus memberika semangat dan rangsangan motivasi. Pada peringkat ini elakkan mengkritik keterlaluan sehingga murid patah semanagt. Murid yang menghasilkan kad

penanda buku yang bagus diberikan penghargaan .contohnya guru menganugerahkan markah yang adil beserta pujian untuk meningkatkan lagi semangat dan motivasi untuk murid terus meminati pendidikan seni visual. Peringkat ini juga melatih murid supaya bersifat

terbuka.murid dengan lapang dada untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sifat bebas dan demokratik.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulan hasil dari penelitian, penyelidik mendapati kemahiran menjana idea secara kreatif dan inovasi bagi penghasilan ucapan hari lahir beserta juga kad penanda buku mempunyai pertalian yang penting dengan teknik dan sumber bahan yang digunakan. Perkaitan ini dapat dibahagikan kepada empat disiplin utama. Empat disiplin tersebut harus dijadikan teras bagi kemahiran menjana idea secara kreatif dan inovasi. Empat disiplin

tersebut termasuklah pemahaman visual, latihan yang berkaitan unsur seni dan prinsip rekaan, kefahaman dalam organisasi rekaan, kajian teori dan analisis yang berkaitan dengan aspek visual set pementasan dan seni persembahan teater secara keseluruhan.

Kesimpulannya juga, kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.

(14)

BIBLIOGRAFI

Mohd. Azhar Abd.Hamid (2004),Kreativiti:Konsep dan Teori Praktis.Johor.Universiti Teknology Malaysia

Mohd Johari Ab.Hamid (2004), Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim : UPSI

Laman web: http://imann9969.blogspot.com/ http://senivisual1.blogspot.com/ http://cikgusenitokai.blogspot.com/ http://psvspm.blogspot.com/ http://senivisual2.blogspot.com/2009/12/arts-education-for-changing-world.html http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/05/6-seni-dan-perkembangan-kanak-kanak.html http://www.sabah.edu.my/itma128/Kreativiti&Estetika.html http://notapismp.blogspot.com/2010/07/kanak-kanak-dan-seni.html http://zulprasekolah.blogspot.com/ http://achikkini.blogspot.com/2010/08/ulangkaji-soalan-hbae1203-perkembangan.html http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html http://zali-mrj.blogspot.com/2011/08/kuliah-2-kanak-kanak-dan-seni.html http://seluascitasegunungharapan.blogspot.com/2010/04/kepentingan-aktiviti-dan-kreativiti.html

Referensi

Dokumen terkait

Begitu penjamasan usai dan tim penjamas keluar dari cungkup astana ageng , sesepuh Kadilangu “disongsong” oleh ribuan pengunjung di luar. Mereka berebut bersalaman dengan sesepuh

[r]

Research Problem Workflow Reusability Workflow metadata Process Mining Event Log...

Sedangkan ruang lingkup wilayah pada penelitian ini adalah Kawasan Hutan Mangrove Tugurejo (KHMT) yang secara administratif berada di Wilayah Kelurahan Tugurejo,

Di akhir tulisan ini disimpulkan, bahwa: pertama, kekuatan hukum sertifikat hak atas tanah merupakan jaminan kepastian hukum dari sertifikat sebagai alat bukti

Pada bagian ini akan dibahas perkembangan ternak sapi Brahman Cross sesuai dengan pembagian regional oleh penulis, yaitu regional Sumatera (Sumatera Utara, Riau,

Berdasarkan analisis kebutuhan yang dilakukan dapat dikemukakan bahwa kebutuhan isi terhadap pengembangan buku pengayaan menulis cerita anak bermuatan nilai

Pada sistem arus tiga fasa, daya yang disalurkan sama dengan jumlah daya pada masing-masing fasanya, sehingga hasil pengukuran dengan menggunakan clamp meter dengan