• Tidak ada hasil yang ditemukan

ETIKA DAN PROFESIONALISME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ETIKA DAN PROFESIONALISME"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI SAINS KESIHATAN,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

HHHC9401 – KEMAHIRAN NILAI, SIKAP,

ETIKA DAN PROFESIONALISME

NAMA: NUR ALIYA BINTI MOHD JONED

NO. MATRIK: A144621

(2)

KANDUNGAN

BAB 1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

1.2 Kepentingan HC Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme 1.3 Pengenalan program

BAB 2.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

2.1. Persediaan Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014

2.11 Pengenalan skop kerja

2.12 Mesyuarat

2.13 Simulasi Running Radiographer Maze dan raptai

2.2 Sekitar Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014

BAB 3.0 PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI

(3)

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

Nilai: Ukuran kepada sesuatu sifat, keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.

Sikap: Perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat (fikiran) atau dalam istilah bahasa Inggeris pula disebut sebagai “attitude” yang membawa maksud satu cara penterjemahan terhadap perasaan, pemikiran dan tingkah laku.

Etika: Ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan

Profesionalisme: Sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.

1.2 Kepentingan HC Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

Kepentingan kemahiran insaniah ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang mengamalkan standard nilai, sikap dan etika yang tinggi di samping profesional dalam melakukan sebarang tugas. Kemahiran ini juga penting untuk menanamkan kesedaran kepada mahasiswa tentang peranan dan tanggungjawab kepada

masyarakat dengan mempraktikkan nilai dan sikap yang boleh dicontohi, juga etika dan profesionalisme yang tinggi.

(4)

1.3 Pengenalan Program

Program: Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 Tarikh: 8 November 2014 (Sabtu)

Tempat: UKM Kampus Kuala Lumpur Tema: “Advancing Imaging, Healing Globally”

Matlamat: Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sambutan hari radiografi sedunia Objektif:

 Mempromosikan sambutan hari radiografi sedunia kepada orang awan dan kepentingan yang diperoleh dari sambutan ini.

 Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dengan masyarakat luar sebelum menempuh alam klinikal serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

(5)

 Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dengan mahasiswa/i dari institusi pengajian tinggi yang lain serta berkongsi pengalaman dan ilmu yang dipelajari.

2.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

2.1 Persediaan Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 2.11 Pengenalan skop kerja

Saya selaku ahli jawatankuasa (AJK) program untuk program Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014, bersama-sama dua lagi AJK dan dua orang Exco bertungkus lumus untuk menjayakan sambutan ini. Skop kerja kami meliputi persediaan sebelum, semasa dan selepas program. Skop kerja kami yang luas dengan tenaga kerja kami yang sedikit memberikan kesulitan kepada kami. Namun begitu, dengan sikap profesionalisme saya dan rakan-rakan, tugas-tugas itu dapat disiapkan dengan jayanya dan pada waktu yang ditetapkan. Kami juga dapat mencapai kata sepakat setiap masa kerana sikap profesionalisme kami yang menghormati pendapat ahli-ahli selain bertolak ansur antara satu sama lain.

2.12 Mesyuarat

Terdapat empat mesyuarat formal (bersama pensyarah dan ahli kelab Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi) dan beberapa mesyuarat tidak formal (bersama sekreteriat program). Perkara yang berbangkit ketika mesyuarat formal ialah: Mesyuarat pertama: 8 September 2014

i. Mengubah tentatif kasar program dengan menggantikan aktiviti yang hendak dijalankan pada hari program.

ii. AJK hendaklah merancang aktiviti yang menarik untuk peserta. Mesyuarat kedua: 23 September 2014

i. Menyediakan tentatif program yang lengkap Mesyuarat ketiga: 8 Oktober 2014

i. Pembentangan tentatif program.

(6)

iii. VIP perlu tunggu sehingga forum berlangsung pada hari kejadian. iv. Perubahan tajuk forum.

v. Minum pagi untuk peserta perlu dibuang.

vi. Aktiviti waktu petang- Running Radiographer Maze. vii. Dalam satu kumpulan ade 10 peserta, satu fasilitator.

viii. Check point untuk Running Radiographer Maze ialah makmal, DK, TIBE, FARMASI.

ix. Perlukan surat kebenaran untuk menggunakan phantom. x. Perlu membuat simulasi game.

xi. Untuk pembentangan, pascasiswazah sebagai fasilitator. Mesyuarat keempat: 31 Oktober 2014

i. Exco program membentangkan tentatif kesuluruhan semasa hari kejadian. ii. Exco program meminta semua exco dan AJK terlibat dalam raptai yang

akan dijalankan pada Jumaat 7/11, 5.00 petang.

iii. Semua pelajar tahun dua akan mengadakan simulasi running radiographer maze pada hari khamis 6/11.

iv. Perkara berbangkit- peserta dalam pertandingan pitching adalah pelajar PDR tahun 4 dan exco program bertanggungjawab untuk menghantar emel kepada mereka kerana pascasiswazah tidak dapat menghadirkan diri pada hari kejadian.

Perbincangan mengenai perkara berbangkit bersama penasihat program, Pn Noraniza Azmi

(7)

Melalui mesyuarat ini, saya dapat memupuk nilai dan etika yang tinggi dalam diri saya. Saya mempraktikkan nilai dan etika yang baik apabila berurusan dengan pensyarah, antaranya bercakap dengan lebih sopan dan lebih profesional. Walaupun berlaku pencanggahan pendapat antara kami dan pensyarah, kami dapat

menyelesaikan dengan cara yang baik kerana kesedaran yang tinggi terhadap nilai dan etika.

Mesyuarat tidak formal bersama sekreteriat program yang lain berlangsung di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), selalunya diadakan pada waktu malam. Perkara yang dilakukan ketika mesyuarat ini adalah perbincangan kepada perkara berbangkit di atas, penyediaan tentatif program, dan penyediaan alatan-alatan untuk hari kejadian. Pada waktu ini, saya menggunakan etika yang berbeza berbanding apabila berurusan dengan pensyarah. Mesyuarat ini lebih tenang dan ringkas kerana perbincangan bersama rakan-rakan yang rapat. Walaupun tidak menggunakan etika yang tinggi, saya tetap menjaga adab dan sikap agar disenangi rakan-rakan saya. Selain itu, saya dan rakan-rakan amat profesional dalam melakukan tugasan kami agar mesyuarat itu tidak menyimpang dari tujuan sebenar.

Mesyuarat ini diadakan pada waktu malam, antara pukul 8 hingga 10 malam.

Namun begitu, kehadiran setiap sekreteriat amat memberangsangkan

Saya mendengar dengan teliti dan mencatit apa yang perlu diambil kira

(8)

2.13 Simulasi Running Radiographer Maze dan Raptai

Pada hari Rabu, 5 November 2014, sekreteriat program telah menjalankan simulasi explorace untuk Sambutan Hari Radiografi Sedunia yang dinamakan Running

Radiographer Maze. Simulasi ini diadakan di padang KTSN. Menurut mesyuarat yang lepas, kami menetapkan 6 November untuk membuat simulasi. Namun begitu,

terdapat beberapa masalah sehingga kami menukar tarikh aktiviti ini.

Taklimat ringkas oleh AJK program sebelum simulasi

(9)

Penglibatan rakan-rakan saya amat menggalakkan. Namun begitu, ada segelintir daripada mereka tidak turun untuk membantu dalam menjayakan simulasi ini. Mereka memberikan alasan untuk menyiapkan tugas-tugas sekreteriat mereka. Sebagai

seorang yang profesional, saya tidak menunjukkan ketidakpuasan hati saya kepada rakan-rakan yang lain. Perasaan peribadi ini sepatutnya disimpan supaya tidak menimbulkan suasana yang tegang.

Saya menggunakan komunikasi yang sesuai untuk memberikan taklimat agar mereka semua faham dan dapat menerima arahan saya. Komunikasi yang baik merupakan etika yang perlu dipupuk dalam diri setiap orang. Selain itu, sikap toleransi antara satu sama lain dapat menjayakan aktiviti ini, seterusnya memberikan persediaan yang terbaik untuk menghadapi Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 kelak.

(10)

Pada hari Jumaat, sehari sebelum program berlangsung, setiap jawatankuasa telah terlibat dalam raptai penuh. Saya diberikan tugas untuk menyediakan tempat dan peralatan untuk explorace. Tempat-tempat yang terlibat dalam aktiviti ini adalah di sekitar UKM kampus KL, antaranya Makmal Utama PDR, T1BE, Farmasi Komuniti dan Dewan Kuliah 2.

Kami juga ada membuat simulasi ringkas mengenai permainan yang tidak dapat dilakukan ketika di padang KTSN, seperti permainan di atas. Saya selaku ketua untuk simulasi pada hari itu berjaya mengendalikannya. Terdapat sedikit percanggahan

Salah satu stesen explorace yang dinamakan “It’s time to learn!”. Stesen ini

(11)

pendapat antara saya dan rakan-rakan yang terlibat dalam simulasi ini kerana mereka berasa peraturan permainan yang asal tidak sesuai. Jadi saya telah mempraktikkan etika yang baik dan bersikap profesional dengan menimbang-balik peraturan sedia ada. Peraturan itu kemudiaannya diolah mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan simulasi yang dilakukan.

2.2 Sekitar Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014

Pada waktu pagi, saya terlibat dalam penyediaan tempat untuk majlis formal. Saya telah membantu rakan-rakan saya untuk menggantung poster sempena

pertandingan poster yang merupakan salah satu aktiviti untuk program ini.

Setelah itu, saya berkejar ke pintu masuk UKM kampus KL untuk menyambut tetamu daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar. IPT yang dapat hadir ialah Kolej KPJ, Universiti Kuala Lumpur (UniKl), Kolej Vision dan Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU). Ada di antara IPT-IPT ini tiba lewat sehingga saya dan AJK lain terpaksa menunggu terlalu lama. Namun begitu, kami bersikap profesional dalam mengendalikan hal ini dan tidak menunjukkan kemarahan sedikit pun kepada mereka. Mereka ibarat tetamu yang melawat ke rumah kita. Jadi, saya sedar bahawa saya perlu menjaga nama baik universiti kesayangan saya. Saya telah menunjukkan nilai dan etika yang tinggi ketika berurusan dengan mereka agar mereka berasa senang mengikuti program ini seterusnya dapat mengharumkan nama UKM.

Pada sebelah petang pula, semua sekreteriat program telah terlibat dalam

mengendalikan Running Radiographer Maze. Saya menjalankan tugas saya sebagai

Perbincangan ringkas sebelum menampal poster

(12)

pemantau untuk setiap stesen bagi memastikan setiap stesen tidak mempunyai masalah dan aktiviti boleh berjalan dengan lancar. Kami berlima berhubung melalui walkie-talkie supaya perjalanan aktiviti ini selaras dengan arahan yang diberikan oleh Exco kami.

(13)

Sekitar aktiviti Running Radiographer Maze

(14)

Melalui aktiviti ini, saya dapat belajar untuk bekerja secara profesional. Tugas saya agak memenatkan kerana perlu berkejar dari satu stesen ke stesen yang lain.

Walaubagaimanapun, saya tetap menjalankan tugas saya tanpa merungut atau

melakukannya secara sambil lewa. Dalam masa yang sama, saya menerapkan nilai, etika dan sikap yang mulia dalam diri saya kepada rakan-rakan dan kenalan-kenalan yang baru agar saya sentiasa positif menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

3.0 PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI

Melalui program yang setahun sekali diadakan ini, saya telah banyak mempelajari sesuatu yang baru mengenai kerja berorganisasi. Setelah saya terlibat dalam organisasi ini, saya berasa saya lebih profesional dalam mengendalikan sebarang situasi atau masalah yang timbul. Tambahan pula, saya telah mempelajari etika kita bersama rakan-rakan dan pensyarah haruslah berbeza supaya lebih menjalinkan kemesraan tanpa berasa canggung atau tidak selesa.

Pengalaman yang saya dapat melalui program ini amat manis untuk dikenang. Walaupun terdapat beberapa konflik dalam organisasi ini, saya dapat mengatasinya secara

profesional kerana saya menganggap setiap organisasi mesti ada pahit manis yang membuatkan kita lebih menghargai persahabatan yang terjalin. Selain itu, melalui pengalaman ini, saya mendapat beberapa pengajaran untuk kehidupan saya dan dapat menerapkan nilai-nilai murni serta etika yang baik.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, program yang saya ikuti ini memberikan saya kesedaran untuk sentiasa menerapkan nilai, etika dan sikap yang terbaik kepada masyarakat. Selain itu, ia juga melatih saya untuk lebih profesional dan memberikan persediaan apabila saya bekerja kelak.

Melalui kemahiran insaniah nilai, sikap, etika dan profesionalisme ini, saya mempelajari kemahiran ini amat penting untuk seseorang manusia khususnya mahasiswi seperti saya, agar dapat berbakti kepada masyarakat seterusnya berjaya dalam bidang yang saya ceburi.

Referensi

Dokumen terkait

Adapun Tujuan yang akan dicapai dalam penelitian ini sesuai dengan rumusan masalah yang ada adalah mengimplementasikan Customer Relationship Management menggunakan

Berdasarkan Marimin (2004), metode Bayes merupakan teknik pengambilan keputusan terbaik berdasarkan pertimbangan beberapa kriteria sehingga diperoleh nilai

dalam disertasi yang berjudul Analisis Ekonomi tentang Posisi dan Prospek Kopi Indonesia di Pasar Internasional yang menggunakan analisis kekuatan pasar dengan menggunakan

Di Kawasan Timur Indonesia, mayoritas Rumah tangga dengan malaria adalah RT yang mendapat pelayanan kesehatan gratis dalam setahun terakhir, lokasi di perdesaan, memiliki

Pengaruh Pembelajaran melalui Pendekatan Recriprocal Teaching terhadap Hasil Belajar Matematika Peserta Didik Kelas VII pada Materi Segitiga di SMPN 1

Puji syukur kehadiran Allah SWT atasa segala rahmat,hidayah serta pertolonganya sehingga skripsi dengan judul ”Pengaruh Share Growth, Ukuran KAP, Pergantian

Masing-masing orang dalam kehidupannya ditentukan oleh Tuhan, tetapi semua orang (apapun status dan latar belakang) juga tunduk pada prioritas Tuhan. Begitu juga yang orang

Peneliti telah menyiapkan Kuesioner dalam pengambilan data dengan menilai Kinerja layanan KUD (Variabel X) dan Kepuasan Anggota (Variabel Y) yang nantinya akan