• Tidak ada hasil yang ditemukan

tahu sebelum membaca e-book ini

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "tahu sebelum membaca e-book ini"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

I

I

I

I

si Kandungan

Tajuk Muka Surat

Disclaimer 3

Penghargaan 4

Pengenalan 5

Cara mencairkan coklat Couverture 6 Cara membuat coklat berwarna-warni 12 Cara Membuat Coklat Oreo 16 Cara Membuat Lolichoc 21 Idea kejayaan perniagaan Handmade Chocolate 25

(3)

D

D

D

D

isclaimer

U

ntuk pengetahuan anda,

e-book

ini ditulis berdasarkan

pengalaman

penulis sendiri. E-book ini ditulis

khas

untuk anda bagi

mendedahkan

teknik – teknik

yang

betul

dan

mudah

untuk membuat

Handmade Chocolate

’. E-book ini akan

mendedahkan

beberapa

teknik

pemasaran

khusus kepada anda yang ingin menjalankan

perniagaan

‘Handmade Chocolate’.

B

B

B

B

eberapa perkara penting yang perlu anda

tahu sebelum membaca e-book ini

Anda

dilarang

sama sekali untuk

mengeluar ulang

mana – mana

bahagian

didalam e-book ini.

Anda

dilarang

menjual

e-book ini kepada mana – mana pihak

tanpa melalui laman web

http://www.gurucoklat.com

Anda

dilarang

mengedarkan e-book ini secara

percuma

.

Anda

dilarang

menjadikan e-book ini sebagai

bonus

kepada

(4)

P

P

P

P

enghargaan

E

-book

Cara Membuat Handmade Chocolate ( Couverture )

ini

didedikasikan khusus kepada :

Semua yang

berminat

untuk mempelajari

Cara Membuat

Handmade Chocolate

.

Semua

usahawan

yang ingin melakukan perniagaan

Handmade

Chocolate

.

Ibu

dan

abang

atas

sokongan

dan

kasih sayang

yang tidak

berbelah bahagi.

Rakan – rakan

seperjuangan yang banyak memberi

galakan

dan

semangat

untuk meneruskan pembuatan e-book ini.

Rakan perniagaan

yang banyak membantu dalam

(5)

P

P

P

P

engenalan

C

oklat Couverture ialah coklat yang diperbuat daripada Mass Cocoa dan

lemak koko. Coklat Couverture juga dikenali sebagai coklat tulen. Kualiti coklat Couverture lebih bermutu tinggi jika dibandingkan dengan coklat Compound. Kebanyakan kompani coklat yang besar seperti pengeluar coklat Cadbury,

Ferrero Rocher dan Hershey menggunakan coklat Couverture.

Ciri – ciri coklat Couverture yang kebiasaannya disukai oleh peminat coklat ialah : 1. Rasa yang lebih sedap berbanding coklat Compound.

2. Tidak rasakehausan apabila dimakan. 3. Mudah cair apabila berada didalam mulut.

Coklat Couverture kebiasaannya digunakan oleh golongan professional. Pelbagai

masalah akan dihadapi oleh pembuat coklat yang masih baru. Masalah yang kerap dihadapi ialah coklat mudah cair dan tidak stabil pada suhu bilik. Masalah tersebut berlaku kerana pembuat coklat yang baru melakukan kesalahan dalam proses Tempering (Penyepuhan Coklat). Tidak seperti coklat Compound, coklat

Couverture perlu melakukan proses Tempering dalam proses mencairkan coklat.

Proses Tempering dilakukan dengan menyejukkan coklat Couverture yang cair

kepada suhu tertentu sebelum dinaikkan semula suhu coklat tersebut. Proses Tempering perlu dilakukan untuk menstabilkan lemak koko yang terkandung didalam coklat Couverture.

(6)
(7)

S

eperti yang dikatakan sebelum ini, coklat Couverture perlu melalui proses

Tempering dalam proses mencairkan coklat. Sebelum melakukan proses tersebut, anda perlu mengetahui suhu stabil untuk setiap jenis coklat.

Jenis Coklat

Suhu Stabil

Coklat Susu (Milk Chocolate) dan Coklat Putih (White Chocolate)

27oC – 28oC Coklat Gelap (Dark Chocolate) 30oC – 31oC

Dalam proses Tempering ini, anda perlu menyukat suhu coklat dengan menggunakan Thermometer.

Peringatan : Semasa proses mencairkan coklat Couverture, anda dinasihatkan untuk memotong coklat Couverture kepada kepingan kecil dahulu supaya coklat mudah dicairkan dan tiada berlaku konflik dalam mendapatkan suhu stabil bagi coklat tersebut.

(8)

Bahan – bahan yang diperlukan untuk mencairkan coklat Couverture :

1. Coklat Couverture (Untuk latihan, anda boleh menggunakan coklat

Cadbury – Dairy Milk.(Coklat Cadbury yang tidak mempunyai apa – apa

inti didalamnya. ) ) 2. Periuk Aluminium

3. Flask Air

4. Spatula

5. Air panas (Sekitar 65oC – 70oC) 6. Pisau

7. Thermometer

Cara mencairkan coklat Couverture adalah seperti berikut : 1. Potong coklat Couverture

kepada 2 bahagian (Lebih kurang ½ setiap bahagian. )

(9)

2. Masukkan satu bahagian coklat kedalam periuk aluminium yang telah diletakkan di atas flask air

yang mengandungi air panas.

3. Kacau coklat tersebut sehingga cair.

4. Setelah cair, angkat periuk aluminium tersebut dari flask air. (Semasa mengangkat

periuk aluminium tersebut, lap

bahagian bawah periuk aluminium tersebut untuk mengelakkan kawasan

(10)

5. Masukkan sebahagian coklat yang lebih tadi kedalam coklat

yang telah dicairkan. Kemudian kacau sehingga keseluruhan coklat menjadi

cair dan mencapai suhu stabil

bagi coklat tersebut. (Tips : Jika semasa anda melakukan langkah ini, coklat

yang bahagian selebihnya tidak sempat cair keseluruhan dan anda merasakan coklat semakin

keras dan meliat, letakkan

semula diatas flask yang

mengandungi air panas. Kacau

sehingga kurang liat coklat. Kemudian, alihkan semula dari

flask air dan kacau coklat tersebut sehingga cair.)

(11)

6. Selesai proses mencairkan coklat Couverture.

(12)
(13)

A

sas untuk membuat coklat yang berwarna – warni ialah dengan

mewarnakancoklat putih yang dicairkan dengan pewarna yang diingini. Pewarna

yang digunakan terdiri daripada jenis serbuk atau minyak. Saya lebih

menggalakkan anda menggunakan pewarna jenis minyak kerana ianya lebih mudah disekatakan bersama coklat putih.

Idea dekorasi bagi coklat yang berwarna – warni, contoh jika anda menggunakan acuan bunga mawar seperti gambar diatas, anda boleh menjadikan coklat

tersebut seperti sejambak bunga mawar iaitu dengan menjadikan coklat tersebut seperti coklat Lolichoc dan kemudiannya dicucuk diatas polistrin yang tebal dan dikumpulkan sehingga menjadi sejambak bunga mawar.

Coklat berwarna – warni sesuai dijadikan hantaran pertunangan/perkahwinan dan ‘Door Give’ untuk pelbagai majlis.

Teknik yang digunakan untuk membuat coklat yang berwarna – warni boleh juga

diaplikasikan dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat Couverture.

(14)

Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat coklat Berwarna – warni : 1. Coklat susu/gelap yang telah dicairkan

2. Coklat putih yang telah dicairkan

3. Pewarna (Serbuk/Minyak) 4. Acuan coklat

5. Perata

6. Sudu

7. Peti sejuk

Cara

membuat

coklat

Berwarna-warni

adalah seperti berikut :

1. Masukkan beberapa titis

pewarna yang anda inginkan kedalam coklat putih yang telah dicairkan.

2. Kemudian, kacau coklat tersebut sehingga warna

(15)

3. Masukkan coklat yang telah

diwarnakan kedalam acuan

sehingga memenuhi ½ acuan.

Hentak acuan tersebut sehingga coklat memenuhi

keseluruhan acuan.

4. Sejukkan coklat tersebut ke dalam peti sejuk sehingga coklat tersebut menjadi

sedikit keras. Kemudian,

keluarkan dan penuhi

ruangan acuan tersebut dengan coklat susu/gelap. 5. Hentakkan acuan dan ratakan

coklat dipermukaan acuan dengan perata.

6. Selepas itu, sejukkan coklat selama ½ jam. Keluarkan

coklat dari peti sejuk dan

acuan. Kemudian, hidangkan. 7. Selesai.

(16)
(17)

C

C

C

C

oklat Oreo ialah sejenis coklat yang berintikan biskut Oreo. Coklat Oreo

dapat dihasilkan dengan menyalut biskut Oreo dengan coklat susu/gelap. Acuan yang digunakan untuk membuat coklat Oreo ialah berbentuk bulat dan

kebiasaannya boleh didapati di kedai – kedai yang menjual peralatan membuat

Handmade Chocolate.

Idea dekorasi untuk coklat Oreo ialah dengan meletakkan coklat Oreo kedalam bekas yang hanya boleh dimuatkan untuk satu coklat Oreo sahaja. Kemudian, hiasi bekas tersebut dengan reben mengikut warna tema majlis.

Coklat Oreo sesuai dijadikan ‘Door Give’ untuk tetamu semasa majlis

perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya.

Teknik yang digunakan untuk membuat coklat Oreo boleh juga diaplikasikan

dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat

(18)

Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat coklat Oreo : 1. Coklat susu/gelap yang telah dicairkan

2. Coklat putih yang telah dicairkan dan diwarnakan

3. Acuan coklat Oreo

4. Perata

5. Sudu

6. Piping bag

7. Peti sejuk

Cara membuat coklat Oreo adalah seperti berikut : 1. Masukkan coklat putih yang

telah diwarnakan kedalam

piping bag dan potong hujung

piping bag sehingga boleh mengeluarkan coklat seperti di dalam gambar.

2. Warnakan acuan seperti didalam gambar dengan

(19)

3. Hentak acuan sehingga coklat

memenuhi ruangan didalam

acuan.

4. Masukkan biskut oreo

kedalam acuan.

5. Masukkan coklat susu/dark

sehingga memenuhi ruangan didalam acuan. Hentakkan

acuan dan ratakan coklat di

permukaan acuan dengan

(20)

6. Sejukkan coklat selama ½

jam. Keluarkan coklat dari

acuan dan sedia untuk

(21)
(22)

C

oklat Lolichoc ialah coklat yang diadaptasi dari gula – gula lollipop iaitu

dihasilkan bersama – sama stik kayu/plastik. Perbezaan yang ketara antara

Lolichoc dan lollipop ialah strukturnya yang mana Lolichoc berasaskan coklat

manakala lollipop berasaskan gula – gula.

Cara penghasilan coklat Lolichoc juga amat mudah. Hanya perlu memenuhi

coklat kedalam acuan Lolichoc dan menenggelamkan stik kedalam coklat sahaja.

Coklat Lolichoc juga boleh menjadi lebih menarik jika diwarnakan. Untuk

menghasilkan coklat Lolichoc yang berwarna – warni, anda boleh menggunakan

teknik yang digunakan dalam mewarnakan coklat Oreo iaitu dengan

memasukkan coklat putih yang telah diwarnakan didalam ‘piping bag’ dan mewarnakan acuan mengikut warna yang anda ingini.

Coklat Lolichoc sesuai dijadikan ‘Door Give’ untuk kanak – kanak semasa majlis

perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya.

Teknik yang digunakan untuk membuat coklat Lolichoc boleh juga diaplikasikan

dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat

(23)

Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat Lolichoc : 1. Coklat susu/gelap yang telah dicairkan

2. Acuan Lolichoc

3. Perata

4. Sudu

5. Stik lolichoc/lolipop

6. Peti sejuk

Cara membuat Lolichoc adalah seperti berikut : 1. Masukkan coklat susu/dark

yang telah cair ke dalam acuan Lolichoc sehingga

memenuhi acuan tersebut.

Hentakkan acuan tersebut sehingga memenuhi ruangan

acuan tersebut.

2. Letakkan stik lolichoc/lollipop

diruangan stik di acuan lolichoc dan tenggelamkan

(24)

3. Sejukkan coklat tersebut dalam ½ jam. Kemudian,

keluarkan coklat tersebut dari

acuan dan sedia untuk

(25)
(26)

P

erniagaan Handmade Chocolate mungkin menjadi sumber pendapatan

sampingan bagi segelintir rakyat Malaysia. Pesaingan perniagaan Handmade Chocolate di Malaysia juga semakin hari semakin sengit. Bagaimanakah caranya

yang boleh anda lakukan untuk menyaingi pesaing – pesaing anda? Jadi, dalam

ebook ini, saya ingin memberi idea kepada anda cara untuk mengatasi pesaing – pesaing Handmade Chocolate yang lain sekali gus melariskan jualan Handmade Chocolate anda berlipat kali ganda walaupun anda masih baru dalam perniagaan

Handmade Chocolate.

1.

Cipta Coklat Yang Unik

Untuk merealisasikan idea ini, anda memerlukan daya pemikiran yang kreatif. Jika dilihat coklat – coklat yang telah terkenal, semuanya ada keunikkannya

tersendiri. Sebagai contoh, coklat Ferrero Rocher terkenal dengan coklatnya yang berbentuk bulat dan bersalut dengan coklat yang ditabur dengan badam yang telah dicincang halus. Coklat Cadbury pula terkenal dengan coklat berbentuk bar

dan rasa coklat yang enak. Coklat Hershey’s Kisses pula terkenal dengan coklat yang berbentuk kon kecil dan dibalut dengan kertas aluminium. Rasanya yang

(27)

Jadi, bagaimanakah caranya untuk menghasilkan coklat yang unik?

• Dapatkan idea dari coklat – coklat yang telah berada di pasaran. Sebagai contoh, coklat Cadbury. Coklat Cadbury tidak mempunyai coklat Praline

yang berintikan strawberry dan blueberry. Jadi, idea disini anda cipta

coklat yang mempunyai rasa ala – ala coklat Cadbury kemudian masukkan inti strawberry/blueberry. Mungkin juga anda boleh buat coklat Praline

yang mempunyai rasa seperti coklat Cadbury dan berintikan

strawberry/blueberry tetapi mempunyai bentuk yang belum pernah dikeluarkan Cadbury seperti bentuk Hati dan sebagainya. Cara untuk dapatkan rasa coklat ala – ala coklat Cadbury ialah dengan membeli coklat

Cadbury sendiri. Beli coklat Cadbury Dairy Milk (Coklat yang tidak

mempunyai apa – apa inti.) kemudian cairkan dengan menggunakan teknik mencairkan coklat Couverture dan cipta coklat yang unik seperti idea yang saya berikan diatas.

• Buat coklat yang mempunyai bentuk yang belum pernah lagi ada orang menggunakannya seperti coklat berbentuk peralatan muzik, bunga yang

unik (Seperti bunga Rafflesia dan Orkid), buah – buahan tempatan dan

sebagainya. Untuk merealisasikannya, anda perlu mengeluarkan sedikit

(28)

2.

Pilih 1 bentuk/corak sebagai ‘

Trademark

untuk coklat jenama anda.

Jika dilihat dari pengeluar coklat terkenal seperti pengeluar coklat Cadbury,

Ferrero Rocher, Vochelle dan Kit – Kat, semuanya mempunyai ‘Trademark’ untuk

coklat mereka sendiri. Teknik ‘Trademark’ jika anda praktikkan, akan memberi

peningkatan dalam penjualan coklat anda. Trademark juga akan membuat coklat

anda terkenal dimata peminat coklat. Pastikan ‘Trademark’ yang anda pilih ialah unik.

IdeaTrademark’ untuk coklat anda ialah memilih 1 bentuk/corak untuk jenama coklat anda. Jika anda pilih corak bunga sebagai ‘Trademark’ coklat anda, hasilkan

coklat yang mempunyai corak bunga yang berbeza – beza. Setiap corak juga mempunyai rasa yang berbeza – beza.

(29)

3.

Buat bungkusan/dekorasi yang cantik dan

eksklusif untuk coklat anda.

Jika anda pernah pergi ke Pulau Langkawi, mungkin anda pernah terbeli coklat

yang mempunyai bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif dengan harga

RM10 tetapi mempunyai rasa yang kurang enak. Bayangkan dalam 1 hari ada 500

orang pengunjung unik yang berkunjung ke Pulau Langkawi dan 50 orang

membeli coklat tersebut dimana setiap seorang membeli 5 kotak coklat untuk diberikan kepada sanak – saudara mereka. Berapa banyak keuntungan yang diperolehi pemilik coklat tersebut?

Harga coklat :RM10

Pembeli 50 orang. Setiap seorang membeli 5 kotak coklat.

50 X 5 = 250

250 kotak coklat terjual dalam 1 hari.

Pendapatan yang diperolehi pemilik coklat : 250 X RM10 = RM2500. Kemungkinan modal yang dikeluarkan : RM500.

(30)

RM2000

keuntungan yang diperolehi pemilik coklat dalam

masa

1 hari

dengan hanya menjual

coklat

yang mempunyai

bungkusan/dekorasi

coklat yang

cantik

dan

eksklusif

walaupun

mempunyai

rasa

yang

kurang enak

.

Cuba anda bayangkan jika coklat yang dijual pemilik coklat tersebut sedap dan mempunyai bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif, pasti jualan coklatnya akan berlipat kali ganda.

(31)

Anda ada 2 tugasan perlu dilakukan untuk merealisasikan idea ini.

1.

Membuat coklat yang sedap.

Untuk tugasan ini saya anggapkan anda sudah selesaikan kerana coklat

Couverture/Compound yang anda gunakan untuk membuat Handmade Chocolate sudah tentu coklat yang sedap.

2.

Membuat Bungkusan/Dekorasi yang cantik

dan eksklusif.

Bagaimana cara untuk membuat bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif? Untuk menyelesaikan tugasan ini, anda perlu mempunyai sedikit kreativiti. Idea

dekorasi untuk coklat anda, saya galakkan anda lihat coklat Ferrero Rocher.

Coklat Ferrero Rocher dibalut dengan kertas aluminium berwarna emas. Kertas

aluminium yang berwarna emas membuatkan coklat Ferrero Rocher nampak

eksklusif. Anda boleh mengambil idea dekorasi coklat Ferrero Rocher iaitu

membalut coklat anda dengan kertas aluminium berwarna emas.

Bekas yang digunakan Ferrero Rocher juga ada pelbagai bentuk seperti segi empat, bujur dan bentuk hati. Ianya memudahkan pembeli untuk terus menjadikan coklat Ferrero Rocher tadi sebagai hadiah kepada yang tersayang

(32)

tanpa perlu membalut bekas coklat Ferrero Rocher dengan pembalut hadiah. Anda boleh mengambil idea dekorasi tersebut untuk diaplikasikan ke coklat

jenama anda. Pesanan saya, jangan tiru bulat – bulat dekorasi coklat Ferrero Rocher. Ubah suai sedikit supaya nampak lebih unik dan boleh dijadikan juga ‘Trademark’ untuk coklat anda.

Tambahan untuk Handmade Chocolate juga, kebiasaan pelanggan membuat

tempahan untuk dijadikan hantaran dan door give. Untuk dijadikan coklat hantaran, mungkin anda harus pandai padankan dengan bunga – bungaan dan

manik – manik. Kepada yang tidak pandai menghias coklat menjadi hantaran, mungkin anda boleh upah orang untuk membuat tugas berikut. Kemudian,

tinggikan sedikit harga kepada pembeli. Asalkan tidak terlalu mahal dan tidak

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian ini meliputi hasil jadi blus ditinjau dari bentuk, volume dan jatuhnya gills, dan pengaruh ketebalan kain terhadap hasil jadi blus gills on hip dengan

Bahwa, puncak perselisihan tersebut terjadi pada bulan Oktober tahun 2012 Penggugat dan Tergugat bertengkar yang penyebabnya adalah Tergugat ketahuan telah

a) Perbaikan pengelolaan keuangan pemerintah daerah melalui optimalisasi sistem anggaran yang transparan, bertanggung jawab dan dapat menjamin efektivitas pemanfaatan. b)

Nilai indek dalam citra MODIS pada daerah tumpahan minyak dengan menggunakan algoritma indek floresen dan indek tumpahan minyak akan lebih tinggi dari daerah

Penerapan Model Pembelajaran Teaching Factory bertujuan untuk membentuk kompetensi siswa melalui satuan kesatuan lingkungan sekolah dengan berbasis pada industri

Apabila user menekan tombol ‘Kesimpulan’ pada tab ‘Maintenance’ maka program akan menampilkan tab ‘Kesimpulan’ yang berisikan kesimpulan secara keseluruhan dari

Titik berat bidang gabungan Mempersiapka n tugas dan mendiskusikan nya dalam kelompok Menyelesai kan permasalah an titik berat dan mendiskusi kannya Kemampuan dalam

Salim (1999), dalam penelitian tentang analisis faktor – faktor yang mempengaruhi tingkat pendapatan nelayan di Kecamatan Syiah Kuala Banda Aceh, menyatakan bahwa variabel